You are on page 1of 8

PENDAHULUAN

Saya, Nurjannaht binti Yahya, murid Tingkatan 3 A di Sekolah Menengah


Kebangsaan Kota Kulai, Kulaijaya, Johor, telah diberi ugasan pleh guru Geografi saya,
Encik Azirul bin Abdull Razak untuk menjalankan kajian luar tentang Perbandingan
Petempatan dan Perkembangan Taman Putri Kulai, Kulaijaya dengan Bnagkok Thailand.
Setiap murid menjalankan satu kajian kerja lapangan iaitu Kajian Geografi
Tempatan(KGT) bagi mmenuhi keperluan sukatan pelajaran mata pelajaran Geografi.

Saya telah memilih petempatan Taman Putri Kulai, Kulaijaya, Johor sebagai
kawasan kajian kerana Taman Putri Kulai mempunyai pelbagai fungsi petempatan. Selain
itu, kawasan kajian ini berhampiran dengan sekolah saya. Ini memudahkan saya dan
rakan sekumpulan mengumpul dan membuat kajian. Manakal pemilihan Bangkok,
Thailand sebagai negara bandingan dipilih kerana saya telah mempelajari sitem
petempatannya dalam topic pembandaran semasa tingkatan 2.

Tempoh masa untuk menjalankan kajian ini ialah enam hongga lapan minggu.
Saya menjalankan kajian ini bersama-sama rakan saya iaitu, Mariana bonti Hasan, Nur
Sabreena binti Zulkifli, Nur Ismaniza binti Ishak, Nurein Farhana binti Hadzhar, dan
Farah Aqilla binti Karim.
KAWASAN KAJIAN
Bangkok atau Kuong Trep bermaksud Bandar Bidadari dibina pada tahun 1782.
Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi barat
Sungai Chau Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand.

Bangkok adalah sebuah kota yang sedang mengalami perkembangan pesat dari
aspek ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota
ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan
Hong Kong.

Populasi penduduk bnagkok adalah seramai 10 juta orang dan kehidupan


penduduknya adalah seiring denngan tradisi dan desakan kehidupan penduduknya adalah
seiring dengan tradisi dan desakan kehidupan kosmopolitan. Penduduknya yang melebihi
10 juata orang telah menjadikan Bandar Metropolitan ini sebuah bandar yang
HASIL KAJIAN
BANGKOK, THAILAND

FUNSI PETEMPATAN
Metropolitan Bangkok adalah sebuah bandar yang pesat dengan dari pelbagai
aspek. Bangkok terdapat kemudahan infrastruktur yang baik contohnya lebuh raya
bertingkat dan Pengangkutan aliran ringan (LRT). Selain daripada pengankutan darat,
pengankutan air juga penting di metropolitan Bangkok ini. Terusan-terusan dibina di
sepanjang Sungai Chao Phraya. Terusan-terusan in juga dikenali sebagai klong. Oleh
sebab banyak terusan di sini, Bangkok dikenali sebagai ”Venice Timur”. Terdapat
pelbagai kegiatan di sepanjang jalan air ini, contohnya Pasar Terapung Damnoen Saduak.

Metropolitan Bangkok terletak di delta Chao Phraya. Kawasan ini terletak di


kawasan yang sangat rendah iaitu 0.5 hingga 1.7 meter dari aras laut. Bangkok sering
dilanda banjir yang serius ketika tiupan angin monsun. Sistem saliran dan terusan telah
dijadikan sebagai sistem pengangkutan air utama. Sebahagian daripada sistem saliran dan
terusan ini telah digunakan oleh penduduk untuk aktiviti pasar terapung. Akibatnya
berlaku kesesakan di terusan.
MASALAH PETEMPATAN
Pertambahan penduduk yang ramai telah menyebabkan pertambahan bilangan
kenderaana di bandar. Kenderaan-kenderaan tersebut membebaskan gas seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan oksida nitrogen yang menyebabkan
pencemaran udara. Gas hidrokarbon dan oksida nitogen sangat berbahaya kepada
kehidupan manusia . Pencemaran bunyi pula berlaku daripada kenderaan. Masalah ini
terdapat di bandar Metropolitan Bangkok.

Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal dari kawsan perumahan dan
premis perniagaan juga merupakan penyumbang utama pencemaran air dan pencemaran
air udara. Kawasan-kawasan setinggan tidak mempunyai sistem pembuangan sampah
sarap yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan pencemaran air sungai, contohnya di
Sungai Chao Phraya, Bangkok.

Masalah penduduk berlebihan di bandar bertambah rumit. Penduduk yang


berlebihan di bandar akan menyebabkan kekurangan tempat tinggal. Penduduk yang
berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah kerana harganya yang tinggi. Oleh
itu ramai antara mereka membina rumah di atas tanah kerajaan dan milik persendirian
lalu meweujug]dkan kawsan setinggan. Masalah ini amat ketara di bandar Metropolitan
Bangkok.
LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH

KESESAKAN LALU LINTAS

Masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan melalui kempen. Kempen yang
dijalankan adalah dengan menggalakkan penduduk bandar berkonsi kereta untuk ke
tempat kerja. Penduduk juga digalakkan menggunakan kenderaan awam. Kerja-kerja
melebarkan jalan raya juga dilakukan di samping pembinaan jejantas. Pembinaan
Pengangkutan Aliran Ringan (LRT) dan monorel mambantu mengurangkan kesesakan
jalan raya di bandar Metropolitan Bangkok.

KEKURANGAN TEMPAT TINGGAL

Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan masalah ini. Antara langkah-


langkah yang telah dilakukan adalah membina lebih banyak tempat tinggal. Kerajaan dan
pihak swasta telah memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri
yang mampu dimiliki oleh penduduk bandar yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Langkah ini dijalankan di bandar Metropolitan Bangkok.

Bagi mengatasi masalah setinggan pula, kerajaan telah menempatkan semula


kawasan setinggan di petempatan terancang. Pembukaan kawasan perkilangan di luar
bandar telah dapat menguragkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar.
Penguarangan penduduk yang berhijrah ke bandar dapan mengurangkan masalah
kekurangan tempat tinggal.

PENCEMARAN
Pencemaran uadara dan air di bandar-bandar utama dapat dikurangakan dengan
penguatkuasaan undang-undang dan Akta Alam Sekitar. Kilang-kilang dikehendaki
memasang dan meninggikan cerombong asap. Kilang-kilang yang membebaskan bahan-
bahan sisa buangan ke udara akan didenda.
Kawasan-kawasan bandar utama juga telah ditanam dengan pelbagaik pokok.
Langkah ini bertujuan untuk penghijauan bandar. Di dalam bandar pula diperkenalkan
’Green Belt’. Pokok-pokok yang ditanam di kawasan bandar dapat menhijaukan kawasan
bandar.
Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran air.
Antaranya rawatan air kumbahan yang terdapat di kawasan bandar. Selain itu,
pencemaran air dapat dikurangkan dengan pembinaan perangkap sampah di sungai.
Perangkap sampah ini digunakan untuk memerangkap sampah yang dibuang ke dalam
sungai.
TAMAN PUTRI KULAI, KULAIJAYA, JOHOR BAHRU,
MALAYSIA

You might also like