You are on page 1of 18

kajian kes guru masalah di sekolah anda

BIL 1.0 2.0 KANDUNGAN 1.0 Latarbelakang peribadi guru dan kerjaya. 2.0 Masalah dikenal pasti. 2.1 Masalah responden. 2.2. Kaitan masalah yang dialami oleh responden berdasarkan Etika dan Standard Guru. 2.3 Perkembangan masalah responden dikupas secara kronologi. 3. Analisa masalah responden berdasarkan teori yang berkaitan. 4. Cadangan pelan tindakan bagi membantu membentuk semula sikap dan sahsiah responden. 4.1 Aspek fisiologi. 4.2 Keperluan psiologi. 4.2.1 Kemahiran berkomunikasi. 4.2.2 Kemulian sifat diri muslim mukmin. 4.2.3 Pengurusan dan kaunseling kewangan. 4.2.4 Pengurusan kerjaya perguruan. 5.0 Rumusan. 6.0 Rujukan.

3.0 4.0

5.0 6.0

1. Latar belakang perbadi guru dan kerjaya (responden):

Nama: Abu Bin Ahmad. Jantina: Lelaki. Status: Berkeluarga. Taraf pendidikan: Diploma Pendidikan. Umur: 34 tahun. Opsyen: Bahasa Melayu. Pengalaman mengajar: 9 tahun. Lokasi bertugas: Rembau, Negeri Sembilan. Jawatan: Guru Akdemik Biasa Lain-lain maklumat: (i) Aktif dalam kegiatan kokurikulum. Hubungan dengan responden: Sepupu kepada responden. 2.0 Masalah dikenalpasti: 2.1 Antara masalah utama yang dikenalpasti adalah: a. sering tidak hadir ke sekolah. b. tidak memeriksa buku murid dengan sesempurna. c. sering terlupa masuk kelas. d. lewat hadir ke sekolah. e. gangguan emosi yang mengakibatkan masalah kesantunan bahasa. f. masih aktif menceburi skim cepat kaya dan jualan langsung. 2.2. Kaitan masalah yang dialami oleh responden berdasarkan Etika dan Standard Guru. 2.2.1 Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Berikut disenaraikan juga aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia. Maka terdapat beberapa elemen ini sewajarnya dijadikan garis panduan utama semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Antara elemen tersebut adalah profesionalisme, integriti, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan. 2.2.2 Beberapa elemen yang telah dilangkaui oleh responden antaranya adalah 2.2.2.1 Aspek Profesionalisme

a. Responden guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa (kerap tidak hadir dan lewat ke sekolah ) sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. b. Sewajarnya responden mengutamakan dalam semua hubungan dan tugas sebagai seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. c. Responden haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan pendidikan tiap-tiap muridnya seperti keprluan psikologi dan fisiologi. d. Responden haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya (tidak memeriksa dan menanda buku murid) sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. e. Perkara yang dinyatakan di atas boleh dirujuk dan dilakukan penambahbaikan dengan mengkaji etika dan pekeliling seperti berikut: (i) Tanggungjawab Asas Guru P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.00 (ii) Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar; Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan.22. (iii) Sukatan Pelajaran P.U.(A) Peraturan 11 Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). 2.2.2.2 Intergriti. a. Responden haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

b. Responden haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. c. Permasalahan berkaitan responden ini boleh dijadikan rujukan melalui etika dan pekeliling. Antaranya adalah Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti; Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah Kesusahan berat kerana berhutang Mengemukakan sijil sakit palsu 2.2.2.3 Kejujuran intelektual a. sewajarnya responden memberi perhatian dan pengajaran untuk semua muridnya, tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. 2.2.2.4 Akauntabiliti a. Responden perlu sedar tangungjawab utamanya sebagai seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi kepentingan lain. b. Responden juga haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 2.2.2.5 Berpakaian. (a) Responden haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-muridnya. (b) Antara rujukan yang boleh dibuat berkaitan pakaian semasa bertugas adalah Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam. 2.2.2.6 Berbahasa (a) Responden haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid, terutamanya memyemai sikap kesantunan bahasa ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyarakat.

(b) Responden haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. 2.2.2.7 Pengurusan masa dan ketetapan waktu. (a) Responden haruslah hadir ke sekolah dan kelas seperti waktu yang diperuntukkan. (b) Antara etika dan pekeliling yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti Etika Pengurusan Masa SPI. Bil 2/1982: 1. Waktu hadir ke sekolah; 2. Waktu hadir ke kelas; 3. Mengajar ikut jadual waktu . Waktu tidak mengajar(free period) 4. Semak buku latihan murid; 5. memberikan bimbingan. 2.2.2.8 Membuat keputusan. (a) Responden sewajarnya mematuhi etika dan pekeliling sepanjang waktu bertugas. Ini kerana seorang guru mempunyai 4 tanggungjawab utama iaitu tanggungjawab kepada pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. (b) Responden seharusnya meneliti beberapa perkara dalam tatakelakuan terlarang bagi menambahbaik tugas hariannya. Antara etika dan pekeliling yang boleh dirujuk adalah Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi; Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti; Kesusahan berat kerana berhutang Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan; 2.3 Perkembangan masalah responden dikupas secara kronologi melibatkan elemen kognitif, rohani, sosial dan penampilan fizikal. 2.3.1 Ditinjau dari aspek rohani. 2.3.1.1 Hubungan antara respondn dengan tuhan pencipta dirasakan agak longgar. Responden sendiri mengatakan dia akan melakukan apa saja untuk membiayai masalah

dan keperluan kewangannya. Responden juga mengakui kerap terlepas solat fardu kerana kesibukan dan lewat bangun tidur. 2.3.1.2 Kini responden yang saya kenali berjiwa kental sering putus asa dan menyalahkan takdir yang menimpanya. Dia juga kelihatan membenci dirinya atas kesilapan yang telah dilakukannya. 2.3.1.3 Melalui pemerhatian saya responden terlalu mengejar material dan agenda peribadi yang tidak berlandaskan tuntutan agama sehingga konsep kendirinya menjadi rapuh. 2.3.1.4 Ada kalanya dia kelihatan mengamalkan kepercayaan kurafat dengan menjual beberapa bentuk cincin dan batu geliga bagi mencapai hajat. 2.3.2 Ditinjau dari aspek kognitif 2.3.2.1. Responden gagal memangani stres yang dialaminya. Ini memyebabkan beliau kurang fokus untuk berfikiran secara positif. Beberapa keputusan dan tindakannya berkaitan p&p kelihatan seperti melepaskan batuk di tangga. 2.3.2.2 Responden selalu disenarai hitamkan oleh pihak pentadbiran sekolah kerana kerap kali gagal mengurus keperluan kerjayanya. Responden sering lewat menyiapkan kertas soalan, penandan markah dan menyiapkan rekod kemajuan murid, post-mortem dan analisa peperiksaan. 2.3.2.3 Responden juga terganggu dalam menguruskan diri dan kehidupannya. Dia mengalami masalah tunggakan pembayaran pinjaman. Pihak bank sering menghubungi sekolah dan melaporkan masalah pinjaman kenderaan dan pinjaman kad kreditnya. Kenderaan yang dimiliki responden juga kurang diselenggara dengan baik dan telah beberapa kali mengalami kerosakan kecil. 2.3.3 Aspek sosial. 2.3.3.1 Responden kurang ceria untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan beberapa pihak terutamanya individu yang memandang serong terhadapnya. Dia sering menjauhkan diri daripada beberapa kelompok guru (yang gemar memperbesar-besarkan isu dan gossip). Dia juga sering bertegang urat dengan pihak pentadbir sekolah yang juga lemah kemahiran komunikasi dan lemah kemahiran memimpin. 2.3.3.2 Responden mempunyai penerimaan yang agak sangsi terhadap orang lain. Ini adalah kerana aduan yang diutarakan oleh ibu bapa/penjaga dan guru atas kecuaian p&p yang dijalankannya. Kehadiran beberapa orang pegawai PPD juga memaparkan tanggapan awal yang serong akibat maklumat tidak membina yang diuja awal oleh pihak pengurusan

sekolah. Beberapa orang guru yang telah lama mengenalinya juga kerapkali mengelak daripada berbual panjang dengannya kerana sering diperangkap untuk membeli barang jualannya dan mulai muak dengan propaganda yang diluahkan. 2.3.3.3 Responden juga kurang berlapang dada untuk memberi dan menerima pendapat semasa menjalankan tugas. Akibat kekangan masa dan masalah lain responden kurang meluangkan masa dengan akitiviti sekolah. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak pentadbir sering menjadikannya sebagai bahan sindiran dan contoh negatif. 2.3.3.4 Responden juga berbaik-baik dengan beberapa orang individu guru lain yang bermasalah bagi melebarkan pengaruh dan keselamatan mereka bersama. Responden hanya berbaik dengan individu tertentu kerana ada udang di sebalik batu iaitu untuk memudahkan kerjanya atau untuk berniaga. 2.3.4 Aspek fizikal. 2..3.4.1 Secara pandangan mata kasar, responden kelihatan seperti peniaga pasar malam. Dia sentiasa memakai beg lilit pinggang. Responden jarang memakai tanda nama dan memakai baju batik pada khamis persekolahan. Kasutnya tidak lagi berkilat seperti dulu. 2.3.4.2 Responden juga memiliki beberapa bentuk cicin yang dipakainya sebagai azimat kelihatan agak keterlaluan. Penglibatan responden dengan beberapa pertubuhan haram, memampilkan wataknya sebagai pemberani. 2.3.4.3 Penempilannya digemari beberapa individu guru yang sealiran budaya dan cara berfikir. Mereka kerap merokok bersama dan menimbulkan bau rokok keretek yang agak kuat ketika lalu berdekatan. Mereka juga gemar ketawa kuat dan gemar menempelak. 2.3.2.4 Pengurusan kendiri responden agak lemah jika ditunjau dari sudut kebersihan dan keceriaan kelas. Penempilan kendiri responden sering menjadi tanda tanya buat saya. Saya bimbang dengan gaya dan amalannya negatifnya menjadi faktwa songsang yang gemar diikuti oleh individu yang beragenda peribadi. 3. Analisa masalah responden berdasarkan teori yang berkaitan. 3.1 Rasional menjadikan Teori Pilihan sebagai dasar rujukan menganalisis masalah. 3.1.1 Rasional Teori Pilihan menjadi rujukan kerana ia membincangkan bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal.

3.1.2 Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu. 3.1.3 Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. 3.1.4 Aspek fisiologi pula merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. 3.2 Analisis masalah tingkahlaku berdasarkan Teori Pilihan dengan konsep-kensep yang digunakan secara kronologi perkembangan tingkahlaku responden. 3.2.1 Antara masalah yang dianalisis terhadap perkembangan tingkahlaku responden adalah berkaitan penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan, dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi keperluan yang diingini. 3.2.2 Wujud keinginan yang dialami oleh responden dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi iaitu menyayangi dan disayangi, inginkan penghargaan ke atas dirinya oleh keluarga serta komuniti setempat, kebebasan berkerjaya, kegembiraan dan kelangsungan hidup yang tampil bergaya . 3.2.3 Aspek fisiologi yang mempengaruhi responden juga merujuk kepada kelangsungan hidup. Aspek ini merangkumi penyertaan responden yang berani mengambil risiko terhadap keputusan dan tindakannya, aliran kewangan yang positif dan membina, ketenangan dan rasa keselamatan, dilindungi pengurusan tindakannya dan seksual yang sihat. 3.2.4 Secara kronologinya, wujud suatu konflik yang tegar serta mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi responden. Sebahagian besar tingkah laku responden telah melahirkan konflik yang akan menyumbang kepada pembentukan identiti berjaya dan identiti gagal. 3.2.5 Personaliti gagal diwatakkan oleh responden wujud apabila responden gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Personaliti responden yang dikatakan gagal menampilkan kekecewa dan sentiasa menafikan kegagalan yang dilalui. Personaliti responden yang gagal akan mewujudkan pilihan simptom negatif dan

menyebabkan tingkah laku yang tidak efektif. Responden akhirnya akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu. 3.2.6 Responden jua sedar akan masalah sahsiahnya akan tetapi tidak dapat memecah rutin harian yang diamalkan. Responden ada menyatakan hasrat ingin kehidupan Islam yang sejaherta sepenuhnya dan igin cuci tangan/berhenti melakukan tindakan negatif setelah sasaran kewangannya tercapai. Dia jua impikan untuk membina dan berhijrah ke kehidupan baru di lokasi yang lebih tenteram baginya. 3.2.7 Bersyukur dan segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam, rsponden dibukakan pintu hatinya dan diberi hidayah untuk membina kembali pembentukan sahsiah mulia sebagai seorang mukmin. Peringkat awalnya pengkaji telah membuat rujukan dan perbincangan telah dibuat dengan jemaah yang arif tentang ilmu tasawuf, usuluddin dan fekah, dengan harapan Allah SWT memakmurkan segala usaha murni berlandanskan agamaNYa. 3.2.8 Ulasan terhadap responden dianalisis dan diaturkan dengan penuh niat yang suci, beradap, bersopan, penuh kesantunan bahasa dan memuliakan maruah responden. Pengkaji sentiasa berdoa serta berwaspada agar sesi analisis dan pembentukan sahsiah ini akan terhindar dari sifat riak, as-summah dan sifat manipulasi yang negatif. Aturan yang diwujudkan kerana ihsan dan amanah Allah SWT ini telah mewujudkan penerimaan responden positif dan membuahkan keakraban hubungan bersama responden. 4. Cadangan pelan tindakan bagi membantu membentuk semula sikap dan sahsiah responden. Secara rasionalnya saya sebagai insan kerdil tidak berdaya upaya untuk melakukan apa saya melainkan dengan pertolongan Yang Maha Esa. Saya berdoa agar mendapat hidayah dalam mengalurkan pelan tindakan membantu membentuk sikap dan sahsiah responden dalam melengkapkan keperluan psikologinya dan fisiologinya. Segala penambahbaikan ini adalah atas pilihan dan keredhaan responden. 4.1 Aspek fisiologi. 4.1.1 Pelan fisiologi diwujudkan memberi keutamaan melibatkan aspek pembentukan kerohanian. Beberapa tindakan yang disarankan kepada seperti berikut: (a) Muahadah (mengingati perjanjian. (Q. S. 16:9)) Responden sebagai seseorang mukmin perlu selalu menyendiri, hanya antara dia dan Allah. Responden digesa untuk menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Responden dan diri saya sendiri diingatkan setiap hari paling minima kita berjanji sebanyak 17 kali

dalam solat-solat fardhu sebanyak lima waktu; Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah. (b) Muraqabatullah (merasakan pengawasan Allah. (Q. S. 26: 218-219)) Responden diseru dan dilatih agar sentiasa ingat dan m erasakan Allah sentiasa bersama, melihat dan mengawasi setiap pergerakan hamba-hambaNya dalam sembunyi maupun terangterangan. Jika setiap kali responden ingin melakukan apa jua perkara mestilah dipastikan samaada perlakuan itu semata-mata kerana Allah. Tidak sesekali lupa diri dengan iktikad kerana kepentingan pribadi dan memperoleh pujian manusia.
(c). Muhasabah (menghitung diri. (Q. S. 59:18))

Responden jua disarankan agar menghisab atau menghitung selepas selesai mengerjakan apa jua amal perbuatan. Usahakan perlakuannya adalah semata-mata untuk beroleh keredhaan Allah dan elakkan dikuasai rasa riyadan takabbur.
(d). Muaqabah (berusaha menebus kesalahan. (Q. S. 2:197))

Setiap kali responden terasa akan dirinya tergelincir melakukan kesalahan, dia diingatkan agar bersegeralah pula memperbaiki diri dan menebus kesilapan. Usah dibiarkan bertompoknya kesalahan demi kesalahan hingga terperangkap dalam dosa yang menyukarkan responden memelihara maruah diri.

(e). Mujahadah (sikap bersungguh-sungguh berjihad untuk beroleh keredhaan Allah, terutama dalam melawan hawa nafsu sendiri. (Q. S. 29:69))

Responden dimotivasikan agar tidak dikuasai kemalasan, suka istirehat, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah tepat pada waktunya. Responden perlu memaksa diri melakukan segala bentuk amalan lebih sempurna dari masa sebelumnya.
(f). Menyempatkan diri beribadah.

Responden didedahkan dengan sistem aturan kehidupan yang berjadual agar masa dan pengabdian diri kepadaNya tidaklah sia-siakan. Responden didedahkan dengan firman-Nya dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
(g). Memperbanyak istighfar (amalan melapangkan jiwa dan kehidupan).

Resoponden diminta mengamalkan lafaz istighfar sebanyaknya dalam kehidupan hariannya. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
(h). Tinggalkan segala perbuatan dosa terutamanya menyekutukan Allah.

Responden dijelaskan berkaitan Sabda Rasulullah SAW : dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Hadis Riwayat at -Tirmizi) Istighfar tidak akan diterima di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
(i). Sentiasa ingat Allah SWT.

Responden dibacakan dan diminta menerangkan kefahamannya berkaitan Firman Allah swt: ...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Surah Ar-Rad, ayat 28). Diterangkan juga kepada responden bahawa banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini adalah bentuk rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.
(j). Berbakti dan mendoakan ibu bapa.

Responden diseru agar teruskan dan tingkatkan bakti murni seperti yang telah dilakukankepada ibu bapanya. Penjelasan berkaitan bakti ini terdapat dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya. (Hadis Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
(k). Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.

Responden diterangkan agar berbuat baik kepada orang yang lemah. Ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : Tidaklah kamu diberi

pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. (Hadis Riwayat Bukhari)
(l). Tunaikan hajat orang lain

Responden dijelaskan bahawa menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Hadis Riwayat Muslim).
(m). Banyak berselawat.

Saya membaca bersama responden petikan mengatakan ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu alam.
(n). Buat kebajikan banyak-banyak

Kami juga membaca kupasan kata dari Ibnu Abbas: Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
(o). Berpagi-pagi.

Responden juga didedahkan dengan menyemarakkan rumah Allah dengan berjemaah. Kupasannya berdasarkan sabda Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
(p). Menjalin silaturrahim

Responden diingatkan agar memurnikan hubungan persahabatan seperti sabda Rasulullah SAW: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Hadis Riwayat Bukhari)
(q). Melazimi kekal berwuduk

Responden juga diseru agar berusaha melazinkan sentiasa berwuduk. Ini dikisahkan ketika seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
(r). Bersedekah

Responden diterangkan juga adab-adab bersedekah. Ini perlu diketahui kerana sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya. (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
(s). Melazimi solat malam (tahajud) dan solat Dhuha.

Kami juga sama-sama membaca dan memahami keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. Amalan solat Dhuha pula yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
(t). Bersyukur kepada Allah

Responden akhirnya sedar dia perlu bersyukur. Responden dijelaskan erti syukur adalah mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras. (Surah Ibrahim, ayat 7) Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Surah ali-Imran, ayat 145)
(u). Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran.

Responden digalakkan meneruskan amalan zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna dan mengelakkan amalan-amalan bidaah. Amalan ini dapat menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenaliMu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya Alim.
(v). Berdoa

Responden perlu sedar baghawa dngan berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam alQuran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
(w). Berikhtiar sehabisnya

Responden diingatkan bahawa siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
(x). Bertawakal

Dengan tawakal, secara tidak langsung responden dan sesiapa saja akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (Surah at-Thalaq, ayat 3) Nabi SAW bersabda: Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Surah at -Talaq, ayat 2-3) 4.2 Keperluan psikologi Keperluan psikologi pula menjurus kepada penambahbaikan adab, kesopanan tingkah laku, kesantuanan bahasa dan memelihara maruah. Namun fokus utama tertumpu kepada adap dan kemahiran berkomunikasi. 4.2.1 Kemahiran berkomunikasi. Responden didedahkan dengan penerapan adap tutur kata amalan Rasullah SAW. A. Rasulullah S.A.W bersabda, Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan
banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah. Maka responden dilatih agar menuruti tata etika komunkasi kebangaan

Rasullah SAW. Antaranya adalah: Responden perlu bertutur dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

Semasa responden berkomunikasi, bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham. Responden perlu peka akan situasi di mana seseorang sedang bercakap tentangsesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan. Jangan sesekali meniru gaya percakapan orang yang jahil dalam agama Jangan bercakap secara berkumam mulut. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, memfitnah serta mencaci-maki orang. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya. Jangan bercakap sesuatu yang responden sendiri masih kurang pasti. 4.2.2 Responden juga disajikan dengan kemulian sifat diri muslim mukmin. Kepribadian yang diutarakan adalah kuat tubuh badan dan tidak merosakkan badan, akhlak yang mantap, fikiran yang berpengetahun dan maklumat mampu untuk disampaikan kepada orang lain. Responden juga perlu mampu berusaha walaupun kecewa. Responden perlu mengamalkan prinsip dan cara hidup yang sejahtera serta sentiasa redha. Responden juga perlu sistematik dan tersusun dalam urusan iaitu berjadual, memanfaatkan waktu dengan baik, berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai. Responden diharapkan dapat memiliki sifat mukmin muslim sejati dengan berguna untuk orang lain dari kesesatan. Insan sepatutnya berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke arah kebaikan. 4.2.3 Pengurusan dan kaunseling kewangan. a. Responden digalakkan menghadiri pengurusan menstruktur semula kawalan kewangan berkaitan badjet, isu pengurusan hutang dan kredit dan terpenting adalah program menghidupkan semula kewangan dan pembayaran balik pinjaman yang telah dilakukannya. b. Responden diseru untuk menabung bagi keperluan membeli rumah, rawatan kesihatan, pendidikan anak-anak, simpanan untuk kecemasan/hilang upaya/kematian (perbelanjaan untuk 6 bulan) dan pesaraan.

c. Responden diminta mewujudkan aliaran tunai yang sentiasa positif dengan cara amalkan bajet berhemah, berikhtiar untuk tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. 4.2.4 Pengurusan kerjaya perguruan. a. Responden perlu faham akan keperluan kerjayanya. Dia diberikan pekeliling dan maklumat berkaitan etika kerja dan nilai-nilai utama Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan berterusan. Responden juga diingatkan tanggungjawabnya terhadap pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara serta ibu bapa. b. responden digalakkan untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan atau melanjutkan pelajarannya agar kehidupannya lebih fokus dan cerah pada masa hadapan. Responden juga digalakkan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan menguasai pendekatanpendekatan serta keadah-kaedah pembelajaran. c. Dalam jangka masa terdekat responden digesa untuk menyiapkan tugasan hariannya yang berkaitan dengan penuh rasa tanggungjawab. 4.3 Penilaian akan dijalankan terhadap responden dengan ukuran skala penambahbaikan pembentukan sahsiah berdasarkan jangkamasa pendek (dalam tempoh 1 bulan) dan jangkamasa panjang (1 tahun). Penilaian ini akan dilakukan sendiri oleh responden berdasarkan persetujuan penambahbaikan yang digalurkan.

Berikut adalah jadual penilaian perkembangan pembentukan sahsiah responden. Bulan dinilai:_____________________
ELEMEN DINILAI PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKUKAN CATATAN

Tanggungjawab dengan tuhan Tanggungiawab dengan keluarga Tanggungjawab dengan ibubapa Keperibadian muslim

Pengurusan kewangan Pengurusan kerjaya Etika perguruan Nilai-nilai etika perguruan Kemahiran & adap komunikasi Kesihatan fizikal Pengurusan rumah kediaman Pengurusan kenderaan Pengurusan anak-anak Pengurusan pasangan & keluarganya 5. Rumusan 5.1. Penampilan sahsiah individu akan mengalami perkembangan atas desakan tertentu yang merupakan proses pertumbuhan kendiri. Kebijaksanan memahami situasi, jenis individu yang kita berhubung serta peraturan akan memberikan impak keupayaan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 5.2. Kefahaman secara teoritikal membantu menjelaskan keperibadian sahsiah secara lebih tulus dan berkesinambungan. 5.3 Kod etika perlu dihayati,diamalkan, dipertahankan dan dikuatkuasakan semurninya kerana kandungan nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia. Kod Etika Perguruan merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku serta menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. 5.4 Pembangunan sahsiah memerlukan peruntukan falsafah pendidikan yang Islamik serta menyeluruh dalam semua bidang, baik dalam pendidikan guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan, keusahawanan mahupun dalam politik, kesenian, kesukanan dan perlaksanaan dasar-dasar negara. 6. Rujukan. Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar, 2000, hlmn 212, 213, 214, 222, 225. Drs. H. Moh Rifai, Akhlak Seorang Muslim, Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar, 1986, hlmn 9, 10, 11, 17, 52, 53, 62, 63, 71, 72, 277, 278.

Raisul Muhadaddithin Allama Muhammad Zakariyya (RAH) Syeikhul Hadith MazahirUlum,Fadhilat Amal, Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn Bhd, Cetakan ketujuh 2007, hlmn 24, 25, 26, 10. Amdan Bin Hamid, Pembuka Segala Rahsia, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, cetakan keempat 2007, hlmn 9, 32, 33, 34, 48, 83. Syamsuddin Noor. S.AG. , Dahsyatnya Doa Para Nabi, Kuala Lumpur, Synergy Media, 2010, hlmn 62, 73, 88, 111, 186, 231. Dr. Mohd Puzhi Usop, Jadilah Orang yang Menjiwai Iman dan Hidayah, Kuala Lumpur: Synergy Media, cetakan pertama 2012, hlmn 26, 278, 238.

You might also like