You are on page 1of 3

Eksperimen

Eksperimen : Mengkaji penyulingan petroleum (minyak mentah) di dalam makmal.

Kaedah : Radas penyulingan ringkas seperti pada rajah di atas disediakan . Minyak mentah dalam tabung didih dipanaskan dan hasil sulingan dikumpulkan pada julat suhu yang berbeza. Hasil sulingan dipungut dan sifat setiap pecahan dikaji dari aspek berikut , iaitu kelikatan, warna pecahan , sifat nyalaan dan kebolehbakaran

Untuk menentukan sifat kelikatan , sedikit pecahan tertentu dituang ke dalam piring kaca. Piring kaca itu dicondongkan sedikit dan pemerhatian dibuat samada pecahan itu mudah mengalir atau tidak. Untuk menentukan warna pecahan , perbandingan warna dibuat bagi setiap pecahan itu. Untuk mengkaji sifat nyalaan , pecahan tertentu dimasukkan ke dalam mangkuk pijar . Sekerat benang dicelup ke dalam pecahan itu untuk bertindak sebagai sumbu. Sumbu itu dinyalakan . Warna nyalaan itu diperhatikan . Sekeping kertas turas diletak di atas nyala untuk lihat kuantiti jelaga yang terkumpul dari nyala itu.

Ujian Sifat Nyala Keputusan :


Pecahan Julat Suhu ( 0C ) 1 50- 100 0 C Warna Pecahan Tidak berwarna Kelikatan Keboleh bakaran Mudah terbakar Kuantiti jelaga Tiada jelaga

Cair / mudah mengalir

2 3

101-150 0 C 151- 200 0 C

Kuning muda Kuning tua

Pekat sedikit Agak pekat

Mudah terbakar Susah terbakar Amat sukat terbakar Tidak terbakar

Sedikit jelaga Agak banyak jelaga Amat banyak jelaga -

201- 250 0 C

Perang

Agak pekat

Baki

Lebih dari 250 0 C

Perang tua - hitam

Amat likat / sangat sukar mengalir

Perbincangan : 1) Daripada keputusan eksperimen , didapati sifat(ciri) pecahan berubah dengan bertambahnya takat didih pecahan. Semakin tinggi takat didih pecahan itu : Semakin likat pecahan itu ( kerana saiz molekul pecahan semakin besar dan daya tarikan antara molekulmolekulnya semakin kuat menyebabkan molekul molekul sukar bergelongsor antara satu sama lain. ) Semakin sukar ia terbakar dan kuantiti jelaga semakin bertambah .( sebab peratus karbon per molekul semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu.) Semakin gelap warna pecahan itu . 2) Pecahan-pecahan itu mempunyai sifat yang sama dari segi : Keterlarutan dalam air - Semua pecahan petroleum tidak larut dalam air. PH Semua pecahan petroleum bersifat neutral . Hasil pembakaran sama - Semua pecahan terbakar dalam udara berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan

You might also like