You are on page 1of 8

http://muslimsprofil.blogspot.

com/

ASAS AQIDAH ISLAM

Umat Islam pada hari ini tidak menghayati ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka dan kebanyakan mereka tidak mengetahui ajaran Islam yang mereka anuti kebanyakan cara hidup mereka berpedoman kepada kehendak nafsu, mereka mencampur aduk antara ajaran Islam dengan ajaran-ajaran bukan Islam, kecuali sebilangan yang amat kecil yang masih hidup secara Islam. Firman Allah:(Al-Quran, ayat: 34) yang bermaksud:"Nampakkah (wahai Mohammad) keburukan keadaan orang yang menjayakan hawa nafsunya tuhan yang dipuja bagi ditaati ? Maka dapatkah engkau menjadi pengawal yang menjaganya jangan sesat. Atau adalah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendakwa atau memahaminya (apa yang engkau sampaikan kepada mereka) mereka hanya seperti binatang ternakan bahkan bawaan mereka lebih sesat lagi". Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang yang berpedoman kepada hawa nafsu adalah sesat, mereka tidak akan menemui jalan yang benar. Kerana tabiat nafsu lebih suka kepada kebebasan yang mutlak dan itu adalah tabiat binatang.

Membentuk Akidah Manusia Manusia sebagai makhluk Allah yang mulia mempunyai akal fikiran maka untuk membentuk dan mendisplinkan mereka mestilah berasaskan akidah ketuhanan dan dengan pegangan akidah ketuhanan dapat membendung manusia dan melakukan kejahatan dan harus menyedari bahawa apa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini adalah berpunca tentang akidah ketuhanan. Umat Islam pada hari ini sangat memerlukan kepada pembinaan akidah dan menamakan rasa kebesaran Allah di dalam hati terutama di saat pembinaan kebendaan yang sangat pesat ini. Sekiranya tidak seimbang dengan pembangunan akidah dengan pembangunan kebendaan maka pembangunan kebendaan akan rosak dan runtuh. Umat Islam pada hari ini telah hilang pegangan keagamaan. Sehingga mereka yang sering mengerjakan amal ibadat masih juga berterusan melakukan berbagai kemaksiatan hingga sampai ke peringkat mengejek-ngejek dan memperkecilkecilkan ajaran agamanya sendiri sedangkan perbuatan ini boleh terkeluar dari Islam (murtad) demikian menurut pendapat Imam Malik, Al-Shafie, Ahmad bin Hambal, Imam al dan Ishak. Fiman Allah:(Surah At-Taubah, ayat: 21) Yang bermaksud : " Dan jika mereka mencabuli sumpahannya sesudah mereka mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agamamu maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir ".

Apa Erti Akidah Ketuhanan


Akidah ertinya ikatan, pegangan terhadap rukun-rukun iman yang enam : Beriman kepada Allah Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Rasul-RasulBeriman kepada Hari Akhirat

Beriman kepada Qada' dan Qadar Ini berdasarkan kepada pertanyaan seseorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. (Yang bermaksud): " Lelaki itu bertanya: Ceritakan kepada ku tentang iman ? Baginda bersabda: Iman itu bahawa engkau beriman kepada Allah, Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, Hari Akhirat dan Beriman dengan Qadar baik dan buruk ". ( Riwayat Muslim ) 1. Beriman Kepada Allah Beriman kepada Allah merangkumi dan segi rububiyahnya iaitu beriman bahawa Allah sebagai pencipta alam, pengatur dan penyusunan dan lain-lain. Beriman dan segi uluhiyahnya iaitu mengesakan Allah dalam peribadatannya dan beriman kepada Allah dan segi Asma' dan sifatnya iaitu beriman bahawa nama-nama Allah dan sifatsifatnya sesuai dengan kebesarannya. Beriman kepada Allah adalah merupakan rukun yang sangat penting dan ia adalah asas akidah, manakala rukun-rukun yang lain itu tertakluk di bawah beriman kepada Allah. Semua Makhluk Memuji Allah Seseorang yang beriman harus menyedari bahawa tiada suatu pun makhluk di dalam alam ini yang tidak bertasbih dan memuji Allah. Firman Allah: Yang bermaksud: "Tiada sesuatu pun melainkan bertasbih memujinya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka". (Surah Al-Isra', ayat : 44) Semua Makhluk Bersedia Untuk Berkhidmat Bagi Manusia Allah telah menceritakan bahawa angin dan sebahagian dan jin berkhidmat untuk Nabi Sulaiman a.s., Firmannya:(Surah Saba, ayat: 21-31)Yang bermaksud: "Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanan satu perjalanan adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan

sepanjang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan kami alirkan baginya mata air dan telaga dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami. Kami akan merasakannya (pukulan) dan azab api neraka; gulungan jin ini membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dan bangunan- bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya ".

2. Beriman Kepada Malaikat Beriman kepada Malaikat adalah sebahagian dan akidah. Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa para Malaikat di wakilkan oleh Allah untuk menjaga manusia, dan ditugaskan untuk mengira dan memperhitungkan amalan-amalan manusia dan merekodkan di dalam buku catatan peribadi mereka, Firman Allah:(Surah At-Thariq, ayat : 4) Yang bermaksud: " Tiada sesuatu diri jua pun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaan serta penyimpan peringatan mengenai segala bauan)".

Firman Allah:(Surah Qaf, ayat: 18) yang bermaksud: " Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas sentiasa sedia menulisnya". Dan firmannya:(Surah Ar-Ra'ad, ayat:10-11) Yang bermaksud: "Sama sahaja kepadanya: Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan katanya di dalam hati dan menyatakannya juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar beijalan pada waktu siang bagi tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dan hadapan dari dan belakangnya yang mengawas dan menjaga dengan sebab perintah Allah." Malaikat yang ditugaskan untuk mengira amalan-amalan manusia ia mencatat semuanya kemudian dikemukakan kepada Allah Rabil'alamin untuk diberi balasan yang sewajarnya. 3. Beriman Kepada Kitab-Kitab ALlah Beriman kepada kitab-kitab Allah adalah satu juzu dari akidah dan yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada kitabkitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi: iaitu Sahaf yang diturunkan kepada Ibrahim,Taurat diturunkan kepada Musa, Injil yang diturunkan kepada Isa, Zabur yang diturunkan Nabi Daud dan AlQuran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w Mengenai beriman kepada kitab-kitab, dua perkara yang patut diperhatikan : 1. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang asal yang diturunkan sebelum dipinda oleh tokoh-tokoh agama dan diketahui bahawa kitab-kitab Allah yang lain dari Al-Quran semua telah dipinda dan ditukar ganti ayatnya, Firman Allah:(Surah Ah Imran, ayat: 78) Yang bermaksud: " Dan sesungguhnya di antara mereka (ahli-ahli kitab) ada ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca kitab Taurad

dengan mengubah maknanya supaya kamu menyangkanya sebahagian dan kitab (Taurad) pada hal ia bukanlah dan kitab itu, dan mereka pula berkata: bahawa ia adalah dari sisi Allah pada hal ia bukanlah dari sisi Allah dan mereka (tergamak) berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahui (bahawa mereka adalah dusta). 2. Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan iaitu diturunkan kepada Nabi Mohammad s.a.w, ia tidak di datangi oleh sebarang kepalsuan ia dijaga oleh Allah s.w.t., Firman Allah:(Surah AI-Hajj, ayat: 9)Yang bermaksud: " Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang memelihara dan menjaga ". Al-Quran merupakan, (manhaj) jalan-jalan diturunkan sebagai pedoman untuk manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Ia menunjuk jalan yang lurus untuk manusia. Firman Allah: (Surah Al-Isra', ayat: 9) Yang bermaksud: " Sesungguhnya Al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ". Al-Quran merupakan dustur(perundangan) yang paling baik untuk manusia, kerana ia adalah ciptaan Allah yang lebih mengetahui tentang hal-hal manusia, menolak peraturan al-Quran bermakna menolak peraturan yang lebih baik untuk manusia. 4. Beriman Kepada Para Rasul s.a.w. Beriman kepada para Rasul a.s.w. adalah satu juzu' dan akidah. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada para Rasul ialah mempunyai bahawa mereka adalah perutusan Allah untuk manusia. Tidak harus di bezabezakan antara seseorang Rasul dengan Rasul yang lain. Mengingkari mana-mana Rasul yang di utuskan bermakna mengingkari risalahrisalah Allah dan mengingkari al-Quran. Kerana al-Quran menyebut nama-nama sebahagian dan mereka.

Firman Allah:(Surah al-Baqarah, ayat : 285) Yang bermaksud: "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dan Tuhannya dan juga orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah dan malaikat, dan kitabnya dan rasulnya (mereka berkata) kami tidak membeza-bezakan antara seseorang (dengan yang lain) dan Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi, kami dengar dan kami taat (kami pohon) keampunan Mu wahai Tuhan kami dan kepada Kamu jualah tempat kembali ". 5. Beriman Kepada Hari Akhirat Beriman kepada adanya Hari Akhirat adalah satu juzu' dan akidah ia memberi kesan yang kuat dalam membentuk manusia dan membendung kejahatankejahatan manusia. Orang yang menyedari bahawa ia akan di bawah kehadapan pengadilan Allah pada han akhirat sudah tentu ia akan berfikir terlebih dahulu sebelum ia melakukan suatu kejahatan dan tiada seorang pun yang dapat melarikan diri dan hukum Allah, Firman Allah:(Surah al-Isra', ayat: 13-14)Yang bermaksud: "Dan tiap-tiap seorang manusia kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada han khiamat kelak dan kami akan keluarkan kepadanya kitab suratsuratan amalan yang akan di dapatinya terbuka untuk di tatap, lalu kami perintahkan kepadanya bacalah suratan amalanmu, cukuplah engkau sendiri pada han itu menjadi penghitung terhadap dirimu tentang segala yang telah engkau lakukan." 6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar Allah Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah satu juzu' dari akidah, erti beriman kepada Qada' dan Qadar ialah menyakini bahawa apa jua yang berlaku di dalam dunia ini termasuk perkara-perkara yang berlaku pada diri manusia adalah telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t tanpa campur tangan manusia. Manusia dituntut supaya meredai apa jua yang ditakdirkan itu. Sama ada baik atau buruk di samping berusaha untuk mengelakkan dan sebarang bala dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki, beriman kepada Qada' dan Qadar bukanlah memberi erti menyerah sesuatu

kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Beriman kepada Qada' dan Qadar mendorong seseorang itu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ayat yang mula mula menyentuh tentang Qada' dan Qadar ialah mengenai rezeki dan ajal di mana Allah-lah menyatakan bahawa kedua-duanya tidak akan bertambah atau kurang dengan semata-mata usaha manusia. Seseorang tidak akan mati sebelum tiba ajal yang di tetapkan dan sebelum habis rezeki yang telah Allah tetapkan. Firman Allah:(Surah Al Imran, ayat: 145) Yang bermaksud: "Dan tiap-tiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya yang ditetapkan oleh Allah". Dan Sabda Rasulullah s.a.w.Yang bermaksud: " Ketahuilah bahawa sekiranya umat manusia semuanya bersepakat untuk memberi manfaat (menolong) engkau dengan sesuatu pertolongan nescaya mereka tidak dapat menolong engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) dan sekiranya mereka bersepakat hendak memudaratkan engkau dengan sesuatu kemudaratan nescaya mereka tidak dapat memberi kemudaratan kepada engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) oleh Allah ke atas engkau, diangkat akan kalam dan keringlah dakwat (ertinya itulah yang ditetapkan oleh Allah)". Umat Islam pada hari ini perlu menterjemahkan pengertian akidah ini ke dalam penghidupan mereka supaya seimbang antara pembinaan kebendaan dengan pembinaan kerohanian
POSTED BY TEAM JOKI AT 7:07 PM LABELS: AQIDAH

You might also like