You are on page 1of 173

Aku. Rama-rama.

Oleh: Nizam Zakaria

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Kepada Kekasihku dan kepada setiap keringat, air-mata dan darah yang telah jatuh untuk membuktikan cintaku terhadap dirimu
***

Chairil Anwar Aku Kalau sampai waktuku 'Ku mau tak seorang kan merayu Tidak juga kau Tak perlu sedu sedan itu Aku ini binatang jalang Dari kumpulannya terbuang Biar peluru menembus kulitku Aku tetap meradang menerjang Luka dan bisa kubawa berlari Berlari Hingga hilang pedih peri Dan aku akan lebih tidak perduli Aku mau hidup seribu tahun lagi ( Mac 1943)

Aku. Rama-rama Bab 1

Nizam Zakaria

Ada sejenis spesies tebuan yang akan bertelur ke dalam kepompong ramarama. Dan telur tebuan itu akan menetas lalu memakan isi yang ada di dalam kepompong tersebut. Di dalam proses metamorfosisnya sendiri, tebuan itu akan menjadi pupa di dalam kepompong mangsanya. Maka apa yang akan keluar dari kepompong itu nanti, bukan seekor rama-rama yang cantik, tetapi seekor tebuan --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Lagipun. Rama-ramanya telah lama meninggalkannya.

Aku. Rama-rama Bab 2

Nizam Zakaria

Kadang-kala rama-rama lebih baik dibiarkan terbang ke udara. Kerana ia akan kelihatan lebih cantik terbang bebas di udara dari terkurung di dalam kotak kaca. Tetapi apabila ia terbang, ia mungkin akan hilang selamanya dari pandangan kita. Tapi keindahannya itu akan kekal di dalam ingatan kita buat selama-lamanya. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Murni nampak sedih. Manik-manik jernih mengalir membasahi pipinya yang lembut itu. Dia bergerak semakin dekat kepada abangnya. Kemudian dia berbisik: "Cari dia sampai dapat, bang. Cari dia." Mubin mengerti apa yang telah dimaksudkan oleh adiknya itu, kemudian dia memandang ke belakang. Ke arah Majid dan kemudiannya ke arah Mizi. Mubin tertunduk. Sejak tadi lagi dia hairan mengapa Mizi mesti datang sama. Mubin menghela nafasnya panjang-panjang sebelum mengucapkan selamat jalan kepada adiknya. Suasana KLIA terasa sunyi. Dia kehilangan seorang lagi manusia yang membawa makna kepada kehidupannya. Sememangnya dia patut merasa sedih. Dia hanya mengenali rama-rama Murni lebih kurang setahun yang lalu. Tetapi di dalam masa yang singkat itu, banyak yang telah berlaku di dalam hidupnya. Dia sesungguhnya tidak akan dapat melupakan saat-saat penting di dalam hidupnya yang telah berlaku pada tahun lalu, sehinggalah dia diketemukan kepada manusia yang paling disayanginya. Semuanya bermula dengan rama-rama Murni. Rama-ramanya yang kini telah menghilang entah ke mana *** Terima kasih kerana datang, Mizi. Ucap Mubin sebaik sahaja dia Murni hilang dari pandangannya. Aku ada nak cakap sikit dengan kau. Ujar Mizi dengan perlahan seolah berbisik. Matanya sesekali menjeling ke arah Majid. Mubin mengangguk lemah. Dia berjalan ke arah ibu dan bapanya, dan kemudian memberitahu kepada mereka dia akan pulang lewat sedikit pada malam itu. Kita minum dulu, okay? Majid menyarankan. Dia kemudian membawa Mizi dan Mubin di sebuah Caf yang tidak begitu ramai pengunjungnya. Di sana, Mubin tidak banyak bercakap. Dia kelihatan sugul. Aku harap kau akan batalkan niat kau untuk ke Pulau Pinang. Ucap Mizi, langsung memecah kesunyian.

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Kalau merajuk pun tak kan ler nak lari begitu jauh... kau nih! Majid menegur. Dia baru sahaja mendengar berita ini dari ibu saudaranya semalam. Berita tentang anaknya Mubin ingin mencari kerja di Pulau Pinang. Biar aku pergi ini keputusan aku. Aku harap kau berdua boleh hormati keputusan aku ini. Mubin menjelaskan pendiriannya. Air kopi panas yang telah dipesan Majid langsung tidak disentuhnya sama sekali. Azman sayangkan kau percayalah. Mizi menegaskan. Dia menggaru-garu keningnya. Mubin mengeleng pasrah. Baginya semuanya telah berakhir. Esok aku akan ke Pulau Pinang aku akan memulakan penghidupan baru di sana. Aku telah bertekad mahu tinggalkan KL kerana kota ini tidak menjanjikan apa-apa kepada aku, kecuali kesedihan dan kekosongan. Suara Mupin penuh kecewa. Hatinya berat untuk meninggalkan keluarganya yang sedang menetap di kota ini. Tetapi dia tetap berdegil tidak mahu berganjak dari keputusan yang telah diambilnya. Kau boleh pikir semula tak? Pikir semula masak-masak. Majid cuba memujuk lagi. Dia cuba membuat Mubin berfikir secara rasional. Mubin aku ulangi sekali lagi. Mizi berkata dengan suara yang lebih tegas. Azman perlukan kau di sini. Dia cuma mempunyai masalah untuk berhadapan dengan dirinya. Kau cuba sekali lagi untuk membuka hatinya untuk menerima cinta kau tu mungkin kali ini kau akan berjaya. Mubin mengeluh. Dia menutup mukanya dengan tangannya sebelum dia memandang semula ke arah Mizi. "Kau mesti faham... apa yang telah berlaku kepada Nazri telah memberi kesan kepada keadaan dirinya. Apa yang telah berlaku kepada Nazri telah memberi kesan yang mendalam kepada kita semua. Kau mesti beri dia peluang untuk bernafas... berikan dia sedikit masa lagi untuk berfikir--" Kenapa kau begitu beria-ia mahu lihat aku hidup bersama Azman? Kenapa? Tanya Mubin meminta penjelasan. Kerana aku sayangkan kepadanya. Sayang aku kepadanya sampai bila-bila. Aku tak mahu lihat dia menderita bila kau tinggalkan dia nanti. Percayalah Mubin dia terlalu sayangkan kau. Aku percaya jika seseorang itu sayangkan aku, sampai ke hujung dunia pun dia akan sanggup cari aku... demi cintanya kepada aku. Jika Azman betul-betul sayangkan aku dia tahu di mana untuk cari aku. Mubin mengakhiri kata-katanya sambil memandang jauh ke luar caf. Air matanya mula jatuh menitik membasahi pipinya. Mizi mengeluh. Majid pula langsung tidak dapat membuat apa-apa untuk mengubah keputusan yang telah diambil oleh Mubin.

Aku. Rama-rama Bab 3 Kupu-kupu selalunya akan terbang pada waktu malam --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya.

Nizam Zakaria

Memang inilah kerja Nazri. Hampir pada setiap lewat petang pada hari hujung minggu, dia akan keluar dari rumahnya, lalu terus menuju ke kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia memang suka ke kawasan ini, mungkin kerana kawasan ini sesak dengan manusia. Mungkin juga kerana kesesakkan ini boleh menghilangkan rasa sunyinya buat seketika. Arah tujuan pertamanya tidak lain dan tidak bukan, Pertama Kompleks. Dia akan menghabiskan wangnya bermain di sebuah kedai arked permainan video sehinggalah dia bosan. Kemudian dia akan ke Sogo untuk melepak di sana. Setelah puas Nazri melepak di hadapan Sogo, dia akan terus memulakan perjalanannya untuk menyusuri Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia ingin ke sebuah kedai buku yang terletak di sini. Tujuannya ke kedai buku Minerva ini adalah untuk membeli majalah terbaru mengenai motosikal. Kerana itulah hobinya. Membaca mengenai model-model terbaru motosikal... Ducati, Aparilia, BMW, Honda dan entah apa sahaja jenama sering berlegar-legar di dalam kepalanya. Nazri memandang ke arah jam tangannya. Malam masih muda. Dia masih mempunyai banyak masa untuk bersiar-siar di kawasan ini. Lagipun perutnya lapar. Mungkin dia akan makan di sebuah restoran Nasi Padang yang terletak di hadapan Sogo sebelum dia bertolak ke kedai buku Minerva. Untuk sekian kali di dalam kedai buku Minerva, Nazri menoleh ke arah jam tangannya. Dia dapati dia patut mengorak langkah untuk ke destinasinya yang seterusnya. Dia tidak mahu lambat sampai ke destinasinya nanti. Lalu dia berjalan, berjalan dan terus berjalan... Nazri menapak berjalan di Jalan Raja Laut. Setibanya dia di bangunan DBKL, dia terus melencong ke bahagian belakang bangunan tersebut. Di daerah ini, yang lebih dikenali sebagai 'Jurassic Park', suasananya agak gelap. Ramai juga pemuda-pemuda yang sedang mundar-mandir di sini. Beberapa buah kereta lalu di sini lalu berhenti buat beberapa ketika. Nazri terus berjalan ke arah sekumpulan lelaki yang sedang duduk di atas pagar batu di tepi Sungai Gombak. Dia kenal benar dengan salah seorang lelaki yang sedang duduk di sana. Lelaki tersebut telah menegurnya sebaik sahaja dia nampak batang hidung Nazri di hadapannya. "Apa kau buat di sini." Lelaki tersebut menanyainya. Lelaki tersebut nampaknya tidak begitu suka melihat Nazri mundar-mandir di kawasan itu. "Kau tahu benar yang aku tak suka lihat kau di sini!" Lelaki tersebut membuang putung rokok yang sedang dihisap Nazri pada ketika itu. Dia mendengus marah. "Dan dah berapa kali aku beritahu kau yang aku tak suka lihat kau merokok?" "Alah bang, Mizi. Rileklah!" Kata Nazri. Dia melihat lelaki tersebut mencampakkan rokoknya ke sungai. "Jurassic Park bukan tempatnya untuk budak-budak macam kau!" Kata

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mizi sambil memegang lengannya dengan kasar. Dia membawa Nazri jauh dari rakan-rakannya yang lain. "Budak-budak apa ni bang! Saya kan dah besar!" Bantah Nazri cuba melawan. Mizi berdecit. Dia tahu bahawa Nazri baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke enambelas dua bulan yang lalu. Tetapi kalau mengikutkan bentuk badan, ketinggian serta raut wajahnya yang matang itu, Nazri kelihatan seperti seorang pemuda 19 tahun. Atau mungkin lebih dari itu. "Mana kotak rokok kau?" Tanya Mizi kepada Nazri. Mukanya nampak sedikit bengis. "Rokok ni kawan yang bagi, bang!" Kata Nazri, sedaya upaya cuba berbohong kepada lelaki tersebut. "Alah Rilek ler kalau ye pun, bang!" "Kau jangan bohong... kau ingat aku bodoh?" Mizi mengambil beg sandang Nazri dari bahunya secara paksa. Lalu dia membuka begnya itu. Setelah dia dapat mencari kotak rokok yang dimaksudkannya itu, dia terus memasukkan kota rokok berjenama Malboro itu ke dalam kocek seluarnya. "Majalah ni kau beli atau kau curi?" Dia menanyai Nazri kemudian. Suaranya tidak segarang tadi. "Belilah... kan ada resitnya." Ujar Nazri lalu mencapai begnya kembali dari Mizi. Nazri tersengih-sengih. Seolah-olah dia memang sengaja mahu membuat Mizi marah kepadanya. Mizi mengeluh, walaupun dia puas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Nazri. Kemudian dia menanyai Nazri soalan ini: "Kau buat apa di sini?" "Nak bertanya khabar dengan abang lah! Apa lagik! Abang kan selalu ada di sini." "Hmmm..." Getus lelaki tersebut. Matanya tepat kepada seorang pemuda yang sedang memandangnya sejak tadi di sebuah sudut gelap di Jurassic Park. "Kau ada duit tak nih?" "Ada." Jawab Nazri pendek. "Lain kali kalau kau nak jumpa aku... telefon dulu. Boleh kita jumpa di tempat lain. Berapa kali aku nak cakap dengan kau... aku tak suka tengok muka kau lagi di JP." Lelaki tersebut memeluk tubuhnya. Kemudian dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. "Kau mahu ke mana sebenarnya ni?" "Ke Dataran Merdeka. Bapak saya ambil saya di sana nanti." Nazri mengelap peluh yang mula terkumpul di atas kumisnya. "Pukul berapa dia tunggu kau di sana?" "Setengah jam lagi..." "Baik kau pergi saja ke sana. Kalau aku nampak kau di sini lagik... ish!" "Alah abang nih... rilek ler." Ujar Nazri tersenyum nakal. Senyumannya memang menawan, walaupun dia jarang sekali senyum. Ada sesuatu dari senyumannya yang kadang-kala tersirat satu rahsia tentang segala kesepian di dalam hatinya. Sesuatu perkara yang lelaki itu benar-benar faham. "Hmmm... Kalau kau senang-senang nanti, kau telefon aku." Nazri mengangguk. Kemudian dia bersuara lagi: Abang Man macam mana bang? Dah lama saya tak dengar berita dari dia. Dia okay jer macam biasa. Kau tak payah risau pasal diri dia. Dia pandai jaga dia dia. Diri kau tu perlu dijaga.

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Nazri menggigit bibir bawahnya, kemudian dia meminta diri dari Mizi. Seterusnya, tanpa membuang masa, dia terus berjalan ke arah Dataran Merdeka. Sebaik sahaja Nazri meninggalkan kawasan Jurrasic Park, dia menoleh ke belakang. Dia mendapati Mizi sedang sibuk berbual dengan pemuda yang sedang memandangnya sejak tadi... *** Murni begitu beria-ia benar mahu membawa abangnya keluar pada malam itu. Destinasi mereka, pusat bandar Kuala Lumpur. Mubin tidak keberatan. Lagipun dia sendiri mahu melihat-lihat kota yang langsung tidak dikenalinya ini. Mubin baru sahaja pulang ke Malaysia setelah mendapatkan ijazah di dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Amerika Syarikat. Kota ini begitu asing baginya, kerana sejak kecil lagi dia telah dibesarkan di Pulau Pinang. Kemudian, dia telah meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, sebelum dia bertolak ke AS. Jarang sekali dia ke Kuala Lumpur. Kalau diikutkan, mungkin tiga kali sahaja di dalam hidupnya dia ke kota ini. Kali pertama adalah apabila dia mengikut rombongan MCKK ke Kuala Lumpur tatkala dia di tingkatan satu. Kali kedua tatkala dia ke Subang untuk terbang ke AS dan kali ketiga pula, tatkala dia pulang semula ke Malaysia pada dua hari yang lepas. "Pejabat ayah di sana, bang." Ujar Murni dengan penuh manja kepada abangnya. Jarinya menuding ke arah Bukit Aman. Pada saat itu mereka sedang berjalan ke arah Plaza Putra dari Central Market. Mereka telah ke sini dengan menaiki LRT Putra dari stesen Bangsar... Mubin hanya memandang sekali ke arah bangunan tinggi berwarna putih di Bukit Aman. Di dalam hatinya dia sering bermonolog bertanyakan kepada dirinya mengapa bapanya perlu berpindah ke kota ini. Mungkin sudah nasib bapanya dinaikkan pangkat sehingga terpaksa berhijrah ke sini. Dari ketua polis di Pulau Pinang, kini bapanya menjadi seorang penolong IGP di Bukit Aman. Satu pencapaian yang boleh dikatakan membanggakan oleh bapanya, tetapi satu perkara yang sering merunsingkannya. Dia runsing kerana pekerjaan bapanya yang dahulu selalu dibanggabanggakan, kini lebih suka dirahsiakannya dari orang lain. Suasana politik di Malaysia telah membuatkannya bersikap begini. Dan kerana suasana politik yang luar biasa inilah yang telah membuatkan bapanya terpaksa berhijrah ke kota ini. Satu perkara yang paling tidak digemarinya. Kerana fikirnya, kalau boleh, dia mahu hidup dan mati di Pulau Pinang. Satu lagi perkara yang membuatkannya runsing adalah kerana kisahkisah silam yang menghantuinya selama ini akan terbawa-bawa ke kota ini. Kalau boleh, dia langsung tidak mahu berada di kota ini kerana bekas kekasihnya Faizal sedang berada di sini. Perkara yang mahu dielaknya ialah kemungkinan dia bertembung dengan Faizal di sini. Satu kemungkinan yang sangat-sangat ditakutinya. Kerana dia benar-benar tidak mahu melihat wajah Faizal lagi sampai bila-bila. "Saya tak sabar nak ke sekolah minggu depan!" Ujar Murni kepada

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mubin sambil menoleh ke arah sepupunya Majid. Pada minggu hadapan Murni akan ke sekolah barunya yang terletak di Sri Hartamas. "Tapi takutlah!" Adunya sekali lagi kepada kepada Majid dan Mubin. Majid tersenyum. Dia berpaling ke arah Mubin yang sejak tadi sedang menjenguk-jenguk ke arah Plaza Putra yang terletak di bawah Dataran Merdeka. Mereka ke sana untuk menyaksikan sebuah persembahan drama di Actor's Studio. Mubin adalah sepupu Majid di sebelah bapanya. Pak longnya itu adalah bapa kepada Mubin dan Murni. "Nak takutkan apa pula ni?" Tanya Mubin. Dia begitu prihatin kepada adik perempuannya yang akan naik ke tingkatan lima ini. Matanya kini tepat kepada Murni yang sedang memakai baju kurung berwarna hujau. Murni memang nampak ayu dengan baju kurungnya itu. "Convent Light Street mana ada lelaki!" Ujar Murni kepada abangnya. Majid kini tersengih-sengih, semacam ada sahaja lawak yang ingin diberitahunya kepada Mubin. "Dulu, aku pun sekolah ala-ala Convent dekat UK... ada kau tengok aku komplen?" Majid berbisik kepada Mubin. Ketawa Mubin dibuatnya. "Hah... ni mesti nak buat lawak bodoh dia lagik tau... benci lah!" Murni mencebik. Majid buat tak endah, malah mentertawakannya lagi. Majid memang suka mengusik Murni. "Saya tak biasa sekolah campur laki perempuan ni... rasa janggallah! Lagipun, masa tengah-tengah tahun tiba-tiba kena tukar sekolah. Lagillah janggal!" Murni memberitahu kepada abangnya, langsung mengetepikan Majid. "Eii.. perlu ke benda-benda macam ni dijadikan masalah?" Celah Majid. Dia memperbetulkan ikatan rambutnya yang panjang sehingga ke bahunya itu. Dia memang tidak suka melihat keadaan Murni yang terlalu manja kepada abangnya ini. Murni terdiam. Mungkin ada benarnya kata-kata Majid itu. Dia menjeling ke arah Majid lalu terus dia melupakan soal sekolah barunya. "Kita nak tengok cerita apa ni?" Murni menanyai Majid, kerana Majidlah yang telah menyarankan dia dan abangnya supaya pergi menonton drama bersamanya di Actor's Studio. "Drama terbaru oleh Joe Hafsham..." Beritahu Majid. Mereka kini tiba di hadapan Actor's Studio. Keadaan di hadapan panggung penuh dengan mereka yang ingin menonton drama. Rata-ratanya muka-muka yang sama, fikir Majid. "Siapa yang berlakon?" Tanya Murni lagi. "Jit Murat. And by the way, he's a queer like us." Beritahu Majid kepada Murni. Tatkala dia mengucapkan perkataan kami, dia mendakap bahu Mubin yang bidang itu. Mubin menoleh ke arahnya sambil tersenyum. "Yeah... whatever!" Ucap Murni seraya menoleh ke arah abangnya yang pendiam itu. Kata-katanya serta aksinya tadi tidak ubah seperti aksi Alicia Silverstone di dalam filem Clueless. Abangnya memang tidak banyak bercakap, kecuali jika dia sememangnya mempunyai keperluan untuk bercakap. Tetapi sejak kecil lagi dia memang suka berbual dengan Majid. Mungkin kerana hanya Majid sahaja yang mampu memahami perasaannya. Lagipun, seperti Majid, dia juga lebih cenderung meminati lelaki. Satu perkara yang mereka berdua fahami sejak mereka kecil lagi...

10

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mereka bertiga berlegar-legar di luar Actor's Studio. Mata Mubin liar memerhatikan orang-orang yang ada di sana. "Sini ramai GB jugak... paham-paham jelah." Bisik Majid kepada Mubin sebelum dia menyerahkan tiket kepada Mubin dan Murni. "Ala-ala opera queen gituh." "Aku tahu," Ujar Mubin sambil tersenyum. Tidak ada sesiapa yang menarik perhatiannya di sini. Matanya kini tertumpu ke arah pintu panggung. Dia tahu beberapa pasang mata sedang memerhatikannya dari jauh. Tetapi dibiarkannya sahaja. Sejak dia berusia limabelas tahun lagi dia sudah terbiasa dengan keadaan ini. Dia tahu benar bahawa ramai yang suka melihat wajahnya yang kacak itu dari jauh. Dan sememangnya Mubin telah dianugerahkan dengan wajah yang mampu membuatkan orang-orang di sekelilingnya menoleh ke arahnya untuk kali kedua. Semata-mata untuk memastikan bahawa apa yang dilihat oleh mereka tadi bukan dari alam mimpi Mereka bertiga masuk ke dalam panggung, sebaik sahaja pintu panggung dibuka. *** Nazri bersiul-siul tatkala dia berjalan ke arah Dataran Merdeka. Dia dapati, keadaan Dataran Merdeka meriah seperti biasa. Tetapi tidak semeriah keadaannya sewaktu pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman di buka pada malam Sabtu pada satu masa yang lalu.. Setelah meletusnya kes Anwar, banyak perkara telah berubah, terutamanya di ibukota, walaupun ramai yang tak sedar. Mungkin mereka mahu diri mereka dibuai rindu oleh janji-janji palsu dan berada di dalam keadaan ketenangan yang dibuat-buat di dalam jerat. Mungkin itulah adanya. Nazri mengusap-ngusap rambutnya. Dia mendapati dia mempunyai banyak masa sebelum temujanjinya di hadapan Plaza Putra. Dia masuk ke dalam Plaza Putra. Lagipun tekaknya terasa kering. Dia berjalan ke arah sebuah sebuah restoran kecil yang terletak berdekatan dengan Actors Studio. Di sana dia memesan air Coke kegemarannya. Dia memandang ke arah jamnya. Dia masih terlalu awal, lalu dia mengambil keputusan untuk duduk di situ sambil membaca majalah tentang perihal dunia motorsikal yang baru sahaja dibelinya tadi. Beberapa detik kemudian, dia mendapati pintu di Actor's Studio dibuka. Maka keluarlah mereka yang telah menonton drama di panggung tersebut. Mereka kelihatan puas. Nazri menjeling ke arah mereka sekali, lalu kembali membaca majalahnya. "Mmm..." getus Nazri kepada dirinya sewaktu dia berpaling ke arah jam tangannya. Jam menunjukkan pukul 10.16 malam. Tanpa disedarinya, dia telah berada di restoran tersebut selama lebih kurang 20 minit. Dia mengambil beg galasnya lalu berjalan keluar dari Plaza Putra. *** "Best drama tadi!" Ucap Murni kepada Majid. Mahu sahaja dia berterima kasih kepada Majid kerana telah membawanya ke sini. Tetapi dilupakannya sahaja niatnya itu, kerana dia selalu disakat oleh Majid. Bukannya dia tak

11

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

suka kepada Majid, tetapi dia tak suka di sakat oleh Majid setiap kali mereka bertemu. "Okaylah... I've seen better actually." Sampuk Mubin. Di mana? Tanya Majid. Di L.A. Bersama Faizal. Suara Mubin mula berubah. Tiba-tiba fikirannya terbawa-bawa kepada pengalaman manisnya bersama Faizal dahulu. Dia terasa sedikit menyesal kerana menghubung kaitkan pengalaman barunya ini dengan pengalamannya bersama Faizal. "Kau haus tak? Aku haus giler nih." Ucap Majid. Dia tahu benar bahawa dia perlu menukar haluan perbualan. Dia meraba-raba tekaknya seolah-olah dia sedang berada di padang pasir dan sudah dua hari dia tidak minum air. "Haus jugak... jom kita minum." Ajak Mubin. Dia terus melangkah ke arah restoran yang letaknya berdekatan dengan Actor's Studio. Meninggalkan Majid dan Murni. Mereka berdua mengekorinya dari belakang. Mereka duduk di restoran. Murni melantik dirinya sebagai pelayan kami pada malam itu. Dia meminta apa yang mahu kami minum lalu terus bergegas ke arah kaunter. "Kau ingat tak dengan kawan aku... Amir namanya. Aku rasa kau pernah berjumpa dengannya di Boston masa kau lawat abang Farid di sana dua tahun lepas." Tanya Majid kepada Mubin yang berusia setahun lebih muda darinya itu. "Ingat.. aku ingat sangat dengan mamat tu. Hensem jugak. Taste aku. Tapi ye lah... masa tu aku dengan Faizal. Takkan lah aku nak menjalang pulak." Ujar Mubin. Sekali lagi dia mengeluh pantas selepas dia mengucapkan nama Faizal. Dia seolah-olah dia masih merindui Faizal, walaupun Faizal telah lama meninggalkannya. Kalau boleh, Mubin tak mahu mengingatkan masa-masa lampaunya dengan kekasihnya yang pernah disayangnya setengah mati itu. Tetapi setiap kali dia memikirkan tentang sesuatu perkara yang pernah dilakukannya di AS, setiap kali itulah dia akan teringatkan kepada Faizal. "Kau tahu Amir sekarang dah jadi lover kawan baik aku?" Majid langsung mahu mengelakkan dirinya dari menyebut nama Faizal atau mengingatkan Mubin kepada Faizal. Dia tahu betapa seksanya diri Mubin tatkala dia mendapat berita yang mengatakan Faizal mempunyai kekasih lain di KL. Mubin hampir-hampir putus harapan untuk belajar lagi di AS. Dia hampir-hampir mahu pulang ke Malaysia semata-mata kerana jiwanya terlalu pasrah. Nasib baiklah sepupunya Farid itu ada untuk menasihatinya supaya terus belajar di Indiana. Wajah Mubin berubah. Dia terkejut. Terkejut mendengar cerita bahawa Amir kini mempunyai kekasih baru. "Amir tu gay ke? Kan dia dah ada girlfriend.. what's her name again?" "Kau nih... nama jantan kau ingat... nama perempuan--" Majid menjeling ke arah luar restoran sebelum dia bersambung. "Nama dia Tengku Salina." "Aha! Salina. Sorry lah aku lupa." Mubin tersenyum malu. "Amir tu bi. Dan dia dah cakap good bye kepada Salina." Lahhh kesiannya! Well, shit happens. But seriously Salina tu baik orang nya. Ujar Mubin yang pernah berjumpa dengan Salina tatkala dia melawat Boston. Dia bersimpati dengan Salina kerana perkara yang sama

12

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

pernah berlaku kepada batang hidungnya sendiri. "Siapa kawan kau tu? Aku kenal ke?" "Haizam namanya... kau tak kenal kot." Ucap Majid. Dia sendiri cuba mengingati jika dia pernah memperkenalkan Haizam kepada Mubin. Rasarasanya tidak. Mubin menggeleng-gelengkan kepalanya. Lalu bertanya: "Tapi kiut tak mamat tu?" "Okaylah... tapi dia tu... err... strictly bottom." Beritahu Majid. "Kau tentu tak mahu kena sambar petir kan?" Kata-kata Majid telah membuatkan Mubin tertawa. "Hah... ni mesti gossip pasal kita lagik tau! Benci lah!" Ujar Murni sewaktu dia membawa minuman yang telah dipesan mereka tadi. "Aha... kita berbual pasal kau." Sambut Majid cepat-cepat. "Kau nih ala-ala ting tong kan malam-malam?" "Ting tong apa pulak ni?" Tanya Murni. Dilihatnya Mubin sedang ketawa berdekah-dekah. "Kau kan ratu rama-rama... tak ke ting tong namanya tu." Majid menyebut tentang hobi Murni yang suka mengumpul rama-rama. Pada pendapatnya memang hobi Murni itu menarik. Tetapi sering juga dia mengusik Murni tentang kegemarannya itu. Murni membuat muka masam. Kemudian dia duduk di sebelah Majid. Terus dia minum air yang telah dipesannya tadi. Murni duduk diam buat beberapa waktu. Dia menoleh ke satu sudut, sebelum dia bersuara semua: "Kiutnya mamat tu." "Siapa?" Tanya abangnya penuh minat. "Tu... yang duduk sorang-sorang tu." Jelas Murni kepada abangnya. Majid juga menoleh ke arah yang disebut oleh Murni. "Aha... kiut jugak!" Ucap Mubin sambil tersenyum. "Anak ikan tu macam aku kenal jer..." Ucap Majid pula. Matanya sengaja disepetkannya seolah-olah dengan membuat begitu dia akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi. "Ye ke?" Tanya Mubin. "Kenal dekat mana?" Majid berfikir jauh. Dia mengeluh geram kerana selalunya dia boleh ingat wajah orang yang pernah ditemuinya dengan senang. "Entahlah... lupa pulak aku. Tapi memang aku pernah jumpa dia." Jawab Majid. Dia memang benci kalau dia tidak boleh mengingati sesuatu seperti ini. Pasti malam ini dia tidak boleh tidur nyenyak semata-mata memikirkan perkara remeh seperti ini. "Kenapa... taste ke?" Mubin tersenyum. Dia tak menjawab soalan Majid tadi. "Budak-budak lelaki kat KL ni kiut-kiut kan bang?" Ucap Murni kepada Mubin. Dia kerapkali menoleh ke arah Nazri. "Eii... Very der very gatal one." Majid menyakat Murni. Murni membalas dengan berdecit sambil mencubit lengan Majid. Sepupunya itu mengelak sambil ketawa. Seperti gadis-gadis seusia dengannya. Murni memang cepat tertarik kepada pemuda-pemuda kacak yang seusia dengannya. Murni sering berpaling ke arah Nazri. Dia mendapati Nazri lebih tertumpu kepada majalah yang sedang dibacanya. Nazri langung tidak memandang ke arahnya. Kesimpulannya, Nazri telah lama hanyut jauh di

13

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dalam dunianya sendiri. Kalau saya nak berkenalan dengan dia boleh tak? Tempelak Murni tiba-tiba kepada Mubin. Nak berkenalan tu tak salah, Ujar abangnya. Dia memandang ke arah adiknya dengan pandangan penuh sayang. Memang hubungan mereka rapat sejak kecil lagi. Dan Mubin pula akan melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Murni. Hampir apa sahaja permintaan Murni akan cuba di turutinya. Beberapa saat kemudian, Murni mendapati Nazri sedang bersiap sedia untuk beredar dari restoran. Majalah yang sedang dibacanya sejak tadi kini telah dimasukkannya ke dalam begnya. Bang dia nak blah. Kita ikut dia okay? Saran Murni. Ishh kau selalu macam ni ke? Tanya Majid ingin tahu. Mukanya seolah mengejek. Eh taklah! Jawab Murni cepat-cepat. Cuba mempertahankan dirinya. Dia tahu Majid, dengan kata-katanya yang pedas itu akan mencari jalan sedaya mungkin untuk mengusiknya lagi jika dia tak berhati-hati dengan jawapan yang diberi. Ye lah tu! Getus Majid. Betul! Kan saya cakap saya budak Convent. Mana ada masa nak jumpa atau berkenalan dengan budak lelaki. Oh ni kiranya ala-ala melepaskan geram ler nih? Sengaja Majid membuat suara seperti mak nenek. "Budak-budak Convent memang gatalgatal!" Katanya kemudian. Sengaja tidak mahu kalah. Murni mendengus. Lalu dia memandang ke arah Mubin yang langsung tidak bersuara bagi pihaknya. Dia mengisyaratkan Mubin supaya mengikutnya keluar, kerana Nazri kini sudah mula bergerak ke arah luar untuk menuju ke Dataran Merdeka. Mubin menurut sahaja. Majid pula merungut-rungut kerana air yang diminumnya masih belum habis. Di luar, mereka bertiga dapati Nazri sedang berdiri di tepi jalan. Dia seolah-olah sedang menunggu ketibaan sesuatu. Ada pen tak? Tanya Murni kepada Majid. Murni pasti Majid ada membawa pen yang ada tersimpan di dalam seluar kargonya itu. Aderrrr.. Majid buat suara mengada-ngada sambil mengeluarkan pen tersebut dari kocek seluar kargonya. Murni cepat-cepat mengambil pen tersebut. Murni mengeluarkan tiket pementasan drama yang baru ditontoninya tadi lalu menulis nombor telefonnya beserta namanya di atas kertas tiket tersebut. Boleh bagi nombor ni kat dia tak? Saya seganlah. Ujar Murni kepada Majid. Eh, last-last, aku pulak yang kena. Rungut Majid. Kau nak sangat kenal dengan dia, kau bagilah sendiri! Mak tak kuasa nak jadi mak ayam kau, occay. Murni menghela nafanya panjang-panjang. Dia menoleh ke arah abangnya. Mubin hanya tersenyum. Dan Murni tahu jika Majid tak mahu melakukannya, inikan pula abangnya yang pemalu itu. Murni mengambil keputusan untuk melakukan perkerjaan ini sendiri. Seraya merungut-rungut:

14

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Memang orang-orang lelaki tak boleh diharapkan langsung! Murni memberanikan dirinya lalu bergerak ke arah Nazri yang sejak tadi hanya terpandang ke hadapan. Matanya tepat ke arah bangunan Dayabumi. Excuse me, Murni membuka kata. Di kepalanya dia sendiri tak tahu kenapa perkataan tersebut terpacul terus dari mulutnya. Kini dia sendiri tak tahu apa yang mahu disambungnya selepas kata-kata tersebut. Nazri menoleh ke arah Murni. Sememangnya Nazri kacak orangnya. Matanya yang sayu itu hampir-hampir membuatkan Murni hilang suaranya. Terpegun Murni kepada wajah tampan yang sedang berpaling ke arahnya pada ketika itu. Nazri tak bersuara. Hanya keningnya ternaik sedikit. Sekarang pukul berapa? Tanya Murni. Dia menutup lengannya untuk memastikan Nazri tidak nampak jam yang sedang dipakainya. Nasib baik jugalah dia berbaju kurung pada malam itu. Mmm.. 10.20 malam, kot. Jawab Nazri. Suaranya dalam dan kasar. Langsung membuatkan Murni terfikir bahawa Nazri ini jauh lebih tua dari usianya yang sebenar. Tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam berhenti di hadapan mereka. Nazri Bergerak ke arah kereta tersebut. Eh tunggu! Ucap Murni. Nazri menoleh. Murni menyerahkan tiket yang mengandungi nombor telefonnya itu ke dalam tanganya. Nazri menyambut tanpa melihat isi yang terkandung di dalamnya. Terus dimasukkan kertas pemberian Murni ke dalam kocek seluarnya. Telefon saya malam ini okay? Pesan Murni. Nazri tidak menjawab. Senyum pun tidak. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. *** Siapa budak perempuan tu? Tanya lelaki yang sedang memandu. Dia menoleh ke arah Nazri sambil tersenyum. Kawan saya. Jawab Nazri Pendek. Nazri menarik nafasnya panjangpanjang. Dia melihat suasana kota pada malam minggu itu. Nadi Kuala Lumpur masih terus berdenyut walaupun malam telah lama melabuhkan tirainya. *** Pada malam itu, Murni menunggu panggilan Nazri yang namanya masih tidak dikenalinya lagi. Murni kecewa. Lebih kecewa lagi apabila dia mendapati Nazri langsung tidak menelefonnya sehinggalah penggal persekolahan naik. Alah, kumbang bukan seekor, Murni. Sebut abangnya apabila Murni merungut-rungut tentang nasibnya itu... Mubin hanya mampu tersenyum melihat gelagat lucu adiknya itu.

15

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Bab 4 Beberapa perkara yang boleh kita perhatikan jika seseorang itu mahukan kita 1.Dia akan memandang ke arah bahagian bahagian-bahagian tertentu di tubuh kita. Sebagai contoh: saiz ibu jari. Saiz hidung, telinga dan mana-mana bahagian badan yang difikirkannya cukup saintifik untuk mengagak saiz tubuh kita yang terpenting. 2.Setiap gerak gerinya seperti sudah dirancang atau dikawal dengan alat kawalan jauh. Kerana kita sukar untuk mencari cacat celanya, sehinggalah pada pagi hari malam pertama kita bersamanya 3.Dia akan ketawa kepada setiap lawak kita walau bagaimana bodoh pun bunyinya dan akan bersedih dengan setiap cerita sedih yang kita ceritakan kepadanya 4.Dia akan berbuat baik kepada kita tanpa disuruh. Seperti menawarkan duit untuk dipinjam walaupun kita tak perlukan duit tersebut dan membayar harga makanan kita walaupun kita mempunyai duit yang cukup (baca: spedo) 5.Dia akan memuji kita, walaupun puji-pujian itu kadang-kala langsung tidak berasas (baca: spedo kata-kata) 6.Kata-katanya penuh dengan madah-madah dan janji-janji indah bersama Mr. X, kekasih idamannya. Dan dia akan memastikan bahawa kita akan mengerti secara halus bahawa Mr. X yang dimaksudkan itu adalah kita (baca: spedo hanjeng) 7.Dia akan memberitahu kita tentang latarbelakang keluarganya, pekerjaannya dan hampir kesemuanya tentang dirinya. Jika kita sekadar calon ONSnya, pasti kita akan hanya mengenalinya sebagai Din, Wan atau Ahmad. 8.Dia akan melakukan segala permintaan kita tanpa perlu bersoal jawab (tips: ambil peluang ini selagi stok masih ada, kerana bila kita dah declare, jangan harap peluang seperti ini akan datang lagi!)

16

Aku. Rama-rama Bab 5

Nizam Zakaria

Seekor lagi kupu-kupu terbang ke arah dian yang membakar panas. Ia pasti akan membakar dirinya lalu mati. Cahaya dian terlalu indah sehingga boleh mengaburi pandangan sang kupu-kupu. Tetapi ingat, dian itu bukanlah sang purnama yang disangkakan. Kerana cahaya dian yang indah, yang difikirkannya akan membawa harapan yang baik-baik kepadanya boleh membawa padah kepada sang kupu-kupu! Seekor lagi kupu-kupu terbang ke arah dian yang sedang menyala itu --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Pada hakikatnya, wajah Faizal seolah-olah dapat dilihatnya di mana-mana sejak dia berada di KL. Bukannya kerana dia sering terserempak dengan bekas kekasihnya itu, tetapi kerana wajah Faizal adalah wajah biasa yang terdapat pada ramai pemuda-pemuda Melayu. Wajah skema, menurut setengah-setengah orang Mubin telah mula mengenali Faizal melalui seorang rakannya sewaktu dia sedang menghabiskan cuti musim sejuknya di Austin, Texas. Dari duduk terperap lama-lama di Indiana, dia telah mengambil keputusan untuk melawat rakannya yang sedang menuntut di Austin itu. Lagipun, telah menjadi kebiasaannya untuk menjelajah benua Amerika ini pada setiap musim cutinya. Pada musim cuti panas yang lepas, dia telah menghabiskan masa cutinya di Boston bersama sepupunya Farid yang sedang menuntut di sana. Kini, setengah dari musim cutinya telah dihabiskannya di Austin. Di Austin, rakannya yang bernama Azmi itu telah memperkenalkannya kepada Faizal, yang menurutnya telah dikenalinya melalui IRC. Menurut Azmi, dia dan Faizal sering berhubungan melalui telefon, tetapi tidak pernah pula mereka bersemuka sebelum ini. Dia pernah bagi gambar dia kat kau? Tanya Mubin kepada Azmi sewaktu dia sedang duduk melepak di dalam bilik asramanya. Bilik Azmi malap dan hanya diterangi dengan cahaya dari Larva Lamp. Tak pernah aku bukannya minat dengan dia pun. Jawab Amir bersahaja sewaktu dia sedang terbaring di bahagian teratas katil dua tingkatnya itu. Rakan sebiliknya dari Alabama telah lama pulang ke kampung halamannya di Mobile untuk menyambut hari natal bersama keluarganya di sana. Kau rasa dia hensem tak? Tanya Mubin meminta jawapan penuh analisis dari Azmi. Mata Mubin masih kepada Larva Lamp. Cecair merah yang sedang bergelutan di dalam Larva Lamp sememangnya mengasyikkan. Tak tahulah aku kalau dia hensem ke tidak. Tapi kalau suara macam suara abang-abang bila berbual ni selalunya tak hensem. Azmi memberi spekulasinya sendiri. Sebenarnya dia memang tak mahu ambil tahu dengan lebih lanjut tentang hal Faizal, kerana Azmi seorang potato queen. Dia hanya minat kepada lelaki mat saleh, gamaknya. Mubin telah mengambil keputusan untuk mengenali dengan lebih dekat diri Faizal. Pada malam itu juga dia telah menyuruh Azmi menelefon Faizal

17

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

yang sedang berada di LA bagi pihaknya. Kemudian dia mahu Azmi memperkenalkan Faizal kepadanya. Pada malam itu Mubin dan Faizal telah berbual selama hampir tiga jam. Mubin mendapati, Faizal adalah peramah orangnya dan senang di ajak berbual. Faizal juga nampaknya begitu beria-ia mahu berkenalan dengan lebih rapat dengannya. Kalau boleh, musim cuti ni, kau datang lah ke LA! Tiba-tiba Faizal mengesyorkan melalui corong telefon. Mubin sebenarnya tidak perlu berfikir panjang untuk menerima pelawaan dari Faizal yang berusia dua tahun lebih tua darinya itu. Lagipun dia sudah bosan setelah duduk selama seminggu di Austin. Dan Los Angeles merupakan kota yang memang mahu dilawatinya sejak dahulu lagi, tetapi tidak berpeluang untuk ke sana sehinggalah munculnya Faizal di dalam hidupnya. Tak tahulah bang saya bukannya tak mahu pergi. Tapi sekarang musim cuti. Mesti flight semuanya dah fully booked. Ujar Mubin yang kononnya mahu jual mahal. Dia senang memanggil Faizal abang, yang dirasanya panggilan yang agak manja yang sesuai untuk diberikan kepada Faizal. Alah naik Greyhoundlah. Aku ni pun, kalau nak ke mana-mana akan naik Greyhound. Faizal menyerankan. Dia begitu beria-ia benar mahu berjumpa dengan Mubin. Esok saya dan Azmi akan pi check kalau ada tiket ke LA Mubin sebenarnya langsung tidak dapat menyembunyikan rasa ghairahnya. Dia seronok kerana dia akan berpeluang untuk ke kota yang di kenali sebagai City of Angels itu. Kau datang ke sini okay! Faizal bersuara gembira. Kenapa abang nak jumpa saya sangat ni sedangkan kita baru jer nak kenal-kenal. Tanya Mubin. Entahlah aku di sini tak ramai kawan. Kalau kawan-kawan PLU tu, lagiklah tak ada. Dulu tu, adalah tu pun dia kat UCLA. Dah lama dia grad. Di USC ni, langsung tak ada. Budak Melayu PLU aku sorang saja kot kat USC ni. Faizal memberitahu. Kalau budak-budak PLU Cina tu standard ler, ramai. Ada sampai dua, tiga orang aku rasa. Tapi aku jarang campur dengan mereka. Okay saya akan usahakan untuk dapatkan tiket. Tapi saya tak janji. Kalau ada tiket, saya akan ke sana, lusa. Mubin kemudian memandang ke arah Azmi yang masih belum tidur dan yang sedang berinteraksi di IRC. Azmi menoleh ke arahnya sambil tersenyum. *** Perjalanan dari Austin ke LA dengan menaiki bas Greyhound memang mengasyikkan. Perjalanan ke sana diselang-selikan dengan pemandangan padang pasir yang indah permai. Suasana padang pasir yang tenang itu meresapi jiwa Mubin. Dia merasa tenang, walaupun hatinya berdebar-debar menunggukan saat dia dapat menemui Faizal. Setibanya Mubin di kawasan selatan California, dia mendapati kawasan ini lebih indah dan nyaman dari di Austin. California seolah-olah

18

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

menjanjikan sesuatu yang dicari dan diimpikannya selama ini Perjalanan dari Austin ke LA mengambil masa selama lebih kurang 34 jam. Dan akhirnya bas yang dinaikinya itu berhenti di stesen Greyhound yang terletak di E 7th Street, yang terletak di tengah-tengah Bandar LA itu. Mubin tiba di stesen itu pada pukul 7.30 pagi. Di Stesen bas, Mubin menjengah-jengah wajah anak Melayu yang ada di situ. Bukan satu perkara yang mudah dilakukannya, kerana di LA terdapat ramai bangsa Hispanik yang mempunyai raut wajah yang lebih Melayu dari kebanyakkan orang Melayu. Mubin! Teriak seorang pemuda dari jauh. Mubin menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia mendapati Faizal sedang berjalan mendapatkannya. Mubin bersalaman dengan Faizal. Entah mengapa, dengan pernuh rasa hormat dia telah mencium tangan Faizal. Faizal tersenyum. Tangannya tidak biasa dicium begitu kecuali oleh anak-anak saudaranya yang masih kecil. Faizal kemudian cepat-cepat meminta beg yang sedang sarat diangkat oleh Mubin. Dia tahu Mubin kepenatan setelah begitu lama menaiki bas. Mubin dapati Faizal memang sederhana orangnya. Dan tubuhnya sedikit gempal, tapi tidak gemuk. Sedap jika dipeluk, fikir Mubin di dalam hati. Faizal orangnya hitam manis, berkumis tipis dan dia lebih rendah dari Mubin (mungkin tiga inci lebih rendah darinya). Bagi Mubin, sesiapa yang lebih rendah darinya--yang mempunyai ketinggian lima kaki sepuluh inci itu memang dianggapnya rendah. Mubin memang mempunyai tubuh yang boleh dikatakan agak tinggi untuk seorang pemuda Melayu. Bagi diri Faizal pula, dia agak terkejut apabila dia mula-mula melihat Mubin. Menurut Mubin, sebelum dia bertolak ke LA, dia akan memakai pakaian serba hitam. Tatkala di stesen Greyhound itu, jenuh dia mencari kelibat pemuda Melayu yang memakai pakaian serba hitam. Dia teragak-agak memanggil nama Mubin tadi, kerana difikirnya, pemuda yang memakai pakaian serba hitam yang baru keluar dari bas dari Austin tadi adalah seorang pemuda Latino. Kerana kulit Mubin memang agak cerah dan wajahnya (kerana dia berasal dari daerah utara Malaysia) nampak seperti wajah kacukan Melayu-Arab. Dia hanya memberanikan dirinya memanggil nama Mubin setelah dia mendapati tidak ada lagi pemuda lain yang memakai baju serba hitam selain Mubin. Faizal terkejut sakan kerana wajah Mubin lebih kacak dari yang disangkakannya. Dengupan nadinya berdegup kencang apabila dia berhadapan dengan Mubin. Mubin mempunyai ciri-ciri lelaki yang dicari Faizal selama ini. Mubin mempunyai perwatakkan yang kemas dan rapi serta berkulit putih bersih. Mubin bertubuh tinggi lampai tetapi tegap, satu kombinasi yang jarang terdapat pada pemuda-pemuda Melayu yang dikenalinya. Mubin mempunyai tubuh persis seorang atlit, desis Faizal di dalam hati. Dan wajah Mubin pula satu wajah yang mampu mencairkan hati Faizal setiap kali dia berpaling ke arahnya. Mubin mempunyai sepasang mata yang tajam. Dia berkening tebal dan rambutnya pula ikal beralun. Dengan kekacakan yang dia ada, Faizal pasti Mubin akan di pilih menjadi hero jika dia memilih bidang lakonan sebagai pekerjaannya. Akan tetapi, perkara yang langsung membuatkan Faizal jatuh hati

19

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

kepada Mubin adalah keperibadian Mubin yang lemah lembut serta berbudi bahasa. Dan setelah Faizal mengenal diri Mubin dengan lebih lanjut lagi, dia mendapati Mubin pendiam orangnya, kecuali kepada dirinya, yang dilayan seperti menatang minyak yang penuh, lagaknya. Dari E 7th Street, Faizal telah membawa Mubin pulang ke apartmentnya yang terletak di Jefferson Boulevard dengan menaiki kereta Buicknya (yang menurutnya adalah kereta lama yang telah dibelinya dengan harga yang murah). Perjalanan tidaklah mengambil masa yang lama kerana rumahnya terletak hanya 6 atau 7 kilometer sahaja dari stesen Greyhound. Faizal telah menyewa apartment kecil di Jefferson Boulevard itu bersama tiga lagi pelajar dari Malaysia yang sedang menuntut satu universiti dengannya di University of Southern California. Sewa bulanan apartment tersebut agak mahal, tetapi memadai, memandangkan apartment tersebut letaknya agak berdekatan dengan kawasan kampusnya. Kawan-kawan serumah aku tak tahu aku ni PLU. Ujar Faizal tatkala dia meletakkan bag Mubin di dalam biliknya. Biliknya itu penuh dengan bukubuku text mengenai komputer, kerana dia dan rakan sebiliknya mengambil jurusan kejuruteraan komputer. Rakan sebiliknya itu menurutnya sedang bercuti di Malaysia. Budak-budak perempuan tu pula? Tanya Mubin mengenai dua orang lagi rakan serumah Faizal yang tinggal di bilik bersebelahan dengan biliknya. Entahlah aku ni rapat jugak dengan si Syarifah dan si Faridah tu. Tapi aku rasa dia ingat aku seteret, kot. Aku ni bukannya jenis yang open. Hati Faizal masih berdegup kencang setiap kali dia bertentang mata dengan Mubin. Kalau boleh, dia mahu sahaja mengelakkan dirinya dari memandang terus kepada Mubin. Kerana setiap kali dia memandang ke arah Mubin, setiap kali itulah dia merasakan kelakiannya berdenyut-denyut seperti seekor binatang yang lapar. Dan kelakiannya yang keras itu masih belum mahu layu sejak dia di stesen Greyhound tadi. Boleh pinjam tuala? Tanya Mubin sambil tersenyum segan. Dah sehari lebih saya tak mandi. Rimas pulak rasanya. Faizal cepat-cepat mendapatkan tuala dari dalam almari. Dia mencari tuala yang sesuai untuk diberikan kepada Mubin. Kalau boleh, sehelai tuala yang cantik dan tidak tercarik-carik seperti tuala kegemarannya sendiri. Dia akhirnya memilih tuala putih yang baru dibelinya pada bulan lepas di kedai Crate & Barrel yang terletak di Century City Shopping Center. Menderu darah Faizal dibuatnya apabila dia menoleh kembali ke arah Mubin. Dia mendapati Mubin sudahpun membuka kemeja hitamnya itu. Kini dia berlengging dengan hanya memakai seluar jeans hitamnya. Sebaik sahaja dia menerima tuala dari Faizal, dia terus membalut tuala tersebut ke bahagian bawah pusatnya lalu melucutkan seluarnya itu. Faizal dapat melihat tubuh Mubin yang tegap dan padat berotot itu. Bahagian yang paling suka dilihatnya adalah bahagian otot perut Mubin yang begitu jelas kelihatannya. Geram Faizal dibuatnya. Kalau boleh mahu diramas-ramasnya sahaja bahagian perut Mubin itu. Seboleh-bolehnya Faizal cuba mengelakkan dirinya dari terus menjeling ke arah Mubin yang sedang berlengging di hadapannya itu. Tetapi matanya masih tertumpu ke arah perut, dan kini kepada dada Mubin yang bidang serta pejal itu. Bilik air di mana, bang? Tanya Mubin perlahan. Suara Mubin yang

20

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

serak-serak basah yang disulami dengan loghat utaranya itu sememangnya mengasyikkan. Terutamanya kepada Faizal yang berasal dari Kuala Lumpur itu. Bilik air di sana. Ujar Faizal sambil mulutnya menjuihkan ke arah bilik mandi. Faizal telah mengambil masa selama tiga saat sebelum dia dapat menjawab soalan dari Mubin tadi. Tiga saat yang dirasakan seperti sekurun lamanya... Mubin tersenyum sebelum dia menghala ke arah bilik mandi. Terliur Faizal jadinya apabila dia kini dapat melihat bahagian belakang Mubin yang berkepak itu. Menurut Mubin di dalam perbualannya bersama Faizal melalui telefon, dia pernah menjadi wakil pasukan hoki MCKK dan acara lumba lari 4 X 400 meter MSSM. Mungkin kerana dia aktif bersukan dia bertubuh tegap seperti sekarang, fikir Faizal. Sentuhan seni, ucap Faizal di dalam hati. Kerana tubuh dan kekacakan wajah Mubin langsung mengingatkan dia kepada skulptur Yunani kuno yang pernah dilihatnya di Los Angeles County Museum of Art pada semester yang lalu *** Mubin mendapati kota LA merupakan di antara kota-kota yang paling menarik yang pernah dilawatinya. Pada hari pertama dia di LA, Mubin telah dibawa Faizal bersiar-siar di kawasan downtown. Di antara tempat pertama yang dituju oleh mereka adalah di kawasan West Hollywood, yang letaknya tidak begitu jauh dari apartmentnya di Jefferson Boulevard. West Hollywood memang terkenal sebagai kawasan tumpuan kaum gay di LA, seperti mana kawasan Castro di San Francisco, Greenwich Village di New York dan South Bent di Boston. Mubin telah dibawa Faizal ke sebuah kedai kegemarannya yang terletak di Melrose Avenue. Abang selalu ke sini? Tanya Mubin sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kedai yang bernama Drakes itu. Takde lah selalu. Kadang kala tu ada lah. Faizal mengakui. Aku datang ke sini untuk beli majalah dan video saja. Tahulah kini Mubin bahawa video dan majalah yang telah dimaksudkan oleh Faizal adalah berbentuk lucah seperti mana yang terdapat di dalam kedai tersebut. Kedai Drakes dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan khas untuk kegunaan kaum gay. Ada video lucah, barang permainan orang dewasa, majalah dan bermacam lagi. Mubin terasa sedikit kekok dan rimas tatkala berada di sini. Bukannya kerana dia tidak biasa, malah tatkala dia berada di Boston, dia pernah dibawa oleh sepupunya Farid ke sebuah kedai yang sama jenisnya yang terletak di Boston Chinatown. Yang bezanya, kedai seks tersebut bukannya kedai seks yang tumpuan barangannya lebih kepada keperluan kaum gay. Mubin terasa sedikit rimas kerana dia sedikit konservatif orangnya Artillery Shell Catalina Collection apa benda ni? Tanya Faizal tatkala dia membaca tulisan yang ada di atas sebuah kotak yang sedang diteliti oleh Mubin sejak tadi.

21

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Butt plug, sebut Mubin malu-malu. Dia cepat-cepat meletakkan kembali kotak tersebut ke tempat asalnya. And whats a butt plug? Tanya Faizal. Untuk apa sebenarnya? Trust me you dont want to know. Ujar Mubin. Mukanya merah menahan malu. Aku memang langsung tak tahu benda-benda ni semua. Ujar Faizal dengan ikhlas. Kalau kau nak tahu aku nampak jer macam dah experience. Tapi aku masih virgin lagi. Mubin seperti tidak mahu mempercayai kata-kata Faizal tadi. Dahinya terkerut seribu. Betul ke ni? Mubin meminta kepastian. Betul! Faizal menegaskan. Aku tak pernah buat dengan sesiapapun. Mubin mempercayai kata-kata Faizal. Kerana tidak mungkin seorang gay mahu dengan secara terbuka mengakui bahawa dirinya masih teruna. Kerana perkara ini bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan Siapalah nak aku ni. Aku bukannya hensem. Kalau kau tu lainlah. Ujar Faizal kepada Mubin. Matanya melirik ke arah lain. Mubin hanya mampu tersenyum. Kemudian dia berjalan ke arah kaunter pembayaran. Dia membelek-belek majalah Advocate dan magnet pelangi yang mahu dibelinya. Dia menoleh ke arah Faizal. Dia mendapati Faizal sedang merenung ke arahnya. Faizal cepat-cepat menoleh ke arah lain apabila dia mendapati Mubin sedar bahawa dia sedang merenung ke arahnya. Pada malam itu Mubin telah meminta Faizal menunjukkan kepadanya koleksi video lucah yang telah dikumpulnya selama ini. Faizal membuka gerobok yang telah dikuncinya rapat itu lalu mengeluarkan beberapa tajuk kegemarannya. Di dalam geroboknya itu mungkin ada terdapat lebih 15 keping pita video. Tidak banyak, fikir Mubin, kerana kawannya Azmi mempunyai lebih 30 keping di dalam simpanannya. Boleh saya tengok yang ini tak? Kata Mubin setelah dia memilih tajuk yang dirasanya menarik. Di hadapan pita video tersebut ada tertera gambar seorang lelaki berpakaian ala tentera dengan beberapa orang lelaki lain yang tidak berbaju. Oh, Anal Camp. Boleh jer. Ujar Faizal dengan ringkas. Dia menutup pintu biliknya dengan rapat. Dia tidak lupa untuk mengunci biliknya, takuttakut nanti teman serumahnya yang lain akan tiba-tiba masuk ke dalam biliknya ini. Abang ni betul ke tak penah projek? Mubin sedang memerhatikan Faizal yang sedang memasukkan pita video ke dalam alat permain videonya itu. Betul kenapa kau masih tak percaya ni? Entahlah-- Sebab muka aku ni macam muka orang gila seks ke? Eh tak lah. Mahu sahaja Mubin tergelak. Dia tersenyum kambing. Lepas tu kenapa? Faizal terbaring di atas katilnya. Matanya termenung ke arah siling. Sebab- Mubin tidak menyambung. Dia ketawa sendiri sambil membetulkan posisi duduknya di sebelah katil Faizal.

22

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Sebab apa? Faizal meminta kepastian. Sebab sekali tengok saya ingat abang nih dah banyak experience. Eh, tidaklah! Kan aku dah cakap tadi muka aku nih tak hensem. Faizal menegaskan. Kalau ada orang yang minat dengan abang macam mana? Apa abang nak buat dengan orang tu? Tanya Mubin bersungguh-sungguh. Dia menoleh ke arah Faizal yang sedang terbaring di belakangnya. Mana ada! Ye lah katakan lah kalau ada-- Aku terima sajalah. Dah rezeki aku. Rezeki jangan ditolak, beb. Jawab Faizal setelah dia diam buat beberapa ketika. Tapi susah ler nak cari. Tengok macam kau ni hensem giler. Mesti kau nak carik orang yang hensem-hensem macam kau. Mana kau nak orang-orang macam aku ni! Tak lah sampai begitu sekali-- Mubin memberanikan dirinya untuk meraba-raba peha Faizal. Faizal tiba-tiba terasa dirinya kaku apabila pehanya itu diraba Mubin. Seolah-olah dia baru sahaja terkena kejutan elekrik. Di dalam masa yang sama, kelakiannya mula berdenyut-denyut. Malu dia jadinya kerana dia hanya berkain pelikat. Dia takut kelakiannya yang mula keras terpacak itu akan dapat dilihat Mubin. Lebih-lebih lagi kerana kelakiannya itu Abang suka dengan saya tak? Tanya Mubin melulu, walaupun dia sendiri tahu bahawa inilah kali pertama dia mengatakan kalimah-kalimah seperti ini kepada sesiapapun. Suka bagaimana? Tanya Faizal dengan suara tersekat-sekat. Dia langsung gugup. Suka sebagaimana saya sukakan abang. Jelas Mubin malu-malu. Suaranya tenang. Inilah dia kelemahan yang ada di dalam diri Mubin. Dia terlalu senang jatuh hati kepada lelaki yang rapat kepadanya. Dia sendiri tahu akan kelemahannya ini. Dan pada malam itu, dia benar-benar tahu bahawa dia telah jatuh hati kepada Faizal. Sejak kali pertama dia bersemuka dengan Faizal, di dalam hatinya dia telah bertekad untuk jadikan Faizal sebagai teman istimewanya. Mubin tahu bahawa Faizal tidak boleh digolongkan kepada golongan lelaki kacak mahupun segak. Dia sedar kepada kesederhanaan yang ada di dalam diri Faizal. Kesederhanaan inilah yang telah membuatkan Mubin lebih tertarik kepada Faizal. Mubin juga sedar bahawa kerana keadaan diri Faizal seperti inilah yang membuatkan dia kelihatan seperti seseorang yang hanya berminat untuk melakukan hubungan jangka panjang. Jika Faizal memutuskan hubungannya dengan sesiapapun, pasti akan terdapat ramai orang yang mahukan dirinya sebagai mana dia mahukan dirinya sekarang. Faizal sesungguhnya mempunyai daya tarikkannya yang tersendiri. Mungkin matanya yang sedikit kuyu di sebalik cermin matanya itu yang membuatnya nampak menarik. Atau mungkin tubuhnya yang agak gempal itu yang berjaya menarik perhatian Mubin (yang langsung mengingatkan Mubin kepada tubuh lelaki yang sudah lama berkahwin). Tatkala Mubin sedang meraba-raba peha Faizal, nafas Faizal tersekatsekat. Dia langsung tak boleh berkata-kata. Baru sahaja kelmarin dia menjawab soalan kuiz dari majalah Cosmopolitan milik Faridah. Setelah menjawab semua soalan kuiz tersebut, dia mendapati dirinya bukanlah

23

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

seorang yang romantis. Tetapi seorang lelaki yang straight to the point. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh jawapan yang telah diberi oleh kuiz tersebut, sehinggalah pada malam itu. Faizal langsung tidak dapat menjawab soalan Mubin tadi jika dia menyukainya. Tatkala pehanya ini diusap-usap Mubin sehingga dekat kepada bahagian sulitnya, dengan meluru dia terus mengucup bibir Mubin yang terbentuk cantik itu. Di dalam usia duapuluh satu tahun itu, inilah kali pertama Faizal merasakan kucupan hangat seorang lelaki. Kucupan hangat yang berbalas itu membuatkan kepalanya terasa seolah-olah mahu meletus di situ juga. Faizal tidak pernah menyangka bahawa kucupannya itu akan dibalas oleh Mubin. Lebih-lebih lagi apabila Mubin terus mengucupnya dengan dalam. Dia mula merasakan bahawa Mubin begitu ahli di dalam hal ini Faizal hampir-hampir tidak boleh bernafas tatkala Mubin mengucupnya dengan dalam. Lidah Mubin yang telah dijelirkan ke dalam mulut Faizal kini dikulumnya dalam-dalam. Faizal telah mengikut nalurinya dan segala apa yang pernah ditontoninya dari pita-pita videonya untuk bertindak terhadap Mubin. Mubin berdiri di tepi katil Faizal. Dengan perlahan dia membuka bajunya. Langsung dia sengaja menampakkan tubuhnya yang tegap itu kepada Faizal. Faizal menjilat-jilat bibirnya dengan penuh rasa geram. Dia memberanikan dirinya untuk membuka seluar Mubin. Dengan rakus dia membuka seluar Mubin lalu dia melucutkannya ke bawah. Maka terpacullah kelakian Mubin yang keras itu yang tersembunyi disebalik seluar dal am Fruit of the Loomnya. Saiz kelakian Mubin agak memuaskan. Saiz biasa lelaki Melayu. Faizal terus menuju ke arah kelakian Mubin lalu mengigit-gigitnya. Basah seluar dalam Mubin itu jadinya apabila digigit-gigit Faizal sebegitu rupa. Dengan perasaan geram, Mubin telah menyelak kain pelikat Faizal. Sejak tadi dia mendapati ada tanda air yang basah menembusi kain pelikatnya itu. Busutnya juga nampak besar. Jauh di dalam hati Mubin, dia dapat merasakan bahawa kelakian Faizal ini mungkin hebat dari segi saiznya. Tanpa disedari Mubin, sejak tadi lagi kelakian Faizal ini telah mengembang kerana dia telah berfantasi melabuhkan bahtera cintanya bersama Mubin. Satu perkara yang akan menjadi realiti pada saat ini. Mubin melucutkan seluar dalam Faizal yang basah itu. Dan alangkah terkejutnya dia apabila dia mendapati kelakian Faizal adalah jauh lebih besar dari yang disangkakannya! Maka Mereka berdua melakukan sesuatu yang tidak diduga. Mereka bersatu... Inilah pertama kali bagi Faizal sebagai anak bujang melakukan sesuatu yang selama ini hanya wujud dalam mimpinya. Mubin mendapat air bujangnya. Sewaktu mereka berdua melakukan sanggama tadi, mereka khayal entah ke mana. Mubin memang bijak dalam permainannya. Sebarang aksi ku diberi riaksi yang sama. Sebagai sorang yang tidak pernah merasa nikmat berkelamin, bagi Faizal, Mubin betul-betul memberinya

24

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

kenikmatan syurga dunia. Faizal terbaring lesu di sisi Mubin. Matanya terpejam rapat seolah tidak ada kudrat untuk dia membukanya. Dalam hatinya dia puas kerana dapat mengimbangi pengalaman Mubin. Sewaktu dia akhirnya membuka matanya, Faizal dapat melihat Mubin tergeletak di sebelahnya. Kejadian yang tidak pernah dia mimpikan, terjadi tanpa dapat dielakkan. Tidak pernah dia terfikir bahawa satu hari nanti dia akan dapat bermadu kasih dengan seorang yang kelihatannya segagah dan setampan Mubin. Tidak pernah sama sekali. Mungkin sudah nasib badannya untuk mendapatkan Mubin. Mubin juga menelentang dengan matanya tertutup seperti terlena, mungkin penat selepas dapat menghilangkan dahaga batinnya sejak dia meninggalkan MCKK lebih setahun yang lalu. Meraka berdua masih berpelukan. Kemudian Faizal terasa seperti Mubin mengusap rambutnya. Faizal buka matanya. Dia senyum. Mubinpun senyum. Seolah-olah mereka tidak merasa janggal berpelukan tanpa seurat benang di tubuh. Faizal mengucup mulutnya. Faizal berbisik ke telinga Mubin: Terima kasih bang saya- Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Faizal bertanya: Kau puas? Mubin senyum dan mengangguk. Dua kali!! jawapnya ringkas. Faizal meraba-raba kain cadarnya. Basah terkena air mani Mubin yang terpancut dua kali itu. Memang abang gagah abang punya besar! Panjang! kata Mubin sementara itu dia mengkocok kelakian Faizal yang layu itu. Pujiannya itu meransang Faizal lagi. Kelakiannya berdenyut-denyut. Mubin menggelenggelengkan kepalanya. Dia pasti jika dia menyambung pelayarannya sekali lagi, pasti Faizal boleh pancut lagi. Kau dah lama tak buat? tanya Faizal. Mubin mengangguk. Sejak sampai ke US ni! jawab Mubin. Dengan berapa orang kau dah buat? Tujuh semua budak-budak MCKK juga. Jawab Mubin dengan ikhlas. Tapi memang abang paling hebat. Tu yang saya heran sedangkan ini first time abang buat! Dan abang punya yang paling besar dan panjang. Puas saya. Betul-betul puas bang! Aku pun puas! Ujar Faizal dengan pasti. Kata-kata Faizal membuatkan Mubin terasa malu-malu lalu dia memeluk dada Faizal. Dia memberitahu kepada Faizal tentang rasa sayangnya itu kepada Faizal berkali-kali sehingga dia terlena di atas dadanya *** Mubin dapati, kalimah sayang dan cinta merupakan kalimah-kalimah keramat yang paling sukar keluar dari mulut Faizal. Walaupun begitu, dia tahu benar bahawa Faizal memang sayang kepadanya. Kerana cara Faizal meluahkan rasa cintanya itu bukan melalui kata-katanya, tetapi dari cara dia melayani Mubin Sebagai contoh, tatkala Mubin dibawa Faizal ke Griffith Observatory, di bawah skulptur patung Newton, Faizal telah menyanyikan sebuah lagu ciptaannya sendiri khas untuk Mubin. Katanya, lagu tersebut baru sahaja

25

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

diciptanya sepuluh minit sebelum dia menyanyikan lagu tersebut kepada Mubin. Sebaik sahaja dia pulang ke apartmentnya, Faizal terus mengambil gitarnya lalu menyanyikan lagu yang sama kepada Mubin. Lagu tersebut adalah lagu mengenai cinta sepasang kekasih di rantau orang. Inilah di antara cara Faizal meluahkan perasaan cintanya kepada Mubin. Di LA, Faizal telah membawa Mubin ke beberapa tempat menarik seperti di Universal Studio, Rodeo Drive dan tidak lupa ke kawasan Hollywood Boulevard. Faizal sering membawa kenalan-kenalannya yang datang melawatnya di LA ke tempat-tempat yang sama. Tetapi apabila dia ke tempat-tempat ini bersama Mubin, lain pula rasanya. Dia dapat merasakan seolah-olah tempat-tempat tersebut menjadi lebih istimewa kepadanya. Venice Beach, kini telah menjadi tempat yang ajaib baginya. Pada waktu senja tatkala matahari terbenam, dia duduk bersama Mubin di atas pantai. Pengalamannya di hadapan lautan Pasifik bersama Mubin membuatkannya sedar bahawa dia sedang berada di sini lelaki yang paling disayanginya. Di sanalah dia telah menukar cincin perak dengan Mubin. Untuk melambangkan bahawa mereka kini mahu dikenali sebagai sepasang kekasih. Jika Mubin dan Faizal tidak keluar bersiar-siar ke mana-mana, mereka berdua akan duduk di dalam apartment, terkunci berduaan di dalam bilik. Bermadu asmara sehingga tiga kali sehari! Seperti sepasang belangkas, mereka berdua seperti tidak boleh dipisahkan sama-sekali. Sehinggalah tibanya waktu pada awal bulan Januari apabila Mubin terpaksa pulang ke Indiana. Pada tika kapal terbang Southwest Airline berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Los Angeles, Faizal seolah-olah kehilangan arah. Buat pertama kalinya di dalam hidupnya dia merasakan seolah-olah sebahagian dari dirinya telah hilang entah ke mana. Faizal menangis teresak-esak di atas katilnya setiap kali dia cuba mengingati saat-saat istimewanya bersama Mubin. Dia langsung tidak faham mengapa dia berkeadaan begini. Perasaan yang sedang dialaminya sekarang sangat-sangat mengelirukan. Dia tidak pernah bercinta. Mungkin inilah apa yang dinamakan cinta, fikir Faizal. Hampir pada setiap malam Mubin akan menelefon ke California. Dan hampir pada setiap malam juga, Faizal akan menelefon ke Indiana. Perasaan cinta Faizal kepada Mubin semakin mendalam. Dan perasaan itu dibalas dengan kasih tanpa berbelas bagi oleh Mubin. Setiap kali musim cuti, mereka berdua akan pasti bertemu. Pada cuti Sping Break tahun pertama pertemuan mereka bersama, Faizal dan Mubin telah bercuti ke Las Vegas. Pada cuti musim panas pula, mereka menjelajah ke San Francisco. Dan seterusnya pada musim-musim cuti yang lain ke Chicago dan Washington DC. Musim bulan madu mereka berakhir pada musim sejuk tahun seterusnya, apabila Faizal berjaya mendapatkan ijazahnya di dalam bidang kejuruteraan komputer dari USC. Saat-saat dia terpaksa meninggalkan Mubin adalah di antara saat-saat yang paling sedih di dalam hidupnya. Faizal telah menghantar Mubin pulang ke Indiana di lapangan terbang Los Angeles setelah hampir tiga minggu Mubin menghabiskan masa cutinya bersamanya. Pada saat itu Mubin sedaya-upaya menahan dirinya dari menangis di hadapan Faizal. Dia terus menangis tatkala kapal terbang yang

26

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dinaikinya naik ke udara meninggalkan bumi California. Air matanya turun mencurah-curah tatkala dia melihat dari luar tingkapnya panorama kota LA yang membawa banyak erti kepada kehidupannya. Faizal pula langsung tidak dapat mengawal perasaan sedihnya. Selama tiga hari berturut-turut dia sering menangis sendirian di dalam biliknya. Tanpa disedari Faizal, kali terakhir dia dapat melihat wajah Mubin adalah tatkala dia menghantar Mubin pulang ke Indiana di lapangan terbang Los Angeles pada musim sejuk itu

27

Aku. Rama-rama Bab 6

Nizam Zakaria

Menurut pandangan saya, salah satu fenomena alam semula jadi yang paling menarik yang kita boleh perhatikan adalah proses metamorfosis seekor rama-rama. Proses metamorfosis ini merangkumi aspek pembesaran seekor rama-rama dari telur kepada larva, dari larva kepada pupa, atau kepompong, dan akhirnya ke rama-rama dewasa atau imago. Proses transformasi ini begitu teratur dan lengkap sehinggakan mereka yang kurang memahami aspek biologi serangga akan berasa sukar untuk menerima hakikat bahawa ulat yang memakan daun dan rama-rama dewasa yang mereka lihat adalah haiwan yang sama di dalam tahap pembesaran yang berlainan. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Okay jugak sekolah ni. Sebut Mubin sebaik sahaja keretanya berhenti di luar sekolah baru Murni. Dia sengaja ingin menaikkan semangat Murni. Pada saat itu, Mubin teringatkan kepada gelagat bapanya yang telah menghantarnya ke hari pertama persekolahan dahjah satunya dahulu. Bapanya jelas kelihatan lebih gelabah darinya. Beliau begitu keberatan untuk meninggalkannya di dalam bilik darjahnya. Untuk membuatkan bapanya tenang, dia telah memberitahu bapanya bahawa: 'Sekolah ni best, papa!". Terus bapanya tersenyum lalu mencium pipinya. Lantas selepas itu, tanpa berfikir panjang bapanya keluar meningalkan bilik darjahnya. Senyuman serta kucupan mesra bapanya itu sampai bila-bila pun masih diingatkannya lagi. Murni tersenyum kelat. Dia nampak takut-takut walaupun sehari dua sebelumnya dia begitu beria-ia mahu memulakan penggal persekolahanya yang baru ini di sekolah ini. Kenapa? Tanya Mubin apabila mendapati Murni langsung tidak mahu keluar dari perut kereta. Matanya terpaku ke arah sekolah. Dia menguis-nguis rambutnya yang mula jatuh ke dahinya. Murni tidak menjawab. Dia keluar dari perut kereta sambil mengeluh. Tanpa menoleh ke belakang ke arah Mubin, dia masuk di kawasan sekolah. Pada masa perhimpunan, Murni tidak ke astaka, tetapi dia terus ke pejabat sekolah. Di sana dia menunggu selama setengah jam sebelum ada seorang pekerja pejabat yang datang menolongnya. Murni memperkenalkan dirinya kepada pekerja pejabat tersebut lalu memberitahunya bahawa dia ingin melaporkan dirinya sebagai murid baru di sekolah ini. Pekerja pejabat tersebut membelek fail yang ada di simpannya di bawah mejanya lalu mencari nama Murni. Dia memberitahu Murni di mana letaknya kelas barunya itu. Kelas tu di mana bang? Tanya Murni. Kadang-kala mata Murni menoleh ke arah beberapa orang murid baru yang lain yang sedang menunggu di dalam pejabat. Mereka kelihatan keliru dan takut-takut sepertinya. Di bangunan D. Tingkat dua. Kelas 5 Sains 1. Senang nak cari kelas tu, dik. Sebut pekerja pejabat tersebut sambil tersenyum. Rambutnya pendek di potong ala komando. Gigi tengahnya jarang. Murni mengeluh tatkala dia keluar dari dalam pejabat. Dia terus menuju ke Bangunan D. Lalu dengan rasa berat hati dia naik ke tingkat dua

28

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dan seterusnya ke kelas barunya. Sebaik sahaja dia tiba di muka pintu, dia mendapati guru kelas tersebut sedang berbual-bual dengan anak muridnya. Murni memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu. Masuk, sebut guru kelas tersebut. Saya murid baru. Sebut Murni serba ringkas tetapi dengan nada yang sopan. Namun begitu, suaranya berdengung kedengarannya memecah kesunyian di dalam kelas. Nama awak Murni, bukan? Tanya guru barunya. Setiap pasang Mata yang ada di dalam tertumpu kepada Murni. Wajah Murni pucat lesi. Ya, cikgu. Jawab Murni. Suaranya kini lebih perlahan dari tadi. Nama saya, Aileen Tan. Panggil saya, cikgu Tan. Saya guru Bahasa Malaysia dan juga guru yang menjaga kelas ini. Cikgu Tan memperkenalkan dirinya. Suaranya tegas. Murni hanya mampu mengangguk. Kemudian dia tertunduk. Corak lantai kelas diamatinya betul-betul. Awak boleh duduk di sana. Perintah cikgu Tan. Suaranya kasar. Pasti pada masa mudanya dahulu dia seorang pengkit yang terserlah kejantanannya. Murni menoleh ke arah kerusi kosong di sebelah seorang gadis bertudung di barisan nombor dua kelas tersebut. Kemudian tanpa ragu-ragu dia terus duduk di situ. Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan masa untuk mata pelajaran pertama pada hari itu selesai, cikgu Tan terus bergegas keluar dari dalam kelas. Cara dia berjalan agak pantas dan seperti seorang askar yang sedang berbaris di tengah padang. Cikgu Tan tu garang. Ucap gadis bertudung di sebelahnya. Tu lah takut saya tengok muka dia! Ujar murni sambil memasukkan penanya ke dalam kotak pensilnya. Di sini kami semua memanggilnya, Iron Tan. Gadis tersebut tersenyum-senyum. Dia nampak ceria. Oh ya saya hampir terlupa. Nama saya Murni. Murni menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan gadis tersebut. Nama I, Puteri Syaidatul Akmalhana Binti Haji Mohammad Shamsuddin. Tapi you boleh panggil I, Ana. Mak aiii, panjangnya nama! sebut Murni di dalam hati. Dia tersenyum sendiri. Dia ingin berbual lama dengan Ana, tetapi beberapa saat kemudian, datang pula guru matematik tambahan Pada masa rehat. Sebaik sahaja loceng berbunyi. Murid-murid di dalam kelas terus keluar berpusu-pusu entah ke mana. Ada di antara murid di dalam kelas yang sempat menoleh lalu senyum ke arah Murni. Mereka nampaknya senang dengan kehadiran Murni sebagai murid baru di dalam kelas mereka. Nama aku Irwan. Irwan bin Mohd Isa. Kalau tak salah aku, nama kau Murni. Ujar seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapan Murni. Murni mendapati Irwan memakai seluar putih dan tali leher. Mungkin dia seorang pengawas. Murni memandang ke arah name-tag Irwan, di situ ada mengatakan bahawa Irwan adalah ketua pengawas sekolah tersebut. Wajah Irwan sememangnya tampan. Lebih-lebih lagi kerana dia berpakaian kemas. Dia bertubuh tinggi dan agak tegap jika dibandingkan

29

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan pelajar-pelajar lain. Wajahnya tampak nakal. 'Boyish look' kata setengah-setengah orang. Dia memakai braces di giginya yang langsung membuatkan sesiapa yang berbual dengannya akan tertumpu ke kawasan giginya dan bukan kepada anak matanya--walaupun dia empunyai sepasang anak mata yang tajam lagi menawan. Saya Murni. Baru sahaja pindah ke KL dari Penang. Murni memperkenalkan dirinya kepada Irwan. Dia agak teragak-agak mahu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Irwan. Dia jarang bersalaman dengan pemuda yang seusia dengannya. Bukannya dia tidak mahu, tetapi tatkala belajar di Convent, dia jarang dapat berinteraksi dengan mana-mana pelajar lelaki. Ana memerhatikan gelagat Irwan dari tempat duduknya. Kemudian dia menjeling ke arah Murni. Seorang rakannya yang lain sedang menunggunya di pintu kelas. Tanpa berkata apa-apa, dia terus ke arah kawannya itu. Kau nak aku bawak kau mengenali kawasan sekolah ni? Tanya Irwan. Dia senyum memikat. "Kalau tak susah nanti... aku takut kau sesat." Boleh jugak. Jawab Murni walaupun hatinya keberatan. Sekolah barunya ini tidaklah sebesar mana. Murni berjalan mengiringi Irwan. Tanpa henti, Irwan telah memperkenalkan kepada Murni kepada beberapa perkara tentang sekolah ini. Dia juga tidak ketinggalan untuk memberitahu Murni bahawa dia adalah seorang ketua pengawas dan president kelab Tae Kwon Do. Murni hanya mampu mendengar. Dia tidak banyak bercakap. Mereka berjalan ke beberapa pelusuk sekolah. Hello, mana kau punya name tag? Tiba-tiba Irwan menyergah seorang pelajar. Hilang. Jawab pelajar tersebut. Dia langsung berpaling ke arah lain. Langsung tidak mengendahkan Irwan. Nama? Irwan mula mengeluarkan buku log pengawasnya. Seperti seorang inspector polis, lagaknya. Wei kau kan tahu nama aku! Pelajar tersebut melawan. Suaranya persis mengherdik. Nama kau siapa? Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Sebut Irwan marah-marah. Murni memandang ke arah murid tersebut. Dia memang kenal benar dengan murid yang baru sahaja ditahan Irwan pada ketika itu. Nazri. Jawab murid tersebut tanpa memandang ke arah Irwan. Matanya pantas kepada Murni sebelum dia menoleh ke arah lain. Kelas? Tanya Irwan dengan garang. Tingkatan 4 Sastera 5. Jawab Nazri. Suaranya kasar dan dalam. Langsung sesuai dengan dirinya yang nampak kekar dan jauh lebih tua dari usia sebenarnya itu. Dia berdiri sama tinggi dengan Irwan. Rambut pun panjang serabai bila nak potong ni? Tanya Irwan. Nantilah. Jawab Nazri. Dia meninggikan suaranya lagi. Musim cuti lepas tak kan lah tak ada masa! Aku cakap nanti, tu. Nantilah! Kau jangan kurang ajar dengan aku. Kau tahu aku siapa? Perangai macam sial! Tempelak Nazri perlahan. Tapi suaranya masih dapat didengari oleh Murni dan Irwan. Apa kau cakap? Sini, ikut aku pergi jumpa pengetua! Kini Irwan

30

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

sudah mula naik angin. Murni mengeluh sambil mengelap bibit-bibit peluh yang mula membasahi dahinya. Dah lah tu. Ujar Murni cuba campur tangan. Irwan, awak kata awak nak tunjukkan saya ke arah kantin. Cepatlah. Saya dah lapar ni! Murni cuba membuat helah supaya Irwan melepaskan Nazri. Suaranya sengaja dimanjakannya untuk melembutkan hati Irwan. Irwan mendengus. Dia menutup buku lognya lalu disimpannya kembali ke dalam kocek seluarnya. Hari ini aku lepaskan kau. Tapi ingat mulai hari ini aku akan perhatikan setiap gerak geri kau. Ingat! Nazri tidak menjawab. Dia hanya berdiri tercegat berpaling ke arah lain. Irwan memulakan langkahnya ke arah kantin. Sewaktu dia berjalan melepasi Nazri, dia sengaja merempuh lalu melanggar Nazri dengan bahunya. Irwan tersenyum puas apabila mendapati Nazri tidak melawan. Murni menoleh ke arah Nazri. Dia mendapati Nazri memandang ke arahnya, lalu berpusing berjalan ke arah lain. Murni tidak pasti jika Nazri masih mengingatinya lagi. Tetapi apa yang pastinya sekarang, Nazri bersekolah di sekolah yang sama sepertinya. Dan usia Nazri setahun lebih muda darinya! *** Selama tiga hari Murni mencari Nazri. Tetapi didapatinya memang agak sukar untuk dia mencari batang hidung Nazri di sekolah ini. Mahu sahaja dia pergi sendiri ke kelas Nazri untuk mencarinya di sana. Tapi apa pula akan dikata oleh orang nanti. *** Pada tengahari itu, seperti biasa Murni sedang menunggu ketibaan abangnya yang akan mengambilnya di hadapan sekolah Murni menoleh apabila dia mendengar bunyi hon motor yang berbunyi berkali-kali dari arah belakangnya. Nazri! Ujar Murni di dalam hati apabila dia mendapati bahawa Nazri lah yang sedang membunyikan hon motornya sejak tadi. Di dalam hatinya dia melonjak-lonjak kegembiraan. Nazri turun dari motornya lalu berjalan ke arah Murni. Cara dia berjalan persis seorang lelaki macho di dalam iklan Malboro. Atau sekurangkurangnya persis Marlon Brando di dalam filem-filem awalnya dahulu. Tak panas ke? Tanya Nazri kepada Murni. Dia sendiri mengesat peluh yang terkumpul di atas kumis tipisnya itu. Panas tu panas jugak. Murni mengakui. Walaupun dia berdiri di bawah sebuah pokok yang rendang, bahang panas waktu tengahari masih boleh dirasakannya. Awak ingat saya kan kita pernah berjumpa dulu. Tanya Murni. Dia tersenyum-senyum malu. Di dalam masa yang sama di takut kalau-kalau Nazri sudah melupakannya. Ya, saya masih ingat. Nazri mengeluarkan dompet tangannya. Dia masih lagi menyimpan tiket persembahan drama yang telah diberikan kepadanya oleh Murni lebih seminggu yang lepas. Dia menyerahkan tiket

31

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

tersebut kepada Murni. Nama awak Murni. Tentulah saya masih ingat lagi. Tapi awak tak call saya. Ujar Murni sambil membelek-belek tiket tersebut. Nazri tersenyum, lalu terus menampakkan lesung pipit pipinya. Alasan yang diberikannya: Saya tak suka call orang. Seganlah! Alah kalau tak suka dengan kita, cakaplah siang-siang. Perli Murni. Eh, tak lah. Sapa kata tak suka? Nazri terdiam sebentar memikirkan kembali apa yang telah diucapkannya kepada Murni tadi. Lalu dia tersenyum sendiri. Mukanya merah menahan malu. Awak balik ikut abang awak kan? Mana awak tahu? Tanya Murni ingin tahu. Saya selalu perhatikan awak. Ye ke? Tanya Murni. Lalu tersenyum malu. Nazri berjalan kembali ke arah motosikalnya. Dia mengeluarkan topi keledar yeng telah diletakkan di hadapan motosikalnya. Dia menyerahkan topi keledar berwarna putih itu kepada Murni. Nak buat apa dengan helmet ni? Wajah Murni penuh keliru. Untuk awak. Saya nak hantar awak pulang. Murni membelek-belek topi keledar tersebut. Dia mendapati topi keledar tersebut masih baru. Mungkin belum pernah dipakai lagi. Saya belikan helmet ini khas untuk awak. Hadiah dari saya. Tapi kenapa? Saya harap awak akan maafkan saya sebab tidak menelefon awak tempohari. Lah saya tak kisah, sebenarnya. Ucap Murni. Berbohong. Wajahnya merona merah. Setiap kali dia berbohong, pasti wajahnya berubah merah, terutamanya pada bahagian pipinya. Murni berdiri diam buat beberapa ketika. Kemudian dia memandang terus kepada wajah Nazri. Dia mendapati Nazri menunjukkan raut wajah seolah-olah dia tidak mempercayai kata-katanya tadi. Okaylah saya mengaku. Saya risau jugak bila awak tak call saya. Malu saya jadinya. Sepupu saya Majid tak habis-habis kutuk saya. Dia kata saya ni bohsia tak tahu malu. Murni tidak mampu berbohong. Itulah kelemahannya. Sorrylah, okay? Awak maafkan saya kan? Murni mengangguk-anggukkan kepalanya. Murni, budak ni kacau kau ke? Tanya Irwan yang tiba-tiba muncul dari belakang. Eh tidaklah! Jawab Murni cepat-cepat. Kau buat apa di sini? Tak ada kerja lain ke? Tanya Irwan kepada Nazri pula. Nazri tidak menjawab. Dia hanya menjeling marah. Pada waktu itu, secara kebetulan, kereta Mubin berhenti di hadapan pintu pagar sekolah. Macam ni lah. Saya kena balik. Abang saya dah tunggu tu. Ujar Murni kepada Irwan. Dia kemudian memandang tepat ke arah Nazri, sambil menyerahkan kembali tiket yang terkandung nombor telefonnya itu kepada Nazri. Dia seolah-olah memberi isyarat kepada Nazri menyuruhnya menelefonnya pada malam ini. Murni masuk ke dalam kereta. Dia melihat abangnya senyum memanjang kepadanya.

32

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Kenapa tu? Tanya Mubin. Keretanya bergerak meninggalkan sekolah. Murni memandang ke belakang. Di dapatinya Irwan sedang bersoal siasat dengan Nazri. Alah si Irwan tu menganggu saja! Jawab Murni. Tu helmet sapa pulak tu? Mubin menjuihkan mulutnya ke arah topi keledar yang sedang dipegang oleh Murni. Eh nih, helmet Nazri. Terlupa pulak nak bagi balik kat dia! Murni menggaru-geru kepalanya. Tapi-- Tapi apa? Tanya Mubin. Nak abang pusing balik tak? Tak apa Nazri hadiahkan helmet ni kat Murni. Oh hadiah. Mubin bersuara sinis. Nama dia Nazri? Aha nama dia Nazri. Budak tingkatan empat-- Murni berhenti dari terus menyambung kata-katanya tadi. Dia hairan bagaimana abangnya tahu tentang diri Nazri. The best looking male Malay specie that Ive ever seen is only sixteen? Tanya Mubin dengan nada penuh nakal. Dia menyebut kembali tulisan Murni yang telah dibacanya pagi tadi. Abang! Jerit Murni. Dia mencubit bahu Mubin. Abang baca buku nota Murni lagi ni! Tak amanah langsung tau! Alah tak sengaja. Bukannya apa. Abang cari nombor handphone abang Farid. Abang tahu Murni ada simpan nombor dia dalam buku Murni tu. Murni berdecit. Mulutnya muncung kerana menahan geram. Dia memeluk topi keledar pemberian Nazri kuat-kuat. Mubin menoleh ke arah Murni sambil tersenyum. Dia teringat kembali kepada buku nota Murni yang sebenarnya telah dikhaskan olehnya sebagai tempat dia menulis dan melukis nota tentang rama-rama yang diminatinya. Tetapi di dalam muka surat terakhir buku notanya itu, Murni telah gunakan untuk melukis gambar Nazri dengan baik. Dan gambar tersebut telah dilukisnya dengan berpandukan kepada ingatannya semata-mata. Maafkan abang okay? Mubin bersuara ikhlas. Mukanya dibuat-buat merayu. Murni tidak menjawab. Dia hanya mengangguk. Sekolah, so far macam mana? Okay tak? Tanya Mubin. Sengaja dia menukar corak perbualan. Macam biasa jer. Jawab Murni tanpa semangat. Fikirannya jauh memikirkan tentang pertemuannya dengan Nazri sebentar tadi. Tadi tu siapa? Budak lagi satu tu. Nama dia Irwan. Ketua pengawas. Oh Irwan kiut jugak mamat tu. Alah, tak minatlah kat dia. Ujar Murni bersungguh-sungguh. Kenapa? Kalau tak minat tu tak minatlah. Ulang Murni. Lagipun, dia tu eksyen jer lebih. Kenapa? Tanya Mubin dengan soalan yang sama. Sebab dua hari lepas, kawan yang duduk sebelah Murni kata Irwan tu best student. Dia cakap masa kami sedang makan sama-sama di kantin. Tapi, so what kan? Tapi Murni tak suka dengan dia kenapa sebab dia best student? Bukan sebab dia cakap perempuan tak boleh jadi best student. Perempuan tempatnya di dapur.

33

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Oh, kalau macam tu, Murni buktikan kepada dia, Murni boleh jadi best student. Nasihat Mubin. Dia sendiri pernah menjadi di antara pelajar terbaik di MCKK dahulu. Murni memang mahu membuktikan kepada Irwan bahawa dia akan mengenali lawannya tidak lama lagi. Tidak sabar rasanya dia menunggu masanya untuk dia membuktikan kepada Irwan bahawa bukan semua kaum wanita tempatnya di dapur semata-mata! *** Pada awal malam itu, Mizi masuk ke pusat sauna Otot-otot yang terletak di tengah-tengah ibukota. Dia memang selalu ke tempat ini. Terutamanya apabila dia mula merasakan bahawa kelibatnya mula merindui dirinya Di Otot-otot, pelbagai jenis manusia boleh dicarinya. Ramai juga regulars yang telah dikenalinya di tempat ini. Jadi dia tak mungkin merasa kesunyian di sini. Mizi melangkah masuk ke dalam Otot-otot. Dia masuk dengan langkah penuh pasti bahawa dia akan dapat mencari apa di kehendakinya di sini. Tak banyak perkara baru yang boleh dilihatnya di tempat ini. Dan bunyi-bunyi didengarinya juga sama. Dari minggu ke minggu. Dari hari ke hari. Sewaktu dia sedang menukar pakaiannya di dalam bilik locker, seorang pengunjung berbangsa Cina telah berjalan melepasinya dengan hanya memakai tuala putih. Langkahnya lembut dan punggungnya sengaja digelekkannya. Mizi mendapati, terdapat tompok merah betul-betul di bahagian punggungnya yang berlapiskan tuala putih yang basah itu. Mizi tersenyum. Kerana baru sahaja sebentar tadi dia dapat mendengar suara jeritan kecil di salah sebuah sudut di dalam sudut di dalam bilik locker tersebut. Mungkin suara tersebut datangnya dari pengunjung Cina yang sama. Setelah Mizi menukar pakaiannya, dengan hanya bertuala, dia masuk ke dalam bilik erobik. Bilik itu juga di kenali sebagai The Dark Room oleh beberapa pengunjung yang ada. Bilik Erobik ternyata besar. Dan sejuk, kerana alat penghawa dingin telah dihidupkan ke tahap maksimum di sini. Bilik tersebut gelap, dan di tengah-tengahnya terdapat sebuah pangkin diperbuat dari kayu. Mizi mengambil keputusan untuk duduk berehat di atas pangkin tersebut. Dari sana, walaupun bilik tersebut agak gelap, dia dapat melihat beberapa pasangan yang sedang bersetubuh dengan pelbagai cara di hadapannya. Tanpa silu, tanpa malu. Dia dapat melihat wajah-wajah mereka dengan jelas setiap kali pintu bilik dibuka lalu membenarkan cahaya dari luar masuk ke dalam bilik tersebut. Ada wajah yang rautnya kelihatan penuh asyik dan puas. Ada juga yang jelas kelihatan diselubungi perasaan salah. Kau datang lambat seperti biasa. Ujar Mizi kepada seorang lelaki yang datang untuk duduk di sebelahnya. Suaranya penuh sinis. Mizi menggosok-gosok lengannya kerana kesejukkan. Lelaki tersebut hanya tersenyum kelat lalu menjeling. Penat aku menunggu. Mizi merungut. Suaranya kini beransur manja. Aku ada banyak kerja aku terpaksa siapkan beberapa soalan ujian

34

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

untuk esok. Jawab lelaki tersebut. Dia menggaru-garu janggutnya yang telah disimpan kemas itu. Dah berapa lelaki yang datang nak mintak isap batang kau tadi. Dia menanyai Mizi kemudian dengan nada memerli. Satu budak Cina tu. Ujar Mizi. Mulutnya menjuih ke arah lelaki yang disebutkannya tadi yang kini sedang mengulum kelakian seorang lelaki Cina yang sudah agak berumur. Mizi kemudian menyambung. Aku nak jumpa dengan kau sebab Sebab apa? Kau nak pinjam duit? Tanya lelaki tersebut. Tidak sedikitpun dia memandang ke arahnya. Aku betul-betul perlukan duit bulan ini. Tegas Mizi. Setiap bulan kau akan datang berjumpa dengan aku dan minta duit. Ujar lelaki tersebut sambil mengeluh. Gaji kau dan isteri kau tak pernahpernah cukup ke? Kau tahu gaji kami kecil. Lagipun ini KL. Mizi memberi alasan. Jika dia terpaksa memberi seribu alasan untuk mendapatkan apa yang dimahukannya, dia akan memberikan alasan tersebut. Dia tidak mahu mengalah. Orang lain pun ada anak isteri dan duduk di KL. Tapi boleh hidup juga! Aku betul-betul perlukan duit untuk anak aku. Ujar Mizi dengan suara yang benar-benar memerlukan. Mizi kemudian memegang peha lelaki tersebut lalu memicit-mecitnya. Lelaki tersebut menepis tangannya. Untuk anak kau Faezah atau Faiz? Tanya lelaki tersebut. Dia sememangnya kenal benar dengan kedua-dua orang anak Mizi. Malah, dia sendiri ada tatkala isteri Mizi melahirkan kedua-dua orang anaknya itu. Duit hospital isterinya itu juga telah dilangsaikan oleh lelaki tersebut. Untuk Faiz. Aku perlu belikan keperluan untuk dia. Lagipun umurnya dah naik 2 tahun. Jelas Mizi. Faiz tu comel macam bapanya. Ujar lelaki tersebut sambil tersenyum. Dia tersenyum tatkala mengingati wajah Faiz yang sememangnya comel dan petah bercakap itu. Walaupun apa yang dicakapkan langsung tidak dapat difahaminya. Memang dia comel... tapi dia sakit. Dia selalu saja sakit-sakit. Betul ke ni? Lelaki tersebut menoleh ke arahnya. Wajahnya tampak risau di dalam samar-samar bilik gelap tersebut. Betul, getus Mizi bersungguh-sungguh. Minggu lepas aku bawa dia berjumpa doktor. Doktor tu kata, dia perlukan makanan yang lebih berkhasiat. Lelaki tersebut mengeluh panjang. Lalu dia berkata dengan marahmarah: Apa yang isteri kau buat selama ini? Tak kan lah makan minum anak sendiri pun tak terjaga? Aku dan Rahimah bekerja. Faiz dan Faezah dijaga oleh jiran kami. Kau sendiri tahu tentang hal ini. Tapi tak kan lah sampai budak tu tak cukup khasiat. Duit kami tak pernah cukup, Man Tiap-tiap bulan duit kami habis begitu sahaja nak besarkan anak-anak kami. Duit sewa, duit-- Aku paham. Pintas lelaki tersebut dengan suara perlahan. Tapi kalau kau tahu kau tak ada duit kenapa kau datang ke tempat-tempat macam ni lagi?

35

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Aku tak boleh berhenti. Mizi mengakui. Jauh di dalam hatinya dia tahu ini adalah alasannya semata-mata. Tapi kau sekarang dah bergelar suami dah bergelar bapa. Kau sedar atau tidak! Suara lelaki tersebut bernada kecewa. Bagi Mizi pula, kini mungkin sudah lebih tiga kali dia mendengar nasihat yang sama keluar dari mulut lelaki yang sedang duduk di sebelahnya itu. Lelaki tersebut berkata lagi: Dulu mati-mati kau kata lepas kau kahwin kau tak mahu lagi hidup di dalam dunia ini. Kau kata kau akan berhenti dan kan menjadi normal. Kau tahu bagaimana bongkaknya diri kau tu dulu? Aku tahu siapa diri aku sekarang. Seperti kata kau dahulu, ini semua pilihan aku. Mizi membetulkan ikatan kain tualanya. Matanya kini tepat kepada dua orang lelaki yang sedang bersetubuh betul-betul di hadapannya. Dengusan suara mereka hampir-hampir mahu menenggelamkan suaranya sendiri. Ya, pilihan kau. Sebab itu aku mahu kau bertanggungjawab ke atas pilihan kau ini! Lelaki tersebut bersuara garang. Suaranya yang keras dan kasar itu memang boleh menakutkan sesiapa yang mendengarnya, terutamanya jika dia sedang marah. Mizi menghela nafasnya panjang-panjang. Kemudian dia berkata: Okay kau mahu berikan aku duit itu atau tidak? Di luar nanti aku bagi. Lima ratus sahaja aku boleh beri bulan ini. Tapi selalunya seribu! Mizi memprotes. Mizi lima ratus. Dan kalau boleh jangan minta lagi! Pinta lelaki tersebut dengan tegas. Dia bukannya tidak berduit, jauh dari itu. Tetapi dia tak mahu melihat Mizi meminta wang darinya seperti seorang peminta sedekah pada setiap bulan seperti ini. Terima kasih, Man. Mizi memegang pipi lelaki tersebut dengan tujuan untuk mengucupnya. Pipi lelaki tersebut terasa kasar dan kebiruan kerana tidak dicukurnya selama beberapa hari. Lelaki tersebut berpalingkan wajahnya lalu terus bangun untuk keluar dari bilik tersebut. Mizi berjalan mengekorinya dari belakang ke arah bilik locker. Lelaki tersebut mengeluarkan dompetnya dari dalam locker lalu menyerahkan wang seribu ringgit kepada Mizi. Dari rumah lagi dia telah menyediakan wang tersebut, kerana dia pasti Mizi mahu menemuinya kerana dia akan meminta sejumlah wang darinya. Eh, seribu! Ujar Mizi sambil tersenyum lembut. Terima kasih, Man! Aku tak sampai hati tengok anak-anak kau tak terjaga. Itulah katakata terakhir dari lelaki tersebut sebelum Mizi beredar meninggalkannya

36

Aku. Rama-rama Bab 7

Nizam Zakaria

Rama-rama yang akan kita anggap istimewa tidak semestinya dari specis rama-rama yang semarak warnanya atau yang mempunyai corak yang paling cantik. Tetapi rama-rama yang akan muncul di hadapan kita secara tiba-tiba. Kita akan menganggap rama-rama tersebut istimewa kerana ia telah datang sendiri ke arah kita tanpa kita perlu bersusah payah mencarinya. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Azman mengeluh. Dan sememangnya dia lapar. Tambah-tambah lagi kerana dia terasa terlalu penat setelah sehari suntuk menghadiri sebuah konvensyen di Bandar Kota Bharu. Bandar kelahirannya. Bandar di mana dia telah membesar sebelum dia ke Amerika Syarikat untuk meneruskan pelajarannya di sana. Sepatutnya dia pergi makan malam bersama rakan sekerjanya pada malam itu, tapi kerana terlalu penat, matanya terlelap lalu tertidur sehingga ke pukul satu pagi. Sejurus selepas dia bangun dari tidurnya, dia terus mandi, dan terus dia tuju ke coffee house yang ada di Hotel Perdana. Hotel penginapannya. Encik, tempat ni dah tutup. Ujar seorang pemuda. Loghat Kelantannya pekat. Dia nampaknya sedang sibuk mengemop lantai coffee house. Azman tersenyum kepadanya. Dia tidak dapat membuat apa-apa. Kalau macam itu, tak apalah. Ujar Azman di dalam loghat Kelantan yang telah lama tidak digunakannya sendiri. Dia berjalan dari dalam coffee house dengan langkah perlahan. Tak apalah bang, duduklah dulu. Ujar pemuda tersebut. Azman cepat-cepat menoleh ke arahnya. Tapi tempat ini nak tutup, bukan? Tanya Azman. Dia mula mendapati hanya dia dan pemuda itu sahaja yang ada di dalam coffee house. Tak apalah abang duduk dulu. Dia mempersilakan dengan mengulangi kata-katanya. Dia mula meletakkan mopnya ke tepi. Abang nak minum apa? Kopi. Jawab Azman pendek. Dia mengusap-ngusap misainya yang tebal itu. Abang lapar tak? Tanya pemuda tersebut dengan penuh sopan. Lapar jugak. Azman mengakui. Tanpa disedarinya, dia memegang perutnya sendiri. Kalau macam tu saya sediakan roti bakar. Itu sahaja yang boleh saya buat dengan apa yang ada sekarang ini. Abang tunggu, ya? Getus pemuda itu dengan bersungguh-sungguh. Terima kasih. Sambut Azman pendek. Matanya terus kepada pemuda tersebut apabila dia berjalan masuk ke dalam dapur. Dia dapati pemuda tersebut memang menarik orangnya. Kecik molek, berwajah agak tampan. Kulitnya kuning langsat. Dan sejak kali pertama dia bersemuka dengannya tadi, dia tahu bahawa pemuda tersebut hanya menjurus kepada kaum yang sejenis dengannya. Dia dapat meneka perkara ini bukan kerana perwatakan pemuda itu, (yang bolehlah dikatakan agak macho) tetapi kerana sikapnya yang baik dan berbudi bahasa. Satu sifat semula jadi kebanyakkan

37

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

kaum gay yang telah banyak kali diperhatikannya sendiri Sepuluh minit kemudian pemuda tersebut keluar dari dapur lalu menghidangkan kopi dan roti bakar kepada Azman. Jemput makan, bang. Ujar pemuda tersebut malu-malu. Jemput makan... sebut Azman kepadanya sambil tersenyum kepadanya. Tak apa bang. Saya kena bersihkan tempat ini. Nama kau siapa? Tanya Azman sambil menghirup air kopinya. Mizi, bang. Sambut pemuda tersebut sambil tersenyum. Dia mengambil kayu mopnya untuk menyambung kembali pekerjaannya. Dia mengemop lantai sambil mencuri-curi pandang ke arah Azman. Umur kau? Azman menghirup air kopinya lagi. Dia tidak dapat menafikan bahawa Mizi telah menyiapkan air kopi yang sedap rasanya. lapan belas, bang. Jelas Mizi. "Lapan belas... muda lagik." Balas Azman. Umur abang pula? Mizi memberanikan dirinya untuk bertanya. Tiga puluh tahun. Jawab Azman teragak-agak. Ye ke? Tanya Mizi tidak percaya. Muka abang macam dua puluh lima, saya lihat. Azman tersenyum, walaupun itu bukanlah kali pertama dia mendengar komen yang sama dari orang lain. Kau dari mana? Tanya Azman sambil tersenyum memanjang. Pasir Mas. Ujar Mizi. Tapi keluarga saya ramai di Kota Bharu abang orang KB? Dari loghat Azman, Mizi dapat meneka bahawa dia orang Kota Bharu. Ya orang kampung Penambang. Tapi sekarang aku kerja di KL. Kampung Penambang banyak batik-batik cantik dibuat di sana. Mak bapak aku pengusaha batik di sana. Azman memberitahu. Dia meletakkan cawan kopinya. Dia menguap. Kemudian dia memandang ke arah Mizi sambil mengukir sekuntum senyuman untuknya. Mizi membalas senyumannya malu-malu. Abang tak teruskan peniagaan keluarga abang tu? Tidak aku tak berminat. Aku lebih senang kerja di KL. Azman mula mengunyah roti bakarnya. Mesti seronok kerja di KL. Mizi menggaru-garu dadanya. Seronok tak kerja di KL? Tanya Mizi pula meminta kepastian. Wajahnya berseri-seri. Biasa sahaja. Kenapa kau Tanya? Azman boleh meneka bahawa Mizi sememangnya mahu merantau ke KL. Orang muda, kotalah tempat yang mereka ingin tuju. Memang cita-cita saya untuk ke sana. Saya tak pernah ke manamana sebelum ini. Ke Siam pun tak pernah. Jelas Mizi. Suaranya penuh harapan. Hmmm. Getus Azman. Dia menoleh ke arah Mizi. Kemudian dia terfikir tentang keadaan dirinya yang telah ke mana-mana tempat di dunia ini. Malah dia telah duduk di Amerika Syarikat selama tujuh tahun sejak usianya semuda Mizi. Dirasakannya dirinya bergitu bertuah jika dibandingkan dengan Mizi. Di KL, abang kerja sebagai apa? Tanya Mizi. Pensyarah di Universiti Malaya. Jawab Azman. Wah hebat abang ni! Abang ajar apa di sana? Sosiologi. Jawapan yang diberikan oleh Azman tidak begitu difahami

38

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

oleh Mizi. Dia pernah mendengar perkataan sosiologi ini, tetapi dia langsung tidak tahu menahu tentang bidang ini sama sekali. Walaupun begitu, dia tahu bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang yang mempunyai pemikiran yang jauh lebih tinggi dari dirinya. Kau duduk di mana? Tanya Azman sebaik sahaja dia selesai makan roti bakar dan minum air kopinya. Rumah bujang dekat dengan hotel ni. Sebelah kawasan stadium Jawab Mizi ringkas. Dia pasti Azman kenal benar dengan kawasan di Kota Bharu ini. Kau selalu balik pagi-pagi buta macam ni? Dah kerja saya, bang. Mizi menjawab sambil tersenyum. Azman mengeluarkan beberapa keping wang kertas dari dalam dompetnya. Kemudian dia bertanya: Berapa harga makan dan minum ni? Tak apa bang. Percuma. Kalau begitu terima kasih. Azman masih mahu meletakkan duitnya di atas meja tanpa menyambung kata-katanya lagi. Dia keluar dari coffee house dengan langkah yang perlahan. Tatkala dia di muka pintu, dia menoleh sekali lagi ke arah Mizi. Dia mendapati Mizi sedang memandang ke arahnya.sswd *** Pada hari esoknya, Azman telah ke coffee house yang sama. Pada masa yang sama seperti pagi semalam. Maaf kalau aku ganggu kau lagi. Ucap Azman. Mizi dilihatnya sedang mengelap meja. Saya sebenarnya dah boleh agak abang akan ke sini lagi. Mizi tersenyum nakal. Kepalanya masih tertunduk mengelap meja. Selalu ke orang-orang yang datang ganggu kau macam aku ni? Azman sengaja ingin mengujinya. Abang tak ganggu saya. Jawab Mizi dengan ikhlas. Tapi biasanya memang saya selalu kena ganggu. Biasalah tu bang. Apa maksud kau, biasa? Kerja di hotel ni banyak dugaan-- Lebih-lebih lagi budak yang hensem macam kau. Ujar Azman yang sengaja mahu mengusiknya. Muka Mizi merah padam. Dia tersipu-sipu malu. Abang nak saya siapkan kopi dan roti bakar macam semalam? Tidak aku datang kerana nak berbual dengan kau. Aku tak boleh tidur. Kebosanan aku duduk sorang-sorang di dalam bilik aku tadi. Kesian saya tengok abang. Mizi mula memberi tumpuan sepenuhnya kepada Azman. Dia mempersilakan Azman duduk di hadapannya. Tadi abang ke mana? Selepas aku hadiri majlis penutupan konvensyen, aku ke Pasar Siti Khadijah sekejap. Kemudian aku balik ke Kampung Penambang. Selepas makan malam aku pulang ke hotel. Aku tak boleh tidur-- Azman dan Mizi terus menyambung perbualan mereka. Azman banyak menanyai Mizi tentang persekolahnnya dahulu. Tentang minatnya dan bermacam lagi. Mizi sememangnya peramah. Jadi senang bagi Azman untuk

39

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

mengetahu tentang lebih dalam lagi tentang diri Mizi. Mereka berbual pada pagi itu sehinggalah sampai masanya untuk Mizi menutup coffee house tersebut. Abang bosan lagi tak? Tanya Mizi untuk memastikan dia sekurangkurangnya dapat menghilangkan rasa bosan Azman. Dia menutup pintu coffee house. Kau tak bosankan aku. Azman memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluarnya. Maksud saya bang kalau abang rasa abang bosan... jika abang perlukan teman. Saya boleh temankan abang. Ujar Mizi malu-malu. Tak apalah. Ujar Azman. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Mizi. Kemudian dia melangkah untuk bergerak ke arah lif. Langkahnya perlahan. Beberapa detik kemudian, Azman menoleh ke belakang. Didapatinya Mizi masih berdiri tercegat di muka pintu Coffee House. Azman mengeluh. Kenapa kau tak balik lagi? Tanya Azman. Mizi berjalan ke arahnya lalu berdiri menghadapnya. Abang balik ke KL esok suaranya sedih. Dia tidak dapat menyambung kata-katanya. Jadi kenapa? Kan aku dah beritahu kepada kau aku akan balik ke sana. Boleh saya tumpang ke KL? Permintaan Mizi itu mengamamkan. Boleh tak salah. Jawab Azman teragak-agak. Sebetulnya dia tidak tahu apakah jawapan yang terbaik yang patut diluahkannya kepada Mizi. Kau nak cari apa di KL? Saya nak merantau ke sana. Saya nak cari kerja di KL. Ada sesiapa di KL yang kau kenal? Tak. Jawab Mizi pendek. Jadi kau nak duduk dengan siapa? Saya tak tahu lagi. Jawapan Mizi membuatkan Azman menggelenggelengkan kepalanya. Boleh saya tumpang di rumah abang? Tanya Mizi kemudian setelah dia diam buat beberapa ketika. Boleh. Jawab Azman perlahan. Boleh saya temankan abang malam ini? Mizi memberanikan dirinya untuk menanyai soalan ini kepada Azman. Boleh. Tak salah-- Jawab Azman sambil mengeluh. Dia berjalan ke arah lif sambil diikuti dari belakang oleh Mizi. Azman dan Mizi langsung tak bercakap tatkala mereka berdua berjalan ke arah bilik hotel. Ini bilik aku. Ucap Azman seraya mengeluarkan kunci dari dalam koceknya. Pintu biliknya di buka. Mizi dijemputnya masuk. Sebaik sahaja Azman menutup pintunya dia mendapati Mizi sedang berdiri menghadapnya. Dengan tiba-tiba Mizi terus memeluknya. Mizi memeluk Azman dengan erat. Azman membalas dakapan Mizi tadi walaupun dengan teragak-agak. Saya sebenarnya suka dengan abang. Sejak semalam saya asyik terpikirkan pasal abang. Ujar Mizi di dalam dakapannya. Azman mengucup dahi Mizi. Kerana dia sendiri telah terfikirkan tentang Mizi sejak mereka berpisah pagi semalam.

40

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Saya stim sangat tengok abang. Bila saya balik ke rumah pagi semalam, saya terus melancap pikirkan pasal abang. " Rengek Mizi ke dalam telinga Azman. Bertambahlah semangat Azman setelah mendengar kata-kata Mizi tadi. Terus dipandangnya Mizi dengan satu pandangan penuh rasa sayang. ''Kau suka kepada aku sampai begitu sekali?'' Tanya Azman. Mizi angguk. Matanya separuh terlelap. Kuyu lah katakan. Tatkala itu, Mizi terus mengomol Azman. Azman pun mendakapnya dengan lebih erat. Azman menghisap leher Mizi. Kemudian terus ke telinganya. Tangan Mizi kini sedang meramas-ramas busut Azman. Azman terasa usapan Mizi yang menghayalkan itu. Perlahan-lahan dia melepaskan dakapannya. "Saya bukak pakaian abang, ya? pinta Mizi. Azman menggangguk perlahan. Matanya semakin kuyu. Mizi pun dengan perlahan membuka baju Azman. Dia membuka semua pakaian Azman sehingga hanya yang tinggal adalah seluar dalam Azman. Badan abang tough saya suka badan macam ni. Ucap Mizi. Dia mengusap-usap bulu dada Azman yang tumbuh manja di tengah-tengah dadanya. Kau terlalu muda untuk aku. Ujar Azman. Sekarang dengan suara ragu-ragu. Dia tak tahu jika dia perlu meneruskan perbuatannya dengan Mizi. Bang saya dah besar. Dah kerja pun untuk menanggung keluarga saya di kampung. Mizi membantah. Mizi tidak mempedulikan Azman. Dia terus membuka seluar dalam Azman. Dia menjilat bibirnya apabila dia akhirnya dapat melihat kejantanan Azman yang keras itu. Tangannya terus mengapai dan mengusap kejantanan Azman. Besar abang punya geram saya! Puji Mizi. Kejantanan Azman terus digomolnya. Dia memang terkejut melihat ukur lilit kejantanan Azman yang tebal itu. Tetapi jika dilihatnya saiz panjang kejantanan Azman, bolehlah dikatakannya panjang, walaupun tidaklah sepanjang mana. Tetapi lebih panjang dari saiz kebanyakan kejantanan Melayu. Di dalam keadaan penuh khayal, Azman membuka baju Mizi. Dia mendapati tubuh Mizi cerah berbanding dengan kulitnya sendiri yang sawo matang itu. Dadanya pula bidang dan cantik bentuknya. Azman terus menuju ke arah putingnya. Azman isap dan menjilat putingnya itu. Azman menggentel puting Mizi yang sebelah lagi. Perbuatannya itu membuatkan Mizi mengeluh kesedapan. Tambah-tambah lagi kerana rasa giannya itu diapi-apikan lagi dengan rasa sedap dia meramas-ramas kelakian Azman yang besar itu. Bibir Mizi sekarang menuju ke arah bibir Azman yang bertatahkan misainya yang tebal itu. Kerana Misai Azmanlah yang telah membuatkan Mizi terpikat kepadanya semalam. Kerana misainya itulah yang membuatkan Mizi sanggup menyediakan kopi dan roti bakar untuk Azman Hampir tujuh minit mereka berkucupan. Akhirnya mereka pindah ke atas ranjang. Lapangan yang lebih selesa lagi untuk mereka bertarung dan berjuang. Di atas ranjang mereka menyambung berkucupan. Tangan kanan Mizi

41

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

merayau mencari dada Azman yang pejal. Dia meramas-ramas dada Azman. "Arghhh....!!!" Azman mengerang sakit apabila Mizi meramas puting Azman dengan ganas. Kiri kanan Mizi sibuk mengerjakan puting Azman. Dan Mizi dapat rasakan semakin lama semakin keras puting lawannya itu. Tangan Mizi sekali lagi mula menjalar menghala ke bawah dan tiba ke mahkota idaman setiap lelaki sepertinya. Mizi mengurut-urut takuk Azman. Ish, besar giler. Sebut Mizi di dalam hati. Inilah kali pertama dia merasakan kejantanan yang tebalnya begitu memberangsangkan. Azman nampaknya membiarkan sahaja diperlakukan begitu oleh Mizi. Malah Azman mengangkang lebih luas sikit apabila Mizi asyik mengurut-urut lembut kelakian Azman yang berdenyut-denyut itu. Saya tak pernah main dengan lelaki yang lebih tua dari saya. Bisik Mizi. Saya pernah projek dengan budak-budak yang telah saya jadikan jambu di sekolah menengah dulu. Tapi mereka semuanya lembut-lembut. Dengan lelaki seperti abang, tak pernah pulak. Lelaki seperti apa? Tanya Azman meminta kepastian maksud katakata Mizi tadi. Lelaki yang nampak macho macam abang. Jelas Mizi. Kemudian Azman bangun. Dia membuka seluar Mizi. Yang tinggal hanya seluar dalamnya sahaja. Abang biasa dikulum tak? Tanya Mizi. Tak pernah buat dan kena buat, tapi tengok dalam blue film adalah. Jawab Azman dengan ikhlas. Abang bukan gay ke? Tanya Mizi seperti tak percaya. Aku biseksual. Aku tahu siapa aku. Tapi selama ini aku pendamkan sahaja kemahuan aku kepada lelaki. Jawab Azman tanpa ragu. Dengan perempuan? Pernah aku pernah ada girlfriend. Kenapa abang tak cari boyfriend? Aku tak biasa dengan benda-benda ni semua. Lagipun aku terlalu sibuk dengan kerjaya aku. Azman mengakui. "Nak mencuba? Mizi tanya lagi. "Mengapa tidak... Tak susah kan?" kata Azman setelah beberapa saat diambilnya untuk mengucapkan kata-katanya tadi. Mizi menundukkan kepalanya lalu terus menuju ke arah kejantanan Azman. . Selama hampir sejam mereka berkucupan, berkasih sayang, sehinggalah mereka bersatu... Azman terkulai seketika di atas badan Mizi. Dia tak pernah rasa kenikmatan yang macam ini tatkala bersatu dengan Mizi tadi. Kepenatan dia jadinya. "Bang, sedap tak main dengan saya?" Tanya Mizi dengan Manja. "Kau memang pandai main. Puji Azman kemudian mengucup dahi Mizi. Saya sayangkan abang. Ujar Mizi lalu memeluknya. Azman tergamam. Tetapi dia terus membalas pelukan Mizi. Di rasanya kehangatan cinta mula datang sendiri ke dalam hatinya. Aku pun sayangkan kau sayang sangat. Sebut Azman dengan

42

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

penuh rasa kasih. Esok, kau ikut aku ke KL. Aku mahu kau duduk di rumah aku. Azman berjalan ke arah bilik mandi. Dia mengeluarkan tuala kecil untuk membersihkan Mizi. Mizi mengangguk lemah. Dia membiarkan dirinya dibersihkan Azman. Mizi gembira kerana cita-citanya untuk berhijrah ke KL tercapai jua akhirnya. Cita-citanya untuk mempunyai kekasih lelaki yang macho dan yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat kini juga telah berjaya dicapainya. Tatkala Azman membersihkan lubang keramat Mizi, dia mendapati terdapat kesan darah pada bahagian tersebut. Barulah dia tahu kini mengapa dayungannya tadi licin dan lancar. Mizi tahu bahawa lubangnya berdarah sejak tadi. Dia juga tahu Azman kini nampak terkejut. Tak apa bang, Ujar Mizi menenangkan Azman. Dulu jambu saya pernah saya tutuhkan sampai macam ni jugak. Azman menarik nafasnya panjang-panjang. Berani gila budak ni, fikirnya di dalam hati. Azman terbaring di atas katil setelah dia membersihkan dirinya sendiri. Mizi pula dengan penuh manja membaringkan kepalanya di atas dada Azman. Dia baring di atas dada Azman sehingga dia terlena di situ. Azman mengusap-usap rambut Mizi. Dirasakan dirinya manusia paling beruntung di dalam dunia ini kerana dia disayangi oleh seorang pemuda seperti Mizi. Azman tersenyum puas. Kini dia tidak perlu kesunyian lagi

43

Aku. Rama-rama Bab 8

Nizam Zakaria

Beberapa perkara yang boleh kita perhatikan jika beberapa orang gayboy atau adik-adik sedang berkumpul: 9.Adik-adik dan gayboy selalunya akan berjalan di dalam kumpulan seperti mana yang sering kita lihat di dalam National Geographic Special. Haiwan herbivor yang bergerak secara berkumpulan di dalam kawasan savana mempunyai peratusan yang lebih yang rendah dari menjadi mangsa haiwan karnivor. Jika adik-adik atau gayboy memilih untuk mahu menjadi mangsa, ia akan sengaja memilih untuk berjalan seorang diri (cruising). 10.Kumpulan adik-adik dan gayboy mesti diketuai oleh seorang ratu. Ratu mesti menjadi hos yang mampu menceriakan kumpulannya sendiri. Ratu mesti juga nampak lebih vogue dari anak-anak didiknya. 11.Semua mesti nampak vogue. Satu kemestian! Jika duduk di Caf, mesti ada yang pose maut. Perkara yang dibualkan mesti ada name dropping. Dan pastikan semua di sekeliling dengar apa yang sedang diperkatakan. Muka mesti seolah-olah nampak bosan kepada dunia walaupun tidak bosan. Tidak lupa cermin mata hitam jika tujuan utamanya adalah untuk cuci mata. Jika mahu lihat contoh, pergi ke Bintang Walk 12.Sindrom dunia, lihatlah kepada aku sekarang akan wujud tatkala berkumpul. 13.Kadang kalanya, akan terdapat seorang fag hag yang akan ikut kumpulan adik-adik dan gayboy ini ke mana-mana. Fag-hag adalah seorang wanita tulen yang suka berkawan dengan adik-adik dan gayboy. 14.Jika ada dua kumpulan adik-adik dan gayboy yang bertembung, mesti mereka akan berlagak seolah-olah kumpulan yang satu lagi itu langsung tak wujud. Kemudian, kalimah-kalimah seperti pondan kekwat atau bitch pasti akan keluar dari mulut masing-masing. 15.Tempat-tempat yang senang untuk mencari kumpulan-kumpulan yang telah disebutkan di atas: Caf, Ikea, gedung membeli-belah terutamanya jika ada jualan murah besar-besaran dan tempat-tempat yang boleh dianggap vogue.

44

Aku. Rama-rama Bab 9

Nizam Zakaria

Cara yang terbaik untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang latar belakang spesies seekor rama-rama ialah dengan melihat habitatnya. Kerana dari habitatnya kita boleh melihat faktor-faktor yang menentukan corak dan warna rama-rama. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya Murni sesungguhnya gembira kerana Nazri sudi berkawan dengannya. Dia tidak kisah bahawa Nazri setahun lebih muda darinya. Kerana jika dibandingkan Nazri dengan pemuda-pemuda lain yang seusia dengannya, Nazri memang kelihatan lebih matang. Malah fikirannya juga jauh lebih matang dari rakan-rakannya yang lain. Murni tahu bahawa bukan dia sahaja yang berminat untuk berkawan dengan Nazri. Setelah dia mengenali Nazri dengan lebih rapat lagi, dia mula sedar bahawa terdapat ramai juga pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya yang minat kepadanya. Banyak kali Nazri akan menerima surat-surat dari secret admirernya dan banyak kali juga Nazri akan menunjukkan surat-surat tersebut kepada Murni. Murni tidak cemburu, kerana dia hanya menganggap Nazri sebagai kawan baiknya. Atau istilah yang lebih tepat, adik angkatnya. Dan tidak lebih dari itu Adik angkat you tu memang kiut that goes without saying lah. Tapi I nak cakap sikit. Kalimah adik angkat telah disebut oleh Ana seolah memerli. Dia mengutus kata-katanya ini kepada Murni sebaik sahaja cikgu Tan keluar dari perut kelas. "Aha dia kiut... manja pulak kekadang tu." Ujar Murni sambil tersenyum. Dia kemudian termenung jauh memikirkan diri Nazri yang sudah mula berani untuk menunjukkan manjanya kepadanya. Buat beberapa saat, Ana menjeling. Mungkin kerana dia meluat mendengar kalimah-kalimah Murni tadi. Kemudian dia berkata: I harap bila I cakap ni, you tak kecik hati. "Kecik hati... kenapa pulak?" "Sebab I nak cakap sikit pasal adik angkat kesayangan you tu." Eh awak kenal ke dengan si Nazri tu? Tanya Murni bersungguhsungguh. Personally tu, tak lah. Tapi I banyak dengar pasal kisah dia. Ujar Anna dengan nada yang selalu digunakannya tatkala ingin bergossip. Suaranya separuh berbisik. Dan matanya kadang-kala akan memandang ke belakang. Seolah-olah Nazri akan tiba-tiba muncul untuk mendengar umpatannya itu. Cerita apa pulak ni? Tanya Murni sengaja mengejek nada yang telah digunakan Ana. Semasa Nazri di tingkatan dua dulu dia ada kes! Ana memulakan cerita. Cerita dua tahun yang lalu, ler ni? Aha! Ana mengangguk cepat.

45

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Apa yang telah terjadi? Murni ingin tahu lagi. Ada seorang senior nih dia tergila-gilakan si Nazri tu. Macam you lah! Ana sempat ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Lepas tu? Murni langsung tidak menghiraukan kata perli Ana tadi. Senior tu macam kena sakit angau. Dia selalu sebut-sebut nama Nazri. Dekat buku sekolah dia, penuh ditulisnya dengan nama Nazri. Lepas tu, bapak dia dapat tahu. Bapak dia mengamuk sebab anak dia tu dah macam tak betul suka dengan Nazri. Terus bapak dia jumpa pengetua. Dia tuduh Nazri dah bomohkan anak dia. Cerita Ana dengan panjang lebar. Ye ker? Murni macam tidak boleh percaya. Ye lah! Kata Ana bersungguh-sungguh. Heboh satu sekolah pasal cerita ini. Apa yang pengetua buat? Tanya Murni ingin tahu cerita seterusnya. Dia panggil Nazri ke biliknya. Dia Tanya kepada Nazri jika dia ada buat apa-apa kepada akak yang minat kat dia bagai nak gila tu dia kata tak ada. Dia tak kenal pun dengan akak tu. Lepas tu, pengetua terus tak dapat buat apa-apa. Bapak budak tu tak puas hati. Dia terus tukarkan sekolah akak tu ke Bangsar. Sampai begitu sekali? Getus Murni. Sebenarnya pengetua tak boleh buat apa-apa. Kenapa pulak? Sejak Nazri di tingkatan satu lagi dia memang selalu buat hal kat sekolah ni. Dia pernah kena tangkap kerana merokok dan mencuri. Sehingga beberapa kali bapak dia kena panggil menghadap pengetua. Kata Ana dengan becok. Betul ke cerita ini? Betul! Dan kalau you nak tahu, komputer-komputer yang ada di dalam bilik multimedia kita tu semua adalah hasil pemberian bapak Nazri. You nak tahu kenapa? Tanya Ana, lalu dia menjawab soalannya sendiri. Sebab dia tak mahu pengetua buang Nazri dari sekolah ini. Tapi dia nampak baik sahaja? Murni mengeluarkan buku latihan mata pelajaran fiziknya dari dalam bagnya. Entahlah sejak tahun lepas, dia senyap saja. Tak buat jahat macam dulu. Dia dah insaf kot. Orang cakap dia dah kena mandi bunga! Ujar Ana dengan spekulasinya sendiri. Murni menaikkan kedua belah bahunya. Lalu dia menyelak buku latihannya. Dia merujuk kembali kepada soalan-soalan kerja rumah yang telah disiapkannya semalam. Di dalam kepalanya, dia asyik memikirkan tentang kata-kata Ana tentang diri Nazri. Murni tidak mahu membuat sebarang membuat rumusan mahupun spekulasi. Yang penting baginya sekarang, Nazri yang dikenalinya hari ini bukanlah Nazri yang langsung tidak dikenalinya dahulu *** Keputusan ujian pertama yang diambil oleh Murni menunjukkan bahawa Murni telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam semua mata pelajaran yang diambilnya. Guru-guru yang mengejarnya mula mengambil perhatian dan tumpuan yang lebih kepadanya. Sebelum ini, mereka telah memberikan tumpuan mereka kepada Irwan. Tetapi kini Irwan

46

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

langsung telah dilupakan oleh mereka. Irwan bukan lagi dikenali sebagai pelajar terbaik di sekolahnya ini! Irwan memang tidak puas hati dengan apa yang terpaksa dihadapinya sekarang. Dia marah kerana dia tidak pernah mendapat kedudukan nombor dua di dalam apa sahaja bidang yang diceburinya. Yang hanya dia faham adalah kedudukan pertama sahaja Irwan juga tahu bahawa Murni adalah di antara pelajar yang paling popular di sekolahnya. Bukan sahaja Murni cantik orangnya, tetapi Murni juga kini dikenali sebagai pelajar yang terbaik di dalam sekolahnya di dalam bidang akademik. Sesuatu lagi perkara yang merunsingkan Irwan adalah kerana dia tidak dapat memiliki Murni. Irwan memang meminati Murni. Sejak hari pertama dia mengenali Murni, dia telah jatuh hati kepadanya. Tetapi Murni langsung tidak menunjukkan minat yang sama terhadap dirinya. Tetapi Murni telah memberikan sepenuh perhatiannya kenapa Nazri. Sesuatu perkara yang membuatkan Irwan malu adalah kerana dia merasakan bahawa dirinya telah tewas kepada Nazri. Dia lebih malu kerana dia sering diperli oleh rakan-rakannya yang terdekat kerana perkara ini. Dan Irwan semestinya pantang tewas kepada sesiapapun. Tidak kepada Murni dan terutamanya kepada Nazri! *** Majid telah memberitahu kepada Mubin sejurus selepas mereka keluar dari panggung wayang yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama bahawa mereka terlalu awal untuk temu janji mereka bersama Rezal dan seorang anak ayamnya. Kita lepak-lepak kat Dome dululah kejap nanti diorang sampai ler. Majid menyarankan. Mubin bersetuju sahaja. Lalu mereka terus berjalan menuju ke arah cafe Dome yang terletak di tingkat yang sama. Sebaik sahaja sampai ke Dome, Mubin terus mencari tempat duduk yang paling sesuai. Terlalu ramai yang berkunjung ke Dome pada hari hujung minggu itu. Tidak banyak tempat duduk kosong. Tetapi akhirnya mereka dapat mencari tempat duduk yang baik juga lokasinya, itu pun setelah menunggu selama lima minit. Tempat duduk yang mereka dapat strategik sungguh lokasinya. Sesuai benar jika hendak cuci-cuci mata di 1 Utama pada waktu itu. Kau nak tahu apa? Tanya Majid kepada Mubin. Dia baru sahaja memesan air Mocha Capuccino dari seorang pelayan Dome untuk dirinya dan Mubin. Apa? Tanya Mubin ingin tahu. Aku sebenarnya kenal dengan bf Faizal well, ex-bf sebenarnya. Perasaan Mubin sedikit terusik. Dengan cepat dia menanyai Majid: Macam mana pulak kau kenal? Alah dunia gay kat KL ni kecik. Ala-ala one degree of separation, gituh. Aku tahu. Kata Mubin lemah. Dia sememangnya telah lama sedar tentang dunia gay yang terlalu kecil ini. Dia dah break-off dengan bf lawyer

47

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dia tu ke? Dah-- Tapi kenapa? Bf dia menjalang dengan mat saleh kat sini. Sekarang dia macam mana? Miserable dan aku cakap kepada kau tentang hal ni sebab dia bagai nak gila tengah cari kau. Eh, ye ke? Aha macam orang gila talak. Jelas Majid. Semua orang yang dia kenal, dia tanya kalau orang tu kenal dengan seorang lelaki bernama Mubin betul, aku tak bohong. Sebab tu lah aku tahu cerita ni. Dengan aku pun dia tanya pasal kau!" "Bila pulak dia tanya?" "Masa aku jumpa dia di rumah kawan aku hari tu" "Apa yang kau cakap kat dia?" "Aku cakap aku tak kenal kau. Bagus sebab aku tak mahu jumpa dia lagi. Mubin menelan air liurnya sendiri. Kau tak kasihankan dia ke? Tanya Majid. Dia mahu menyelami perasaan Mubin dengan lebih dekat lagi. "Kenapa pulak aku kena kesiankan dia?" "Ye lah... hari tu aku ada jugak suruh dia ceritakan pasal hubungan dia dengan kau dahulu." "Apa yang dia cakap pasal aku?" Tanya Mubin. Alah, pasal benda-benda biasalah..." jawab Majid bersahaja. "Kau tahu dia masih sayangkan kau lagi sampai sekarang? Kau tahu yang dia main kayu tiga dengan aku semasa aku di US? Kau tahu aku kecewa? Kau tahu bagaimana perasaan aku bila dia buat perkara ni semua kepada aku? Tanya Mubin bertubi-tubi dengan suara sedih bercampur marah. Aku tahu. Jawab Majid dengan perlahan. Kau tak mahu makan dan mahu pulang ke Malaysia, sampaikan abang aku fly dari Massachusetts ke Indiana semata-mata untuk suruh kau bersabar. Aku tahu kau macam orang gila masa tu. Mubin mengeluh. Dia menggosok-gosok keningnya yang tebal itu. Aku pernah tanya kepada dia, kenapa dia masih nak cari jantan lain, sedangkan aku ada. Apa kurangnya aku. Ujar Mubin kemudian dia menyambung lagi. Dia kata dia kecewa sebab aku banyak kekurangannya. Dia kata aku terlalu pendiam. Dia kata kadang-kala aku sakitkan hati dia. Sebab aku suka berkawan dengan kawan-kawan gay aku yang ada. Seperti berkawan dengan kau dengan Azmi kawan aku di Austin. Dengan Syamsul kawan aku di Minneapolis. Dia tak benarkan aku berkawan dengan orang lain selain dari dia. Tu dah overdose namanya. Aku tahu overdose dan aku tahu aku lemah. Aku tahu aku pernah sakitkan hati dia dengan kata-kata teguran aku. Tapi bukankah aku manusia? Kita semua ada kelemahan, Mubin. Bila jika orang tu benar-benar kasihkan kita, semua kelemahan kita akan diterimanya tanpa berbelah bagi. Jelas Majid. Dia tak patut kawal hidup kau apa yang dia buat tu semua

48

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

hanya alasan semata-mata. Pandangannya dah jauh terpesong. Dia tak dapat terima kesilapan dia sendiri. Memang betul. Walaupun dia tahu dia salah dia tetap mahu salahkan aku. Dia kata, sebab akulah dia cari jantan lain. Biasalah tu alasan-- Dia kata apa yang dia buat tu biasa gayboy-gayboy lain pun buat perkara yang sama. Thats bloody rubbish. Kau ada nampak ke aku ni menjalang bila Zaha di Paris? Tu lah macam-macam alasan dia buat. Satu lagi, dia mahu aku bermadu. What kind of fucked up idea is that? Suara Mubin semakin tinggi. Sabar pujuk Majid. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan orang ramai tidak mendengar suara marah Mubin tadi. Satu hari nanti kau akan jumpa Mr. Right kau. Aku tahu aku masih percayakan kepada cinta. Aku masih percaya bahawa akan ada lelaki yang akan jaga aku sampai bila-bila. Kata Mubin dengan berkobar-kobar. Hah, tu pun pondan-pondan tu dah sampai. Ujar Majid. Seolah-olah memberi isyarat kepada Mubin supaya jangan membincangkan perkara ini lagi di hadapan Rezal dan anak ayamnya itu. Mubin duduk di sebelah Majid. Bertentangan dengan Rezal dan kawannya Nasha di dalam Cafe Dome. Mata Mubin sering kepada Nasha, atau nama glamournya Nasha Cipta Sasmi. Rasa kagumnya terhadap Nasha masih belum hilang-hilang lagi kerana didapatinya wajah Nasha langsung jatuh tidak tumpah seperti wajah seorang anak gadis yang cantik. Nasha nampaknya suka berbual dengan Mubin. Dan Mubin pula tidak keberatan untuk melayani Nasha. Nok, kau cantik pun sebab mak jadi kau punya mak ayam tau! Ujar Rezal menjeling ke arah Nasha, pelajar tahun kedua di Universiti Multimedia itu. Dia berkata begitu setelah Mubin menanyainya: Apa rahsia Nasha untuk memenangi kategori Best Pose serta Best Catwalk. Nasha tidak menjawab, dia hanya tersenyum malu. Masa Ezriena Adrianna Herliana jadik mak ayam si Nasha ni, mana dia ada menang apa-apa. Pondan tu bukannya nak jaga dia betul-betul! Alaala pentingkan kecantikan dia saja. Mak tahulah dia tu cantik ala-ala model. Adu Rezal. Mak cantek sebab berusaha sendiri tau! Sokong Nasha dengan suaranya yang lembut itu. Akak-akak cam pantet tanak turunkan ilmu. Mak berusaha makan bomb tidak kenal erti penat lelah tau! Kecantekkan melalui kesengsaraan! Sabar jelah! Getus Majid. Koser aku dengar politik adik-adik nih. Very der tak perlu. Mubin hanya mampu tersenyum. Geli hati dia mendengar perbualan Majid dan Rezal. Majid telah mengenali Rezal sejak beberapa tahun yang lalu di London. So mana barangnya? Tanya Rezal kemudian kepada Mubin. Sebelum Mubin pulang ke Malaysia, Majid telah memberitahu kepada Rezal, bahawa sepupunya ini telah bersedia untuk membeli apa sahaja barangan yang dipesan olehnya. Rezal sememangnya telah mengambil peluang ini

49

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan sebaik mungkin. Baru kelmarin kotak-kotak barangan kepunyaan Mubin yang dihantar melalui kontena selamat sampai ke rumahnya. Mubin kemudian mengeluarkan sebuah beg plastik yang telah dibawanya sejak tadi. Beg tersebut terus diserahkannya kepada Rezal. Rezal memeriksa kandungan beg plastik tersebut. Dia tersenyum puas. Lalu dia mengeluarkan wang untuk membayar harga kedua-dua barangan yang telah dipesannya dari Mubin itu. Dah puas nyah? Tanya Majid tersenyum. Puas nok malam nih boleh terai. Jawab Rezal. Dia menyerahkan salah satu kotak yang mengandungi alat butt plug itu kepada Nasha. Kerana Nasha juga telah memesan sebuah alat yang sama. So kau nak ceritakan pasal anak ikan yang bawak berangkut semalam? Tanya Majid kepada Rezal. "Nak ke tak nak? Sebab kalau kau tak nak pun mak dah tahu!" Wah, wah wahhhh! Siapa beritahu kau pasal kes trauma mak ni semalam? Tanya Rezal. Dia sempat bercekak pinggang walaupun dia sedang duduk pada ketika itu. Nih mesti Haizam yang bagi tahu. Ye lah siapa lagi. Dia kata memang very der hanjeng punya kes. Ujar Majid. Memang pun, sundel! Rezal mengakui. Very der hanj! So, cerita sebenarnya macam mana? Majid meminta diberitahu. "Mak nak dengar dari mulut fuki kau tu sendiri." Ceritanya begini mak jumpa sorang anak ikan nih kat IRC. Nick dia, vast gituh. KLMachoboy19. Mak pun apa lagik, nak berkenalanlah. Budak UIA, sundel. Kheless kau. Majid menyampuk. Suka sangat makan anak ikan. Dia yang call mak. Ye lah, mak hantar gambar mak shirtless gituh- Haiyohh, so der hazzzaaap one! Majid mahu sahaja ketawa. Nih mesti gambar kau yang ala-ala wanita besi tu kan? Ye lah, puki! Gambar apa lagik? Very der vavi one. Dah tahu nak tanya-tanya lagik! Rezal telah menyatakan tentang gambar yang menunjukkan tubuhnya yang agak sasa itu. Memang tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini, dia memang nampak semakin segak, terutamanya sejak dia pulang ke Malaysia setelah sekian lama menuntut di London. Kalau dahulunya dia agak gempal, kini kerana sering ke gym tubuhnya beransur tegap. Tu lah nok kalau mak tak kenal kau. Kalau mak tengok gambar tu pun, harus mak ala-ala tertipu gituh. Mesti mak ingat kau jantan. Tapi ruparupanya ponen. Sapa nak jawab? Kata Majid. Hanjeng kau. Molot very der vavi Balas Rezal. Kemudian dia menyambung. Ceritanya macam ni, nok dia kata dia minat dengan mak, so dia mati-mati nak jumpa mak. Mak pun tak kisah sangat nak jumpa dia, sebab mak tengok dia dari gambar yang dia bagi, kussss semangat, very der jantan. Ala-ala abang-abang askar gituh, nyah. Ye ker? Vassst gituh kan? Sampuk Majid lagi. "Haruslah puki kau berair!" "Koser, hanj punya statement." Ujar Rezal sebelum menyambung lagi. "Sebelum berjumpa, dia ceritalah dekat UIA dia ala-ala siti coverina. Dia tak campur dengan gayboy-gayboy kat sana. Takut pecah lubang kononnya. Mak bila dengar ceritanya ni, mak tahu dia ni jenis very der insecure. What a turn

50

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

off. Mak ingat mak tak mahu jumpa lepas dengar cerita-cerita tak perlu ni. Tapi dia insist nak jumpa mak jugak. Dia spedo kata-kata cakap mak taste dia macam-macamlah dia spedo! Ye lah adik-adik kan pantang dispedo, gituh. Kata Majid. Lepas tu apa jadik? Mak jumpa dia kat KLCC. Mak act jantanler kononnya semalam. Haiyohhh very der tak perlu! Majid sengaja mahu mengusiknya lagi. Patutlah petir sabung-menyabung semalam aku tengok kat atas KLCC semalam! Nok dengarlah. Cerita belum habis ni! Pantet betul! Tegas Rezal. Bila mak jumpa dia, nok. Memang taste dia memang macho. Muka very der matured abang-abang jantan gituh. Lepas dinner, dia kata dia nak ikut mak balik. So, mak pulak takde nak buat apa-apa malam tu, mak bawak dia balik berangkut. Nok masa dalam bilik dia bukak baju. Vasst, memang taste. Badan very der badan abang-abang komando gituh. Ala-ala terletak gituh. Cair puki mak, nok. Nyah nombor telefon dia ada tak? Nasha tiba-tiba bersuara. Sudehhh takdemaknanya! Jeling Rezal. Lalu dia kembali menumpukan perhatiannya kepada Majid. Masa mak dan dia dah bogel dia tiba-tiba suruh mak baring atas katil. Wahhh mak ingatkan, budak ni mesti kinky habis. Ko nak tahu apa dia buat lepas tu? Majid ketawa terbahak-bahak. Dia sudah tahu apa yang telah terjadi dari Haizam. Apa yang terjadi? Mubin yang duduk diam sejak tadi telah bersuara kerana terlalu ingin tahu. Nok, dia terus duduk atas mak! Jawab Rezal rambil meletakkan bahagian belakang tangannya ke atas dahinya. Vasssttt kau kena jadik top! Ujar Majid di dalam ketawanya. Nok mak trauma okay! Mak trauma habis semalam. Kata Rezal. Satu meja ketawa mendengar ceritanya itu. Harus lepas ni mak pergi terapi dengan Dr. Ruth! Kita singgah Ikea sekejap, ya? Itulah permintaan Mubin sewaktu dia berada di Dome tadi. Dia ingin ke Ikea kerana pada hari Isnin, dia akan memulakan hari pertama pekerjaannya di sebuah syarikat IT yang terletak di Taman Teknologi Malaysia. Kau nak beli apa? Tanya Majid tatkala masuk ke dalam Ikea. Bag plastik yang mengandungi beberapa keping CD yang baru dibelinya tadi di Tower Records tadi telah diikat dengan ikatan plastik oleh seorang Jaga berketurunan Gurkha itu. Perkara yang sama telah dilakukan kepada kandungan beg plastik yang sedang dibawa oleh Rezal. Nak beli stationary untuk pejabat baru aku. Jawab Mubin, kemudian dia diam. Matanya tidak henti-henti memerhatikan beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arah Nasha. Pada hari itu, Nasha sedang memakai seluar pendek ketat dan sepasang kemeja ketat yang telah dibelinya dari MNG. Memang dia nampak cantik. Tak pecah lubang, kata setengah-setengan orang. Nok, kau pakai seluar memantat, sampai pak guard Gurkha pun tengok macam mata nak terjojol gituh! Ujar Rezal kepada Nasha, memuji anak didiknya iru.

51

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Tu lah sebab mak suruh dia drag... boleh? Sebut Majid pula. Dia sedang memandang kepada sebuah sofa yang diperbuat dari kulit. Dia sengaja menyuruh Nasha memegang lengan Mubin. Bak sepasang kekasih sedang bercinta lagaknya. Nok, kalau kau tak drag, mak tak mahu keluar dengan kau, occay. Sebab kalau kau tak drag, kau nampak very der pengkit. Tu lah, apa clusstnya adik-adik kalau tak dressing nampak macam pengkit? Ujar Rezal pula. Mubin tersenyum tanpa berkata apa-apa sewaktu Nasha sedang memegang lengannya tatkala berjalan di dalam Ikea. Nasha nampaknya langsung tidak membalas kata-kata pedas dari Majid dan Rezal tadi. Dia terlalu asyik di dalam alamnya sendiri sewaktu dia berada di dalam dakapan Mubin. Nasha tersenyum malu. Memang sejak tadi dia mula berkenan dengan Mubin. Dia sempat berbisik kepada mak ayamnya Rezal tentang Mubin. Dia memberitahu kepada Rezal bahawa Mubin memang taste'nya. Kerana menurutnya, Mubin memang nampak seperti abang-abang macho yang diminatinya. Dan lagi, Nasha memang minat kepada abang-abang macho yang berkulit putih bersih seperti Mubin Oh, shit! Getus Mubin tiba-tiba kepada Majid. Kenapa? Tanya Majid, tangannya sedang meraba-raba sofa kulit di hadapannya. Makcik sebelah mak aku dari Segamat! Jelas Mubin. Majid melihat ke arah makcik Mubin itu. Makcik Mubin nampaknya berpakaian seperti mak datin. Dia sedang berjalan dengan beberapa orang rakannya yang berpakaian sepertinya juga. Majid tidak mengenalinya. Kenapa kau takut pulak? Rilek lah. Ucap Majid. Mata Mubin kepada Nasha dan Rezal. Mungkin lebih kepada Rezal kerana Rezal sedang memakai seluar Versace hitam bersama baju kemeja ketat berwarna hitam seolah-olah dia ingin ke disko pada saat itu juga. Kau tahulah makcik-makcik. Mubin menoleh ke arah lain. Dia takut makciknya itu akan nampak kelibatnya di Ikea. Mulut overdose. Masa dia jumpa aku dua hari selepas aku balik dari US, macam-macam yang dia tegur aku. Dia kata budak overseas tak ingatkan perjuangan UMNOlah. Budak overseas macam kacang lupakan kulitlah--- And all that shit la di da, da. Majid menyambung sendiri. Eh, Mubin ke ni? Tiba-tiba Mubin ditegur oleh makciknya itu sebaik sahaja dia berjalan melepasinya. Eh, makcik apa khabar. Bila makcik sampai ke KL ni? Tanya Mubin. Wajahnya pucat lesi. Semalam makcik kena hadiri mesyuarat Wanita UMNO-- Oh begitu Mubin cepat-cepat memintas. Sebelah Mubin tu siapa? Girlfriend ke? Mubin menoleh ke arah Nasha yang tersenyum simpul itu. Aha, girlfriend saya makcik. Makciknya itu melihat Nasha dari atas ke bawah. Terutamanya pada bahagian peha Nasha yang gebu itu. Kemudian dia memandang ke arah Rezal yang kelihatan seperti mat disko dan kepada Majid yang tidak tentu arah dengan rambut panjang dan pakaian street wearnya itu. Ini kawan-kawan saya, Nasha, Rezal dan Majid. Majid ni sepupu saya sebelah bapak saya. Mubin memperkenalkan mereka kepada makciknya.

52

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Sejurus selepas mereka bersalaman, terus Mubin meminta dirinya. Dia berdesup berjalan ke arah kawasan permainan kanak-kanak yang dipenuhi oleh bebola kecil, kemudian dia membelok melalui kawasan cafe lalu menggunakan tangga bergerak untuk turun ke tingkat bawah. Nasha, Majid dan Rezal mengikut sahaja. Mak datin tu ala-ala pandang serong kat mak. Perlu ke? Adu Rezal. Dia tu memang macam tu. Jelas Mubin kerana dia sendiri tidak suka kepada makciknya itu. Malam nanti mesti dia call aku atau mak aku tengoklah nanti! Mereka berempat terus berjalan di dalam perut Ikea. Mubin berjumpa dengan beberapa barang yang dicarinya, lalu dia memasukkannya ke sebuah dalam beg kuning Ikea yang sedang disandangnya. Eh, pondan tu mak kenal! Ujar Majid kepada Rezal. Mak pun kenal dengan dia. Ujar Nasha. Lan nama dia. Ponen IRC mulut lazerina tu. Aha, Azlan engineer kat Penang tu. Aiyooo perlu ke gaduh-gaduh dengan laki dia kat dalam Ikea? Kata Majid. Matanya kepada Azlan yang sedang bertekak dengan seorang lelaki berbangsa Cina di bahagian fabrik bilik tidur di Ikea. Tu lah nok perlu ke pondan-pondan nih buat scene kat sini. Malukan kaum saja! Kata Rezal pula. Nok, kau tahu tak mak dia sanggup travel dari Melaka sampai ke Penang suruh dia kahwin. Majid bergossip. Matanya tidak putus-putus melihat Azlan yang bertubuh kecil itu. Perlu ke kita menggalakkan lesbianisme sesama kaum wanita kat Malaysia ni? Perlu ke? Tanya Rezal bertubi-tubi. Mereka berempat buat-buat tidak nampak, walaupun sengaja mereka berlegar-legar berjalan berdekatan dengan tempat kejadian. Beberapa pasang mata sedang memerhatikan pertengkaran yang sedang berlaku. Beberapa detik kemudian, pemuda berbangsa Cina itu melenting dengan kuat lalu berjalan meninggalkan Azlan. Haiyohhhh very der drama one! Hazap gituh! Bisik Majid kepada Nasha. Nok, kenal siapa mak tak? Tiba-tiba Nasha memberanikan dirinya untuk menegur Azlan yang wajahnya iras-iras wajah Aznil Hj. Nawawi itu. Azlan nampak keliru. Mungkin masih keliru selepas dia ditinggalkan temannya tadi. Ni mak lah Nasha. Selalu chat dengan kau kat IRC! Ooo ponen! Kau rupa-rupanya. Mak ingatkan pompuan mana tadi. Woman kau, ya! Memanglah! Mak kan vogue. Ujar Nasha. Oh ya, kau kenal Cornac kan? Ni dia lah ni. Nasha berpaling ke arah Majid. Majid sering menggunakan nick Cornac tatkala di IRC. Menurutnya Cornac bermaksud penjaga gajah di dalam bahasa Perancis. Tetapi yang pentingnya, Cornac bunyinya seperti konek. Nok, mak ingatkan kau pondan jantan rupa-rupanya. Ujar Azlan. Sundell gituh statement. Adik-adik suka pecahkan lubang kaum sendiri! Kata Majid tersenyum sambil bersalaman dengan Azlan. Sebelah mak ni, abang Mubin. Yang ni pulak, mak ayam, mak Cik

53

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Rezal ratu Pandan Indah. Azlan bersalaman dengan Mubin dan Rezal. Tadi tu, gaduh dengan laki ke, nyah? Tanya Majid. Alah dia tak puas hati dengan mak. Bukannya apa, mak nak kaler purple yang ada bunga-bunga tu untuk kain cadar baru mak. Dia nak warna putih jer. Jelas Azlan yang pernah menjadi finalis menyanyi lagu Ricky Martin di sebuah peraduan Karaoke di kilang tempat kerjanya. Biasalah, ponen kalau pilih barang, mesti nak yang semarak gituh. Ujar Majid. Penang duduk kat mana? Tanya Mubin yang jarang masuk campur dengan perbualan orang lain. Rumah aku dekat dengan USM kau pula? Jawab Azlan. Di kawasan Batu Feringgi. Oh orang Batu Feringgi rupa-rupanya. Azlan menoleh ke belakang. Di dapatinya temannya tadi sedang menunggunya sambil bercekak pinggang. Nok, I got to go. Laki dah tunggu tu. Nanti bising pulak jantan gaberet tuh. Kata Azlan tergesa-gesa. Lepas ni mak terus balik Penang. Kita jumpa di IRC, ya? Majid dan Nasha mengangguk. Azlan pula terus bergegas mendapatkan temannya yang masih nampak marah-marah itu. Ponen tu bizi aja, 24 jam. Ujar Majid. Aha, bizi masa lunch pun bizi carik anak ikan Cina, boleh gituh? Pintas Nasha sambil ketawa. Tangannya masih memegang erat lengan Mubin. Kau nak tahu tak orang kata dia yang buat website sayangabang tuh! Beritahu Majid. Tu lah hanjeng kan? Ujar Nasha. Very der hanj gambar mak ambik kat Oxford tu pulak yang dia letak. Tak ke hanj namanya tu! Very der sentap! Bebel Majid. Kalau gambar cantik takpa jugak tapi gambar yang very der yang dia letak! Gambar mak baru bangun tidur dalam bilik mak kat Brasnose boleh gituh? Mubin melihat jam tangannya. Dia terkejut sakan. Eh, aku dah lambat! Katanya. Lambat apa? Tanya Rezal. Aku ada janji dengan adik aku kami ada tamu petang ni. Aku terlupa pulak. Baru jer ni aku teringat. Jelas Mubin. Okaylah kau baik balik dulu. Aku balik ikut Rezal dengan Nasha. Nanti si Murni tu mengamuk salahkan aku pulak. Majid tersenyum. Dia kemudian mengambil beg kuning Ikea Mubin lalu memberitahunya dia akan tolong membayar harga-harga barangnya itu. Mubin terus bergegas berjalan ke arah jalan keluar di Ikea. Dia melepasi Azlan. Dia menoleh sebentar kepada Azlan yang sedang melemparkan senyuman penuh makna kepadanya. Mubin tidak sempat senyum kembali. Dia terus bergegas ke arah tempat letak kereta *** Hah, tu pun dia dah sampai! Ujar ibu Murni sewaktu dia mendengar bunyi

54

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

hon motorsikal Nazri di hadapan rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail itu. Mana abang kau, tak balik-balik lagi ni? Murni menaikkan kedua belah bahunya. Dia kemudian cepat-cepat membuka pintu pagar rumahnya. Abang kau tu memang macam ni lah perangainya. Kalau dah jumpa kawan tu, sampai tak ingat dunia! Ibu Murni merungut-rungut. Dia dengan abang Majid, mak. Beritahu Murni sengaja mahu mengapi-apikan. Hah patutlah pun. Balas ibu Murni itu dengan mulutnya sengaja dimuncungkannya. Nazri dijemput masuk ke dalam rumah. Murni memperkenalkan Nazri kepada ibunya. Makcik ke dapur sekejap ya, makcik nak sediakan air. Ujar puan Rokiah kepada Nazri. Abang Mubin mana? Tanya Nazri kepada Murni. Dia duduk malumalu di ruang tamu rumah Murni. Entahlah. Dia pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan dia. Dia kata pukul empat petang nanti dia akan balik nih dah pukul empat setengah ni! Murni merungut-rungut, kerana Mubin sendiri yang telah menyuruh Murni menjemput Nazri ke rumah mereka. Kini batang hidungnya sendiri entah ke mana. Setelah minum dan menjamah makanan yang telah disediakan oleh puan Rokiah, Murni telah menjemput Nazri naik ke atas untuk melihat koleksi rama-ramanya. Murni menunjukkan beberapa koleksi rama-rama yang ada menghiasi sebuah sudut di dalam biliknya. Dia atas sebuah meja pula terdapat beberapa ekor rama-rama yang telah dikeraskan dan yang akan dimasukkan ke dalam sebuah kotak kaca untuk menambahkan koleksi rama-rama kepunyaannya itu. Murni sempat menjelaskan kepada Nazri tentang beberapa specis rama-rama yang sedang ditelitinya pada waktu itu dan beberapa specis ramarama yang paling diminatinya. Nazri sebenarnya tidak berapa minat, tetapi dia tetap buat-buat minat. Bilik abang Mubin kat sebelah ke? Tanya Nazri apabila tidak tahan lagi mendengar syarahan Murni tentang proses metamorfosis rama-rama. Aha, ada kat sebelah. Jawab Murni. Nak tengok ke bilik dia yang berselerak tu? Nazri mengangguk cepat. Murni berjalan ke bilik sebelah lalu membuka pintu bilik Mubin itu. Memang bilik Mubin agak berselerak. Lebih-lebih lagi apabila dia baru sahaja mendapatkan kotak-kotak barangannya dari Indiana. Nazri melihat ke sebuah kotak yang telah dibuka. Dia mencapai sebuah buku yang terkandung di dalamnya. The Nude Man, tajuk buku tersebut. Murni menarik nafasnya panjangpanjang kerana dia mendapati buku yang tebal itu hanya mengandungi gambar lelaki-lelaki yang sedang berbogel. Abang Mubin tu gay. Sebab tu dia kumpul buku-buku ni semua. Murni menjelaskan dengan teragak-agak. Oh biasalah tu. Jawab Nazri cepat-cepat sambil tersenyum. Kenapa biasa pulak? Tanya Murni. Dahinya terkerut-kerut.

55

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Muka hensem macam dia tak kan ler normal pulak. Dia memang normal-- Maksud saya bukan homo. Hetero apa entah Pintas Nazri. Dia tahu istilah yang digunakannya itu salah. Kerana dia pernah dibetulkan oleh kawannya, Azman. Heterosexual. Sambut Murni. Awak tak kisah ke? Alah biasa jer. Kawan-kawan saya ramai yang gay Siapa? Abang Mizi abang Man satu hari nanti saya bawak awak dan abang Mubin jumpa dengan mereka. Nak tak? Boleh jugak. Murni tersenyum. Dia lega kerana Nazri berfikiran terbuka. Eh kenapa muka surat ni melekit. Susah nak bukak pulak! Nazri kononnya sukar membuka mukasurat yang terdapat di dalam buku tersebut. Nih mesti sebab err Murni mengambil buku tersebut dari Nazri. Didapatinya Nazri buat lawak, kerana buku itu memang tidak melekat. Nazri ketawa berdekah-dekah. Nakal dia ni tau! Murni mencubit bahu Nazri kemudian dia membawanya kembali turun ke bawah. Lima minit kemudian, barulah Mubin sampai. Dia minta maaf kepada Murni dan Nazri. Murni menjeling sambil mencebik. Tak apa bang saya tak kisah. Ucap Nazri sambil bersalaman dengan Mubin. Mubin tersenyum. Dia duduk bersama Nazri lalu berbual dengannya untuk berkenalan dengan lebih lanjut dengannya. Mubin sempat memberitahu kepada Nazri tentang pengalamannya belajar di AS tatkala dia ditanya tentang perkara tersebut oleh Nazri. Nazri kusyuk mendengar Abang Man pun study kat US jugak. Ujar Nazri. Sekali lagi nama Azman disebut olehnya pada hari itu. "Dah lama dia study sana. Sekarang dia dah kerja di sini." Siapa abang Man? Tanya Mubin. Kawan saya. Mubin hanya tersenyum. Dia tidak menanyai Nazri tentang Azman. Abang nak datang ke rumah saya tak? Jemput Nazri. Kemudian dia memandang ke arah Murni. Awak nak tak? Mubin dan Murni telah menerima jemputan dari Nazri untuk ke rumahnya. Untuk ke rumahnya yang terletak di kawasan Bangsar itu, Nazri telah mengarahkan Mubin supaya mengikut motornya dari belakang. Lagipun, rumahnya tidaklah begitu jauh dari kawasan rumah Mubin yang terletak di TTDI itu. Perjalanan untuk ke Bangsar itu hanya mengambil masa selama lima belas minit. Ketibaan Mubin dan Murni ke rumah Nazri telah disambut oleh adik lelaki Nazri yang bernama Shawal. Eh, kawan abang Ari ke ni? Tanya Shawal dengan gembira. Shawal masih lagi berusia tujuh tahun. Tatkala Nazri membuka pintu pagar rumahnya, dia mendapati adiknya itu sedang bermain basikal di kawasan letak kereta di rumahnya. Mak kat mana? Tanya Nazri kepada Shawal. Ada kat belakang. Beritahu Shawal. Nazri memimpin adiknya, lalu

56

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

mengajak Mubin dan Murni ke bahagian belakang rumahnya. Anak lord rupa-rupanya. Bisik Mubin ke dalam telinga adiknya. Murni menjeling, seolah-olah menyuruh abangnya diam. Di belakang bahagian banglo rumah Nazri, Murni dan Mubin dapat melihat ibu Nazri sedang berkebun. Dia nampaknya sedang menanam beberapa pokok bunga yang baru dibelinya dari Sungai Buloh. Pohon bunga dari specis halia merah. Mak, kawan abang Ari datang ni! Ujar Shawal kepada ibunya. Dia menarik-narik tepi baju yang sedang dipakai oleh ibunya itu. Ibu shawal membuka topi yang selalu dipakainya tatkala berkebun lalu mengesat peluhnya. Dia berjalan ke arah Murni dan Mubin. Dia membuka sarung tangan yang sedang dipakainya untuk bersalaman dengan tamunya itu. Murni pernah diberitahu oleh Nazri bahawa dia tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu dan bapanya. Murni memandang wajah ibu Nazri yang kelihatan peramah itu. Dia tidak paham mengapa Nazri tidak ada hubungan rapat dengan ibunya sendiri Mubin pula tergamam, kerana dia kenal benar dengan ibu Nazri itu. Ibu Nazri pernah menjadi bintang pujaan pada lewat tahun 70-an sehinggalah ke awal tahun 80-an dahulu. Anisah merupakan seorang penyanyi terkenal yang sangat-sangat diminati Mubin. Malah Mubin pernah membawa koleksi lama piring hitam nyanyian Anisah (kepunyaan koleksi bapanya) ke AS. Murbin juga sering mengikuti perkembangan penyanyi pujaannya itu. Dan dari situlah dia tahu bahawa Nazri adalah anak hasil perkahwinan pertama Anisah dengan seorang pemain bola sepak yang terkenal--yang telah berpisah dengannya setelah hanya setelah tiga tahun berkahwin dengannya. Perkahwinan mereka dahulu pernah dianggap sebagai perkahwinan glamor dua orang personaliti terkenal tanahair. Bekas suaminya itu seorang pemain bola yang juga popular kerana berwajah kacak dan telah menjadi gilaian anak-anak gadis yang meminatinya. Anisah pula seorang penyanyi genit yang cantik. Anisah kemudian telah berkahwin dengan seorang ahli peniagaan dari Sarawak, hanya beberapa bulan selepas dia berpisah dengan suami pertamanya. Shawal adalah anak Anisah dari perkahwinannya dengan ahli peniagaan yang terkenal itu. Puan Anisah, nama saya Mubin. Sebut Mubin tatkala bersalaman dengannya. Saya minat benar dengan puan Anisah. Semua album puan ada di dalam koleksi saya. Termasuklah kompilasi lagu-lagu terbaik puan dengan EMI. Kenal jugak kau dengan aunty. Ujar Anisah sambil tersenyum. Dia suka benar jika dia dapat bertemu dengan peminatnya, walaupun dia telah lama meninggalkan dunia hiburan. Wajah Anisah nampak Ayu walaupun usianya telah mencecah empat dekat. Dahulu, beliau pernah dijulang sebagai di antara wanita paling cantik di Malaysia. Dia pernah menjadi gilaian ramai pemuda dan pemudi di serata Nusantara, seperti mana Siti Nurhaliza sekarang ini. Namun, berita tentang dirinya terus senyap setelah dia berkahwin dengan Datuk Ramli. Eh duduklah kalau ya, pun Pinta anisah kepada tetamu-tetamunya. Ini Murni, mak. Ujar Nazri kepada ibunya dengan suara yang rendah. Dia tertunduk-tunduk sewaktu memperkenalkan Murni. Dia nampaknya tidak

57

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

begitu mesra dengan ibunya. Seperti tidak biasa pula dia berbual dengannya. Oh, Murni. Auntylah yang selalu jawab panggilan telefon dari Murni ke sini. Anisah menjelaskan. Dulu saya ingatkan aunty, kakak Nazri. Tapi Nazri kata dia tak ada kakak. Suara aunty suara orang muda sekarang pun aunty nampak muda. Puji Murni. Anizah ketawa kecil. Dia tersipu-sipu malu dipuji Murni begitu. Aunty minta diri aunty dulu aunty nak sediakan air. Rumah ni tak ada tukang gaji. Semuanya aunty kena buat sendiri. Anisah masuk ke dalam rumah. Shawal mengikut ibunya dari belakang. Berjalan terkedek-kedek. Dia tak suka ada tukang gaji. Ujar Nazri dengan perlahan kepada Murni dan Mubin. Seolah-olah dia ingin meminta maaf bagi pihak ibunya. Mak awak macam mak saya. Jenis yang rajin orangnya. Kata Murni yang sedang duduk malu-malu adi kawasan anjung di belakang banglo Nazri yang agak besar itu. Anjung tersebut menghadap kepada kolam renang dan sebuah taman kecil di sebelahnya. Suasana nampak tenang dan ceria. Maka tidak hairanlah jika rumah ini pernah disertakan di dalam majalah Impiana lebih setahun yang lepas. Bukan sebab itu. Tetapi dia selalu cemburu dengan setiap tukang gaji yang kami ada setiap kali bapak saya ada di sini. Nazri menjelaskan. Bapak kau di mana? Tanya Mubin ingin tahu. Dia ada di Sarawak ujar Nazri ringkas. Apabila ditanya Mubin tentang bapanya, terus Nazri menganggap soalan itu adalah mengenai bapa tirinya itu, dan bukan bapa kandungnya sendiri. Seekor kucing berbulu panjang berwarna hitam dan putih merayaurayau memanggil Nazri. Kucing tersebut kemudiannya menggesel-geselkan badannya ke kaki Nazri. Eh, comelnya! Getus Murni dengan geram.Murni suka benar dengan kucing tersebut. Nama dia Manis. Beritahu Nazri sambil mengangkak kucing kesayangannya itu lalu memeluknya dengan penuh manja. Murni mengusap-ngusap bulu Manis yang panjang itu. Nazri melepaskan Manis, lalu Manis melompat ke peha Murni, memintanya membelainya lagi. "Selalunya kucing parsi sombong, tapi ni baik pulak!" Ujar Murni sambil mencium Manis pada bahagian mukanya. "Manis bukan kucing parsi... dia ragdoll. Kucing jenis ragdoll memang manja." Jelas Nazri. Shawal keluar berjumpa abangnya. Mulutnya comot dengan biskut cookie yang sedang dikunyahnya pada ketika itu. Budak ni pun manja juga. Nazri membelai-belai rambut Shawal tatkala Shawal bersandar di atas badannya. Beberapa minit kemudian, Anisah muncul dari arah dapur sambil menatang dulang yang penuh dengan beberapa biji cawan, sebuah teko dan sepiring penuh dengan juadah petang. Dia menjemput Murni dan Mubin minum. Kami susah-susahkan aunty sahaja petang-petang ni. Ujar Mubin sambil menghirup air the yang baru sahaja dituangkan oleh Anisah ke dalam cawannya. Alah, tak apa sapa namanya tadi--

58

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mubin, aunty. Hah tak apa Mubin. Lagipun, bukannya biasa Nazri ni bawak kawan dia ke sini. Jelas Anisah dengan suaranya yang lembut. Mubin tersenyum-senyum malu kerana dia masih tidak dapat menyangka idolanya sedang berada di hadapannya sekarang. Abang kata abang nak tengok koleksi action figure saya, kan? Nazri tiba-tiba menyampuk. Tak sabar-sabar lagi rasanya untuk dia menunjukkan koleksi-koleksi permainannya yang ada. Kalau ya pun, tunggulah sampai abang Mubin kau ni habis minum. Anisah menegur anaknya. Nazri tidak menjawab. Dia terus masuk ke dalam rumah. Manis melompat dari peha Murni lalu terus mengekori Nazri masuk ke dalam. Mubin meminta dirinya untuk mendapatkan Nazri. Nazri tu memang nakal. Susah nak mendengar kata. Kata Anisah sambil mengeluh kepada Murni. Tapi sejak kebelakangan ini, dia dah berubah sikit. Kalau dulu, berani dia merokok di dalam biliknya. Balik lambat tak balik pun ada. Sampai tak tahu apa yang aunty perlu buat kepadanya. Adu Anisah. Tapi apa yang buatkan dia berubah? Sejak dia mula kenal dengan abang Man dia ni. Aunty pun tak kenal siapa kawan dia ni. Cuma yang aunty tahu, dia lecturer di UM. Anisah menghirup udara petang sebelum menyambung. Sejak Nazri berkawan dengannya. Dia dah banyak berubah. Kalau tak susah hidup makcik ni. Hari-hari makcik risau memikirkan dia. Murni hanya mengangguk dan tersenyum. Bunyi kercipan burungburung mewarnai perbualan Anisah dengan Murni. Kini Murni mula mengenali dengan lebih lanjut mengenai Nazri dari ibunya sendiri Eh, Star Wars dari koleksi Mattel pun kau ada simpan? Ini dah kira klasik. Antik nih! Tempelak Mubin sambil membelek-belek patung R2D2 di tangannya. Patung tu kepunyaan arwah abang Zul. Ujar Nazri dengan perlahan. Siapa abang Zul? Abang tiri saya. Oh Mubin meletakkan kembali patung Star Wars tersebut di dalam almari kaca kecil yang tergantung ke dinding di dalam bilik Nazri itu. Bilik Nazri juga dipenuhi dengan beberapa poster motor-motor kuasa besar. Hanya koleksi-koleksi Star Wars miliknya dahulu. Yang lain, semuanya milik saya. Jelas Nazri tatkala melihat Mubin merenung ke arah koleksi patung action figurenya itu. Kau dengan Murni sama sahaja hobinya suka mengumpul. Kata Mubin sambil matanya tepat kepada sebuah patung Spawn. Dia telah mengakhiri kata-katanya dengan senyuman melirik. *** Dan seperti yang telah dijangkakan, makcik Mubin telah menelefonnya pada malam itu. Dia menasihatinya supaya mencari teman wanita yang lebih bersopan, bukan jenis yang pakai pakaian yang terdedah-dedah. Kemudian, dia menawarkan Mubin anak gadisnya yang katanya memang sopan dan

59

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

cantik orangnya. Sesuai benar dengan diri Mubin yang kacak dan berpelajaran tinggi itu. Mubin menolak tawarannya itu dengan baik kemudian dia cepat-cepat meletakkan ganggang telefon Aku. Rama-rama. Oleh Nizam Zakaria

60

Aku. Rama-rama Bab 10

Nizam Zakaria

Tidak ada dua rama-rama yang serupa di dalam dunia ini. Walaupun kita akan terjumpa dengan rama-rama dari specis yang sama yang mempunyai corak yang sama, jika kita melihatnya dengan lebih dekat lagi, pasti kita akan berjumpa dengan kelainannya --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Irwan menyerahkan kad jemputan ke majlis harijadinya kepada beberapa orang rakannya yang terdekat. Kemudian kepada mereka yang duduk di barisannya. Dia telah berkali-kali mengingatkan rakan-rakannya bahawa ibu dan bapanya akan ke Jakarta pada hujung minggu ini untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan niaga mereka di sana. Maka, dia bebas melakukan apa sahaja yang dimahunya di majlis sambutan harijadinya. Kau jemput Murni, tak? Tanya Fazli, kawan baik Irwan. Jemput- Jawab Irwan dengan teragak-agak. Kau ingat dia nak pergi ke? Tanya Michael, yang duduk sebelah Irwan di dalam kelas. Kalau aku jemput, dia pergilah. Sambut Irwan sambil membetulkan tali lehernya. Tapi mesti dia nak pergi dengan balak dia kan? Ujar Fazli tersengih-sengih. Kerana dia pernah sekali dia menang bertaruh dengan Irwan. Dia telah mendapatkan limapuluh ringgit dari Irwan semata-mata kerana dia yakin Irwan tidak akan dapat menjadikan Murni teman istimewanya. Semua rakan-rakan terdekat Irwan tahu bahawa dia telah menaruh hati terhadap Murni dan Irwan pula tidak pernah memaafkan dirinya kerana kalah di dalam pertaruhan itu. Sebab itulah aku nak bawak kau semua discuss pasal hal ini. Kata Irwan dengan berbisik. Discuss pasal apa pulak ni? Tanya Micheal. Dia menggaru-garu ketiaknya. Begini aku tahu si Nazri tu mesti akan datang dengan Murni ke parti aku, jadi aku--- Kau nak buat apa dengan Murni? Tanya Fazli seolah-olah boleh mengagak tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Irwan. Dia menggosok kedua belah tapak tanganya. Aku tak nak buat apa-apa kepada Murni. Kau nak mampus? Kau tahu bapak dia siapa? Irwan menjeling Fazli. Aku nak pukul si Nazri tu. Kurang ajar betul budak tu. Aku kena ajar dia. Kita semua kena ajar dia betul-betul! Eh, berani ke kau nak pukul dia? Aku tengok dia tu macam tough semacam jer orangnya. Kata Michael. Dia menungkatkan sikunya ke bahu Irwan. Alah, dia tu nampak aja tough. Getus Irwan dengan penuh yakin. Kau ingat masa dia di tingkatan dua dulu? Semasa dia gaduh dengan dua orang budak ragbi tu? Fazli cuba mengingatkan. Dia tidak mahu dirinya padah. Dia pukul sampai lebam satu badan budak-budak tingkatan lima tu badan-badan mereka besar-besar pulak tu. Inikan pulak kau! Aku ada tali pinggang hitam. Dan kalau kau semua ada tolong aku,

61

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dia tak mungkin akan berani pukul aku sembarangan. Getus Irwan sambil mengepal-ngepalkan tangannya seperti seorang ahli tinju yang hebat. Fazli dan Michael akhirnya mengangguk setuju. Dan sudah tentunya mereka akan memanggil kroni-kroni mereka untuk membantu mereka nanti jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku Okay, thanks guys. Ujar Irwan tersenyum puas. Sekarang aku mahu jemput Murni ke parti aku. Wish me luck! Irwan tersengih sendiri. Kawankawannya ketawa kecil. Irwan berjalan ke arah meja Murni dengan penuh yakin. Sebelum itu, dia mengedarkan kad jemputannya kepada beberapa orang pelajar yang duduk sebaris dengan Murni. Ana yang telah menerima kad jemputan dari Irwan itu nampaknya gembira sakan. Seolah-olah dia seorang sahajalah yang telah dijemput ke parti tersebut. Ini jemputan khas dari I. Ujar Irwan kepada Murni dengan nada suara kassanovanya. Di dalam hatinya, dia masih berharap bahawa Murni akan menerima dirinya sebagai teman istimewanya. Bukannya dia tidak berusaha, tetapi permintaannya telah ditolak bulat-bulat oleh Murni. Malah Murni telah mentertawakannya dengan mengatakan bahawa dia memang pandai membuat lawak! Jemputan kenduri doa selamat ke? Tanya Murni yang sengaja mahu mengusiknya. Tak parti birthday I. Ish tak tahu lagilah. Tak boleh confirm lagik. Kata Murni, seolaholah dia memang sibuk pada malam hujung minggu ini. Alah, datanglah! Pujuk Irwan dengan suaranya yang mendayu-dayu itu. Dia berdiri semakin rapat ke meja Murni Satu kelas I jemput. Tak kan lah you sorang saja yang tak datang? Nak datang tu boleh, sebenarnya. Tapi boleh saya bawak kawan saya sekali? Saya tak ada transport sendiri. Tanya Murni. "Boleh apa salahnya. Nak bawak kawan satu bas pun tak apa. I tak kisah, asalkan you dapat datang. Tapi jangan lupa suruh mereka tu semua bawa hadiah untuk I! Irwan mengingatkan dengan nada yang nakal. You pakai jam baru ke? Sampuk Ana. Tahu sahaja jika ada perkara baru di dalam diri Irwan. Kerana dia sudah lama minat benar dengan Irwan. Sejak dari tingkatan satu lagi! Yup jam baru. Jawab jejaka idamannya itu dengan pasti. Semalam uncle I hadiahkan jam ini kepada I. Hadiah harijadi I. Memang cantik jam Swatch you ni. Ana sengaja memuji-mujinya. Jam ini baru sahaja dibelinya di Sydney. Olympics Limited Edition Swatch. Hanya boleh dibeli di sana sahaja. Jelas Irwan dengan penuh bangga. Kemudian dia menoleh ke arah Murni. Murni, jangan tak datang pulak ke parti I tu nanti. Parti I tu bermula pukul lapan malam. Tapi datang siang-siang ler Irwan berjalan sambil tersenyum kambing. Dia berjalan kembali di tempat duduknya. Murni memasukkan kad jemputannya ke dalam buku text kimianya. Ana pula dilihatnya sedang memegang kad jemputannya itu dekat ke dadanya sambil matanya termenung memikirkan sesuatu. Pasti dia sedang memikirkan tentang pakaian yang perlu di pakainya pada hari sambutan harijadi jejaka idamannya itu nanti!

62

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

*** Pada petang hari jumaat, Murni dan Nazri telah pergi bersiar-siar di Lot 10. Kata Murni kepada Nazri, dia mahu ke Isetan untuk membeli baju baru. Nazri mengikut sahaja. Awak nak beli baju ni tergesa-gesa kenapa? Tak boleh tunggu esok? Tanya Nazri di dalam Isetan. Esok parti harijadi Irwan. Dia jemput kita berdua ke sana. Jelas Murni. Awak pergi sorang je lah. Ujar Nazri dengan hambar. Dia sempat menjeling Murni seolah-olah dia langsung tidak bersetuju dengan kemahuan Murni ini ke parti Irwan. Alah, kita pergi bersama lah! Pujuk Murni dengan penuh harapan. Tak nak lah. Tegas Nazri. Alah, bolehlah. Kita pergi sekejap sahaja. Pinta Murni bertalu-talu. Kita ke sana tunjukkan muka kita saja. Lepas tu kita balik. Saya tak suka dengan Irwan. Awak tahu kan? Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya: Perasaan bencinya terhadap Irwan. Kalau awak tak pergi nanti saya terpaksa pergi sorang pulak. Sebab saya dah janji. Murni membuat suara sedih. Oh, awak memang dah bertekad nak pergi lah ni? Kalau saya tak mahu awak pergi pun, awak nak pergi juga? Suara Nazri penuh cemburu. Okay kalau awak tak nak saya pergi. Tak apa. Saya tak akan pergi. Suara Murni seperti mahu merajuk. Nazri mengeluh. Kemudian dia mengambil keputusan muktamad: Okaylah saya akan temankan awak. Tapi sekejap sahaja tau! Murni tersenyum puas sambil membelek-belek baju jenama MNG di hadapannya. Dia berkenan benar dengan baju tersebut. Keciknya baju. Tak cukup kain ke? Tegur Nazri, walaupun dia tahu bahawa baju tersebut sesuai benar dengan tubuh Murni yang agak cantik itu. Alah fashion. Sambut Murni memberi alasan. Tapi mahal lah. Murni meletakkan baju itu kembali ke tempat asalnya. Pada waktu itu Murni dapat melihat bahawa Nazri kelihatan agak terganggu. Dia menoleh ke arah seorang lelaki yang baru masuk ke dalam bahagian paling bawah gedung membeli-belah Isetan. Tunggu sekejap. Pinta Nazri. Dia kemudian bergegas berjalan mendapatkan lelaki tersebut. Lelaki tersebut berada jauh dari Murni, tetapi Murni dapat melihat dari raut wajahnya dia kelihatan sedikit terkejut tatkala terserempak dengan Nazri. Kemudian dia tersenyum lebar sambil berbual dengan Nazri. Murni sendiri merasakan bahawa dia seperti pernah melihat kelibat lelaki tersebut pada kali pertama dia menemui Nazri di Dataran Merdeka dahulu. Walaupun tatkala itu, lelaki tersebut sedang memandu kereta BMW hitamnya, dia masih boleh mengingati kelibatnya. Murni cuba memerhatikan kepada lelaki tersebut walaupun kini dia sedang membelakanginya. Sehingga kini Murni masih tidak dapat memerhatikan wajah lelaki itu dengan lebih jelas. Dari jauh Murni dapat melihat Nazri sedang berbual dengan lebih mesra dengan lelaki tersebut. Beberapa detik kemudian, lelaki itu telah

63

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

mengeluarkan dompetnya lalu menyerahkan sejumlah wang kepada Nazri. Nazri telah menolak pemberian wang dari lelaki tersebut. Tetapi lelaki itu telah memasukkan wang pemberiannya itu ke dalam kocek kemeja Nazri. Kemudian dia menepuk-nepuk bahu Nazri sebelum dia jalan ke arah tingkat pertama Isetan. Siapa tu? Tanya Murni kepada Nazri sebaik sahaja Nazri berjalan kembali ke arahnya. Emm bapa saya. Jawab Nazri teragak-agak. Oh. Getus Murni ringkas. Di dalam hatinya dia memikirkan tentang bapa kandung Nazri yang pernah disebut oleh Mubin. Seorang pemain bolasepak yang terkenal pada awal tahun 80-an dulu. Yang dikatakan setanding dengan Mokhtar Dahari dan Santokh Singh. "Bapa kandung saya." Jelas Nazri lagi. Kini dengan suara yang lebih pasti. Kenapa tak kenalkan dia kepada saya? Tanya Murni sedikit kecil hati dengan sikap Nazri tadi. Di sibuk sibuk sangat tu! Jelas Nazri. Lain sahajalah, okay? Jam baru ke ni? Tanya Murni yang baru sahaja sedar tentang jam yang sedang dipakai Nazri pada waktu itu. Macam pernah nampak saja jam ni. Ya, jam baru. Nazri menutup muka jam tersebut. Dia mula rasa tidak selesa. disoal jawab oleh Murni. Murni mewarisi perangai bapanya yang suka bersoal jawab untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang diri seseorang. Abangnya Mubin pula lebih cenderung kepada perangai ibunya yang lebih senang berdiam diri. Irwan pun ada jam yang sama. Dia kata jam ni tak boleh dibeli di sini. Beritahu Murni. Alah, memandailah dia tu buat cerita. Cas bagus. Pirahh. Nazri merungut-rungut. Memang pun. Setuju Murni. Awak nak beli baju ni kan? Nazri mengeluarkan duitnya dari dalam kocek kemejanya lalu diserahkan dua keping wang lima puluh ringgit kepada Murni. Eh, tak payahlah! Murni menolak pemberian Nazri. Tak apa Ikhlas dari saya ni! Tegas Nazri. Tak mahulah. Kita cari baju yang murah sikit. Bukannya mak saya tak bagi duit. Cuma perlu cari yang lebih murah saja. Baju Seed murah sikit dan designnya pun cantik! Tapi tak secantik MNG kan? Tanya Nazri yang telah lama tahu bahawa inilah jenama kegemaran Murni. "Seed tu jinjang sangat lah. Nanti awak nampak macam Ah-lian pulak." Tapi tu kan duit awak-- Saya banyak duit. Awak sendiri tahu saya banyak duit kan? Kata Nazri. Nadanya langsung tidak kedenganrannya seperti berlagak, tetapi hanya menyatakan kebenaran tentang keadaan dirinya yang tidak pernah kekurangan wang itu. Beginilah kita bergaduh pun tak guna. Kalau awak tak terima duit saya ni dan beli baju tu, saya tak akan ke parti Irwan. Murni mengeluh dan akhirnya terpaksa bersetuju. Nazri tersenyum puas. Pada hari itu adalah hari terakhir Murni melihat Nazri memakai jam

64

Aku. Rama-rama Swatch barunya itu **

Nizam Zakaria

Acapkali Nazri telah memberitahu kepada Murni bahawa dia tahu di mana letaknya rumah Irwan itu. Jalan Setiakasih 1 merupakan kawasan yang sering dijelajahinya. Katanya, seorang kawan di sekolah rendahnya dahulu duduk di sini. Dari jauh lagi Murni sudah dapat meneka di mana letaknya rumah Irwan, kerana di sana terdapat beberapa orang pelajar dari sekolahnya yang sedang berlegar-legar di luar rumah Irwan. Nazri dan Murni telah tiba pada pukul 8.30 malam. Setengah jam lebih lewat dari masa yang telah ditetapkan Rumah Irwan nampaknya sibuk. Gamat dengan para pengunjung yang datang. Kawasan di dalam rumah terang benderang dan sememangnya nampak seperti ada parti keramaian di dalamnya.Murni masuk ke dalam rumah Irwan bersama Nazri. Dia mendapati di tengah-tengah rumah Irwan ada diletakkan sebuah meja yang penuh dengan juadah yang ada. Sebuah kek yang telah dibahagi-bahagikan pun ada juga. Hadiah harijadi yang terkumpul di atas meja yang sama juga banyak. Murni telah meletakkan hadian pemberiannya di situ. You datang lambatlah! Kalau tak you boleh tengok birthday boy potong kek! Rungut Ana di belakang Murni. Eh, Ana ke ni? Toleh Murni lalu menanyai soalan tadi sekali lagi seperti tidak percaya. Dia tidak percaya bahawa gadis yang sedang berdiri di hadapannya kini adalah Ana kerana Ana yang hanya dikenalinya disebalik tudung kini sedang memakai baju T ketat bersama skirt pendek yang langsung melekat ke punggungnya. Rambutnya juga sedikit keperangan dan telah dipotongnya pendek. Make-upnya tebal. Barulah kini Murni kenal dengan diri Ana yang sebenarnya Ye lah, siapa lagi kalau bukan I? Ana memegang tangan Murni lalu memujinya. You pun nampak cantik malam ni! Ana menarik Murni ke bahagian belakang rumah. Dia sengaja membawa Murni berjumpa dengan Irwan. Hello Murni! Ucap Irwan sambil tersenyum. Rakan-rakannya yang paling rapat seperti Fazli dan Michael ada bersama-samanya. I ingatkan you tak datang. Risau I tau! Selamat hari jadi. Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Murni. Dia menoleh ke arah Nazri yang kelihatan seperti rusa masuk kampung. Fazli, Michael dan beberapa orang rakan mereka yang lain kini meninggalkan Irwan. Mereka hilang entah ke mana, seolah-olah mengikut skrip yang telah disediakan untuk mereka. You nak makan barbeque ayam ataupun daging? Tanya Irwan kepada Murni, langsung dia tidak mengendahkan Nazri. Dia nampaknya sedang sibuk menolong pembantu rumah Indonesianya memasak barbeque di belakang rumahnya itu. Tak apalah. I cant stay for long. Kata Murni memberi alasan. Lagipun dia telah berjanji kepada Nazri bahawa dia tidak akan mengambil masa lebih limabelas minit di rumah Irwan. Alah, stay lama sikit lah! Lagipun, hari ini kan harijadi I! Irwan

65

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

mengingatkan. Aha, Murni. Stay lama sikitlah. Pinta Ana pula. Eh, Murni! Murni ke tu? Jerit seorang gadis dari dalam rumah. Eh, kak Daria! Murni tampak sedikit ceria. You kenal dengan sepupu I ke? Tanya Irwan. Dia tersenyum puas. Kenal Dari senior saya dulu. Murni menjelaskan. Dia memang rapat dengan Daria tatkala dia menuntut di Pulau Pinang. I senior dia di kelab Pencipta Alam Convent Lighthouse. Ujar Daria yang berusia dua tahun lebih tua darinya itu. Akak buat apa di KL? Usul Murni yang telah lama terputus hubungan dengan Daria. I study di KL di HELP Institute buat course American Degree Program di sana. Jawab Daria dengan nada ceria. I sekarang duduk dengan father I di KL. Bila akak akan bertolak ke US? Tahun depan kalau tidak ada apa-apa halangan kalau ekonomi dan pulih sedikit. Jawab Daria sambil menjemput Murni masuk ke dalam rumah. Cuaca terlalu panas di luar, katanya. Murni memimpin tangan Nazri. Seolah-olah mengheret Nazri supaya mengikutnya masuk ke dalam rumah. Murni mendapati suasana di dalam rumah Irwan gegak-gempita. Muzik tekno yang berkumandang dari corong speaker hampir-hampir memekakkan telinganya. Terdapat terlalu ramai pengunjung yang berkumpul di dalam rumah. Ada di antara mereka yang dilihatnya sedang menari-nari di sebuah sudut di rumah itu. Dengan penuh yakin, Daria telah menyuruh beberapa orang anak gadis yang sedang duduk berkumpul di atas sebuah sofa supaya beredar. Dia mengeluarkan perintah seperti seorang ratu, lagaknya. Yang anehnya, anakanak gadis itu mendengar pula arahannya tadi! Duduklah! Jemput Daria sambil menepuk-nepuk tempat duduk kosong disebelahnya. Sebelah you ni siapa? Katanya kemudian sambil memandang ke arah Nazri. Murni tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalah Daria tadi. Kerana selama ini dia telah menganggap Nazri sebagai kawannya yang paling rapat. Persoalan untuk menjadikan Nazri sebagai teman istimewanya atau boyfriendnya tidak pernah timbul. Malah, persoalan untuk menjadikan sesiapapun sebagai kekasihnya langsung tidak terlintas di dalam hatinya. Aha dia boyfriend saya. Nama dia Nazri. Murni menjawab soalan dari Daria tadi sambil tersenyum nakal kepada Nazri. Nazri nampak kaku. Dia diam melulu apabila Daria bersalaman dengannya. Nazri, you budak U atau budak private college? Tanya Daria. Well, let me guess you budak Kolej Damansara Utama Kan? Nazri tidak menjawab soalan dari Daria tadi. Kerana Murni cepat-cepat memberikan jawapan bagi pihaknya: Dia satu sekolah dengan saya. Oh ye ke? Ujar Daria dengan nada terkejut. Kerana fikirnya Nazri lebih tua dari dirinya. Hensem boyfriend you, Murni! Daria memuji Murni kemudian. Dia sesekali menjeling ke arah Nazri. Dia memang tertarik dengan Nazri.

66

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Murni tersenyum-senyum sambil menutup mulutnya. Oh ya, abang you yang hensem tu dah balik dari US ke? Tanya Daria. Dah baru jer balik. Dah dapat kerja pun. Balas Murni. Dia tahu bahawa Daria pernah tergila-gilakan abangnya itu tatkala dia di Pulau Pinang dahulu. Pernah dia melihat Daria menangis-nangis apabila dia mendapat tahu Mubin akan ke AS untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Kirim salam kat abang Mubin ya? Cakap Daria yang kirim salam. Mesti dia ingat kat I lagi. Sebab dia tahu I suka kat dia ini nombor handphone I. Suruh dia call I, okay? Daria mengeluarkan pen dan kertas dari dalam beg tangannya lalu diserahkannya kepada Murni. Daria menghela nafasnya dengan panjang sambil memikirkan tentang diri Mubin yang masih digila-gilakannya sehingga kini. Mesti dia semakin hensem kan sekarang ni? Tanya Daria kepada Murni. Boleh tahan, kot. Murni mengeluarkan gambar kecil Mubin yang selalu dibawanya di dalam dompetnya. Dia menyerahkan gambar tersebut kepada Daria. Eh, hensemnya! Getus Daria sambil tangannya memegang dadanya. Dia hampir-hampir tidak boleh bernafas melihat gambar yang baru diterimanya tadi. Dia mendapati wajah Mubin semakin kacak dari kali terakhir dia melihatnya dahulu. Jika Mubin yang pernah dikenalinya dahulu bertubuh tinggi lampai. Kini dia kelihatan lebih berisi. Gambar ini telah diambil di Boston. Di hadapan kawasan kampus Boston University. Murni menjelaskan. Di belakangnya itu papan iklan Citgo. I pernah nampak papan iklan ni di dalam Ally McBeal! Kata Daria. Dia meraba-raba lehernya pula. You nak tengok gambar I bercuti dengan keluarga Irwan di London tak? Tanya Daria dengan penuh ceria. Boleh jugak! Ujar Murni. Dia dapat mendengar suara Nazri berdecit di belakangnya. Daria berjalan ke arah rak buku di sebuah sudut di rumah Irwan untuk mengeluarkan album percutian keluarga Irwan bersama keluarganya pada musim cuti yang lepas. Ini gambar keluarga I sewaktu kami sedang bersiar-siar di West End. Ujar Daria sewaktu dia menyelak album tersebut. Ini gambar abang I yang belajar di Reading tu. Sebelah dia pulak, pak long I, bapa kepada si Irwan tu. Di sebelah pak long I tu pulak Father I. Murni memandang ke arah wajah bapa Daria. Dia mendapati wajahnya seperti yang pernah dilihat olehnya sebelum ini. Murni menoleh ke arah Nazri. Dia mendapati Nazri saling berpandangan dengannya sebelum dia bersuara: Saya tunggu awak di luar okay? Tempat saya letak skuter saya tadi. Pening saya duduk lama-lama di sini. Okay, ujar Murni dengan perlahan sambil memerhatikan Nazri berjalan ke luar rumah. Bapak akak muka dia macam pernah saya nampak! Kata Murni kepada Daria. Sebelum ini dia telah diberitahu oleh Daria (tatkala dia di Pulau Pinang) bahawa bapanya itu telah lama bercerai dengan ibunya, dan bapanya itu telah lama berpindah ke Kuala Lumpur sejak dia bercerai dengan ibunya.

67

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Lah memang lah. Father I kan ahli korporat yang terkenal. Muka dia selalu masuk TV dan surat khabar. Akhir-akhir ni pun dia aktif berpolitik. Orang kuat Pemuda UMNO! Daria menjelaskan dengan bersungguhsungguh. You pernah nampak dia di TV, kot! Sebab I tak ingat pernah bawak dia jumpa you sebelum ini. Agaknya lah tu. Ujar Murni, walaupun di dalam hatinya dia yakin bahawa kelibat ayah Daria hampir-hampir serupa dengan kelibat ayah Nazri. Mungkin pelanduk dua serupa, fikir Murni di dalam hati. Belum sempat Murni dan Daria habis membelek-belek album percutian keluarga Irwan itu, tiba-tiba Ana datang bergegas mendapatkan Murni. Si Nazri tu tengah bergaduh di depan rumah! Katanya tercungapcungap. Muka Murni tiba-tiba berubah pucat. Dia terus bergegas ke hadapan rumah. Beberapa orang sudah mula berkumpul di sekeliling Nazri dan motornya. Nazri nampaknya sedang bertengkar dengan Fazli dan beberapa orang rakannya yang lain. Michael, kawannya itu pula mungkin telah ditumbuk oleh Nazri kerana dia sedang memegang perutnya dengan wajahnya menunjukkan dia sedang menahan rasa sakit yang amat sangat. Kenapa ni Nazri? Tanya Murni ingin tahu. Mereka telah rosakkan motor saya! Adu Nazri yang tengah marah itu. Aku rasa motor kau memang dah lama rosak! Sampuk Irwan. Dia tersengih-sengih puas. Motor aku tak rosak. Kalau rosak macam mana aku boleh ke sini? Tanya Nazri dengan suaranya yang semakin meninggi. Thats not my problem, okay? Kata Irwan. Kenapa kau pukul kawankawan aku depan rumah aku ni? Kau jangan tunjuk lagak di sini. Kau ingat kau siapa? Irwan melawan dengan suara yang tinggi juga. Nazri nampak bengis. Dia mula mendekati Irwan. Dadanya bertemu dada Irwan. Dia hanya menunggu Irwan mencabarnya untuk bergaduh dengannya. Aku tahu kau siapa aku dah tahu apa yang kau dah buat selama ini... Kata Irwan. Wajahnya penuh jijik memandang Nazri. Nazri tiba-tiba tertunduk lemah. Dia mengalah dengan sendirinya. Dengan geram Irwan telah menyebak motor Nazri sehingga jatuh. Kemudian dengan penuh marah dia terus mendapatkan Nazri lalu memukulnya bertubi-tubi. Nazri langsung tidak melawan kembali. Dibiarkan sahaja Irwan memukulnya seperti anak patung. Dibiarkan dirinya disepak terajang dengan begitu kuat oleh ketua pasukan Tae Kwan Do sekolahnya itu. Perkara yang tidak diduga ini telah berlaku secepat kilat di hadapan Murni. Dia hampir-hampir panik. Tidak tahu apa yang boleh dilakukannya kecuali melihat Nazri terus dipukul Irwan. Berkali-kali dia menjerit supaya Irwan berhenti, tetapi Irwan terus memukul Nazri sehingga Nazri tersungkur di atas lantai. Selepas puas melihat Nazri dibelasah teruk olehnya. Irwan ketawa berdekah-dekah. Kemudian dia berkata: Dah lah tidak ada apa lagi yang boleh di lihat di sini. Jom kita masuk ke dalam. Wajah Irwan terukir rasa kepuasan yang amat. Ana yang sedang

68

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

berdiri di sebelahnya dipeluknya sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Mereka yang sedang memerhatikan pergaduhan ini sejak tadi mula bersurai dan masuk ke dalam rumah, seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku sebentar tadi. Are you okay, Murni? Tanya Daria. Kini hanya tinggal dia, Murni dan Nazri sahaja di hadapan rumah. You nak balik ke? Saya nak balik, kak. Murni mahu menangis. Tapi ditahannya sahaja rasa mahu menangisnya itu. Murni menolong Nazri berdiri You nak I hantar you pulang? Tak apa kak, saya balik dengan Nazri. Murni mengesat darah yang keluar dari hidung Nazri dengan kertas tissu yang dibawanya bersama. Di dapatinya, muka Nazri lebam-lebam. Betul ni? Daria meminta kepastian. Murni mengangguk sekali. Dia mengeluh lesu. Dia menolong Nazri menongkatkan kembali motornya yang jatuh tadi. "Teruk perangai si Irwan tu..." Kata Daria sambil berpeluk tubuh. "He's a spoilt brat!" "Entahlah kak... saya pun tak tahu nak cakap apa." Ujar Murni. Dia menggosok-gosok matanya yang mula berair itu. "You betul tak nak I hantar you pulang?" Tanya Daria meminta kepastian. Murni mengangguk lemah. Dia bersalaman dengan Daria lalu meminta dirinya untuk mengekori Nazri keluar dari rumah Irwan. Jangan lupa kirim salam kepada abang Mubin. Jangan lupa bagi nombor handphone I kepada dia. Pesan Daria sebelum dia melambaikan tangannya kepada Murni lalu terus masuk ke dalam rumah dengan langkah teragak-agak. Nazri cuba menghidupkan enjin motornya di luar rumah Irwan. Langsung tak bergerak. Dia kembali menyorong motornya keluar dari kawasan Setiakasih 1. Kenapa tak lawan si Irwan tu? Tanya Murni. Dia berjalan seiringan dengan Nazri. Nazri tidak menjawab. Walaupun jauh di dalam hatinya, dia tahu bahawa dia boleh melawan Irwan. Tetapi dia mempunyai sebab-sebabnya sendiri mengapa dia telah mengambil keputusan untuk melawan Irwan tadi. Nazri telah menyorong motornya ke arah Medan Damansara. Dia mencari pondok telefon yang terdekat lalu pergi menelefon Azman. Dia juga telah mengarahkan Murni supaya menelefon Mubin. Kerana katanya, motornya yang rosak itu tidak mungkin boleh membawa Murni pulang ke rumahnya pada malam itu...

69

Aku. Rama-rama Bab 11

Nizam Zakaria

Kita selalunya akan tertarik kepada rama-rama yang kita rasa unik di dalam pandangan kita. Mungkin kita akan tertarik kepada rama-rama ini, kerana ia mempunyai corak yang cantik atau kepak yang luar biasa bentuknya. Yang pasti, selera pengumpul rama-rama berbeza mengikut citarasa pengumpulnya. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Dari rumahnya yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail itu, Mubin telah tergesagesa memandu ke arah Bukit Damansara. Setibanya di Medan Damansara, dia terus mencari pondok telefon yang telah dimaksudkan oleh Murni. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak kelibat adiknya yang sedang berdiri di sebelah Nazri sambil berbual-bual kosong. Mubin memberhentikan keretanya di hadapan pondok telefon. Dia cepat-cepat keluar dari kereta lalu terus pergi mendapatkan Murni. Apa dah jadi? Tanya Mubin kepada Nazri. Dia dapat melihat baju Nazri yang koyak dan bibirnya yang pecah kerana telah ditumbuk. Gaduhlah, apa lagik. Jawab Murni bagi pihak Nazri. Suaranya seolah melaporkan satu kejadian yang malang telah berlaku kepada dirinya sendiri. Kau okay tak? Tanya Mubin kepada Nazri. Suaranya penuh prihatin. Dia mmgang bahu Nazri. Kalau kau nak, aku boleh tolong hantar balik. Tak apa. Nanti abang Man tolong betulkan motor saya ni. Sekejap lagi sampai lah dia. Ujar Nazri. Sesekali dia akan menjilat luka di bibirnya. Siapa abang Man? Abang kau? Tanya Mubin ingin tahu. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah motorsikal Nazri yang telah dirosakkan oleh Irwan dan kawan-kawannya tadi. Bukan abang saya tapi kawan. Kawan baik saya. Jawab Nazri. Dia memandang ke langit. Ke arah bulan yang sedang mengambang penuh. Kita temankan Nazri sampai abang Man sampai, ya? Sebut Murni. Dia berdiri dekat kepada Nazri. Tentulah tak kanlah kita nak tinggalkan Nazri ni seorang. Ujar Mubin sambil memandang ke arah Nazri. Dia tersenyum kepada Nazri. Senyumannya penuh dengan rasa simpati. Nazri tidak membalas senyumannnya itu. Bibirnya terlalu sakit untuk mengukir sebentuk senyuman. Tak payah tunggu kejap nanti, sampailah dia. Beritahu Nazri. Tak apa. Kita tunggu. Ujar Mubin sekali. Lalu dia menggeliat. Dia kemudian masuk ke dalam keretanya untuk mengeluarkan sebuah kotak tissu. Dia menyerahkan beberapa helai kertas tissu kepada Nazri lalu menyuruhnya mengelap kesan-kesan darah di bawah hidungnya. Murni dah Nazri saling berpandangan. Murni menolong Nazri mengelap kesan darah pada mukanya itu. Kemudian Murni meneruskan perbualan kosongnya bersama Nazri. Murni rasa menyesal kerana telah pergi ke majlis harijadi Irwan pada malam itu sehingga berlaku perkara ini kepada Nazri. Acapkali dia meminta maaf kepada Nazri. Dan acapkali juga Nazri memberitahu kepada Murni supaya jangan menyalahkan dirinya seperti itu. Mubin memandang ke arah skuter Nazri. Kalau dia pandai

70

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

membetulkannya, mungkin sudah lama dia menolongnya. Tapi dia langsung tidak tahu menahu tentang hal motosikal mahupun tentang kereta sendiri. Selang sepuluh minit kemudian, sebuah Kereta pacuan empat roda Ford Ranger berwarna biru membunyikan hon, lalu berhenti berdekatan dengan tempat mereka. Dengung bunyi hon Ford Ranger tersebut memecah kesunyian malam di Bukit Damansara. Hah! Tu pun kereta abang Man! Tempelak Nazri. Dia terus berjalan ke arah terak kecil Azman. Dia mengutarakan sesuatu kepada Azman. Murni pernah jumpa dengan abang Man ni? Tanya Mubin. Murni menggeleng-gelengkan kepalanya. Mubin memandang ke arah Azman yang sedang berdiri di sebelah kereta pacuan empat rodanya. Dia sedang mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia memeluk tubuhnya di hadapan Nazri sambil mendengar penjelasan dari Nazri. Mubin dapati, Azman memang manis orangnya. Umurnya mungkin sudah menjangkau hampir empat puluh tahun. Orangnya tinggi. Berkulit kuning langsat. Bermisai tebal dan dia juga mempunyai janggut yang telah dijaganya dengan rapi. Wajahnya iras-iras M Nasir, tetapi Azman kelihatan lebih segak dan jauh lebih kacak dari penyanyi yang terkenal itu. Kini Azman berjalan ke arahnya dan Murni. Ni, Murni dan abangnya Mubin. Nazri memperkenalkan mereka kepada Azman. Azman berjabat tangan dengan Mubin. Genggaman Azman kuat. Dia merenung ke dalam mata Mubin. Azman memandang jauh ke dalam mata Mubin. Dia dapat merasakan sesuatu yang istimewa yang ada di dalam diri Mubin. Sesuatu yang begitu asing baginya. Mata Mubin, rambutnya yang ikal dan beralun itu, kulitnya yang putih bersih dan gerak-geri tubuhnya tatkala berjalan ke arahnya tadi, semuanya seolah-olah menarik perhatiannya Mubin hanya mampu tersenyum. Dia berpaling ke arah lain apabila dia direnung dengan satu renungan yang tajam oleh Azman. Kamu berdua baik balik dahulu. Dah lewat sangat ni. Tak ada apa-apa yang boleh kamu lakukan di sini. Ujar Azman sambil meraba-raba janggutnya. Tapi motor Nazri-- Tak apa, abang boleh betulkan. Azman memintas kata-kata Murni. Jom kita balik, Mubin memegang bahu Murni. Murni kelihatan keberatan mengikut ajakan abangnya. Nazri... Bila semuanya dah okay call saya tau! Jangan lupa. Pesan Murni. Wajahnya risau memikirkan bahawa dia terpaksa meninggalkan Nazri di situ dengan Azman. Nazri menganggukkan kepalanya. Lalu dia menunjukkan kepada Azman kerosakkan pada motornya. Sekali lagi Azman menggelenggelengkan kepalanya. Murni masuk ke dalam kereta. Dia mengeluh. Matanya tidak berkelip memandang ke arah Nazri yang cuba menolong Azman membetulkan motosikalnya. Mubin menghidupkan engin keretanya lalu meninggalkan kawasan

71

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

sunyi di Bukit Damansara itu. Hensem abang Man tu. Ujar Mubin kepada Murni. Dia tersenyumsenyum nakal. Murni tidak menjawab. Matanya kosong memandang ke bahagian luar kereta. Tangannya mengelap pipinya yang mula basahi dengan air matanya itu. Mubin pula, sepanjang masa dia memandu, langsung tidak dapat melupakan bayangan Azman yang mula menghantui jiwanya itu. *** Pada malam itu, Nazri telah menelefon Murni. Dia memberitahu kepadanya bahawa pada malam itu dia akan bermalam di rumah Azman yang terletak di Taman Bahagia, Petaling Jaya. Dah beritahu kat mak bapak awak tak? Tanya Murni. Dah dan diorang tak kisah. Lagipun saya selalu lepas di sini. Bajubaju saya pun ada kat sini. Jelas Nazri. Dia berhenti untuk menarik nafasnya sebelum bersambung. Tak kan lah nak balik dengan muka bengkak-bengkak macam ni. Tapi tak kan lah esok tiba-tiba baik bengkak tu. Bila saya balik esok, saya beritahu saya jatuh. Kenapa tak beritahu saja yang Irwan pukul awak tadi. Kan bagus. Alah, saya tak mahu besarkan perkara yang kecil. Lagipun Lagipun apa? Deria pendengaran Murni tajam. Walaupun dia sedang berbual melalui corong telefon, dia seolah-olah dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh Nazri kepadanya. Mak bapak saya kenal benar dengan keluarga Irwan. Jelas Nazri teragak-agak. Ye ke? Sebenarnya dulu Irwan selalu datang ke rumah saya. Saya pun selalu datang ke rumah Irwan. Sebab itulah saya tahu kawasan rumahnya itu. Dia kenal benar dengan saya. Tapi kenapa masa di sekolah dia buat tak kenal. Dia memang macam tu. Nazri menarik nafasnya sebelum bersambung. Dia dah banyak berubah. Dulu dia memang baik. Murni berdecit. Banyak rupa-rupanya perkara yang tidak diketahuinya tentang Nazri. Murni Abang Man jemput abang awak pergi ke rumahnya esok. Eh ye ke? Tapi kenapa? Entahlah. Saya banyak ceritakan tentang dirinya kepada abang Man. Mungkin sebab itu kot. Okay nanti saya beritahu kat abang Mubin. Murni berkata yakin. Kalau macam tu baguslah. Awak datang dengan abang Mubin. Lepas tu kita keluar ke KLCC. Nak tak? Okay jugak! Kata Murni gembira. Murni cepat-cepat mengambil pen sebaik sahaja Nazri menyebut alamat rumah Azman. Pukul 1 tengahari, okay? Ketara benar dari suara Nazri dia begitu beria-ia ingin membawa Murni keluar pada esok hari. Okay sambut Murni dengan suara penuh bahagia.

72

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

*** So kau nak temankan aku ke rumah Azman? Tanya Majid kepada Mubin. Dia bercekak pinggang di hadapan sepupunya itu. Please bolehlah! Pinta Mubin. Mukanya dicorakkan seperti seorang anak manja sedang meminta gula-gula dari orang tuanya. Hensem sangat ke Azman ni? Majid tidak percaya bahawa dia telah dipaksa bangun pada pagi itu semata-mata kerana telah diminta oleh Mubin supaya menemaninya ke rumah Azman. Matanya masih layu kerana dia telah pulang ke kondominiumnya pada pukul 5 pagi tadi setelah semalaman menari di Blue Boy. Kan aku dah cakap tadi! Hensem! Jawab Mubin bersungguhsungguh. Dia menuangkan secawan kopi untuk diberikan kepada Majid. Alah, kau punya hensem tu bukannya boleh percaya sangat. Ujar Majid memerlinya. "Kau tengok saja si Faizal tu... muka cam tu kau kata hensem?" "Ada aku kata si Faizal tu hensem?" Majid menjeling. Dia sendiri tahu jawapannya. Dah siap ke belum? Jerit Mubin ke tingkat atas memanggil adiknya supaya cepat bersiap. Murni turun ke bawah. Tersenyum-senyum. Dia mengenakan jam tangannya. Hah tak habis-habis berdating. Tu je lah kau tahu. Tegur Majid. Alah jeles. Murni menjeling sepupunya itu. "Eh, tak perlulah kita nak jeles-jeles nih!" Sambut Majid dengan cepat. Mubin telah memastikan bahawa dia tidak akan tiba lambat ke rumah Azman. Kebetulan, Majid memang biasa dengan kawasan Taman Bahagia, jadi dia langsung tidak mengalami masalah untuk ke rumah Azman. Azman duduk di sebuah rumah teres yang telah dijaga rapi dan bersih. Banyak pokok yang telah di tanam di kawasan taman di hadapan rumahnya itu. Masuklah, jemput Azman dari dalam. Dia berdiri di hadapan pintu. Nazri nampaknya masih sibuk membetulkan motornya. Kenapa? Masih tak boleh jalan lagi? Tanya Mubin kepada Nazri. Boleh tapi kena tunggu sekejap. Abang Man baru beli spare part baru untuk gantikan yang rosak semalam. Dia nak pasangkan kejap nanti. Beritahu Nazri. Dia tersenyum ke arah Murni. Kamu semua masuk dalam dulu. Aku dah sediakan air di dalam. Jemput Azman sekali lagi. Air dan makanan ringan sememangnya telah tersedia di atas meja di ruang tamu. Ini pulak siapa abang Mubin? Tanya Nazri. Dia memandang ke arah Majid. Sebelum ini dia pernah berjumpa dengan Majid. Dan dia sendiri tahu di mana tempatnya dia menemui Majid. Tetapi dia buat-buat tak tahu. Diharapnya Majid juga lupa kepadanya atau di mana dia bersemuka dengannya dahulu. "Nih Majid... sepupu aku." Jawab Mubin ringkas. Matanya menjeling ke arah Azman. Rasa-rasanya aku pernah nampak muka kau. Sebut Azman kepada

73

Aku. Rama-rama Majid.

Nizam Zakaria

Err kat mana, ya? Tanya Majid malu-malu. Kau budak channel sayangabang, kan? Tanya Azman. Nadanya penuh kepastian. Majid mengangguk. Nick kau, Cornac! Sebut Azman tersenyum. Akhirnya dapat jugak aku jumpa Cornac yang terkenal tu. Majid nampak keliru. Dia berpandangan dengan Mubin. Kalau Azman menyatakan bahawa dia mengenalinya di channel sayangabang di IRC, sudah tentunya Azman juga seorang yang mempunyai kecenderungan sepertinya. Nick aku, abangman. Kau sudah tentunya kenal aku. Beritahu Azman sambil tersenyum mesra. Majid tersenyum lebar. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Azman. Lahhh kau abangman rupa-rupanya. Kau satu-satunya orang yang aku kenal yang membetulkan aku tentang fakta sejarah Kerajaan Pertengahan Mesir kuno. Dan di antara beberapa orang yang aku kenal yang boleh menyebutkan tema utama Candide oleh Voltaire. Azman menepuk-nepuk bahu Majid, seolah-olah mereka sudah lama berkenalan. Kemudian dia meminta dirinya untuk membetulkan motor Nazri di luar. "Kau semua masuklah dahulu ke dalam. Sekejap nanti aku masuk. Banyak yang boleh kita bualkan di dalam nanti." Katanya kemudian. Mubin dan Majid duduk di atas kerusi sofa. Manakala Murni pula di luar bersama Nazri dan Azman. Dah lama kau kenal abang Man? Tanya Mubin. Matanya sesekali akan memandang ke arah luar. Lama jugak. Dia dengan aku memang suka buat kecoh dalam channel. Aku pernah tunjukkan dia homepage aku-- Alah, dekat siapa kau tak tunjukkan homepage kau tu. Pintas Mubin. Suaranya penuh sinis. Matanya terus ke bahagian luar rumah. "Alah... saja. Promosi besar-besaranlah katakan." Sambut Majid. Laman webnya penuh dengan links kepada Amnesty International dan beberapa laman reformasi. Taste kan si Nazri tu. Brutal habis! Ujar Mubin. Mata Majid kini liar memandang ke arah Nazri. Lebih-lebih lagi pada tengahari itu Nazri sedang memakai seluar pendek, langsung menampakkan betis dan pehanya yang padat berotot itu. Sememangnya Nazri nampak brutal dan menghairahkan. Anak ikan tengah ranum, fikir Majid di dalam hati. Wei.. dia tu kawan baik adik kau lah. Lagipun dia baru jer 16 tahun. Kau tu 23 tahun. Kau ada perasan tak? Tu aku tahulah! Kau nih! Mubin menjeling ke arah Majid. Kemudian matanya terus kepada Azman yang sedang membetulkan motorsikal Nazri. Nazri tu lelaki yang aku letak dalam kategori jantancun. Jelas Majid dengan pandangannya yang mesti sistematik dan kalau boleh mesti juga bernilai saintifik. Kenapa pulak jantancun. Kan jantan tu selalunya untuk binatang dan cun tu istilah untuk perempuan atau benda-benda yang cantik. Kenapa tak lelaki hensem atau kiut, atau- Sebab lelaki macam dia tu bak binatang liar yang cantik. Seperti

74

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

seekor harimau bintang kau boleh lihat ia dari jauh, tetapi dia terlalu liar untuk kau sentuh ataupun kau jinakkan. Majid menjelaskan. Betul kata kau tu. Mubin bersetuju. Hes cute and hes straight what a waste. It's not about him being straight. Ujar Majid. Dia tak mahu meneruskan kata-katanya. Dia lebih suka berteka-teki dan berahsia. Apa maksud kau? Kau akan tahu juga akhirnya, Mubin Jawab Majid. Dia sememangnya tak mahu menjawab soalan Mubin tadi. Dia kemudian cepatcepat menukar topik. Tapi kalau nak minta pendapat aku yang ikhlas Azman tu memang hensem giler. Very der abang-abang jantan. Hensem gileerrr, wa cakap lu! Tapi dia juga terletak di dalam kategori jantancun ni. Tapi kau kata tadi, dia gay! Mubin mengharapkan gaydar Majid yang sememangnya terkenal sebagai di antara yang paling tepat di Malaysia! And your point is? Tanya Majid dengan sinis. Dia juga aku rasa terletak di dalam kategori jantancun ini--lelaki yang boleh kau amati dari jauh, tetapi sukar untuk kau jinakkan. Majid mengulangi istilahnya sekali lagi. "Boleh gituh?" Aku sebenarnya berkenan dengan abang Man tu. Mubin akhirnya mengaku. Tak guna dia bersembunyi dengan Majid. Kerana Majid pasti tahu apa yang tersirat di dalam jiwanya. Kau taste dengan dia ke? Tanya Majid meminta kepastian. Dia mencapai keropok yang telah tersedia di atas meja. Taste sangat. Jawab Mubin. Dan setahu Majid, Mubin memang suka kepada lelaki yang jauh lebih tua darinya. Dari luar Mubin dan Majid boleh mendengar bunyi motor Nazri yang nampaknya boleh hidup dengan baik. Seminit kemudian Nazri cepat-cepat masuk ke dalam rumah lalu ke tingkat atas. Dah baik pun motor Nazri tu. Ucap Murni lalu duduk di sebelah abangnya. Tangan Azman kotor dengan minyak hitam. Dia mengelapnya dengan sehelai kain sebelum dia duduk menghadap mereka bertiga. Aku panggil kau ke sini sebab semalam kita tak dapat banyak bercakap. Aku rasa tak sedap hati. Bukannya apa, nanti kau ingat aku sombong pulak. Jelas Azman. Suaranya keras dan dalam. Mubin memandang terus ke arah Azman. Dia ingin benar meneka usia sebenar Azman. Tetapi rasanya sukar, kerana wajah Azman nampak lebih muda dari usianya. Aku dengar dari Nazri, kau baru balik dari US. Soalan itu tepat ditujukan kepada Mubin. Baru saja grad. Kau study ni mana dulu? Indiana di Purdue. Study apa? Tanya Azman bertubi-tubi. IT. Aku dulu study di University of Chicago, sebelum ke University of Minnesota untuk mengambil PhD di sana. Abang ambil bidang apa? Tanya Mubin. Dari suaranya nampak sangat dia begitu berminat ingin mengetahui tentang latar belakang Azman. Aku ambil sosiologi dan kemudiannya PhD di dalam bidang

75

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

anthropologi. Sekarang abang jadi pensyarah ke? Ya di UM. Jawab Azman pendek. Okay dah siap! Jom Murni! Ujar Nazri sambil membutangkan baju corak Hawaiinya. Bang, saya pergi dulu, Ucap Murni seraya memandang ke arah Mubin. Mubin meminta dirinya secara sopan dari Azman lalu dia mengekori Murni sehingga ke kawasan luar rumah. Sebelum Murni menaiki skuter Nazri, dia telah memberi Murni sedikit wang belanja. Terukir satu senyuman yang gembira dari wajah Murni sewaktu dia mengambil wang tersebut dari Mubin. Jangan balik lambat-lambat. Pesan Mubin. Kemudian dia menutup pintu pagar rumah Azman. Llu dia berjalan kembali masuk ke dalam rumah Azman. Mubin duduk kembali di ruang tamu. Di dapatinya ruang tamu kosong. Azman ada banyak buku di dalam koleksinya. Ujar Majid dengan bersungguh-sungguh dari dalam bilik yang terletak di tingkat bawah di sebelah dapur. Dia telah di bawa oleh Azman ke dalam bilik itu sewaktu Mubin keluar mendapatkan adiknya tadi. Beberapa detik kemudian, Azman keluar dari bilik perpustakaan kecilnya untuk mendapatkan Mubin. Majid tidak mengikut Azman keluar ke ruang tamu. Dia telah mengambil keputusan untuk menelaah koleksi bukubuku Azman itu. Kini tinggal Azman dan Mubin di ruang tamu. Banyak yang aku dengar pasal kau dari Nazri. Ujar Azman. Tatkala dia berbual, matanya pasti tepat kepada Mubin. Eh, pasal apa pulak, bang? Tanya Mubin malu-malu. Alah pasal benda-benda biasalah. Setiap apa yang Murni beritahu pasal kau kepada Nazri Nazri akan beritahu kepada aku. Termasuklah pasal saya. Mubin teragak-agak mahu meneruskan kata-katanya. Termasuk apa? Yang saya nih macam Majid? Kau tak macam Majid. Dia tu pelik sikit. Kata Azman sambil ketawa kecil. Mubin menggaru-garu belakang telinganya yang tak gatal itu. Bukan itu Jadi apa maksud kau? Yang saya ni gay. Oh itu tak kot. Okay. Ujar Mubin ringkas, tersipu-sipu malu. So what if youre gay? Sebut Azman. Dari nada suaranya, Mubin tak tahu jika dia marah kepadanya atau sekadar menanyainya. Tak ada apa yang istimewa Mata Mubin kini ke arah sekumpulan gambar-gambar yang telah dibingkaikan yang telah di letakkan di sebuah meja kecil di ruang tamu. Mubin dapat melihat gambar Azman yang telah diambil bersama seorang pemuda. Boleh dikatakan kesemua gambar-gambar yang ada, pasti akan ada kelibat pemuda tersebut. Gambar-gambar berbingkai itu semuanya tebal berhabuk.

76

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Aku tak ada masa nak bersihkan rumah aku ni selalu. Ujar Azman kepada Mubin sewaktu Mubin cuba membersihkan habuk pada salah sebuah gambar yang ada. Dia mahu melihat wajah pemuda tersebut dengan jelas. Itu Mizi ex aku. Jelas Azman kemudian. Berapa umur dia? Tanya Mubin ingin tahu. Sewaktu kali pertama aku bertemu dengannya, umurnya baru masuk lapan belas. Sekarang umurnya dua puluh tujuh tahun. Lima tahun aku bersamanya. Kenapa abang berpisah dengannya. Tanya Mubin melulu. Sebab dia mahu berkahwin. Suaranya senada. Seolah-olah perkara ini langsung tidak menggangunya lagi. Macam mana abang jumpa dengan dia dulu? Kalau abang tak keberatan untuk ceritakan hal ini kepada saya. Mubin meletakkan kembali bingkai gambar ke atas meja. Aku mula-mula jumpa dia semasa dia bekerja di Hotel Perdana di Kota Bharu. Pada waktu itu pukul dua pagi. Aku lapar, aku ingatkan coffee house masih bukak. Jadi aku ke sana untuk makan. Rupa-rupanya dah tutup. Yang tinggal hanya dia sahaja. Azman memberhentikan kata-katanya untuk menarik nafasnya. Matanya kini kepada gambar-gambar yang ada di atas meja kecilnya. Kemudian kepada Mubin. Dia meneruskan ceritanya Mubin mendengar cerita dari Azman dengan penuh kusyuk. Dari mula cerita sampailah ke akhir. Dari ceritanya, dapatlah Mubin tahu betapa sayangnya Azman kepada Mizi dahulu, sebelum dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Satu keputusan yang Mubin sendiri akan ambil jika perkara yang sama berlaku ke atas dirinya. Dari cerita yang didengarnya itu juga, Mubin dapat merasakan kesedihan dan kesengsaraan yang pernah dirasakan oleh Azman. Satu kesengsaraan jiwa yang dia sendiri pernah alaminya sendiri. Satu kesengsaraan yang amat menyakitkan Mubin sesekali akan cuba merenung ke dalam mata Azman. Dia takut untuk merenung lama-lama ke dalam matanya kerana dia seolah-olah dapat merasakan segala rasa hampa, pasrah dan kecewa yang telah lama terkandung di dalam jiwanya. Azman adalah manusia penuh kecewa. Abang Man masih sayangkan Mizi lagi? Tanya Mubin dengan suara yang perlahan. Dia menoleh ke arah bilik perpustakaan Azman. Di dapatinya Majid masih mahu belum keluar dari bilik tersebut. Tidak. Jawab Azman pantas dan penuh pasti. Aku dah tidak mampu menyayangi sesiapa lagi. Mubin mengeluh. Tak kanlah sampai begitu sekali rasa kecewanya, bisik hati kecil Mubin. Mubin mula rasa bersimpati terhadap Azman. Entah mengapa, dia mula merasakan bahawa diri Azman seolah-olah begitu dekat dengan dirinya. Mungkin kerana dia merasakan bahawa dirinya senasib dengan Azman. Atau mungkin kerana dia memang tertarik dengan diri Azman. Mubin memang minat dengan lelaki seperti Azman. Dia suka kepada lelaki yang bermisai tebal dan berjanggut seperti Azman. Kalau boleh yang lebih tua darinya, tetapi masih nampak tegap dan gagah. Azman langsung mempunyai ciri-ciri lelaki yang diidamkannya selama ini.

77

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Di luar tadi saya nampak abang ada mountain bike. Abang minat berbasikal ke? Tanya Mubin. Secara tiba-tiba dia mengubah perbualan ke tajuk yang lain apabila dia mendapati Azman kelihatan agak terganggu setelah menjawab soalannya tadi. Memang aku minat. Di States dulu memang aku selalu naik basikal ke mana-mana sahaja aku pergi. Sekarang ni, hampir setiap hujung minggu aku akan meronda-ronda naik basikal aku tu. Kalau nak ikutkan, hari-hari aku nak bawak basikal tu. Tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jadi aku pergi ke gym sahaja tiap-tiap petang. Patutlah abang nampak tough. Puji Mubin. Dia tersenyum-senyum. Kau minat dengan mountain biking ni? Tanya Azman. Minat tu minat jugak tapi saya tak ada kawan yang mempunyai minat yang sama. Kalau kau nak, boleh kau jadi biking partner aku nanti. Mubin mengangguk kepalanya dengan cepat. Di rumahnya memang ada sebuah basikal yang telah dibawanya pulang dari Indiana. Tapi belum dipasangkannya semua. Dia membuat nota di dalam kepalanya supaya memasangkan kembali basikal tersebut bila dia pulang ke rumah nanti. Man, pinjam buku ni boleh tak? Tanya Majid sebaik sahaja dia keluar dari bilik perpustakaan kecil Azman. Buku apa? Apa tajuknya? Tanya Azman. Majid duduk di sebelahnya. Buku tulisan B. F. Skinner ni hah. Majid menunjukkan tajuk buku itu kepada Azman. Boleh pinjam tapi jangan lupa bagi balik. Azman memberitahu syaratnya. Mestilah lagipun aku rasa kau dengan Mubin mesti ada apa-apa ni. Aku pulak tak lama lagik, boleh ala-ala jadi kaum kerabat kau-- Ish kau nih malukan aku saja! Pintas Mubin. Mukanya merah menahan rasa malu diperli Majid. Azman tersenyum melulu. Kemudian dia bersuara: Kau ni Majid kat dalam IRC kuat melazer, kat real life pun nak lazer jugak? Biaassserlahh mak kan ratu. Mubin hanya mampu menggeleng-gelangkan kepalanya sambil tersenyum. Tatkala itu, dia dapat memerhatikan bahawa Azman sedang melihat gelagatnya dengan penuh minat ** Okay, kau kena beritahu kat aku, Ujar Majid di dalam kereta Mubin. Kau memang suka kat Azman kan? Mubin sengaja menutup mulutnya rapat-rapat. Seolah-olah ingin memberi isyarat kepada Majid bahawa dia tidak akan memberitahu sepupunya tentang isi hatinya pada ketika itu. Bukannya apa, tadi aku tengok bukan main lagi cara kau berbual dengan dia. Tukas Majid. Buku tulisan B.F. Skinner yang baru sahaja dipinjamnya dari Azman tadi diletakkannya di atas pehanya. Okay aku minat dengan dia. Puas? Mubin memang tidak boleh lama-lama berahsia dari Majid. Jika tidak, Majid akan cuba mengupas rahsia

78

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

darinya sehingga dapat, walaupun dia sudah tahu jawapannya sendiri. Wah gituh. Khelesss kau yer. Ujar Majid. Entah apa sahaja yang dimaksudkannya itu. Yeah, whatever. Sebut Mubin satu-persatu. Aku rasa dia suka kau. Kata Majid dengan pasti. Aku pun rasa begitu juga. Sokong Mubin. Aku harap dengan adanya Azman di dalam hidup kau nanti, kau akan dapat lupakan Faizal. Kenapa kau perlu sebut nama Faizal lagi? Kau kan sendiri suruh aku lupakan dia. Kau yang suruh aku jangan sebut-sebut nama dia lagi. Ucap Mubin marah-marah. Sebab semalam aku jumpa dia di BB. Dia dapat tahu aku ni sepupu kau. Entah pondan mana entah yang beritahu. Anyways, Dia-- Kenapa dengan dia? Dia tanya aku kalau kau nak balik kepada dia semula. Sebab dia kata dia masih sayangkan kau. Purleezzz. Sahut Mubin. Aku tak akan balik kepada dia. Dia ingat aku ni apa? Anak patung ke boleh buang lepas tu boleh ambik balik? Wow kau berubah dengan begitu cepat sekali. Majid kagum dengan sikap yang baru ditunjukkan oleh Mubin ini. Berubah apa pulak? Kereta Mubin membelok ke arah Pantai Dalam. Tak ada apa-apa. Cuma sebelum ini aku tengok kau macam dalam lagu Gloria Gaynor tu at first I was afraid, I was petrified. Majid cuba menyanyikan nada lagu tersebut. Tetapi dilupakannya sahaja niatnya itu kerana suaranya tidak sedap didengar tatkala menyanyi. Tapi sekarang kau dah bahagian chorus lagu I Will Survive tu pulak. Kira kau dah okay lah tu. Entahlah aku rasa macam biasa jer. Kau nak tahu kenapa aku kata kau berubah? Sebab aku nampak muka kau berseri-seri. Macam orang mula-mula dilamun cinta. You know, the first phase of falling in love. Sebelum ini muka kau aku tengok muram jer. Ye ker? Mubin melihat mukanya di cermin kereta. Dia tidak nampak perubahan yang dimaksudkan oleh Majid. Kau ni macam spedo aku jer! Tak aku serius ni! Tegas Majid. Kalau semuanya berjalan lancar maksud aku, kau dengan Azman dapat bersama. Aku suka, sebab aku suka tengok kau bersemangat macam ni. Aha, ye lah. Mubin memberhentikan keretanya di hadapan kondo Majid. Thanks, for everything, cousin. Ucapnya kemudian sambil tersenyum lebar. Majid keluar dari kereta Mubin. Dia membalas senyuman Mubin tadi. Kemudian terus dia berjalan pulang ke rumahnya. Dia begitu mengharapkan hubungan Mubin dan Azman akan terjalin, kerana seperti yang dikatakan tadi kepada Mubin, dia gembira tatkala melihat Mubin ceria Dan itulah sahaja yang diharapkannya dari hubungan Mubin dengan Azman kelak!

79

Aku. Rama-rama Bab 12

Nizam Zakaria

Perkara-perkara yang perlu kita lakukan apabila kekasih kita mahu berkahwin: 1.Jangan menangis, dan kalau boleh jangan tunjukkan sebarang emosi. Tunjukkan kepadanya bahawa kita tidak kisah dengan keputusan yang telah diambilnya itu. 2.Berhenti dari terus memanjakannya. Jika kita sering keluarkan wang untuk menampung kehidupannya, berhenti sama-sekali. 3.Buang segala barang-barang yang boleh mengingatkan kita kepada dirinya. 4.Jangan kutuk bakal isterinya. Walaupun kita sudah sedia maklum bajawa kita jauh lebih hebat dari isterinya, zahir dan batin. Lebihlebih lagi di dalam perihal batin. 5.Cari penggantinya secepat mungkin. Kalau boleh yang lebih hebat darinya. 6.Jangan salahkan diri kita sendiri kerana telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai jati diri. 7.Buat pertaruhan dengan rakan-rakan kita yang terdekat, sejauh mana dia boleh meneruskan perkahwinannya tanpa mencari jantan? Satu minggu? Satu bulan? Atau satu tahun? 8.Jangan lupa menghubungi Editor majalah Impiana tentang dekor rumah bekas kekasih kita itu setelah setahun dua dia berkahwin. Sentuhan adik-adiknya itu tidak akan hilang semata-mata dia telah berkahwin, percayalah! 9.Buat catatan tentang saiz perutnya yang semakin bertambah setelah dia berkahwin. Jangan lupa beritahu kepadanya tentang perkara ini setiap kali kita berjumpa dengannya. Seperkara yang penting, pastikan bahawa kita tetap kelihatan segak dan tampan sentiasa. 10.Jika dia mempunyai anak, jangan lupa beritahu kepadanya bahawa anaknya itu rupanya langsung sebijik seperti ibunya. Pastikan bahawa istilah ibu itu kita tujukan khas kepadanya, dan bukan kepada isterinya.

80

Aku. Rama-rama Bab 13

Nizam Zakaria

"For each man kills the thing that he loves." Azman telah menyebut mutiara kata dari Oscar Wilde ini kepada aku tatkala dia menceritakan tentang kisah perpisahannya dengan Mizi. Katanya, kita akan menjahanamkan hidup sesuatu yang kita cintai, atau sesuatu yang kita cintai itu akan menjahanamkan hidup kita. Azman kurang pasti mana yang datang dulu, tetapi apa yang dia pasti, Mizi yang telah pernah dicintainya setengah mati itu telah menjahanamkan hidupnya sama sekali. --seperti mana yang telah diceritakan kembali oleh Mubin kepada Majid tentang isi perbualannya dengan Azman di rumahnya tempohari Saat Azman membuat keputusan untuk meninggalkan Mizi adalah di antara saat-saat paling sedih di dalam hidupnya. Di kala itu, dunianya terasa bagai nak runtuh. Segala harapannya selama ini untuk hidup bahagia dengan Mizi sepanjang hayatnya langsung berkecai sama-sekali. Azman seperti orang yang hilang haluan. Hilang segala pegangan yang telah disimpannya dengan begitu utuh selama ini; bahawa cinta boleh menyejukkan dunia. Setiap kepercayaannya mengenai cinta kini telah hilang begitu sahaja! Dengan sekelip mata. Kenapa kau diam? Tanya Azman kepada Mizi sebaik sahaja mereka meninggalkan stesen keretapi Kuala Lumpur. Tak ada apa-apa, bang. Ujar Mizi yang baru sahaja pulang dari kampungnya di Pasir Mas. Kau dah berikan duit dua ribu ringgit yang mak bapak kau nak pinjam dari aku tu? Tanya Azman. Dia memandu keretanya dengan cermat. Dah bang mereka ucapkan berbanyak terima kasih kepada abang kerana ingin menolong mereka lagi. Mizi tertunduk-tunduk. Dia tidak berani menoleh ke arah Azman. Aku memang ikhlas nak menolong mereka. Aku dah anggap mereka macam mak bapak aku. Kau sendiri tahu tentang hal ini... Azman mengukir senyuman. Memang dia sering balik ke kampung Mizi sebelum ini. Dan dia memang rapat kepada kedua orang tua Mizi. Aku tahu memang susah mak bapak kau tu nak besarkan adik-adik kau yang masih sekolah tu. Mizi mengeluh sedih. Dia jarang mengeluh begitu. Terutamanya tatkala berada di hadapan Azman. Selama lima tahun Mizi bersamanya, tidak pernah Azman mendengar Mizi mengeluh begitu di hadapannya. Sebenarnya bang duit tu. Duit tu mak bapak saya nak pinjam kerana-- Kerana apa? Azman memotong kata-kata Mizi tadi dengan tenang. Azman kini membelokkan keretanya ke Lebuhraya Persekutuan. Mereka tidak gunakan duit itu untuk perbelanjaan sekolah adik-adik saya, tapi-- Tapi apa? Aku tidak kisah pasal itu semua. Duit itu aku berikan ikhlas untuk mereka. Tapi abang tak paham Tak paham apa lagi, Mizi? Tanya Azman. Apa lagi yang aku tak paham?

81

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mizi tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya lagi. Rasanya dia patut sahaja tunggu sehingga mereka pulang ke rumah mereka. Mungkin di sana, Mizi akhirnya akan menceritakan kepada Azman tentang perkara yang membuatnya gusar ini. Setibanya mereka di rumah, Azman terus memeluknya. Rindu rasanya Azman kepadanya setelah seminggu tidak menemuinya. Berulang kali Azman menyatakan rasa sayangnya kepadanya. Dia mengucup bibir Mizi puas-puas. Dia mencium pipinya... Kenapa dengan kau? Tanya Azman. Dia hairan melihatkan perangai Mizi yang aneh pada hari itu. Kerana kebiasaannya, Mizilah yang akan mengambil inisiatif untuk memeluk ciumnya dahulu. Mizilah yang akan terlebih dahulu mendakapnya lalu meminta dirinya dibelai manja oleh Azman. Tetapi hari ini lain pula jadinya. Mizi langsung kaku. Bang maafkan saya! Mizi tiba-tiba menangis. Dia tidak dapat mengawal perasaannya lagi lalu terus menangis teresak-esak. Azman keliru. Tak tahu di mana salahnya sehingga membuatkan Mizi menangis begitu. Kenapa sayang? Kenapa sayang menangis? Ujar Azman dengan lembut. Dia mengusap-ngusap rambut Mizi. Mak dan bapak saya paksa saya kahwin. Mizi akhirnya meluahkan sumber yang membuatnya sedih. Suaranya tersekat-sekat. Dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Air matanya terus mencurah-curah. Saya dipaksa kahwin dengan sepupu saya sendiri! Azman terkejut menerima berita musibah dari Mizi. Jantungnya hampir-hampir terhenti. Dia mengambil beberapa detik untuk memahami apa yang telah dinyatakan kepadanya oleh Mizi tadi. Duit yang mereka nak pinjam dari abang sebenarnya mereka mahu gunakan untuk belanja kerja kahwin saya. Sejak bila kau diberitahu tentang hal ini? Tanya Azman. Dia masih tidak boleh menerima berita yang didengarinya tadi. Berita tentang ura-ura Mizi ingin dikahwinkan oleh keluarganya memang terlalu mengejutkan. Ketika saya serahkan duit tu kepada mereka minggu lepas barulah mereka nyatakan hasrat untuk mereka gunakan duit itu untuk melihat saya berkahwin. Kau kena paksa kahwin, atau kau memang mahu berkahwin lalu tinggalkan aku? Tanya Azman meminta kepastian. Percayalah bang. Saya tidak pernah berniat untuk tinggalkan abang walau untuk sesaatpun. Saya bahagia hidup dengan abang. Saya tak pernah rasa gembira di dalam hidup saya sehinggalah abang ambil saya jadi kekasih abang parcayalah bang! Kata Mizi bersungguh-sunnguh. Dia mengesat air matanya. Tapi abang kena paham mak bapak saya paksa saya kahwin! Dan keluarga kau lebih penting dari segala-galanya. Lebih penting dari aku oh ya, dan sudah tentunya lebih penting dari kebahagiaan kau sendiri! Mizi terdiam. Sesungguhnya dia lebih mendahulukan orang tuanya sendiri. Hitam kata mereka, hitamlah pilihannya. Bang, kita tidak boleh selama-lamanya hidup begini. Sampai bila bang? Abang tidak pernah fikirkan tentang masa tua kita? Mizi cuba lari dari haluan perbualan. Dia tidak rela bersemuka dengan punca masalahnya sendiri. Setiap hari aku fikirkan tentang hal ini, Mizi. Sebab itulah aku penat

82

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

membanting tulang untuk dapatkan wang untuk kita berdua. Untuk cari duit demi masa depan kita bersama. Selama ini kau ingat aku buat apa? Tanya Azman marah-marah. Dia menambah lagi. Dan apa yang menyebabkan kau berfikir bahawa anak-anak kau akan menjaga kau nanti? Orang-orang yang sudah berkahwin ada anak yang akan menyambung zuriat mereka. Dan bila mereka dah tua nanti, anak-anak inilah yang akan menjaga mereka nanti. The world is over populated as we speak and how can you be so damn sure that you can rely to your children as your private social welfare department? Suara Azman mula meninggi. Isteri kita boleh menjaga makan minum kita-- Selama ini apa yang telah aku lakukan kepada kau? And what make you think that a womans position in life is to take care of your lazy ass? Lagipun agama melarang kita-- Sudah! Kau bukan ustaz! Azman menengking Mizi dengan kuat sehingga membuatkannya tersentak. Enough of this defence mechanism crap, Mizi. Who do you think you are talking to? Azman dengan rasa penuh kecewa terus meluru ke arah keretanya. Beberapa detik kemudian dia hilang bersama keretanya entah ke mana. Di dalam kereta, Azman menangis. Sudah lama dia tidak menangis begini. Kali terakhir dia menangis seperti ini adalah ketika ibunya tidak mahu menerima dia sebagai anaknya lagi. Dan pada tatkala itu, tangisannya telah disambut pujuk oleh Mizi, yang kini mahu meninggalkan dirinya ** Abang pergi mana tadi, bang? Tanya Mizi kepada Azman sebaik sahaja Azman menemuinya di dalam kamar mereka berdua. Mizi menoleh ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Dia telah tertidur setelah penat dia menangis sehari suntuk tadi. Kita berpisah inilah jalan terbaik untuk kita sekarang ini. Kata Azman. Walaupun kata-kata ini begitu sukar untuk dikeluarkannya. Tapi bang, saya masih perlukan abang! Mata Mizi kelihatan bengkak kerana terlalu banyak menangis. Kini dia mahu menangis lagi. Saya masih sayangkan abang! Abang tahu sejauh mana saya sayangkan abang-- Tidak sejauh mana, Mizi. Tidak sejauh mana pintas Azman dengan nada penuh kecewa. Sampai hati abang tuduh saya yang bukan-bukan! Mizi sudah sampai masanya untuk kita hidup ikut hala tuju masingmasing. Azman telah bertekad dengan keputusannya. Dia tahu dia tidak boleh melawan arus. Bagaimana dengan saya bang? Abang tahu, sampai bila-bila pun saya akan sayangkan abang. Abang adalah cinta pertama dan terakhir saya. Masih terlalu awal untuk Mizi mengaku kalah. Mungkin dia masih boleh menyelamatkan hubungannya dengan Azman. Kau masih boleh duduk di sini jika kau mahu. Kita masih boleh berkawan. Cuma bezanya, kau bukan kekasih aku lagi. Bagi Mizi, perbezaan di antara kawan dan kekasih terlalu ketara. Dia telah menerima berita ini seperti sebatang pohon kering yang telah disambar petir. Abang fikirlah lah baik-baik tentang keputusan yang abang ambil ini--

83

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mizi aku telah memikirkannya dengan baik-baik. Kata Azman dengan tenang. Keluarga kau mahu kau berkahwin. Kau mesti ikut kemahuan mereka. Siapa aku untuk halang kemahuan mereka tu? Siapa? Sekarang, aku harap kau akan hormati kemahuan aku ini. Mizi mengeluh di dalam tangisnya. Air matanya di kesatnya sendiri. Dia pasrah. Selama dia mengenali Azman, dia tahu jika Azman sudah bertekat dengan keputusan yang telah diambilnya, tidak mungkin dia akan berdalih lagi. Selepas ini abang akan berkahwin? Tanya Mizi. Dia mengesat hingusnya dengan lengan kenannya. Tidak aku tidak akan cari sesiapa lagi selepas ini. Aku dah serik. Aku dah serik bercinta. Aku tak mahu hati aku ini dijahanamkan oleh orang lain selain dari kau. Getus Azman seperti seorang yang terlalu kecewa. Saya akan tinggalkan dunia gay ini sama sekali mulai sekarang. Itu sahajalah yang telah diucapkan oleh Mizi sebaik sahaja dia melihat Azman mula keluar dari biliknya lalu masuk ke bilik tetamu. Pintu bilik sebelah telah ditutup oleh Azman dengan kuat. Mizi tersentak kerana terlalu terkejut. Mizi termenung buat beberapa ketika sebelum air matanya keluar lagi. Dia menangis memikirkan nasib hidupnya yang dirundung malang itu. Siapa kata kebahagiaan boleh kekal buat selama-lamanya, detik hati kecil Mizi yang kini sedang luka berdarah dan dibasahi lagi dengan air matanya itu.

84

Aku. Rama-rama Bab 14

Nizam Zakaria

Di dalam kitaran hidup seekor rama-rama dewasa, ia akan berterbangan ke sana ke mari untuk mencari pasangannya. Rama-rama selalunya akan memilih pasangannya mengikut kriteria-kriterianya yang tersendiri. Setelah ia berjaya memilih pasangannya, rama-rama ini akan selalu dapat dilihat berterbangan bersama pasangannya --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Mubin termenung jauh. Seperti seorang yang sedang dilamun cinta gamaknya. Dia termenung jauh ke arah luar pejabatnya. Kemudian dia menghirup air kopi panas dari cawan yang telah dipegangnya sejak tadi. Dia menghela nafasnya panjang-panjang memikirkan tentang pertemuannya dengan Azman semalam. Wajah Azman terbayang di dalam kepalanya. Suara Azman yang dalam serta kasar itu masih terngiang-ngiang di dalam telinganya. Mubin, your phone is ringing! Ujar Catherine. Rakan sepejabat Mubin yang duduk di sebelah kubikelnya. Tersentak Mubin dari lamunannya tadi. Dia terus bergegas masuk ke dalam kubikelnya. Cepat-cepat dia mengangkat ganggang telefon. Mubin kenal benar dengan suara yang didengarnya melalui corong telefon. Dia tiba-tiba ceria. Kenapa abang call saya? Tanya Mubin yang masih tidak menyangka bahawa Azman sudi menelefonnya. Kenapa, aku tak boleh call ke? Tanya Azman. Dia membelek-belek kad peniagaan Mubin yang telah diserahkan sendiri oleh Mubin kepadanya semalam. Eh, boleh! Mestilah boleh! Mubin menjawab dengan pantas. Aku saja call aku baru sahaja habis kuliah terakhir aku untuk hari ini. Aku bosan duduk dalam pejabat. Bila aku belek-belek wallet aku ni aku terjumpa pulak business card yang kau bagi aku semalam. Jadi aku call kau. Azman menjelaskan dengan mesra. Aku tidak menganggu kau ke? Eh, tidaklah bang! Jawab Mubin dengan spontan. Di sini saya sebenarnya tension masa buat programming tadi. Ada satu program tu yang tak boleh run. Ada bug. Saya tengah hilangkan tension saya tadi lepas tu tiba-tiba abang call. Terus hilang tension saya. Kau ni pandai nak spedo aku. Kata Azman sengaja berjenaka. Bukan spedo, bang. Saya ikhlas ni. Ujar Mubin bersungguh-sungguh. Okaylah aku percaya. Kata Azman sambil ketawa kecil. Malam ni kau free tak? Tiap-tiap malam saya free, bang! Mubin cuba berseloroh. Dia ketawa sendiri. Kenapa abang tanya? Takde, aku tanya saja. Ye lah tu. Kalau tak ada sebab, tak kan lah abang tanya, pulak. Mubin sengaja mahu bergurau dengan Azman. Jika dengan orang lain, dia jarang mahu bergurau seperti ini. Aku sebenarnya nak jemput kau makan malam kat rumah aku malam ni. Akui Azman akhirnya. Eh, bestnya! Abang masak ke? Kata Mubin dengan nada seronok.

85

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Ya, aku masak. Aku mahu kau cuba masakan aku. Masakan orang Kelantan. Oraitlah tu! Mubin tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya lagi. Malam ini kau datang ke rumah aku bawak Murni dengan Majid kalau kau nak. Tanpa perlu berfikir panjang, Mubin telah menjawab: Emm saya rasa mereka sibuk. Saya datang seorang sajalah, bang. Masak untuk dua orang sahaja. Okaylah kalau macam tu. Kau datang seorang sahaja. Kau datang pukul tujuh malam ni. Okay? Set! Mubin tersenyum puas. Beberapa saat selepas Mubin meletakkan ganggang telefon, Mubin telah menyebut kalimah yes! dengan agak kuat. Beberapa orang rakan sepejabatnya telah memandang ke arah kubikelnya. Fikir mereka, pasti Mubin telah dapat menyelesaikan masalah program yang telah diberikan kepadanya pagi tadi ** Masakan abang ni memang sedap! Puji Mubin. Dia makan tambah dua pinggan. Dia memang jarang dapat makan nasi kerabu. Terutamanya nasi kerabu yang dibuat sendiri dan yang bukan dibelinya di warung-warung masakan Kelantan. Jadi dia sebenarnya tidak tahu untuk membandingkan jika nasi kerabu Azman memang betul-betul sedap. Tapi jika diiukutkan seleranya yang terbuka besar malam itu, memang sedaplah masakan Azman itu. Alah, sebenarnya biasa saja masakan aku tu. Masakan orang kampung. Azman merendah diri. Walaupun dia sendiri tahu bahawa dia telah menyiapkan masakannya ini sejak pukul lima petang tadi! Sejurus selepas makan, Mubin membawa pinggannya serta beberapa keping mangkuk untuk dibawanya ke dapur. Eh, tak apa. Biar aku kemaskan. Biarkan sahaja pinggan mangkuk ni semua di atas meja. Bila kau balik nanti aku akan kemaskan. Lagipun kau tu tetamu aku." Kata Azman dari belakang Mubin. Tak apa bang, kalau saya bersihkan sekali harung kan lagik senang. Mubin terus mencuci pinggan yang telah diletakkannya di dalam sink. Azman tersenyum, lalu dia membawa pinggan mangkuk yang masih tertinggal di atas meja lalu di letakkannya ke dalam sink untuk dibasuh Mubin. Dia sendiri telah membersihkan mejanya tatkala Mubin sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk di dapur. Lima belas minit kemudian, mereka berdua duduk di ruang tamu. Azman menghidupkan api rokoknya. Dia tidak lupa untuk menawarkan seputung rokok kepada Mubin. Tetapi Mubin menolak dengan baik. Dia tidak merokok. Selalunya, malam-malam seperti ini, apa yang abang buat? Tanya Mubin memulakan perbualan. Aku membaca, tengok TV. Chatting di IRC. Selalunya aku akan tidur awal sebab dah terlalu penat menghabiskan masa aku di gym pada petang harinya. Aku selalunya kena bangun awal sebab kelas aku selalu bermula awal. Jawab Azman. Dia menghisap rokoknya dalam-dalam lalu

86

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dihembusnya ke tepi. Mubin hairan mengapa Azman merokok, sedangkan dia aktif bersukan. Kerana selama ini fikir Mubin, orang yang aktir bersukan jarang merokok. Dah lama ke abang merokok? Tak jugak aku mula merokok sejak aku berpisah dengan Mizi dulu. Sebelum tu aku tak pernah merokok. Kenapa abang merokok? Untuk hilangkan tension. Tak lebih dari itu. Abang selalu tension ke? Selalu jugak, terutamanya bila Mizi bawak balik jantan ke sini. Buat apa dia ke sini lagi? Rumah ini aku beli di atas nama dia. Walaupun kami dah lama berpisah, aku tetap benarkan dia buat rumah ni macam rumah dia sendiri. Aku tidak kisah, asalkan dia tak ganggu perjalanan hidup aku- Dia duduk sini lagi ke? Mubin mendongak ke arah anak tangga ke tingkat atas. Dia takut kalau Mizi ada di atas lalu mendengar perbualannya dengan Azman tentang dirinya itu. Tidak tapi dia selalu bawak balik jantan ke sini macam bilik hotel di Chow Kit. Jawab Azman bersahaja. Dia akan gunakan bilik tamu di atas. Kadang-kala dia akan keluar-masuk rumah tanpa aku sedari. Abang tak marah ke? Aku tension dengan perangai dia tu. Tapi aku tak boleh marah. Dia bukan budak kecik lagi. Dia dah beristeri dengan dua orang anak. Dia patutnya ada sifat tanggungjawab seorang suami. Bukan menjalang macam sekarang ini. Suara Azman pasrah didengarinya. Mubin melihat wajah Azman. Dia tahu jauh di lubuk hatinya, dia pasrah melihat kelakuan Mizi. Kerana setiap kali Mizi membawa lelaki ke rumahnya, setiap kali itulah hatinya terasa seperti dihiris-hiris. Selalu ke dia bawak balik jantan ke sini? Tanya Mubin yang tidak percaya Mizi boleh melakukan perkara ini semua kepada Azman. Mengapa tidak? Kerana jika dia boleh menduakan isterinya sendiri, apa-apapun dia mampu lakukan semata-mata untuk melayan nafsu sarakahnya itu! Dulu tu, selalu. Kadang-kala sampai tiga kali seminggu dia bawak balik jantan berangkut dari Jurrasic Park atau di Secret Garden. Sekarang jarang aku tengok dia bawak jantan berangkut ke sini. Sekarang dia suka projek dalam semak, agaknya. Dia tu kinky sikit orangnya. Apa-apa sahaja yang pelik dia suka cuba. Azman sengaja memerli Mizi di belakangnya. Abang masih sayangkan dia ke? Tanya Mubin bersungguh-sungguh. Sukar untuk Azman menjawab soalan dari Mubin ini. Dia merenung jauh sambil menghisap rokoknya dalam-dalam sebelum dia menjawab: Tidak aku tidak sayangkan dia lagi. Mubin memberanikan dirinya untuk duduk di sebelah Azman di atas kerusi sofanya. Azman tersenyum. Dia melihat gerak geri Mubin yang dahagakan kasih sayang dan sentuhan seorang lelaki itu. Mubin mula membuka tali lehernya. Dia telah bergegas ke rumah Azman setelah dia selesai melakukan segala pekerjaan di pejabatnya. Jadi dia tidak sempat untuk membuka pakaian pejabatnya. Mubin sedar bahawa setiap gerak-gerinya telah diperhatikan oleh Azman dengan penuh kusyuk. Dia sedar bahawa Azman akan sesekali memandang ke arah dadanya yang bidang itu. Tatkala dia di dapur tadi, dia

87

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

juga sedar Azman menoleh untuk melihat bahagian punggungnya yang padat itu. Dia membiarkannya sahaja. Dia suka dipandang begitu oleh Azman. Kini Mubin sengaja membuka dua butang atas kemejanya. Hati aku ini telah dilukainya kerana aku ditinggalkan. Dia tinggalkan aku kerana dia ingin berkahwin dengan sepupunya sendiri. Kata Azman dengan perlahan. Mubin sengaja merehatkan kepalanya ke dada Azman. Azman pula membiarkannya sahaja. Abang patut lupakan dia. Tak payah ingat-ingat lagi tentang diri dia sehingga membeban hidup abang sehingga kini. Mata Mubin terus kepada bulu dada Azman yang boleh dilihatnya melalui kemeja yang dipakai Azman. Lama matanya ke situ. Aku dah lama melupakannya. Yang kini tinggal hanya luka berparut di dalam hati aku ini. Azman menjelaskan. Suaranya sedikit serius didengari Mubin. Hati saya pun pernah dilukai seperti abang-- Mungkin nasib kita serupa. Tapi saya sudah melupakan kisah-kisah lama saya. Saya kini bertekad mahu menjalani penghidupan baru. Aku tak mampu untuk buat itu semua. Azman mengeluh pasrah. Mubin kini duduk seperti biasa di sebalah Azman. Kata-kata yang terpacul dari mulut Azman tadi tidak menyenangkan hati Mubin. Tapi kenapa bang? Kerana luka aku terlalu dalam. Begitu dalam sehingga parut yang ada tidak mungkin akan sembuh. Malah, nanahnya akan memakan jiwa aku yang ada. Tanpa disedarinya sendiri, Azman telah mengusap-ngusap dadanya dengan perlahan. Seolah-olah di situlah sumber lukanya selama ini. Satu hari nanti ia akan sembur juga akhirnya. Kata Mubin memberi perangsang. Dia mengalihkan kedudukannya untuk bertentangan dengan Azman. Dia duduk separuh bercangkung di hadapan Azman sambil matanya tepat kepadanya. Saya yakin abang akan sembuh seperti sediakala. Kata-kata hikmah Mubin sedikit sebanyak membuka hatinya. Dengan hati yang terbuka, dia seakan mahu menerima kata-kata yang diberikan oleh Mubin tadi. Azman tidak tahu mengapa dia begitu tertarik kepada Mubin. Semalaman dia berfikir tentang Mubin sehingga dia menjemputnya ke rumahnya pada malam ini. Setelah berbual dengan begitu lama dengannya semalam, dia dapat merasakan seolah ada sesuatu yang begitu istimewa yang terdapat di dalam diri Mubin yang mahu diperolehinya untuk membuatkan hidupnya lebih sempurna lagi. Azman juga tahu bahawa secara fizikal, Mubin telah terlebih dahulu menarik perhatiannya. Wajahnya yang kacak itu sememangnya mengasyikkan mata yang memandangnya. Tubuhnya yang tegap tinggi itu menyempurnakan lagi keadaan yang ada pada dirinya itu. Pada kali pertama Azman bertentang mata dengan Mubin adalah ketika dia bersemuka dengannya di Medan Damansara. Degupan jantungnya seolah-olah terhenti sejenak sewaktu melihat Mubin berdiri segak di sebelah motor rosak Nazri. Inilah kali pertamanya dia melihat wajah sekacak Mubin. Dia telah menyuruh Nazri menjemput Mubin ke rumahnya pada hari esoknya kerana dia ingin memastikan bahawa Mubin yang telah dilihatnya semalam

88

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

bukan dari alam imaginasinya sendiri. Dia ingin memastikan bahawa wajah kacak yang menganggu fikirannya itu memang benar-benar wujud di alam nyata. Tetapi, faktor-faktor fizikal bukanlah menjadi penyebab mengapa Azman begitu tertarik dengannya. Tetapi kehalusan kata-kata serta budi bicara Mubinlah yang telah membuatkan Azman berminat untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Kau sayang lagi kepada bekas kekasih kau? Tanya Azman tiba-tiba setelah dia termenung dengan agak lama. Dia mendapati Mubin masih merenung ke dalam matanya. Renungan Mubin menggusarkan jiwanya. Renungan Mubin hampir-hampir boleh membuatnya sesak nafas. Faizal yang ada sekarang bukanlah Faizal yang pernah saya kenali. Jelas Mubin dengan penuh pasti. Faizal yang pernah saya sayang dulu dah lama mati. Dia tidak wujud lagi di dalam hidup saya. Saya tidak mungkin boleh menyayangi Faizal yang ada sekarang ini seperti mana saya menyayanginya dahulu. Saya mesti terus jalani hidup saya ini tanpanya. Saya tidak perlu ada kisah-kisah lama yang akan terus menghantui hidup saya. Saya tidak perlukan itu semua. Mubin melabuhkan punggungnya untu duduk bersila di sebelah kaki Azman. Kau ni macam perli aku, saja. Seloroh Azman. Dia mengusap-ngusap misainya yang tebal itu. Eh, takdelah! Mubin tersenyum manja. Okay aku ada satu lagi soalan untuk kau jawab. Azman mematahmatahkan jari-jemarinya. Jika kau aku berikan sebuah mesin untuk kembali ke detik-detik bahagia kau bersama ex kau, tu detik mana yang akan kau pilih? Lah, macam mesin Doeramon pulak! Kata Mubin. Dia memegang peha Azman yang keras itu sewaktu dia berpaling ke arahnya. Detik mana yang kau akan pilih? Azman mengulagi soalannya. Saya tidak perlukan ini semua. Dan saya tidak akam mahu kembali ke detik-detik yang pernah saya lalui. Kalau hendak diikutkan, detik saya bersama abang pada malam ini pun boleh dikira sebagai satu detik bahagia di dalam hidup saya. Saya tidak mahu hidup berlandaskan memori lama saya semata-mata. Saya mahu hidup di dalam detik dan saat ini dan saya akan pastikan bahawa detik inilah yang paling bahagia dan bermakna buat diri saya. Jelas Mubin dengan panjang lebar. Azman menghela nafasnya. Dia mendapati Mubin lebih petah menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakannya dari apa yang disangkakannya. Langsung jauh berbeza dengan Mizi yang kadang-kala akan menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang tidak masuk akal ataupun ke anak-anakkan. Mungkin sudah sampai masanya untuk Azman berhenti membandingkan Mubin dengan Mizi. Azman tiba-tiba dapat merasakan bahawa Mubin mula meraba-raba betisnya. Kemudian tangannya mula berani meraba-raba pehanya pula. Azman terasa sedikit kaku. Pejal betis dan peha abang ni. Tapi orang yang suka naik basikal memang pejal bahagian betis dan pehanya seperti abang. Jelas Mubin. Tangannya masih terus meraba.

89

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Azman tidak menjawab. Kejantanannya mula berdenyut-denyut. Dia mula merasakan sesuatu yang telah lama tidak dirasanya. Perasaan khayal seperti ini hampir-hampir dilupakannya setelah dia berpisah dengan Mizi dahulu. Kenapa abang diam? Kenapa abang macam takut-takut dengan saya? Tangan Mubin kini mengusap-ngusap lengan Azman yang besar, berbulu lebat serta penuh bersimpul urat itu. Lengan Azman seperti lengan buruh kasar yang kerja sehariannya membuat kerja-kerja berat, dan bukannya lengan seorang pensyarah Sejak aku berpisah dengan Mizi aku langsung tidak pernah melakukan hubungan dengan sesiapapun, Mubin. Aku tahu kau akan sukar untuk mempercayai kata-kata aku ini, tetapi itulah kebenarannya. Sememangnya sukar untuk Mubin mempercayai kata-kata Azman ini. Kerana dia kurang yakin lelaki sekacak Azman tidak akan mencari pengganti kekasih yang telah meninggalkannya. Tetapi apabila dia memikir kembali tentang kesengsaraan jiwa Azman, mungkin benar kata-katanya itu. Mengapa abang tidak mahu meneruskan hubungan abang dengan lelaki lain? Kenapa bang? Suara Mubin seolah-olah mendesak supaya diberikan jawapan yang pasti oleh Azman. Kerana aku telah berjanji kepada diri aku bahawa aku tidak sanggup untuk bercinta lagi. Cukup seksa hidup aku setelah aku berpisah dengan Mizi dulu. Aku dah serik. Pengalaman lamanya telah membuatkan Azman kecewa begini. Mubin tiba-tiba berdiri di hadapan Azman. Dia kemudian telah menyuruh Azman berdiri di hadapannya. Mubin terus mendakap Azman dengan kuat setelah Azman berdiri menghadapnya. Hanya beberapa saat setelah Azman didakap begitu, dia sudah dapat merasakan kehangatan tubuh Mubin. Dengan perlahan dia membalas kembali dakapan dari Mubin. Tubuhnya tidak kaku lagi Azman dapat merasakan busut Mubin yang keras itu sewaktu dia berdakapan dengannya. Kadang-kala Mubin seperti sengaja ingin menujahnujah busutnya itu ke bahagian busut Azman yang keras sepertinya. Dengan perlahan, Mubin mengucup bahagian atas bibir Azman yang telah dihiasi dengan misainya yang tebal itu. Kemudian dengan perlahan juga dia telah mengucup ke seluruh bahagian bibir Azman. Kucupan Mubin dalam dan penuh bertenaga. Kucupan Mubin yang dalam itu hampir-hampir membuatnya lemas menahan kesedapan. Azman membalas kucupan Mubin dengan kehangatan yang sama yang telah diberikan olehnya. Dia tidak pernah dikucup begini, malah oleh Mizi sendiri. Mubin terus mengucup Azman. Dia memegang kepala Azman dengan kemas. Azman pula meraba-raba lengan Mubin yang padat itu. Urat lengan Mubin yang berulas-ulas itu dapat dirasakan oleh Azman. Bang, saya mahukan abang. Ujar Mubin dengan matanya separuh kuyu. Tapi kau perlu berjanji. Balas Azman. Matanya juga kuyu memandang Mubin. Janji apa bang? Tanya Mubin. Suaranya perlahan. Jika disuruhnya Azman berjanji memberikan nyawanya sendiri sekalipun, sanggup dilakukannya. Kau mesti berjanji jangan jatuh cinta dengan aku. Ucap Azman

90

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan serius. Kata-katanya tadi memang mengamamkan. Langsung membuatkan Mubin kelu. Permintaan Azman memang terlalu berat. Lebih senang sahaja jika nyawanya ini diserahkan sahaja kepadanya, fikir Mubin di dalam hati. Mubin memang senang jatuh hati kepada sesiapapun yang dia minati. Tetapi setelah dia jatuh hati, dia mahu memastikan bahawa cintanya itu akan kekal, kalau boleh sampai bila-bila. Mubin percaya kepada kewujudan cinta sejati. Cinta yang bersemi. Dia akan mencari cinta ini sampai dapat supaya ia akan dapat bertahta di dalam hatinya. Dia sanggup bergadai nyawa dan harta semata-mata untuk mendapatkan cinta ini. Dengan penuh rela Mubin telah menganggukkan kepalanya tanda setuju. Dia telah bersetuju untuk berjanji kepada Azman untuk tidak akan sekali-kali jatuh cinta dengannya. Satu janji yang telahpun dimungkirinya sebelum ia telah dimeterai. Kerana dirasanya, dia telah mula jatuh cinta dengan Azman sejak kali pertama dia bertentang mata dengannya kelmarin Mubin begitu pasti bahawa dia akan dapat membuatkan Azman jatuh cinta kepadanya. Meskipun kini, Azman tidak cinta kepadanya. Apa yang diperlukan kini adalah sedikit waktu. Sedikit waktu untuk membuatkan cinta Azman datang sendiri kepadanya. Biarlah cinta datang sendiri ke dalam hati Azman nanti setelah dia telah terbiasa dengannya. Biarlah Azman kenali dirinya dahulu. Dia akan bisikkan lirih-lirih cinta ke dalam jiwa Azman sehingga Azman mahu memiliki dirinya nanti. Lagipun. Siapa kata nafas cinta ini senang diperolehi? Cinta sejati mesti diusahakan, ia tidak mungkin datang secara percuma! Azman kini mengajak Mubin naik ke atas, lalu masuk ke dalam kamarnya. Mubin mengikut sahaja. Dia tidak mungkin menolak tawaran keemasan dari Azman ini. Di dalam kamar, Mubin kembali mendakap Azman. Dia mengucupnya lagi. Seperti tidak cukup-cukup kucupan yang diberikannya tadi. Seperti melepaskan geram, gamaknya--setelah begitu lama dia tidak mengucupi lelaki lain selain dari Faizal. Azman mengeluh di dalam kucupannya. Dia hampir-hampir tidak boleh bernafas dengan betul tatkala dikucup hebat oleh Mubin. Lebih sukar untuk dia bernafas kerana nafasnya turun naik dengan kencang. Lebih-lebih lagi setelah Mubin mula membuka bajunya, lalu nampaklah tubuh mudanya yang tegap itu di hadapan Azman. Azman menolak Mubin dengan lembut. Dia mahu melihat tubuh Mubin dengan lebih jelas. Dia menelan air liurnya sendiri. Dia tidak pernah menyangka akan dapat berhadapan dengan pemuda seperti Mubin di dalam keadaan seperti ini. Tatkala di UM, sewaktu berjalan dari kuliah ke perpustakaan atau ke bangunan fakulti yang lain, acap kali dia akan berjalan di tepi padang tempat pelajar-pelajar bermain bola atau berlatih bermain ragbi. Di waktu-waktu petang, terutamanya tatkala padang lencun dibasahi hujan, dia akan dapat melihat beberapa orang anak muda yang hanya akan berlengging tatkala bersukan. Ada di antara mereka yang bertubuh tegap dan sasa. Naik nafsu Azman jadinya tatkala melihat mereka berkeadaan begini. Mahu sahaja dia menikmati tubuh-tubuh muda yang keras dan padat itu. Tanpa disedarinya sendiri, ada di antara anak-anak muda yang sama mahu diri mereka diratah oleh Azman, yang sering disebut-sebut oleh pelajar-pelajarnya sebagai

91

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

pensyarah terkacak di UM Kini Azman dapat apa yang diidaminya selama ini melalui Mubin. Mubin didapatinya jauh lebih menarik dari segi fizikal dari Mizi ataupun anakanak muda yang pernah diidaminya di UM. Malah mereka bukan lawan Mubin sama sekali, fikir Azman. Mubin tahu tubuhnya sedang diratah oleh Azman dengan matanya. Dibiarkannya sahaja dirinya dilihat begitu oleh Azman. Dirasanya dirinya begitu istimewa apabila dia dipandang dengan satu pandangan penuh ghairah oleh Azman. Dia suka apabila Azman menikmati keindahan tubuhnya. Azman mengusap dada Mubin yang bidang itu. Dia hampir-hampir terkejut apabila dia menyentuh kulit Mubin yang lembut yang membalut otot dadanya yang pejal itu. Satu kombinasi yang terlalu mengasyikkan baginya. Mubin pula kini dengan perlahan membuka butang kemeja Azman. Butang kemeja Azman dibukanya satu persatu sehingga ternampaklah bulu dada Azman yang agak lebat itu. Bulu dadanya tersusun cantik. Seperti serbuk besi yang mengikut arah medan magnet. Jarang ada orang Melayu yang mempunyai bulu dada seperti ini, fikir Mubin. Dengan penuh geram, Mubin mengusap-ngusap bulu dada Azman yang tumbuh meliar sehingga ke bahagian bawah perutnya dan terus ke bahagian kelakiannya. Perut Azman padat, langsung jauh berbeza dengan kebanyakan lelaki yang seusia dengannya. Malah tubuhnya keras seperti besi. Berkat kerajinannya untuk ke gym hampir empat kali seminggu. Mubin kini bercangkung di hadapan Azman. Dia membuka seluar Azman yang membusut itu. Dia dapat melihat air mazi yang telah menembusi seluar Azman. Dia tersenyum sendiri. Kerana didapatinya, seluar pejabatnya juga basah sedikit ditembusi air mazinya. Sebaik sahaja dia berjaya membuka seluar Azman, maka terpacullah kelakian Azman yang masih berbalut dengan seluar dalam nipisnya itu. Cepat-cepat Mubin melondehkan seluar dalam Azman itu ke bawah. Besar abang punya. Getus Mubin sambil menjilat-jilat bibirnya. Tentu kau pernah dapat yang lebih besar. Komen Azman. Mubin tidak mengendahkan. Dia sendiri sedia maklum bahawa kejantanan Faizal mungkin seinci lebih besar dari kejantanan Azman, tetapi sering dia mengingatkan dirinya bahawa kejantanan Faizal memang lain dari yang lain. Faizal telah dianugerahkan dengan saiz gergasi yang jarang dipunyai oleh lelaki Melayu. Satu kelainan yang langsung membuatkan dirinya istimewa, walaupun secara fizikalnya, Faizal langsung tidak boleh dimasukkan di dalam golongan lelaki kacak mahupun segak. Maka pada malam itu, Mubin mengikut sahaja telunjuk Azman. Dia terus bersatu dengan Azman walaupun terpaksa menerima syarat dari Azman... Pada malam yang sama mereka telah melayari bahtera mereka untuk kali kedua. Dan sekali lagi pada pagi harinya sehingga mereka berdua sanggup mengambil cuti kecemasan semata-mata kerana ingin bersama ** Pada malam itu Mubin barulah mahu pulang ke rumahnya. Murni mendapati bahawa wajah Mubin berseri-seri, seperti wajah pengantin baru, lagaknya.

92

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mubin dilihatnya sedang senyum memanjang. Murni langsung tidak paham dengan perangai abangnya ini. Yang pasti, abangnya nampak bahagia. Dan baginya, dia cukup gembira apabila dia melihat abangnya bahagia begitu!

93

Aku. Rama-rama Bab 15

Nizam Zakaria

Rama-rama adalah di antara haiwan yang paling banyak berahsia. Walaupun kita sering melihatnya berterbangan, kita langsung tidak akan tahu di mana tempat perhinggapan atau persinggahannya apabila ia hilang dari pandangan kita. Ke manakah perginya rama-rama ini apabila ia terbang jauh dari kita? --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Okay, whether you like it or not, Azman and I are an item now. Kata Mubin kepada Majid. Kata-katanya tadi terselit sedikit loghat Amerika yang telah sebati dengan dirinya setelah dia duduk selama empat tahun di sana. Setelah beberapa minggu dia cuba merahsiakan hubungannya dengan Azman, akhirnya dia terpaksa membuka rahsia hubungannya ini kepada Majid. Yeah, like whatever. Balas Majid. Dia sengaja mengejek dengan menggunakan loghat yang sama. Majid sebenarnya sudah lama dapat meneka tentang hubungan rahsia di antara Azman dan Mubin. Betul, ni aku serius! Tegas Mubin. Suasana di restoran Kopi Tiam yang terletak di Plaza Sungei Wang itu agak hingar bingar. Dia terpaksa menguatkan suaranya sedikit supaya Majid akan dapat mendengar katakatanya tadi. Aku tahulah. Tengok love bite kat leher kau tu jer aku dah tahu. Perlu ke kau nak tayang kat semua orang love bite kau tu! Sesuatu sangatlah kau ni. Lagipun I already knew it from day one lagik. Ujar Majid. Kemudian dia menoleh ke arah Rezal dan Nasha. Pada hujung-hujung minggu seperti ini dia suka keluar dengan kawan-kawannya ini, terutamanya dengan Rezal yang telah dikenalinya sejak dia menuntut di UK dahulu. Dah sebulan ada scandal, baru nak beritahu orang! Tak sesuai! Kata Majid kemudian. Nasha dilihatnya tersenyum kelat. Dia sedikit segan kepada Mubin kerana dia takut-takut jika Rezal ada memberitahu kepadanya bahawa dia telah jatuh hati kepadanya. Rezal telah memberitahu Nasha bahawa, walaupun Mubin agak flexible orangnya, dia lebih suka mengambil peranan pasif atau bottom dengan pasangannya. Kata Rezal lagi kepada Nasha: Kan aku dah beritahu, mana-mana gayboy yang drop dead gorgeous mesti bottom punya! Susah kau nak cari yang top, occay! Nak-nak yang nampak very der jantan macam si Mubin tu. Mak sendiri dah banyak kali tertipu! Dulu kau ala-ala crush dengan kawan mak si Haizam tu. Sekarang ni dengan Mubin pulak. Lain kali dengan siapa, nok? Aznil? Chooi kalau kau berkenan dengan ponen tu. Harus kau kena sambar petir! Kau ni apa nok, lesboh binti pengkit ke? Nasha hanya mampu terkebil-kebil. Dia berasa agak frust, kerana setiap lelaki gay yang diminatinya pasti lelaki tersebut adalah lelaki gay yang bottom! Kini, dia hanya bertekad untuk mencari lelaki heteroseksual. Senang, kerana tidak ada lagi masalah top ataupun bottom! Nok kau scandal dengan siapa nok? Laki orang ke? Tanya Rezal kepada Mubin. Tak lah. Jawab Mubin dengan ringkas. Dengan abang dari channel sayangabang, sundell! Majid membongkar rahsia.

94

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Oh ye ker? Siapa nok? Tanya Rezal dengan penuh minat. Dia memang kenal dengan beberapa personaliti paling popular di channel itu. "Dekat channel tu perlu ke ada jenis abang-abang?" "Ada, sapa kata tak ada... mak ni apa?" Tanya Majid dengan selamba. "Sudehhhh. Takdamaknanya." Cebik Rezal. "Siapa nok, abang tu... cakaplah!" Abangman lah, sundell! Ujar Majid. Oh, ponen tuh kau biar betul, nok! Kata Nasha tidak percaya. Real life dia very der abang-abang jantan, occay! Kata Majid dengan bersungguh-sungguh. Ye ke, nok! Clusssttt gituh. Suka sangat abang-abang jantan bila masuk channel terus memondankan diri. Ponen-ponen patah liuk pulak, bila masuk channel ala-ala mengaku jantan gituh. Adu Rezal, kerana dia sendiri sudah banyak kali tertipu dan ditipu chatters. Perlu ker adanya kes penipuan besar-bersaran seperti ini berterusan? Alah, dah lumrahnya begitu, nok. Nasha ni pun, banyak kali mengaku dirinya ala-ala gayboy straight acting. Majid menoleh pula ke arah Nasha. Dia sengaja mahu mengusiknya. Bukan begitu, abang Nasha? Nok, Nasha nih pengkit besar, kau bukannya tak tahu. Suka sangat berlezzi dalam channel. Rezal pula mengusiknya kini. Very der aktiviti keji der seks di luar tabii, gituh! Sudeehhh takdemaknanya! Nasha melenting sambil menjeling. Tetapi tetap dia cuba maintain ratu. Kemudian dia menyambung, muka dia macam mana? Hensem tak? Mubin mengeluarkan gambar Azman yang ada disimpannya di dalam bekas tempat letak Kad peniagaannya. Dia menghulurkan gambar tersebut kepada Nasha. Tasssttteeee nyerrrrrr!!! Very der abang-abang askar gituh! Sampuk Rezal apabila dia menjenguk melihat gambar Azman yang sedang dipegang oleh Nasha. Hensem pulak tu! Dia ni mesti askar, kalau tak pun FRU. Nasha cuba meneka. Dia dan Rezal tidak begitu rapat dengan Azman di dalam channel. Dia hanya mengenalinya sebagai seorang chatter sahaja. Lagipun bukan menjadi kebiasaan Azman untuk memberitahu orang tentang pekerjaannya tatkala dia aktir berbual di dalam channel sayangabang. Dia lecturer kat UM. Beritahu Mubin. Vasssttt gituh. Kalau mak dapat lecturer macam ni masa kat London dulu, harus cair puki mak bila tiap kali ada lecture atau tutorial dengan dia! Harus mak jadi best student dia lepas tu Getus Rezal seolah mengomel sendiri. Best student apa nyah, best student dalam subjek pukiologi ke? Usik Majid. "Nama kau kan Siti Lolorina masa kat London dulu... haruslehh." Mulut kau memang hanj kan? Balas Rezal menjeling. Alah cikgu mak, kau jugak kan, nyah? Majid menjelingnya pula. So kau dengan abangman ni ala-ala berlover lah sekarang ni? Tanya Rezal kepada Mubin. Sukar benar bagi Mubin menjawab soalan dari Rezal tadi. Dia sememangnya tidak pernah menanyakan kepada Azman jika dia sayangkan kepadanya. Walaupun kini sudah masuk hampir sebulan dia telah mengadakan hubungan mesra dengan Azman. Okay apa gossip terbaru minggu ini? Tanya Majid kepada Rezal

95

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dan Nasha. Dia sengaja mahu menukar arus perbualan, kerana dari raut wajah Mubin, dia seolah-olah tahu dengan masalah dan dilemma yang sedang dihadapi Mubin. Kau nak tahu nok, Kak Lan dah break dengan laki dia bley? Ujar Rezal kepada Majid. Tak caya, tanya Nasha. Kak Lan Penang ke? Majid ingin memastikan. Ye lah! Yang gaduh dengan laki dia kat Ikea tu. Kata Rezal mengingatkan. Makanan yang dipesan mereka mula dihidangkan satu persatu di atas meja. Bebola matanya kini tepat kepada kuey tiau goreng kantonis yang telah dipesannya tadi. Vasssttt! Harus dia bergelar janda kan? Ujar Majid hampir ingin ketawa. Janda berhias gituh. Celah Nasha pula. So whats the big deal? Tanya Mubin. Dia tidak paham mengapa perkara ini perlu dibesar-besarkan. Err camni. Masa mak jumpa dia kat IRC, dia ada beritahu kepada mak yang dia minat kat kau. Masa tu mak kata kau single mingle. La ni mak kena beritahu kau dah berlaki ler nampaknya. Jelas Rezal. Nok dia pun beritahu kat mak yang Mubin ni taste dia. Siap mintak nombor handphone lagik-- Ujar Majid pula. Kau bagi ke? Cepat-cepat Mubin memintas. Eh tidak ler. Aku bukan agensi mencari jodoh. Majid juga cepat-cepat mempertahankan dirinya. Mubin melepaskan nafasnya dengan lega. "Bukan agensi mencari jodoh konon... kau kan mak ayam besar si Haizam tu." Celah Rezal. "Sudehhh!" Tempelak Majid sambil menjeling ke arah Rezal. Tapi ini nombor dia kalau kau nak turun Penang, dia suruh aku pass kan kat kau. Rezal mengambil sekeping kertas dari organizernya. Lalu dia menulis nombor telefon Azlan di atas kertas tersebut. Mubin mengambil kertas yang diberikan oleh Rezal kepadanya, kemudian dia meletakkannya di dalam kocek di kemejanya. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya dengan nombor tersebut. Dia simpan sahaja buat masa ini ** Keputusan peperiksaan percubaan telah diumumkan. Murni telah diumumkan sebagai pelajar terbaik di sekolahnya. Manakala tempat kedua pula telah diambil oleh Irwan. Perkara ini telah membuatkan Irwan marah, walaupun keputusan peperiksaannya amat cemerlang. Dia tidak puas hati setelah menduduki tempat kedua. Baginya, tempat pertama adalah segala-galanya. Tahniah, ucap Nazri kepada Murni sewaktu mereka berjumpa di kantin. Dia telah menerima berita tentang kejayaan Murni dari guru besar yang telah menyebut nama Murni sebagai pelajar terbaik tahun ini pada perhimpunan sekolah pagi tadi. Alah ini baru sahaja peperiksaan percubaan, bukannya peperiksaannya yang sebenar. Murni merendah diri. Untuk peperiksaan SPM tu nanti, mesti awak akan dapat semua A!

96

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Ujar Nazri dengan perlahan. Dia nampak macam tak ada mood. Muram sahaja mukanya itu. Insyaallah. Balas Murni. Dia tahu Nazri muram. Tapi dia tidak tahu apa yang menyebabnya muram. Tahun depan mesti awak pergi overseas. Macam abang Mubin dulu. Nada Mubin sedikit sedih. Mungkin inilah yang menyebabkan Nazri sedih. Dia sedih akan kehilangan kawannya yang paling rapat. Memang cita-cita saya untuk study di overseas macam abang Mubin. Mesti seronok! Lagipun banyak pengalaman yang boleh saya dapat nanti! Akhirnya tinggal saya sorang di sini. Wajah Nazri berubah sedih. Murni serba salah. Di fikirannya langsung tidak pernah terlintas perkara ini semua. Dia tidak pernah terfikir bahawa Nazri akan terpaksa ditinggalkannya demi dia mengejar cita-citanya itu. Tetapi bukankah cita-cita selalunya banyak melibatkan pengorbanan? Bagi Murni, Nazri adalah segalagalanya baginya. Dia sayang kepada Nazri, walaupun dia tahu sayangnya kepada Nazri adalah seperti sayang seorang kakak angkat kepada adik angkatnya. Awak kena bersabar kalau saya ditawarkan study overseas nanti, jawabnya awak kena tunggu sampai saya balik. Tapi awak tak payah takutlah, kan sekarang orang dah pakai e-mail. Kalau tak pun, kita boleh chat pakai ICQ. Apa yang susahkan? Murni cuba mententeramkan Nazri. Kalau saya tak ada pun kan awak boleh berkawan dengan abang Mubin dan abang Man. Mereka kan ada? Pada waktu itu, Irwan datang berjalan ke arah mereka. Sejak peristiwa hitam dipartinya beberapa bulan yang lepas, Murni langsung tidak menegurnya. Pandang kepada wajahnya pun dia tidak mahu. Murni benci kepadanya Tahniah. Ujar Irwan ringkas. Terima kasih, Jawab Murni, walaupun pada mulanya dia memang tidak mahu membalas kata-kata Irwan tadi. Mengapa kita tak boleh berkawan? Irwan melabuhkan punggungnya untuk duduk di sebelah Murni. Dia langsung tidak menghiraukan kehadiran Nazri yang ada di sisi Murni sejak tadi. Nazri mengeluh. Dia rasa terpinggir. Saya nak balik dulu, Terus Nazri bergegas meninggalkan Murni sebelum sempat Murni berkata apa-apa. Mahu sahaja Murni pergi mendapatkan Nazri. Dia merasa serba salah, kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. Kerana dia, Irwan dan beberapa orang pelajar lain terpaksa berjumpa dengan seorang guru untuk berbincang tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan beberapa biasiswa yang akan ditawarkan kepada mereka kelak. Biarkan dia pergi! Getus Irwan. Dia nampak puas apabila Murni masih duduk bersamanya. I tengok you dengan budak tu semakin rapat. You tak rasa malu ke? Malu apa pulak ni? Tanya Murni marah-marah. Ye lah berkawan rapat dengan dia. Kenapa pulak? Apa salahnya kalau saya kawan dengan dia? Ada ke undang-undang yang melarangnya? Murni meminta jawapan. "You ingat you ni siapa? Diktator macam Hitler? Saddam Hussein? Mahathir?" "Sorry ya, nama Dr. Mahathir you jangan bawak main." Ujar Irwan

97

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan nada separuh serius, separuh mahu berjenaka. "Dia hero I, tau!" "Patutlah!" Bisik Murni di dalam hati. Mata murni menjeling ke atas. Meluat mendengar kata-kata dari Irwan tadi. Bukannya apa you tak sesuai sangat berkawan dengan dia. You tahu orang suka mengumpat pasal you di belakang you? So what? Do I look like I care? Suka hati you lah! Irwan menepuk-nepuk pehanya yang padat itu. But listen to this dia pernah tak nak ceritakan tentang latar belakang dia kepada you? Pernah? Murni terdiam. Kalau boleh dia tidak mahu menjawab. Kerana dia sendiri tahu Nazri suka berahsia. Sehingga kini, tidak banyak perkara tentang diri Nazri yang diketahuinya sendiri. Beberapa perkara pasti yang dia tahu adalah: Nazri teramat sayang kepada adiknya Shawal I tahu you tak banyak tahu tentang diri dia. Ujar Irwan, kemudian dia menyambung, You cuba tanya kepada dia bagaimana caranya abang tiri itu mati Walaupun Murni tahu bahawa abang tiri Nazri yang bernama Zaki itu telah meninggal dunia, dia tidak pernah diberitahu Nazri bagaimana abang tirinya itu meninggal. Dan Murni sendiri tidak pernah mahu tahu dengan lanjut tentang perkara ini. Kerana dia sendiri tahu, Nazri paling tidak suka jika dia cuba mengorek rahsia peribadinya. Murni ingin melupakan kata-kata Irwan ini. Kerana fikirnya, sekarang bukan masanya untuk dia berfikir tentang perkara-perkara yang remeh seperti ini. Terutamanya tatkala musim peperiksaan SPM akan menjelang tidak lama lagi. Yang lebih penting kepadanya sekarang, dia patut menumpukan segala perhatiannya kepada pelajarannya!

98

Aku. Rama-rama Bab 16 Jenis-jenis wanita yang akan berkahwin dengan lelaki gay:

Nizam Zakaria

1.Wanita yang blur like sotong. Tidak tahu bahawa rakan karib suaminya yang bernama Karim itu adalah madunya sendiri. 2.Wanita yang tidak pernah kenal dengan keadaan dunia yang sebenar. Bahawa memang wujud kaum lelaki yang lebih cenderung kepada kaumnya sendiri, seperti suaminya. 3.Wanita yang tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang lebih lembut dari ibunya sendiri. 4.Wanita yang mempunyai sifat lesbianisme yang tidak diketahuinya sendiri. 5.Wanita yang tidah kisah jika suaminya lebih mementingkan soal kecantikan wajahnya lebih dari dirinya. 6.Wanita yang tidak kisah menjadi seorang top di atas kamar. 7.Wanita yang tidak kisah jika suaminya tiba-tiba menyebut kalimah seperti: Oh, Roslan, fuck me please! tatkala di atas ranjang atau tatkala mengigau. 8.Wanita yang sememangnya mahu memerintah suaminya melalui kaedah queen control. 9.Wanita yang tidak kisah jika nafkah batinnya sering tidak penuhi oleh suaminya. 10.Wanita yang tidak kisah jika suaminya sering outstation pada hujung minggu atau hilang pada malam hari. Overtime, kononnya. Aku. Rama-rama.

99

Aku. Rama-rama Bab 17

Nizam Zakaria

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang specis rama-rama yang kita minati, kita harus menangkapnya lalu mengkajinya dengan secara dekat. Walaupun begitu, kadang-kala tidak banyak yang boleh kita ketahui dari rama-rama yang kita selidiki ini walaupun ia berada di hadapan kita. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Esok hari Sabtu. Mubin dan Azman bercuti. Mubin telah mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa cutinya bersama Azman. Pada malam itu seperti biasa, Azman telah menyediakan masakan malam untuk Mubin. Setelah mereka makan bersama, mereka akan bertolak ke Bangsar untuk ke Chinos. Di sana, mereka akan memesan kek tiramisu kegemaran mereka dan mereka akan duduk berbual di Chinos sehingga masanya restoran itu ditutup. Pada hari sabtu pula, mereka akan berbasikal bersama di kawasan Sungai Buloh dan pada petang harinya pula, mereka akan pergi membeli-belah di Mid Valley dan kemudian, menonton wayang di sana. Pada hari ahad, mereka berdua akan bersantai seharian di rumah sehinggalah masanya Mubin pulang semula ke rumahnya di TTDI. Perkara ini kini telah menjadi seperti rutin mereka pada hari hujung minggu. Tetapi malam ini rutin mereka sedikit terganggu. Sewaktu mereka berdua baru sahaja pulang dari Bangsar, lalu mahu bersedia untuk masuk ke bilik tidur, telefon bimbit Azman berbunyi. Siapa pulak yang call malam-malam buta ni? Rungut Azman. Dia jarang menerima panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Dia tidak mempunyai kebiasaan untuk memberikan nombor telefon bimbitnya kepada orang ramai. Nombornya ini hanya untuk orang-orang yang terdekat dengannya. Mahu sahaja dia membiarkan telefon terus berdering sehingga ia mati sendiri. Tetapi difikirnya, mungkin pangilan tersebut penting... Mubin yang sedang terbaring di atas katil tatkala itu melihat gelagat Azman yang sedang mengangguk-angguk tatkala sedang berbual. Wajahnya tenang, walaupun Mubin tahu bahawa panggilan tersebut agak penting. Mubin, salin pakaian! Perintah Azman sebaik sahaja dia berhenti berbual melalui telefon bimbitnya. Dia nampaknya sedang sibuk mengambil sepasang kemeja dari dalam almarinya. Kenapa? Tanya Mubin. Dia mengambil seluarnya yang telah digantungnya di dalam bahagian almari yang telah dikhaskan oleh Azman untuknya. Mizi kau akan berjumpa Mizi malam ini. Jelas Azman sebelum dia bergegas turun ke bawas selepas dia selesai mengenakan pakaiannya. Azman mengeluh beberapa kali tatkala dia sedang memandu. Beberapa kali juga Mubin telah menoleh ke arahnya dengan wajah penuh risau. Mubin tidak tahu menahu dengan apa yang telah berlaku kepada Mizi sehingga membuatkan Azman terburu-buru menuju ke arah pusat bandar Kuala Lumpur. Jam di dalam kereta pacuan empat roda Azman menunjukkan pukul satu limabelas pagi. Suasana kota agak sepi, tetapi masih hidup-memandangkan masih terdapat beberapa buah kereta dan manusia yang lalu lalang di dalam kota. Terutamanya di kawasan Central Market dan Dayabumi.

100

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Kenderaan Azman kini membelok ke arah Pejabat Pos Besar. Dia kemudian telah memberhentikan kenderaannya betul-betul di hadapan bangunan pejabat pos. Azman telah menggunakan telefon bimbitnya untuk menelefon Mizi, tetapi dia tidak dapat menghubunginya. Azman memukul sterengnya dengan kuat tanda marah. Perbuatannya ini membuatkan Mubin tersentak. Semakin tersentak Mubin dibuatnya apabila dia mendengar cermin pintu disebelahnya diketuk berkali-kali. Sekali lagi dia terkejut pada malam itu apabila dia mendapati ada seorang lelaki dengan kepalanya berlumuran darah sedang berdiri di sebelah tingkap. Bahagian cermin tingkap yang telah diketuk oleh lelaki tadi tertinggal kesan berdarahnya sendiri. Ish, Mizi! Tempelak Azman, lalu terus dia keluar dari perut kereta untuk mendapatkannya. Masyaallah! Apa yang dah jadi dengan kau ni? Keadaan Mizi agak parah. Kepalanya berlumuran dengan darahnya yang pekat. Mukanya lebam-lebam, mungkin kerana telah dipukul orang tadi. Tapak tangan kirinya juga berdarah, mungkin pula bekas torehan pisau yang tajam. Azman telah memapah Mizi masuk ke bahagian belakang Ford Rangernya. Kita kena bawak dia ke hospital, bang! Mubin menyarankan. Dia takut untuk menoleh ke belakang untuk melihat keadaan Mizi yang mengerikan itu. Tetapi sesekali dia akan memberanikan dirinya untuk melihat keadaan Mizi melalui cermin kereta di hadapannya. Tak apa aku ada kawan. Dia akan uruskan. Kata Azman, lalu dia dia membuat panggilan melalui telefon bimbitnya. Kita nak ke mana bang? Tanya Mubin setelah dia mengakhiri perbualannya melalui telefon. Dahinya terkerut penuh risau, terutamanya apabila dia mendengar Mizi sedang mengeluh menahan sakit lukanya. Aku ambil kawan aku. Dia ada kat Liquid sekarang ni. Sebut Azman dengan tenang. Dan dengan tenang juga dia telah memandu keretanya sehinggalah dia tiba di kawasan Annex di Central Market. Dia memberhentikan keretanya di hadapan restoran Pizza Hut. Di sana, seorang lelaki yang sedang berpakaian baju T Lycra yang ketat berwarna putih nampaknya sedang menunggunya di sana. Dia berkumis tipis dan rambutnya yang agak kerinting itu telah dipotongnya pendek. Sejurus selepas itu, terus dia membuka pintu kereta lalu masuk untuk duduk di sebelah Mizi. Kenapa dengan Mizi, Man? Tanya lelaki tersebut kepada Azman. Dia cuba memeriksa luka di kepala Mizi. Kau tanyalah dengan dia sendiri. Ujar Azman sambil memusingkan stereng kenderaannya untuk keluar dari kawasan itu. Mizi apa dah jadi dengan kau? Lelaki tersebut kini mengulangi soalan yang sama kepada Mizi pula. Tetapi nampaknya Mizi tidak mahu menjawab. Dia memandang ke arah lain. Kita kena bawa dia ke klinik aku. Kata lelaki tersebut kemudiannya. Azman mengangguk setuju, lalu dia menoleh ke arah Mubin sambil berkata: Zainal, ini Mubin. Mubin menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Zainal. Mubin dapati, umur Zainal muda sedikit sahaja dari umur Azman.

101

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

I heard so much about you from Azman. Ujar Zainal sambil tersenyum ke arah Azman yang sedang memandu. Mubin akhirnya Mizi bersuara sambil mendengus ketawa kemudian tersengih. Dia memandang tepat ke arah Mubin yang kini telah menoleh ke arahnya. Azman pun banyak ceritakan kepada aku tentang diri kau. Dia kata kau hebat di dalam kamar. Mubin tersipu-sipu malu mendengar kata-kata dari Mizi. Dia menoleh ke arah Azman yang masih kelihatan tenang. Dia kata benda yang sama kepada Zainal tentang diri aku ni dulu bukan begitu, Zainal? Mizi meracau seperti orang hilang akal. Aku harap, satu hari nanti dia tidak akan tinggalkan kau seperti mana dia tinggalkan aku dulu! Sudah, aku tak mahu dengar benda-benda mengarut keluar dari mulut kau. Tegur Azman. Dia masih tidak meninggikan suaranya. Aku dan Mubin sekadar kawan sahaja. Jadi kau jangan nak bandingkan diri dia dengan diri kau. Kalimah kawan seperti mana yang telah disebutkan oleh Azman tadi telah menggores hati Mubin, walaupun dia telah sedaya upaya cuba menerima hakikat tentang hubungan mereka berdua. Bukan setahun dua aku kenal kau, Azman, Kata Mizi. Mungkin dia sedang mabuk. Tetapi bau arak langsung tidak dapat dibau oleh mereka di dalam kereka. Yang ada, cuma hanyir bau darahnya. Aku tahu bahawa kau sayangkan dia lebih dari kau sayangkan aku dulu-- Sudah Mizi! Marah Azman dengan suara yang garang. Sekarang bukan masa dan tempatnya untuk kau melalut yang bukan-bukan! Kau boleh drive laju-laju sedikit ke USJ? Tanya Zainal. Suaranya penuh risau. Darahnya dah banyak keluar. Lukanya kena dijahit secepat mungkin. Azman mengangguk, lalu dia mempercepatkan sedikit kelajuan keretanya. Dah berapa kali aku cakap dengan kau jangan dekati commercial boy? Dah berapa kali? Suara Azman berat dengan loghat Kelantanya. Setiap kali nafsu amarahnya itu naik, pasti loghat Kelantannya itu akan keluar dengan sendirinya. Mizi tidak menjawab. Dia menoleh ke arah luar tingkap. Apa yang sebenarnya terjadi, Mizi? Aku perlu tahu. Tanya Zainal. Mizi pernah berkawan rapat dengan Zainal, terutamanya apabila dia mulamula dibawa berhijrah ke KL oleh Azman dahulu. Zainal pernah sama-sama menyewa sebuah kondo di Bangsar, sebelum Azman membeli rumahnya sendiri di Taman Bahagia. Encik Wan TarMizi bin Wan Zailani, kenapa kau tak beritahu kepada doktor Zainal bahawa kau baru sahaja kena pau? Kena pukul dek budakbudak Kelate? Azman sengaja mengejek. Dia telah mengetahui duduk perkara yang sebenar dari mulut Mizi lagi sejak tadi. Mizi tersengih-sengih mendengarkan kata-kata Azman tadi. Kemudian dia memandang kepada Zainal untuk menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku kepadanya tadi. Aku terjumpa dengan satu mamat ni budak Kelantan dekat Jurrasic Park. Hensem budaknya, tapi seteret. Aku bawak dia berbual. Dia kata dia tak selesa di JP. Dia nak ke Dayabumi. Aku on sahaja. Di sana kami duduk

102

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

berbual. Aku pula cuba ringan-ringan dengan dia. Aku raba peha dia Mizi berhenti, lalu menahan sakit pada bahagian telakap tangannya. "Dengan tibatiba sahaja melenting. Katanya: Kau dah cuba nak malukan aku ni!". Kemudian tiba-tiba sahaja dia mintak aku duit. Aku tak mahu bagi. Dia mengamuk. Entah dari mana, lepas tu dua orang kawan dia datang. Sorang bawak pisau. Budak tu terajang aku. Kemudian aku lupa apa yang terjadi. Yang aku ingat, aku kena belasah dengan teruk. Tangan aku ni pula mungkin terkelar bila aku cuba halang budak tu dari tikam aku. Wallet dengan handset aku kena curi. Teruk kau kena belasah, Mizi. Kata Zainal dengan nada kasihan. Aku tahu. Mizi menggeleng-gelengkan kepalanya. Kau masih beruntung sebab kau masih hidup. Kata Azman. Kalau kau mati, Polis akan merumuskan kes bunuh kau sebagai crime passionnel atau crime of passion. Mereka tidak akan kata kau mati kena rompak atau kena pukul sampai mati oleh kaki pau. Terlalu banyak kerja untuk mereka. Mereka akan kata kau mati kerana kononnya kau gaduh dengan lover homo kau, kes akan cepat dapat ditutup. Bukan begitu kebiasaannya, Zainal? Zainal mengangguk setuju. Dia sendiri telah beberapa kali melihat kes bunuh seperti ini yang melibatkan gay dengan commercial boy. Jika berlaku kes bunuh tersebut dan commercial boy itu ditangkap, pasti hukuman yang dijatuhkan juga ringan. Langsung tidak memadai dengan kesalahan yang telah dilakukannya. Di dalam kliniknya, Zainal dengan cukup tenang dan berhati-hati telah menjahit kepala dan telapak tangan kiri Mizi. Dia telah mengambil masa selama setengah jam untuk melakukan pekerjaannya itu. Isteri kau di mana? Tanya Azman sebaik sahaja Mizi keluar dari bilik rawatan. Di kampung dengan anak-anak aku. Jelas Mizi. Sememangnya pada musim cuti sekolah, isteri Mizi sering bercuti ke kampung. Isterinya bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah di Sentul. Kalau macam tu, kau tidur sahaja di rumah aku malam ni. Mizi diam. Dia menoleh ke arah Mubin. Mubin hanya mampu tersenyum kelat. ** Pada pagi itu, Mubin masuk ke dalam bilik tamu Azman dengan membawa semangkuk bubur yang telah dimasakkannya untuk Mizi. Dengan penuh berhati-hati dia telah meletakkan makanan di atas sebuah meja di sebelah katil. Kehadiran Mubin langsung telah mengejutkan Mizi dari lamunannya. Aku boleh makan di luar. Sebut Mizi dengan perlahan. Dia cuba menggeliat. Tetapi dia cepat-cepat berhenti apabila dia mendapati hampir seluruh bahagian badannya terasa sakit-sakit. Kau tidur di mana malam tadi? Pertanyaan Mizi tersirat rasa cemburu. Mubin menggaru-garu dadanya, sehingga baju T Purdue Universitinya itu ternaik sedikit lalu menunjukkan bahagian perutnya yang padat berotot itu. Mata Mizi tepat ke arah yang terdedah itu. Kemudian dia kembali merenung

103

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

ke dalam mata Mubin. Mizi tidak dapat menafikan kekacakan Mubin. Mubin mempunyai setiap ciri yang idamkan Azman. Kerana Mubin tinggi tegap orangnya. Berijazah, lemah lembut dan masih tampak segak, walaupun di dalam keadaannya yang langsung tidak terurus pada pagi itu. Rambutnya kusut. Matanya masih penuh dengan tahi mata. Aku tidur dengan Azman. Mubin akhirnya menjawab setelah dia diam dengan agak lama. Kau sayang dengan dia? Tanya Mizi, kemudian dia menjawab soalannya sendiri: kau tak perlu jawab. Aku tahu kau sayang kepadanya. Ya, Mubin tetap menjawab pertanyaan Mizi tadi walaupun dengan ringkas. Walaupun kalimat ya itu sukar untuk dikeluarkannya. Dia pernah bersumpah dengan aku bahawa dia tidak mahu mempunyai kekasih lagi selepas aku-- Aku tahu. Siang-siang lagi dia telah beritahu aku tentang hal ini. Mubin tertunduk memandang lantai. Dia menggosok-gosok matanya untuk mengeluarkan tahi matanya yang berselaput itu. Dan sekarang kau sayangkan dia setengah mati Mubin mengangguk. Kemudian dia membuka mulutnya untuk bersuara: Semalam kau kata abang Man yang tinggalkan kau. Ya, dia yang tinggalkan aku kenapa? Dia beritahu kepada kau yang aku tinggalkan dia? Tanya Mizi dengan penuh sinis. Ya, Jawab Mubin pendek. Dia tinggalkan aku setelah aku beritahu kepadanya tentang rancangan keluarga aku untuk menyuruh aku berkahwin. Tapi dia kata-- Aku tidak tahu apa yang dia kata kepada kau tentang aku. Mizi membentak. Tapi masa tu dia tidak sepatutnya tinggalkan aku begitu sahaja. Aku betul-betul perlukan dia pada masa itu. Aku betul-betul sayangkan dia. Kalau kau perlukan dia kalau kau sayangkan dia, kenapa kau berkahwin? Mizi terdiam. Dia mengeluh. Dia memandang ke arah telapak tangan kirinya yang kini telah dibalut kemas. Kemudian dia bangun ke arah cermin untuk memeriksa balutan di atas kepalanya pula. Adakah kau akan berkahwin seperti aku pada satu hari nanti? Tanya Mizi dengan nada yang serius kepada Mubin. Dia duduk di atas katil. Dia menyuruh Mubin duduk di sebuah kerusi di hadapannya. Saya tak tahu lagi jodoh di tangan tuhan. Jawab Mubin, walaupun di dalam hatinya dia tahu bahawa dia telah lama nekad untuk tidak mahu berkahwin sama sekali. Sebagai seorang yang pernah berkahwin, ingin aku nasihatkan kepada kau supaya terus sahaja membujang. Jangan jadi seperti aku. Bukan senang untuk hidup di dalam dua dunia seperti aku. Kau tahu berapa peritnya aku jalani hidup aku ini? Suara Mizi ikhlas kedengarannya walaupun ia telah disebut dengan nada penuh pasrah. Kenapa pula perit? Tanya Mubin kerana dia sendiri ingin tahu dengan lebih lanjut lagi. Susah untuk aku terangkan. Jelas Mizi. Dia menggosok-gosok pipinya. Jangan sekali-kali menyuruh aku pilih di antara dua dunia aku ini.

104

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Aku tidak mampu untuk meninggalkannya. Aku tahu setiap kali aku main dengan jantan, setiap kali itulah aku akan menduakan isteri aku. Tapi aku tak sanggup tinggalkan anak bini aku semata-mata kerana aku mahu kembali ke dunia gay. Aku terlalu sayangkan mereka. Aku sayangkan anak-anak aku. Dan aku juga sayangkan bini aku, walaupun aku mengaku, rasa sayang aku kepada dia tidak sama dengan rasa cinta aku dengan Azman. Kerana aku hanya mampu mencintai seorang lelaki. Aku akan berbohong kepada kau jika aku beritahu kepada kau bahawa aku tidak pernah terfikir untuk tinggalkan anak bini aku dan mahu kembali ke dunia aku yang satu lagi ini. Tapi aku tak sanggup biarkan anak bini aku hidup terpontang-panting. Aku tak mahu bini aku nanti diperkatakan orang bahawa suaminya kini tinggal dengan jantan lain. Atau anak aku nanti bila mereka dah dewasa tahu siapa aku yang sebenarnya. Meronta fikiran jiwa aku memikirkannya. Mungkin dah salah aku. Mungkin aku sepatutnya mendengar nasihat Azman sejak dari awal lagi. Dia pernah kata bahawa lelaki gay seperti aku tak patut kahwin. Kerana apa yang akan aku lakukan akhirnya adalah mendustai anak dan isteri aku seperti sekarang ini. Tetapi seperti yang aku katakan tadi aku tidak boleh berundur. Sekarang aku terpaksa menjadi seorang hipokrit. Berpura-pura di hadapan keluarga aku dan isteri aku, sedangkan di luar aku main dengan jantan. Terimalah nasihat dari aku ni, Mubin. Jangan berkahwin. Aku tidak mahu lihat hidup kau tersiksa macam aku. Kalau kau jenisnya yang memang suka menyeksa orang atau yang pandai menipu, teruskanlah tapi bila hidup kau merana nanti, jangan kau tuduh aku tak pernah berikan kau nasihat tentang hal ini semua! Mubin menghela nafasnya panjang-panjang. Dia langsung tidak tahu bagaimana dia patut membalas kata-kata nasihat dari Mizi tadi. Mubin, jangan jadi seperti aku. Jangan dengar cakap orang sekeliling. Ikut gerak hati kau sendiri. Aku menyesal tak sudah sebab aku tidak mendengar gerak hati aku dahulu. Tapi kau cuba lihat keadaan aku sekarang! Mizi memandang kosong ke arah tingkap. Cahaya pagi yang terik mula membasahi suasana bilik. Kini, sebahagian dari hidup ku telah lama mati pada saat Azman meninggalkan aku dahulu. Dan kalau kau silap langkah, kau akan jadi seperti aku ** Nazri baru sahaja mendengar berita tentang keadaan Mizi dari Murni. Itupun setelah Murni memberitahu kepadanya tentang Mubin yang mahu menjaga kawan lama Azman yang cedera parah dipukul orang. Sejak dari awal lagi, Nazri sudah dapat meneka bahawa kawan baik Azman yang telah dimaksudkan oleh Murni tidak lain dan tidak bukan adalah Mizi. Jika bukan Mizi, siapa lagi? Hah, dah sampai pun anak ikan kau. Ujar Azman kepada Mizi sebaik sahaja Nazri sampai di hadapan rumah. Suaranya tadi penuh sinis. Tajam. Terukir senyuman ceria di wajah Mizi. Dia terus berjalan ke arah pintu untuk mendapatkan Nazri. Nazri terus berbual dengan Mizi sebaik sahaja mereka berdua bersemuka di bahagian luar rumah. Sebelum Nazri dijemput masuk ke dalam

105

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

rumah, Mizi telah menunjukkan beberapa kesan lukanya kepada Nazri. Nazri hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sebenarnya, aku telah berkenalan dengan Nazri melalui Mizi. Ucap Azman sewaktu dia sedang menolong Mubin menyediakan air untuk Nazri. Bila tu? Tanya Mubin dengan penuh minat tatkala dia menuangkan sirap perisa anggur ke dalam koleh. Kira-kira setahun yang lepas. Beritahu Azman. Dia mengeluarkan beberapa biji gelas dari dalam kabinet. Tapi bagaimana Mizi boleh berkawan dengan Nazri. Di mana mereka mula-mula berjumpa? Panjang ceritanya, dan kau mungkin tidak mahu tahu. Kata-kata Azman terhenti di situ sahaja. Dia menjeling kepada Mubin sebelum dia berjalan melangkah masuk ke dalam bilik tamunya. Jelingannya tajam dan menyimpan satu rahsia penuh bermakna. Mubin tidak sempat untuk bertanya dengan lebih lanjut dari Azman mengenai perkara ini. Dilupakannya sahaja perkara ini dari ingatannya. Kerana kebiasaannya memang begini. Kalau ada rahsia peribadi yang tidak mahu diberitahu oleh orang lain kepadanya, dia tidak akan terus bertanya untuk mengorek rahsia. Walaupun jauh di dalam hatinya, dia memberontak ingin tahu

106

Aku. Rama-rama Bab 18

Nizam Zakaria

Hari ini abang Mubin berpindah. Alasannya, dia kini telah dewasa, maka dia tidak patut mengharapkan hidupnya dari mak dan ayah. Mak dan ayah telah membenarkan dia berpindah, walaupun pada mulanya mak telah membantah dengan sekeras-kerasnya. Tetapi ayah telah memujuknya supaya membenarkan abang Mubin menentukan jalan hidupnya sendiri. Kerana menurut ayah, tidak elok jika anak bujang sepertinya duduk di bawah ketiak mak bapaknya sendiri. Dia perlu belajar berdikari, katanya lagi. Tindakan abang Mubin mahu berpindah adalah seperti seekor ramarama yang terbang mencari sarangnya yang baru setelah begitu lama hidup di dalam kepompong --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Semalam, tatkala di pejabat, Mubin telah menelefon Mizi di tempat kerjanya di Hotel Renaissance. Di hotel tersebut, Mizi bekerja sebagai ketua pelayan di March, sebuah coffee house di sana. Mubin ingin menemui Mizi kerana dia ingin mengenali Mizi dengan lebih dekat lagi. Selama dia menjaga Mizi, (tatkala dia duduk berehat selama beberapa hari di rumah Azman kira-kira sebulan yang lepas) dia mendapati Mizi agak peramah orangnya. Seorang yang boleh dibawanya berbual. Mizi telah bersetuju untuk menemuinya di Central Market. Mereka telah bertemu betul-betul di hadapan kaunter penerangan. Lama kau tunggu aku? Tanya Mizi sewaktu menyapa Mubin yang sedang berdiri tercegat di hadapan sebuah kedai menjual barang-barang cenderamata. Lama jugak. Kau tak lambat. Aku yang datang cepat. Ujar Mubin. Aku tunggu sini sampaikan mamat yang sedang promosikan kad diskaun entah apa kejadah tu dua kali kacau aku. Mizi berpaling ke arah pemuda yang telah disebutkan oleh Mubin tadi. Dia mendapati pemuda itu cepat-cepat menoleh ke tempat lain apabila dia sedar bahawa Mizi sedang memerhatikannya merenung ke arah Mubin. Gayboy tu syok kat kau lah apa lagik. Jelas Mizi yang sudah arif benar dengan keadaan di KL ini. Mesti sekarang dia makan hati, sebab dia ingat aku ni lover kau. Seloroh Mizi pula sebelum dia membawa Mubin berjalan naik ke atas untuk ke tempat makan yang terdapat di sana. Mubin telah mengesyorkan supaya mereka masuk ke beberapa restoran yang ada, tetapi Mizi tidak begitu berminat. Dia lebih suka makan di kawasan gerai-gerai yang menjual makanan yang lebih murah. Alasannya, di sini dia boleh makan sambil cuci-cuci mata. Kini Mizi sengaja memilih tempat duduk yang paling tepi di kawasan tempat makan yang membolehkannya menjenguk-jenguk ke arah orang yang lalu-lalang di tingkat bawah CM. Rata-ratanya, mereka yang lalu-lalang di tingkat bawah CM pada malam itu adalah pekerja-pekerja pejabat dan pelajar-pelajar sekolah yang ingin pulang ke rumah masing-masing. Isteri kau tak marah ke kalau kau balik lambat? Tanya Mubin kepada Mizi. Bebola mata Mizi tidak henti-henti merenung ke bawah. Terutamanya ke arah sekumpulan pemuda yang baru sahaja masuk ke dalam CM yang mungkin baru sahaja datang dari arah Puduraya. Mereka masuk ke CM

107

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan beberapa beg yang sarat kelihatannya. Mungkin mereka baru sahaja datang ke KL dari kampung untuk mengadu nasib di sini Isteri aku dah biasa dengan aku balik lambat kadang-kala aku tak balik langsung. Itu pun dia dah biasa jugak. Yang penting, tiap-tiap bulan aku bawak balik gaji untuk sara dia dan anak-anak aku. Kata Mizi tentang isterinya yang bekerja sebagai guru Agama itu. Aku sebenarnya nak jumpa kau sebab sebab aku nak tanya kepada kau tentang diri abang Man. Kata Mubin perlahan dan tersekat-sekat. Matanya kini kepada bahagian kepala Mizi yang cedera yang kini sudah ditumbuhi kembali dengan rambutnya. Lebam-lebam di mukanya pula kini telah hilang sama sekali, walaupun masih terdapat beberapa tanda parut di bahagian dahi serta dagunya. Kerana kecederaan ini, Mizi telah disuruh bertugas di bahagian pentadbiran di tempat kerjanya. Kerana dengan keadaannya yang berbalut itu, memang tidak sesuai untuk dia melayan pelanggan. Majikannya mendapati, Mizi dapat melakukan kerja barunya ini dengan begitu baik sekali. Kini, majikannya sudah mempunyai ura-ura untuk menaikkan pangkatnya terus ke bahagian pentadbiran-- di bahagian yang menguruskan tentang keluar masuk pekerja, stok makanan, menu dan bermacam lagi. Kau nak tahu tentang apa? Tanya Mizi kemudiannya. Mubin masih dapat melihat tanda jahit pada telapak tangan kiri Mizi. Aku cuma nak tanya apa yang telah kau lakukan kepadanya dahulu sehingga dia jadi begini. Akhirnya Mubin dapat meluahkan pertanyaan yang telah lama terbuku di dalam hatinya. Aku tak faham maksud kau. Maksud aku kenapa abang Man tidak mahu bercinta lagi. Mubin mengulangi soalannya untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Apa yang telah kau buat kepadanya sehingga dia jadi seperti ini? Mizi mengeluh. Dia kembali berpaling ke arah orang ramai yang sedang lalu-lalang di bawah. Mubin kalau aku ada satu nasihat kepada kau kau mahu dengar nasihat aku ini? Tanya Mizi meminta kepastian. Terpulang. Aku boleh mendengar nasihat yang kau berikan. Tapi tidak semestinya aku menerima. Kata Mubin dengan ikhlas tentang perdiriannya. Mubin kau pernah lihat diri kau di cermin dan sedar betapa kacaknya diri kau tu? Pernahkah kau sedar, pada hari ini sahaja entah berapa orang yang terpegun apabila mereka terpandangkan muka kau tu? Kau bukan calang-calang orang, Mubin. Kau jenis orangnya yang menjadi sumber inspirasi para karyawan untuk melahirkan karya-karya seni yang indah. Kau seorang manusia yang hampir-hampir sempurna sifatnya. Azman juga aku pasti sedar tentang hal ini. Tapi jangan habiskan masa dan tenaga kau dengannya. Aku tidak mahu lihat kau kecewa satu hari nanti. Carilah lelaki lain, Mubin. Aku pasti kau akan dapat cari lelaki lain yang jauh lebih baik dari Azman. Tapi kau masih tak faham aku sayangkan dia! Mubin meninggikan suaranya. Aku faham. Kerana aku sendiri sayang dengan dia sehingga ke hari ini. Kau ingat rasa cinta aku kepadanya pernah pudar? Mubin tidak mahu menjawab soalan yang telah ditujukan kepadanya oleh Mizi tadi. Dia hanya mampu mengeluh. Dia tidak faham mengapa Mizi

108

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

telah menyuruhnya meninggalkan Azman. Mungkin Mizi mahu memiliki Azman sekali lagi, atau mungkin Mizi cemburu kepadanya. Sukar bagi Azman untuk menerima cinta kau tu. Kata Mizi. Kemudian dia diam di dalam jangka masa yang lama. Tekaknya kering. Lalu dia berjalan meninggalkan mejanya untuk memesan air minuman. Lima minit kemudian dia datang dengan dua cawan Coke. Satu untuknya dan satu lagi Mubin. Kenapa kau kata Azman tak akan terima cinta aku? Tanya Mubin yang masih mengingati lagi kata-kata Mizi tadi kepadanya. Kerana dia adalah seorang manusia yang tidak mahu percayakan kepada wujudnya cinta lagi. Baginya, cinta telah lama mati. Tapi kenapa? Mubin mendesak mahukan jawapan. Kerana akulah dia bersikap begini sekarang ini." Mizi menyedut air Cokenya melalui straw yang ada. "Aku mengaku aku bersalah. Aku mengaku bahawa akulah yang telah membunuh setiap perasaan cinta yang ada di dalam dirinya. Kening Mizi terkerut seperti orang yang bersalah. Dia kemudian menambah lagi. "Kalau kau nak tahu, seorang anak saudaranya dari Kelantan pernah menumpang di rumah kami sementara dia mendapatkan pekerjaan dan tempat duduknya sendiri di KL. Sewaktu dia duduk dengan kami, dia mula sedar tentang hubungan aku dengan Azman. Untuk pendekkan cerita, dia telah beritahu kepada ibu dan bapa Azman di Kelantan tentang hubungan kami berdua. Pada waktu itu, aku tak tahu kenapa dia telah melakukan perkara itu kepada kami, sedangkan aku dan Azman telah melayan dia dengan baik. Malah, akulah yang telah berpenat lelah untuk tolong carikan pekerjaan yang sesuai untuk dia. Apa yang telah terjadi selepas itu? Bapa Azman telah menerima berita ini dengan tabah. Cuma ibunya sahaja yang tidak boleh menerima. Sewaktu Azman dipanggil untuk berjumpa dengannya di Kelantan, mereka berdua telah bertengkar. Ibunya telah menyuruh Azman tinggalkan aku dan cepat-cepat berkahwin. Calonnya pun dah ada, anak seorang kerabat di Raja Kelantan. Di dalam pertengkaran itu, Azman terus mengaku kepada ibunya bahawa dia tidak akan berkahwin kerana dia sayangkan aku dan dia mahu hidup dengan aku sampai bila-bila. Ibunya memanglah tidak boleh menerima ini semua. Ibunya kecewa sehingga dia kata Azman telah menderhaka kepadanya. Sehingga dia tidak mahu mengaku Azman anaknya lagi. Azman terus balik ke KL selepas pertengkaran ini. Sampai sekarang dia tidak pernah pulang ke kampungnya lagi. Setibanya dia di KL, dia telah menceritakan semua ini kepada aku. Kemudian dia menangis teresak-esak. Aku tidak pernah melihat dia menangis begini di hadapan aku. Sebak hati aku bila tengok dia menangis seperti ini. Dia telah tinggalkan keluarganya semata-mata kerana cintanya terhadap diri aku. Dia kata, dia sanggup buat apa sahaja demi cinta, dan di atas nama cinta juga dia mahu hubungan kami berdua berkekalan sampai bila-bila. Dan kemudian kau telah hancurkan harapannya dengan berkahwin kata Mubin seolah-olah menyalahkan Mizi. Ya, aku mengaku, aku telah hancurkan hidup Azman. Aku bersalah. Sampai aku mati sekalipun, aku tidak akan dapat maafkan diri aku ke atas kesalahan aku ini. Aku telah hancurkan hidup satu-satunya manusia yang aku betul-betul sayang. Mata Mizi mula berair. Kata-katanya tadi tersekat-sekat.

109

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Dia cepat-cepat mengelap air matanya yang mula terbit di kelopak matanya. Aku akan cuba dapatkan kembali kepercayaan dia terhadap cinta. Ujar Mubin bersungguh-sungguh, walaupun dia tahu pekerjaannya ini bukan semudah dia mengucapkannya. Jangan Mubin, nanti kau sendiri akan terluka. Kau sendiri yang akan kecewa akhirnya. Ujar Mizi bersungguh-sungguh. Carilah orang lain, Mubin. Tak boleh. Kerana tak ada orang yang boleh gantikan tempat Azman. Aku sayangkan dia. Dia terlalu istimewa buat diri aku. Ada sesuatu yang tersirat di dalam hatinya yang masih aku kurang fahami sesuatu yang membuatkan dia istimewa lain dari yang lain. Mubin pasti Mizi faham dengan maksud kata-katanya ini. Mizi mengeluh penat. Dia mengalah. Dia tidak mungkin mampu untuk mengubah pendirian Mubin terhadap Azman. Katanya kemudian: Kalau kau rasa kau pasti kau akan berjaya dapatkan cintanya, teruskan niat kau tu. Aku harap kau akan berjaya. Aku harap kau akan berjaya kerana aku mahu melihatnya bercinta kembali seperti dahulu. Kerana aku mahu melihat senyum tawanya ketika dia bercinta. Satu senyuman yang tidak dapat aku jelaskan atau lukiskan kepada kau, kerana manis senyumannya itu akan kau ingat dan simpan sampai bila-bila. Mungkin inilah rahsia yang kau kurang fahami tentang dirinya, kerana kini dia separuh dari manusia yang pernah aku kenali dahulu. Mungkin setelah kau lihat senyuman istimewanya ini, kau akan langsung memahami apa yang aku katakan ini dan faham apa tersirat di dalam hatinya selama ini. Mizi mengesat hujung matanya dengan jari hantunya. Hatinya sebak memikirkan tentang kebahagiaan yang pernah dikecapnya bersama Azman dahulu. Kebahagiaan yang kini langsung lenyap dari hidupnya kini. Mubin termenung. Dia kini bersungguh-sungguh mahu melihat sendiri senyuman istimewa Azman yang telah dinyatakan oleh Mizi tadi kepadanya. Kau nak tahu apa yang telah terjadi kepada anak saudara Azman? Tanya Mizi, langsung mengejutkan Mubin dari lamunannya. Aku telah bertembung dengannya di Transit pada tahun lepas. Seperti aku, dia ke sana untuk mencari abang-abang askar untuk dibawa berangkut. Aku terkejut lihat dia di situ sebab aku tak sangka pulak dia juga gay seperti aku! Pada masa itu barulah dia mengaku bahawa dia sebenarnya cemburu melihat hubungan aku dengan Azman. Dia juga mengaku bahawa sebab utamanya dia telah ke KL adalah kerana dia telah lama menaruh hati terhadap Azman, bapa saudaranya sendiri. Setibanya dia di KL, dia tidak sangka Azman sudah mempunyai hubungan dengan aku. Dia begitu cemburu terhadap hubungan aku dengan Azman sehingga dia sanggup beritahu kepada ibu bapa Azman mengenai hubungan kami berdua. Dia menyesal sekarang kerana telah menyebabkan keretakan kepada hubungan Azman dengan keluarganya. Dia meminta maaf kepada aku. Dan aku maafkan dia. Dia telah meminta maaf kepada Azman? Tanya Mubin, dia melonggarkan sedikit ikatan tali lehernya. Ya, tetapi Azman tidak pernah mahu memaafkan sesiapapun yang telah melakukan kesalahan yang besar terhadap dirinya termasuklah aku. Sambut Mizi menjawab soalan Mubin tadi dengan nada penuh sesal. **

110

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mubin telah sengaja mengambil cuti sehari semata-mata untuk melawat Azman di UM. Dia telah dipelawa oleh Azman untuk menghadiri kuliah yang sedang dikendalikannya. Azman suka melihat Mubin menunjukkan minatnya terhadap pekerjaannya. Kerana Azman mempunyai satu sahaja kecenderungan dan minat semula jadi yang ada di dalam hidupnya; bahawa dia suka mengajar. Dan Azman ingin Mubin tahu tentang kecenderungannya ini. Dia ingin Mubin faham mengapa dia suka menyalurkan setiap apa yang diketahuinya kepada anak-anak muridnya. Kerana baginya, setiap satu anak-anak muridnya adalah seperti anak-anaknya sendiri. Mubin masuk ke dalam bilik kuliah yang sedang dikendalikan oleh Azman. Mubin duduk di bahagian paling belakang sekali. Kalau boleh, dia tidak mahu mengganggu perjalanan kuliah ini nanti. Mubin mendapati, dewan kuliah telah dipenuhi dengan para pelajar. Mereka telah memberikan tumpuan yang penuh kepada Azman. Tatkala Azman sedang memberikan syarahnnya, Azman seolah-olah mempunyai ilmu pengasih sehingga mampu membuatkan setiap satu pelajarnya kusyuk mendengar kata-katanya. Azman telah menyampaikan syarahannya dengan cerita-cerita yang menarik yang selalunya akan diakhiri dengan lawak jenaka. Suasana di dalam dewan kuliah tidak pernah tegang malah kadang-kala Mubin terasa seolah-olah dia sedang menyaksikan sebuah pertunjukkan hebat dari seorang penglipur lara yang tidak kurang hebatnya. Pelajaran sosiologi yang telah dikendalikannya dengan begitu menarik dan berkesan sehingga membuatkan kuliahnya di antara kuliah yang paling popular di UM. Di akhir kuliah, sejurus selepas dia melayan pertanyaan beberapa orang anak muridnya, Azman terus mendapatkan Mubin di tempat duduknya. Saya tidak pernah menyangka topik mengenai komunisme dari pandangan Karl Marx melalui bukunya Das Kapital boleh menjadi begitu menarik sekali! Ujar Mubin bersungguh-sungguh tatkala dia dibawa berjalan oleh Azman ke pejabatnya. Mubin mendapati, ramai pelajar-pelajar di fakulti kesusasteraan mengucapkan salam hormat kepadanya. Saya rasa saya kena beli buku Das Kapital ni-- Kau tak payah beli aku ada simpan buku tu di rumah. Ujar Azman sambil membuka pintu pejabatnya. Masuklah, katanya kemudian. Mesti dah ramai pelajar yang kacak-kacak yang dah masuk ke dalam pejabat ini. Ujar Mubin sambil tersengih. Sudah tentunya ramai. Tetapi tidak ada yang sekacak kau, Mubin. Kata-kata pujian yang datang dari Azman memang sudah biasa didengarinya dari orang lain. Tetapi apabila kata-kata pujian seperti ini keluar dari mulut Azman, lain pula rasanya. Muka Mubin merah menahan malu. Saya sebenarnya datang bukan sahaja kerana nak tengok lecture abang Man saya datang kerana-- Kerana apa? Tanya Azman yang menyuruhnya mengeluarkan maksud yang terkandung di dalam hatinya. Saya ingin duduk dengan abang. Azman tersenyum. Dia mengusap-ngusap janggutnya yang lebat tetapi telah dipotong pendek itu.

111

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Boleh aku rasa tak salah kalau kita duduk bersama-sama. Aku ada dua bilik kosong. Kau boleh pilih satu. Kau sendiri tahu tentang hal ini. Lagipun kau dah lama buat rumah aku macam rumah kau sendiri. Azman memeluk tubuhnya tatkala dia sedang duduk di atas kerusinya. Maksud saya saya nak duduk di dalam bilik abang. Kalau itu yang kau mahukan... aku tak kisah. Abang sayang dengan saya? Tiba-tiba pertanyaan ini terpacul dari mulut Mubin. Azman tidak menjawab. Dia menoleh memandang ke tingkap ke arah luar pejabatnya. Mubin tertunduk malu. Sekali lagi mukanya merah pada petang itu. Kalau kau nak pindah ke bilik aku aku tak kisah. Ujar Azman perlahan. Dia tahu perbuatannya tadi untuk tidak menjawab soalan dari Mubin telah membuatkan Mubin rasa kecil hati. Esok aku akan tolong kau pindah. Kalau kau nak pindah malam ni pun aku tak kisah. Kau pindahlah ke bilik aku. Mubin mengangguk lesu. Kerana itulah yang dimahukannya dari Azman. Dia begitu pasti bahawa dia akan dibenarkan untuk duduk dengan Azman sehingga dia telah memberitahu kepada keluarganya tentang niatnya mahu pindah sejak seminggu yang lepas. Malah, sejak pagi tadi dia telah menyediakan segala barang-barangnya yang mahu dibawanya pindah ke rumah Azman!

112

Aku. Rama-rama Bab 19

Nizam Zakaria

Rama-rama yang bertebangan bebas selalunya akan melambangkan kebahagiaan dan keindahan alam semula jadi. Rama-rama yang berterbangan ini memang nampak cantik, seolah-olah mereka telah dicipta semata-mata untuk mencantikkan dunia ini. Tetapi adakah ini kebenarannya? --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya. Kini sudah masuk hampir dua bulan sejak hari terakhir kertas SPM yang telah diambil oleh Murni. Murni kini hanya duduk di rumah. Dan tatkala berada di rumah, tidak ada banyak perkara yang boleh dilakukannya, kecuali membaca dan menonton TV. Nak mencari kerja sambilan pun susah, kerana orang yang sudah berijazah pun susah untuk mencari pekerjaan di dalam masamasa sukar seperti ini. Murni sering merasa kesunyian di rumah, lebih-lebih lagi apabila Mubin tidak tinggal bersamanya lagi. Tidak ada keriuhan yang biasa terdapat di rumah. Perasaan Murni sering runsing memikirkan tentang kesunyian ini. Mahu sahaja Murni memanggil Majid supaya pergi menemaninya bersiar-siar atau membawanya berbual. Tetapi Majid kini semakin sibuk dengan kerjanya sebagai seorang penulis pojok di laman Malaysiakini.com. Langsung dia tidak mempunyai banyak masa lapang seperti dahulu. Kalau boleh, mahu sahaja Murni menemui Nazri pada setiap hari. Tetapi didapatinya, Nazri seolah-olah terlalu sibuk dengan aktiviti-aktivitinya sendiri. Murni sendiri tidak faham apa yang dibuatnya sehingga membuatnya sibuk begitu Sekolah macam mana sekarang? Tanya Murni kepada Nazri sewaktu Nazri membawanya bersiar-siar ke pusat membeli-belah Mid-Valley. Suasana MidValley agak sibuk. Ramai pelanggan yang datang, berjalan dengan membawa beg plastik atau beg kertas dari kedai terakhir yang mereka lawati. Macam biasa jer. Tak ada apa-apa yang menarik. Jawab Nazri dengan suara yang malas. Awak kena belajar rajin-rajin. Tahun ini awak kena ambil SPM. Nasihat Murni. Dengan penuh berhati-hati dia mengeluarkan kertas tisu dari tas tangannya lalu menekap kertas tisu tersebut di atas hidungnya yang mula berminyak itu. Alah, tahulah! Bukannya orang tak tahu. SPM pun lama lagi. Getus Nazri yang tidak suka dirinya ditegur. Tapi kita kena prepare awal-awal. Nanti-nantilah Getus Nazri sambil menjeling. Mak awak mengadu kat saya yang awak tak pergi ke pusat tuision. Dia jugak kata awak sekarang selalu sahaja tak ada di rumah. Alah, dia tu over sikit. Kata Nazri dengan nada yang marah. Awak ada girlfriend kot sekarang ini kalau ada cakaplah. Boleh awak bawak dia berjumpa dengan saya. Kata Murni, dia tersengih. Mak awak pun ingat awak ada girlfriend sekarang ni. Sebab itulah awak macam tak ingat dunia. Jangan overdoselah. Mana saya ada girlfriend! Mak saya ni pun satu. Fikir yang bukan-bukan sahaja pasal saya! Ish! Nazri merungut-rungut.

113

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Dia kan mak awak. Mestilah dia risau. Ujar Murni. Suaranya lembut menasihati Nazri. Awak ni busybody kenapa? Nazri semakin meninggikan suaranya. Bukan busybody saya cuma risau dengan awak. Kata Murni dengan ikhlas. Dia semakin melembutkan suaranya dengan harapan dia akan dapat melembutkan hati Nazri. Di dalam hatinya dia dapat merasakan seolaholah Nazri mempunyai masalah yang besar yang sengaja mahu disembunyikan darinya dan dari orang lain. Murni risau melihatkan keadaan Nazri sekarang. Awak ada problem ke ni? Tanya Murni kemudian sambil memegang bahu Nazri. Kenapa awak tanya soalan ini. Tanya Nazri. Suaranya kembali tenang seperti sedia kala. Sebab sekarang saya tengok muka awak macam muka orang ada problem. Jawab Murni. "Risau saja saya tengok. Tak pernah gembira." Nazri mengeluh. Mereka baru sahaja melepasi gedung Guess. Mereka berjalan tanpa berkata apa-apa. Setelah berjalan beberapa tapak, Nazri mencari tempat duduk. Dia terjumpa dengan tempat duduk kosong di hadapan kedai sukan Royal Sporting House. Dia menjemput Murni duduk bersamanya di situ. Saya sebenarnya ada problem dengan mak saya. Nazri akhirnya memberitahu. Problem apa pulak ni? Kami selalu sahaja bertengkar. Kenapa? Sebab dia ada problemnya sendiri Problem apa? Bapa tiri saya nak kahwin lagi. Eh, ye ker? Murni seolah-olah tidak boleh percaya. Kerana bapa tiri Nazri sudah agak berumur orangnya. Mungkin sudah melebihi enam puluh tahun. Awak tak baca majalah URTV minggu lepas? Pasal penyanyi dangdut yang telah digossipkan mempunyai hubungan intim dengan seorang ahli peniaga yang berasal dari Sarawak? Awak ingat siapa lagi ahli peniaga itu kalau bukan bapa tiri saya? Tanya Nazri, matanya merenung ke dalam mata Murni. Maaf, saya tak baca URTV. Spontan Murni membalas kata-kata Nazri. "Kalau Cleo, In Style atau Just Seventeen tu, lainlah." Sekarang, mak saya selalu marahkan saya pasal hal ni. Dia kata sebab sayalah bapak tiri saya cari perempuan lain. Tak kanlah sampai begitu sekali-- Nazri menghela nafasnya. Kemudian dia menghembusnya dengan lesu. Lalu dia berkata: Semasa abang tiri saya meninggal-- Nazri tidak dapat menyambung semula kata-katanya. Bebola matanya kini tertumpu ke tingkat tiga. Entah apa sahaja yang sedang dilihatnya pada masa itu. Apa yang telah terjadi, Nazri? Tanya Murni dengan perlahan. Saya selalu disalahkan kerana menyebabkan kemalangan abang tiri saya. Semua orang salahkan saya. Murni teringat kembali tentang kata-kata Irwan mengenai abang tiri

114

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Nazri yang telah lama meninggal dunia itu. Kalau awak tidak keberatan untuk ceritakan hal abang tiri awak itu kepada saya, saya sedia mendengar. Nazri mengambil masa yang agak lama untuk termenung, sebelum dia menyambung: Nama abang tiri saya Zaki. Dia adalah bongsu dan anak kesayangan bapa tiri saya dari isteri pertamanya. Abang Zaki menetap dengan kami setelah bapa tiri saya berkahwin dengan ibu saya. Peristiwa ini telah berlaku ketika saya berumur sembilan tahun. Umur abang Zaki pula dua puluh tahun. Ketika itu dia sedang menuntut di UKM. Masa tu musim cuti. Setiap musim cuti, dia mesti balik ke rumah kami Pada hari itu, abang Zaki telah membawa saya keluar. Dia selalu bawak saya keluar malam-malam. Pada malam itu kami ke sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan Gombak. Kawasan kampung pendalaman. Kawasan bukit. Tempatnya gelap. Masa tu abang Zaki bawak keretanya dengan laju. Dia tak pakai tali pinggang keledar. Kemudian kami kemalangan dia terlanggar sebatang pokok. Nazri tidak dapat menyambung lagi kata-katanya. Dia tidak dapat menceritakan kepada Murni tentang keadaan Zaki yang telah cedera parah di hadapannya. Dia tidak dapat memberitahu kepada Murni bagaimana kereta yang telah dipandu oleh Zaki itu telah terjatuh ke dalam curam di sebuah kawasan berbukit di Gombak. Dan tunggul kayu yang telah dilanggar olehnya, telah menikam ke bahagian lehernya sehingga hampir terputus kepalanya. Dia tidak mampu menceritakan kepada Murni bagaimana darah dari leher Zaki yang telah banyak terpancut sehingga membasahi tubuhnya. Dia sesungguhnya tidak mampu menceritakan kepada Murni bahawa peristiwa ini telah menghantui hidupnya sehingga ke hari ini. Saya minta maaf jika cerita ini membuat awak rasa sedih. Murni memegang tangan Nazri dengan erat. Murni awak tak faham. Abang Zaki telah menemui ajalnya kerana saya. Suara Nazri serak menahan sebak di dada. "Sampai hari mereka masih salahkan saya!" Apa maksud awak saya tak faham. Nazri tertunduk. Dia sedang memikirkan sesuatu sebelum dia menyambung ceritanya: Semasa dia membawa keretanya dengan laju, di jalan kampung tu. Tiba-tiba saya ternampak ada orang lalu di hadapan keretanya. Saya panik, lalu entah mengapa saya pegang stereng kereta. Abang Zaki tidak dapat mengawal keretanya, lalu keretanya terbabas ke dalam curam terus masuk ke dalam hutan. Nazri menelan air liurnya walaupun tekaknya tidak kering. Saya tahu saya panik. Salah saya kerana panik. Saya yang menyebabkan kematian abang Zaki. Abang Zaki telah meninggal dunia di depan saya. Seksa saya lihat cara dia mati di depan saya. Susah sangat nyawanya nak putus, Murni! Semua ini telah berlaku kerana takdir tuhan. Murni cuba menteramkan perasaan Nazri. Tak adakah takdir yang lebih baik untuk saya? Tanya Nazri yang marah kepada segala-galanya. Mungkin ini adalah ujian- Tidak ada ujian yang lebih senang dari ini?

115

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Murni tidak dapat menjawab soalan bertubi-tubi dari Nazri. Dia hanya mampu menyuruh Nazri bersabar. Sejak peristiwa ini berlaku, sikap bapa tiri saya terus berubah. Dia tidak begitu rapat dengan saya dan ibu saya lagi. Walaupun mereka tidak pernah menyuarakan perasaan mereka kepada saya, saya tahu mereka telah salahkan saya. Mereka salahkan saya kerana telah menyebabkan kematian abang Zaki! Sabarlah Nazri. Perkara ini sudah lama berlalu. Walau apa kita buat sekalipun, kita tidak mungkin boleh mengubah apa yang telah berlaku. Nazri termenung. Dia termenung seolah-olah dia sedang menanggung perasaan sedih yang amat. Mungkin ada sesuatu yang tersirat di dalam fikirannya yang masih belum diketahui Murni. Mungkin ada lagi cerita yang mengganggu fikirannya yang masih belum diceritakannya lagi kepada Murni atau kepada sesiapapun Murni tidak tahu apa yang boleh dilakukannya untuk menaikkan semangat Nazri yang telah patah itu. Kalau abang Mubin ada di sini, apa yang akan dilakukannya? Tanya Murni di dalam hati kepada dirinya sendiri. Hujung minggu ini kita ke Port Dickson nak tak? Tanya Murni. Dia mengenggam tangan Nazri dengan kuat dan erat. Nazri tidak menjawab. Paling ke muka Murni pun tidak. Bolehlah abang Man mesti nak ikut sama! Rengek Murni dengan manja. Dia tidak mungkin mahu menerima jawapan tidak dari Nazri. Okaylah, Nazri akhirnya mengalah. Kemudian dia diam kembali memikirkan nasib yang telah menimpa hidupnya selama ini ** Di dalam perjalanan ke Port Dickson, Mubin tidak henti-henti berbual dengan Majid. Dia menyelang-nyelikan perbualannya dengan Majid dengan ketawa berdekah-dekah. Di antara isi perbualannya dengan adalah mengenai filem Tamil yang telah ditontoninya semalam. Dia tidak faham mengapa hero-hero filem Tamil selalunya gemuk-gemuk belaka. Semakin kuat ketawanya apabila Majid menengahkan hipotesisnya mengenai simbolik seksual di sebalik tarian filem dari India. Murni dengan Nazri ni kenapa diam sejak tadi? Tanya Azman. Matanya melihat Murni dan Nazri yang masing-masing sedang membaca majalah URTV dan Mangga. Diorang tengah baca mmm majalah entah apa-apa nih. Majid merampas majalah URTV yang sedang dibaca oleh Murni. URTV dan Nazri pulak Majalah Mangga. Lapor Majid seperti seorang mata-mata gelap. Ish, orang tengah bacalah! Getus Murni sewaktu Majid merampas majalah URTV yang sedang dibacanya. Tatkala itu dia sedang melihat gambar penyanyi dangdut yang digossipkan akan berkahwin dengan bapa tiri Nazri. Gambar seksi penyanyi dangdut itu telah diambil dengan baju ketat yang menampakkan dadanya yang montok itu. Aku hairan mengapa majalah Mangga dan URTV ni asyik keluarkan cerita pasal kahwin artis ini kahwin dengan VIP ini kalau tak pun pasal artis itu bercinta dengan pelakon ini. Dalam edisi Mangga kali ini pula ada sebut pasal ratu segala ratu kita Datin Chef Wan yang dikatakan kena buatan orang yang mahukan dia jadi suaminya. Perlu ke benda ni semua?

116

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Perlu adakan cerita pasal lesbian gila yang mahu bersuamikan seorang pondan tua? Perlu ke? Mubin, Murni dan Azman ketawa. Nazri diam sambil memandang ke arah mereka. Lepas tu kan perlu ke ada adengan artis di dalam kolam renang? Tanya Mubin pula. Kau kena paham Mubin, dari editor sampailah ke penulis semuanya adik-adik. Semuanya ala-ala pondan berangan yang paham sangat dengan market adik-adik ni. Kalau tak ada gambar abang-abang tak pakai baju atau pakai t-shirt basah, adik-adik nak ke beli majalah mereka? Kau tengok jelah Akak Richie Rachman kita dengan majalah hanjeng Remaja dia tu perlu ke adakan majalah tak berfaedah macam tu? Yang jadi Hero Remaja pun semuanya ala-ala gayboy pecah lohbangg gituh. Semuanya entah-entah dia dah rasa dulu. Ish tak baik kau tuduh akak-akak macam tu sembarangan. Sambut Mubin sambil tersenyum lebar. "tak kan lah akak Richie nak berlesbo pulak!" Kau berdua ni, dari tadi tak diam-diam! Kata Azman tatkala melihatkan gelagat Mubin dan Majid yang telah berceloteh sejak mereka di KL tadi. Tu lah, kalau abang Mubin ni dah campur dengan abang Majid, mesti dia jadi tak betul. Mesti dia nak bual benda-benda mengarut! Celah Murni. Walaupun dia sebenarnya suka melihatkan gelagat abangnya ini. Dia juga gembira melihat keadaan abangnya yang kelihatan begitu bahagia berada di samping Azman. Nazri kenapa kau diam sejak tadi? Tanya Azman. Nazri tidak menjawab soalan dari Azman tadi. Matanya kini tepat ke luar tingkap, memerhatikan panorama di luar sana. Kenapa dengan Nazri, Murni? Tanya Azman kepada Murni pula. Entahlah bang, Man. Jawab Murni sambil memandang ke arah Nazri. "Dia memang suka termenung" Azman telah membawa mereka bertiga ke sebuah kawasan pantai yang letaknya agak jauh dengan pekan Port Dickson. Kawasan ini memang tersorok sedikit lokasinya. Mujur juga ada kereta pacuan empat rodanya ini, jika tidak, sukar juga untuk mereka masuk ke dalam kawasan pantai yang terpencil ini. Cantik kawasan ni, bang! Ucap Mubin kepada Azman sambil menarik nafasnya panjang-panjang menghirup udara segar di tepi pantai. Seperti di Batu Feringgi, ke? Tanya Azman. Sengaja dia ingin mengusiknya. Tak, Batu Feringgi lagik cantik! Jawab Mubin dengan nada nakal. Mubin mengeluarkan sebuah kotak ais yang telah diletakkan di bahagian belakang Ford Ranger Azman. Tidak sabar lagi dia memulakan perkelahannya pada hari itu. Kalau macam tu, Pantai Cinta Berahi lagik, cantik! Sambut Azman sengaja mahu mengusik Mubin. Batu Feringgi lagik cantik! Tegas Mubin. Betul ni! Tak percaya tanya Murni. Mubin tidak mahu kalah. Dia begitu manja dengan Azman. Selalu sahaja dia bergurau senda dengannya. Azman berjalan ke arah pantai. Dia memilih tempat berkelah di bawah

117

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

sebatang pohon ru yang rendang. Dia membentangkan tikarnya di sana. Mubin dan Majid telah menolong Murni meletakkan beberapa jenis juadah yang telah disediakan Mubin sendiri. Sejurus selepas mereka berdua selesai menolong Murni, mereka terus menyalin pakaian mereka, lalu dengan hanya berseluar pendek berlari-lari ke arah pantai. Azman tersenyum melihat gelagat Mubin. Walaupun dia sudah biasa melihat keadaan Mubin berlengging di hadapannya, dia tetap suka melihat Mubin berlengging, seolah-olah inilah kali pertama dia melihat Mubin berkeadaan begini. Mata Azman terus kepada Mubin dengan satu pandangan penuh berahi. Kau tak mahu ikut Mubin dan Majid mandi sama? Tanya Azman kepada Nazri yang sedang bersandar di batang pohon ru yang rendang itu. Taknaklah takde mood. Jawab Nazri dengan suara malasnya. Kenapa tak ada mood? Azman menagih jawapan. Tak ada apa-apalah bang man. Nazri melihat Mubin sedang bermain frisbee dengan Majid di gigi pantai. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk berjalan mendapatkan mereka berdua. Dia merasa kurang senang ditanya berkali-kali seperti tadi oleh Azman. Lebih baik sahaja dia bermain dengan Mubin dan majid daripada disoal bertalu-talu oleh Azman, fikirnya. Saya jarang dapat lihat abang Mubin segembira ini. Murni memberitahu Azman sewaktu dia sedang duduk bersimpuh di atas tikar. Tangannya mengibas-ngibas di atas tempat dia meletakkan bekas makanan untuk mengelakkan lalat dari hinggap di situ. Ye ke? Azman meminta kepastian. Dia jarang nampak bahagia seperti ini. Lebih-lebih lagi masa dulu. Masa dulu tu bila? Sebelum dia beritahu kepada saya yang dia tu gay. Sebelum itu, dia suka sangat pendamkan perasaan dia. Masa tu, hubungan kami pun tak rapat sangat. Dia lebih suka berdiam. Begitu ceritanya. Azman mengangguk perlahan. Azman pernah mendengar cerita yang hampir serupa dari orang lain sebelum ini. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru baginya. Murni memandang terus kepada anak mata Azman. Barulah kini dia sedar bahawa anak matanya berwarna sedikit keperangan. Di bahagian dagunya pula ada tahi lalat. Misai Azman tebal. Dia tidak mengerti bagaimana abangnya boleh sukakan kepada seorang lelaki yang bermisai tebal seperti Azman. Abang Man ni boyfriend abang Mubin ke? Tanya Murni terus kepadanya setelah sekian lama dia merenung ke dalam wajahnya. Dia menuangkan air oren ke dalam cawan plastik untuk diberikan kepada Azman. Azman hanya tersenyum. Dia tidak menjawab soalan dari Murni tadi. Misainya yang lebat itu mulai basah dengan peluhnya. Dia mengelap peluh yang membasahi misainya itu dengan telapak tangannya. Saya rasa abang Mubin sayangkan abang Man. Saya dapat lihat cara dia merenung ke dalam mata abang Man tadi bila dia berbual dengan abang. Murni memang suka melihat gerak-geri abangnya. Tidak ada manusia yang mengenali Mubin dengan lebih dekat lagi kecuali Murni. Memang aku tahu dia sayangkan aku. Mungkin dia sayangkan aku setengah mati. Ujar Azman dengan suara perlahan. Dia kemudian mengeluh

118

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan perlahan. Matanya kini tepat ke arah horizon di Selat Melaka. Mubin berlari-lari anak ke arah Murni. Dia ingin melarikan dirinya dari dikejar Majid. Chup! Chuplah weiiii! Aku nak ambik kamera kau ni! Perbualan Murni dan Azman terus terhenti begitu sahaja.

119

Aku. Rama-rama Bab 20

Nizam Zakaria

Ada masanya aku rasa hidup aku begitu sepi walaupun anak dan isteriku ada di sisiku. Aku dapat merasakan kekosongan jiwa aku yang telah lama kontang ini walaupun aku ada di samping mereka. Untuk menghilangkan rasa sepi ini, aku sering mencari lelaki yang tidak aku kenali lalu aku luahkan segala rasa rindu dendam yang telah lama terbuku di dalam jiwa aku ini kepada mereka. Memang tidak dapat aku nafikan, rasa sepi dan pasrah aku ini akan hilang buat seketika tatkala aku bersama mereka. Maka kerana itulah aku tidak dapat berhenti untuk mencari lelaki-lelaki yang dapat aku tiduri, semata-mata untuk melenyapkan rasa sepi aku ini buat seketika walaupun buat seketika. --sebagai mana yang telah dikatakan oleh Mizi kepada Mubin tatkala dia bersemuka dengannya di Central Market. Majid nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat gambar-gambar yang telah diambilnya tatkala dia berkelah di Port Dickson pada minggu lepas. Setelah dia mendapatkan gambar-gambarnya, (yang telah diproses di sebuah kedai foto di tingkat tiga MidValley) dia terus memeriksa semua gambargambar yang telah diambilnya itu. Gambar yang keluar semuanya cantik-cantik. Tak ada yang tak menjadi. Ujar Majid dengan nada seronok kepada Mubin dan Rezal. Mereka bertiga sedang menaiki tangga bergerak menuju ke panggung wayang yang terletak di tingkat empat pusat membeli belah Mid-Valley. Majid nampak puas dengan apa yang dilihatnya. Kini dia tidak sabarsabar lagi untuk pulang ke rumah. Katanya tatkala berjalan masuk ke dalam perut panggung GSC: Aku nak scan dua tiga keping gambar yang paling cantik, lepas tu aku nak e-mailkan kepada Zaha malam ni jugak! Mubin tersenyum. Dia sendiri tidak pernah menemui Zaharudin, kekasih Majid sejak dia berusia limabelas tahun itu. Cuma yang diketahuinya tentang Zaharudin adalah, dia berusia setahun lebih tua dari Majid dan kini dia masih lagi menuntut di Paris. Meh mak nak tengok pulak, pinta Rezal. Majid menyerahkan koleksi gambar-gambarnya kepada Rezal. Suasana di dalam panggung masih terang-benderang. Lampu masih belum dimalapkan lagi. Penonton masih dibuaikan dengan irama muzak yang berkumandang di corong speaker. Tirai panggung masih tertutup rapat. Hanya terdapat beberapa kerat penonton yang datang menyaksikan cerita dari Iran ini. Filem ini sebenarnya telah disyorkan oleh Majid, kerana dia peminat filem-filem antarabangsa--terutamanya dari Iran. Cerita yang mereka sedang saksikan ini berkisar tentang dua adik beradik yang daif kehidupannya Eh, mak kenal dengan anak ikan ni! Getus Rezal tatkala dia sedang meneliti beberapa gambar yang telah diambil oleh Majid. Kenal siapa? Tanya Mubin yang sedang duduk di tengah-tengah di antara Majid dan Rezal. Rezal menyerahkan sekeping gambar yang berlatar belakangkan Selat Melaka kepada Mubin. Gambar itu menunjukkan keadaan Mubin, Majid dan

120

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Murni yang sedang berdiri di gigi pantai, manakala Nazri pula sedang duduk bercangkung di hadapan Mubin. Gambar mereka berempat ini telah diambil oleh Azman di Port Dickson baru-baru ini. Mak kenal benar dengan anak ikan ni, nok. Rezal mengulangi katakatanya tadi. Mak pernah projek dengan dia sekali. Pandai dia service, nok. Very der first class Miss Clara International spa treatment, gituh. Kau salah orang kot. Kata Mubin yang masih tidak boleh menerima kata-kata Rezal mengenai Nazri itu. Dia memeluk tubuhnya. Matanya terpaku ke tirai panggung. Mana pulak salah orang nok. Mak mana boleh lupa dengan anak-anak ikan yang mak dah makan. Nak-nak yang ada barang kemas segem dan yang can do macam budak ni nama dia kalau tak salah mak, Nazri kan? Wajah Mubin terus berubah pucat. Dia menoleh ke arah Majid sambil menanyainya: Do you know anything about this? Majid diam buat seketika sebelum dia menjawab: Sebenarnya aku tahu. Tapi kau sendiri tahu its really none of my business. Apa yang dia buat dengan Rezal adalah antara dia dan diri dia. Tidak ada kena mengena dengan aku sama sekali. Itu hal dia, bukan hal aku. Mubin faham benar dengan maksud yang telah disampaikan oleh Majid kepadanya tadi. Jika dia berada di tempat Majid pun, dia akan melakukan perkara yang sama juga. Tidak ada gunanya menghebohhebohkan hal tepi kain orang Apa hubungan kau dengan Nazri ni? Kau kenal dia ke? Tanya Rezal ingin tahu. Dia, adik aku punya kawan baik Jawab Mubin berterus-terang. Wah gituh, what a small world. Getus Rezal. By the way, hes really good with what hes doing. Hes a pro. Fikiran Mubin runsing. Kalau boleh mahu sahaja dia menelefon Azman lalu menanyakan hal ini sendiri kepadanya. Tetapi dia tidak mahu menganggu Azman yang kini sedang berada di Singapura. Dia sedang menghadiri satu simposium yang sedang diadakan di National University of Singapore di kampusnya yang terletak di Kent Ridge itu. Are you telling me hes a hustler? Mubin inginkan kepastian dari Rezal. Ala-ala River Phoenix dalam My Own Private Idaho ke? Rezal menanyainya kembali dengan tujuan membuat lawak. Tetapi didapatinya, Mubin telah menanyai soalannya tadi dengan serius dan inginkan jawapan yang serius darinya juga. Bukan jawapan main-main. Yes he is. Hes a hustler. In fact in the UK, sometimes they call boys like him a shirt lifter. Jawab Rezal kemudiannya dengan nada serba salah. Wajah Mubin semakin pucat. Fikirannya bercelaru. Dia tidak faham dengan apa yang difahaminya sekarang mengenai Nazri. Semua perkara baru yang mengejutkan ini telah diterimanya secara mendadak. Dia perlu mengambil masa untuk memproses apa yang diketahuinya ini supaya dia boleh berfikir dengan lebih rasional. Sebenarnya nok lepas mak main dengan dia mak rasa bersalah jugak. Bukannya apa, mak tak tahu pun yang dia ni underage. Rezal akhirnya membuka cerita. Mak jumpa dengan dia tahun lepas di BB. Masa tu

121

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

mak nampak dia tengah minum. So, mak belanja dia minum sekali lepas tu. Mak ingat dia budak local U. Kau paham-paham sajalah, BB kan ala-ala dah macam jadi kelab untuk budak-budak IPT gituh. "Dia terus melekat dengan mak masa kat BB. Dia ajak mak menari sama. Mak ikut saja kehendak dia. Masa mak nak balik pun, dia ala-ala signal nak balik sekali ikut mak balik. Si Majid ni pun ada masa mak bawak dia balik berangkut. Hah mak ingat lagi, masa tu first time kita bawak Haizam pergi ke BB, kan? Majid mengangguk. Dia masih ingat lagi kepada saat-saat yang telah dinyatakan Rezal itu tadi kepadanya. Mak hanya dapat tahu yang dia ni underage pada hari esoknya. Sebab dia mintak mak hantar dia balik ke rumahnya di Bangsar. Mak tanya kenapa dia tak beli motor atau kereta buat transport sendiri. Dia kata dia tak ada lesen. Mak tanya kenapa, dia kata dia tak boleh ambil lagi sebab dia masih bawah umur. Selamba saja dia jawab soalan-soalan mak ni. "Mak terkejut sakan nok! Apa tidaknya, mak baru projek dengan budak bawah umur. Kalau dibuatkan kes polis, tak ke naya mak kena masuk lokap! Mak sumpah tak tahu dia underage, occay. Sebab mak tengok cara dia berbual, bentuk badan dia dan muka dia yang macam abang-abang tu, memang mak ingat dia ala-ala dalam lingkungan umur duapuluh satu tahun. Tengok barang kemas dia yang nalla tu, kalau mak tak tengok muka, mesti mak ingat barang kemas abang-abang dah kahwin, occay! Tapi nok, dia tak mahu terima duit yang mak bagi pada pagi tu. Dia suruh mak simpan. Dia kata dia tidak perlukan duit ni semua. Bila mak hantar dia balik, barulah mak tahu kenapa dia duduk rumah banglo. Anak orang kaya, nok! Mubin menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Dia sedang memikirkan kembali kata-kata yang pernah dilafazkan Azman kepadanya dahulu mengenai Nazri. Tentang bagaimana dia telah mula-mula mengenali Nazri dari Mizi. Mubin harus berjumpa sendiri dengan Mizi untuk bertanyakan hal ini kepadanya. Mungkin dia boleh mengetahui tentang diri Nazri dengan lebih lanjut lagi darinya. Mubin tidak dapat menumpukan seluruh perhatian kepada filem yang telah ditontoninya tadi. Dia sendiri kurang pasti kepada jalan cerita filem dari Iran itu. Yang pasti, Majid memang suka kepada filem tersebut. Kau tidak suka kepada apa yang kau ketahui tentang diri Nazri? Tanya Majid di dalam kereta. Pada malam ini dia akan menemani Mubin yang kini telah menetap di rumah Azman. Mubin sebenarnya mahu Majid menemaninya (pada malam itu dan malam esoknya) bukan kerana dia takut untuk duduk berseorangan, tetapi dia benci duduk seorang diri tanpa sesiapapun, terutama Azman di sisinya. Bukan pasal itu semua, Majid. Cuma aku dah anggap diri aku ni macam abang dia sendiri. Kalau kau abang dia tentu berita macam ni akan runsingkan fikiran kau, bukan? Aku faham dengan perasaan kau. Tapi apa yang kau boleh buat sebagai seorang abang jika kau tahu perkara ini berlaku kepada adik kau sendiri? Majid menanyainya kembali. Aku tidak boleh buat apa-apa kepada perkara yang telah berlaku.

122

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Cuma satu sahaja yang ingin aku tahu kenapa dia buat ni semua. Lain orang lain sebabnya, Mubin. Aku ada jugak berkawan dengan budak-budak BB yang buat kerja-kerja macam ni. Ada yang buat sebab nak duit. "Pernah sekali tu, lepas balik dari BB aku sewa teksi dengan mamat dua orang lagik yang buat kerja macam ni. Masa tu aku nak balik ke Pandan Indah ke rumah Rezal... Diorang dua-dua ni tak habis-habis compare hotel yang pernah diorang pergi dibawak balik mat saleh. Dua-dua tu aku tengok macam bangga buat kerja ni semua, walaupun pada dasarnya melacur. Satu adikadik yang aku kenal ni, budak-budak di BB panggil dia baby lagik teruk. Kau nak tahu kenapa orang panggil dia baby? Sebab umur dia macam Nazri jugak, budak bawah umur, tapi dah melacurkan diri kepada mat saleh. Ada sekali tu, dia bangga dengan aku sebab sugar daddy pecah rumah dia dari Canada yang buncit macam pompuan mengandung tujuh bulan tu hadiahkan dia jam dan baju yang mahal-mahal. Aku tengok pun meluat. Ada jugak yang aku kenal yang buat sebab suka-suka. Mereka ni, tak hadapkan duit langsung. Tapi jenis ni lah yang paling aku tak faham sekali. Aku tak faham kenapa Nazri buat benda ni semua. Kalau nak kata sebab dia perlukan duit, tak mungkin. Dia tu anak lord kalau nak kata dia buat kerana suka-suka, pulak-- Jangan fikir yang bukan-bukan. Kita tak tahu lagi latar belakang dia. Pesan Majid. Mubin mengangguk perlahan. Dia setuju dengan pesanan dari Majid kepadanya tadi. Setibanya Mubin di rumah Azman, dia mendapati ruang tamu rumah Azman terang benderang. Di luar kawasan rumah pula ada sebuah kereta kancil berwarna putih. Mizi ada di dalam. Dia bawak balik jantan agaknya. Mubin cuba meneka. Dia mematikan enjin keretanya sebaik sahaja dia berjaya meletakkan keretanya di dalam perkarangan rumah Azman. Di dalam ruang tamu dia dapat melihat Mizi sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang berumur di dalam lingkungan awal tigapuluhan. Lelaki tersebut bertubuh kurus dan tinggi. Bermisai tebal dan wajahnya tampak sedikit garang, walaupun dia peramah. Dia bersalaman dengan Majid dan Mubin sebaik sahaja dia nampak kelibat mereka masuk ke dalam rumah. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya dengan nama Raslan. Menurut Raslan, dia bekerja sebagai seorang anggota tentera. Mubin boleh mengagak bahawa dia berpangkat agak tinggi, memandangkan cara dia bercakap dan cara dia membawa dirinya. Mizi telah menemuinya tatkala berlegar-legar di Transit beberapa jam sebelum ini. Mizi, kau sibuk lagi ke? Tanya Mubin. Tidak kenapa? Mizi tersengih-sengih. Rambutnya nampak sedikit tidak terurus. Dari gerak-gerinya, Mubin tahu bahawa dia sudah dapat apa yang dimahunya dari Raslan sebentar tadi. Aku ada satu perkara penting yang aku nak tanya dari kau. Suara Mubin serius. Beberapa detik kemudian, Raslan meminta dirinya untuk pulang ke

123

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

rumahnya. Mizi menemaninya sehingga ke pintu pagar sebelum dia pulang menaiki kereta kancil berwarna putihnya itu. Raslan kirim salam dekat kau dengan Majid. Dia kata kau orang cun nak gila. Nak-nak kau, Mubin. Dia kata dia berkenan sangat dengan kau. Dia suruh aku bagi nombor handphone dia kat kau berdua-- Ish, mengarut je lah kau ni! Sebut Mubin. Majid pula tersengihsengih. Katanya kemudian dengan penuh bersahaja: Sorry, bukan taste aku. Married man turn me off. Aku tak mahu jilat konek lelaki bekas lendir puki perempuan, okay. Loya tekak aku memikirkannya. Lagipun, laki aku mana-mana lagik taste, okay! Mizi tersenyum mendengar komen nakal yang telah diberikan oleh Majid dengan penuh spontan tadi. Dia telah menjelingnya sebelum dia menyambung: Raslan tu suami orang macam aku. Anak dia ada tiga. Dua lelaki satu perempuan. Anak dia yang paling tua dah masuk darjah empat. Mizi menjelaskan, walaupun perkara-perkara mengenai diri Raslan ini bukanlah perkara-perkara yang ingin diketahui oleh Mubin. Aku sebenarnya ada hal penting yang aku nak tanya kepada kau. Mubin sekali lagi mengulangi soalannya tadi. Apa halnya yang begitu penting yang kau nak tanya aku ni? Tanya Mizi kembali kepada Mubin. Majid berpaling ke arah Mubin. Kemudian kepada Mizi. Lalu dia mengambil keputusan untuk meminta dirinya untuk masuk ke bilik perpustakaan kecil Azman. Majid tidak mahu mencampuri hal yang bersangkut paut dengan mereka berdua. Dari mana kau kenal Nazri? Tanya Mubin. Suaranya rendah tatkala menagih jawapan dari Mizi. Kenapa pula kau nak tahu? Aku nak tahu kerana aku baru sahaja tahu dari kawan aku bahawa Nazri tu anak ikan. Sekarang aku cuma nak tahu jika kau dah pernah-- Pernah main dengan dia? Itu maksud kau? Pintas Mizi. Dia cepat menangkap arus perbualan Mubin kepadanya. Jadi kau pernah main dengan dia? Mubin mengulangi soalannya itu sekali lagi. Dia meminta kepastian. Pernah tu pernah tapi-- Tapi apa? Sekerat jalan sahaja. Apa maksud kau sekerat jalan? Ceritanya begini Mubin. Aku mula-mula jumpa dia di Jurrasic Park. Dia yang datang jumpa aku. Dia kata dia nak berkenalan dengan aku sebab dia kata muka aku macam muka Zaki. Siapa Zaki? Abang tiri dia yang dah lama meninggal. Mubin kini teringatkan kepada abang tiri Nazri yang pernah disebutkan olehnya ketika dia melawat ke rumahnya dahulu. Dia kemudian mengeluh. Dia menyapu bahagian bawah hidungnya dengan tangan kirinya. Apa yang kau buat lepas tu? Aku sebenarnya tak berapa minat dengan anak ikan. Tapi Nazri ni aku tengok lain macam saja orangnya. Dia ni lain sikit dari anak-anak ikan yang aku kenal. Dia ni memang nampak brutal dan macho. Aku memang minat

124

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dengan jenis-jenis macam ni, tak kiralah anak ikan atau bapak ikan. Asalkan berkonek dan macho aku sebat saja. "Si Nazri ni pulak, mati-mati nak ikut aku balik. Dia kata dia tak ada tempat nak tidur malam ni. Aku kesian kat dia, jadi aku bawak dia balik ke sini. Azman ada tak masa kau bawak balik dia ke sini? Tanya Mubin dengan suara yang serius. Ada, tapi dia ada di dalam biliknya. Dia selalu tidur cepat. Macam biasalah. Apa yang telah terjadi bila kau bawak dia balik ke sini? Masa aku bawak Nazri masuk ke dalam bilik, dia terus nak ringanringan dengan aku. Aku pulak, pantang kalau orang sentuh aku macam tu. Aku on je lah. Lepas beberapa minit ringan-ringan, aku terus terbawakbawak ke perkara yang berat-berat sedikit. Tu pun sebab dia yang nak sangat, bukannya aku." Beritahu Mizi tersengih-sengih. Dia mula mengeluarkan kotak rokoknya lalu menghidupkan putung rokoknya. "Otak dia ni hard-core sikit. Nampak jer macam budak baik Tapi ada sesuatu yang telah berlaku masa aku nak fuck dia Apa yang telah berlaku? Belum sempat aku dapat fuck dia, dia terus tolak aku sampai terjatuh aku dari atas katil. Dia pulak aku tengok merengkok di tepi katil macam budak kecik. Dia kata, Sakit bang sakit!. Berkali-kali macam orang tidak sedarkan diri. Kau bayangkanlah, macam orang kena sampuk penunggu. Aku cuba kejutkan dia, aku cuba sergah dia, tapi dia macam tu jugak. Aku takut jugak tengok keadaan dia ni. Aku terus ke bilik sebelah untuk kejutkan Azman. Aku mintak dia sedarkan budak Nazri ni. Azman pergi selimutkan Nazri kemudian dia usap-usap rambut dia. Azman suruh dia bertenang. Dia baca ayat yasin dan ayat kursi. Kemudian aku lihat Nazri terlelap tidur. Kemudian Azman suruh aku berjaga di sebelah Nazri sampai dia sedar. Pagi itu, kira-kira pukul tujuh, barulah Nazri bangun dari tidurnya. Dia kata dia tidak berapa ingat apa yang telah berlaku semalam. Dia cuma beritahu aku berkali-kali yang muka aku macam muka arwah abang tiri dia tu. Seram sejuk juga aku dengar. Tapi aku rasa dia ikhlas. Dia nak sangat berkawan dengan aku. Azman pulak marah sangat dengan aku pagi tu sebab aku bawak balik anak ikan ke rumahnya. Azman bawak Nazri berbual dengannya pagi itu. Dia banyak berikan Nazri nasihat. Aku rasa, sejak dia berkenalan dengan Azman, dia tidak pergi ke JP dan ke BB untuk tujuan yang bukan-bukan. Dia banyak mendengar nasihat Azman. Pada sepanjang masa Mubin mendengar cerita dari Mizi, dia hanya mampu mengeluh. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Mubin tidak mahu menyalahkan Mizi kepada segala apa yang telah berlaku. Kerana Mizi bukanlah punca Nazri melakukan perkara-perkara yang telah dilakukannya. Lagipun, jika Mizi tidak membawa Nazri pulang ke rumah Azman pada malam itu, tidak mungkin Nazri akan diketemukan kepada Azman. Dan dia sendiri tahu bahawa dia telah diketemukan kepada Azman oleh Nazri sendiri

125

Aku. Rama-rama Bab 21

Nizam Zakaria

Aku menapak di satu jalan dengan dua orang teman Matahari terbenam Aku merasai satu nafas kesedihan Tiba-tiba langit bertukar merah seperti warna darah Aku berhenti dan bersandar di pagar, terlalu kepenatan Mataku terus kepada awan terbakar yang tergantung Seperti darah dan pedang di atas fjord biru yang dalam dan pekan Teman-temanku terus berjalan Aku berdiri di situ dengan perasaan penuh gusar Dan merasakan satu jeritan kuat tanpa penghujung menembusi alam. --Sajak yang tertulis di atas poster The Scream oleh E. Munch, yang tertampal di atas dinding di bilik tamu Azman. Pintu rumah Mizi telah diketuk berkali-kali pada malam itu. Bang, bangunlah bang. Cuba tengok siapa yang datang malammalam buta ni. Isteri Mizi menolak-nolak bahu Mizi berkali-kali. Matanya kuyu. Mizi menggosok-gosok matanya. Dia merungut-rungut. Dia melihat kepada jam radio di sebelahnya. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Mizi berjalan ke arah pintu rumah flatnya. Dia menyelak langsir tingkap di sebelah pintunya untuk melihat siapa yang telah mengetuk pintunya pagipagi buta ini. Mizi kenal dengan orang yang telah mengetuk pintu rumahnya. Dia cepat-cepat membuka selak pintunya. Kini daun pintu terbuka. Katanya kepada tetamu malamnya: Kenapa kau datang ke rumah aku sekarang? Kau ada masalah? Ada. Jawab Nazri dengan ringkas. Dia tertunduk murung. Masalah apa, Nazri? Nazri tidak menjawab. Dia tercegat tertunduk di hadapan flat kecil Mizi yang terletak di Jalan Gurney itu. Masuk jangan asyik buat muka masam depan rumah aku malammalam buta ni. Dengus Mizi. Dia menggaru-garu dadanya. Nazri masuk ke dalam rumah Mizi. Ini adalah kali kedua dia ke sini. Dia pernah ke rumah Mizi ini bersama Azman pada Hari Raya yang lepas. Kenapa kau ke sini? Tanya Mizi. Dia menguap. Dia menoleh ke arah jam dindingnya. Dia mengeluh sendiri. Dah empat hari saya tak balik rumah. Jawab Nazri serba salah. Mizi sekali lagi mengeluh. Dia terkejut mendengar berita ini dari Nazri. Selama ini kau duduk rumah siapa? Saya duduk dengan kawan. Jawab Nazri teragak-agak. Kawan yang bawak kau balik berangkut? Tanya Mizi yang tahu benar mengenai hal ini semua. "Tu yang kau panggil kawan?" Nazri tertunduk, dia tidak menjawab. Kan aku dan Azman dah beritahu kepada kau jangan buat benda ni semua? Mizi menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau kau nak lari pun kenapa kau tak jumpa dengan aku atau dengan Azman? Saya segan dengan abang Man saya lagik segan dengan abang

126

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mubin. Dengan aku kau tak segan? Mizi merungut-rungut. Sempat juga dia memerlinya. Empat hari kau duduk dengan entah siapa saja yang nak bawak kau balik berangkut baru kau nak datang jumpa aku? Kau nak jadi apa ni, Nazri? Tu lah sebab saya tak nak datang sini nanti saya kena berleter macam ni. Nazri meninggikan suaranya. Mizi rasa tak berguna jika dia berleter macam perempuan tua kepada Nazri, kerana Nazri tidak mungkin mahu mendengarnya. Lagipun, dia pasti Nazri mempunyai masalah yang besar sehingga membuatnya lari dari rumah. Orang yang bermasalah selalunya akan cepat melenting, fikir Mizi di dalam hati. Okaylah macam ni. Malam ni kau duduk rumah aku. Tapi esok kau mesti janji berjumpa dengan Azman. Nazri nampak serba salah. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa dengan Azman. Dia terlalu segan dengan Azman. Lebih-lebih lagi dengan Mubin kerana Mubin adalah abang kepada Murni. Dan apa yang Mubin ketahui pasti akan lambat-laun diketahui oleh Murni, fikirnya di dalam hati. Kenapa pulak saya kena berjumpa dengan abang Man? Tanya Nazri. Dia meraba-raba dagunya yang mula dipenuhi tunas-tunas janggut setelah beberapa hari tidak dicukur dan dijaga. Kau kena beritahu dia kenapa kau lari dari rumah. Aku bukannya tak mahu dengar masalah kau. Kalau aku tahu pun, bukan aku boleh buat apaapa. Jadi, kau baik beritahu dekat dia, atau beritahu kepada Mubin. Aku yakin mereka boleh tolong kau. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya mereka boleh nasihatkan kau. "Aku nih SPM gred tiga mereka tu pulak orang-orang educated. Kalau mereka tak boleh nasihatkan kau, aku tak tahu apa nak cakap lagi." Nazri suka dengan sikap Mizi yang suka berterus terang ini. Berkalikali dia mengingatkan Nazri kepada Zaki. Kerana Zaki juga sifatnya langsung tidak tumpah seperti Mizi. Nazri kemudian merenung dengan tepat ke dalam mata Mizi dengan satu renungan yang tajam. Kemudian dia memegang tangan Mizi. Diusapusapnya pipi Mizi dengan lembut. Di sini bukan tempatnya, Nazri. Mizi berjalan beberapa langkah ke belakang. Ini rumah aku, tempat duduk anak dan isteri aku. Aku harap kau faham. Nazri mengangguk lemah. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sofa Mizi yang agak buruk itu. Mizi masuk ke dalam biliknya lalu mengambil kain pelikat, kain selimut dan bantal untuk Nazri. Kau pergi tidur dulu kau duduk di rumah aku ni sampai petang esok. Boleh? Nazri sekali lagi mengangguk lemah. Dia penat setelah sehari suntuk merayau-rayau entah di mana. Dia baring di atas sofa. Belum sempat dia dapat menukar pakaian terus dia tertidur kerana kepenatan. Mizi masuk kembali ke bilik tidurnya. Dia terbaring memandang ke siling. Siapa tu bang? Tanya isterinya. Nazri adik angkat abang tu Ingat? Dia pernah datang ke sini masa hari Raya? Jelas Mizi kepada isterinya seraya menoleh kepadanya.

127

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Dia ke sini bersama Azman." Isteri Mizi mengangguk sekali. Dia tersenyum. Dia mendakap Mizi dengan erat lalu dia baring rapat-rapat di sebelahnya. Dia tumpang tidur di sini petang nanti dia akan ke rumah Azman. Dia ada problem dengan keluarga dia sikit. Beritahu Mizi. Alah, budak-budak remaja bang, biasalah tu. Ujar isteri Mizi dengan lembut. Mizi mengangguk setuju. "Angkara filem-filem Bollywood lah tu, apa lagik." Mizi ketawa kecil. Kemudian dia memeluk isterinya dengan lebih erat lagi. Dia mencium pipi isterinya itu dengan manja. Tangan Mizi kini membelai-belai tubuh isterinya yang montok itu. Baju tidur isterinya dibuka dengan perlahan. Isterinya tersenyum puas, kerana sudah lebih sebulan dia tidak disentuh begitu oleh Mizi. Mizi terus membelai manja isterinya, walaupun jauh di dalam benaknya, dia sedang memikirkan tentang diri Nazri dan apa yang pernah dilakukannya kepada Nazri sebelum ini ** Mubin dan Azman saling berpandangan apabila mereka melihat kelibat Mizi dan Nazri masuk ke dalam perkarangan rumah mereka. Dah sebulan saya cari budak Nazri ni sekarang baru dapat jumpa. Ucap Mubin kepada Azman. Bukan dia sahaja yang mencari Nazri, adiknya Murni juga sibuk mahu menghubunginya untuk memberitahu keputusan cemerlang SPM yang baru sahaja diterimanya pada minggu lepas. Azman tidak berkata apa-apa. Dia bangun dari meja makan lalu membawa pinggannya ke dapur. Jemput makan, Mizi, Nazri. Ujar Mubin sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah. Tak apa aku dengan Nazri dah makan di rumah aku tadi. Oh ye ke? Tanya Mubin dengan kening kirinya ternaik sedikit. Ya Nazri duduk rumah aku semalam. Ujar Mizi. Nazri cepat-cepat menoleh ke arahnya. Azman keluar dari dapur. Dia menjemput Nazri dan Mizi duduk di ruang tamu bersamanya. So apa problem kau sekarang Mizi? Tanya Azman. "Kau nak duit dari aku lagi?" Eh, Aku tak ada problem kenapa kau ingat aku ada problem? Tanya Mizi cepat-cepat seolah dirinya memang bersalah. Ye lah selalunya kalau kau datang jumpa aku macam ni, kau ada problem. Kalau bukan problem duit, problem jantan. Hari ini aku takde problem tapi terima kasihlah sebab bertanya. Perli Mizi. "Pasal duit tu pulak, kalau kau nak bagi, apa salahnya..." Mizi menoleh ke arah Mubin sambil tersenyum. Mubin membalas senyumannya itu. Mubin nampaknya sedang sibuk mengemaskan meja makan. Jadi apa sebabnya kau ke sini. Dan kenapa pulak si Nazri ni diam saja? Tanya Azman. Kerana setahunya, Nazri banyak bercakap apabila dia berada di samping Mizi. Dia ada problem sikit dengan famili dia. Dia lari dari rumah. Semalam

128

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

dia tidur rumah aku. Azman menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian dia berkata: Apa problem kau, Nazri? Nazri tidak mahu menjawab. Dia berpaling ke arah lain. Kalau kau tak mahu beritahu aku tak apa. Aku tak mahu paksa. Kata Azman dengan penuh bersahaja. Malam ini kau boleh tidur di sini. Sampai bila-bila pun boleh. Aku tak kisah. Kerana di sini, kami semua sayang dengan kau. Sejahat-jahat Mizi ni pun, dia masih nak tolong kau Mizi menjeling, kerana Azman masih mahu memerlinya. Tetapi dia telah memerlinya dengan nada berjenaka. Dan selalunya Nazri akan ketawa jika Azman memerli Mizi seperti ini. Tetapi hari ini lain pula keadaannya. Nazri diam melulu. Dia termenung memandang kosong ke hadapannya. Dia sedang memikirkan kepada perkara-perkara yang telah berlaku kepadanya sehingga membuat dia mengambil keputusan untuk lari dari rumahnya. Fikirannya buntu. Tetapi kini dia sedar bahawa ada lagi orang yang masih mahu memikirkan tentang dirinya. Suasana di dalam rumah Azman senyap sunyi pada malam itu. Nazri diam tanpa berkata-kata. Mizi pula mati kutu melihatkan Nazri berkeadaan begitu. Azman dan Mubin pula hanya mampu termenung sambil menonton rancangan Astro di TV mereka. ** Mubin mengetuk pintu di bilik tamu yang digunakan oleh Nazri. Dia terpaksa mengetuk pintu berkali-kali sebelum Nazri membuka pintu. Nazri nampak sugul. Bilik nampak malap. Hanya lampu di sebelah katil yang dibuka Nazri. Masuklah, kata Nazri perlahan kepada Mubin. Kau dah tidur ke? Tanya Mubin yang takut jika dia menganggu tidur Nazri. Tak tengah termenung. Jawab Nazri. Dia duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Mubin duduk di sebelahnya. Kenapa kau lari dari rumah? Mubin akhirnya bertanya. Nazri mengambil masa untuk menjawab soalan dari Mubin tadi. Katanya: Saya bergaduh dengan mak saya. Gaduh pasal apa pulak ni? Dia marah saya kerana saya tengking bapak tiri saya. Kenapa kau tengking bapak tiri kau dia kan dah tua. Kau sendiri tahu yang dia dah tua! Dia langgar Manis, kucing saya bangkainya dia buang dalam semak. Lepas tu, dia diam saja. Kalau Shawal tak beritahu saya tentang hal ini, saya mungkin tak tahu sampai sekarang. Mubin termenung jauh. Dia pasti bahawa bukan hal kematian Manis sahaja yang membuatkan Nazri marah. Pasti ada lagi perkara-perkara yang telah berlaku yang langsung membuat nafsu amarahnya itu meletus. Kenapa kau marah sangat dengan bapak tiri kau tu. Mubin akhirnya memberanikan dirinya untuk bertanya. Suaranya rendah dan perlahan.

129

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Nazri menoleh kepadanya dengan satu pandangan yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Keningnya terkerut seribu. Seolah-olah berjuta jawapan yang telah lama terbuku di dalam hatinya mahu diluahkan kepada Mubin. Saya benci dengannya. Kenapa kau benci dengan bapak tiri kau tu? Mesti ada sebabnya sehingga membuat kau benci kepadanya. Nazri mengeluh. Matanya kini terpaku kepada poster lukisan oleh Munch yang bertajuk The Scream. Poster tersebut telah dibeli oleh Azman tatkala dia melawat ke Art Institute of Chicago sewaktu dia sedang menuntut di University of Chicago dahulu. Kenapa dengan dia ni kenapa dia menjerit? Tanya Nazri kepada Mubin. Mubin memandang kepada lukisan yang telah dinyatakan oleh Nazri. Nazri telah menanyakan kepada Mubin tentang lembaga yang dilihatnya sedang menjerit tanpa kesudahan. Mubin kenal sangat dengan lukisan ini, kerana dia pernah mengambil kursus Art History tatkala di universitinya. Kau rasa kenapa dia menjerit? Tanya Mubin kembali kepada Nazri. Mubin percaya setiap individu mempunyai pandangan mereka sendiri terhadap karya seni. Dan pandangan mereka selalunya akan mencerminkan keadaan hidup mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, inilah yang telah dipelajarinya di kelas Psychology of Art yang pernah diambilnya dahulu Saya rasa dia sedih banyak yang telah tersimpan di dalam hatinya tapi dia tidak pernah dapat luahkan kepada sesiapapun. Sehinggalah pada saatnya apabila dia sudah tidak tahan lagi, lepas tu dia terpaksa menjerit seperti ini. Itupun setelah kawan dia yang dua orang yang berada di belakangnya itu dah berada jauh darinya. Masa tu barulah dia boleh lepaskan perasaan sedihnya itu. Mubin menerima sahaja pandangan dari Nazri tadi, walaupun dia mempunyai pandangan yang berbeza tentang lukisan yang sama. Saya dah lama tengok lukisan ini sejak kali pertama saya ke sini lagi. Saya selalu rasa sayalah orang yang menjerit di dalam lukisan ini. Beritahu Nazri dengan suara yang lesu. Dua lembaga di belakang itu pula siapa? Orang-orang yang saya sayang Siapa orang-orang itu? Abang Zaki dan-- Kata-kata Nazri terputus di situ sahaja. Dia menutup mukanya dengan kedua belah tangannya. Dia seperti mahu menangis di hadapan Mubin. Bang saya malu dengan diri saya. Kata Nazri. Dia masih menutup mukanya lagi. Saya tak mahu ke sini sebenarnya. Kalau boleh sampai bilabila. Eh, kenapa pulak ni? Mubin mengurut-ngurut bahu Nazri. Abang Mizi kata abang dah tahu pasal saya. Pasal apa? Mubin meminta kepastian. Pasal saya ni anak ikan. Saya pernah jadi anak ikan dia. Susah benar untuk Nazri meluahkan kalimah anak ikan ini kepada Mubin. Seolaholah dia terpaksa menelan kalimah-kalimah pahit itu semua. Abang tak kisah dengan benda-benda ni. Maksud abang, bukannya abang tidak mahu ambil berat tentang hal ini, abang tahu apa yang Nazri buat

130

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

tu salah. Tapi setiap kesilapan yang kita lakukan, mesti ada sebabnya bukan? Mesti ada puncanya? Jelas Mubin. Sekarang Nazri ada buat benda-benda ni lagik? Nazri langsung tidak mengangguk, dia hanya mampu tertunduk. Walaupun anggukkan Nazrilah yang telah diharapkan oleh Mubin. Dia langsung tidak mahu menoleh untuk memandang ke arah Mubin. Dia terasa malu kepada Mubin. Tapi kenapa, Nazri? Tanya Mubin dengan lembut. Bebola matanya ditumpukannya terus kepada Nazri yang sedang tertunduk itu. Nazri diam. Mungkin dia belum bersedia untuk ke situ lagi. Mungkin masih terlalu awal untuk Nazri memberitahu Mubin mengapa dia masih melakukan kerja-kerja ini lagi. Beginilah Nazri Nazri beritahu kepada abang sejak bila kejadian ini bermula. Mungkin dari situ kita boleh tahu puncanya. Mungkin abang boleh tolong selesaikan masalah Nazri ni dari apa yang abang ketahui nanti. Tapi semua ini bergantung kepada Nazri samaada Nazri sudi nak berkongsi bersama masalah Nazri ini dengan abang atau tidak. Abang tak mahu paksa. Kata Mubin dengan ikhlas, walaupun suaranya sedikit tegas. Nazri diam dengan agak lama sebelum dia bersuara semua. Mubin mendengar kata-katanya dengan penuh kusyuk. Sejak saya berusia enam tahun... Suara Nazri perlahan hampir berbisik. Mubin hampir-hampir tidak dapat mendengar kata-katanya itu. Apa Nazri? Enam tahun? Mubin ingin memastikan. Dia tidak berapa faham apa yang telah dimaksudkan oleh Nazri kepadanya tadi. Abang Zaki pada masa tu saya rasa umurnya lebih kurang tujuhbelas tahun. Pada satu malam tu dia masuk ke bilik saya. Dia kata dia nak ajak saya main sunat-sunat. Dia tanya kalau saya nak tahu cara orang berkhatan. Saya nak, sebab tahun depan mak saya kata saya akan disunatkan. "Mula-mula tu, dia bukak seluar saya. Kemudian dia urut anu saya... dia lancapkan saya. Saya tanya kenapa dia buat begitu, dia kata batang saya kena tegang sebelum dipotong. Saya rasa sedap. Saya tanya dia kenapa bila sunat rasa sedap, sebab sepupu saya yang pernah kena sunat kata sakit! Dia kata sepupu saya bohong kepada saya. Jadi saya biarkan saja "Selepas itu, selalu dia masuk dalam bilik saya pada waktu malam untuk main sunat-sunat ni. Kadang-kala, saya yang suruh dia main sunatsunat ni dengan saya sebab saya rasa sedap. Masa umur saya tujuh tahun, abang Zaki makin berani. Dia akan bawak saya keluar malam-malam selalunya ke tempat sunyi. Kemudian dia akan suruh saya duduk di bahagian belakang kereta. Dia akan bukak seluar saya macam biasa, tapi Tapi apa, Nazri? Tanya Mubin dengan perlahan. Dia akan fuck saya. Sambut Nazri dengan suara yang perlahan juga. Tangannya terketar-ketar sewaktu sedang bercerita. Mubin tersentak mendengarkan jawapan yang panjang lebar itu dari Nazri. Dia kini mengingati kembali kepada apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Mizi sewaktu Mizi mahu meniduri Nazri dahulu. Bagaimana Nazri telah berkali-kali menyatakan bagaimana wajahnya iras-iras abang Zaki dan bagaimana Nazri kemudiannya telah merengkok seperti bayi di tepi katil sambil menyatakan ungkapan-ungkapan sakit abang, sakit! berkali-kali.

131

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Sakit pertama kali dia masukkan anu dia ke dalam saya, saya rasa sakit macam nak pengsan. Dia tutup mulut saya sebab saya menjerit kuatkuat. Dia cucuk dalam-dalam sampai keluar darah. Saya menangis lepas tu. Dia suruh saya diam. Dia suruh saya jangan beritahu orang apa yang saya buat. Saya sayang kat dia saya tak mahu ada apa-apa yang berlaku kepada dia. Jadi saya diam, walaupun dia selalu buat benda yang sama kepada saya sehinggalah pada satu hari tu-- Apa yang terjadi, Nazri? Mubin mengusap-ngusap rambut Nazri. Hatinya berat menerima apa yang telah didengarnya dari Nazri. Kalau boleh dia tidak mahu mendengar lagi. Masa tu umur saya dah naik sembilan tahun. Adik saya, Shawal baru sahaja dilahirkan. Saya sayang kepada Shawal. Kalau boleh saya tak nak benda-benda ini berlaku kepadanya. Saya takut abang Zaki akan buat perkara yang sama kepada Shawal. Saya juga tak nak benda ini berlaku lagi kepada saya. Sebab saya tak suka. Saya bukan anak patung. Saya bukan barang mainan abang Zaki Malam itu dia bawak saya ke tempat biasanya. Tempat terpencil jauh dari orang ramai. Saya kata saya tak mahu ikut dia, tapi dia paksa juga. Di dalam kereta saya menangis. Dia suruh saya diam. Saya tak mahu diam. Saya kata saya nak balik. Di dalam keadaan saya macam ni, dia bukak seluar saya, dia kulum batang saya. Tiba-tiba masa tu, ada orang sergah dah suluh torchlight ke dalam kereta. Abang Zaki panik. Terus dia bawak kereta lajulaju. Dia tengking saya. Dia salahkan saya sebab buat bising sehingga menarik perhatian orang kampung yang tinggal di kawasan tu. Entah mengapa, di dalam keadaan marah, saya tarik stering kereta dia saya pun tak tahu kenapa saya buat macam tu. Lepas tu, keretanya terus terbabas terjatuh ke dalam curam di tepi jalan. Abang Zaki mati di dalam kemalangan ini. Abang Zaki mati kerana saya! Mata Nazri berair. Manik-manik jernih kini mula jatuh membasahi pipinya. Dia tersedu-sedu menahan sebak di dalam hatinya. Sebab saya dia mati suara Nazri tersekat-sekat. Dia mengulangi kata-katanya itu. Dia menyalahkan dirinya berkali-kali. Mubin mendakap Nazri dengan erat. Dia terus membiarkan Nazri menangis di dalam dakapannya.

132

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Bab 22 Mimicry adalah unsur survival beberapa specis rama-rama. Jenis specis rama-rama ini sebagai contohnya akan meniru corak dan warna rama-rama yang beracun dengan harapan ia tidak akan dimakan oleh haiwan pemangsa. Ada juga specis rama-rama yang akan meniru bentuk dan corak daun ataupun bunga, supaya ia akan dapat menyembunyikan dirinya dari haiwan pemangsa. Rama-rama mimicry sukar untuk dikenal pasti specisnya, manakala rama-rama yang meniru corak dan warna alam semula jadinya pula sukar untuk dicari apabila ia sedang bersembunyi di habitatnya --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya Telah lama Isa memerhatikan gerak geri Nazri, anak tiri kepada rakan karibnya, Maznan. Maznan berasal dari Sarawak dan beliau merupakan CEO di sebuah syarikat pengangkutan kontena. Isa pula menerajui syarikat yang sama sebagai seorang Pengurus Besar. Dia memang mempunyai hubungan rapat dengan Maznan--yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikatnya itu. Isa telah mengenali Maznan sejak beberapa tahun yang lalu apabila dia sendiri telah memberikan beberapa tender penting dari kerajaan kepada beberapa buah syarikat kepunyaan Maznan. Hubungan Maznan dengan Isa agak rapat kerana beliau sering menjadi temannya bermain golf di Kelab Golf Perkhidmatan Awam di Bukit Kiara. Sejak dari dahulu lagi (tatkala dia menjadi Pengurus Besar cawangan syarikat kontena tersebut di Pulau Pinang), Isa sering ke rumah Maznan. Terutamanya apabila dia terpaksa ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat syarikatnya yang beribu pejabat di sini. Maznan sering menjemputnya untuk duduk di rumahnya, kerana dia begitu senang dengan kehadirannya sebagai kawan yang boleh diajaknya berbual, dan kawannya yang boleh dibawanya bermain golf pada hari hujung minggu. Isa suka kepada Nazri yang dilihatnya semakin lama semakin ranum gamaknya. Nazri yang kini berusia dua belas tahun ini seperti buah ranum yang kini hanya menunggu masa untuk dipetiknya. Sepertimana yang pernah dilakukannya kepada Zaki tatkala dia seusia dengan Nazri beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini Zaki sudah tiada lagi, yang ada cuma Nazri. Dan Nazri adalah pengganti yang lebih baik jika dibandingkan dengan Zaki. Isa telah melakukan taktik yang sama untuk mendapatkan perhatian Nazri, sebagaimana yang telah dilakukannya kepada Zaki dahulu. Dia telah mencurahkan seluruh perhatiannya kepada Nazri dan memberitahu kepadanya bahawa dia begitu sayang kepadanya seperti seorang bapa kepada anaknya. Setelah dia mendapatkan sepenuh kepercayaannya dari Nazri, dia akan mencari jalan untuk membawa dia bercuti bersamanya. Kali ini, tempat pilihannya adalah ke Singapura. Maznan dan Anisah bersetuju, memandangkan Zaki juga biasa dibawa bercuti oleh Isa dahulu

133

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Sejak dari awal lagi Nazri tahu bahawa apa yang dilakukannya dengan Isa adalah salah. Tetapi dia tidak mahu memberitahu perkara-perkara jijik yang telah dilakukannya dengan Isa kepada orang lain. Kerana dia malu. Dan kerana dia tidak mahu perkara sama yang pernah berlaku kepada Zaki akan berlaku juga kepada Isa. Yang kini telah disayanginya seperti bapa kandungnya sendiri ** Mubin merasakan seolah-olah dia langsung tak mampu untuk menyelesaikan musibah yang telah menimpa hidup Nazri. Perkara-perkara yang telah berlaku kepada Nazri dengan perlahan-lahan telah membentuknya sehingga menjadi manusia yang dikenalinya sekarang. Dan sekarang hidupnya seolaholah hanya menanti hari untuk memakan dirinya sendiri. Air mata Nazri mengalir dari alor matanya. Dia menangis dengan perlahan. Wajahnya kaku. Hanya air matanya sahaja yang menampakkan bahawa dia sedang menangis. Nazri menghela nafasnya panjang-panjang. Diluahkan nafasnya dengan rasa penuh pilu. Matanya kembali memandang kepada poster lukisan The Scream. Lembaga yang sedang menjerit itu seolah-olah mencerminkan keadaan dirinya pada ketika itu. Sedih. Merana. Pilu. Rasa rasa pelik. Sebab selama ini saya suka kepada lelaki sebagaimana saya suka kepada perempuan. Saya suka kepada tubuh lelaki yang keras dan tegap. Saya suka diramas oleh tangan lelaki yang kasar. Dipeluk dan dicium oleh mereka. Nazri tertunduk sebentar sebelum dia memandang kepada Mubin lalu menyambung lagi. Tetapi di dalam masa yang sama saya juga suka kepada kelembutan yang ada pada perempuan. Saya suka kepada tubuh mereka yang lembut. Dada mereka yang pejal dan gebu Mubin terus mendengar cetusan hati yang telah lama disimpan oleh Nazri. Dia mendengar dan terus mendengar. Saya rasa diri saya ni gila. Saya rasa diri saya ni kotor. Saya tak tahu apa nak jadi dengan diri saya! Nazri menggosok-gosok rambutnya sehingga kusut. Kau bukan gila. Percayalah! Mubin cuba mententeramkan perasaannya. "Kalau kau gila... aku ni apa lagi?" Nazri menoleh kepada Mubin. Dia kurang yakin Mubin benar-benar dapat memahami perasaannya pada saat itu. Saya sayang kepada Murni, bang. Kata Nazri perlahan. Aku tahu. Sambut Mubin. Tetapi di dalam masa yang sama saya sayang kepada uncle Isa. Kau mesti tinggalkan dia. Nasihat Mubin. Suaranya tegas. Tak boleh! Saya sayangkan dia! Dia memandang penuh kepada Mubin. Dia tahu Mubin tak mungkin paham kepada perasaannya terhadap Isa. Begini Nazri kau tentu tahu apa yang dia buat kepada kau selama ini salah-- Nazri mengangguk, walaupun dengan teragak-agak. Jadi kenapa susah sangat untuk kau tinggalkan dia? Tanya Mubin. Sebab saya dah lama anggap dia macam bapak saya sendiri--

134

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Seorang bapa tak akan melakukan perkara yang bukan-bukan ini kepada anaknya! Pintas Mubin cepat-cepat. Nazri terdiam. Dia menggosok-gosok hidungnya yang sedikit berair itu. Saya tak rela untuk lepaskan segala-galanya yang saya ada sekarang ini. Kadang-kala kita terpaksa lepaskan apa yang kita ada untuk kebaikan kita sendiri. Mubin memegang bahu Nazri dengan erat. "Dan kadang-kala apa yang terpaksa lepaskan adalah orang-orang yang kita sayangi." Mubin kini benar-benar berharap Nazri akan mendengar nasihat darinya. Dia mahu melihat Nazri hidup bahagia tanpa apa-apa gangguan seperti mana yang terpaksa dihadapinya sekarang. Kerana fikirnya, apa yang telah berlaku kepada diri Nazri selama ini memang tidak adil. Tidak adil sama sekali!

135

Aku. Rama-rama Bab 23

Nizam Zakaria

Kadang-kala, satu-satunya cara untuk kita melupakan perkara yang menghambat jiwa kita selama ini adalah dengan berhadapan dengannya. Dan setelah kita berjaya menghadapinya dengan redha, kita akhirnya akan dapat memberitahu kepada diri kita bahawa apa yang menakutkan kita selama ini adalah sesuatu yang tidak rasional sama sekali. --Seperti yang pernah diperkatakan oleh Majid kepada Mubin beberapa bulan selepas dia meninggalkan Faizal. Pada tengahari hari sabtu itu. Mubin telah merayau-rayau berjalan di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia telah memulakan langkahnya dari stesen LRT Bandaraya dan seterusnya ke Sogo. Di Sogo, dia telah mendapatkan hadiah harijadi untuk Azman yang akan berlangsung dua minggu lagi. Dia telah membeli sebatang pen berjenama Mont Blanc untuk Azman. Hadiah yang agak mahal juga harganya. Mubin tidak kisah jika dia terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk Azman. Kerana apa yang penting baginya adalah hadiah yang akan diberikannya itu nanti akan digunakan sebaik-baiknya oleh Azman yang sangat-sangat disayanginya itu. Setelah Mubin merasa berpuas hati dengan hadiah yang baru sahaja dibelinya itu, dia terus berjalan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia pergi ke kawasan di mana terdapat banyak kedai gunting rambut. Dia meraba-raba rambutnya yang ikal itu sebelum dia masuk ke salah sebuah kedai gunting rambut yang ada. Dia hanya menunggu selama beberapa minit sebelum dia dipanggil untuk rambutnya dipotong. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi menggunting rambut, Mubin telah mengarahkan tukang gunting supaya memotong rambutnya di sebelah tepi dengan pendek lalu rambut pada bahagian tengah dibiarkan panjang. "Potong style rambut gayboy?" Tanya tukang gunting rambut itu dengan selamba kepada Mubin. Mubin terkejut sakan walaupun dia nampak tenang. Dia memandang ke arah tukang gunting rambut yang sedang memakai baju T ketat itu dari cermin di hadapannya. "Macam tu lah agaknya." Ujar Mubin sambil menghembus nafasnya panjang-panjang. Sekaum rupa-rupanya, bisiknya dalam hati. Mubin! Namanya disebut sebaik sahaja pintu kedai gunting rambut itu dibuka dari luar. Mubin menjeling ke arah cermin di hadapannya untuk melihat ke arah orang yang telah menyebut namanya tadi. Wajah Mubin tiba-tiba berubah pucat. Seolah-olah dia baru sahaja ternampak hantu jembalang di hadapannya. Dengan aku pun kau dah lupa ke? Tanya Faizal. Tangan kanannya meraba-raba rambutnya sendiri. Aku tak lupa. Tak kan lah aku boleh lupa pula! Ujar Mubin dengan suara perlahan. Tukang gunting rambut memotong bahagian belakang rambut Mubin dengan penuh berhati-hati. Kata Mubin kemudian, badan kau dah kurus sedikit tak gempal macam dulu. Faizal tersenyum malu. Kemudian dia memperkenalkan rakannya

136

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

kepada Mubin: Ini Azlan, dari Penang. Aku kenal dia melalui IRC di channel sayangabang. Aku rasa Azlan kenal sangat dengan aku kita pernah bertembung di Ikea. Beritahu Mubin untuk mengingatkan. Azlan tersenyum kerana dia tidak pernah menyangka Mubin masih mengingatinya lagi. "Nombor telefon kau yang kau bagi kepada Majid, aku masih simpan lagi." Jelas Mubin kemudiannya. Kini wajah Azlan merona merah. "Oh, okay... nombor yang aku suruh Majid berikan pada kau." Azlan kemudian ketawa entah mengapa. Suara ketawanya seperti seekor kucing yang sedang lemas. Kemudian dia cepat-cepat berhenti. Azlan berdiri terpacak di sebelah Faizal sambil memerhatikan wajah Mubin di hadapan cermin. Dia menutup matanya buat beberapa ketika. Di rasanya dirinya seperti hendak terjatuh ke lantai. Apabila dia membuka matanya semula, dia mendapati dirinya masih berdiri dan masih lagi memandang kepada wajah Mubin yang kacak seperti sebuah arca yang terukir indah itu. Sememangnya Mubin adalah lelaki Melayu yang paling kacak yang pernah dilihatnya selama ini. Kau dah makan? Tanya Faizal kepada Mubin. Memecahkan kebuntuan di dalam kedai gunting rambut. Sejak tadi hanya suara celoteh DJ dari radio Era yang berkumandang memenuhi ruang kedai. Kenapa kau tanya? Sambut Mubin menanyainya kembali. Dia hairan mengapa soalan seperti ini perlu terpacul dari mulut Faizal. Kalau tak makan lagi, boleh kita lunch bersama. Jelas Faizal. Belum lagi, tapi-- "Kalau begitu, kita bertiga makan sama-samalah, okay? Ujar Faizal seolah memerintah, sebelum sempat Mubin dapat meneruskan kata-katanya tadi. Terus kini dia menjemput Azlan supaya duduk bersamanya di dalam kedai gunting rambut yang agak kecil dan sempit itu. Mata Azlan kini sedang terpaku terus kepada Mubin Faizal telah membawa Mubin dan Azlan makan di restoran Coliseum yang terletak berdekatan dengan kedai gunting rambut tadi. Restoran yang berusia lebih tujuh dekat itu memang menarik. Perabut-perabut yang ada di dalamnya ternyata nampak antik tetapi telah dijaga dengan baik. Mubin duduk berhadapan dengan Faizal dan Azlan. Di dalam hatinya dia tertanya-tanya kenapa dia telah bertembung dengan Faizal pada hari itu. Muka kau tak banyak berubah. Kata Faizal kenapa Mubin. Tapi mungkin nampak matang sedikit. Katanya lagi, walaupun di dalam hatinya mahu sahaja dia menyatakan bahawa wajah Mubin kini kelihatan lebih kacak dan matang dari Mubin yang pernah dikenalinya dahulu. Berkali-kali juga matanya terpaku bahagian dada Mubin yang bidang itu. Puting Mubin yang besar itu juga dapat dilihatnya dengan jelas. Mubin sedang memakai sehelai baju Polo berwarna putih dua saiz lebih kecil dari saiz yang sepatutnya dipakai. Baju tersebut adalah baju yang telah dipinjamnya dari Azman... Bf kau okay tak? Bf kau Abangman kan? Tanya Azlan yang telah mengenali Azman sejak dari dahulu lagi melalui IRC. Dari IRC jugalah dia telah mendengar cerita mengenai hubungan Mubin dan Azman. Itu pun setelah cerita tersebut di war-war oleh Majid. Aku duduk sama-sama dengan dia sahaja. Jelas Mubin dengan

137

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

suara ragu-ragu. Aku dengar abang Man tu taste giler. Betul ke? Tanya Azlan. Matanya hanya kepada menu dan menunggu jawapan dari Mubin. "Si Lan ni minat sangat dengan orang-orang dari utara... kalau ada jantan dari Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu... mulalah dia!" Sampuk Faizal. Dia menyiku-nyiku Azlan. "Macam kau nih... mamat Utara. Hensem pulak tu. Abangman pulak dari Kelantan. Tentu hensem. Betul kan cakap aku?" Mubin tidak menjawab. Dia menarik nafasnya tanda tidak puas hati dengan soalan-soalan yang baru diterimanya. "Kenapa kau perlu tanya dia taste ke tak taste? Hensem ke tak hensem? Kau tak boleh terima orang dengan apa yang mereka ada? So what kalau dia hensem? Kau tu hensem sangat ke sampai aku tergila-gilakan kau dulu?" Ujar Mubin dengan suara memerli. Hatinya panas. Mana abang Man sekarang? Tanya Azlan yang mempunyai wajah seiras Aznil Hj. Nawawi itu pula. Dia sengaja mahu meredakan keadaan. Dia ke Pahang untuk melawat beberapa orang pelajarnya yang tengah buat praktikal di sana. Bila dia balik? Tanya Faizal. Petang esok. Jawab Mubin pendek. Rasa panasnya mula reda. Bukannya apa aku ingat nak bawak kau pergi tengok Miss Gayboy malam ni. Ujar Faizal bersahaja. Tak apalah sepupu aku Majid memang nak ke sana pun, malam ni. Cepat-cepat Mubin menjawab. "Kawan kami Nasha akan ambil bahagian. Kami ke sana nak bagi dia moral support." Faizal dan Azlan saling berpandangan. Pelayan restoran mula melayani mereka lalu meminta pesanan. Sejurus selepas pelayang meninggalkan meja makan mereka, Azlan terus berkata: "Clusssttt si Nasha ponen harapan negara tu. Berani mati dia masuk Miss Gayboy!" "Dia cantik giler bila dia drag... macam Nasha Aziz." Beritahu Mubin kepada Azlan tanpa memandang ke arah Faizal. Mereka bertiga tidak banyak berbual pada petang itu. Mubin hanya menjawab sepatah dua kepada setiap soalan yang ditujukan kepadanya. Itupun dijawabnya dengan nada penuh malas dan kadang-kala teragak-agak. Dia merasa kurang selasa berada di hadapan Faizal. Dia hampir-hampir tidak boleh percaya bahawa dia pernah bercinta bagai nak gila dengan Faizal yang dilihatnya sekarang. Mungkin benar cinta itu buta. Dan sekarang apabila dia tidak mencintainya lagi, terus menerus, pandangannya terhadap diri Faizal langsung berubah. Faizal bukan lagi lelaki yang mampu membuat hatinya cair setiap kali matanya bertentangan dengannya. Atau lelaki yang mampu membuat fikirannya kusut setiap kali mereka berjauhan. Mubin mendapati rasa terganggu atau bencinya kepada Faizal terus hilang dengan sendirinya pada petang itu. Dia merasa sedikit lega. Mungkin kerana buat kali pertama di dalam jangka masa yang lama dia mula merasa tenang. Seolah-olah dia telahpun berjaya menghadapi bayangan hitam yang telah

138

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

lama menyelubungi hidupnya. Mubin kini telah berjaya menhadapi diri Faizal yang telah lama menghantui dirinya selama ini. Faizal yang selama ini menjadi seperti momok di dalam hidupnya kini dirasanya hanya seorang yang boleh dilupakannya. Kini dia boleh melupakan Faizal buat selama-lamanya *** Eh, ye ker? Kau jumpa dia tadi? Tanya Majid sekali lagi di dalam kereta Mubin. Dia seperti tidak perjaya bahawa Faizal telah bertembung dengan Mubin pada petang tadi. Dan Lan Penang pun ada dengan dia? Aku nak bohong dengan kau buat apa? Apa yang aku boleh dapat? Kata Mubin. Dia memandu keretanya dengan laju seperti seorang pemandu F1 ke arah Lebuhraya Persekutuan untuk ke Pandan Indah. Jadi apa yang kau bualkan dengan Faizal? Tak banyak cerita-cerita lama saja. Jawab Mubin selamba. Tu jer ke? Tanya Majid lagi. Takkan lah tu jer? Dia sekali lagi meminta kepastian. Itu sahaja. Tegas Mubin. Dia masih mahukan kau lagi? Nampaknya begitu dari cara dia cakap dengan aku pun aku tahu. Dia kata dia nak ambil berat pasal aku-- Oh ye ker? Cepat-cepat Majid memintas. Tu yang aku tak suka dengar. Bukannya apa, aku dan dia sekarang dah ada penghidupan masing-masing. Tak kanlah dia tak tahu lagik. Tu lah! Getus Majid. Dia takde scandal dengan Lan Penang ke? Ish, takdelah diorang tu kawan saja. Syudehhh. Getus Majid, sengaja mahu membuat lawak. "Tapi Lan tu okay orangnya. Aku suka tengok dia. Dia ikhlas bila dia berbual dengan aku." "Aha... dia okay. Aku suka kawan dengan dia. Personally aku tak pernah jumpa dengan dia. Berbual dalam telefon tu, pernah lah." Jelas Majid. Dia menguis-nguis bekas jerawat pada bahagian dahinya. "Suara dia very der abang-abang. Suka menyanyi pulak tu. Pernah sekali aku jamming main gitar dengan dia kat telefon." "Kau nyanyi ke dia nyanyi... choii kalau kau yang nyanyi!" "Dia nyanyi ler. Aku main gitar... main lagu 'more than words'. Tu pun dia yang ajar aku main key yang betul. Ala-ala berguru dengan dia gituh." Majid menjelaskan. "Suara dia memang sedap bila menyanyi." "Patut ler dulu masuk talentime!" Getus Mubin sambil ketawa kecil. "Aku dengar in real life dia tu abang-abang... betul ke?" Tanya Majid ingin tahu. "Adelehhh." Getus Mubin dengan cara yang selalu disebut-sebut oleh Rezal sebelum ini. "Alah... cakap jellah." Pinta Majid. "Yup... memang nampak jantan ler." Ujar Mubin, lalu cuba memotong kereta di hadapannya. "Kejap nanti kau akan jumpa dia... jangan takut." "Eh ye ker? Dia nak datang sekali ke?" Tanya Majid dengan mata yang terbeliak. "Ye lah... that's why he's in KL." Kata-kata Mubin putus di situ sahaja.

139

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Majid pula terdiam. Entah apa sahaja yang sedang difikirkannya pada ketika itu... Mubin terasa sedikit rimas tatkala dia masuk ke dalam apartment kecil yang terletak di Pandan Indah itu. Terlalu ramai orang di sana. Boleh dikatakan semua yang hadir adalah dari golongan gay, kalau tak pun, dari golongan nyah. Semuanya yang hadir mahu menyaksikan Miss Gayboy yang akan diadakan di sini. Pertandingan ratu cantik yang julung-julung kali diadakan ini telah dikhaskan untuk golongan gay yang suka memakai pakaian wanita atau ber'drag'. "Ponen, kenapa lambat kau sampai... kan orang dah ramai!" Ujar Rezal kepada Majid sebelum dia berlaga-laga pipi dengannya. Dengan Mubin pula dia hanya bersalaman dengannya. Segan dia untuk berlaga-laga pipi dengan Mubin. "Adelehhhh." Jawab Majid cepat-cepat. Dia mendongak-dongak melihat tetamu yang hadir pada hari itu. Hampir kesemua yang hadir adalah wajah-wajah yang dikenalinya dari Blue Boy. "Alah mesti lambat sebab nak make-up lebih-lebih. Nak nampak lebih cantik dari pompuan-pompuan kat sini konon." Sampuk Hazlee, kawan rapat Majid yang dikenalinya sebagai DJ sambilan di Blue Boy. Kini mereka berdua berlaga-laga pipi pula. "Sudehhh." Ejek Majid. Dangan tangannya di masukkan ke dalam seluar kargonya yang lusuh itu. Baju-T Chairman Mao yang entah dari tahun berapa dibelinya itu juga nampak tidak berseterika. Jauh benar keadaannnya dari Mubin yang kelihatan segak pada malam itu dengan seluar khakis serta baju polo hitamnya. "Nouque... nih sepupu mak... nama dia Mubin." Ujar Majid kepada Hazlee. Mubin bersalaman dengan Hazlee yang nampaknya segan-segan dengan Mubin. "Nyeh... Haizam sejak tadi carik kau." Ujar Rezal kepada Majid tentang teman serumahnya dan juga kenalan paling rapat kepada Majid. "Dia kata ada hal dia nak cakap dengan kau pasal laki dia si Amir lah tu." "Dia kat mana?" Tanya Majid. Rezal menjuih ke arah dapur. Majid terus melangkah ke sana meninggalkan Mubin bersama Rezal dan Hazlee di ruang tamu. Mubin hanya mampu tersenyum. Dia terlalu segan untuk mengeluarkan kata-kata jika Majid tidak ada bersamanya. "Rezal kata tadi kau pun grad dari US... kau study kat mana?" Tanya Hazlee kepada Mubin yang dilihatnya seperti mati kutu di hadapannya. "Purdue... kau pula?" Jawab Mubin, dan sempat juga dia bertanya. "Brown." Ujar Hazlee dengan nada yang bangga. Seolah-olah seorang graduan Ivy League sepertinya mempunyai status khas di dalam masyarakat di Malaysia. "Tadi aku ada jumpa satu mamat nih... budak USC. Nama dia Faizal kalau tak salah aku. Dia datang dengan Lan Penang--" "Aku kenal budak tu." Ujar Mubin perlahan. "Mana dia sekarang?" "Keluar sekejap nak isap rokok." Beritahu Rezal sambil bercekak pinggang. Perbualan terhenti sebentar apabila Azlan masuk ke adalam apartment yang semakin sejak itu.

140

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Lan... mana kawan kau satu lagi tu?" Tanya Hazlee sambil mencuit bahu Azlan untuk menarik perhatiannya. "Dia tengah berbual dengan kawan dia kat luar." Jawab Azlan sambil matanya tertumpu kepada Mubin. "Aku ingatkan kau tak datang." Katanya kepada Mubin. Mubin hanya tersenyum. Dia melihat Azlan bukan main bergaya pada malam itu dengan kemeja corak ala Versacenya. "Okaylah noque... mak dengan Kak Leeza nak tengok anak ayam kami si Nasha tu kami nak tengokkeadaan dia sekarang." Kata Rezal kepada Azlan dan Mubin. "Biasalah mak-mak ayam." Katanya kemudian, lalu beredar bersama Hazlee masuk ke dalam bilik tidur tuan rumah yang kini telah dijadikan sebagai bilik operasi untuk peserta di dalam peraduan ratu cantik ini. Azlan dan Mubin saling berpandangan. Kerana ruang tamu sempit dan dipenuhi dengan para pengunjung, suasana agak riuh dan panas. Mubin mengelap peluh yang mula menitik meleleh di dahinya. "Panas macam kat dalam BB pulak." Ujar Azlan sambil tersenyum kepada Mubin. "Entahlah... aku tak pernah pergi ke sana." Jawab Mubin dengan ikhlas. "Orang KL macam kau pun tak pernah pergi ke sana?" Tanya Azlan. Dia menggaru-garu tengkuknya yang lembab berpeluh itu. "Aku bukan orang KL... aku orang Penang." Beritahu Mubin yang masih belum boleh menerima hakikat bahawa dia kini boleh dikenali sebagai 'orang KL' walaupun tidak sampai setahun dia menetap di kota ini. "Maksud aku... kau duduk di sini pun kau tak pernah ke sana?" Azlan menghuraikan kata-katanya tadi. "Tidak... aku tak suka pergi tempat-tempat macam tu." Jelas Mubin dengan ikhlas dan tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan sesiapa. "Kenapa pulak?" "Terlalu ramai manusia... aku tak berapa suka. Macam sekarang ni lah." "Samalah macam aku." Azlan mengakui sambil tersenyum. Kemudian dia mengajak Mubin untuk berehat di sebuah rumah rakannya yang tinggal di tingkat atas bangunan apartment yang sama. Mubin mengikut sahaja. Di apartment tersebut tidak terdapat ramai orang. Yang ada cuma mereka yang mahu mengelakkan kesesakan di apartment yang melansungkan peraduan ratu cantik di bawah. Kedua-dua tuan punya apartment ini mengenali di antara satu dengan yang lain. Mereka berdua juga menjadi penganjur bersama Miss Gayboy yang akan berlansung tidak lama lagi. Jadi tidak hairanlah jika apartment ini juga dibuka untuk orang ramai. Rata-rata mereka yang sedang berada di dalam apartment ini sedang berkumpul di hadapan TV sambil berkaraoke. Mubin dan Azlan memerhatikan gelagat mereka sambil kadang-kala ketawa kecil apabila suara yang didengari mereka sumbang. Terutamanya jika lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari koleksi Celine Dion, Whitney Houston dan kalau tidakpun, Siti Nurhaliza. Masing-masing yang sedang menyanyi merasakan merekalah diva. Mereka yang berkumpul di dalam apartment atas semakin

141

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

berkurangan apabila Miss Gayboy mula dipertandingkan di tingkat bawah. "Aku rasa malas nak turun bawah..." Ujar Mubin kepada Azlan. "Kalau kau nak turun... turunlah. Beritahu kat Majid aku ada di sini." "Kalau kau tak mahu... aku pun tak mahulah." Ucap Azlan. "Aku nak karaoke nyanyi lagu Ricky Martins." Mubin tidak boleh membuat apa-apa, kerana itu adalah kehendaknya. Sepanjang masa mereka berada di apartment itu, setelah Azlan penat berkaraoke, dia telah berbual dengan Mubin tentang perkembangan terbaru di Pulau Pinang. Mubin mendapati, Azlan memang peramah orangnya. Semakin lama dia duduk berbual dengan Azlan, semakin senang dia membuka hatinya untuk lebih selesa berbual Azlan. "Kalau kau nak turun Penang, jangan lupa call aku. Boleh kita cruising bersama." Ujar Azlan. Tangannya masih lagi memegang microphone. "Sudah tentu." Ujar Mubin ringkas, walaupun perkara cruising yang dimaksudkan oleh Azlan tidak diketahui erti sebenarnya. Kini Mubin sedang memikirkan tentang nombor telefon Azlan yang masih disimpannya di dalam buku telefonnya. Mungkin dia akan menelefon Azlan pada masa dia hendak balik ke Pulau Pinang kelak "Oh, sini kau berdua rupa-rupanya." Ujar Faizal dari muka pintu sambil membuka kasutnya lalu jalan masuk ke dalam apartment. Dia terus duduk di sebelah Mubin sambil memegang pehanya. "Lan... Faizal, aku mintak diri dulu. Aku nak ke bawah tengok Miss Gayboy tu." Ujar Mubin cepat-cepat berdiri. "Alah, rileks lah beb. Sekarang diorang tengah sibuk bersiap untuk acara evening wear..." Getus Faizal sambil memegang lengan Mubin. Mubin hanya tersenyum tawar. Dengan laju dia meluru ke pintu lalu memakai kasutnya. Di bawah dia terus mendapatkan Majid yang nampaknya sedang seronok sakan berbual-bual dengan kawan baiknya Haizam. Mereka sedang galak berbual tentang Nasha yang telah keluar dengan swimwear berani matinya tadi. "Rugi kau tak tengok." Ujar Majid kepada Mubin. "Woman habis si Nasha tu tadi." Sambil berpeluk tubuh Mubin ketawa kecil. Dia kemudian telah mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya untuk melihat jika Azman ada cuba menelefonnya sejak tadi. Azman tidak menelefonnya. Mubin kemudian menarik nafasnya panjang-panjang lalu menelefon Azman yang sedang berada di Pahang pada ketika itu. Dia rindu benar kepada suara Azman yang tidak didengarinya sejak beberapa hari yang lalu...

142

Aku. Rama-rama Bab 24

Nizam Zakaria

Rama-rama adalah seekor haiwan yang sensitif. Setelah kita berjaya menangkapnya, kita mesti memegangnya dengan berhati-hati supaya sayapnya itu akan tidak rapuh. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya Sukar benar untuk Murni mengajak Nazri keluar pada hari itu. Murni hampirhampir dapat merasakan bahawa Nazri seolah-olah mahu menjauhkan dirinya darinya. Dari perbualannya di corong telefon, Nazri didapatinya begitu sukar untuk mengeluarkan kata-katanya tatakala berbual dengannya. Lain benar keadaannya itu jika dibandingkan dengan dirinya beberapa bulan yang lalu. Murni membuat beberapa teori mengenai keadaan Nazri yang tidak bersemangat ini. Salah satu darinya adalah kerana Nazri rasa sedih kerana Murni akan meninggalkannya tidak lama lagi. Murni akan ke UK untuk meneruskan pelajarannya di peringkat A-levels di sana. Murni akan ke UK lebih kurang tiga minggu sahaja dari sekarang. Nazri telah diambil oleh Murni dari rumahnya dengan menaiki kereta ibunya pada tengahari hari Sabtu itu. Sebaik sahaja dia tiba di rumah Nazri, dia dapat melihat Nazri sedang melayani adiknya Shawal bermain dengan basikal di hadapan kawasan rumahnya. Shawal kelihatan gembira bermainmain dengan abangnya itu, walaupun abangnya itu kelihatan lesu memanjang. Sebaik sahaja Shawal ternampak kelibat Murni berdiri di hadapan rumahnya, Shawal terus cepat-cepat menyuruh abangnya membuka pintu pagar untuk membenarkan Murni masuk. Shawal nampak gembira dan dia pasti Murni ada membawa bersamanya hadiah untuk diberikan kepadanya. Kerana itulah yang akan dilakukan oleh Murni setiap kali dia menjenguk melawat Nazri di rumahnya. Akak belikan Shawal kad Pokemon lagik? Tanya Shawal apabila Murni menyerahkan hadiah kepada tangan kecil Shawal. Murni mengangguk sambil dia tersenyum. Kemudian dia memandang kepada Nazri yang sedang memakai kaca mata hitam. Nazri nampak bersahaja, dia tidak tersenyum mahupun berwajah masam. Tetapi dia kelihatan sedikit resah. Cermin kacamatanya hitam sehingga tidak ternampak matanya. Tetapi Murni tahu bahawa setiap gerak-gerinya bersama Shawal sedang diperhatikannya. Dengan cepat Shawal terus membuka balutan hadiahnya. Dia membuka bungkusan kad-kad Pokemon sambil tersenyum puas, kerana mendapat kad Pokemon bernama Adabra yang dicarinya selama ini. Bahagia benar dia nampaknya. Abang Ari nak pergi mana? Tanya Shawal kepada Nazri. Nak pergi jenjalan dengan akak Murni. Jawab Nazri sambil meramasramas rambut Shawal yang lembut itu. Nak pergi Taman Rama-rama, Shawal! Beritahu Murni. Shawal pernah ke sana tak? Tak! Jawab Shawal dengan ghairah. Boleh Shawal ikut sekali tak?

143

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Tanya Shawal kemudian dengan manja kepada abangnya. Tetapi matanya tertumpu kepada Murni. Langsung tak berkelip matanya. Boleh. Jawab Murni menunduk sambil mencubit pipi Shawal yang gebu itu. Shawal mengelak lalu bersembunyi di belakang abangnya sambil ketawa sendiri. Tak boleh! Nazri cepat-cepat memintas. Kenapa pulak tak boleh? Tanya Murni meminta kepastian. Murni bercekak pinggang di hadapan Nazri. Wajahnya yang putih gebu itu nampak semakin cantik apabila ia telah disinari suria pada tengahari itu. Nazri tidak menjawab. Dia hanya memeluk tubuhnya sendiri. "Alaahhh! Nak ikut!" Pintas Shawal. Merengek-rengek. Nanti lain kali, akak bawak Shawal kay sana, okay? Ujar Murni dengan perlahan kepada Shawal. "Abang Ari tak bagi Shawal ikut--" Alahhhhhhh! Nak ikut! Rengeknya lagi sambil memegang tangan Murni. "Apa ni? Tak tahu malu ke merengek macam budak kecik?" Sergah Nazri dengan manja. Shawal buat-buat tidak dengar. "Hmm... sebab abang Ari tak bagi Shawal ikut, lain kali akak bawak Shawal sorang saja, okay?" Ujar Murni memegang tangan kecil Shawal dengan erat. Nanti akak belikan mainan Pokemon lagi. Bila abang Nazri balik nanti Shawal mintak kat abang Nazri, okay? Murni berjanji sambil tersenyum manis. Shawal akhirnya mengalah. Dia tersenyum sekali. Nazri masuk ke dalam kereta Murni tanpa disuruh Murni. Dia melambaikan tangannya kepada Shawal yang sedang menjenguk ke arahnya dari pintu pagar. Murni melambai sama sebelum dia terus memandu ke arah pusat Bandar untuk ke Taman Rama-rama. Di sepanjang perjalanan, Nazri tak banyak berbual. Murni telah memulakan perbualan dengan menceritakan tentang hubungan Mubin dengan bapanya yang kini semakin keruh. Mereka berdua tidak sekata lagi semenjak Mubin telah menegur tindakan kerajaan terhadap rakyat yang sedang melakukan demonstrasi di hadapan bapanya. Secara amnya, Mubin telah menyalahkan pihak polis kerana telah berlaku kejam terhadap mereka yang melakukan demonstrasi secara aman. Secara khususnya pula, dia telah menyalahkan bapanya kerana bapanya lah di antara orang-orang yang telah bertanggungjawab untuk mengarahkan pihak FRU supaya 'mengawal' mereka yang mengadakan demonstrasi. Bapanya pula telah memarahi Mubin kerana menurutnya, Mubin tidak faham bahawa dia telah mengarahkan perkara ini kepada anak-anak buahnya setelah dia mendapat arahan dari pihak atasan. Mubin pula menuduh bapanya sebagai seorang boneka hidup yang tidak mempunyai pendirian sendiri. Di antara mangsa polis yang dikenali Mubin adalah Majid sendiri. Majid pernah dibelasah teruk oleh FRU kurang setahun yang lalu, apabila beliau telah berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Setelah Majid di belasah, dia telah dimasukkan ke dalam lokap selama beberapa hari. Bapa Mubin langsung tidak mahu menolong--untuk sekurang-kurangnya menggunakan pengaruhnya untuk mengeluarkan Majid dari tahanan. Kerana menurutnya, dia tidak mahu melakukan sesuatu yang akan mendatangkan

144

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

kesan yang buruk kepada kerjayanya nanti... Mubin sebenarnya masih belum berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh bapanya kerana ada seorang rakan sepejabatnya yang tidak terlibat dengan secara langsung di dalam demonstrasi tersebut telah dipukul dengan teruk oleh pihak FRU. Dia berasa bersalah dan berasa bertanggungjawab ke atas kecederaan teruk yang dialami oleh rakan sepejabatnya kerana arahan untuk kononnya mengawal perhimpunan rakyat ini datangnya dari bapanya sendiri. Dia masih merasakan bahawa perkara ini seperti kejutan budaya baginya. Selama dia menetap dan menuntut di Amerika Syarikat, dia jarang atau mungkin tidak pernah menerima kejutan budaya seperti ini, kerana semua yang telah berlaku kepadanya di sana adalah sesuatu yang biasa dilihatnya di kaca TV. Tetapi tatkala dia pulang ke Malaysia, semua yang sedang dan telah berlaku adalah seperti sesuatu yang begitu asing baginya. Korupsi, nepotisme dan rakyat yang seolah-olah diminta untuk menyembah kerajaan (dan yang bukan sebaliknya) adalah sesuatu yang difikirkannya hanya boleh berlaku di negara-negara dunia ketiga yang daif seperti Chile, Zaire dan Afganistan. Dan bukan di Malaysia! Bukan di negara yang dicintainya ini. Dan dia tahu bahawa ada sebilangan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab yang sedang merosakkan negaranya ini perlahan-lahan tentunya melalui korupsi dan nepotisme. Murni dan Nazri masuk ke dalam Taman Rama-rama yang terletak di sebelah Tasik Perdana di ibukota. Murni nampak gembira, walaupun kini sudah tiga kali dia masuk ke taman ini. Dia suka melihat rama-rama bertebangan di sekelilingnya. Dia rasa bahagia di sini, lebih-lebih lagi apabila dia dapat berada di sini disamping Nazri. Panas lah tempat ni. Keluh Nazri sambil mengelap peluhnya yang mula menitik dari dahinya. Kawasan Taman rama-rama ini ditutup dengan jaring untuk mengelakkan rama-rama dari terbang keluar. Maka tidak hairanlah jika kawasan ini juga tidak berangin. Alah panas sikit jer. Pujuk Murni. Dia mengeluarkan bungkusan kertas tissu dari dalam beg tangannya lalu diserahkan kepada Nazri. Nazri mengeluh. Dia membetulkan kedudukan cermin mata gelap yang masih dipakainya sejak tadi. Beberapa hari lagi, hari jadi abang Azman. Awak dah belikan hadiah untuk dia? Tanya Murni kepada Nazri sambil berjalan masuk untuk menerokai Taman rama-rama. Belum lagi" Kalau macam tu, awak nak share hadiah tak? "Tak apa saya tahu apa nak beri pada dia nanti. "Hadiah apa tu? Bagitahulah kepada saya!" Nazri tidak menjawab. Dia terus berjalan seolah-olah dia tidak mendengar kata-katanya tadi. Kenapa ni? Macam tak ada mood jer? Tanya Murni. Tak ada apa-apalah! Sambut Nazri. Kenapa sejak tadi pakai cermin mata hitam ni? Suka-suka jer biar nampak brutal sikit.

145

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Murni ketawa kecil. Gelihati dia melihatkan Nazri yang tidak habishabis mahu dirinya kelihatan brutal ini. Beberapa minit kemudian Murni terpandang kepada seekor specis rama-rama yang disukainya. Dia cepat-cepat menuju ke arahnya. Di situ terdapat beberapa ekor rama-rama yang berterbangan. Nazri berjalan ke arah Murni dari belakang. Didapatinya kawasan tersebut memang terdapat banyak rama-rama. Kini, salah seekor rama-rama tersebut telah hinggap di atas hidung Nazri yang mancung itu. Nazri terasa geli. Terus dia mengibas-ngipas tangannya di hadapan hidungnya. Perbuatannya telah menyebabkan cermin-mata hitamnya itu ke tanah. Murni ketawa melihatkan gelagat Nazri. Tetapi ketawanya itu terus terhenti apabila dia dapat melihat bekas tumbukan pada bahagian mata kiri Nazri. Dia terkejut. Dia cepat-cepat menutup mulutnya yang ternganga itu. Kenapa ni Nazri? Apa yang telah berlaku? Tanya Murni sambil mendekati Nazri. Dia merenung ke arah mata Nazri yang lebam hitam kebiruan itu. Tak ada apa-apa. Nazri terus memakai kembali cermin mata hitamnya. Dia nampak serba salah kerana telah membohongi Murni. Nazri cakap kat Murni. Apa yang telah berlaku. Murni masih tidak mahu berganjak sehingga soalannya tadi dijawab Nazri. Nada Murni seperti memaksa. "Tak ada apa-apalah!" Sergah Nazri dengan suara marah-marah. Naik darah dibuatnya. Murni terkejut. Kerana selama ini Nazri tidak pernah sekalipun menaikkan suaranya setiap kali dia berbual dengannya. Murni terdiam di dalam keadaan terkejutnya itu. Wajahnya pucat. Nazri berpaling ke arah lain. Setelah beberapa minit berlalu, barulah Nazri memberanikan dirinya untuk memandang kembali ke arah Murni. Dilihatnya Murni merenung dalam-dalam ke arah anak matanya. "Saya mintak maaf Murni." Ucap Nazri dengan ikhlas walaupun dengan perlahan. Dia mendekatkan dirinya kepada Murni. Dia membetulkan rambut Murni yang terlerai jatuh di atas dahinya yang licin itu. "Tentu awak ada masalah... kalau tak awak tak macam ini." Ujar Murni. Kali ini sengaja dilembutkan suaranya itu. Nazri mengangguk lemah. Anak tekaknya bergerak-gerak setelah dia menelan air liurnya sendiri. Dia merenung ke wajah Murni yang cantik itu. "Kalau awak tak nak ceritakan masalah awak tu kat saya... tak apa. Saya faham." Murni terus berjalan ke dalam taman rama-rama. "Murni, tunggu!" Getus Nazri di belakang Murni. Murni menoleh ke arah Nazri. Dia menunggu buat beberapa ketika sebelum Nazri meneruskan kata-katanya. "Kalau awak nak tahu sangat siapa yang pukul saya sehingga jadi begini, awak ikut saya sekarang." Murni merapatkan bibirnya lalu mengangguk sekali dengan perlahan. Nazri berjalan dengan perlahan keluar dari taman rama-rama yang telah dimasukinya tidak sampai lima belas minit itu. Murni mengekorinya dari belakang. Di dalam kereta, Nazri telah mengarahkan Murni supaya membawa keretanya ke Kelab Golf Perkhidmatan Awam yang terletak di Bukit Kiara. "Kenapa kita perlu ke sana?" Tanya Murni sambil menggosok-gosok

146

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

bahagian tepi lengannya. 'Saya pernah ke sana sebab bapa saya ahli kelab golf tu. Tak ada apa-apa yang menarik di sana--" "Ada sesuatu yang ingin saya tunjukkan di sana." Sambut Nazri berpaling ke arah tepi kereta. "Apa yang awak nak tunjukkan kepada saya?" Tanya Murni keliru terhadap arah tujuannya hari itu. Nazri tidak menjawab. Di sepanjang perjalanan ke Bukit Kiara dia diam sahaja. Nafasnya turun naik dengan cepat. Tanpa banyak soal, anggota keselamatan yang tugasnya menjaga pintu masuk kelab golf telah membenarkan kereta yang dipandu Murni masuk ke dalam kelab ekslusif tersebut--memandangkan di kereta dipandunya itu ada tertampal stiker kelab tersebut. Murni meletakkan kereta dipandunya dekat dengan bangunan kelab yang mempunyai rekabentuk colonnade yang tidak ubah seperti bangunan gah empayar Rom. Bangunan tersebut nampak janggal di tepi padang golf tersebut memandangkan suasana tropika negara ini. "Dia selalu ke sini pada masa-masa macam ni." Ucap Nazri yang kenal benar dengan segala gerak langkah Isa. "Siapa 'dia' yang awak maksudkan ni?" Tanya Murni yang tertanyatanya sejak tadi. Dia keliru dengan segala tingkah laku aneh Nazri kepadanya. Nazri hanya memandang ke arah sebuah kereta hitam BMW yang telah diletakkan berdekatan dengan kereta yang telah dipandu Murni. Di bahagian belakang kereta BMW hitam itu ada tertampal stiker "UMNO, kini dan selamanya'". Murni kenal benar dengan kereta tersebut. Kerana dia pernah melihat Nazri menaiki kereta tersebut pada kali pertama Murni bertemu dengannya di Dataran Merdeka. Nazri memandang kepada muka jam tangannya. Kemudian dia berkata: Sekarang dia ada di cafe agaknya. Dia selalu lepak di situ. Nazri keluar dari perut kereta lalu berjalan keluar. Murni hanya mengekorinya dari belakang. Setibanya mereka di muka cafe, Nazri telah menjuihkan mulutnya ke arah seorang lelaki yang berusia setengah abad yang sedang duduk di hadapan seorang anak muda. Murni terkejut melihat kepada siapa yang dimaksudkan oleh Nazri. "Irwan... eh tu Irwan kan? Tapi kenapa pula dia duduk dengan bapak awak?" Tanya Murni. Dia dapat melihat Nazri sengaja menyembunyikan dirinya di belakang tanaman hidup yang telah dijadikan hiasan di luar cafe. "Dia bukan bapa saya." Sebut Nazri perlahan. "Saya mintak maaf kalau selama ini saya telah menipu awak." Murni memandang terus kepada Nazri seolah-olah dia ingin memberitahu kepadanya bahawa dia tidak kisah akan itu semua. "Dia pukul awak?" Tanya Murni dengan perlahan.Dia sekali lagi menoleh ke arah Irwan. Dilihatnya bahagia sungguh dia berada di hadapan Isa. Nazri mengangguk lalu tertunduk. "Ya, uncle Isa pukul saya semalam." Nazri kemudian telah menyuruh Murni keluar dari bangunan kelab ini. Dia memegang tangan Murni lalu mengheretnya pergi dari kawasan cafe.

147

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Katanya, dia akan menjelaskan kepada Murni nanti apa sebenarnya yang telah berlaku nanti. Sewaktu Nazri berjalan melintas di hadapan cafe, dia telah bertentang mata dengan Isa buat beberapa detik. Isa tahu bahawa dia telah ternampak kelibat Nazri di hadapan cafe, tetapi dibiarkannya sahaja Nazri pergi... Sewaktu berada di luar bangunan kelab golf, Nazri telah berhenti sebentar di hadapan kereta BMW hitam kepunyaan Isa. Kemudian dia mengeluarkan kunci motor dari dalam kocek seluarnya lalu digoresnya bahagian tepi kereta Isa. Murni telah cuba menahan Nazri dari meneruskan perbuatannya itu, tetapi Nazri berdegil. Malah dengan penuh perasaan marah dia telah mematahkan salah sebuah cermin tepi kereta Isa. Setelah Murni berjaya memujuk Nazri supaya cepat-cepat masuk ke dalam keretanya, dia terus memandu berdesup keluar dari kelab golf tersebut. Murni memandu keretanya melepasi kawasan Bukit Kiara lalu masuk ke dalam kawasan Bukit Damansara melalui jalan yang menuju ke arah Pusat Sains Negara. Dari situ beliau telah membawa keretanya ke arah kawasan atas bukit yang sunyi yang letaknya di hujung Jalan Setiabistari. Dahulu, Nazri sering membawanya ke sini untuk menghirup udara petang sambil berbual-bual kosong. Kawasan ini sunyi dan menghadap ke arah kawasan perumahan kelas atasan di Bukit Damansara. Pada tengahari itu, untuk mengelakkan cuaca panas, Murni telah memberhentikan keretanya di kawasan redup yang dipenuhi dengan pokokpokok rendang di tepi jalan yang sepi itu. "Dia bukan bapa saya..." ujar Nazri seraya menghembuskan nafasnya yang turun naik kerana marah tadi. "Dia ayah kak Daria, kan? Pakcik kepada Irwan?" Tanya Murni dengan nada yang pasti. Nazri mengangguk perlahan. "Jadi apa hubungan awak dengan dia? Kenapa dia pukul awak?" "Sebab saya tak mahu dia ganggu saya lagi." Kata Nazri. Matanya memandang penuh ke hadapan. "Ganggu? Ganggu macam mana?" Tanya Murni. Dia terus Berpaling ke arah Nazri. "Ganggu macam mana Nazri?" Nazri membuka cermin mata hitamnya. Lalu terus menampakkan matanya yang lebam kerana dipukul itu. Wajah Murni berubah. Kini barulah dia dapat mengamati wajah Nazri dengan lebih dekat lagi. Dahi Murni terkerut seribu. Dia kasihan melihat keadaan Nazri pada ketika itu. Dan di dalam hatinya terkandung beribu pertanyaan mengenai kehidupan sebenar Nazri. Satu perkara yang masih lagi menjadi tanda tanya kepada dirinya. "Apa hubungan Nazri dengan ayah Kak Daria?" Tanya Murni sambil memegang tangan Nazri dengan erat. Nazri tidak menjawab. Dia hanya memandang ke hadapannya. Entah apa sahaja yang sedang difikirkan pada waktu itu. Murni tidak mahu membebankan fikirannya lagi. Dia sendiri diam. Mungkin apabila hati Nazri terbuka nanti, pasti apa yang telah lama terkandung di dalam hati Nazri akan diluahkan kepadanya jua...

148

Aku. Rama-rama Bab 25

Nizam Zakaria

Abang Mubin pernah berkata, cinta yang sempurna tidak akan datang dengan kita mencari seorang yang sempurna, tetapi dengan kita mencintai seorang yang kurang sempurna itu dengan sempurna. --Kata Murni kepada Nazri, apabila dia menyatakan bahawa dirinya tidak mungkin boleh dicinta kerana didapatinya dirinya kurang sempurna. Nazri termenung jauh ke arah beberapa deretan rumah di kawasan Bukit Damansara. Dia menarik nafasnya panjang-panjang. Murni memegang tangannya dengan erat. Sesekali dia akan menjeling ke arah mata Nazri yang lebam itu. Murni tahu fikiran Nazri sedang berkecamuk. Dia pasti sedang memikirkan tentang sesuatu yang sedang menganggu fikirannya. Sebenarnya saya dah siapkan hadiah yang saya nak beri kepada abang Man, nanti. Ujar Nazri berpaling ke arah Murni. Hadiah apa tu? Tanya Murni seraya cuba mengukir senyuman. Hadiah saya buat sendiri. Buat sendiri? Ya, saya buat sendiri. Buat dari apa? Awak ingat masa kita pergi ke Port Dickson kita kumpul siput-siput dan kerang-kerang kecil tu? Ingat abang Mubin pun tolong kumpulkan bersama. Seronok kan hari tu? Angin membelai rambut Murni yang halus. Murni membetulkan rambutnya yang mengurai itu. "Memang seronok." Nazri bersetuju. Kemudian dia berkata: Saya dah gamkan semua siput dan kerang kecil tu ke frame yang saya beli minggu lepas. Awak ada letak gambar tak? Tak letak lagi. Tak tahu gambar mana satu saya nak letak. Awak letaklah gambar yang saya bagi kat awak dulu. Gambar mana satu? Gambar kita semua yang kita ambil di Port Dickson dulu ingat tak? Saya kan dan bagi kat awak, dulu. Oh gambar itu. Ujar Nazri sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. Nanti saya letak kat dalam frame tu. Tentu abang Man suka bila dia terima hadiah ini dari saya. Aha dan tentunya abang Man suka bila dia dapat tahu abang Mubin sedang aturkan surprise birthday pasti untuk dia. Eh, betul ke? Murni mengangguk cepat. Sayang betul abang Mubin dengan abang Man. Kata Nazri. Dia memegang tangan Murni dengan lebih erat lagi. Murni mengangguk setuju. Pada petang itu Murni langsung terlupa untuk memikirkan tentang mata Nazri yang lebam. Tentang peristiwa di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia. Ataupun tentang Isa yang telah ditemuinya sana. Dia hanya memikirkan tentang Nazri dan Nazri sahaja. Kerana dirasainya, saat-saat dia bersama Nazri terlalu singkat untuk memikirkan tentang perkara-perkara yang

149

Aku. Rama-rama mendung itu *** Nazri hanya pulang ke rumah pada pukul 3.30 pagi itu.

Nizam Zakaria

Sebelum itu, sehari suntuk dia mengahabiskan masanya bersama Murni. Mereka berdua telah kembali ke taman rama-rama lalu menghabiskan banyak masa mereka di sana. Duduk di sana sambil berbual-bual kosong. Sejurus selepas itu, Nazri telah ke KLCC untuk menemani Murni membelikan hadiah harijadi untuk Azman. Tatkala di KLCC, Nazri telah memberitahu Murni bahawa dia ingin ke rumah Mizi. Nanti saya drivekan awak ke sana. Ucap Murni. Tangan kanannya sedang membawa beg plastik yang mengandungi hadiah yang baru sahaja dibelikannya untuk Azman. Tak apalah saya naik teksi. Ujar Nazri tergesa-gesa. Murni mengerutkan dahinya tanda tidak setuju. Tetapi Nazri tetap berdiri tegas dengan kuputusannya. Murni tidak dapat membuat apa-apa pada malam itu kecuali untuk balik ke rumahnya. Sebaik sahaja Murni berjalan ke arah pusat meletak kereta dan hilang dari pandangannya. Nazri terus berjalan ke arah tempat menunggu teksi. Apabila giliran untuk dia menaiki teksi tiba, dia telah mengarahkan pemandu supaya membawanya ke Jurassic Park Mungkin dia boleh mencari Mizi di sana. Kalau Mizi tidak ada di sana, masih ada ramai lagi pemuda di sana yang boleh dicarinya untuk menghilangkan bosannya pada malam itu. *** Sebaik sahaja Nazri masuk ke dalam rumahnya, dia mendapati ibunya sedang duduk di dalam gelap. Menantikan kepulangannya dengan beberapa putung rokok yang telah menemaninya sepanjang malam. Kau ke mana sepanjang malam? Tanya Anisah. Dia menghembuskan asap rokoknya. Dah berapa kali aku beritahu kau jangan balik malam-malam. Bapak kau tak suka! Anisah menengkingnya dengan kuat. Suaranya berdengung memecah kesunyian pagi. Nazri tidak menjawab. Dia terus ke dalam biliknya ke tingkat atas. Anisah marah kerana kata-katanya langsung tidak diendahkan oleh Nazri. Dia mengekori Nazri naik ke atas. Kau ingat aku ni apa? Tunggul? Tempelak Anisah semakin marah. Dah lah tu. Orang dah penat nih! Jawab Nazri. Kau tahu kenapa aku marah dengan kau? Kau tahu siapa yang datang ke rumah ni tadi mengadu kepada aku dan bapak kau pasal kau? Naik rimas Nazri jadinya. Dia mahu ibunya berhenti dari terus berleter. Uncle Isa kau datang ke sini tadi mengadu pasal kau telah rosakkan kereta dia tengahari tadi. Kau tahu bapak kau mengamuk tadi? Nazri berdecit. Sampai bila kau nak jadi begini? Sampai bila? Sampai rosak rumah tangga aku baru kau puas? Kau tak pernah fikirkan tentang orang lain? Leteran Anisah kuat sehingga mengejutkan suaminya. Dari jauh kedengaran

150

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

suara suaminya menyuruh dia kembali tidur. Dah lah tu! Bentak Nazri. Kau ingat rumah ni hotel ikut suka-suka kau keluar masuk? Kenapa kau ni jahat sangat? Bodoh sangat ke sampaikan kereta orang kau perlu kau rosakkan? Kalau dia buat laporan polis, macam mana? Apa yang kau nak buat? Kau tahu kau akan malukan keluarga ini lagi. Tak bodoh namanya tu? Kenapa ni? Mak tak patut panggil saya bodoh! Saya tak bodoh! Kalau kau pandai kau tak buat benda-benda bodoh ni semua. Tengok mata kau tu? Kau bergaduh dengan siapa sampai lebam-lebam? Tak ke bodoh namanya kalau kau rosakkan kereta uncle Isa. Kenapa kau perlu buat benda-benda bodoh ni semua? Apa salah dia? Apa salah aku sehingga aku ada anak macam kau? Anisah meramas-ramas rambutnya sehingga kusut. Nazri mendengus. Dia mengambil beg sandangnya lalu mengambil beberapa barang-barang kepunyaannya yang boleh dicapainya. Kau nak lari? Kau nak lari lagi? Anisah merampas beg sandang Nazri dari tangannya. Kau tahu semua harta benda di dalam rumah ni bukan milik kau? Kalau bukan bapak kau, kau ingat senang-senang kau boleh dapatkan benda-benda ni semua? Kau ingat semuanya ini percuma? Anisah mula mengamuk. Dia membuang segala koleksi-koleksi action-figure kepunyaan Nazri yang tersimpan di dalam sebuah almari kaca. Kemudian poster-poster motornya juga dikoyakkannya. Mak tak paham! Mak tak akan paham! Getus Nazri melawan ibunya. Matanya mula berair. Kalau kau nak berambus berambus. Tapi jangan masuk dalam rumah ni lagi kalau kau berani berambus dari sini! Aku dan bapak kau tak mahu tengok muka kau lagi di sini. Ucap Anisah di dalam keadaan marahnya. Nazri keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa. Dia bukan bapak saya! Jeritnya di tingkat bawah. Nazri terus mendapatkan motornya. Dia menghidupkan engin motornya lalu keluar dari perkarangan rumah lalu menghilang entah ke mana. *** Isa telah memberhentikan kereta BMW berwarna hitamnya di hadapan McDonald's Bangsar tepat pada pulul 8.30 malam. Dia tersenyum apabila mendapati Nazri keluar dari dalam restoran McDonald's lalu berjalan masuk ke dalam keretanya. Nazri kelihatan tenang. Dia mencampakkan begnya ke bahagian belakang kereta. Dia hanya duduk diam. Isa tersenyum puas apabila dia dapat menundukkan Nazri sekali lagi. Isa merenung ke arah lebam di mata Nazri yang kini semakin kurang lebamnya berbanding dengan keadaannya beberapa hari yang lalu. Isa langsung tidak berasa bersalah walaupun dia sedia maklum bahawa dialah yang telah menyebabkan lebam tersebut. Dia telah menumbuk Nazri apabila dia telah diberitahu Nazri bahawa dia tidak mahu menemuinya lagi. Isa sememangnya tidak suka apabila dirinya dicabar. Dan pada hari itu dirinya terasa tercabar apabila Nazri mengambil keputusan untuk tidak mahu berjumpa dengannya lagi--lalu melayan setiap nafsu sarakahnya yang tidak kenal pasang surutnya.

151

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Akhirnya kau datang merangkak cari aku." Ucap Isa dengan sinis kepada Nazri. Dia membawa keretanya dengan perlahan. "Nak ke mana kita hari ini?" "Gombak." Jawab Nazri perlahan. "Nak buat apa ke sana?" "Di sana sunyi sikit." "Kau selalunya suka buat di hotel saja kenapa? Selera dah bertukar?" "Saya nak drive, boleh tak?" Tanya Nazri secara tiba-tiba. Sengaja dia menukar topik perbualan. "Boleh tapi biar aku isi minyak dulu." Jawab Isa lalu membelok ke sebuah stesen minyak berdekatan. Ini bukan kali pertama Nazri membawa keretanya. Lagipun memang Isa melihat Nazri memandu keretanya sewaktu mereka bersama. Memang sudah menjadi kegemarannya sejak setahun lepas untuk meraba-raba kelakian Nazri kalau tidakpun, mengulumnya terus apabila Nazri memandu keretanya itu. "Kenapa kau perlu rosakkan kereta aku ni kelmarin?" Tanya Isa selepas dia mengisi minyak, lalu duduk di kerusi penumpang. "Kau ingat aku tak tahu kau yang buat kerja ni semua? "Maafkan saya, uncle. Saya tak boleh kawal diri saya ni." Ujar Nazri tatkala menghidupkan enjin kereta. Berdesup dia membawa kereta keluar dari kawasan Bangsar. "Lain kali jangan buat lagi." Ujar Isa seolah-olah memberi nasihat. "Aku dengar, mak kau mengamuk lepas aku beritahu kepada bapak kau tentang kelakuan kau tu." "Ya dia mengamuk." "Aku dengar kau bergaduh besar dengan mak kau." "Ya, saya bergaduh dengannya. Dia halau saya keluar." "Kau lari dari rumah lagi?" "Ya." Jawab Nazri sepatah. "Kau boleh duduk di rumah aku buat sementara waktu ni. Daria pergi ikut kawan-kawannya bercuti ke Singapura." Perintah Isa. Nazri mengangguk perlahan. "Kalau kau ikut cakap aku dulu kan bagus. Jangan degil-degil. Nih sekarang apa dah jadi?" Isa meraba-raba bahagian tepi mata sehinggalah ke bahagian pipi dan dagu Nazri yang kini telah lebat ditumbuhi dengan tunastunas rambut yang kasar. Isa suka meraba ke bahagian tersebut. Dia berpuas hati melihat keadaan Nazri yang kini telah menjadi semakin matang. Semakin hari semakin terserlah kejantanan Nazri. Tangan Isa kini merayau ke daerah kelengkang Nazri. Lama tangannya di sana. Memicit serta meraba peha Nazri yang keras serta padat itu. Nafas Isa turun naik dengan cepat. Kelakiannya berdenyut-denyut. Memang dia tidak dapat menafikan bahawa Nazri adalah jauh lebih memuaskan dari Irwan, walaupun Irwan jauh lebih manja dan mendengar kata dari Nazri. Tetapi Nazri mempunyai satu tarikan yang tidak ada di antara anak-anak ikan yang pernah dimakannya sehingga kini. Di dalam usia semuda Nazri, dia sudah menunjukkan bahawa dia akan menjadi seorang lelaki yang bertubuh tegar serta wajah yang kacak pada satu hari nanti--yang pastinya akan menjadi igauan kepada mereka yang meminatinya.

152

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Perjalanan ke Gombak telah mengambil masa lebih setengah jam. Kereta yang telah dipandu oleh Nazri bergerak semakin laju apabila ia mula memasuki kawasan yang berbukit-bukit dan yang lebih terpencil tanpa kenderaan. "Jika saya memandu di dalam keadaan bahaya, sila hubungi: 037306644." Isa membaca apa yang telah tertulis di belakang sebuah lori tangki lalu ketawa berdekah-dekah. Dia ketawa sendiri. Memecahkan kebuntuan di dalam kereta yang sunyi-senyap sejak tadi. Nazri memotong lori tersebut lalu memandu dengan semakin laju memanjat ke kawasan bukit tersebut. "Minggu lepas kau beritahu aku kau akan ke majlis sambutan harijadi kau sapa nama kawan kau tu--" "Abang Man." Kata Nazri lalu senyap kembali. "Hah Azman. Lecturer UM tu." Kata Isa sambil memeluk tubuhnya. "Aku bukannya nak cakap apa. Aku sebenarnya tak suka kau berkawan dengan mereka. Aku tahu tentu salah seorang kawan kau tu yang suruh kau berhenti dari menemui aku lagi." Nazri tidak menjawab. Isa mengeluarkan dua batang rokok dari kocek kemejanya. Dia menghidupkan kedua-dua putung rokok. Sebatang lagi diserahkannya kepada Nazri. Nazri mengambil rokok tersebut lalu menghisapnya dalam-dalam. Tingkap kereta diturunkannya sedikit untuk memberi asap rokok keluar. "Aku sebenarnya tak faham benar dengan si Azman dan boyfriend dia tu. Aku tak faham bagaimana mereka boleh hidup bersama. Kau tengok macam aku ni... aku gembira dengan alam aku nih. Walaupun macam hidup dalam dua alam. Tapi aku enjoy!" Kata Isa seolah-olah sedang mabuk. "Kau tahu aku akan berkahwin lagi bulan disember ini?" Nazri menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu tahu tentang itu semua. "Aku akan kahwin dengan janda bapak kau sendiri yang rekomenkan. Aku main sebat saja. Janda kaya dari Sarawak." "Baguslah. Tahniah." Ujar Nazri macam nak tak nak. "Orang kawin nih, banyak sedara, banyak jiran, banyak kawan." Katanya seolah-olah dunianya sahaja yang istimewa. Yang terserlah keagungannya. "So?" Tanya Nazri sepatah. "Sudah tentu lah ada sedara, jiran, kawan lelaki yang jadi idaman aku! Tak dapat romen, cium bau pun cukup!" Nazri mengeluh. Dia meluat mendengarkan leteran Isa yang telah berkali-kali didengarinya sebelum ini. "Tapi aku puas sekarang ni, sebab aku dapat romen dengan kau dan Irwan. Cuma aku kena kawal kau berdua ni sikit. Irwan tu selalu jeles tengok aku rapat sikit dengan kau. Dan kau pulak nakal. Susah aku nak kawal." Nazri menjeling sekali kepada Isa. Kemudian dia menggelenggelengkan kepalanya. "Berbalik kepada kawan-kawan gay keparat kau tu aku tak paham kenapa mereka tak kahwin macam aku." Isa menggosok-gosok perutnya yang buncit itu. "Kau tengok macam aku ni. Aku rapat ngan Daria. Aku

153

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

gembira tengok dia membesar depan mata aku. Takder masalah generation gap dengan dia. Macam dia, aku juga suka dengan budak-budak Westlife dan Back Street Boys... Stim aku tengok budak-budak tu." "Saya tak minat dengan boy bands." Dengus Nazri. Dia kembali menghisap rokoknya. "Aku semakin tua... semakin gedempol itu hukum alam!" Isa menepuk-nepuk perutnya yang buncit kerana banyak minum itu. "Sudah pasti aku tak nak mati sebagai GAY! "Kau cuba nasihatkan kepada kawan-kawan gay bangsat kau yang dah tua tuh cuba-cuba ler pikir masa depan! Apa, diorang tak pernah fikir masa tua ke?" Nazri tidak menjawab. Dia menghidupkan radio kereta. Lagu U2 yang bertajuk Stay (Faraway, So Close!) kedengarannya berkumandang di corong radio. Dia menguatkan lagi bunyi radio dengan harapan untuk menenggelamkan suara Isa yang tidak mahu didengarinya lagi. "Kau tahu aku anggap kau macam anak aku sendiri sebab tu aku berikan kau nasihat ni semua." Tangan Isa kini sibuk meraba-raba dada Nazri yang padat dan bidang itu. Dia mula membuka butang baju Nazri yang teratas. Nazri membuka tingkap kereta sehingga ke bawah. Dia membuang putung rokok yang telah habis dihisapnya. "Kalau kau anak aku, tentu aku akan sayang kau. Akan aku jaga kau betul-betul macam aku jaga daria." Ucap Isa dengan suara penuh ghairah. Nazri mendengus. Dia membawa keretanya semakin laju di atas jalan yang gelap dan berbukit itu. "Kalau kau memang anak aku apa kau nak buat?" Tanya Isa dengan pandangan penuh ghairah terhadap Nazri. Tidak sabar rasanya untuk dia tiba kedestinasinya nanti untuk meratah tubuh Nazri yang sudah lebih dua minggu tidak dirasainya itu. "Aku akan bunuh kau. Itu yang akan aku lakukan." Getus Nazri yang tiba-tiba sahaja berubah dari keadaan diam kepada keadaan marah. Isa tersengih. Dia memicit puting Nazri yang mengkal itu. Nazri menepisnya. "Nasib baiklah aku bukan bapak kau kalau tidak dah lama agaknya aku mati." Seloroh Isa. Tetapi didapatinya Nazri tidak ketawa. "Tapi aku memang anak kau kau kan sendiri beritahu aku dulu kau nak buat aku macam anak kau sendiri." Isa terdiam. Dia melihat Nazri menoleh ke arahnya dengan satu pandangan yang tidak pernah dilihatnya sehingga kini. Satu pandangan yang menakutkannya sendiri. Dia menoleh ke depan. Jantungnya berdebar-debar dengan kuat. Lebih-lebih apabila dia mula sedar bahawa di sinilah Zaki dan Nazri telah mengalami kemalangan beberapa tahun yang lalu! Beberapa detik kemudian, dia menjerit dengan sekuat hatinya!

154

Aku. Rama-rama Bab 26

Nizam Zakaria

Kadang-kala, kita akan menjumpai spesies rama-rama yang sukar dicari di hadapan kita buat beberapa detik. Ia akan datang ke dalam hidup kita seperti angin dan seperti angin jugalah ia akan lesap entah ke mana. Kita akan mengingati detik itu buat selama-lamanya di dalam hidup kita. --Dari buku nota Murni mengenai koleksi rama-ramanya Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi. Mubin dan Azman baru sahaja pulang dari menyaksikan tayangan gambar tengah malam di panggung GSC di MidValley. Sebaik sahaja Mubin masuk ke dalam bilik tidur, dia cepat-cepat mengeluarkan hadiah yang telah dibelinya sejak seminggu yang lepas dari dalam laci lalu diserahkannya kepada Azman. "Selamat hari jadi." Kata Mubin malu-malu kepada Azman. Dia mengucup pipi Mubin dengan penuh manja. Azman tersenyum. Dia mendapati, Mubin adalah manusia pertama yang telah meraikan harijadinya begini. Sebelum ini, dia sendiri tidak pernah kisah tentang sambutan harijadinya. Mizi pula sering terlupa tentang harijadinya. Dia tidak pernah berkecil hati. Kerana budaya menyambut hari kelahiran ini tidak pernah diamalkan oleh keluarganya di Kota Bharu. Azman membelek-belek hadiah pemberian Mubin. Dia menyiat kertas pembalut hadiahnya. Dia mendapati Mubin telah menghadiahkannya sebatang pen Mont Blanc. Dia kemudian mengucapkan terima kasih kepada Mubin sambil mengucup pipinya. "Bila harijadi kau nanti, kau nak apa dari aku?" Tanya Azman. Dia membuka seluarnya untuk menyalin kepada kain sarung. Dia menyangkut seluarnya ke bahagian belakang pintunya. Mubin mengambil seluar Azman lalu lalu menyimpannya ke dalam almari. Mubin tidak suka melihat keadaan bilik mereka tidak terjaga dengan pakaian diletakkan di sana-sini. Kalau boleh, semuanya mesti teratur. "Saya tak nak apa-apa bang." Ucap Mubin. Dia sendiri sedang memakai kain. Dia kemudian membuka baju kemeja yang telah dipakainya untuk pergi menonton wayang tadi. Bajunya itu tadi kini telah dimasukkan ke dalam bakul pakain-pakaian terpakai. "Saya dah ada abang disamping saya, cukuplah." "Tak kan lah kau tak mahu apa-apa dari aku?" Tanya Azman dari dalam bilik mandi. Dia terus menggosok giginya sambil menunggu jawapan dari Mubin. Mubin menggeleng-gelengkkan kepalanya apabila dia diperhatikan oleh Azman dari cermin bilik mandi. Mubin sendiri kini sedang meletakkan ubat gigi ke atas berus giginya. Setelah Azman berkumuh-kumuh. Dia terus memeluk tubuh Mubin yang pada ketika itu sedang berlengging. Azman meraba-raba dada Mubin yang bidang dan pejal itu, tatkala Mubin sedang memberus giginya. "Kau tentu mahukan sesuatu dari aku." Azman mencium-cium leher Mubin. Setelah Mubin selesai memberus giginya, Azman telah memimpin Mubin ke bilik tidur. Lalu dia mengusap-ngusap peha Mubin. Mata Azman mula kuyu. Semakin kuyu lagi jadinya apabila Mubin mula mengusap-ngusap kejantannya tanpa disuruh.

155

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Saya cuma mahukan satu sahaja dari abang..." Bisik Mubin ke dalam telinga Azman sambil tangannya mengurut kejantanan Azman yang mula tegang dengan keras itu. "Kau mahu apa dari aku?" Tanya Azman. Dia mula tertunduk untuk mengulum puting Mubin yang keras itu. "Saya mahu abang mencintai saya... itu sahaja yang saya mahu dari abang." Mubin menyebut permintaannya itu dengan suara yang teragak-agak. Sukar benar untuk dia meminta permintaan keramatnya ini. Azman berhenti dari terus melakukan perbuatannya terhadap Mubin. Dia mengeluh panjang. Dia membaringkan dirinya di atas katil. Dia termenung ke hadapan. "Kau sendiri tahu aku tidak mungkin boleh bercinta lagi? Dari mula lagi sudah aku beritahu aku tak akan berikan cinta aku kepada kau." Suara Azman berubah serius. Dia tidak lagi semanja dirinya tadi. Mubin kini memeluk tubuhnya sendiri. Dia duduk berbaring di sebelah Azman. Kata-kata yang diterimanya dari Azman adalah satu tamparan hebat bagi dirinya. Wajahnya berubah pucat. Sebaik sahaja dia berupaya untuk membalas kembali kata-kata Azman, dia mendapati Azman sedang bersiap sedia untuk melelapkan matanya. "Petang tadi saya telah berfikir tentang perkara ini... saya rasa saya mahu abang membalas cinta saya kepada abang selama ini. Kenapa saya perlu hidup begini dengan abang tanpa abang sendiri mahu mengaku yang saya ini kekasih abang? Kalau saya bukan kekasih abang siapa diri saya ini sebenarnya?" Tanya Mubin dengan suaranya tiba-tiba berubah marah. "Kenapa pulak baru petang tadi kau pikirkan benda-benda ni semua?" "Sebenarnya bukan petang tadi sahaja tiap-tiap hari saya pikirkan tentang hal ini!" Mubin membicarakan. Tenaganya bangun entah dari mana. "Saya dah penat dengar orang tanya pasal hubungan kita." "Orang mana ni pulak?" Mubin tidak mahu memberitahu kepada Azman tentang panggilan telefon yang telah diterimanya dari Azlan petang tadi. Panjang juga perbualan mereka melalui telefon. Di dalam perbualan panjang mereka, Azlan telah mempersoalkan konsep hubungan tanpa cinta ini kepada Mubin. Serba salah Mubin jadinya petang tadi, tatkala disuruh menjawab soalannya ini. Mubin tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada Azlan bahawa dia masih menunggu jawapan dari Azman untuk meluahkan perasaan cintanya kepadanya. Menurut Azlan, dia sendiri tidak mungkin boleh mengadakan apa-apa hubungan kepada sesiapapun yang tidak mencintainya. "Itu semua tak penting... tapi soalnya sekarang, siapa saya di dalam pandangan mata abang?" Tanya Mubin dengan nada serius. Tekaknya kering sejak dia mula bertengkar tadi. Semakin dia bertekak, semakin kering tekaknya. "Kau... seorang yang penting di dalam hidup aku." Kata Azman teragak-agak. Seperti ada sesuatu yang tersengkang di dalam anak tekaknya. "Bang... pernahkah abang, walau sedetik masa sekalipun, mencintai saya?" Mubin tidak memandang kepada Azman tatkala dia meluahkan katakatanya ini. Terlalu takut dia untuk menerima kenyataan yang mungkin akan diterimanya dari Azman.

156

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Sudah aku katakan dari mula lagi. Dan sudah aku buat kau untuk berjanji dengan aku supaya jangan sekali-kali jatuh cinta dengan aku." Tegas Azman. "Aku sudah serik dengan soal cinta ini semua. Aku tak mahu terikat dengan sesiapapun. Termasuk kau." Kata-kata dari Azman seolah-olah menikam jiwa Mubin. Hampir-hampir nadinya mahu berhenti. Dia bisu dengan sendirinya. Kalau boleh dia mahu menangis. Tetapi ditahannya juga tangisannya itu. Dia tahu dia kecewa. Dia tahu dia sedih. Tetapi dia berkeras tidak mahu Azman melihatnya menangis kerananya. "Apa yang kau mahu lagi dari aku? Apa yang tak cukup lagi? Semuanya yang kau mahu dari aku, aku telah berikan." Tanya Azman marahmarah. Azman memang cepat melenting, tetapi inilah kali pertama dia menaikkan suaranya kepada Mubin. "Tiap-tiap malam aku layan nafsu kau... apa lagik kau nak dari aku?" "Jika dari dulu saya tahu tentang hal ini... sumpah saya tak akan sentuh abang." Kata Mubin di dalam hati. Langsung kata-kata ini tidak dapat diluahkan kepada Azman. Dia hanya mampu tertunduk diam. Nafasnya turun naik dengan perlahan. Kadang-kala dia terasa seperti mahu tersedu. Tetapi ditahannya perasaan sebaknya itu. "Saya fikirkan saya boleh buat abang mencintai saya" Katanya kemudian, lalu kembali senyap. Lama juga Mubin mendiamkan dirinya. Azman pula merasa sedikit risau melihatkan keadaan Mubin terpaku begitu. "Saya sayangkan abang sepenuh hati saya... saya cintakan abang lebih dari segala-galanya yang pernah saya cintai selama ini. Tapi apa gunanya ini semua jika cinta saya tak berbalas." Ucap Mubin setelah lebih setengah jam dia diam. Matanya terpaku ke hadapan. Ada tanda-tanda air matanya akan jatuh berderai tidak lama lagi. Azman mengeluh. Dia berdiri di sebelah katilnya. Dia cuba memberanikan dirinya untuk memandang ke arah Mubin. Tetapi dia tidak mampu. Sesungguhnya dia tahu bahawa dia telah melukakan hati Mubin. Dan Mubin adalah manusia yang terakhir yang mahu dilukainya. "Kau istimewa buat aku, Mubin. Apa yang kita ada sekarang sudah cukup untuk buat aku bahagia. Aku harap kita dapat bersama seperti ini buat selama-lamanya." Ujar Azman dengan lembut. Mubin tidak mahu dianggap hanya sebagai 'teman istimewa' Azman. Baginya, Majid juga boleh dijadikan teman istimewanya. Tetapi kekasih itu lain baginya. Seorang kekasih mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Sepasang kekasih mempunyai hubungan rohani dan jasmani yang langsung membuatkan mereka menjadi satu. Sehingga kini, dia masih belum bersatu lagi dengan Azman. Kerana Azman masih belum memberikan nafas cintanya kepadanya... "I am not your fucking fuck buddy, damn it!" Tempelak Mubin tiba-tiba dengan marah. Suaranya kuat sehingga membuatkan Azman tersentak. "Kenapa kau tiba-tiba marah ni? Kalau boleh tu rileks lah sikit. Dibawakan bertenang." Pujuk Azman walaupun dia masih belum berani bertentang mata dengan Mubin. Mubin tidak dapat mengawal perasaannya. Dia berdiri dari katilnya lalu dengan sepenuh-penuh perasaan marahnya menumbuk cermin di meja solek sehingga pecah. Buku lalinya luka berdarah. Menitik-nitik membasahi lantai. Azman terkejut melihatkan perbuatan Mubin. Dia hampir-hampir

157

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

terlupa untuk menarik nafasnya. Dia tidak pernah menyangka Mubin panas baran orangnya. Walaupun Majid pernah sekali memberitahunya bahawa walaupun Mubin ini pendiam orangnya, tatkala dia mula marah, nafsu amarahnya itu akan meledak seperti ledakan gunung berapi. Sekeping kaca kecil tertusuk ke bahagian buku lalinya. Mubin langsung tidak sedar bahawa darahnya sedang mengalir dengan banyak jatuh ke lantai. Hanya apabila perasaan marahnya itu mula reda sedikit barulah dia sedar bahawa cermin di hadapanya pecah. Dan kini Azman sedang memegang tangannya yang sedang berdarah itu. "Maafkan saya... saya tak sepatutnya mengamuk." Ujar Mubin seperti seorang yang sedang mabuk. Dia melihat kepada darah yang jatuh di atas lantai. Dia melihat Azman sedang mengeluarkan serpihan kaca dari tangannya. Azman berada di dalam keadaan terkejut. Walaupun begitu, dia telah berusaha untuk mengambil tuala kecil berwarna putih dari almarinya lalu digunakannya untuk menutup luka Mubin. Dia mengeluh sendiri. Dia membawa Mubin masuk ke dalam bilik mandi lalu membasuh luka di tangan Mubin. Dahi Mubin terkerut-kerut apabila lukanya terkena air. Kemudian dengan penuh berhati-hati, Azman membaluti luka Mubin dengan kain balutan dari peti kecemasannya. Setelah luka Mubin dibalutnya dengan kemas, dia menyuruh Mubin baring berehat di atas katil. Dia menyuruh Mubin menarik nafasnya panjang-panjang lalu berastagafar sebanyak tiga kali. Mubin telah melakukan apa yang telah disuruh Azman seraya kepalanya terhangguk-hangguk kerana kelesuan. "Tak apalah... kau duduk di sini dulu. Biar aku turun bawah buat kopi untuk kau." Ujar Azman sambil mengusap-ngusap rambut Mubin. Beberapa saat kemudian, loceng pintu berbunyi. Mubin dan Azman saling berpandangan. Jam menunjukkan pukul 3.35 pagi. "Mungkin si Mizi datang ke sini malam-malam buta ni." Keluh Azman. Diharapkan begitulah adanya. Walaupun dia sendiri tahu bahawa Mizi tidak pernah menekan loceng pintu setiap kali dia mahu menanguk di rumahnya. Dengan penuh curiga, dia berjalan ke arah tingkap di biliknya. Dia mendapati yang sedang menunggu di hadapan pintu rumahnya bukanlah Mizi, tetapi dua orang anggota polis. Kereta mereka diletakkan betul-betul di hadapan kawasan rumahnya. "Polis... kau tunggu di sini. Biar aku lihat apa yang mereka mahu." Azman cepat-cepat memakai baju T dan seluar jeansnya lalu turun ke bawah. Mubin menyalahkan dirinya kerana telah membuat bising sejak tadi. Mungkin ada jiran yang telah melaporkan keadaan bising yang datangnya dari rumah ini. Mubin mengenakan pakaiannya. Dia turun ke bawah untuk mendapatkan Azman. Di bawah. Di hadapan pintu pagar. Dia melihat Azman kelihatan pucat. Azman sedang menutup mulutnya sendiri seolah terkejut amat. "Encik, nama saya korporal Teoh. Nama encik, Mubin? Mubin bin Datuk Razali?" Korporal Teoh yang sememangnya nampak kepenatan itu mahu memastikan. Dia mengamati wajah Mubin. Dia kini mendapati bahawa Mubin memang mempunyai iras-iras bapanya. Mubin memandang ke arah Azman sebelum dia menganggukkan kepalanya. "Saya mahu encik berdua ikut saya ke balai." Beritahu Teoh.

158

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Tapi kenapa?" Protes Mubin. "Mubin... ada baiknya kalau kita ikut perintah korporal Teoh untuk ke balai sekarang." Ujar Azman dengan tenang. Dia sendiri kini sedang membuka pintu pagarnya. Dia masuk ke dalam Ford Rangernya lalu menghidupkan engin keretanya. Mubin kebingungan. Korporal Teoh membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke arah Mubin. Hati Mubin berdebar-debar. Dia memegang ke bahagian belakang seluarnya untuk memastikan bahawa dia ada membawa dompetnya bersama. Kocek seluar di hadapannya pula diperiksanya untuk memastikan dia ada membawa telefon bimbitnya. Beribu-ribu persoalan mula timbul di dalam hatinya tatkala dia di bawa masuk ke dalam Ford Ranger Azman. Sebaik sahaja kereta polis beredar dari kawasan rumah Azman, dia dapati Azman terus memandu keretanya mengekori kereta polis dari arah belakang. Mahu sahaja dia menanyakan kepada Azman apa yang telah berlaku sehingga dia perlu di bawa ke balai polis pada masa-masa seperti ini. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Tetapi Mubin hanya diam sahaja. Walaupun jantungnya berdegup kencang pada waktu itu. "Mubin... aku minta maaf kepada segala apa yang telah berlaku tadi." Ujar Azman dengan serba salah. Dia memegang sterengnya dengan kuat. Ternampak urat-urat jantan di atas lengannya timbul. Mubin tidak menjawab. Dia hanya memandang ke arah kereta polis yang betul-betul sedang berada di hadapannya. "Apa yang telah berlaku sekarang, aku harap kita akan dapat tempuhinya bersama. Aku mengaku aku tidak mungkin boleh melaluinya seorang tanpa kau berada disamping aku. Itu kelemahan aku. Aku akui itu semua. Aku perlukan kau Mubin... lebih dari apa yang kau sangkakan. Aku tahu kau kecewa dengan sikap aku. Tapi aku adalah aku. Aku tidak mungkin akan berubah atau mahu berubah. Tapi di dalam masa yang sama, aku tidak mahu hidup keseorangan. Tidak ada sesiapapun mahu hidup keseorangan, Mubin. Aku tahu kau mahu tinggalkan aku... aku boleh lihat dari anak mata kau tadi. Aku boleh baca isi hati kau. Tapi tolonglah Mubin. Jangan tinggalkan aku di dalam masa-masa seperti ini." Suara Azman kedengarannya seperti separuh siuman--perlahan dan serata, tetapi dengan sesuatu yang liar di dalamnya, seperti seekor binatang liar yang baru sahaja masuk ke dalam perangkap. Terlalu sepi rasanya pagi yang gelap itu. Mubin langsung membisu. Langsung tidak mahu membalas segala apa yang telah diperkatakan oleh Azman kepadanya tadi. Azman hanya mampu mengeluh sepi. Mubin telah dibawa Azman ke balai polis Gombak. Setibanya dia di sana, korporal Teoh cepat-cepat keluar dari kereta ronda polisnya lalu menunggu Mubin di luar Ford Ranger Azman. Dia telah menjemput Azman dan Mubin supaya masuk ke dalam balai. Mubin ikut sahaja tanpa sedikitpun dia membantah. Tetapi di raut wajahnya jelas kelihatan dia risau. Seakan-akan dia sedang bersedia menunggu hukuman yang bakal dijatuhkan kepadanya kelak. "Pa..." Ujar Mubin sebaik sahaja dia melihat bapanya sedang menunggunya di ruang balai. Ketua polis balai polis Gombak nampaknya

159

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

sedang sibuk membualkan sesuatu dengannya. Perbualannya terus terhenti apabila Mubin berdiri tercegat di hadapan bapanya. Razali membisikkan sesuatu kepada rakannya kemudian mereka berdua bersalaman. "Apa yang telah berlaku, papa?" Ujar Mubin kepada bapanya sebaik sahaja ketua polis beredar masuk ke dalam pejabatnya untuk menemui beberapa orang anak buahnya di sana. Pada pagi itu dia terus terlupa bahawa sebelum ini dia sedang mengalami masalah kommunikasi dengan bapanya. Dan bapanya itu juga nampaknya langsung melupakan kepada pertengkaran besar yang telah berlaku dengan anaknya itu baru seminggu yang lepas. "Kau tak mahu kenalkan aku dengan kawan serumah kau tu?" Tanya Razali dengan suara yang lembut sambil memegang bahu anak sulungnya itu. Matanya tepat kepada Azman. "Pa... ini Encik Azman. Encik Azman... ini ayah saya." Ujar Mubin. Matanya tertunduk ke bawah apabila Azman dan Razali saling bersalaman. "Encik Azman perlu berjumpa dengan inspektor Ismail dahulu di dalam. Dia sedang menunggu encik Azman untuk membantu siasatannya." Ujar Razali dengan penuh hormat kepada Azman. Dia memegang bahu Azman lalu membawanya berjumpa dengan inspektor Ismail. Inspektor Ismail menjemput Azman supaya duduk di hadapan mejanya. Dia nampaknya sedang bersedia untuk menyoal siasat Azman untuk melengkapkan laporannya pada pagi itu. Mubin pula kini sedang di bawa bapanya ke bahagian luar balai yang jauh dari orang-orang yang ada. "Pa... apa sebenarnya yang terlah berlaku?" Mubin mengulangi soalannya tadi kepada Razali. Razali menarik nafasnya dalam-dalam. Serba salah dia mahu menceritakan apa yang telah berlaku kepada Mubin. "Pa... beritahu kepada saya pa." Pinta Mubin dengan penuh risau. "Mereka telah menelefon rumah kita tadi." Ujar Razali sambil memeluk tubuhnya. Menahan kesejukan pagi. "Mereka telah menjumpai nombor telefon kita di dalam poket kemejanya. Nombor telefon dengan nama Murni di atasnya. Di belakang kertas tiket persembahan drama yang kau berdua pergi tahun lepas." "Nazri... kenapa dengan Nazri pa? Apa yang telah terjadi?" Mubin dengan segera dapat meneka siapa yang telah dimaksudkan oleh bapanya tadi. Degupan nadinya kini menjadi semakin kencang. "Mubin... papa tidak mahu perkara ini diketahui Murni. Papa mahu kau berjanji... papa harap kau tidak akan beritahu kepada Murni apa yang telah berlaku--" Mubin hanya berdiri kaku di hadapan bapanya. Tercengang. Walaupun begitu, bapanya yakin bahawa Mubin tidak mungkin akan memungkiri janjinya. "Papa akan aturkan supaya Murni akan ke London secepat mungkin. Kalau boleh pada minggu hadapan. Dia akan tinggal dengan aunty Rogayah kau sehinggalah dia boleh bertolak ke Surrey untuk memulakan persekolahannya di sana." "Pa... beritahu kepada saya apa yang telah berlaku kepada Nazri." Desak Mubin lagi. Razali sekali lagi menarik nafasnya panjang-panjang. Terlalu serba-

160

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

salah dia jadinya untuk mengutuskan berita buruk ini kepada anaknya sendiri. "Nazri telah kemalangan. Dia... telah meninggal dunia di tempat kemalangan." Ujar Razali satu persatu dengan suara yang dapat didengar dengan jelas oleh Mubin. Tersentap sebentar Mubin dibuatkan. Mukanya terus berubah pucat. Tekaknya tiba-tiba menjadi loya. Dia tidak dapat memikirkan tentang apa-apa kecuali memberitahu kepada dirinya sendiri bahawa dia mungkin tersalah dengar. Bahawa Nazri masih hidup dan kini sedang dirawat di hospital. "Pihak polis kini sedang menyiasat jika kes ini adalah kes bunuh... tetapi kes ini terlalu rumit. Seorang lagi yang terkorban di dalam kemalangan ini adalah orang penting di dalam UMNO." Mubin tersandar di dinding balai. Dia hampir-hampir kurang mampu untuk berdiri dengan sendiri. Lemah lututnya mendengarkan penjelasan dari bapanya itu. "Aku mahu kau faham bahawa kes ini adalah kemalangan biasa. Tidak lebih dari itu." Tegas Razali. Walaupun itu yang sebaliknya diketahui olehnya sendiri. "Jika kau tahu apa yang sebenarnya berlaku, aku mahu kau simpan sendiri. Jangan beritahu kepada sesiapapun. Ini adalah rahsia kau sendiri. Dan aku mahu kau simpan rahsia ini sampai kau mati. "Dan jangan sekali-kali kau beritahu tentang apa yang telah terjadi malam ini kepada Murni. Aku tidak mahu hidupnya terjejas kerana perkara ini." Mubin mengangguk lemah. Nafasnya tersekat-sekat. Razali merapati anaknya. Lalu terus dia mendakapnya. Dia tahu Mubin mahu dirinya didakap. Sudah lebih sepuluh tahun sejak kali terakhir dia mendakap Mubin seperti itu. Mubin menangis teresak-esak tatkala dia sedang didakapi Razali. Dan Razali pula mendakap Mubin sambil mengusap-ngusap rambutnya itu. Dia cuba memujuk anaknya itu supaya banyak-banyak bersabar. "Papa tahu hubungan kau dengan Azman. Papa sebenarnya sudah tahu sejak awal-awal lagi." Kata Razali sambil mengusap rambut Mubin yang ikal itu. Kemudian dia menatap mata Mubin dengan satu pandangan penuh dengan rasa kasih seorang bapa kepada anak yang disayanginya. "Papa bukan bodoh, Mubin." Mubin menarik nafasnya lalu bertentang mata dengan bapanya. "Papa harap kau akan hidup bahagia dengan pilihan hidup kau ni. Papa tahu papa tak boleh halang kau. Papa tahu kau tidak pernah minta dijadikan begini. Cuma satu sahaja papa ingin ingatkan kepada kau... walau apapun kau lakukan, jangan lupa kepada tuhan. Jangan abaikan segala perintah agama." Mubin hampir-hampir tidak dapat memproses segala apa yang didengarinya dari bapanya sejak tadi. Dia mungkin memerlukan beberapa minit lagi untuk mencernakan kata-kata bapanya itu di dalam kepalanya. "Ayah tahu Azman itu baik orangnya. Murni selalu ceritakan kepada papa tentang Azman. Ayah harap dia boleh jaga kau baik-baik. Kau memang perlukan panduan. Kau masih muda. Masih mentah lagi." Seperti biasa, Mubin hanya mendiamkan dirinya. Sebelum ini, dia memang jarang membalas kata-kata bapanya. Terutamanya ketika bapanya memberi nasihat kepadanya seperti sekarang ini. Mubin hanya mengangguk

161

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

lemah sambil mengelap air matanya. Setelah Rahim dapati perasaan sebak di hati Mubin mula reda. Dia menjemput anaknya itu supaya masuk kembali ke dalam balai. Di dalam balai, dia mendapati Azman telah selesai disoal siasat oleh inspektor Ismail. Kini giliran Mubin pula untuk disoal siasat. Mubin berjalan ke arah meja inspektor Ismail. Dia memberikan butirbutir dirinya kepada beliau. Dia telah menjawab kepada beberapa soalan yang telah ditujukan kepadanya dengan suara yang tenang. Apabila dia menjeling ke atas meja inspektor Ismail, dia mendapati ada sebuah bungkusan hadiah yang separuh tersiat di atasnya. "Kami menjumpai bungkusan ini di dalam beg mangsa di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dipandunya. Hadiah ini sepatutnya diberikan kepada kawan serumah awak, encik Azman." Ujar Ismail sewaktu dia mula menyedari Mubin sedang mengamati hadiah yang sedang berada di atas mejanya. "Menurut kawan awak, gambar ini telah diambil di Port Dickson." Mubin mengangguk. Dia mengamati hadiah tersebut apabila Ismail menyerahkan bungkusan hadiah itu kepadanya. Hadiah itu berupa sekeping bingkai gambar yang telah digamkan dengan beberapa puluh biji siput dan kerang kecil yang telah dikumpulkan oleh dia, Murni dan Nazri ketika mereka berkelah dahulu. "Terima kasih kerana telah menghadiahkan masa-masa yang paling bahagia di dalam hidup saya." Itulah yang dapat dibaca oleh Mubin yang tertulis di atas kertas kecil yang telah disertakan bersama hadiah pemberian Nazri. Mubin menyerahkan hadiah itu kembali kepada Ismail. Lalu dengan tenang dia telah menjawab beberapa lagi soalan yang telah dikemukakan oleh Ismail. "Jika kami ada apa-apa lagi soalan, kami akan hubungi encik lagi." Ujar Ismail sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Mubin. "Terima kasih kerana sudi datang ke balai kami untuk menolong di dalam penyiasatan kami ini." Mubin mengetapkan bibirnya sambil mengangguk sekali. Lalu dia terus mendapatkan bapanya yang nampaknya sedang berbual dengan Azman di luar balai. "Pa... kita balik, pa." Getus Mubin sambil memeluk tubuhnya sendiri. "Kau dan Azman pasti penat. Kau berdua baliklah dulu." Ucap Razali, kemudian dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Azman. "Yang lain tu, biar aku tolong selesaikan." "Saya nak balik ke rumah kita pa." Ujar Mubin. Dia langsung tidak menoleh ke arah Azman. Azman nampak serba salah. Dia sememangnya mahu Mubin kembali bersamanya. "Kalau begitu biar saya balik dulu, datuk Razali. Mubin" ucap Azman dengan suara kepenatan. Mubin bersalaman dengannya tanpa sekalipun memandang kepadanya. Dengan perlahan Azman berjalan dengan perlahan ke luar balai. Lalu membawa keretanya keluar dari kawasan balai. Razali tidak faham melihatkan keputusan yang telah diambil Mubin. Mungkin di dalam keadaan yang sedang dialaminya sekarang, dia mahu

162

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

mengambil sedikit masa dengan keluarganya sendiri, fikir Razali di dalam hati. Razali kemudian menemui ketua polis Gombak lalu membisikkan sesuatu kepadanya. Sejurus mereka selesai bersalaman, dia terus mendapatkan Mubin lalu menjemputnya pulang ke rumahnya. Mubin masuk ke dalam kereta Alfa Romeo bapanya. Dia hanya duduk diam di situ. Apabila kereta mereka tiba di pintu pagar, kereta mereka telah berselisih dengan sebuah kereta Jaguar. Di dalamnya, walaupun di dalam samar-samar, Mubin boleh melihat keadaan Anisah yang sedang menangis di bahagian tempat duduk penumpang. Mata mereka bertentangan buat beberapa saat sebelum kereta dipandu Razali berdesup keluar dari kawasan balai

163

Aku. Rama-rama Bab 27

Nizam Zakaria

Saat pertama kukecup bibirmu adalah saat hatiku mula terasa hangat dengan rasa rindu yang membara. Walaupun dirimu berada di hadapanku. Dan kini kau tiada lagi untuk membuai rasa cintaku. Malam-malam yang tiada berteman kini terasa dingin sepi, apabila dahulunya ia pernah bertemankan dengan kehangatan cinta dan kebahagiaan darimu. --Dipetik dari sekeping surat yang telah ditulis oleh Azman kepada Mizi sebaik sahaja mereka berpisah. Surat ini tidak pernah diserahkan kepada Mizi Mubin berpaling ke arah bapanya. Kemudian ke arah ibunya yang nampaknya sedang mengesat air matanya. Sekali lagi dia memandang ke arah bapanya yang sedang merenung ke arahnya. Satu renungan tajam yang mampu menusuk jauh ke dalam lubuk hatinya. Satu renungan penuh kasih yang hanya mampu diberikan oleh seorang bapa yang benar-benar menyayanginya. Mubin merapati Murni yang akan bertolak ke London pada malam itu. Murni nampak sedih. Manik-manik jernih mengalir membasahi pipinya yang lembut itu. Mubin mengeluarkan saputangan dari kocek seluarnya lalu mengesat pipi Murni. Dia menyuruh Murni menyimpan saputangan tersebut. Saputangan itu difikirnya tidak diperlukannya lagi. Saputangan pemberian Azman yang telah disimpannya baik-baik sehinggalah dia serahkan kepada adiknya kini. "Cari dia sampai dapat, bang. Cari dia." Bicara Murni dengan perlahan kepada Mubin. Kemudian Murni berbisik kepadanya: Bila abang jumpa dia nanti, beritahu kepada dia saya ada di UK. Beritahu kepada dia; saya sayang kepadanya. Mubin mengangguk perlahan. Kemudian dia memandang ke belakang. Ke arah Majid dan kemudiannya ke arah Mizi. Mubin tertunduk. Sejak tadi lagi dia hairan mengapa Mizi mesti datang sama. Majid dan Mizi memandang terus kepada wajah Mubin yang kelihatan seperti telah lama dirundung malang itu. Seperti ada satu kesedihan yang berat yang sedang ditanggungnya kini. Dan seperti seorang yang benar-benar telah dianugerahkan dengan seraut wajah yang sempurna, kesedihan seperti ini langsung telah membuatkan wajahnya itu lebih terserlah kekacakannya. Mubin menghela nafasnya panjang-panjang sebelum mengucapkan selamat jalan kepada adiknya. Suasana KLIA terasa sunyi. Dia kehilangan seorang lagi manusia yang membawa makna kepada kehidupannya. Sememangnya dia patut merasa sedih. *** "Terima kasih kerana datang, Mizi." Ucap Mubin sebaik sahaja dia Murni hilang dari pandangannya.

164

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

"Aku ada nak cakap sikit dengan kau." Ujar Mizi dengan perlahan seolah berbisik. Matanya sesekali menjeling ke arah Majid. Mubin mengangguk lemah. Dia berjalan ke arah ibu dan bapanya dan kemudian memberitahu kepada mereka dia akan pulang lewat sedikit pada malam ini. "Kita minum dulu, okay?" Majid menyarankan. Dia kemudian membawa Mizi dan Mubin di sebuah caf yang tidak begitu ramai pengunjungnya. Di sana, Mubin tidak banyak bercakap. Dia kelihatan sugul. Mizi dan Majid sedang berbual dengannya. Tapi dia diam. Dia mengiakan sahaja. Kini sudah masuk lebih kurang setengah jam sejak kapal terbang yang telah dinaiki oleh Murni berlepas dari lapangan terbang. "Aku harap kau akan batalkan niat kau untuk ke Pulau Pinang." Ucap Mizi terus kepada Mubin. "Kalau merajuk pun tak kan ler nak lari begitu jauh.. kau nih!" Majid menegur. Dia baru sahaja mendengar berita ini dari ibu saudaranya semalam. Berita tentang anaknya Mubin ingin berhijrah mencari kerja di Pulau Pinang. "Biar aku pergi ini keputusan aku. Aku harap kau berdua boleh hormati keputusan aku ini." Mubin menjelaskan pendiriannya. Air kopi panas yang telah dipesan Majid langsung tidak disentuhnya sama sekali. "Azman sayangkan kau percayalah." Mizi menegaskan. Mubin mengeleng pasrah. Baginya semuanya telah berakhir. "Esok aku akan ke Pulau Pinang aku akan memulakan penghidupan baru di sana. Aku telah bertekad mahu tinggalkan KL kerana kota ini tidak menjanjikan apa-apa kepada aku, kecuali kesedihan dan kekosongan." "Kau boleh pikir semula tak? Pikir semula masak-masak." Majid cuba memujuk lagi. Dia cuba membuat Mubin berfikir secara rasional. "Mubin aku ulangi sekali lagi." Mizi berkata dengan suara yang tegas. "Azman perlukan kau di sini. Dia cuma mempunyai masalah untuk berhadapan dengan dirinya. Kau cuba sekali lagi untuk membuka hatinya untuk menerima cinta kau tu mungkin kali ini kau akan berjaya." "Kenapa kau begitu beria-ia mahu lihat aku hidup bersama Azman? Kenapa?" Tanya Mubin meminta penjelasan dari Mizi. "Kerana aku sayangkan kepadanya. Sayang aku kepadanya sampai bila-bila. Aku tak mahu lihat dia menderita bila kau tinggalkan dia nanti. Percayalah Mubin dia terlalu sayangkan kau." Mizi cuba meyakinkan. "Aku percaya jika seseorang itu sayangkan aku, sampai ke hujung dunia pun dia akan sanggup cari aku, demi cintanya kepada aku. Jika Azman betul-betul sayangkan aku dia tahu di mana untuk cari aku." Mubin mengakhiri kata-katanya sambil memandang jauh ke luar caf. Air matanya mula jatuh menitik membasahi pipinya. Mizi mengeluh. Majid pula langsung tidak dapat membuat apaapa untuk mengubah keputusan yang telah diambil oleh Mubin. Tak kan lah sampai begitu sekali kau kecewakan kepada Azman. Tanya Majid. Dia lihat Mubin cepat-cepat mengesat air matanya. Sudah aku katakan keputusan muktamat telahpun aku ambil!

165

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Tegas Mubin dengan suara yang keras yang mampu membelah batu. Kau boleh kata apa yang kau mahu tapi aku tetap akan ke sana esok. Apa yang telah sebenarnya berlaku, Mubin? Tanya Mizi ingin tahu. Dia memberanikan dirinya untuk menanyakan soalan ini walaupun dia tahu Mubin langsung tidak mempunyai semangat lagi untuk menjawab apa-apa soalan darinya lagi. Kenapa pada hari jadi Azman aku lihat dia tak tentu arah dan apa pula berlaku kepada Nazri? Kenapa aku dengar dia terpaksa pindah dari KL dengan tiba-tiba? Kau dan Azman tentu tahu apa yang telah berlaku Tak ada apa-apa yang telah berlaku. Pintas Mubin cuba meyakinkan. Walaupun tidak ada apa-apa tanda di dalam suaranya yang boleh meyakinkan Mizi dan Majid. Mubin mengeluh. Dia termenung. Majid dan Mizi saling berpandangan. Di Penang nanti kau akan duduk dengan siapa? Tanya Mizi mengalihkan soalanya. Aku akan duduk di rumah lama aku duduk sorang-sorang. Jawab Mubin. Dia memegang bibirnya sendiri sambil memikirkan tentang perjalanannya esok. Aku dengar Lan Penang aku berjumpa kau di sana nanti. Tanya Majid yang telah mengetahui tentang perkara ini dari Azlan sendiri. Mubin mengangguk sekali. Tapi jangan korang anggap yang bukanbukan pulak tentang aku dan Lan. Mubin memberi amaran tegas. Seperti abang man, aku tidak mahu bercinta lagi. Kau pulak? Tempelak Mizi menggeleng-gelengkan kepalanya. Ya, aku kini aku pula. Ujar Mubin. Dia melepaskan nafasnya. Kau pernah sedar bahawa tindakan kau dahulu akan memberi kesan kepada orang lain termasuk aku? Dia tujukan kemarahannya kepada Mizi. Mubin berdiri dari tempat duduknya. Kau nak balik? Tanya Majid kerisauan. Dah lewat sangat ni. Aku akan ke Penang pagi esok." Itulah alasan yang diberinya. Mubin Mizi memegang lengan Mubin. Menahannya dari terus beredar meninggalkannya. Apa lagi? Tanya Mubin lalu menepis tangan Mizi. Aku yakin Azman mencintai kau. Cuma dia belum menyedarinya sahaja. Mubin tidak mengendahkan. Dia terus berjalan keluar dari perut caf. *** Sewarkah surat dari Mubin Nazri telah meninggal dunia pada awal bulan Julai tahun itu. Umurnya baru sahaja mencesah tujuh belas tahun. Di dalam laporan polis, kematian Nazri telah dicatatkan sebagai kemalangan jalan raya akibat kerosakan kereta. Kemalangan menurut kata mereka. Langsung kes kemalangan yang melibatkan Nazri dan Isa ini ditutup. Selang beberapa hari selepas kematian Nazri, keluarganya telah berpindah ke Sarawak. Rumah mereka telah ditinggalkan begitu sahaja. Kosong tanpa penghuniwalaupun ianya masih penuh dengan perkakas dan

166

Aku. Rama-rama perabot.

Nizam Zakaria

Murni mula merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku kepada Nazri. Kerana setiap kali dia cuba menghubungi Nazri dengan menelefon ke rumahnya, dia mendapati talian telefon telah dimatikan sama sekali. Setelah tiga hari dia tidak dapat menghubungi Nazri, dia telah cuba ke rumahnya. Didapati rumahnya itu kosong. Murni juga langsung tidak dapat memahami mengapa Mubin telah memutuskan hubungannya dengan Azman pada hari kelahirannya. Dan yang lebih anehnya, pada masa yang sama juga dia mula terputus hubungan dengan Nazri. Dia cuba mengaitkan satu perkara itu dengan perkara yang satu lagi, tetapi kedua-dua kejadian itu langsung tidak ada kena mengena di antara satu dengan yang lain. Apa yang diingatinya adalah wajah sugul abangnya yang telah mengejutnya pada pagi itu, lalu memberitahunya bahawa: Rancangan abang untuk buat surprise birthday parti untuk abang Man dah abang batalkan. Tapi kenapa bang? Tanya Murni sambil menguap. Dia merenung ke dalam wajah sedih abangnya. Dia mendapati mata abangnya bengkak. Tangannya pula ada balutan menahan luka. Abang dah break off dengan abang Man. Jelas Mubin. Murni nampak terkejut. Dia nampak kecewa. Dia memegang erat tangan abangnya. Tak ada apa-apalah Murni. Abang okay. Ujar Mubin sambil berdiri. Dia memeluk tubuhnya. Murni abang dah beritahu kepada Nazri yang abang dah kensel parti tu. Murni mengangguk perlahan. Dia menunggu dengan sabar apa yang mahu diberitahu oleh abangnya itu lagi kepadanya: Tengahari ini Murni temankan abang ke Port Dickson, ya? Suara Mubin serak-serak basah. Murni tahu betapa sebaknya hati abangnya pada waktu itu. Murni mengangguk setuju. "Tapi buat apa bang?" Mubin hanya menaikkan kedua belah bahunya. Jawapan sebenarnya ada tersimpan jauh di dalam hatinya. Murni sememangnya merasa gelisah apabila apabila dia tidak dapat menghubungi Nazri. Dia tidak faham mengapa Nazri tiba-tiba sahaja hilang entah ke mana. Mungkin dia telah berpindah, Murni. Itulah alasan yang telah diberikan oleh Mubin kepada Murni apabila soalan mengenai Nazri terpacul dari mulutnya. Murni keliru. Murni bingung. Dia kecewa. Dia marah. Dia tidak faham bagaimana Nazri dan keluarganya boleh hilang begitu sahaja. Dan kenapa pula Nazri tidak memberitahu kepadanya bahawa dia mahu berpindah. Kita tidak boleh salahkan dia kalau dia ikut berpindah dengan keluarganya. Beritahu Mubin dengan nada serba salah. Murni dapat mengagak dari suara abangnya bahawa ada sesuatu perkara yang telah disembunyikan darinya. Semakin keliru Murni jadinya apabila bapanya telah mengambil

167

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

keputusan untuk menyuruhnya ke UK lebih sebulan lebih awal dari yang telah ditetapkan untuk dia memulakan persekolahannya di sana. Papa mahu Murni biasakan diri Murni kat sana. Kalau tak, kelam kabut jadinya. Ujar Mubin, mempertahankan kehendak bapanya. Dia sempat berpaling ke arah bapanya sebelum dia tunduk memandang ke lantai. Apa yang telah diketahui oleh Mubin mengenai Nazri telah disimpannya jauh ke dalam hatinya. Sejak peristiwa pertengkarannya dengan Azman dan ditambah lagi dengan peristiwa kematian Nazri, dia langsung telah memutuskan hubungannya dengan Azman. Azman telah berkali-kali cuba menghubungi Mubin melalui telefon, tetapi Mubin berdegil tidak mahu menjawab segala panggilannya, mahupun menjawab berpuluh-puluh e-mail yang telah dihantar kepadanya. Di dalam keadaan kecewanya, dia kini cuba sedaya upaya untuk melupakan segala apa yang mengingatkan dirinya kepada Azman. Empat hari selepas Mubin meninggalkan Azman, pada waktu Azman pergi ke kuliahnya, Mubin dengan pertolongan Majid telah ke rumah Azman untuk membawa pindah barang-barang kepunyaannya. Mereka berdua telah menyediakan beberapa buah kotak untuk memasukkan baju, buku dan cekera padat ke dalamnya. Semasa mengemas, Majid dapat melihat Mubin kadang-kala akan mengesat air matanya. Dia akan menangis seorang diri dengan perlahan sambil memasukkan barang-barang kepunyaannya ke dalam kotak. Majid, Mubin memanggil sepupunya dengan suara sayu. Dengan pantas Majid menoleh ke arah Mubin. Apa dia? Mubin cepat-cepat mengesat air matanya lagi. Suaranya terketar-ketar menahan sedih. Aku telah bercinta dengan seorang lelaki bernama Azman. Seorang lelaki yang aku kagumi. Seorang lelaki yang aku cinta separuh mati tetapi di dalam masa yang sama, dia tidak mahu membalas cinta aku beri kepadanya selama ini. Majid terus berhenti dari terus melipat baju-baju Mubin yang akan disimpannya ke dalam kotak. Dia merapati Mubin lalu duduk di sebelahnya di atas katil. Mungkin hatinya belum terbuka lagi. Mungkin kau perlu berikan dia sedikit masa lagi. Mubin terus memasukkan beberapa keping cekera padat kepunyaannya ke dalam kotak yang telah diletakkannya di atas katil. Dia memilih cekera padat yang ada dengan berhati-hati. Dia tidak mahu tersalah pilih sehingga tersalah ambil cekera padat kepunyaan Azman. Baru sahaja sebentar tadi dia begitu khayal memikirkan pengalaman-pengalaman manisnya bersama Azman sehingga dia telah memasukkan cekera padat Diana Krall kepunyaan Azman ke dalam kotaknya. Kenapa Murni perlu ke London esok? Kenapa pemergiannya tergesagesa? Tanya Majid. Dia menutup kotak besar yang kini sendat dengan bajubaju kepunyaan Mubin di sebelah katil. Bapak aku tak mahu dia merambu tak tentu arah kat KL Tapi itu bukan sebab sebenarnya, bukan?

168

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Mubin menjeling ke arah Majid. Dia tahu Majid akan mengulangi soalan yang sama sehingga dia dapat jawapan yang sebenar dari Mubin. Tak ada apa-apalah. Tak ada konspirasi Mahaderisme okay? And I appreciate it if you stop asking me questions like this again. Tegas Mubin. Majid menaikkan kedua belah bahunya. Dia merenung ke dalam wajah Mubin yang muram itu. Dia kasihan melihat keadaan Mubin yang tiba-tiba sahaja berubah. Dari seorang yang bahagia kepada seorang yang penuh kecewa. Aku rasa semua baju-baju kau dah aku masukkan ke dalam kotak ni. Tak ada apa-apa yang tertinggal. Majid mengangkat kotak yang telah diletaknya di sebelah katil lalu dia berjalan ke tingkat bawah. Mubin kini duduk keseorangan di dalam bilik. Mubin mengeluh lesu. Kini dia sedang memasukkan cekera padat terakhir ke dalam kotak. Dia kini menutup kotak itu cepat-cepat. Kemudian dia berjalan ke arah meja solek. Cermin di atas meja solek yang telah dipecahkannnya tempohari masih belum diganti Azman. Dia memandang ke arah wajahnya melalui cermin yang telah pecah itu. Wajahnya pecah-pecah seperti cermin yang pecah itu. Hatinya gundah gulana. Dia kini mengeluarkan sekeping surat yang telah disimpannya baikbaik di dalam seluar kargonya. Dia kemudian telah meletakkan surat tersebut di atas meja solek. Khas untuk puisiku. Itulah yang telah tertulis di atas sampul surat tersebut. Mubin kini mengangkat kotaknya lalu berjalan keluar dari kamar tidur yang pernah dikongsinya bersama Azman. Sebelum dia keluar, dia telah menoleh buat beberapa saat ke bilik tidur. Hatinya sebak. Sebak kerana dia telah mengalami di antara saat-saat yang paling bahagia di dalam kamar tersebut. Dia sedih kerana tidak sampai seminggu yang lepas, dia telah berfikir bahawa dia mungkin akan tidur di dalam kamar ini dan rumah ini bersama Azman sehingga ke akhir hayatnya. Semua impiannya ini kini hanya tinggal angan-angannya sahaja. Angan-angannya yang tidak kesampaian *** Azman termenung jauh tatkala dia sedang terbaring di atas katilnya. Dia baru sahaja bangun dari tidurnya pada pagi itu. Fikirannya berkecamuk. Dia terasa kesepian. Seolah-olah sesuatu yang telah menjadi sebahagian dari dirinya kini telah mati. Dia terasa hidupnya kosong. Kurang bermakna. Kini setelah Mubin tiada lagi dari hidupnya, dia mula mengenali erti kesepian yang dahulunya tidak pernah difikirnya wujud. Azman mencapai surat yang telah ditulis oleh Mubin dari atas meja solek. Untuk sekian kali, dia membaca lagi isi surat itu. Azman kini membaca surat itu dengan suara yang boleh didengarinya sendiri 11 Julai, 2000 Kehadapan abang Man,

169

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

Sesungguhnya abang tidak perlu risau tentang keadaan diri saya sekarang. Buat masa ini saya berada di dalam keadaan sihat walafiat. Luka di tangan saya juga semakin pulih. Saya harap abang juga sedang berada di dalam keadaan yang baik. Jaga makan minum abang. Jangan terlalu khayal berkerja sehingga terlupa menjaga kesihatan diri. Itu nasihat saya. Setelah abang penat bekerja sepanjang hari di universiti, dan kini pulang ke rumah. Saya pasti abang akan masuk terus ke dalam bilik tidur untuk berehat, dan saya pasti juga abang akan terjumpa dengan surat saya ini di atas meja solek. Kalau boleh, saya mahu abang baring di atas katil sambil membaca surat saya ini. Kelak abang akan faham mengapa saya meminta abang melakukan perkara ini semua. Memang sukar untuk saya menulis surat ini untuk abang, orang yang paling saya sayangi. Tapi saya teruskan juga niat saya untuk menulis. Demi cinta saya kepada abang yang tidak mungkin akan hilang ini, saya akan luahkan segala apa yang tersirat di dalam hati saya selama ini. Seperti apa yang abang ketahu, saya tidak dapat menepati janji saya untuk tidak mencintai abang. Saya akui, itulah kelemahan saya. Saya akui bahawa sejak kali pertama saya bertentang mata dengan abang, bibit-bibit cinta sudah mula timbul di dalam diri saya. Abang pasti masih boleh mengingati keadaan bahagia diri saya ketika saya bersama abang. Saya gembira setiap kali abang berada di samping saya. Abang pasti akan mengingati gelagat nakal saya yang suka mengusik abang ketika abang tidur, dengan memeluk cium abang, ataupun kepada diri saya yang suka menyanyi ketika abang sedang memandu. Abang pasti masih mengingati masakan yang saya sediakan untuk abang setiap malam atau kegemaran saya untuk mencium pipi abang setiap kali kita keluar dari rumah. Saya lakukan ini semua kepada abang kerana saya bahagia hidup di samping abang. Kerana abanglah saya mula mengenali erti kebahagiaan yang sebenar. Pendek kata, setiap saat saya bersama abang adalah di antara saat-saat paling bahagia di dalam hidup saya. Saya tahu bahawa abang hanya menganggap saya sebagai seorang yang penting di dalam hidup abang, dan tidak lebih dari itu. Saya tahu itu semua. Dan kini saya redha. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada abang kerana telah

170

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

menghidupkan api kebahagiaan di dalam hidup saya, walaupun bahang kebahagiaan itu hanya dapat saya rasakan untuk sementara waktu sahaja. Saya mengucapkan terima kasih kepada abang sekali lagi kerana telah mengambil berat terhadap diri saya yang hina ini. Abang sudah tentunya tahu bahawa saya pernah bercinta dengan lelaki-lelaki lain sebelum saya menemui abang. Tapi percayalah bang, saya tetap akan menganggap abang sebagai lelaki yang paling istimewa yang pernah wujud di dalam hidup saya. Selama ini saya hanya mampu bermimpi untuk menemui seorang lelaki seperti abang. Abang mempunyai setiap ciriciri lelaki yang saya idami selama ini. Abang mempunyai sifat keyakinan dan keikhlasan. Keikhlasan abang kepada saya akan saya hargai sampai bila-bila. Sifat keikhlasan abang merupakan satu sifat yang sukar dicari terutamanya di dalam lingkungan manusia-manusia seperti kita. Saya sememangnya sedih dan kecewa terhadap diri saya kerana saya tidak mampu untuk mencetuskan rasa cinta abang terhadap diri saya. Mungkin ini semua adalah salah saya sendiri. Mungkin saya tidak dapat memenuhi citarasa abang atau mungkin saya sememangnya bukanlah manusia yang boleh abang cintai. Mungkin saya bukannya lelaki yang abang cari-cari selama ini. Mungkin satu hari nanti abang akan temui seorang lelaki yang mampu abang cintai. Saya doakan abang abang hidup bahagia disampingnya nanti. Bang, saya meminta maaf kerana telah mengamuk pada harijadi abang tempohari. Saya tidak sepatutnya melepaskan perasaan marah saya pada pagi itu. Saya sepatutnya redha pada saat abang menyatakan bahawa abang tidak mungkin akan dapat menerima cinta saya. Pada pagi itu saya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan abang bukan kerana saya membenci abang. Tetapi mungkin kerana apa yang telah berlaku kepada hidup kita; seperti pemergian Nazri dan kerana perasaan kecewa yang kini menyelebungi diri saya. Mungkin saya terasa terlalu malu untuk berhadapan dengan abang lagi. Saya rasa terlalu malu untuk menagih kasih dan cinta yang tidak mungkin saya akan terima dari abang. Untuk pengetahuan abang, saya telah mengambil keputusan muktamat untuk meninggalkan Kuala Lumpur. Surat untuk saya serta-merta berhenti kerja telahpun saya hantar kelmarin. Saya harap abang akan dapat

171

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

memahami tindakan saya ini dan tidak akan menganggap yang bukan-bukan tentang diri saya. Saya telah melakukan ini semua kerana rasa cinta saya kepada abang. Jika abang kenal akan erti cinta yang sebenar, pasti abang akan memahami tindakan saya ini. Saya tidak sanggup menghadapi hidup saya di Kuala Lumpur dengan mengetahui bahawa abang sedang berada begitu dekat dengan saya. Saya tidak mampu berjalan ke tempat-tempat yang pernah kita lalui bersama. Saya tidak mampu hidup dengan bayang-bayang masa silam sentiasa menghantui diri saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang kerana telah memberikan saya peluang untuk mengalami pengalaman-pengalaman indah bersama abang. Pengalaman indah kita bersama di dalam kamar, akan saya simpan sampai bila-bila. Terlalu istimewa pengalamanpengalaman itu bagi saya, walaupun saya kini mula sedar bahawa setiap luahan cinta saya tidak dapat dibalas oleh abang Itu semua saya rasa tidak penting lagi. Yang penting, walau apa yang terjadi kepada kita kelak, saya mahu abang ingat bahawa saya masih dan akan terus mencintai abang sampai bila-bila. Saya pasti, pada saatsaat terakhir hidup saya nanti, saya ingin mengucapkan rasa syukur saya kepada tuhan kerana telah menemukan diri saya dengan diri abang. Kerana dengan kehadiran abang ke dalam hidup saya, saya mula mengenali erti kehidupan yang sebenar walaupun saya terpaksa mengalaminya dengan rasa penuh duka selepas saya kehilangan diri abang dari hidup saya. Halalkan makan minum saya, bang. Saya akan sentiasa mendoakan bahawa abang akan bahagia dan sihat sentiasa. Salam sayang dari saya, Mubin

Perasaan sebak mula menyelubungi diri Azman. Setiap kali dia membaca surat yang telah ditulis oleh Mubin ini kepadanya, setiap kali itulah hatinya terasa seperti telah dihiris-hiris. Pedih. Azman menarik nafasnya dalam-dalam. Dia melihat kepada keadaan biliknya. Dia berpaling ke arah meja solek, almari, kerusi dan ranjangnya yang kelihatan sepi tanpa Mubin ada di sisinya. Kamar ini sudah hilang serinya. Mungkin itulah yang telah dimaksudkan oleh Mubin apabila ia telah menyuruhnya membaca suratnya itu

172

Aku. Rama-rama di atas kamarnya.

Nizam Zakaria

Azman mula sedar bahawa Mubin mungkin telahpun bertolak ke Pulau Pinang pada awal pagi itu. Dia mengeluh. Dia mula rasa menyesal kerana terlalu ego untuk menemui Mubin di lapangan terbang, walaupun Majid dan Mizi telah menjemputnya semalam untuk ke sana semalam. Dia memang sepatutnya ke sana. Mungkin dia boleh melakukan sesuatu untuk membuatkan Mubin membatalkan segala niatnya untuk membawa diri ke Pulau Pinang. Tetapi kenapa pula dia perlu mendapatkan Mubin kembali semula ke dalam hidupnya? Mungkin dia mencintainya Aku cinta kepadanya bisik Azman sendiri. Matanya tertutup rapat. Beberapa detik kemudian, timbul pula kemahuan di dalam dirinya untuk mengucapkan kalimah-kalimah suci itu kepada Mubin. Gerak hatinya yang memberitahunya bahawa dia mencintai Mubin, yang hanya disedarinya setelah Mubin meninggalkannya. Mungkin masih belum terlambat baginya untuk menyejukkan hati Mubin. Mungkin Mubin belum bertolak ke Pulau Pinang lagi Walaupun dia terpaksa ke Pulau Pinang, ke pelabuhan yang asing dan menunggunya di sana buat seribu tahun sekalipun dia sanggup melakukannya--demi kasihnya kepada Mubin. Dengan tergesa-gesa kini Azman terus menukar pakaiannya lalu terus ke bawah untuk mendapatkan Ford Rangernya. Dia perlu mendapatkan satu-satunya manusia yang benar-benar mencintainya dan dicintainya. Yang kini telah hilang entah ke mana Azman perlu mencari Mubin yang dicintainya itu. Sememangnya cinta sejati itu wujud, fikir Azman, walaupun ia terpaksa melalui pelbagai duri dan ranjau seperti ini. Ya, dia perlu cepat-cepat mendapatkan Mubin. Dia mahu meniupkan kalimah-kalimah cinta ke dalam telinganya sehingga ianya sebati di dalam hatinya. Lagipun. Rama-ramanya telah lama meninggalkannya. Mubin yang telah hilang itu perlu dicarinya kini. Kerana Mubin, adalah ramaramanya. Tamat (Mei 2001)

173

Aku. Rama-rama

Nizam Zakaria

174

You might also like