You are on page 1of 96

SINTAKSIS BAHASA

MELAYU

Oleh:
Ab. Rahim bin Md. Yasin
Institut Perguruan Teknik
KUALA LUMPUR
abry/iptkl/05 1
Pengertian sintaksis
• Bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat.
• Kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.

abry/iptkl/05 2
Binaan ayat

• Subjek dan predikat ialah dua bahagian


yang mesti ada dalam setiap ayat. Tanpa
subjek, tidak mungkin kita dapat membina
ayat.
• Subjek ialah sesuatu yang menjadi hal atau
judul (benda) percakapan, dan predikat ialah
sesuatu yang menerangkan (cerita) perkara
itu.
abry/iptkl/05 3
SUBJEK PREDIKAT

Rashid pemain badminton


Sidek terkaya di Malaysia.

Guru itu sedang mengajar.

abry/iptkl/05 4
GOLONGAN AYAT

• Ayat Tunggal
- Ayat tunggal atau ayat dasar mengandungi
hanya satu klausa. Yakni hanya ada satu
subjek dan satu predikat

• Ayat Majmuk
- Ayat majmuk atau ayat terbitan
mengandungi lebih daripada satu klausa

abry/iptkl/05 5
Ayat tunggal Ayat majmuk

Dia penyanyi. Dia penyanyi tetapi adiknya


pensyarah.

Budak itu Kami sampai ketika budak itu


sedang sedang menangis.
menangis.

abry/iptkl/05 6
Jenis Ayat

• Ayat penyata
• Ayat perintah
• Ayat tanya
• Ayat seruan

abry/iptkl/05 7
AYAT TUNGGAL DAN POLA
AYAT DASAR
• Ayat tunggal
- Ayat tunggal terbina daripada satu
subjek dan satu predikat.
Contohnya :
i. Datuk Seri Najib / Timbalan
Perdana Menteri kita.
ii. Mereka / sedang berlatih.
abry/iptkl/05 8
Pola ayat dasar dalam bahasa
Melayu
• Frasa Nama + Frasa Nama
• Frasa Nama + Frasa Kerja
• Frasa Nama + Frasa Adjektif
• Frasa Nama + Frasa Sendi

abry/iptkl/05 9
POLA CONTOH AYAT

Subjek + Predikat Subjek / Predikat

Frasa Nama + Frasa Nama Guru saya/Encik Ismail.


Frasa Nama + Frasa Kerja Budak kecil itu sedang tidur.

Frasa Nama + Frasa Adjektif Pekerja itu/sangat rajin.


Frasa Nama + Frasa Sendi Saya dari Kota Bharu.

abry/iptkl/05 10
SUBJEK
• Frasa nama
i. Buku itu mahal.
ii. Malaysia negara berbilang bangsa.
• Kata ganti, kata kerja, dan kata adjektif
i. Saya mempengerusikan majlis itu.
ii. Memasak menjadi kegemarannya.
iii. Merah lambang keberanian.

abry/iptkl/05 11
PREDIKAT

• Ayat tunggal boleh terdiri daripada


unsur-unsur yang berikut :
(a) Frasa Nama
(b) Frasa Kerja
(c) Frasa Adjektif
(d) Frasa Sendi Nama

abry/iptkl/05 12
FRASA
• Unit yang terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua
perkataan, ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih.
• Frasa mengandungi hanya subjek atau hanya
predikat
• Frasa boleh menjadi konstituen kepada
klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri

13
Contoh frasa
• Burung merpati terbang melayang.
• Anak kecil itu sedang tidur.
• Ali mengahwini anak Pak Haji Osman.
• Polis memburu penjenayah di hutan
rimba itu.
• Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

14
Frasa sebagai binaan daripada satu
perkataan yang berpotensi untuk
menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih.
Frasa
burung
seekor burung
burung merpati
seekor anak burung
seekor anak burung merpati
15
(a) Frasa Nama

Contoh ayat Predikat

1. Itu harimau bintang. harimau bintang


2. Yang ini rumah rumah Ketua Pengarah
Ketua Pengarah.
3. Petunjuk-Nya suatu suatu peringatan
peringatan.

abry/iptkl/05 16
(b) Frasa Kerja

Contoh ayat Predikat

1. Mereka tertidur. tertidur


2. Orang tua itu sedang sedang berehat.
berehat.
3. Kami akan akan berbincang esok
berbincang esok.
abry/iptkl/05 17
(c) Frasa Adjektif

Contoh ayat Predikat


1. Rumah itu cantik. cantik
2. Keretanya besar besar sungguh
sungguh.
3. Bangunan itu tidak tidak berapa tinggi
berapa tinggi.

abry/iptkl/05 18
(d ) F ra sa S endi Na ma

Contoh ayat Predikat

1. Mereka dari ibu dari ibu pejabat


pejabat. untuk adiknya
2. Semua hadiah ini
untuk adiknya. ke Ipoh kelmarin
3. Kami ke Ipoh
kelmarin.
abry/iptkl/05 19
KLAUSA

• Unit rangkaian perkataan yang


mengandungi subjek dan predikat dan
mempunyai potensi untuk menjadi ayat.
• Terbahagi kepada kepada dua jenis,
iaitu klausa bebas dan klausa tak
bebas

abry/iptkl/05 20
Klausa bebas dan klausa tak
bebas
• Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan
boleh bersifat sebagai ayat yang
lengkap
• Klausa terikat tidak dapat berdiri
sendiri
• Contoh : dia berjaya (klausa bebas)
kerana dia tekun berusaha
(klausa tak bebas)
abry/iptkl/05 21
AYAT MAJMUK

• Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri


daripada dua ayat tunggal atau lebih.
• Percantuman ayat-ayat tunggal itu
dibuat dengan cara tertentu, antaranya
dengan menggunakan kata hubung,
kata fakta “bahawa”, kata relatif “yang”,
tanda koma dan tambahan keterangan.

abry/iptkl/05 22
JENIS AYAT MAJMUK

• Ayat majmuk gabungan


• Ayat majmuk pancangan
• Ayat majmuk campuran
• Ayat majmuk pasif

abry/iptkl/05 23
(a) Ayat majmuk gabungan

• Terdiri daripada dua ayat tunggal atau


lebih yang dicampurkan dengan kata
hubung atau hentian nada suara
sebagai penanda.
• Ayat-ayat tunggal boleh berdiri dengan
sendirinya dan daripada jenis yang
sama.

abry/iptkl/05 24
i. Jika fakta-fakta seragam, kata
hubung seperti dan, lalu, serta
dan sambil digunakan

• Ia menjerit lalu menangis.


• Melukis dan menulis menjadi
kegemarannya.
• Kakak menyanyi sambil menari.
• Abang serta rakannya memancing ikan
di sungai.
abry/iptkl/05 25
ii. Jika fakta-faktanya bertentangan,
kata hubung seperti tetapi, sebaliknya
dan padahal digunakan

• Pegawai itu sombong tetapi pemurah.


• Emak pemarah tetapi baik hati.
• Tiada siapa yang dapat masuk
melainkan ibu bapanya.

abry/iptkl/05 26
(b) Ayat majmuk pancangan

• Dalam ayat majmuk pancangan


terdapat satu ayat utama atau ayat
induk dan satu/beberapa ayat kecil lain
yang dipancangkan di dalam ayat induk
dan menjadi sebahagian daripada ayat
induk

abry/iptkl/05 27
Tiga jenis ayat majmuk
pancangan
• Ayat majmuk pancangan relatif
• Ayat majmuk pancangan
komplemen
• Ayat majmuk pancangan
keterangan
abry/iptkl/05 28
i. Ayat majmuk pancangan
relatif
• Ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan
yang, seperti berikut :
(a) Saya membeli baju yang berwarna
merah.
(b) Mereka menonton wayang yang amat
lucu itu.
(c) Budak yang membaca majalah itu anak
saya.
(d) Bas yang dinaiki oleh adik saya itu
rosak.

abry/iptkl/05 29
ii. Ayat majmuk pancangan
komplemen
• Ayat yang terdiri daripada klausa induk dengan
klausa kecil dipancangkan untuk melengkapi kata
kerja dalam ayat induk
• Beberapa kata hubung digunakan untuk
mencantumkan klausa kecil dengan klausa induk.
• Yang lazim ialah bahawa dan untuk seperti yang
digunakan dalam contoh-contoh berikut :
(a) Wanita itu mengatakan bahawa suaminya
tidak ada di rumah.
(b) Tentulah tidak wajar untuk mereka
mendirikan rumah di kawasan ini.
abry/iptkl/05 30
iii. Ayat majmuk pancangan
keterangan
• Ayat jenis ini ialah ayat majmuk yang terdiri
daripada satu klausa induk dan satu klausa
kecil atau lebih yang berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat.
• Contohnya :
(a) Imran telah besar semasa saya
meninggalkan kampung itu.
(b) Saya akan berpuasa tujuh hari sekiranya
saya berjaya dalam ujian itu.
abry/iptkl/05 31
Jenis ayat majmuk pancangan
keterangan
• Ayat keterangan • Ayat keterangan
musabab harapan
• Ayat keterangan • Ayat keterangan
akibat cara
• Ayat keterangan
• Ayat keterangan
syarat
tujuan
• Ayat keterangan
waktu • Ayat keterangan
• Ayat keterangan perbandingan
pertentangan
abry/iptkl/05 32
Ayat majmuk pancangan
keterangan
• Jenis keterangan musabab
- kerana, lantaran, oleh sebab
• Jenis keterangan akibat
- hingga, sehingga
• Jenis keterangan syarat
- sekiranya, andai kata, jikalau, jika, harus
• Jenis keterangan waktu
- sejak, semenjak, setelah, sewaktu, semasa,
sementara, tatkala, ketika
• Jenis keterangan pertentangan
- walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun,
sekalipun, sedangkan

abry/iptkl/05 33
sambungan…
• Jenis keterangan harapan
- supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau
• Jenis keterangan cara
- dengan
• Jenis keterangan tujuan
- untuk, demi, bagi
• Jenis keterangan perbandingan
- seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat,
bagaikan,
bak

abry/iptkl/05 34
(c) Ayat majmuk campuran

• Ayat yang mengandungi lebih


daripada satu jenis ayat, yakni
yang terdiri daripada campuran
ayat tunggal dengan ayat majmuk
atau deretan berbagai-bagai jenis
ayat majmuk

abry/iptkl/05 35
Contohnya :
(a ) Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik
tidur.
Dalam ayat ini, terdapat ayat majmuk gabungan yang terdiri
daripada dua klausa, iaitu :
Klausa (a) : Dia mengambil buku.
Klausa (b) : (Dia) masuk ke bilik tidur.
Kata hubung gabungan : lalu

(b) Polis melaporkan bahawa satu kemalangan telah berlaku oleh


sebab hujan turun dengan lebatnya.
Dalam ayat ini tedapat ayat majmuk pancangan komplemen frasa
nama objek dan ayat majmuk pancangan keterangan sebab.
Klausa induk : Polis melaporkan (sesuatu)
Klausa komplemen : Satu kemalangan telah berlaku
Kata hubung komplemen : bahawa

abry/iptkl/05 36
Binaan ayat majmuk keterangan ialah :
Klausa induk : Satu kemalangan
telah berlaku
Klausa keterangan : Hujan turun
dengan lebatnya
Kata hubung keterangan musabab
: oleh sebab
37
JENIS AYAT

• Ayat penyata
• Ayat tanya
• Ayat perintah
• Ayat seruan

38
Ayat penyata

• Ayat yang diucapkan dengan maksud


membuat sesuatu penyataan.
• Mempunyai tujuan menyatakan atau
memberi keterangan tentang sesuatu
hal
• Biasa disebut sebagai ayat berita atau
ayat keterangan

39
Contoh ayat penyata
• Nadiah jurutaip.
• Dia wartawan.
• Ayah sedang tidur.
• Pesakit itu berada di hospital.
• Musa menjadi pegawai polis.

40
Ayat tanya
• Ayat yang digunakan untuk tujuan
menyatakan sesuatu hal. Dengan
berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu, ayat
tanya dapat digolongkan kepada dua
jenis, iaitu :
(a) Ayat tanya tanpa kata tanya
(b) Ayat tanya dengan kata tanya

41
(a) Ayat tanya tanpa kata
tanya

• Ayat yang lazimnya diucapkan dengan


suara meninggi sebelum kesenyapan
pada akhir ayat.
• Dalam tulisan, nada tanya ini
dilambangkan oleh tanda soal (?)

42
Contoh ayat :

• Encik Ali pengurus syarikat itu?


• Puan Mariam guru sekolah?
• Adik masih menangis?
• Emak membasuh kain?
• Abu menjadi pelukis?
• Rumah di atas bukit itu besar?

43
Ayat jenis ini boleh disertai partikel –kah,
yang diletakkan pada unsur yang
dijadikan fokus atau judul ayat

(a) Dia ke sekolah?


Dia ke sekolahkah?
(b) Mereka berlepas pagi tadi?
Mereka berlepas pagi tadikah?
(c) Istana raja itu cantik?
Istana raja itu cantikkah?

44
(b) Ayat tanya dengan unsur tanya
• Ayat tanya yang mengandungi unsur seperti
apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana,
dan sejak bila.

• Terbahagi kepada tiga golongan, iaitu :


(a) dengan kata tanya
(b) dengan kata ganti nama diri tanya
(c) dengan frasa sendi nama tanya

45
(a) Ayat tanya dengan kata tanya

• Keadaan ayahnya sesudah


pembedahan bagaimana?
• Hari perkahwinan bila?
• Harga barang ini berapa?
• Adiknya tidak mahu pergi mengapa?
• Awak datang lambat kenapa?

46
Lazimnya mengalami proses
pendepanan untuk menghasilkan
ayat berikut.

• Bagaimana keadaan ayahnya sesudah


pembedahan?
• Bila hari perkahwinan?
• Berapa harga barang ini?
• Mengapa adiknya tidak mahu pergi?
• Kenapa awak datang lambat?
47
Perlu menerima partikel –kah dalam
bahasa tulisan

• Bagaimanakah keadaan ayahnya


sesudah pembedahan?
• Bilakah hari perkahwinan?
• Berapakah harga barang ini?
• Mengapakah adiknya tidak mahu pergi?
• Kenapakah awak datang lambat?
48
(b) Ayat tanya dengan kata ganti
nama diri tanya

• Terdiri daripada ayat yang


mengandungi kata ganti nama tanya
seperti apa, siapa, dan mana.
• Contoh :
(a) Benda itu apa?
(b) Gurunya siapa?
(c) Adik awak mana?

49
Boleh mengalami proses
pendepanan predikat :
• Contoh :
(a) Apa benda itu ?
(b) Siapa gurunya ?
(c) Mana adik awak ?

50
Dalam bentuk bahasa tulisan, ayat-
ayat tersebut perlu menerima partikel
–kah?

• Contoh :
(a) Apakah benda itu ?
(b) Siapakah gurunya ?
(c) Manakah adik awak ?

51
(c) Ayat tanya dengan FSN tanya

• Terdiri daripada ayat yang didahului


oleh FSN tanya seperti di mana, dari
mana, ke mana, sejak bila, sampai bila,
dengan siapa, daripada siapa, dan
sebagainya.
• Dalam susunan biasa, FSN tanya hadir
dalam predikat.

52
Contoh :
• Tuan tinggal di mana?
• Mereka datang dari mana?
• Ali hendak ke mana?
• Penyakit ini merebak sejak bila?
• Ali boleh memegang jawatan itu sampai
bila?
• Anak Encik Ali berkahwin dengan
siapa?
53
Ayat di atas boleh mengalami proses
pendepanan predikat dengan partikel –
kah untuk menghasilkan ayat berikut
• Di manakah dia tinggal?
• Dari manakah mereka datang?
• Ke manakah Ali hendak pergi?
• Sejak bilakah penyakit itu merebak?
• Sampai bilakah Ali boleh memegang jawatan
itu?
• Dengan siapakah anak Encik Ali berkahwin?

54
Ayat Perintah
• Ayat yang digunakan dengan tujuan
untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
• Perintah ditujukan kepada orang kedua
dengan menggunakan kata ganti nama
orang kedua seperti awak, kamu,
engkau, dsbnya.

55
Jenis ayat perintah

• Ayat suruhan
• Ayat larangan
• Ayat silaan
• Ayat permintaan

56
(a) Ayat suruhan

• Ayat yang digunakan dengan tujuan


memberi perintah, atau arahan.
• Dalam ayat suruhan subjek ialah kata
ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau, dan dsbnya.

57
Contoh ayat suruhan

• Keluar dari bilik ini!


• Pergi dari sini!
• Jaga barang-barang ini.
• Awak siapkan kerja itu sekarang.
• Engkau tunggu dia di sini.
• Pujuk budak yang menangis itu.

58
Ayat suruhan boleh menggunakan
partikel –lah untuk melembutkannya
di samping menegaskan predikat.
• Keluarlah dari bilik ini!
• Pergilah dari sini!
• Jagalah barang-barang ini.
• Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
• Engkau tunggulah dia di sini.
• Pujuklah budak yang menangis itu.
59
(b) Ayat larangan

• Ayat yang menggunakan kata larangan


seperti jangan, usah, atau tak usah
sebelum kata kerja dengan tujuan
menegah seseorang melakukan
sesuatu.

60
Contoh ayat larangan

• Jangan ambil harta orang.


• Kamu jangan beritahu dia.
• Usah kaupedulikan dia.
• Usah dikenangkan perkara yang lalu.
• Tak usah kauambil tahu akan hal aku
lagi.
• Awak tak usah datang lagi.
61
Ayat di atas dapat dilembutkan dengan
menambahkan partikel –lah seperti yang
berikut :
• Janganlah ambil harta orang.
• Kamu janganlah beritahu dia.
• Usahalah kaupedulikan dia.
• Usahlah dikenangkan perkara yang
lalu.
• Tak usahlah kauambil tahu akan hal
aku lagi.
• Awak tak usahlah datang lagi.
62
(c) Ayat silaan

• Ayat yang menggunakan kata silaan


seperti sila atau jemput sebelum kata
kerja dengan tujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang.
• Lazimnya kata silaan digunakan pada
permulaan ayat

63
Contoh ayat silaan

• Sila datang ke rumah saya.


• Sila buat laporan tentang peristiwa itu di
sini.
• Sila serahkan borang ke pejabat.
• Jemput datang ke majlis sukan hari ini.
• Jemput minum teh yang terhidang itu.
• Jemput masuk.
• Jemput naik.
64
Ayat-ayat di atas boleh dilembutkan
dengan penggunaan partikel penegas
-lah
• Silalah datang ke rumah saya.
• Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di
sini.
• Silalah serahkan borang ke pejabat.
• Jemputlah datang ke majlis sukan hari ini.
• Jemputlah minum teh yang terhidang itu.
• Jemputlah masuk.
• Jemputlah naik.

65
(d) Ayat permintaan

• Ayat yang menggunakan kata


permintaan seperti minta dan tolong
dengan tujuan memohon permintaan
dan pertolongan

66
Contoh ayat permintaan
• Minta tuan-tuan jelaskan yuran
persatuan.
• Minta tuan benarkan kami masuk.
• Minta kamu semua bertenang.
• Tolong tutup pintu itu.
• Tolong selesaikan pergaduhan itu.
• Tolong hantarkan jawapan sebelum
esok.
67
Ayat seruan
• Ayat yang diucapkan dengan membawa nada
atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan
sesuatu keadaan perasaan seperti takut,
marah, takjub, geram, sakit, dsb.
• Ditandai oleh tanda seru (!) yang biasanya
terletak pada akhir ayat.
• Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis,
eh, aduh, syabas, dsb.

68
Contoh ayat seru

• Ibu!
• Anakku!
• Comelnya!
• Oh, Tuhanku!
• Amboi, garangnya!
• Wah, besarnya rumah awak!
• Cis, terimalah tikamanku!
• Eh, Ali rupanya yang datang!
69
Ayat Aktif dan Ayat
Pasif
• Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat
tunggal dalam bahasda Melayu terdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif.

70
Ayat Aktif

• Ayat yang mengandungi kata kerja


yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang
diterangkan.
• Terdiri daripada ayat aktif transitif dan
ayat aktif tak transitif
71
Ayat aktif transitif

• Ayat yang mengandungi kata kerja


transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama ataupun klausa komplemen
sebagai objek atau unsur
penyambutnya.

72
Predikat

Subjek KK Transitif Objek

•Guru Besar memanggil saya.


•Merekla membaiki jalan itu.
•Dia membeli buah durian.
•Raja Siam melantik wakilnya.
•Ibu bapa harus mengambil anak-anak mereka.
•Banjir melanda pekan kami.
•Ahmad mengarang buku itu. 73
Ada segolongan ayat aktif transitif yang
mengandungi kata kerja yang boleh menerima
dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat
dan objek sipi.

Predikat
Subjek KK Transitif Objek Objek sipi
tepat
•Siti membawakan saya secawan kopi..
•Abang membeilkan ibu seutas rantai.
•Halimah menghadiahi anaknya sebuah.basikal.
•Baginda menganugerahi pahlawan bintang kehormatan
•Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai baju.
74
AYAT PASIF
• Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan
objek asal (objek dalam binaan ayat aktif)
sebagai perkara atau unsur yang diterangkan
manakala subjek asalnya tidak diutamakan.
• Contoh :
(a) Dia menyediakan laporan itu (Ayat aktif)
(b) Laporannya itu disediakan olehnya (Ayat
pasif).

75
(a) Ayat pasif dengan kata
kerja berimbuhan “di” dan “ter”
• Barang itu sudah diambil oleh Ali
semalam.
• Pokok itu telah ditebang oleh ayah pagi
tadi.
• Meja tidak terangkat olehnya.
• Batu besar itu terpikul oleh Badang.

76
(b) Ayat pasif dengan kata kerja
berimbuhan “ber” dan “ke…an”
• Mereka ketinggalan bas.
• Mak Temah kehabisan beras
semalam.
• Bajunya berjahit dengan benang
sutera.
• Surat awak belum berjawab lagi.

77
(c) Ayat pasif dengan kata ganti
nama orang pertama dan kedua
• Kertas kerja itu sudah saya siapkan
semalam.
• Persetujuannya harus awak sampaikan
dengan segera.
• Beban ini akan kita tanggung bersama-
sama.

78
WACANA
• Unit bahasa yang melebihi batas ayat.
• Terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,
dialog, bab, buku, siri buku, dan sebagainya
yang memperlihatkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berutan dan
lengkap.
• Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara
unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan
yang utuh.
• Wacana lisan atau tulisan diujarkan bagi
tujuan menyampaikan maklumat tentang
sesuatu topik.
79
HIERARKI WACANA DALAM
TATABAHASA
wacana

ayat

Klausa

Frasa

Perkataan
80
CIRI UTAMA WACANA

• Kohesi (tautan)
• Koheren (runtutan)

81
Kohesi

• Keserasian hubungan antara satu unsur


linguistik dengan unsur linguistik dalam
sesuatu wacana untuk menghasilkan
wacana yang lengkap.
• Keserasian hubungan ini lazimnya
dilihat melalui hubungan antara satu
perkataan, frasa atau ayat, dengan
perkataan, frasa atau ayat lain dalam
wacana yang sama.

82
Contoh kohesi

(a) Ali dan adiknya pulang ke kampug.


(b) Mereka pergi ke sana untuk berhari
raya.

* Kohesi antara ayat (a) dengan Ayat


(b) wujud melalui pertalian antara Ali
dan adiknya dengan mereka dan
antara ke kampung dengan ke sana.
83
Koheren

• Dikenali sebagai runtutan, merupakan


kesinambungan idea yang terdapat
sesebuah wacana sehingga menjadikan
teks itu bermakna.

84
Contoh koheren

• Teknologi maklumat dicipta dan


dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh
demikian, bahasa asas bidang ini sudah
sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu,
teknologi maklumat telah tersebar luas ke
seluruh dunia, ke alam yang bahasa Inggeris
tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu
berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana
yang penggunaan bahasa lain menjadi selari
dengan bahasa Inggeris.
85
Koheren dalam ayat tersebut

• Kesinambungan idea terjalin melalui


perkataan dan frasa teknologi maklumat
dalam ayat pertama, bahasa asas dan
tersebar luar ke seluruh dunia dalam ayat
kedua, dan berlaku penyesuaian dan
penggunaan bahasa lain dalam ayat ketiga.
• Ketiga-tiga ayat dalam perenggan di atas
menjadi koheren dan bermakna.

86
Penanda Wacana

• Digunakan untuk wujudkan kesinambungan


antara ayat dengan frasa dalam sesuatu
wacana
• Terdapat 5 jenis, iaitu :
(i) penanda penghubung
(ii) penanda rujukan
(iii) penanda penggantian
(iv) penanda leksikal
(v) penanda elipsis atau pengguguran
87
(i) Penanda penghubung

• Perkataan atau frasa yang menghubungkan


sesuatu maklumat dengan maklumat yang
lain dalam wacana.
• Terdapat 4 jenis, iaitu :
(a) penghubung tambahan
(b) penghubung tentangan
(c) penghubung musabab
(d) penghubung tempoh
88
(a) Penghubung tambahan

• Penghubung yang memberikan makluat


tambahan kepada sesuatu perkara
yang diperkatakan sebelumnya.
• Misalnya, dan, lalu, malahan, tambahan
pula, lebih-lebih lagi, di samping itu,
dan selanjutnya

89
Contoh:
• Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh
mahkamah. Undang-undang bukan sahaja
menentukan bahawa kuasa itu sah, malahan
menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan
munasabah, adil, jujur, dan saksama.

• Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak


membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan
dalam penulisan, perbincangan, san penterjemahan.
Tambahan pula, istilah yang secara abstrak
dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu
sesuai bagi sesuatu bidang.

90
(b) Penghubung Tentangan

• Perhubungan yang menunjukkan


pertentangan maklumat antara suatu
yang baharu diperkatakan dengan yang
sebelumnya dalam wacana yang sama.

• Penanda wacananya ialah tetapi,


sebaliknya, namun, namun begitu, dan
walau bagaimanapun

91
Contoh dalam ayat
• Morfem boleh bersifat bebas dan terikat.
Morfem bebas ialah morfem yang dapat
wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem
terikat ialah morfem yang wujud bersama-
sama morfem lain.

• Ali dan keluarganya berpindah ke bandar


pada akhir tahun tersebut. Namun hatinya
masih teringat akan kampung halamannya.

92
(c) Penghubung musabab

• Penanda wacana yang merupakan


sebab berlakunya sesuatu

• Contohnya ialah kerana, oleh sebab,


oleh itu, oleh demikian, dengan itu, dan
maka itu

93
CONTOH KESALAHAN
SINTAKSIS DALAM AKHBAR
• 10 perompak tetak, ikat jaga
• 40 pelajar sekolah diselamat
• Drebar tidur maut dikelar
• 60 jam bawah runtuhan
• Lelaki menyamar polis, samun pelajar
ditahan
• Sindiket seludup parabola tumpas
abry/iptkl/05 94
CONTOH-CONTOH LAIN

• Sirim anjur program untuk usahawan


• 4 lagak “graduan” sebelum samun
• Dewan serbaguna sekolah runtuh
Jumaat lalu bukan dibina JKR
• Bayi lelaki ditemui dalam kotak
• Polis gagalkan cubaan 9 lelaki samun
rumah
abry/iptkl/05 95
abry/iptkl/05 96

You might also like