You are on page 1of 7

KONSEP SAINS

TAJUK TAHUN KONSEP SAINS : Ciri-Ciri Magnet : Tiga : Magnet dapat menarik bahan yang diperbuat daripada besi.

HURAIAN PERISTIWA BERCANGGAH


Definisi: Merupakan salah faham yang boleh dirujuk sebagai satu tanggapan prasangka atau salah faham konsep. Kes ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai pengetahuan yang tidak selari dengan konsep sains yang betul. Tujuan: Untuk membetulkan miskonsepi murid. Strategi Pengajaran: Berpusatkan guru dan murid. Pelaksanaan: Ramalan: Pelajar diberi situasi dan diminta membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi. Pemerhatian:

Pelajar diminta untuk membuat pemerhatian ke atas akibat perubahan. Penerangan: Pelajar diminta memberi penerangan tentang perbezaan antara apa yang dijangka berlaku dengan apa yang sebenarnya berlaku. Kemahiran yang terlibat : 1) Kemahiran proses sains yang terlibat ialah: * Memerhati * Mengelas * Membuat inferens * Meramal * Membuat hipotesis * Mentafsir maklumat 2) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

PENERANGAN PERISTIWA BERCANGGAH DAN KONSEP SAINS YANG TERLIBAT

Peristiwa bercanggah yang terlibat ialah mengenai cara-cara untuk menggerakkan seekor rama-rama yang diperbuat daripada plastik/kertas. Murid-murid biasanya akan menyatakan bahawa rama-rama yang diperbuat daripada plastik tidak boleh bergerak atau terbang. Dengan menggunakan konsep sains iaitu magnet boleh menarik objek yang diperbuat daripada besi, maka seekor rama-rama plastik yang ditampal dengan klip kertas besi dibelakangnya boleh digerakkan dengan menggunakan magnet walaupun dihalang dengan sekeping kertas keras. Ini berlaku kerana daya di sekeliling magnet menarik klip kertas logam dan menarik rama-rama di atas papan. Seterusnya konsep Sains mengenai magnet yang boleh menarik sesuatu bahan yang diperbuat daripada besi dapat diterangkan dan menyelesaikan peristiwa bercanggah yang ada pada setiap murid.

SENARAI BAHAN YANG DIPERLUKAN 1. Magnet 2. Sekeping kad keras 3. Klip kertas 4. Pita pelekat 5. Kertas 6. Krayon / pensel warna 7. Gunting
PROSEDUR PERLAKSANAAN

1.

Lukiskan gambar rama-rama yang besar di atas kertas dan warnakannya dengan krayon atau pensel warna. Gunakan gunting untuk memotong gambar rama-rama itu. Lekatkan klip kertas di bawah ramarama. Sendengkan sekeping kad keras pada beberapa buah buku. Letakkan rama-rama pada satu bahagian kad dan letakkan magnet betul-betul di belakang kad bertentangan dengan rama-rama. Apabila menggerakkan magnet, ramarama akan bergerak di atas papan.

2. 3. 4. 5.

6.

BAHAN BUKAN ORGANIK YANG DIPERLUKAN 1. Krayon 2. Pensel warna 3. Pita pelekat

LEMBARAN KERJA

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

besi

pembesar suara

utara

bar

menarik

selatan

menolak

magnet

telefon

peti sejuk

1. Magnet dapat menarik objek yang diperbuat daripada _____________. 2. Magnet mempunyai dua kutub iaitu __________ dan __________. 3. Antara bentuk-bentuk magnet ialah __________dan __________. 4. Kutub-kutub magnet yang sama akan ____________ manakala kutub-kutub magnet yang berlainan akan ____________. 5. Contoh-contoh alatan yang menggunakan magnet ialah ____________, ___________ dan ___________. 6. Bahan-bahan yang dapat ditarik oleh magnet dikenali sebagai bahan ____________.

B. Tandakan

pada pernyataan yang betul dan

pada pernyataan yang salah.

1. Magnet dapat menarik objek-objek yang diperbuat daripada plastik. 2. Magnet mempunyai satu kutub iaitu utara. 3. Radio adalah contoh barangan yang menggunakan magnet. 4. Magnet akan menolak antara satu sama lain apabila kedua-dua kutubnya adalah utara.

5. Kertas adalah contoh bahan yang dapat ditarik oleh magnet.

You might also like