You are on page 1of 3

UCAPAN ALUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEMPENA MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SELANGOR 2012 OLEH:

PN. HJH. FOZIAH BINTI BUANG

Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato Dr. Hj. Mohd Satim bin Diman Ahli Dewan Undangan Negeri N29, Seri Serdang. Yang berusaha Tuan Abdullah bin Mad Yunus Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor, Yang Berusaha En. Noor Azli bin Abd. Rahman Penolong Pengarah Kanan Unit Sukan Jabatan Pelajaran Selangor, Yang dihormati Pegawai- Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Selangor, Yang dihormati Pegawai-Pegawai Sukan Daerah Negeri Selangor, Yang dihormati Pengetua- Pengetua dan Guru Besar sekolah sekolah Negeri Selangor, Yang dihormati guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan dan yang diraikan para atlit merentas desa sekolah-sekolah negeri Selangor .

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapatlah kita berkumpul bersama-sama dalam menjayakan Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa MSS Selangor Tahun 2012 ini. Sebenarnya saya rasa bertuah dan berbangga kerana inilah julung-julung kali Kejohanan Merentas Desa MSS Selangor diadakan di daerah Petaling Perdana. Saya juga berasa amat berbesar hati dan berterima kasih yang teramat sangat kepada pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia, khususnya Bahagian Pembangunan Sukan UPM kerana sudi memberi keizinan untuk menggunakan kawasan UPM untuk majlis pada hari ini. Sebenarnya kita memilih kawasan UPM ini adalah kerana kawasan ini bersesuaian dengan trek Kejohanan

Merentas Desa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Kedah. Yang Berhormat Dato dan para hadirin sekalian, Kementerian Pelajaran Malaysia amat memberi galakkan dan dorongan dalam apapun acara sukan seperti ini. Malah Kementerian Pelajaran juga telah melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan yang wajib dipraktikkan oleh semua sekolah , yang mana semua individu berpeluang menceburi bidang sukan yang diminatinya. Kebolehan murid pada hari ini tidak dinilai pada akademik sematamata tetapi penglibatan dalam kokurikulum dan sukan juga dititik beratkan. Bidang sukan sebenarnya banyak memberi manfaat kepada golongan pelajar yang mana sukan dapat membentuk semangat kesukanan, kerja secara

berpasukan, mengeratkan silaturrahim tanpa membezakan agama ataupun bangsa. Yang Berhormat Dato dan para hadirin sekalian, Untuk menjayakan majlis pada hari ini, kita mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Saya mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan UPM, Bahagian Pembangunan Sukan UPM, Pengetua Kolej Serumpun UPM, Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Hospital Serdang dan kita juga mendapat tajaan daripada pihak Gardenia dan Nestle. Yang Berhormat Dato dan para hadirin yang dihormati, Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua atlit merentas desa yang mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Tahniah kepada yang menang dan yang kurang berjaya jangan berputus asa, teruskan berusaha dimasa akan datang. Akhirkata saya mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dalam menjayakan Majlis Kejohanan Merentas Desa MSS Selangor. Sekian Terima Kasih

You might also like