You are on page 1of 3

SK JALAN PASAR (1) JALAN RUSA, 55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KONSEP
PROGRAM MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAA SIIN SEMPENA UPSR 2013

6 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT) SURAU SK JALAN PASAR ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR (1) JALAN RUSA 55100 KUALA LUMPUR
PROGRAM MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAA SIIN SEMPENA UPSR 2013
1.0 PENGENALAN Dalam mengharungi perjalanan kehidupan, seseorang insan itu banyak bergantung kepada penciptaNya. Keyakinan begini telah berakar umbi. Pergantungan pada Allah adalah muktamad. Berusaha, berdoa dan kemudian bertawakal adalah ciri-ciri pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam pendidikan juga, para pelajar ditarbiah tentang akidah tersebut. Justeru, penekanan bahawa pergantungan hanya pada Allah dititikberatkan; impaknya pemahaman tauhid individu itu dapat diperkukuh. 2.0 RASIONAL Program Bacaan Yaa Siin dan Solat Hajat ini diharapkan akan mampu melahirkan individu muslim yang bukan sahaja berkeazaman untuk berusaha gigih, malah meletakkan Qada dan Qadar Allah melebihi segala-galanya. 3.0 MATLAMAT Memantapkan keimanan inidividu. Selain daripada itu menyedarkan kepada muridmurid bahawa segala kejayaan atau hasil sesuatu perbuatan itu bermula daripada kesungguhan usaha dan juga dengan keizinan Allah. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Membentuk keperibadian yang luhur . 4.2 Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar Islam. 4.3 Mengeratkan hubungan sillaturrahim antara ibu bapa dengan guru-guru 4.4 Melahirkan murid-murid ke arah insan yang mengamalkan syariat Islam. 4.5 Memantapkan keimanan ( ketauhidan ) kepada Allah. 5.0 KUMPULAN SASARAN 5.1 Murid tahun 6 5.2 Ibu bapa 6.0 PENDEKATAN PROGRAM Bermunjat secara berjemaah 7.0 TARIKH PELAKSANAAN 6 September 2013 ( Jumaat )

8.0 TEMPAT Surau SEJASA ( Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1 ) 9.0 TENTATIF PROGRAM 9.1 6.45 petang 9.2 7.15 malam 7.30 malam

9.3 9.4 9.5

8.45 malam 9.15 malam 9.45 malam

: Pendaftaran : Selawat : Solat Maghrib Bacaan Yaa Siin Tahlil : Solat Isya Solatt Hajat : Jamuan : Bersurai

10.0 SUMBER KEWANGAN 10.1 Sumbangan Baitulmal 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 11.1 Jamuan 11.2 Air mineral RM 5.00 X 65 orang RM 10.00 x 4 kotak RM 325.00 RM 40.00 --------------RM 365.00 RM 365.00

12.0 PENUTUP Adalah diharapkan program yang telah dirangka dengan terperinci ini dapat dijayakan dengan penuh kesungguhan dan penuh tanggungjawab. Kerjasama daripada pihak ibu bapa serta guru-guru, selain daripada kesedaran tinggi murid-murid amat berperanan dalam memastikan objektif program ini tercapai. Akhirnya moga-moga usaha yang tidak seberapa ini dinilai sebagai ibadah. ILMU ITU CAHAYA, JAHIL ITU BAHAYA Sekian. Terima kasih. Disediakan oleh, AZLAN BIN AZHAR Penyelaras Program Disemak oleh, .. WALLIAH BT BAHARI GPK KOKURIKULUM Disahkan oleh, . TAY MEE YONG GURU BESAR SK JALAN PASAR (1)

You might also like