You are on page 1of 5

PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 2013 SEK. KEB.

TUN ABDUL AZIZ MAJID

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL AZIZ MAJID, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR

KERTAS KERJA PAMERAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2013


TARIKH 18 SEPTEMBER 2013 - 19 SEPTEMBER 2013

TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL AZIZ MAJID, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 2013 SEK. KEB. TUN ABDUL AZIZ MAJID

KERTAS KERJA PROGRAM


SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL AZIZ MAJID

1.0

TAJUK

Pameran Seni Visual, Tahun 2013 di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.

2.0

TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mengadakan Pameran Seni Visual bagi peringkat sekolah. Kertas kerja ini juga merupakan sumber utama sebagai rujukan untuk mengadakan Pameran Seni Visual bagi tahun 2013 di peringkat Sekolah

Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid. Pameran ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga sekolah menilai, menghayati dan menghargai hasil kreativiti murid di samping menyemarakkan semangat dan nilai kreativiti di kalangan murid-murid sekolah agar mereka menjadi lebih kreatif serta inovatif.

3.0

PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Pameran Seni Visual bagi tahun 2013 peringkat Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid akan dilaksanakan selama dua hari iaitu bermula pada 18 September 2013 sehingga 19 September 2013. Pameran ini diadakan bagi menghayati dan menghargai hasil kreativiti murid di samping menyemarakkan semangat dan nilai kreativiti serta inovatif di kalangan murid-murid sekolah.

4.0

MISI

Pameran ini diadakan bertujuan menilai, menghayati dan menghargai hasil kreativiti murid selain menyemarakkan semangat dan nilai kreativiti di kalangan muridmurid sekolah.

PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 2013 SEK. KEB. TUN ABDUL AZIZ MAJID

5.0

MATLAMAT

1. Melalui Pameran Seni Visual ini adalah diharapkan agar semua murid dapat menghayati dan merangsang minat mereka untuk menghasilkan hasil karya yang lebih kreatif serta memberi peluang untuk murid mempamerkan hasil karya mereka.

6.0

OBJEKTIF

Melalui program ini diharapkan dapat : 1. Murid-murid memahami, menghayati dan mengamalkan nilai kreativiti dalam kehidupan mereka 2. Menjana idea dan minda yang kreatif dan kritis dalam diri murid-murid semasa berkarya. 3. Melahirkan generasi yang kreatif serta inovatif.

7.0 OBJEKTIF LAIN

1. Memupuk dan merangsang minda yang kreatif di dalam diri murid supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa. 2. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat cintakan keindahan alam semasa berkarya. 3. Menyediakan ruang kepada murid menggunakan dan mempamerkan hasil karya menggunakan kreativiti mereka

PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 2013 SEK. KEB. TUN ABDUL AZIZ MAJID

8.0

TARIKH PELAKSANAAN

1. 18 September sehingga 19 September 2013.

9.0

TEMPAT DAN LOKASI

1. Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.

10.0

KUMPULAN SASARAN

Guru Murid

: Semua guru Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid. : Semua murid Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.

11.0

SUMBER KEWANGAN

11.1 Panitia Pendidikan Seni Visual

Nama penerima : No. I/C Tandatangan : :

..

PAMERAN SENI VISUAL TAHUN 2013 SEK. KEB. TUN ABDUL AZIZ MAJID

12.0

PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya program ini dapat memberi panduan dan inspirasi kepada guru - guru Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid dalam merancang aktiviti aktiviti di sekolah pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

( ) (

Disahkan oleh,

. ( )

You might also like