You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR (1) JALAN RUSA 55100 KUALA LUMPUR.

Program Perkhemahan Jati Diri 2013 Anjuran UNIT KOKURIKULUM DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR 1 / KEM WIRAJAYA, SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT.

1.0

PENGENALAN

Dalam menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah , SKJP (1) cuba mengubah paradigma ke arah memantapkan sahsiah dan mengukuhkan disiplin pelajar. Pelajar sekolah yang sedang mengharungi era remaja perlu disuntik dengan pelbagai pengetahuan yang berguna supaya mereka mampu mengharungi alam remaja dengan baik dan menjadi contoh kepada remaja lain. Oleh yang demikian, pembentukan sahsiah yang baik adalah satu proses berperingkat-peringkat yang memerlukan kerjasama semua pihak. Justeru itu , PANITIA PENDIDIKAN ISLAM dan UNIT KOKURIKULUM berganding bahu dalam menjalankan program untuk melahirkan remaja cergas, berwawasan, berdisiplin, berakhlak mulia dan mampu bersaing dengan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Apa yang lebih utama ialah lahirnya generasi yang mencintai dirinya, keluarganya, bangsa, agama dan negara.

2.0

MATLAMAT

Membudayakan pembentukan sahsiah berkualiti dan individu bermotivasi selaras dengan falsafah Rukun Negara.

3.0

TEMA

IBADAT SEMPURNA ASAS JATI DIRI INSAN SEJAHTERA

4.0

OBJEKTIF 4.1Membentuk dan melahirkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar.

4.2Melatih pelajar kepada penyesuaian diri dalam pelbagai keadaan. 4.3Menanamkan rasa kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan pemeliharaan alam semulajadi. 4.4Menambahkan pengetahuan pelajar tentang kehidupan di hutan dan teknikteknik penting semasa di hutan. 4.5Memberi kefahaman kepada peserta tentang tanggungjawab remaja terhadap diri, agama, bangsa, masyarakat dan negara. 4.6Menerima disiplin kehidupan sebagai satu cara hidup dan norma budaya dalam kehidupan dan berdaya saing dengan arus pembangunan global. 4.7 Melahirkan individu yang cergas dan mampu mengharungi kepayahan dalam ujian fizikal. 4.8 Memupuk cintakan perpaduan antara kaum. 5.0 SASARAN 5.1 Pelajar Tahun 3, 4,5 dan 6 ( 40 orang )

6.0

TARIKH PELAKSANAAN 04 05 Oktober 2013 ( Jumaat dan Sabtu )

7.0

TEMPAT Kem WiraJaya, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

8.0

JAWATANKUASA INDUK 8.1 Pengerusi 8.2Timbalan Pengerusi I Kokurikulum 8.3 Timbalan Pengerusi II Kurikulum 8.4 Timbalan Pengerusi III 8.5 Penyelaras : En. 8.6 Setiausaha : En. : Puan Tay Mee Yong : Puan Walliah bt Bahari : Pn. Rosni bt Hussein GPK : En. Hasim b Shuib Azlan b Azhar Roslam b Jusoh Guru Besar GPK Tadbir GPK HEM &

8.7 Bendahari 8.8 Ahli Jawatankuasa :

: Cik Haspah Zuraini bt Hussin

8.8.1 Ketua Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform Pengakap. 8.8.2 Ketua Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform Puteri Islam. 8.8.3 Ketua Guru Panitia Pendidikan Islam. 9.0 JAWATANKUASA KERJA ( Rujuk lampiran senarai tugas ) 10.0 PERBELANJAAN PROGRAM 10.1 Sumber Perolehan : 10.1.1 Wang Peruntukan Kokurikulum (PCG) 800.00 10.1.2 Yuran Penyertaan Murid (RM 40.00 x 40 org) RM 1600.00 10.1.3 Sumbangan 1MDB RM 1200.00 10.1.4 Peruntukan Khemah Ibadat Panitia Pen. Islam 500.00 10.1.5 Sumbangan PIBG 500.00 JUMLAH RM4600.00 10.2 Anggaran Perbelanjaan : Item Pakej Kem WiraJaya 1. Penginapan dan 40 orang x RM 60.00 Makanan Murid (6 kali makan) 5 bilik x RM 50.00 2. Penginapan Guru 10 x RM 20.00 3. Makanan Guru Minuman Air Mineral 10 kotak x RM10.00 Perubatan Jumlah RM 2400.00 RM

RM RM

RM

250.00

RM 200.00 RM 100.00 RM 50.00

Bahan Latihan Dalam Kumpulan Hadiah Pertandingan Pengangkutan ( bas ) 1 buah Rencam Bahan Program Ikhtiar Hidup

RM 100.00 RM RM RM RM 200.00 600.00 200.00 500.00

JUMLAH RM 4600.00 ( Ringgit : Empat Ribu Enam Ratus sahaja )

11.0 KAEDAH PELAKSANAAN 11.1 11.2 11.3 11.4 11.5 Motivasi Ice-breaking / LDK Aktiviti luar Nature Trekking Aktiviti Uniform Kawad kaki / Kemahiran Menyelamat Aktiviti Keagamaan Solat jemaah / tazkirah / qiamullail Aktiviti kendiri Ikhtiar Hidup

12.0 JADUAL PROGRAM


Hari Pertama 4 Oktober 2013 ( Jumaat ) Hari Kedua 5 Oktober 2013 (Sabtu)

2.30 ptg Bertolak dari SK Jalan Pasar 1 ke Kem Wira Jaya 4.30 ptg Pendaftaran / Minum Petang /Solat Asar Berjemaah 5.00 ptg Ice Breaking & LDK 1 : Cara Solat Dalam Hutan 6.20 ptg Makan malam / Urus diri 7.30 mlm Solat Maghrib berjemaah Bacaan Yaasin Solat Isyak ### Pengisian Pendidikan Moral 9.00 mlm LDK 2 : Komunikasi Seorang Pemimpin (Radio Rosak) 10.30 mlm Minum Malam 11.00 mlm Kembara Malam 01.00pagi Tidur

5.00 pg Bangun / Urus Diri 5.30 pg Qiamullail ( Pengenalan ) Solat Subuh Tazkirah ( kesalahan-kesalahan dalam solat) ## Pengisian Pendidikan Moral 7.00 pagi Senamrobik & Kawat Kaki 7.45 pagi Minum Pagi 8.30 pagi LDK 3 : Teknik Menyelamat 10.30 pagi LDK 4 : Teknik Memasak Dalam Hutan 12.30 tgh hari Makan tengah hari / Urus diri / Solat Zohor 1.45 petang Bertolak Pulang ke SKJP 1 2.45 petang Sampai ke SKJP 1

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEM IBADAT 2013


BIL 1. JAWATANKUASA KEM KOMANDAN 1. En Roslam b Jusoh 2. En. Azlan b Azhar TUGASAN 1. mengawal selia pelajar. 2. memastikan semua guru bertugas mengikut waktu yang ditetapkan. 3. memastikan pelajar mematuhi jadual program 4. bertanggungjawab ke atas semua pelajar yang mengikuti perkhemahan. 1. menguruskan pendaftaran peserta kursus dan menyimpan rekod pendaftaran untuk dokumentasi 1.memberi taklimat tentang keselamatan & peratutran perkhemahan kepada murid sebelum bertolak..

2.

AJK PENDAFTARAN 1. Cik Arziah bt Mokhtar 2. En. Muhammad Faruqhi b Azmi AJK DISIPLIN & KESELAMATAN&KECEMASAN 1. En Azlan b Azhar

3.

2. Cik Haspah Zuraini bt Hussin

4.

AJK MODUL / LDK 1. En. Ahmad Amin b Soip 2. Pn Noorsusara bt Abdullah Pasek AJK IBADAH 1. En Azlan b Azhar 2. Pn Nur Hilal bt Abdullah @ Yusof

5.

6. 7.

AJK SIARAYA 1. En Hisham b Ali AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI 1. En Dzulkarnain b Kamarulzaman 2. Pn Ani bt Miswadi 3. En Azlan b Azhar AJK PENGANGKUTAN 1. En Roslam b Jusoh

2.memastikan murid mematuhi semua peraturan. 3.bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan pelajar. 4.meyediakan I unit first aid dengan ubatanubatan yang lengkap. 1. memastikan murid bersedia dan berdisiplin semasa LDK 2. menjemput penceramah untuk mengendalikan slot ceramah. 1. memastikan pelajar solat berjemaah pada setiap waktu. 2. menyediakan aktiviti untuk pelajar bukan Islam sewaktu pelajar Islam menunaikan solat. 3. menyampaikan tazkirah. 1. menyediakan pembesar suara 2. menyediakan haler 1. menyediakan kamera untuk fotografi 2. merakamkan setiap aktiviti sepanjang aktiviti dijalankan. 3. menyediakan laporan program perkhemahan 1. menghubungi pengusaha bas untuk menentukan tambang dan tarikh pergerakan bas 2. memastikan bas berada di tempat tepat pada waktunya. 1. berperanan sebagai Jurulatih melatih peserta tentang kawad kaki. 2. membentuk jawatankuasa penilaian pemarkahan. 1. menyediakan alatan muzik untuk senamrobik 2. merencana / mencipta variasi senamrobik 3. mengetuai senamrobik. 1. menyelia penginapan pelajar. 2. memastikan kebersihan tempat tinggal pelajar

8.

9.

AJK KAWAD KAKI 1. Encik Muhammad Faruqhi b Azmi 2. En Ahmad Amin b Soip AJK SENAMROBIK 1. Encik Roslam Jusoh 2. Cik Haspah Zuraini Hussin AJK PENGINAPAN 1. Cik Nur Afifah Farhan Othman 2. Pn Haizrin b Abdul Rahman AJK MAKANAN 1. Pn Noor Hidayah bt Ismail 2. Pn Norazlina bt Mohd Noor bt

10.

11.

12

1. memastikan makanan siap disediakan pada waktu yang ditetapkan. 2. memastikan semua pelajar / guru mendapat makanan yang mencukupi.

13.0 PENILAIAN PROGRAM Penilaian akan dibuat melalui kaedah; 13.1 Secara lisan / aktiviti fizikal 13.2 Pemerhatian dan pemantauan guru

13.3 Secara bertulis

14.0 HARAPAN AHLI JAWATANKUASA Bagi mencapai matlamat membina bangsa Malaysia yang punyai jati diri, prihatin dan bertanggungjawab terhadap negara , adalah diharapkan perkhemahan anjuran Unit Kokurikulum yang telah dirangka dengan terperinci ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan. Pihak sekolah sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama semua pihak khususnya guru-guru yang terlibat secara langsung agar program ini berjaya melahirkan segolongan pelajar yang lebih berdisiplin dan dan mempunyai sahsiah kendiri serta asas kerohanian yang mantap. Pendek kata, pelajar mampu membezakan antara yang hak dan yang batil; antara kaca dan permata; antara dosa dan pahala.. Natijahnya lahir insan cemerlang, gemilang dan terbilang. KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN TATASUSILA

Kertas kerja disediakan oleh,

Disemak oleh,

. AZLAN BIN AZHAR PUAN WALLIAH BT BAHARI Setiausaha Kokurikulum, GPK Kokurikulum Sek. Keb. Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur. SeK. Keb. Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur. Disahkan oleh, .. PUAN TAY MEE YONG Guru Besar, Sek. Keb. Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur.

KERTAS KONSEP
Program Perkhemahan Jati Diri 2013 04 05 Oktober 2013 DI KEM WIRAJAYA, SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM , S K J P 1

You might also like