You are on page 1of 1

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI
59200 KUALA LUMPUR

Tuan Hj. Manap b. Saad.


Ketua Penerbit,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur. 11 Julai 2008

Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BUKU-BUKU ILMIAH UNTUK PROGRAM JUALAN BUKU


TERPAKAI

Merujuk perkara di atas, kami dari Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) ingin
memohon sedikit sumbangan buku-buku yang terpakai untuk dijual kepada warga IPBA
sempena Program Jualan Buku Terpakai pada 21-23 Julai 2008. Program ini dijalankan
serentak dengan Program Minggu Kesenian Islam IPBA 2008.

2. Program ini merupakan program yang dirancang oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
IPBA bertujuan menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga IPBA di samping
memanfaatkan segala bahan bacaan ilmiah yang disumbangkan oleh pelbagai pihak.

3. Selain itu, buku-buku yang tidak dapat dijual akan diserahkan kepada pihak
Perpustakaan IPBA untuk menjadi sumber bacaan pelajar dan pensyarah serta akan diserahkan
kepada pihak Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, Kajang, Selangor ketika program bersama anak
yatim pada bulan Ogos 2008.

4. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih. Exco Akademik MPP IPBA, Taiebah bt. Mohd Sagir boleh
dihubungi melalui talian telefon 0133839882.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………..
(TAIEBAH BT. MOHAMAD SAGIR)
Exco Akademik MPP IPBA,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

You might also like