You are on page 1of 2

10 Disember 2008

Encik Ng Ping Loong


Pengurus Pemasaran Dan Sukan
Syarikat Nestle House
No. 4, Lorong Persiaran Barat
P.O. Box 385, Jalan Sultan
46918 Petaling Jaya
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG KINABALU DAN


LAWATAN KE SK RANAU, SABAH, INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA
ANTARABANGSA (IPBA) KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa


Kuala Lumpur akan mengadakan Program Ekpedisi Gunung Kinabalu dan Lawatan
Ke Sekolah Kebangsaan Ranau, Sabah melibatkan 40 orang guru-guru pelatih IPBA
bagi tahun 2009 seperti maklumat berikut :

Tarikh : 30 Mei – 4 Jun 2009


Hari : Sabtu - Khamis
Tempat : Kota Kinabalu – Kinabalu Park – Gunung Kinabalu – Ranau
Jumlah Peserta: 60 orang (20 orang AJK Induk dan Pengelola, 40 orang pendaki)

3. Sehubungan itu, sukacita pihak Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA)


memohon sumbangan seperti berikut :

i. Kain Rentang – 2 unit


1. “Program Ekspedisi Gunung Kinabalu”
30 Mei – 4 Jun 2009.
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
2. “Program Lawatan Ke SK Ranau, Sabah.”
3 Jun 2009.
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
ii. Baju T untuk AJK Pengelola dan para pendaki
BajuT berkolar untuk AJK Pengelola dan para pendaki =20 + 40 =60 helai

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini. Kerjasama dan
sumbangan daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SATINAH BINTI SYED SALEH)


Timbalan Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur

You might also like