You are on page 1of 2

IPBA/T/14/100/122 Jld 10 (19)

21 Mac 2008

Encik Ng Ping Loong


Pengurus Pemasaran Dan Sukan
Syarikat Nestle House
No. 4, Lorong Persiaran Barat
P.O. Box 385, Jalan Sultan
46918 Petaling Jaya
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


2008 INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)
KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Bahasa-Bahasa


Antarabangsa (IPBA) Kuala Lumpur akan menganjurkan Kejohanan
Olahraga Tahunan 2008 melibatkan guru-guru pelatih IPBA bagi tahun
2008 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 April 2008


Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
(IPBA)

3. Sehubungan itu, sukacita pihak Institut Perguruan Bahasa-Bahasa


Antarabangsa (IPBA) memohon sumbangan seperti berikut :

i. Minuman MILO
500 cawan x 2 kali x 1 hari = 1000 cawan
ii. Baju T untuk AJK Pengelola, Panel, dan Pembantu Program
Baju T berkolar untuk AJK Pengelola, Panel, dan Pembantu Program =
60 helai

Diatas kerjasama dan sumbangan tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SATINAH BINTI SYED SALEH)


Timbalan Pengarah,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur

You might also like