You are on page 1of 7

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Kegiatan Penternakan Di Kampung Kepala Bukit.

Setelah mengetahui pelbagai kesan negatif kegiatan penternakan tersebut melalui kaedah temubual juga saya telah memperolehi cadangan untuk Mengurangkan Kesan Negatif Kegiatan Penternakan Lembu.

8.5.1 Kawalan Keselamatan. Menurut pekerja Encik Sulaiman , kawalan keselamatan perlu diambil berat untuk memastikan lembu sentiasa terjaga. Hal demikian menyebabkan banyak lembu telah dicuri kerana kawalan keselamatan yang kurang diambil berat. Untuk memastikan lembu setiasa terjaga , para pekerja harus menjaga lembu itu siang dan malam.

8.5.2 Kempen Alam Sekitar. Kempen alam sekitar merupakan kempen yang harus dititik beratkan untuk memastikan alam sekitar sentiasa terjaga. Untuk memastikan alam sekitar terjaga, Encik Sulaiman mengambil tindakkan untuk sentiasa menjadikan najis-najis lembu sebagai baja untuk tumbuhan. Ini dapat mengurangkan lagi kesan-kesan negatif kegiatan penternakan lembu di Malaysia.

8.5.3 Mewujudkan Kawasan Ternakan Luas/Terancang. Mewujudkan kawasan ternakan luas merupakan satu impian setiap penternak di seluruh dunia. Ia dapat menambah lagi pendapatan sebelum ini. Bagi Encik Sulaiman , beliau ingin memperluaskan lagi kawasan penternakan beliau untuk menempatkan lebih banyak lagi lembu-lembu untuk diternak. Tetapi masalah kewangan menyebabkan beliau hilang semangat unyuk memperluaskan kawasan ternakan, oleh itu beliau memilih cara untuk meminjam wang dari bank untuk dijadikan sebagai modal.

RUJUKAN
i. Orang Sumber Encik Sulaiman Bin Musa , 57 tahun , No 12F Kampung Tok La, Mukim Tobiar, 06700 Pendang, Kedah. Internet http://www.dvssel.gov.my/penternakan/lembu/lembu_daging_pengenalan.html

ii.

TEMU

BUAL

Saya : Assalamualaikum Encik Sulaiman , boleh saya menanyakan sesuatu tentang kegiatan penternakan lembu yang diusahaankan oleh Encik Sulaiman ? Encik Sulaiman : Waalaikumussalam , boleh sahaja , Syuhaida hendak menanyakan apa tentang kegiatan penternkan lembu ini ? Saya : Adakah bidang penternakan ini menyumbangkan pendapatan utama atau pendapatan sampingan/tambahan encik ? Encik Sulaiman : Bidang penternakan ini dijadikan pendapatan utama untuk menyara kehidupan harian keluarga saya. Bidang ini sangat penting untuk saya sekeluarga. Saya : Berapa kerap encik menjual binatang ternakan (setiap hari/seminggu/sebulan/atau ikut permintaan) ? Encik Sulaiman : Saya menjual lembu ini apabila pembeli membuat permintaan sahaja. Saya : Berapakah harga seekor lembu ? Encik Sulaiman : Harga bagi seekor lembu ialah RM1 200 mengikut saiz dan berat lembu Tersebut. Saya : Adakah encik berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi ? Encik Sulaiman : Saya berasa berpuas hati dengan pendapatan saya buat masa sekarang. Saya : Kalau ada pembantu, berapakah upah yang diberi ? Encik Sulaiman : Upah yang akan diberi ialah RM600 sebulan mengikut hasil pekerjaan yang dilakukan. Saya : Adakah bidang ini merupakan pekerjaan utama encik atau kerja sampingan sahaja. Kalau kerja sampingan, apakah pekerjaan encik ? Encik Sulaiman : Bidang ini merupakan pendapatan utama harian , disamping itu saya

Menjual buah-buah sebagai pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan harian. Saya : Apakah encik memerlukan tenaga kerja/ pembantu dalam menjalankan bidang ini ? Kalau ya,berapa orang dan dari mana mereka asal ? Encik Sulaiman : Saya sangat memerlukan tenaga pekerja untuk membantu saya dalam bidang penternakan lembu ini . Saya memerlukan 2 orang sahaja tenaga pekerjaan. Mereka hanya tinggal berdekatan dengan rumah saya sahaja di Kampung Tok La. Saya : Adakah anak-anak encik membantu encik dalam bidang ini? Encik Sulaiman : Anak-anak saya banyak membantu saya dalam bidang ini. Saya : Mengapa encik memerlukan pekerja/tidak memerlukan pekerja ? Encik Sulaiman : Saya memerlukan pekerja kerana untuk membantu saya untuk menjaga lembu-lembu hasil penternakan saya dengan lebih teratur. Saya : Pada pendapat encik,adakah kerja dalam bidang penternakan ini mempunyai peluang yang cerah ? Boleh berikan sedikit alasan/sebab ? Encik Sulaiman : Pada pendapat saya, pekerjaan dalam bidang penternakan ini mempunyai peluang yang cerah untuk menyara kehidupan asalkan mempunyai semangat yang gigih dan tidak mudah putus asa untuk menjadi seorang penternak yang berjaya. Saya : Adakah hasil ternakan ini dijual atau untuk bekalan makanan ahli keluarga sahaja ? Encik Sulaiman: Hasil ternakan ini untuk dijual dan untuk bekalan makanan ahli keluarga. Saya : Kalau dijual, bilakah encik jual dan di mana ? Encik Sulaiman : Saya menjual lembu ini apabila pembeli membuat permintaan, saya Menjualnya di kadang lembu saya sahaja di Kampung Tok La. Saya : Selain menjual di pasar, adakah ada permintaan bekalan daging untuk tujuan kenduri atau lain-lain. Encik Sulaiman : Buat masa sekarang , ada yang membuat permintaan untuk tujuan

kenduri . Ia semakin mendapat sambutan terutamanya apabila hari cuti bagi sekolah. Saya : Adakah pembeli berasal dari kampung ini atau dari tempat lain ? Nyatakan. Encik Sulaiman : Pembeli tersebut dari orang kampung dan dari luar. Saya : Pada pendapat encik adakah penternakan dapat menyediakan bekalan makanan yang mencukupi kepada pengguna ? Encik Sulaiman: Pada pendapat saya,bekalan makanan sangat mencukupi kepada pengguna. Saya : Adakah faktor tradisi/warisan keluarga, encik terlibat dalam bidang ini ? Encik Sulaiman : Saya terlibat dalam bidang ini kerana ingin mewarisi keluarga. Saya : Kalau ya, sejak bila ? Encik Sulaiman : Saya mewarisi bidang ini sejak ayah saya meninggal dunia lagi. Saya : Mengapakah encik meneruskan kegiatan ini ? Encik Sulaiman : Saya meneruskan kegiatan ini untuk menyara kehidupan keluarga. Saya : Adakah encik belajar cara-cara menternak daripada ayah atau datuk encik ? Encik Sulaiman : Saya belajar dari pengalaman menternak lembu semasa ayah saya masih hidup lagi. Saya : Pada pendapat encik,adakah anak-anak encik akan mewarisi pekerjaan ini ? Encik Sulaiman : Pada pendapat saya,anak-anak saya akan mewarisi pekerjaan ini untuk meneruskan warisan keluarga sejak turun kemurun lagi. Saya : Adakah Jabatan Haiwan atau lain-lain agensi kerajaan membantu dalam menjayakan penternakan ini ? Encik Sulaiman : Jabatan Haiwan dan lain-lain agensi kerajaan sangat membantu saya Dalam menjayakan penternakan ini. Saya : Kalau ya, apakah bantuan tersebut dan syarat-syaratnya ? Encik Sulaiman : Bantuan tersebut ialah berbentuk wang, bekalan makanan lembu dan Lain-lain lagi. Syarat-syaratnya mestilah berpendapatan bawah dari

RM2 000 sebulan. Saya : Pada pendapat encik , adakah bantuan pihak agensi kerajaan mencukupi ? Encik Sulaiman : Pada pendapat saya, bantuan yang diberikan oleh pihak agensi kerajaan Sangat mencukupi. Saya : Berapakah kos/jumlah wang yang dikeluarkan untuk memulakan kegiatan ini ? Encik Sulaiman : Kos wang dikeluarkan untuk memulakan kegiatan ini hanya RM2 2000 Untuk membeli lembu dan membuat kadang lembu secara kecil-kecilan. Saya : Adakah encik juga membeli apa-apa mesin , berapakah harganya. Encik Sulaiman : Saya hanya membeli mesin memproses rumput , hanya RM1000 sahaja. Saya : Apakah modal-modal lain yang diperlukan selain membeli binatang ternakan? (mungkin makanan tambahan, ubatan, kos penjagaan upah tenaga kerja, buat Kandang atau bangsal) Encik Sulaiman : Modal-modal lain yang diperlukan selain membeli binatang ialah peralatan membuat kandang lembu, kos penjagaan lembu, kos tenaga upah dan kos makanan tambahan. Saya : Adakah modal yang dikeluarkan berbaloi dengan pulangan/pendapatan encik ? Encik Sulaiman : Bagi saya, modal yang dikeluarkan berbaloi dengan pendapatan saya. Saya : Adakah binatang ternakan encik pernah diserang wabak penyakit?Nyatakan penyakit apa? Encik Sulaiman : Haiwan ternakan saya pernah mengalami wabak penyakit seperti Penyakit kuku dan mulut, penyakit Mycobacterium dan lain-lain lagi. Saya : Adakah penyakit itu serius/teruk,terangkan ciri-ciri penyakit tersebut ? Encik Sulaiman : Penyakit ini tidak serius kecuali kita mengambil berat tentang masalah Ini. Penyakit ini menyebabkan lembu kurang bermanya dan mengakibatkan jakitan berlaku melalui susu dari induk yang berpenyakit.

Saya : Adakah penyakit itu kerap atau jarang melanda binatang ternakan ? Encik Sulaiman : Penyakit ini tidak kerap melanda binatang ternakan. Saya : Bagaimanakah kesan kepada haiwan yang diternak (membawa maut/mati/boleh diubati) Encik Sulaiman : Kesan kepada haiwan ternakan ialah ia boleh diubati jika tidak teruk. Saya : Bagaimanakah cara-cara mengatasi masalah penyakit ini ? (banyak cadangan) Encik Sulaiman : Cara-cara untuk mengatasi masalah penyakit ini ialah sentiasa mengambil berat tentang haiwan ternakan dan sentiasa memberikan rawatan selanjutnya. Saya : Terima kasih atas semua maklumat yang sangat berguna ini kepada saya. Encik Sulaiman : Sama-sama. Saya : Saya ingin meminta diri dulu untuk pulang ke rumah. Assalamualaikum. Encik Sulaiman : Waalaikumussalam.

You might also like