You are on page 1of 2

LAPORAN BIRO KESELAMATAN

Syukur Allahmdulilah saya dan rakan- rakan peserta BIG fasa 4 telah berjaya menamatkan perkhemahan 4 hari 3 malam di Felda Lasah Perak. Program ini banyak member kesan yang mendalam kepada kami semasa mengendalikan segala tugas yang diamanahkan kepada kami. Mesyuarat kali pertama yang diadakan oleh Biro Keselamatan adalah bertujuan untuk menyenaraikan barang- barang keperluan yang akan digunakan oleh biro keselamatan antaranya adalah seperti belerang, lampu ayam, borang pengesahan perubatan dan sebagainya. Jadual sentri telah disusun dan diedarkan kepada peserta bagi memudahkan mereka menjalankan tugas pada waktu yang telah ditetapkan. Pada hari pertama, taklimat keselamatan telah diberikan oleh Ketua Biro Keselamatan iaitu saudara Wan Mohd Azuan. Setelah selesai memasang khemah, belerang diagihkan kepada setiap khemah untuk ditabur disekeliling khemah bagi memastikan tidak diganggu oleh binatang berbisa dan sebagainya. Pada sebelah petang hujan turun dengan lebat menyebabkan beberapa khemah runtuh dan dimasuki air, beberapa pelajar bergegas ke tapak perkhemahan untuk menghalang khemah lain dari terus runtuh. Pada malam pertama sentry berjalan dengan lancar, peserta perkhemahan mematuhi jadual yang telah ditetapkan Pada hari kedua, hujan turun dengan lebat menyebabkan perjalanan program sedikit terancat. Para pelajar telah dinasihatkan supaya berhati- hati semasa melakukan aktiviti mahupun semasa tidak melakukan aktiviti supaya tiada kecederaan yang berlaku. Pada sebelah malam, pelajar yang bertugas sentri menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh walaupun hujan turun dengan lebatnya. Pada ketiga, sekali lagi hujan lebat dengan angin yang kuat melanda menyebabkan hampir kesemua khemah runtuh. pelajar dinasihatkan supaya tidak pergi ke khemah dikhuatiri akan berlaku kecederaan. Setelah hujan sedikit reda, baru la ahli krs dibenarkan ke khemah untuk mengambil barang-barang mereka. . Pada sebelah

malam, pelajar yang bertugas sentri menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh walaupun hujan turun dengan lebatnya. Pada hari terakhir, kami tidak menghadapi sebarang masalah dan bertolak pulang dengan selamat. Kesimpulannya, walaupun menghadapi masalah, aktiviti dan tugas yang diamanahkan telah dilakukan dengan baik.

Disediakan oleh :

.. (Wan Mohd Azuan b. Wan M. Zin) Ketua Biro Keselamatan Bina Insan Guru Fasa 4

You might also like