You are on page 1of 2

LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Khamis Karnival Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan.

Bermula seawal jam lapan pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah sukan masing-masing. Sepanjang karnival ini berlangsung, peserta yang berjumlah seramai 21 orang telah dibahagi kepada tiga rumah sukan yang sama banyak jumlahnya. Setiap rumah sukan mempunyai tiga orang peserta perempuan dan empat peserta lelaki yang menjadikan sebanyak tujuh orang setiap rumah sukan. Rumah sukan tersebut adalah Rumah Merah, Rumah Kuning, dan Rumah Biru. Pada majlis pembukaan Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini setiap rumah berkumpul di rumah masing-masing.

Pada majlis pembukaan tersebut, Muhammad Akil Fitri bersama dengan Nina Ooi telah menjadi pengerusi majlis secara bersama. Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan ikral oleh Azwan Bin Ismail. Bacaan ikral ini sebagai satu simbolik kepada setiap peserta agar mengabil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat.Selesai bacaan ikral tersebut, setiap rumah sukan menunjukan tepukan masing-masing. Setiap peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan mencabar rumah sukan yang lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang melakukannya tidak serentak, namun ia dapat diatasi dengan pengalaman yang sedia ada.

Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsurunsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.

Secara keseluruhannya, Rumah Kuning telah menjuarai Karnival permainan Tradisional ini. Mereka mendapat sebanyak 15 mata. Rumah Merah dan Biru menduduki tempat yang kerana mereka terikat dengan markah yang sama. Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ia telah disempurnakan oleh pensyarah penaung untuk Karnival ini

Karnival Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

YANG BENAR (WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN) Pengerusi

You might also like