You are on page 1of 4

WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN

LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU GETAH Sebelum Pada 4 Mac 2013 yang lalu kumpulan 1 daripada kelas 5 PISMP PSV IPG Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan satu pertandingan permainan tradisional. Pertandingan permainan tradisional itu telah diadakan di Gimnasium Ungku Aziz IPG Kampus Tuanku Bainun. Kumpulan kami telah menganjurkan permainan tradisional tuju getah. Sebelum permainan ini dianjurkan, saya bersama ahli kumpulan telah berbincang tentang keperluan alat, bahan, ukuran, dan cara untuk mengira markah atau mata untuk mencari pemenang. Masalah yang dihadapi oleh kami ialah masalah untuk meletak dan menyenaraikan undang-undang permainan tradisional tuju getah ini kerana permainan ini mempunyai peraturan dan undang-undang yang sangat umum. Disamping itu, bahan bacaan mengenai permainan ini juga sangat terhad. Setelah berbincang dengan dengan ahli majlis tertinggi, kami telah mencapai kata sepakat iaitu menggubal kembali undang-undang bagi memudahkan tugas untuk mengira mata sekaligus mencari pemenang bagi permainan tradisional tuju getah ini. Alatan yang diperlukan untuk menganjurkan aktiviti ini ialah tali, wisel, dan jam randik. Tempat yang telah dibincangkan dan sesuai dilaksanakan ialah di dalam Gimnasium Ungku Aziz . Undang-undang yang baru digubal ialah permainan hanya dibenarkan sebanyak 5 orang peserta di dalam satu kumpulan, seorang sebagai simpanan. Permainan hanya dijalankan selama lima minit sahaja. Mata pula akan dikira sekiranya pemain penyerang berjaya melintasi halangan daripada pemain bertahan. Mata yang diberikan ialah dua markah sekiranya dapat melepasi ke garisan penamat. Selepas lima minit berlalu, giliran akan bertukar iaitu kumpulan bertahan menjadi kumpulan penyerang dan begitulah sebaliknya. Pemenang akan dikira berdasarkan mata tertinggi yang dipungut.

WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN

Sebagai kesimpulan saya mewakili kesemua ahli jawatan kuasa berharap acara tuju getah yang dianjurkan ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan acara permainan galah panjang ini. Sekian. Disediakan oleh, ( WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN )

WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN

REFLEKSI Dalam semester ini, saya telah memilih permainan tradisional. Melalui permainan tradisional, saya dapat mengenai beberapa permainan tradisional seperti baling tin, congkak, musang menangkap anak ayam, gasing, galah panjang, ketinging dan sebagainya. Selain itu, kami dihendaki mencari permainan tradisional yang lain sebagai kerja kursus kami supaya kami lebih mengenai permainan tradisional.

Dengan ini, saya berpeluang untuk memahami berbagai-bagai jenis permainan tradisional yang ada di Malaysia. Demi menyiapkan kerja kursus ini, kumpulan saya telah memilih tuju getah untuk membuat pembentangan kepada orang ramai. Menerusi penyediaan bahan pembentangan, saya telah mendapat banyak maklumat tentang permainan tradisional tersebut.

Kami berpeluang bermain permainan seperti Baling Tin, Congkak dan lain-lain. Semua orang melibatkan diri dalam permainan tersebut supaya kami dapat lebih mengenai permainan tradisional secara bermain. Sesetengah permainan belum saya main dahulu iaitu, Baling Tin merupakan pengalaman yang baik bagi saya. Untuk kerja kursus, saya telah mencari bahan melalui buku dan laman internet. Dengan ini, saya lebih mengenai permainan tradisional yang lain.Permainan Tradisional telah memberi peluang saya mengenai maklumat yang lanjut tentangnya.

Permainan Tradisional juga telah mengimbas kembali kenangan saya semasa kecil bermain permainan tradisional dengan kawan-kawan saya. Melalui permainan tradisional, saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari untuk mengajar muridmurid saya semasa pratikum. Selain itu, semangat bekerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk menerusi permain tradisional ini. Saya berasa bersyukur dapat memahami permainan tradisional di Malaysia secara mendalam. Saya berasa seronok apabila melibatkan diri dalam permainan tradisional yang disediakan oleh kumpulan yang lain.

WAN MOHD AZUAN BIN WAN MOHD ZIN

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Mohd Ali untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa. Sekian, terima kasih.

You might also like