You are on page 1of 3

Mata Pelajaran Kelas Bilangan Murid Tema/Tajuk Masa Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

Sains Tahun 4 Amanah 30 orang Sains Hayat / Manusia 8.05 9.05pagi (60 minit) 3.3.1, 3.3.2 dan 3.3.3 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan manusia bergerakbalas apabila salah satu organ deria menerima rangsangan. ii. Memberi contoh lain gerakbalas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi

KPS Aktiviti P&P Aktiviti 1

KPS MEMERHATI TP 1 INFERENS TP 1

CONTENT DSKP

1. Guru meniup wisel dengan kuat dan melihat reaksi murid (menutup telinga). 2. Guru menyoal murid mengapa murid bertindak sebegitu. 3. Murid menyatakan deria yang terlibat. Soalan guru: Mengapa murid menutup telinga? Jawapan murid: Kerana bunyi wisel terlalu kuat. Penerangan guru: Murid menutup telinga kerana bergerakbalas terhadap rangsangan iaitu bunyi yang kuat. Soalan guru: Apakah deria yang digunakan? Soalan murid: Deria pendengaran Aktiviti 2 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan: a) Stesen A Menghidu bahan dalam kotak ( buah binjal yang rosak) b) Stesen B- Merasa air yang disediakan ( air perahan limau)

TP 1

c) Stesen C Menyentuh air yang disediakan dengan hujung jari ( air panas di dalam gelas) d) Stesen D Melihat cahaya dalam kotak. (Lampu suluh) 3. Murid bergerak mengikut stesen. 4. Murid melengkapkan jadual pemerhatian yang disediakan. Aktiviti 3 1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan pemerhatian mereka. 2. Berdasarkan lima organ deria yang telah dikenalpasti, murid diberikan masa selama 3 minit untuk berbincang dan mengenalpasti beberapa contoh gerakbalas manusia lain terhadap rangsangan dalam kehidupan seharian. 2. Murid diterangkan oleh guru mengenai rangsangan dan deria secara lisan. i. Arahan guru: Dalam kehidupan seharian, kita akan bergerakbalas terhadap rangsangan. Berdasarkan 3 deria yang telah dikenalpasti, senaraikan beberapa contoh lain gerakbalas manusia terhadap rangsangan. ii. Pembentangan murid: menarik tangan apabila tersentuh objek panas (seterika, cerek,air panas). Menarik tangan apabila tersentuh objek tajam( duri ros, duri dan durian). Mengecilkan mata apabila silau dengan cahaya. Menutup hidung jika terhidu bau busuk (sampah, stoking busuk, bangkai, longkang tercemar, tandas) Penutup Aktiviti 4 1. Murid membuat kesimpulan bahawa deria manusia mampu bergerakbalas terhadap rangsangan. 2. Guru menyatakan betapa kita perlu mensyukuri deria yang ada pada diri dan menjaganya dengan baik. TP 4 TP 2 BERKOMUNIKASI TP 2 TP 3

Soalan guru: Apakah tujuan gerakbalas kita apabila mengesan rangsangan? Bagaimana cara kita hendak menjaga setiap organ deria yang dianugerahkan? 3. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan. EMK Bahan bantu Belajar Penilaian P&P Pengukuhan Pemulihan P engayaan Refleksi

INFERENS TP 2

TP 5 TP 6

MENGELAS TP 3

Komunikasi, Pendidikan Alam Sekitar, Kemahiran Berfikir Kotak berlubang, bahan busuk,wisel, air limau, air suam, bikar, lampu suluh lembaran kerja Rujuk lembaran kerja Rujuk lembaran kerja Rujuk lembaran kerja 26 orang murid dapat menguasai standard pembelajaran yang diajar. 4 orang murid perlu bimbingan guru untuk menguasai standard pembelajaran yang diajar.

You might also like