You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

KELAS PK(BM)/KS/PJ
IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
BIL 01/09

Tarikh : 20 Januari 2009


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kelas Mikro

Hadir : 1. Muttakin Akmal bin Maarof (Pengerusi)


2. Mohd Yusrizal bin Abdullah
3. Mohamed Razali bin Daud
4. Muhammad Faizal bin Che Nat
5. Muhammad Firdaus bin Fadzil
6. Mohd Amirul Hafiz bin Mohd Yusof
7. Siti Asmira binti Jusoh
8. Nadhirah Amanina binti Abdul Karim
9. Nurul Hafizah binti Khamis
10. Nurshahira Hazlina binti Abdul Halim
11. Norfaznira binti Ramli
12.Norliyana binti Sahdan
13. Nur Erahazleen Shaficca binti Rusli
14. Nur Suhailah binti Shahril
15. Nur Amalina binti Yusof
16. Amirah Husna binti Mahammad Habib
17. Nur Jannah binti Mohd Ali
18. Noorfadillah Akma binti Desa
19. Fatin Liyana binti Hamzah (Setiausaha)

Tidak Hadir : 1. Munirah binti Musa (Cuti sakit)

10 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

20 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KELAS


2.1 Ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dengan ahli jawatankuasa
baru yang dilantik seperti yang berikut:-
Ketua Opsyen : Muhammad Firdaus bin Fadzil
Penolong Ketua Opsyen : Nur Amalina binti Yusof
Setiausaha : Amirah Husna binti Mahamad Habib
Penolong Setiausaha : Nur Erahazleen Shaficca binti Rusli
Bendahari : Muttakin Akmal bin Maaroff
Penolong Bendahari : Norliyana binti Sahdan
(Tindakan : Makluman semua)

30 RANCANGAN AKTIVITI KELAS


3.1 Mesyuarat telah menerima pelbagai rancangan untuk aktiviti semester.
(a) Lawatan ke Air Terjun Sagil Gunung Ledang – (Ketua : Mohamed
Razali bin Daud)
(b) Lawatan ke sekolah pendidikan khas di kawasan Johor Bahru – (Ketua
: Muhammad Faizal bin Che Nat)
(c) Membuat tayangan perdana – (Ketua : Mohd Yusrizal bin Abdullah)
(d) Ekspedisi ke Gunung Tahan – (Ketua : Mohd Amirul Hafiz bin Mohd
Yusof)
3.2 Aktiviti yang dicadangkan telah diagihkan tugasannya kepada beberapa
ketua yang telah dilantik.
(Tindakan : Ketua Projek)
40 UCAPAN RINGKAS DARIPADA JAWATANKUASA YANG BARU
4.1 Ketua opsyen dan penolong ketua opsyen memberikan ucapan dan
harapan mereka supaya semua ahli dapat memberikan kerjasama dan
mengucapkan terima kasih kerana mempercayai mereka untuk
menjalankan tanggungjawab.
(Tindakan : Makluman semua)

50 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK dan
anggaplah tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal jariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh,
______________
(FATIN LIYANA BINTI HAMZAH)
Setiausaha
Kelas PK(BM)/KS/PJ

Tarikh : 21 Januari 2009

You might also like