You are on page 1of 6

KISAH NABI ADAM DIDUNIA

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana guru-guru dan kawankawan sekalian. Dicipta manusia dari tanah liat Tanahnya kering lumpurnya hitam Itulah asal Nabi Adam Mari dengarkan buat pedoman Ya kawan-kawan, Nabi Adam a.s adalah manusia dan Nabi pertama diciptakan oleh Allah SWT .Beliau ditempatkan disyurga bersama pasangannya Hawa. Malangnya, Nabi Adam dan Hawa termakan dengan pujuk rayu syaitan. Mereka telah memakan sejenis buah dari pepohon yang dilarang Allah SWT. Nabi Adam dan Hawa amat menyesal dengan tindakan mereka kerana mengingkari larangan Allah SWT itu. Berdoalah Nabi Adam dengan rasa penuh penyesalan memohon keampunan Allah SWT (surah al-araf ayat 23): (lagu maher zaen)


Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi". Maha pengasih Allah SWT mengampunkan Nabi Adam dan Hawa. Sebagaimana baiknya pimpinan kerajaan Malaysia memansuhkan Akta ISA demi keselamatan dan perpaduan sejagat.

Kawan-kawan, Allah maha pengampuan lagi maha penyayang terhadap hambanya. Mereka pun diturunkan ke dunia. Jadilah Nabi Adam sebagai khalifah pertama di bumi memikul amanah dengan penuh tanggungjawab dan ketaatan kepada Allah SWT. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang berbunyi:

Setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab keatas orang yang dipimpinnya Nabi Adam berduka cita

Terpisah dari Hawa tercinta Lalu dipertemukan Adam dan Hawa Di Jabal Rahmah tempat yang mulia (syair) Kawan-kawan, Nabi Adam dan Hawa dikurniakan pasangan kembar. Setelah meningkat dewasa Nabi Adam menikahkan anak-anaknya secara bersilang. Langkah ini adalah untuk menjaga keturunan manusia. Tidak seperti hari ini gejala seks bebas berleluasa, maka lahirlah anak hasil hubungan durjana lalu di buang pula merata-rata. Ashtaghfirullah janganlah disia- siakan anak-anak ini. Firman Allah SWT surah al-Araf ayat 172:


Ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka, Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka. Kawan-kawan, Zuriat, Kau pembawa berkat, Hasilkan tanaman gandum dalam bidang pertanian, Hasilkan pakaian dari bulu biri-biri, Maka terbentuklah sistem tamadun manusia. (Sajak)

Moralnya disini, perpaduan merupakan asas ketamadunan bangsa bagi memacu pembangunan Negara. Sekiranya perpaduan tidak diterapkan, jadilah seperti Negara jiran kita Thailand dan Indonesia pergolakan politik dan pembunuhan semakin berleluasa. Peringatan Allah tentang perpaduan berbunyi (surah al-imran ayat 103:


Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai Kawan-kawan, Sekiranya perpaduan ummah tidak tercapai. Maka lahirlah generasi yang suka mengikut hawa nafsu. Ingatkah lagi kawan-kawan cerita ini..

Habil dijodohkan dengan Iqlima Seorang yang cantik dan juga rupawan Qabil dijodohkan dengan Lubuda Seorang hodoh dan jelik rupanya Lalu timbullah rasa dengki Habil dibunuh saudara sendiri (lagu: rabbani Cari pasangan) MasyaAllah dasyat bukan kalau hawa nafsu sudah bermaharaja lela. Jadi janganlah diturut hawa nafsu kelak mengundang binasa. Rentetan pembunuhan Habil dan Qabil Allah mengajar manusia menguruskan jenazah. Satu lagi bukti ketamadunan manusia telah bermula pada zaman Nabi Adam a.s. Kawan-kawan Nabi Adam semakin tua Zuriatnya pula semakin ramai tak terkira Fitrah manusia kembali pada Allah Taala Maka wafatlah Nabi Adam bertemu yang esa. (pantun) Wafatnya Nabi Adam pada usia 1000 tahun jatuh pada hari sayyidul ayyam yaumul jumah. sebelum wafat baginda telah mewasiatkan Nabi Syees sebagai ganti baginda. Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 185:


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

Maka begitulah akhirnya cerita saya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Maka marilah kita sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala bentuk kejahatan. Sekian sahaja wabilah hitaufik wa hidayah

You might also like