You are on page 1of 15

Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya. Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Tokoh Kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan 'role model' atau idola kepada generasi kini dan akan datang. Segala pengorbanan, rintangan dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan. Antara tokoh-tokoh yang perlu dikenang ialah : 1. DATO' ONN JAAFAR 2. TUN DR. ISMAIL DATO' ABDUL RAHMAN 3. ISHAK HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) 4. AHMAD BOESTAMAM 6. BURHANUDDIN AL-HELMI

Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar

Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia. Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman

Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Sumber : - Wikipedia Ensiklopedia | Onn Jaafar - Portal Jabatan Hal Ehwal Khas | http://www.jasa.gov.m Tun Dr. Ismail Dato' Abdul Rahman

Ismail bin Dato Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Bapanya Abdul Rahman bin Mohamed Yassin adalah bekas pegawai perkhidmatan awam kerajaan Johor pernah menyandang jawatan

Presiden Pertama Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam Kerajaan Johor. Ibunya, Zaharah binti Abu Bakar meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur sembilan tahun. Beliau mempunyai lapan orang adik beradik. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato Mohd. Seth dan mempunyai enam orang anak, empat lelaki dan dua perempuan. Tun Dr. Ismail adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf, ragbi, tenis, badminton, tinju dan bola sepak. Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi, pengemar lagu-lagu Melayu Asli, suka mengumpul barang-barang antik seperti paip dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan buah-buahan di persekitaran rumahnya. Tun Dr. Ismail telah belajar di Sekolah English College, Johor Bahru dan kemudian menyambung pelajaran ke Maktab Perubatan, King Edward VII College of Medicine, Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke Australia. Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti tersebut. Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan sendiri yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara sambilan di Hospital Besar, Johor Bahru. Pada tahun 1953, beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui UMNO yang dipimpin oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra. Sebelum itu, Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang pertama. Beliau juga menyertai rombongan Ketua Menteri, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai Kemerdekaan. Setelah mencapai kemerdekaan, Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di samping menjadi Wakil Tetap di Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada bulan September 1957 beliau hadir di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah Malaya di terima sebagai anggota pertubuhan itu. Memandangkan pengalaman beliau di arena antarabangsa, pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada tahun 1960 pula beliau dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja-kerja sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada tahun 1967, Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun beliau telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negara pada masa trajedi 13 Mei 1969. Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman bersara pada tahun 1970, Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Tun Razak telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya di samping menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Tun Dr. Ismail terkenal di kalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang membina dan bernas. Beliau adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara. Ketika menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan MenteriMenteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui undang-undang di Washington pada tahun 1965. Beliau juga telah mewakili Malaysia di upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965. Dalam tahun 1964, berikutan tindakan Indonesia melancarkan konfrantasi terhadap Malaysia Tun Dr. Ismail telah diutus ke New York sebagai ketua rombongan untuk membentangkan perkara Malaysia/Indonesia dalam Majlis Keselamatan pada 5 November 1964. Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara. Kali terakhir memangku ketika Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Negara-Negara Komanwel. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 2 Ogos 1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya. Beliau telah menerima pelbagai anugerah samaada dari dalam atau luar negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Antaranya Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959. Majlis

Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai jasa beliau dengan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor UndangUndang pada 13 Jun 1964. Seterusnya pada bulan Oktober 1965, beliau menerima Darjah Kebesaran Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.

Pada bulan April tahun 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun. Ketokohan Tun juga mendapat penghargaan kerajaan Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua. Penghargaan ini diperolehi ketika Presiden Suharto melawat Malaysia pada tahun 1970. Dalam Konvensyen Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang. Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak. Beliau merupakan pemimpin pertama dikebumikan di makam tersebut. Tugas rasmi yang terakhir dilakukannya adalah merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 2 Ogos 1973.

Sumber : - Wikipedia Ensiklopedia | Ismail Abdul Rahma Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun. Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang (antara Kampung Tengah dengan Kampung Buntut Pulau), Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-Laki Temerloh (atau kini Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah), Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum menyertai dunia penulisan.

Pak Sako bosan dengan kerja sebagai pentadbir British dan mendapati hidup sebagai pentadbir British penuh dengan kepura-puraan, pilih kasih dan tidak mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu yang dikatakan hendak diberikan perlindungan oleh pihak British. Dalam tahun 1934 Pak Sako meletakkan jawatan beliau dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu dan menjelajah Semenanjung Tanah Melayu. Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan, politik nasionalis. Pak Sako dipenjarakan sebanyak dua kali (1948 -1953) dan (1965-1966). Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau meninggalkan Warta Malaya dan menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berkempen bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako bertugas di Utusan Melayu di bawah ketua pengarang Abdul Rahim Kajai. Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako menjadi pengarang Berita Malai. Pak Sako terus tinggal di Hulu Langat walaupun bekerja di Kuala Lumpur. Untuk ke pejabat, Pak Sako menggunakan pengangkutan awam. Buat seketika Pak Sako mempunyai sebuah kereta Fiat semasa dia bekerja di Rembau tetapi Pak Sako tidak memandu, dan terpaksa menggunakan drebar. Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. Beliau juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif. Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.

Sumber : - Wikipedia Ensiklopedia | Ishak Haji Muhammad - Portal Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka | http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php Ahmad Boestamam

Ahmad Boestamam (30 November 1920 - 19 Januari 1983; nama asal ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Beliau di anugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk. Pada usia enam tahun, Beliau memasuki Sekolah Melayu Behrang Ulu, sebuah sekolah Melayu dan kemudiannya, pada tahun 1933, beliau memasuki Anderson School, Ipoh. Ahmad tamat Darjah Lima dan lulus dengan Gred 1 dalam peperiksaan Kelas Melayu Khas ("Special Malay Class", SMC). Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokohtokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakanrakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu. Kepentingan Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai Penolong Setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Walaupun beliau hanya menjadi orang yang keempat penting dalam organisasi yang menjadi ejen Jepun, tetapi ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan British. Ahmad dianggap sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar. Penangkapan Boestamam pada tahun 1941-1942 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik.Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap antipenjajahannya. Ini menjadi satu mungkin kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik. Beliau dibebaskan oleh tentera Jepun yang datang menyerang Tanah Melayu. Beliau menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan

gagasan merdeka dengan darah. Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau dikenakan denda $1,200.00. Ahmad seorang perancang politik yang bijak. Beliau telah menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan British yang sedang berusaha memerangi tentera Jepun. Walaupun penubuhan ini dipaksakan kepadanya olehMPAJA, tentera Parti Komunis Malaya, tetapi ia juga menjadi satu bukti kepada kerjasama Ahmad dengan kumpulan anti-Jepun. Ini boleh digunakan sebagai bukti untuk menafikan kerjasama sepenuhnya dengan Jepun. Boestamam kemudian menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKM yang mahu menguasai Tanah Melayu dengan cara perlembagaan telah membentuk satu "Barisan Bersatu Malaya" untuk mempengaruhi parti-parti politik Melayu dan kesatuan sekerja India. Penyerapan unsur PKM ke dalam masyarakat ini dipercayai dapat memperkenalkan mereka dengan gagasan sosialisme dan seterusnya komunisme. Dengan itu, cita-cita untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu akan menjadi lebih mudah. Dengan itu, Ahmad telah bekerjasama secara sedar dengan pihak PKM yang juga bersifat penjajahan ke atas Tanah Melayu. Ini kerana PKM adalah anak Parti Komunis China yang bekerjasama dengan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia. Ahmad membenarkan PKM mempengaruhi PKMM. Ini bukan sahaja kerana pentadbiran Tanah Melayu berada di bawah penguasaan PKM, tetapi juga kerana bantuan kewangan dan pengurusan surat khabarnya, Suara Rakyat dan Voice of the People dipegang oleh PKM. Teraju utama, iaitu Presiden PKMM juga dikuasai oleh PKM, melalui Mokhtaruddin Lasso, seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi ketua orang Melayu Regimen ke-10 MPAJA. Akhirnya, PKM menentukan dasar politik PKMM. Dasar politik untuk melindungi dan berjuang bagi mewujudkan perasaan kebangsaan, memajukan ekonomi, pelajaran dan keadilan bagi masyarakat Melayu telah diubah oleh PKM. PKM juga telah meletakkan satu dasar yang penting yang melambangkan pembentukan sebuah bangsa "Malayan", sesuai dengan dasarnya mewujudkan Barisan Bersatu Malayan pada masa depan. Dengan itu, dasar PKMM tidak lagi bersifat Melayu seratus peratus. Ia telah disesuaikan dengan cita-cita PKM. Ahmad menyedari hal tersebut, maka untuk mengimbangi pengaruh politik PKM, dalam persidangan yang diadakan pada 30 November 1945, dasar membentuk 'Melayu Raya' atau Indonesia Raya, telah dimasukkan sebagai salah satu matlamat perjuangan PKMM. Malah dasar ini memang sengaja ditonjolkan begitu hebat oleh Ahmad dan kumpulannya demi untuk mengelakkan pandangan orang ramai terhadap penguasaan PKM dalam PKMM. Ini juga telah membolehkan runan Indonesia yang menetap di Tanah Melayu. Ahmad disokong oleh PKM. PKM telah membangkitkan pula soal tidak demokratik UMNO kerana memberi dua sahaja undi kepada PKMM, seperti persatuan negeri-negeri Melayu yang lain, yang dikatakannya lebih kecil daripada PKMM. PKM juga menuduh UMNO sebuah parti yang konservatif dan tidak menggunakannya sebagai biasiswa kepada anak-anak Melayu, dianggapnya remeh. Kerajaan British telah menyokong UMNO. Bagi kerajaan British, UMNO adalah sebuah parti politik yang lebih sederhana, tidak dipengaruhi sebarang unsur luar yang mengancam kedudukan politik dan ekonominya serta tidak mempunyai sejarah penentangan terhadap pihak British, seperti PKMM yang dipimpin oleh beberapa orang bekas anggota KMM. UMNO juga direstui oleh raja-raja Melayu yang merupakan lambang ketuanan orang Melayu. Sokongan raja-raja Melayu kepada UMNO sangat penting diakui kerana raja-raja Melayu merupakan ketua kerajaan negeri yang membuat perjanjian dengan kerajaan British. Kebijaksanaan UMNO menarik raja-raja Melayu memihak kepada mereka telah memerangkap kerajaan British untuk mengakui kepentingan UMNO. Sekali lagi Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO , raja-raja Melayu dan kerajaan British. Dengan mempunyai satu dasar yang tidak bertumpu kepada kepentingan orang Melayu sepenuhnya, bererti Ahmad Boestamam dan PKMM telah bertentang arus dengan nasionalisme Melayu

pada tahun 1946. Ini kerana penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah kemuncak gerakan nasionalisme mereka selama ini. Gerakan nasionalisme Melayu yang bermula begitu lambat dan tidak begitu mencabar kerajaan British telah menjadi cukup tegang dengan pengenalan Malayan Union. Ini kerana gerakan anti-Malayan Union itu telah membangkitkan kesedaran politik yang cukup jelas sehingga melibatkan kaum wanita yang selama ini tertutup dengan peranan tradisional mereka. Pengenalan Malayan Union telah menyatupadukan orang Melayu, bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja-raja Melayu dan para pembesar tradisional yang selama ini terpisah dengan rakyat jelata. Penentangan itu merupakan satu gerakan yang telah mencabar kerajaan British sehingga terpaksa tunduk kepada kehendak mereka. Pada Februari 1946, ketika semangat menuntut kemerdekaan sedang meluap-luap, Ahmad bersama dengan Dr Burhanuddin Al Helmi juga menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pergerakan kiri yang radikal di Malaya dan memimpinnya sehingga pertubuhan itu diharamkan oleh pihak British. Penangkapan Ahmad pada bulan Julai 1948-1954 membekukan kegiatan politik Ahmad untuk satu tempoh yang panjang, iaitu selama tujuh tahun. Beliau terpaksa ditahan begitu lama kerana berbahaya kepada keselamatan politik British di Tanah Melayu dan kawasan sekitarnya, iaitu Nusantara. Pengisytiharan undang-undang darurat juga digunakan untuk kerajaan British mengawal anasir PKM dan sekutunya, termasuk PKMM dan anak buahnya. Ahmad dianggap sebagai sebahagian daripada tenaga penggerak yang berbahaya. Beliau ditahan oleh British dua kali. Kali pertama sejurus sebelum kedatangan Jepun pada tahun 1941 selama tiga bulan. Ahmad ditangkap pada tahun 1963, buat kali ketiga dalam sejarah hidup politiknya. Pada kali ini Ahmad ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri selama empat tahun. Ketika itu beliau masih menjadi ahli parlimen Setapak. Alasan kerajaan Perikatan ialah kerana Ahmad terlibat dalam usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang sedang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia. Ahmad dituduh bekerjasama dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) dan terlibat dalam pemberontakan Brunei 1962. Tuduhan ini sangat menarik kerana ia menimbulkan dua gambaran yang sangat penting. Pertama, ternyata Ahmad seorang penyokong Indonesia yang sangat setia dan tetap. Kedua, penonjolan satu penglibatan politik Ahmad yang menyeluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara. Ini bermakna bahawa Ahmad mahu menjadi juara Melayu Raya. Ahmad mengakhiri sisa-sisa hidupnya dengan menjadi penulis bebas di akhbar-akhbar sebagai perintang waktu dan sedikit pendapatan untuk menyara kehidupannya. Dua tahun selepas menunaikan fardu haji, beliau meninggal dunia pada tahun 1983 kerana penyakit barah paru-paru. Dengan itu, maka tamatlah perjalanan hidup seorang tokoh politik yang sangat dinamik dan menarik yang telah memberi warna-warna garang dan terang serta corak yang berliku-liku dalam kehidupannya dan politik Malaysia khasnya. Kepentingan beliau dalam sejarah politik Malaysia tidak akan dilupakan.

Sumber : - Wikipedia Ensiklopedia | Ahmad Boestamam Burhanuddin Al-Helmi

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Perak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India. Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik"

Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya. Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia. Dr. Burhanuddin ialah seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama Islam. Ketinggian ilmunya memang suka hendak ditandingi. Beliau menguasai semua pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir Al-Quran dan alHadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan sastera Arab. Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.Beliau menguasai semua pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir Al-Quran dan al-Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan sastera Arab. Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia. Dr. Burhanuddin al-Helmi juga mendapat kelulusan Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London secara ijazah luar kampus. Penganugerahan ijazah lain yang diperolehnya seperti Doctor of Divinity daripada International Academy Canada, kerana penglibatan luas beliau dalam bidang perubatan homeopati. Ini termasuk juga penganugerahan ijazah Doktor Falsafah.23 Dr. Burhanuddin al-Helmi juga dikatakan belajar di Aligarh Muslim University, India. Semasa dalam perantauan di negara orang inilah Dr. Burhanuddin al-Helmi banyak belajar dan menerima pengalaman politik dari nasionalis-nasionalis luar negara. Di India, beliau telah didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British. Beliau dikatakan menghadiri rapat umum dan ceramah-ceramah Mahatma Gandhi serta mengikuti pendapat Mahatma Gandhi yang menuntut kebebasan politik bagi India dan tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan dalam kalangan orang India. Semasa di India juga, Dr. Burhanuddin al-Helmi terdedah dengan ajaran tasawuf Naqsyabandiah24. Semasa melawat Palestin, beliau

telah melihat tindakan politik dan ketenteraan British mewujudkan sebuah negara Israel dengan menafika hak politik bangsa dan negara Palestin. Dr. Burhanuddin al-Helmi turut terlibat dalam perarakan menentang Perjanjian Balfour yang membentuk negara Israel. Akibatnya beliau ditahan oleh British. Pengalaman-pengalaman yang dikutip dari perantauan ini menjadi pedoman dan inspirasi perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan kuasa barat. Bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin KMM yang

lain, Dr. Burhanuddin al-Helmi telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaakob ingin membawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia apabila Jepun berundur nanti. Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara brahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara. Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi. Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu. Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet akan dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr. Burhanuddin al-Helmi juga dilantik sebagai anggota kabinet. Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi menggelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun. Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya. Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal. Kegagalan ini sedikit menghampakan Dr. Burhanuddin. Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA. sebab2 kita perlu mengenang jasa tokoh kemerdekaan dan cara untuk menerapkannya kepada generasi akan datang Merdeka.Satu sifat yang diertikan sebagai bebas.Ia juga boleh ditukarkan sebagai kata kerja apabila kita meletakkan imbuhan padanya.Namun,apa yang paling penting di sini adalah negara kita,Malaysia sudahpun menerima taraf negara yang merdeka.Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh2 yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya. Ramai yang tertanya-tanya,mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara?Jawapannya yang pertama ialah semangat patriotisme.Sebagai contoh,apabila kita mencintai sesuatu,kita pasti tidak ingin ada sesuatu yang menyakitinya,bukan?Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada di sisi.Begitu juga dengan patriotisme.Kita mencintai Malaysia dan tokoh2 kemerdekaan telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh2 kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka. bagi mencapai kemerdekaan,tokoh2 yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air. Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat.Mereka telah meletakkan batu asa kepada kemajuan negara denagn cara memerdekakannya.Usaah yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang.Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia2.Sehubungan itu,kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara. Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah mengahdapi kerenah dan masalah sosial remaja.Ramai pihak yang berpendapat mengingatkan mereka tentang perit getir tokoh2 kemerdekaan dahulu mampu meyelamatkan mereka.Namun begitu,cabaran terbaru yang dihadapi adalah bagaimana kita ingin menerapkannya dalam jiwa para remaja.Langkah2 yang drastik dan pragmatik perlu diambil dengan segera bagi merealisasikan hasrat ini.Generasi zaman sekarang cenderung mempelajari Sejarah semata-mata kerana ingin lulus dalam peperiksaan.Mereka tidak menghayatinya sebagaimana yang diharapkan.Para ibu bapa perlu turun padang bagi membantu menyelesaikan kerumitan ini.Sejak kecil lagi,anak2 perlu diasuh mengenai cerita2 rakyat yang berunsurkan Sejarah dan tokoh2 kemerdekaan.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Begitu juga dengan anak2.Jika kita ingin mereka mengenali toko2 kemerdekaan,kita perlu membiasakan mereka dengan kisah2 tersebut sejak kecil lagi. Pihak sekolah selaku gedung ilmu pelajar perlu memanipulasi taraf ini bagi menerangkan sifat mengenang jasa tokoh kemerdekaan dalam diri pelajar.lawatan sambil belajar ke tempat2 bersejarah bagi saya merupakan jalan terbaik buat para remaja merasai sendiri pahit getir tokoh kemerdekaan negara dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.Hal ini dapat menginsafkan para remaja dalam usaha tokoh kemerdekaan mencapai kejayaan dan membuatkan mereka tidak lupa akan tokoh2 kemerdekaan..

Televisyen sebagai saluran media massa yang paling rapat dengan rakyat khususnya remaja dapat memainkan peranannya yang tersendiri.Filem2 atau dokumentari tentang tokoh kemerdekaan dapat membawa mereka kembali ke masa lampau dan menghayati.onak duri yang terpaksa dirempuh oleh tokoh kemerdekaan.Remaja dapat mempelajari sesuatu yang berguna di rumah tanpa perlu pergi ke mana2.Itulah yang dinamakan kemudahan teknologi. Konklusinya,tokoh2 kemerdekaan sememangnya patriot kerana mereka sanggup megorbankan jiwa dan raga demi tanah air yang tercinta.Sebagai generasi pelapis,kita dapat menjadi patriot dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.

You might also like