Professional Documents
Culture Documents
NAMA PELAJAR AMBILAN SEMESTER OPSYEN PERINGKAT TARIKH TEMPAT KEHADIRAN MURID
: NOR ARZILA BINTI ABDULLAH PPG AMBILAN JUN 2011 :4 : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 : 2 : 15 MEI 2013 : MAKMAL SAINS SK SERI KOTA PUTERI : 40 ORANG (Bil. Murid Lelaki = 17 , Bil. Murid Perempuan = 23 )
: -
A. LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA Pada 15 Mei 2013 Unit Tahun 6 SK Seri Kota Puteri telah bergabung tenaga bersama siswa PPG kohort 1 dan 2 menganjurkan satu aktiviti ceramah teknik menjawab Sains UPSR sebagai salah satu program Bina Insan Guru (BIG) khidmat social di sekolah.
Seramai 40 orang murid tahun 6 Arif 1 dan 5 Azam 1 telah menyertai program ini dengan jayanya. Manakala seramai enam siswi PPG kohort 1 dan 2
Tepat jam 1.00 petang program ini telah bermula dan berakhir lebih kurang jam 3.00 petang. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid bersiap menghadapi peperiksaan pertengahan penggal dan UPSR tahun 2013. Selain itu program ini sebagai satu usaha membimbing dan mendorong murid-murid mencapai keputusan yang cemerlang dan mendedahkan teknikteknik menjawab soalan dengan betul.
Saya sendiri telah memberikan ceramah dengan bantuan guru-guru PPG dan guru sains tahun 6. Saya telah menyediakan slaid power point dan lembaran kerja yang bersesuai.
Selesai sesi ceramah murid telah diberikan lembaran soalan untuk dijawab. Sesi bengkel dibuat oleh siswa PPG membimbing murid menjawab soalansoalan. Selama satu jam sesi bengkel diberikan kepada murid dan murid dapat menjawab semua soalan dengan betul.
Aktiviti seperti ini diharapkan dapat dilakukan selalu oleh guru-guru tahun 6 kepada murid dengan lebih kerap agar dapat membantu murid yang lemah dan aktiviti pengukuhan murid.
B. ISU / MASALAH (Jika ada) 1. Sesi petang ada murid yang bersekolah agama dan mereka tidak dapat turut serta.
C. ANALISIS SWOT
(i)
KEKUATAN 1. Sokongan daripada pihak pentadbir dan guru-guru tahun 6 amat baik. 2. Murid-murid berminat untuk datang pada waktu selepas sesi persekolahan.(petang) 3. Mempunyai peralatan dan bilik yang mencukupi dan susuai. 4. Mempunyai ramai guru-guru berpengalaman dalam teknik menjawab soalan UPSR.
(ii)
KELEMAHAN 1. Kekangan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini selalu sekurangkurangnya sebulan sekali. 2. Ada murid yang tidak menghadirkan diri tanpa alasan.
(iii)
PELUANG 1. Sokongan ibu bapa menggalakkan untuk membenarkan murid turut serta. 2. Kerjasama pihak pentadbir, unit tahun 6 dan guru-guru cemerlang sekolah.
(iv)
ANCAMAN 1. Ada murid yang tinggal jauh dan tiada penjaga untuk menjemput pulang ke rumah.
D. REFLEKSI KENDIRI (laporan individu (i) MANFAAT PROGRAM BIG 1. Program khidmat social ini amat bermanfaat kepada murid-murid agar sentiasa berminat dengan subjek sains dan tidak menganggap sains itu susah. 2. Membantu murid meningkatkan keyakinan untuk menjawab
peperiksaan UPSR. 3. Guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dari pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
(ii)
PENAMBAHBAIKAN 1. Mengadakan bengkel dengan menyediakan soalan-soalan mirip UPSR bermula tahun 4 dan 5. 2. Murid melakukan latih tubi menjawab soalan dalam kumpulan kecil dengan bimbingan guru dan menggalakkan murid aktif bertanya soalan
Tandatangan Pelapor: (NOR ARZILA BINTI ABDULLAH ) PPG AMBILAN JUN 2011
Disahkan oleh penyelia: (EN ZAINAL BIN MOHD AMIN) PENSYARAH PEMBIMBING UNIT KOKURIKULUM IPGKTI