You are on page 1of 15

GOTONG ROYONG RIA SK NG BUKU, 2013

(Tempat yang perlu dibaik pulih)

KAWASAN 1 : KOLAM TERBIAR

Kolam terbiar ini ditumbuhi semak samun dan pokok-pokok liar. Memberi pemandangan yang tidak menarik oleh setiap yang memandang. Kolam ini kering akibat daripada cuaca yang panas terik. Dinding kolam menjadi kotor dan berlumut kerana tidak dijaga dengan baik dan tiada penyelenggaraan.

Cadangan aktiviti kebersihan dan keceriaan :


Mengecat semula dinding kolam Menanam pokok-pokok baru di sekeliling kolam Membersihkan lumut dan kotoran yang terdapat pada dinding kolam. Membuat sistem pengairan yang teratur agar kolam tidak kering walaupun cuaca panas. Membuat jadual untuk pembersihan kolam dan penyelenggaraan secara berkala. Membela ikan di dalam kolam untuk mewujudkan ekosistem. Meletakkan papan tanda nama pokok yang ditanam di sekeliling kolam.

Ciri-ciri keselamatan :
Meletakkan papan tanda larangan supaya murid tidak bermain di kawasan kolam. Membina pagar kecil mengelilingi kolam agar murid tidak mendekati kawasan kolam. Membuat peraturan di mana murid tidak dibenarkan memberi makanan kepada ikan di dalam kolam.

KAWASAN 2 : PONDOK

Pondok ini tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya kerana keadaan yang kotor dan tidak terurus. Terdapat barangbarang yang tidak digunakan diletakkan di pondok ini. Terdapat busut di bawah bangku pondok yang menyebabkan murid tidak mahu mendekati pondok ini.

Cadangan aktiviti kebersihan dan keceriaan :


Mengecat semula pondok ini untuk dijadikan Sudut Minda. Membersihkan kawasan pondok, serta memusnahkan busut. Meletakkan bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, dan suratkhabar. Menghias pondok tersebut supaya dapat menarik murid untuk menjadikan pondok ini tempat belajar. Menetapkan peraturan supaya murid meletakkan semula bahan bacaan yang digunakan ke tempat asal. Membuat pemeriksaan secara berkala agar keadaan pondok ini sentiasa kemas dan teratur.

Ciri-ciri keselamatan :
Meletakkan papan tanda larangan supaya murid tidak bermain di pondok. Membuat jadual penggunaan pondok agar murid tidak berebut-rebut. Melantik pengawas perpustakaan untuk mengawasi penggunaan pondok.

KAWASAN 3 : KAKI LIMA DAN DINDING KELAS

Kaki lima ini tidak dimanfaatkan secara optimum di mana tiada sebarang aktiviti pembelajaran sendiri dapat dilaksanakan. Dinding kelas juga kosong dan tidak menceriakan kawasan sekolah.

Cadangan aktiviti kebersihan dan keceriaan :


Melukis dan mengecat mural, atau kata-kata semangat pada dinding kelas agar nampak lebih menarik dan ceria. Menggantung kata-kita hikmah supaya dapat memberi motivasi kepada murid-murid pada bumbung kaki lima.

KAWASAN 4 : DINDING SEKOLAH

Dinding ini dibiarkan kosong sahaja tanpa sebarang mural atau kata-kata semangat mahu pun visi dan misi sekolah.

Cadangan aktiviti kebersihan dan keceriaan :


Melukis dan mengecat mural, tentang visi dan misi sekolah, serta lagu sekolah pada dinding kelas agar nampak lebih menarik dan ceria. Hal ini boleh menimbulkan pemandangan yang menarik di sekitar kawasan sekolah.

PEMBAHAGIAN TUGAS :
KUMPULAN 1 (KAWASAN : KOLAM} -Danneil ak Unot -Yakup binti Dinok -Norzuliatul Akma -Agnes Dumang -- Ibu bapa murid Tahun 6 KUMPULAN 3 (KAWASAN : KAKI LIMA) - Rozita Amit - Lau Kieng Tiing -Christie ak Enchana -Richard ak Bgari -Ibu bapa murid Tahun 4 KUMPULAN 2 (KAWASAN : PONDOK -Jati ak Randi -Arlyna ak Sampar - John Michael - Nicholas -Ibu bapa murid Tahun 5 KUMPULAN 4
(KAWASAN : DINDING KELAS)

-Sim Soon Wei - Insing ak Punggu - Nooraini binti Zakaria - Kodila ak Siba - Ibu bapa murid Tahun 3

Format Pelaksanaan Aktiviti :

Cadangan anggaran perbelanjaan :


Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbang oleh ibu bapa, pihak kantin, dan PIBG. Berikut disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktviti Gotong Royong Ria :

You might also like