You are on page 1of 51

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PEMBIAKAN TANAMAN

Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara : seksual; contoh biji benih, spora Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ -organ khas dan lain- lain.

Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih Boleh menghasilkan baka-baka baru Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy) Mengambil masa yang panjang untuk matang Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada in duknya Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji benihnya bermusim

Pemilihan Biji benih Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih: Matang Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain) Berisi, segar dan bersih dari kekotoran Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah) Bebas dari penyakit dan perosak

Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.

Percambahan biji benih Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa) tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman. Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk

mempercepatkan percambahan.

Rawatan percambahan biji benih Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih: Pelelasan (scarification) Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Caracaranya biasa dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air panas. Stratifikasi Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih dalam timbunan pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik. Vernalisasi Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah. Pemeraman (fermentation) Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.

Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat. Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar bancuhan 1 gm/liter air)

b. Medium Percambahan Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut: mampu menyokong anak-anak benih, menyimpan air secukupnya mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar bebas dari biji benih rumpai Contohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput, pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

c. Cara menyemai Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih halus dan kasar.

Biji benih halus Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian. Siram bekas ini sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih : beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.

Biji benih kasar 1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai. 2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul dibuang. Semai secepat mungkin dengan

menggunakan teknik yang betul. 3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke dalam beg politena.

Pembiakan Tampang

Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang.

Kebaikan Pembiakan Tampang * Boleh mendapat pokok yang seragam * Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya * Cepat berbunga atau berbuah * Boleh dibiakkan sepanjang tahun * Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa * Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas

Keburukan Pembiakan Tampang * Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini * Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus * Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit

Jenis-jenis Pembiakan Tampang

A) Secara Semula Jadi a.Rayapan (stolon) batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum. b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas (Ravenala), Keladi c.Umbisi - Contoh: Gladiolus, abaca d.Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllis e.Rizom batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga tasbih, iris, rumput, kunyit f.Tuber Contoh: kentang, keladi g.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar. Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang, bebawang.

B. Secara Buatan

KERATAN

a. Keratan dahan atau batang Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut. Cara mengambil keratan batang: Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurangkurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.

b. Keratan daun Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun. Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

d. Keratan Akar Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.

Penjagaan Keratan

Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.

Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

Cantuman

Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buahbuahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.

Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis : a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan i) Sandingan

b) Cantuman mata tunas i) Cantuman 'T' ii) Cantuman tampal iii) Cantuman takuk

c) Cantuman Belahan i) Belahan tepi ii) Belahan rencung iii) Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)

Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

Mata tunas

Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokokpokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata tunas Contoh: Cantuman tampal a) Sediakan pokok penanti b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih. c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm. d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek. e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas. f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm. g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu. h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.

Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama. c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama. d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur. f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

LENTURAN (layering)

Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan: a) Lenturan Pucuk (tip layerage) b) Lenturan Busut c) Lenturan Peparitan (berbaringan) d) Lenturan udara (tut)

a) Lenturan udara (tut) Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokokpokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.

Tanah campuran biasa digunakan ialah a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik

Cara memilih dahan yang sesuai a) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga. b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya l cm garis pusat. c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.

Cara mengetut

a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab. b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat. c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama. d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu. e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah. g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik. h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya. i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.

KETERANGAN AM CILI

Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah Nama Saintifik : Capsicum annum

Komposisi Nutrien : Kandungan Protein Karbohidrat Lemak Serabut Kalsium Besi Fosforus Kalium Natrium Karotena beta Vitamin B1 Vitamin B2 Vitamin C Niacin Amaun/100g 2.8 g 9.5 g 0.7 g 0g 15.0 mg 1.8 mg 80 mg 0 mg 0 mg 2730.0 ug 0.2 mg 0.1 mg 175.0 mg 0.7 mg

KETERANGAN BOTANI Batang : Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu . Akar : Sistem akar tunjang dan akar serabut. Daun : Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' . Bunga : Berwarna putih, dari ketiak daun . Buah : Merah dan tirus dihujung . Cara Pendebungaan : Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%) Kultivar : Varieti Ciri-ciri Kulai (Baris 15) MC 4 Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha. Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha. Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha. Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha. Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha.

MC 5

MC 11

MC 12

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu : 20-33 C .

Taburan hujan : 1500-2000 mm/tahun.

Ketinggian : Sehingga 500 m atas parat laut

Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.

pH tanah : 5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan : Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .

Penyediaan anak benih: Jenis bahan tanaman : Biji benih Keperluan biji benih : 300-500 gm Rawatan biji benih Masa menyemai Tempat menyemai : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih . : Enam minggu sebelum menanam : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian

Penanaman di ladang : Umur anak benih Jarak tanaman baris Kepadatan tanaman : 8,570 pokok. Menyulam Junjung pokok : 1 minggu selepas menanam : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam : 6 minggu : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara

Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .

Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut : Kadar Masa

Jenis Tanah Jenis Baja 1. Bris Rudua Tahi ayam

(t/ha/musim) (Minggu lepas tanam)

Cara

10

-1 * 2,8 & 14 -1 * 2,8 & 14

NPK12:12:17:2 2 Tahi ayam 30

Gaul dalam tanah keliling pokok

Baging

NPK12:12:17:2 3

Gaul dalam tanah keliling pokok

2. Bekas Lombong Pasir 3. Gambut Tahi ayam 20 -1 * 2,8 & 14 2,8 & 14 Gaul dalam tanah keliling pokok Keliling pokok

NPK12:12:17:2 3 NPK12:12:17:2 2

PEMELIHARAAN DAN PENYELANGGARAAN TANAMAN HIASAN PENYEDIAAN CAMPURAN MEDIUM PENANAMAN Ayak semua bahan utama yang akan di gunakan saperti tanah atas, bahan organik dan pasir untuk mengeluarkan bahan-bahan yang terlalu besar; Gunakan 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir (3:2:1), sebaik-baiknya longgokkan semua bahan tersebut di atas simen; Gaul campuran tadi dengan membalik-balikkan mengunakan penyodok. Ia perlu di lakukan sebanyak beberapa kali supaya campuran menjadi sebati/seragam.

PEMASUAN SEMULA TANAMAN DALAM PASU Lembapkan sedikit tanah di dalam pasu; Keluarkan tanaman dengan menghentak-hentak dari pasu dengan kayu dan mencabutnya keluar; Periksaakar tanaman di mana akar yang berpenyakit atau terlalu padat perlu di potong dan di buang; Potong dan pangkas akar-akar yang terlalu padat dan banyak; Masukkan serpihan pasu atau batu bata ke dalam pasu yang akan di gunakan;

PEMELIHARAAN DAN PENYELANGARAAN TANAMAN HIASAN Penyediaan campuran medium penanaman Pemasuan semula tanaman dalam pasu Pengerasan anak benih Menanam anak pokok dan anak benih ke dalam beg politena Menanam anak pokok dan anak benih ke dalam pasu Menanam anak pokok dan palma ke tanah Memindah pokok dan palma Penjagaan anak pokok dan palma Isi separuh penuh pasu dengan tanah campuran pemasuan; Masukkan tanaman dan letakkan di tengah-tengah pasu kemudian isikan lagi campuran tanah sehingga 1-2cm daripada mulut pasu; Hentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya tanah lebih padat; Siram tumbuhan dan letakkan di tempat yang teduh selama 1-2 minggu.

PENGERASAN ANAK BENIH Letakkan anak benih yang telah di tanam ke dalam pasu ataupun ke dalam beg politena di tempat yang di panggil Kawasan Pengerasan yang permukaannya di turap dengan simen atau batu-batu kerikil; Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari secara beransur-ansur sewaktu menjalani proses pengerasan; Kurangkan penyiraman dari segi jumlah air dan kekerapan untuk mengurangkan pertumbuhan anak benih dan ini membolihkan karbohidrat yang terbentuk dapat di simpan untuk di gunakan ketika anak benih tumbuh di taman nanti dan ia di lakukan selama tujuh hingga ke sepuluh hari.

MENANAM ANAK POKOK DAN ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA Pilih beg politena hitam yang beukuran besar sedikit daripada bola akar anak pokok atau anak benih; Tentukan beg politena mempunyai lubang-lubang kecil untuk saliran di sekelilingnya; Masukkan anak pokok atau anak benih ke dalam beg politena dan tambah lagi medium pemasuan sehingga hampir penuh; Padatkan sedikit medium di sekeliling anak pokok atau anak benih supaya akar dapat bersentuhan baik dengan medium; Letakkan beg politena di tempat yang teduh dan siram anak pokok atau anak benih dengan secukupnya; Dedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur setelah lebih kurang seminggu.

MENANAM ANAK POKOK DAN ANAK BENIH KE DALAM PASU Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya; Rendam dalam aiar terlebih dahulu selama beberapa jam jika mengunakan pasu tanag liat,pasu-pasu plastik tidak perlu di randam kerana dindingnya tidak telap air; Masukkan batu-batu kecil atau sabut kelapa yang di kisar ke dalam pasu setebal 2-3cm; Masukkan medium pemasuan ke dalam pasu sehingga separuh penuh; Keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian atau beg politena, pecah-pecahkan sedikit bola akar sekiranya terlalu padat dan

letakkan pokok di tengah-tengah pasu; Hentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya medium dalam pasu menjadi mampat; Pastikan anak pokok tidak di tanam lebih dalam daripada paras asalnya ketika di dalam beg politena atau kotak semaian; Siram tanaman dengan cermat; Letakkan pasu di tempat teduh selama beberapa hari.

MENANAM ANAK POKOK DAN PALMA KE TANAH Sediakan dan bersihkan kawasan yang akan di gunakan untuk menanam anak pokok atau palma; Siapkan lubang seluas 1m x 1m x 1m (1 meter padu); Masukkan campuran tanah penanaman yang melebihi dari paras permukaan lubang yang di buat tadi, bahan campuran tanah penanaman ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian bahan organik (bahan dari najis binatang); Buat lubang kecil di atas timbunan tanah penanaman tadi di mana anak pokok akan di masukkan ke dalam lubang itu; Tanam anak pokok dengan berhati-hati supaya akar tunjangnya lurus ke bawah dan akar-akar cabang terletak dengan baik dan elakkan dari menanamnya terlalu dalam; Beri sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat pada batang anak pokok tadi dan dari masa ke semasa awasi ikatan tali supaya sentiasa berkeadaan longgar dan ganti jika perlu; Siram anak pokok secukupnya untuk menyegarkan anak pokok yang baru di tanam dan seterusnya tutup permukaan tanah dengan mengunakan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam; Beri perlindungan anak pokok yang baru di tanam tadi dengan mengunakan daun-daun besar saperti daun palma atau mengunakan kepingan politena hitam.

MEMINDAH POKOK DAN PALMA Pilih dan sediakan pokok atau palma yang akan di pindah; Besihkan kawasan pokok atau palma yang akan di pindah dengan membuang tanah di sekeliling pohon pokok untuk membuat bola akar; Buat bola akar dengan mengunakan skop dan potong akar-akar yang berlebihan atau terkeluar dari bola akar; Bungkus bola akar dengan mengunakan kepingan plastik, beg politena atau guni; Angkat dan pindah pokok tadi ke dalam penanaman yang baru; Beri sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat kepada batang pokok tadi; Siram pokok tadi secukupnya dan kemudian tutup permukaan tanah dengan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam.

PENJAGAAN ANAK POKOK DAN PALMA Siram untuk membekalkan anak pokok kelembapan yang cukup untuk pertumbuhannya; Baja kerana baja yang di berikan boleh membekalkan tanaman dengan kandungan nutrien yang mencukupi; Pangkas dahan-dahan yang tidak di kehendaki dan juga untuk membentuk pokok kepada bentuk dan saiz yang di kehendaki; Kawal tumbuhan rumpai untuk mengelakkan rumpai-rumpai yang mengambil makanan dan air yang di perlukan untuk tanaman dan juga boleh mencacatkan kecantikan taman; Kawal tanaman daripada serangan penyakit dan serangga perosak. Sebelum memberi rawatan kepada penyakit atau meracun serangga perosak hendaklah di teliti dan di ketahui jenis-jenis penyakit atau serangga perosak di mana dalam tanaman hortikultur dan lanskap terdapat tiga cara penyakit berjangkit iaitu melalui virus, bakteria dan melalui jangkitan kulat, kimia kawalan adalah berlainan dari satu-satu jangkitan.

CARA PENANAMAN CILI Pengenalan cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan ditanam di kawasan tanah rendah.

Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan

Kultivar yang disyorkan

1. MARDI MC11: Pedas


berhasil tinggi (17-24 mt/ha) mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan. kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan toleran terhadap penyakit anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar pucuk Choenophora

2. MARDI MC12

Sederhana pedas, mempunyai ciri masak serentak dan matang awal Hasil tinggi 15-25 mt/ha Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari sekali.

3. CILIBANGI-1: untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas optima dan kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.

4. CILIBANGI-2: jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata hasil 1.02 kg/pokok.

5. CILIBANGI-3: stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil tinggi. 6. CILIBANGGI4: buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan 44,000 pokok/ha.

7. CILIBANGGI-5: Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.

8. CILIBANGGI-6: Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya pedas.

9.

CILI

Kulai

varieti

tempatan

yang

berbentuk

panjang

dan

pedas

7 jenis cili kulai

Kesesuaian Tanah/Cuaca

Sesuai ditanam di dataran rendah, Suhu diantara 22-40 C hujan yang sederhana iaitu antara 1500 - 2000 mm/tahun iklim yang paling baik ialah yang mempunyai suhu 28-29 C Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong) Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5 6.8 Taburan hujan : 15000-2000 mm/tahun

Penyediaan anak benih Menyedia Anak Benih


Sediakan kotak semaian 60 cm x 30 cm x 10 cm utk 100 anak benih Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.

200 g/ha biji benih (50% percambahan) Biji benih dirawat dengan 3g thiram/1000 g biji benih Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Penyediaan kawasan Ladang


Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.

Jarak antara batas - 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

Pengapuran

Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 3.7), pengapuran pada kadar 10 25 tan/ha setahun.

Penyuburan tanah

tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat

Penanaman di ladang

Anak benih berumur 4 7 minggu boleh diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.

Jarak tanaman - 80cm X 80 Atau 90cm X 120 cm antara pokok. 150 cm antara baris

PENJAGAAN

Sungkupan

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Merumput Bersihkan batas dariapada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

Pembajaan

Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya

Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.

Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.

Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok. Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.

Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.

Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.

Pengurusan air Penyiraman


Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem sprinkler pada awal pagi dan petang Boleh juga secara manual Cili memerlukan 3.5 L air sehari Jarak antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir

Perparitan diperlukan jika menghadapi masalah saliran Pengurusan perosak

perosak tanaman dan penyakit

Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai

Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.

Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan. Varieti-varieti Cili bangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.

Penyakit Cili

Penyakit mozek dan daun kerinting disebabkan virus adalah antara penyakit yang biasa menyerang cili. Daun-daun yang diserang menjadi kecil, tidak tentu bentuknya dan selalunya bergulung ke bawah. Virus biasanya disebarkan oleh serangga, oleh itu cara yang berkesan untuk mengurangkan penyakit ini ialah dengan menyembur pokok-pokok dengan Malathion sebulan sekali untuk mengawal serangga.

Kadangkala layu daun disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum berlaku juga pada pokok cili. Semua pokok yang diserang hendaklah dicabut dan dibakar.

Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas. Kulat akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera dan berlubang

hamama - selalu dikelirukan dengan serangan virus, kerana daun yang diserang kedua-dua perosak tersebut menunjukkan tanda yang hampir sama. Daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok boleh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh

Antraknos buah - berpunca dari serangan kulat. merebak dengan cepat. Buah rosak dan gugur

Serangga Perosak

Lalat buah merupakan serangga perosak cili yang utama. Lalat ini bertelur dalam buah-buah yang muda dan larvanya makan di dalam buah. Warna coklat pada cili hijau akibat serangan larva selalunya boleh dilihat pada cili hijau yang dihidangkan di restoran. Buah cili ini dipetik sebelum kerosakan bertambah serius hingga menyebabkan buah cili gugur.

Jika dibiarkan, buah cili menjadi lembut, berwarna coklat dan akan gugur sebelum tua. Larva lalat buah itu boleh dilihat bila buah cili dipotong untuk

diperiksa. Semua jenis cili mudah diserang lalat buah. Cara-cara mengawal lalat buah ialah seperti yang diterangkan pada halaman yang lalu. Jika serangannya berterusan, walaupun dikawal dengan berbagai cara, cara yang paling baik untuk mengelakkan daripada diserang ialah dengan memetik buah cili ketika ia masih hijau KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT PENGUTIPAN HASIL

Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.

Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.

Cili boleh dipetik 60-75 hari selepas menanam di ladang memetik cili bagi kegunaan segar - berwarna hijau tua kemerahan cili kering - apabila cili berwarna merah sepenuhnya Kerja-kerja memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

Penuaian cili dilakukan dengan hanya menarik secara perlahan-lahan bagi mengelak kelompok cili terluka ataupun terguris

Pengendalian lepas tuai Aspek yang dirangkumi termasuklah tahap kematangan, pengendalian dan pengangkutan di ladang, perlakuan operasi rumah pembungkusan dan pengagihan untuk pasaran.

Pemprosesan

Cili yang diproses secara minimum merupakan cili yang telah didedahkan kepada proses pembersihan, pemotongan, pra-perlakuan kimia, pengeringan dan pembungkusan. Produk ini sedia untuk terus di masak/makan. Cili yang diproses minimum boleh disimpan di suhu 2C selama 3 minggu.

Pengeringan perlu dilakukan untuk membuat lebihan air yang melekat pada cili bagi mengawal pertumbuhan pathogen

Penuaian berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.

Pemilihan mengasingkan cili yang cedera, berubah warna, kematangan dan saiz yang tidak sesuai. Pengasingan pada peringkat awal yang dilakukan di ladang akan menjimatkan kos dan memudahkan operasi seterusnya.

Pembasuhan membuang kotoran, dan sisa penggunaan bahan kimia seperti racun kulat. Bekas yang bersih perlu digunakan untuk membasuh. Air mestilah bersih dan perlu ditukar selalu bagi mengelakkan pengumpulan patogen dan jangkitan penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada cili.

Penggredan/Pengkelasan digred untuk mengasingkan tahap kematangan, tahap kecederaan mekanik, rupa bentuk, warna, tahap serangan penyakit dan rupa keseluruhan. Cili yang telah digred akan lebih seragam dan mudah untuk dipasarkan

Pembungkusan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak. Pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air dan kerosakan mekanik yang boleh mempengaruhi mutu cili pada peringkat penggunaan. bahan pembungkus yang sesuai ialah beg plastik LDPE, jaring plastik, beg kertas dan dulang polistairin yang di balut dengan filem polivinal klorida.

CARA PENANAMAN SERAI Nama Melayu (Malay Name) : Serai Keluarga (Family) : GRAMINEAE = POACEAE Nama Saintifik (Scientific Name) : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf Saiz Pokok (Plant Size) : 100 cm Nama Lain (Other Names) : Lemon Grass Pokok Serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia (terutamanya masakan Thailand), Kemboja dan Vietnam) dan Caribbean. Pokok ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, pokok ini juga sesuai untuk ayam, ikan, dan makanan laut. Terdapat melebihi 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur ( Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk. Anak Benih Serai Paha Ayam / batang RM0.25

PENGENALAN PERUSAHAAN SERAI Bidang yang dipilih ialah penanaman serai secara komersial. Serai merupakan tanaman yang sangat memberi keuntungan kepada pengusahanya kerana permintaan serai di pasaran sangat baik. Serai biasa digunakan sebagai salah satu perisa atau bahan dalam masakan. Oleh sebab ini lah serai sangat diperlukan setiap hari.

Kehendak pelanggan terhadap serai setiap hari membuatkan pasaran serai sangat baik sekali. Oleh sebab inilah saya memilih serai untuk menjadi bidang usaha pilihan saya. Serai bukan sahaja menjadi bahan penambah perisa dalam masakan, tetapi juga digunakan sebagai herba, bahan ubat-ubatan dan sebagainya. Keperluan terhadap serai sangat tinggi dari hari ke hari. Serai boleh dijual untuk tujuan pemprosesan menjadi bahan lain seperti ubat dan sebagainya. Ia juga diperlukan untuk jualan runcuit di pasar raya dan pasar-pasar basah. Dalam masyarakat Melayu, serai memainkan peranan yang sangat penting. Boleh dikatakan rakyat nagara ini menggunakan serai hampir setiap hari untuk tujuan masakan dan sebagainya. Jadi dengan itu, serai sangat diperlukan setiap hari. Tidak ramai individu yang mengusahakan perusahaan menanam serai ini. Jadi perusahaan ini sangat mempunyai potensi untuk berjaya dan pastinya membawa pulangan yang lumayan kepada pengusaha tanaman serai.

Serai (Lemon grass) Cymbopogon citrates Famili : Gramineae (poaceae)

Variety Di Malaysia variety tempatan ditanam dan digunakan sebagai bahan perisa bagi makanan dan minuman.

Kesesuaian tanah dan iklim Jenis tanah : Sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan saliran yang kurang baik. Tanah lom berpasir yang bersaliran baik paling sesuai. pH tanah : 5 - 6.5 Iklim : Tropika Hujan : 2500-3000mm/tahun

Amalan kultur Bahan tanaman : Anak berakar

Penyediaan kaw. Tanaman : Kawasan yang telah dibersihkan, dibajak dan digembur. Kadar pengapuran 4 5 t/ha bagi tanah gambut, 1 3 t/ha bagi tanah bris, dan 3 5 t/ha bagi tanah mineral. Kapur ini digaul dalam tanah dua minggu sebelum menanam.

Kuantiti benih : 40 000 batang/ha Jarak tanaman : 0.5 m x 1 m Kepadatan : 20 000 rumpun/ha Cara menanam : 2 3 batang ditanam ke dalam lubang pada musim hujan

Pembajaan

Pengawalan rumpai Dilakukan secara manual di antara pokok setiap bulan

Pengawalan perosak dan penyakit Sehingga kini tiada perosak dan penyakit utama yang menyerang tanaman serai Pengendalian selepas tuai

Aliran pengendalian

Pengendalian Serumpun serai boleh menghasilkan 30 40 batang serai yang boleh dipasarkan. Hasilnya lebih kurang 700 000 batang/ha (13 461.54 kg/ha). Pokok serai boleh dituai lebih kurang 6 8 bulan selepas menanam. Rumpun digali dengan cangkul, akar dan daun dipotong meninggalkan batang dengan upih daun sepanjang 10 15 cm. pembungkusan secara pukal tidak melebihi 30 kg dalam bekas yang kukuh. Beg polietilena (beg plasik), beg kertas dan filem polivinil klorida digunakan untuk pembungkusan runcit.

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN Pengenalan Sayur-sayuran sering ditanam di kawasan rumah atau secara komersial. Sayuran yang ditanam sendiri lebih selamat dimakan berbanding dengan sayuran yang ditanam secara komersial kerana bebas daripada racun. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak. Jenis Sayur-sayuran Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagianbahagian makanan. Jadual Jenis Sayur-Sayuran Bil 1 Jenis sayuran daun Contoh bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan kangkung 2 kekacang kacang botor/kelisa, kacang buncis, kacang tanah dan kacang panjang 3 buah bendi, cili, kundur, terung, petola, timun, tomato 3 akar / umbisi halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi sengkuang, keladi Pemilihan Tapak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya termasuklah; berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.

berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan. di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien.

mempunyai kemudahan infrastruktur. mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika tanah bercerun. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan

mengelakan kecurian Penyediaan tapak Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut: Kandungan nutrien yang rendah kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. Keadaan tanah berasid tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.

Tanah berlempung mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.

Tanah berpasir tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid. Penyediaan batas Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayursayuran seperti : Membuang rumpai dan batu batan Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 25 cm.

Sungkupan Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;

mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.

menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.

mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.

mengelakkan tumbesaran rumpai mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih. bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.

Pemilihan biji benih Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi. Ciri-ciri biji benih yang baik

Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan menjadi tinggi.

Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran


Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan perosak.

Labelkan biji benih supaya mudah dikenali. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

Penyemaian biji benih Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat tiga cara penyemaian: Semaian terus biji benih besar

Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu. Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi : Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan Tanam sebiji atau dua biji selubang Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

Semaian terus biji benih kecil Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus dan lain-lain boleh menggunakan dua cara: Semaian terus ke batas tetap.

Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu Tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah. Beri perlindungan (sungkupan) dan air. Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

semaian biji benih halus di dalam kotak semaian

Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian


penjagaan anak benih lebih mudah anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini memastikan hasil yang bertambah.

anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang sama.

Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.

Menyemai cara semai tabur Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,

tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang nipis. beri perlindungan (sungkupan) dan air. selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada jarak tertentu.

Penjarangan Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi. Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan pisau yang tajam.

Menyulam Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan pengeluaran hasil serta kos akan meningkat. Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih. Penanaman Panaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa diigunakan dalam penanaman sayuran.

Mengubah Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih adalah seperti berikut ;

Segarkan anak benih sebelum diubah Lakukan waktu pagi atau petang Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari tanah pecah semasa mengubah.

Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul tanah di sekeliling akar.

Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar. Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat pegangan yang kuat.

Bekalkan perlindungan dan air. Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

Naungan Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Penjagaan tanaman sayuran Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut: Menyiram Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk kesegahan selsel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai lubang siraman yang halus.

Merumput Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat pembiakan perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayursayuran. Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh dikawal secara kimia.

Membaja Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat. Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK). Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia. Membuat sokongan Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara sayursayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

Mengawal Perosak dan penyakit Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga. Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu tinggi. Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran Penyakit Melecur benih Reput akar Bintik daun Kulat atau bakteria Kulat Pokok layu dan mati Daun dengan bintik perang atau hitam Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam. Agen anak Kulat Simptom Anak benih layu dan mati

Pokok akan layu dan mati Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan mati. Karat batang/ daun Kulat atau lengai Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti akan jatuh.

Memungut hasil Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat kasar. Masa memungut hasil Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.

Panduan Memungkut Hasil Sayuran Sayur-sayuran Sawi Tempoh mula memungut hasil 4 hingga 6 minggu Panduan Cukup besar tetapi belum berbunga Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya muda tetapi belum bertukar menjadi warna

kekuning-kuningan Kacang panjang 6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan tetapi bijinya belum terbunjul keluar Sengkuang 20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning dan gugur.

Cara memungut yang betul ;


memotong dengan pisau / sekatur contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu mencabut contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi. memetik contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain. menggali dengan cangkul/serampang contoh - sayuran jenis akar / umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang dan lainlain.

Memasar Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan seger

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN STOLON (Contoh Tanaman: Rumput Bermuda/Episcia sp) Pisahkan anak-anak tanaman yang tumbuh daripada tanaman induk; Tanam ke dalam pasu atau beg politena; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN RIZOM (Contoh Tanaman: Heliconia sp/Zingiber sp) Potong rizom kepada beberapa potongan kecil dan setiap potongan sekurang-kurangnya mempunyai dua mata tunas; Tanam ke dalam pasu atau beg politena; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

Heliconia sp

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN BEBAWANG (Contoh Tanaman: Hymenocallis sp) Pisahkan anak-anak bebawang yang tumbuh dari bebawang induk; Tanam ke dalam pasu atau beg politena; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

Hymenocallis sp

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN UBI (Contoh Tanaman: Ipomea sp/Ubi) Potong bahagian-bahagian yang mempunyai tunas kepada beberapa bahagian; Celup bahagian ubi yang telah dipotong dengan racun kulat sebelum menanam; Tanam bahagian-bahagian ubi ke dalam medium penanaman; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN UMBISI (Contoh Tanaman: Ananas/Agave) Ambil anak-anak umbisi yang di panggil kormel; Potong anak-anak umbisi; Tanam bahagian-bahagian umbisi ke dalam medium penanaman; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN PEMBAHAGIAN RUMPUN (Contoh Tanaman: Ophiopogon sp) Ambil tanaman yang mempunyai rumpun; Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun; Ambil rumpun yang telah di pecahkan; Tanam ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun; Letakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

Ophiopogon sp

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

KERATAN BATANG LEMBUT: Contoh Tanaman Alternanthera sp


Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau; Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun; Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar; Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang bersesuaian;

Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena.

KERATAN BATANG SEDERHANA: Contoh Tanaman: Hibiscus sp


Ambil bahagian dahan yang baru matang; Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun;

Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar; Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium;

Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

KERATAN BATANG KERAS: Contoh Tanaman: Pokok Simpur

Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan batang yang telah lama matang;

Buat keratan sepanjang 2m atau lebih; Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar; Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu; Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap; Letakkan semaian di tempat yang terlindung; Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

PEMBIAKAN SECARA KERATAN AKAR (Contoh Tanaman: Philodendron sp) Potong akar-akar se panjang 15-30cm; Semai ke dalam medium pengakaran secara tegak atau mendatar; Semai secara tegak tentukan yang bahagian hujung akar itu berada di dalam medium dan bahagian pangkalnya berada di atas medium; Letakkan bahan biakkan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biak serta mencatit tarikh pembiakkan.

PEMBIAKKAN SECARA KERATAN DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp) Keratan daun bolih di akarkan dan kaedah ini sering di lakukan untuk mengakarkan daun berlendir. Terdapat empat cara menyediakan keratan daun:

KERATAN URAT DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp) o Ambil daun yang sihat dan bebas daripada penyakit atau seranggan serangga perosak; o Letakkan di atas medium penanaman dengan memotong urat daun sepanjang 1cm; o Tekan sedikit daun dengan mengunakan pin ke atas medium penanaman supaya urat daun yang di potong dapat bersentuhan dengan medium penanaman;

o o

Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung; Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

KERATAN LAI DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp) o Ambil lai daun dan potong sepanjang 4-5cm; o Semai keratan-keratan yang telah di potong secara tegak atau mendatar di atas medium pengakaran; o Keratan-keratan lai daun yang di semai menegak hendaklah bahagian atas lai daun itu menghala ke atas dan bahagian bawah lai daun di tanam ke medium medium; o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung; o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan. KERATAN TUNAS DAUN (Contoh Tanaman: Lornicera sp) o Ambil daun yang mempunyai tunas ketiak dan sedikit bahagian batang; o Semai keratan ke dalam medium pengakaran dengan cara mencocok keratan sehingga ke paras bahagian lai daun; o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung; o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan. KERATAN LAI DAUN DAN TANGKAI DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp) o Ambil sekeping daun serta tangkai daun; o Tanam bahagian tangkai daun ke dalam medium pengakaran dan bahagian lai daun berada di atas permukaan medium; o Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung; o Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

You might also like