You are on page 1of 4

1

1a. Apakah yang dimaksudkan dengan ontologi, epistemologi, dan aksiologi? Secara umumnya, ontologi boleh didefinisikan sebagai teori kewujudan atau the science or study of being (Crotty, 1998). Dalam erti kata lain, ontologi merupakan sebuah cabang dalam metateori yang menyentuh tentang bagaimanakah dunia ini dibina, adakah dunia yang sebenar/ the real world wujud yang bebas dari pengetahuan kita (Poetschke, 2003).

Cabang kedua dalam metateori ialah epistemologi, yang merupakan teori pengetahuan. Epistemologi, menurut Crotty (1998), melibatkan andaian-andaian mengenai kaedah-kaedah untuk memperoleh ilmu tentang dunia realiti, bagaimana apa yang wujud boleh diketahui, apa yang boleh diketahui dan apakah kritieria yang mesti dipenuhi supaya ia dapat diterangkan sebagai ilmu.

Aksiologi ialah cabang ketiga dalam metateori yang menyentuh mengenai nilai. Firdaus (2005) menerangkan bahawa penyelidik menunjukkan sifat aksiologi mereka di mana mereka menyuarakan nilai-nilai mereka sebagai asas dalam membuat pertimbangan tentang apa penyelidikan yang dijalankan oleh mereka dan cara mereka melaksanakannya.

b. Adakah kedudukan ontologi seseorang terikat dengan kedudukan-kedudukan pada epistemologi dan aksiologinya? Bagaimanakah perkaitannya dan apakah implikasinya terhadap pembangunan teori dan inkuiri kesarjanaan.

Pada pendapat saya, kedudukan ontologi seseorang sememangya terikat dengan kedudukankedudukan pada epistemologi dan aksiologinya kerana menurut Firdaus (2005), konsep-konsep ontologi, epistemologi dan aksiologi yang secara luarannya kelihatan selari adalah terletak di bawah satu bumbung yang sama.

Firdaus (2005) menunjukkan hubungan ini dengan menyatakan sekiranya seseorang yang mempunyai ontologi yang berdasarkan kepada kepercayaan bahawa terdapat kuasa luar yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria manusia, namun ia tetap boleh dijadikan sebagai sumber

ilmu yang penting; iaitu ilmu keagamaan/wahyu. Tambahnnya lagi, tanpa ontologi sebagai asas, tanggapan epistemologi bahawa ilmu boleh diperolehi melalui wahyu akan kelihatan tidak logik.

Di samping itu, Firdaus (2005) mengatakan anggapan ontologi yang sama memberi kredibiliti kepada kedudukan moral aksiologi berdasarkan satu set peraturan kerohanian bahawa yang pendirian epistemologi yang sama di mana ia dipersembahkan sebagai ilmu wahyu. Sekiranya, seseorang individu berpegang kepada kedudukan aksiologi yang sama tidak akan membawa sebarang makna tanpa melayani tanggapan-tanggapan ontologi dan epistemologi.

2a. Apakah andaian-andaian metateoritis yang membezakan ahli teori kritis daripada ahli teori kritis daripada ahli teori interpretivitis dan ahli teori pasca-positivis?

Ahli teori kritis adalah berbeza dengan ahli teori interpretivitis dan ahli teori pasca-positivis dari segi ontologi, epistemologi, dan axiologi. Mengikut Scotland (2012), dari segi ontogi pandangan ahli teori kritis adalah berdasarkan kepada realiti yang boleh difahami (historical materialism). Realiti ini menurut Scotland (2012), datang daripada pelbagai faktor sejarah (sosial, ekonomi, budaya dan jantina) yang secara tidak langsungnya menyumbang kepada struktur-struktur yang terdiri daripada realiti maya. Tambah Scotland lagi (2001), terma realiti maya ini digunakan di sini merujuk kepada ilusi realiti yang membataskan dan menghadkan pemikiran kita. Oleh itu menurutnya, realiti ini perlu dicabar.

Berbeza dengan ahli teori kritis, Thomas (2010) menyatakan ahli teori interpretivitis mempunyai pelbagai realiti yang boleh dikaji dan dibina melalui interaksi-interaksi manusia dan tindakan-tindakan yang berguna. Pandangan ini disokong dengan pandangan interpretif ontologi, Israel (t.t) yang melihat semua realiti sebagai realiti subjektif yang sukar difahami dari perspektif ahli positivis.

Ahli teori pasca-positivis mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli teori kritis dimana mereka dari aliran pemikiran pasca-positivis dipengaruhi dengan paradigma positivis dalam usaha mencari ilmu, yang meletakkan penekanan yang banyak dalam metod saintifik

dalam mencipta dan menguji teori (Firdaus, 2005), kepercayaan terhadap kewujudan dunia yang sebenar di luar sana, dan ia kenyataan sebab dan akibat (causal statement) boleh dibuat (Scotland, 2012). Namun begitu, pada masa yang sama, golongan teorist ini mengiktiraf kenyataan bahawa manusia tidak boleh memahami sepenuhnya tentang realiti. Hal ini kerana terdapat struktur-struktur yang tidak dapat diperhatikan dan apa yang boleh diperhatikan berkemungkinan memberikan maklumat fenomena/struktur serta implikasi-implikasinya. Dari sudut epistemologi, ahli teori kritis berpegang kepada pendirian criticalemancipatory cognitive interests (Miller 2002), di mana analisis kritis adalah penting untuk mengenal pasti ketidakseimbangan dalam dunia sosial, melalui proses refleksi diri. Proses ini melibatkan pengetahuan terhadap cara sejarah dan biografi mengekspresi diri dalam cara seseorang individu melihat dirinya, peranannya dan espektasi (Habermas, 1971). Ilmu yang diperoleh daripada analisis kritis ini membolehkan kepada transformasi perspektif atau perubahan kesedaran diri.

Epistemologi ahli teori interpretivitis adalah berdasarkan pada pandangan social constructionist yang menekankan bahawa budaya dan masyarakat kita memberikan kita alat-alat kognitif untuk membina makna. Fahaman epistemologi ini menegaskan bahawa orang yang berbeza tidak akan mempunyai makna yang sama, walaupun ia adalah berkaitan dengan fenomena yang sama. Misalnya, amalan berhijab atau bertudung pada pandangan wanita Islam adalah dianggap sebagai alat untuk mengekspresi kebebasan diri. Namun begitu, wanita dari negara-negara Barat melihat amalan berhijab sebagai penindasan bagi kaum wanita (Nusrat, 2012).

Dalam epistemologi pasca- interpretivitis, terdapat penerimaan terhadap limitasi-limitasi penyelidik dan kesedaran terhadap kesukaran untuk memisahkan penyelidik dengan subjek yang dikajinya (Lor, 2010). Namun begitu, Lor (2010) mengatakan ahli-ahli teori pasca-

interpretivitis penekanan masih lagi memberikan penekanan terhadap penggunaan metod-metod yang ketat dan seragam untuk mencegah bias penyelidik atau nilai-nilai yang boleh mempengaruhi keputusan kajian.

Nilai memainkan peranan yang penting bagi seorang ahli teori kritis, berdasarkan kedudukannya yang value-laden dalam kontinum aksiologi (Firdaus, 2005). Firdaus (2005) juga menyatakan, nilai-nilai mesti dimasukkan dalam ilmu kesarjanaan kerana nilai-nilai bukan sahaja menentukan apa dan bagaimana dalam pembangunan teori, malah ia menjadi panduan untuk mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik (Miller, 2002).

Walaubagaimanapun, perkara ini adalah berbeza dengan ahli teori interpretivitis dan pascapositivis. Bagi ahli teori interpretivitis, ia adalah mustahil buat sesebuah penyelidikan untuk menjadi bebas nilai. Kepentingan ini dapat dilihat dari segi kedudukan value-bound dalam kontinum aksiologi (Firdaus, 2005). Hal ini kerana semua hasil penyelidikan adalah dipengaruhi oleh nilai-nilai dan teori-teori yang dibawa oleh penyelidik.

Bagi ahli teori pasca-positivis,Lor (2010) mengatakan mereka cuba mencapai aksiologi yang bebas nilai. Namun begitu, ahli teori ini sedar dalam usaha memerhati dan mengkaji dunia sosial, ia adalah sukar untuk memisahkan kenyataan bahawa elemen bias dan nilai-nilai peribadi akan menjejaskan kerja mereka. Walaubagaimanapun, mereka senantiasa mencuba menjadikan objektif sebagai panduan semasa menjalankan penyelidikan.

2b. Bagaimanakah pula konvergens berlaku antara ketiga-tiga perspektif tadi berdasarkan andaian metateoritis? Kon

You might also like