You are on page 1of 58

1.0 Pengenalan Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha.

Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

1.1 KEPENTINGAN IKAN HIASAN Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Di samping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

1.2 BAHAGIAN IKAN

Bahagian ikan. Sirip 1. Membantu ikan bergerak

2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik. 3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus. 4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.

Sisik 1. Meliputi keseluruhan badan . 2. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .

Garis Lateral 1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. 2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain . 3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .

Insang 1. Menyenaraikan spesis ikan hiasan. 2. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.

JENIS-JENIS IKAN HIASAN

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

1. Flower Horn

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia dan

berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2. Rainbow

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur pada tanaman air.

3. Corydoras

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta ikan hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar, ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju. Walaupun ikan ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris, mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

4. Severum

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal dari Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan gemuk dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan. Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 7, suhu air 21 25C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebih besar dari betina. Makanan yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.

5. Diskus

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 30 C.

6. Ikan Emas

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.

7. Ikan Arowana

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan karuhun, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan bony-tongue (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai sungai besar dengan arus yang cukup deras.

8. Ikan Pelaga

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat khususnya kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik dan menarik, ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher

1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivor

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.

1.4 JENIS-JENIS IKAN HIASAN Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara ikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi.

1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:

Warna sisik badan dan sirip yang menarik. Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat. Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif. Manja dan dapat mengenali tuannya. Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.

1.7 Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:

Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapatmenyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.

Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. Tahan terhadap perubahan mutu air. Tahan terhadap serangan penyakit.

2.0 Penyediaan Bekas 2.1 MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut:

Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbon dioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI

1) PEMILIHAN BEKAS Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan). Jenis ikan hiasan. Bilangan ikan hiasan. Saiz ikan hiasan. Saiz akuarium.

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium 2) MEMILIH AKSESORI penyediaan aksesori adalah seperti berikut:

rak

akuarium

lampu

tumbuhan akuatik

filter

pam

kayu

termometer

2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 2830 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin

Langkah 2 Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.

Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5 Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.

Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.

Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah: Masukkan air.

2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

Langkah 1 letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam akuarium dengan air di dalam plastik beg.

Langkah 2 buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium. Langkah 3 setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut. 3.0 Pengurusan

3.1 MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau Loach. Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang pelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,

pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan. 1) Makanan hidup Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan 2) Makanan basah Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusan Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet

3.2 MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.

3.3 MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM 1) pH air pH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.

2) Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati. 3) Bahan beracun Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan . Kerana, ianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik.

3.5 MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DIDALAM AKUARIUM 1) Baja baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. 2) Cahaya cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

3.6 BEKALAN KARBON DIOKSIDA Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

PENJAGAAN IKAN HIASAN

Kolam Ikan Koi/Kap Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau Koi Pond sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar. Seorang pakar koi Pond Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau filter untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat. Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, Japanese Mat, kulit tiram, bio-ring dan crush coral. Aksesori kolam pula seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun koi Pond tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik. Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air. Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm. Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi. Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air.

bila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang semua air ketika membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang berbanding sebelah malam Tip: Kolam ikan koi

Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.

Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam

Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.

Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih hidup.

Kesilapan Biasa Akuarium Baru

Memulakan dengan Akuarium Kecil Akuarium kecik lagi murah, mudah di maintain dan pendek kata senang nak jagalah. Tulah ungkapan yang kami selalu sangat dengar daripada peminat ikan hiasan tropika yang baru berjinak dengan hobi ini. Sebenarnya SALAH! Sebenarnya kalau anda nak tahu, semakin kecik akuarium anda, sebenarnya lagi susah. Sebab apa? Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan anda dalam risiko kematianJadi nasihat kami kepada peminat baru, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter. Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk anda terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan yang kami akan dedahkan kepada anda dalam artikel kami nanti. Memasukkan Ikan dengan Cepat Akuarium dah beli, air dah masuk, anti klorin, batu, pam, lampu dan segalanya dah terpasang..Tunggu apa lagi. Start enjin kereta pastu pergi kedai ikan berdekatan beli 3, 4 ekor ikan yang minat pastu terus balik masukkan dalam akuariumCantiknyatapi besok pergi kedai ikan tu balik cakap kat tokey kedai..Ikan semalam sudah mati..Apasal haa? Situasi lebih buruk yang selalu kami tengok, beli akuarium baru dan terus beli ikan..Maksudnya, pas balik set up masuk air terus masuk ikan..wah bestnya..(30 minit awal) dan selepas 2, 3 jam..dah mati.huhuuhu.. Apa yang salah di sini? Kami tau ramai peminat yang pernah melihat ataupun merasai pengalaman tersebut sendiri..betul tak? Sebenarnya, ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..Jadi, nasihat kami biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar. pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. Lepas tuh, baru masukkan ikan dik..Sabar..

Terlampau Banyak Ikan Serentak Comellah ikan-ikan ni..beli banyak-banyak pastu letak dalam akuarium kat rumah mesti lawa nih..Tauke kasi bungkus 10 ekor..heheheheh..Pastu balik letak dalam akuarium baru anda..keesokan harinya, tengok-tengok..lahhh..5 ekor dah busuk melampung perut atas, 2 ekor tercungap kat muka air, sekor berenang tunggang terbalik, 2 ekor dah kat dasar matisedihnya..Kenapa jadi macam ni? Semalam semua masa beli dan letak dalam akuarium sihat-sihat..

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebab akuarium baru belum betul-betul ready dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium anda. Oleh itu, apa yang anda boleh buat, beli sekor dua saja ikan yang lasak dan belanya dalam masa seminggu dua..Lepas tuh, dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga sifar sebelum masukkan ikan sekor dua dari masa ke semasa. Keywords nya, jangan masukkan terlampau banyak ikan serentak dalam suatu masa.

Akuarium Sesak Alamak, elektrik kat rumah terputusconfirm ikan akan mati tak cukup oksigen. sedihkan sebab elektrik terputus ikan jadi mangsa..Kenapa? Sebab terlampau sesak..Walaupun anda pernah melihat akuarium yang penuh sesak tapi bagi anda yang baru mulakan hobi ini adalah amat tidak digalakkan. Malah, kami sendiri tidak pernah menyesakkan akuarium kami walaupun kami memiliki ikan-ikan air tawar dan marin di kedai..Pernah suatu hari fius bekalan kedai kami telah terbakar dan menyebabkan bekalan terputus selama sehari ketika hari cuti.. besoknya, syukur kerana tiada seekor ikan pun yang mati. Oleh itu, kami nasihatkan kepada anda supaya tidak memasukkan ikan terlampau banyak dalam akuarium anda kerana sudah tentu kandungan oksigen tidak cukup, ikan bergaduh, air cepat kotor dan bermacam lagi dik.. Amalkan konsep mudah kami seinci ikan untuk 5 liter air. Katakan anda mempunyai akuarium bersaiz 3 kaki kaca standard atau 100liter..jadi sekiranya ikan anda minati bersaiz maksimum seinci jadi anda boleh memelihara 20 ekor ikan dan sekiranya 2 inci setiap ekor jadi 10 ekor kesemua ikan yang boleh anda pelihara. Mudahkan..

Memelihara Ikan yang Tidak Bersesuaian Bersama Semasa pergi kedai ikan, anda terpandang ikan oscar veil tail. Mesti kalau beli dan bela bersama ikan emas kat rumah mesti cantik giler..Ekor panjang merambu ramba macam kain baju pop yeh yeh..dan besoknyamana ikan-ikan emas comel kecik aku ni?kenapa tinggal ikan oscar ni je? pening. takkan melompat plak ikan emas perut bulat montel aku ni..mana boley..pastu..selidik punya selidiksiot punya oscar, rupanya dia telan habis. patutlah abis licin ikan emas aku dan perut ko plak kembong semacam.. Situasi di atas adalah antara contoh-contoh kesilapan ramai peminat dan mungkin anda juga termasuk dalam golongan ini..hehheh..tapi sama-samalah kita belajar daripada kesilapan lalu.

Sebabnya, itulah pengalaman saya semasa berumur 4 tahun dahulu dengan ikan-ikan pertama saya..heheheh.. Oleh itu, apa yang kita boleh buat, study dulu ikan-ikan yang kita minat sebelum membuat keputusan membeli. Takut rugi dan tak berbaloi. Study tentang spesis ikan tu boley ke atau tak dengan ikan sedia ada kita. Apa-apa pasal ikan-ikan ni akan kami terangkan dalam artikel yang lain dan konsep mudah dalam memilih ikan mana-mana ikan yang muat ke dalam mulut ikan lain akan berakhir riwayatnya di situ..=)

Terlebih Makanan Ikan ni lapar ni..Setiap kali lalu depan akuarium mesti ikan-ikan ni berenang atas muka air mintak makanan..Sebenarnya tidak benar. Sebab ikan hanya makan apabila perlu sahaja. 2 kali sehari dengan setiap kali makan 2-5 minit sahaja tempoh makannya sedikit demi sedikit. Semasa tempoh akuarium baru di setup, pemberian makanan tidak lebih sekali sehari dan semasa bacaan ammonia tinggi pula hentikan pemakanan sehari dua. Jangan risau sebab ikan mampu bertahan tidak makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri. Penapisan Kurang Sesuai Bang, kenapa akuarium saya selepas seminggu dua mesti keruh walaupun saya gunakan filter? sudahlah filter mahal dan jenis tu baik kata tokey kedai si polan si polan tu.penatlah saya nak mencuci akuarium macam ni..heheheh..banyak kali kami mendengar rungutan, keluhan, dan seumpamanya..sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni. Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tapi tak efektif..konsep mudah, katakan akuarium anda berkapasiti 90 liter, jadi jika anda menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurangkurangnya 270 liter/hour atau 270 liter sejam.

Tidak Memeriksa Kualiti Air Ramai orang beranggapan kenapa perlukan test kit??member bela tak pernah bertest test kit pun.kenapa saya nak bazirkan duit brli semua tuh? kalau anda nak tau, ini kerana akuarium yang telah matang atau telah lama sudah mempunyai kestabilan dari segi parameternya seperti pH, ammonia dan nitrogen..dan selalunya itu pun yang betul-betul peminat tegar,,tak percaya, cuba perhatikan banyak akuarium tropika di negara kita..tak usah jauh, dekat restoran tom yam yang berdekatan rumah anda kalau ada akuarium pun tak bersih, banyak berlumut..itu menandakan nitrit (nutrien penting menggalakkan pertumbuhan algae@ lumut). Oleh itu, bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali dan sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut. Tidak Menukar Air Kenapa air akuarium saya nampak kekuningan? Tengok ikan berenang ok jer..Kalau anda nak tahu, ianya adalah disebabkan kandungan tanin dan hasil buangan ikan serta makanan yang terlarut dalam air. Peminat akuarium baru jarang membuat senggaraan akuarium kerana merasakan leceh dan tidak perlu selagi mana ikan berenang baik. Sebenarnya mudah sahaja, buangan ikan yang terkumpul pada dasar akuarium hanya perlu di siphon kan keluar atau disedut keluar dengan paip dan kemudian digantikan dengan air paip baru yang telah diletakkan anti klorin dalam bekas berasingan.( pastikan bekas/ baldi tersebut tidak digunakan untuk membasuh baju, menukar minyak hitam kereta dan lain-lain kegunaan). Beli baldi biasa yang biasanya dijual dengan harga RM 5 -RM8 dan tulis dengan marker pen di luar dengan perkataan Untuk Akuarium Ikan Sahaja. Oh ya, satu lagi tabiat peminat ikan di negara ini yang terlebih rajin =) adalah dengan menukar 100% air akuarium, mengangkat akuarium ke bilik air atau hadapan rumah untuk dicuci serta membasuh semua batuan/ pasir. Sebenarnya tak perlu pun. Penukaran air sebanyak 25% -50% sebulan sekali sudah cukup untuk memastikan akuarium dan ikan-ikan kesayangan anda sihat dan happy. =)

Cara Membiak Ikan Emas

IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini. IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium. Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering mendapat perhatian ramai.

Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara kecil yang lebih jelas. Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.

Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak pembiakan. Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.

Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 35 jam manakala akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku. Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang diperlukan untuk terus hidup.

Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau flowehorn.

10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif

Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat. Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat. Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya,

air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali. Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga. Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya

ikan Hiasan TOPIK 6: IKAN HIASAN PENGENALAN

1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit . Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung. Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga. Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

2. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

a. Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. d. Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

3. TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :

1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman 2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik 3. Untuk memberikan ketenangan perasaan 4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan 5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuati

4. JENIS-JENIS IKAN HIASAN :

5. CIRI-CIRI IKAN HIASAN :

TOPIK 6.1 PENYEDIAAN BEKAS

4. PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN BEKAS AKUARIUM

5. MENYEDIAKAN AKUARIUM DAN MENGHIAS AKUARIUM

Ikan hiasan tropika mempunyai warna yang cantik dan menarik. Ikan ini sesuai dipelihara di dalam air tawar atau dalam air masin. Tujuan pemeliharaan ikan hiasan :Antara tujuan memelihara ikan hiasan adalah: 1.mengindahkan ruang kediaman 2. memberi ketenangan perasaan setelah penat bekerja 3. menghayati hidupan akuatik semula jadi di dalam akuarium atau kolam yang kita buat 4. menyemai perasaan sayang pada hidupan akuatik 5. mengetahui tentang hidupan akuatik dan cara menjaga air. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan 1. ikan hiasan dipelihara kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa. 2. ciri-ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan adalah dari aspek :a. warna badan yang cantik. b. sisik yang menarik. c. bentuk badan yang pelbagai seperti pipih, panjang, bulat, dan sebagainya 3. warna pada badan ikan berbeza mengikut spesis dan jantinanya. Biasanya ikan jantan mempunyai warna yang lebih jelas dan menarik 4. sisik ikan yang melindungi badan juga berbeza mengikut spesis. Ada ikan bersisik kasar, sederhana, dan halus

Mengenal Bahagian Luar Ikan Mengenali bahagian luar ikan 1. Bahagian ikan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. 2. Setiap bahagian luar ikan mempunyai fungsi tertentu. 3. Yang berikut adalah bahagian luar ikan hiasan.

Bahagian luar ikan:


Sirip dorsal/sirip anal - Membantu ikan bergerak lurus. Sirip kaudal/ekor - Membantu ikan bergerak ke hadapan. Sirip pektoral/sirip pelvik - Berfungsi untuk berpusing, berundur, mengapung, dan mengimbang.

Sisik - Melindungi badan ikan daripada musuh, kecederaan, dan penyakit. Penutup insang - Melindungi insang. Ikan menyerap oksigen melalui insang. Garisan lateral - Berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Dubur - Menbuang najis. Mulut - Untuk makan dan menyedut air untuk mendapatkan oksigen. Mata - Untuk melihat. Ikan tidak mempunyai kelopak mata.

Penyediaan Bekas 1. Bekas untuk memelihara ikan hiasan dinamakan akuarium. 2. Ada pelbagai jenis dan bentuk akuarium seperti yang berikut :

akuarium kaca akuarium plastik akuarium kaca (bulat) akuarium kaca berbadan kayu akuarium kaca berbingkai aluminium

3. Untuk memilih akuarium yang sesuai, anda perlu fikirkan:

jenis, saiz, dan jumlah ikan yang akan dipelihara. lokasi di mana akuarium akan ditempatkan.

Memilih ikan hiasan. 1. Kita haruslah memilih ikan hiasan yang sesuai untuk dipelihara. 2. Antara faktor utama yang perlu difikirkan untuk memelihara ikan hiasan adalah:

ikan yang dipilih mestilah mudah dipelihara. tahan dengan serangan penyakit. tahan dengan perubahan suhu dan mutu air. boleh bercampur dengan ikan jenis lain. saiz ikan yang dipelihara hendaklah sesuai dengan saiz akuarium yang ada.

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik. 1. Tumbuhan akuatik adalah tumbuhan yang hidup di dalam air. 2. Tujuan menanam tumbuhan akuatik adalah:

membekalkan oksigen terlarut di dalam air yang akan digunaklan oleh ikan hiasan. mencantikkan akuarium. menjadikan tempat ikan berehat dan berlindung. menjadi makanan sampingan ikan yang dipelihara.

Jenis-jenis Tumbuhan Akuatik 1. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tumbuhan akuatik yang terapung dan tumbuhan akuatik yang tenggelam. 2. tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air adalah seperti pokok kiambang, pokok teratai, dan keladi bunting.

Pokok kiambang

Pokok Teratai

Pokok keladi bunting

3. Tumbuhan akuatik yang hidup tenggelam di bawah permukaan air pula adalah seperti Cabomba, Red telenthera, dan Java fern.

Cabomba

Red telenthera

Java fern

Menanam Tumbuhan Akuatik Menanam tumbuhan akuatik 1. Tumbuhan akuatik boleh ditanam di dalam akuarium. 2. Tumbuhan akuatik yang ditanam memerlukan cahaya matahari, oksigen, karbon dioksida, dan air yang mencukupi. 3. Cara menanam mencukupi.

Pilih tumbuhan akuatik yang sesuai Bersihkan pasir atau tanah dari akar atau pokok. Ikat pokok akuatik pada kayu buruk dengan menggunakan tali tangsi. Letakkan pokok akuatik yang telah diikat kedalam akuarium yang telah disediakan. Menanam pokok akuatik dilakukan selepas semua bahan hiasan seperti batu, kayu, pasir, air, dan sebagainya dimasukkan ke dalam akuarium.

Menyediakan Dan Menghias Akuarium 1. Sediakan sebuah akuarium untuk memelihara ikan hiasan. 2. Peralatan asas yang diperlukan dalam sebuah akuarium adalah pam udara dan penapis. 3. Kepingan polisterina diperlukan sebagai alas akuarium yang dibuat dari kaca supaya tidak mudah pecah. 4. Pam udara berfungsi mengepam udara yang mengandungi oksigen dalam air di akuarium. 5. Udara yang ada di dalam air akan mengekalkan suhu air dan membekalkan oksigen yang cukup kepada ikan. 6. Penapis diperlukan untuk menapis kekotoran yang terdapat di dalam air akuarium. 7. Cara menyediakan sebuah akuarium untuk memelihara ikan hiasan adalah seperti yang berikut:

sediakan bahan dan kelengkapan akuarium. bersihkan akuarium dengan menggunakan span. bersihkan bahan hiasan seprti batu, kayu buruk, dan pasir dengan menggunakan air bersih.

letakkan alas di bahagian dasar akuarium. Kemudian masukkan pasir, batu, kayu buruk, dan pasir akuarium.

pasangkan pam udara dan penapis pada akuarium. masukkan air dan bahan antiklorin ke dalam air jika menggunakan air paip.

Pengurusan 1. Ikan hiasan yang telah ditempatkan di dlam akuarium perlu diurus dan dijaga setiap masa. 2. Kerja mengurus dan menjaga ikan hiasan termasuklah:

memberikan makanan. membersihkan akuarium, menukarkan air, dan mencuci penapis. menjaga tumbuhan akuatik. mengenal, mencegah, dan merawat penyakit ikan.

Mengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan 1. Ikan memerlukan makanan seimbang untuk hidup sihat, cergas, aktif, dan tidak mudah diserang penyakit. 2. Makanan ikan membekalkan karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, dan vitamin yang diperlukan oleh ikan. 3. Makanan terbahagi kepada dua iaitu makanan semulajadi dan makanan berproses. 4. Makanan semulajadi pula dalam bentuk hidup, basah atau kering. 5. Contoh makanan yang hidup adalah anak ikan ,anak udang, serangga, ulat roti, cacing jentikjentik, rumpai air, lumut, dan plankton. 6. Makanan basah seperti hati lembu, kerang sayuran seperti salad dan bayam. 7. Manakala makanan kering pula adalah makanan yang telah dikeringkan seperti cacing yang telah diawet dan roti.

Jenis makanan mengikut spesies ikan. 1. Ikan hiasan yang dipelihara memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, vitamin, dan air secara seimbang. 2. Ikan yang mendapat makanan yang seimbang akan sentiasa sihat, cergas, aktif, dan tidak mudah diserang penyakit. 3. Jadual yang berikut menunjukkan jenis-jenis makanan yang sesuai mengikut spesies ikan.

Makanan hidup/makanan basah- tiger barb, discus, guppy, kelisa Makanan kering- scissortail, rasbora, bala shark, molly Makanan rumusan- tiger barb, angelfish.

Kekerapan memberi makanan 1. Ikan hiasan di dalam akuarium perlu diberi makan tiga kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, dan petang. 2. Beri makan ikan secukupnya tetapi jangan berlebihan. 3. Tukar jenis makanan dari masa ke semasa. 4. Elakkan memberi makanan secara berlebihan kerana hal ini akan mengotorkan air akuarium.

Kandungan mutu air akuarium. 1. Air adalah sumber utama di dalam akuarium untuk ikan hidup. 2. Untuk memastikankan ikan hidup sihat kita mestilah mengetahui beberapa perkara mengenai mutu air, kebersihan air, kandungan pH air, suhu air, dan kandungan oksigen dalam air.

Kebersihan air 1. Air untuk memelihara ikan diperoleh dari pelbagai sumber seperti air sungai, air tasik, air hujan, dan air paip. 2. Air yang digunakan untuk untuk memelihara ikan di dalam akuarium mestilah bersih dari kekotoran, bahan kimia, racun, dan bakteria. 3. Air paip mengandungi klorin yang tidak sesuai untuk ikan hidup. Oleh itu kandungan klorinnya perlu dinyahkan dengan menggunakan bahan antiklorin.

Kandungan pH air 1. Kadar kemasaman air ditunjukkan oleh kandungan pH. 2. Air menjadi masam kerana mengandungi asid yang tinggi. 3. Kandungan asid di dalam air dapat diketahui dengan menguji air menggunakan meter pH atau kertas pH. 4. Air yang sesuai digunakan untuk memelihara ikan di dalam akuarium adalah yang mempunyai nilai pH antara 6.5 - 7.5. 5. Air yang mempunyai pH kurang dari 6.5 dan melebihi 7.5 tidak sesuai untuk memelihara ikan di dalam akuarium.

Suhu Air 1. Ikan hiasan sesuai hidup di dalam air yang mempunyai suhu bilik. 2. Suhu bilik adalah sekitar 26'C hingga 27'C. 3. Ikan akan mati jika dipelihara di dalam air yang mempunyai suhu yang tinggi atau terlalu rendah.

Kandungan oksigen 1. Oksigen yang terlarut di dalam air membolehkan ikan bernafas. 2. Ikan memerlukan oksigen yang mencukupi untuk bernafas. 3. Oksigen di dalam air diperoleh dengan cara udara yang ada di sekeliling, dari tumbuhan akuatik yang ditanam di dalam akuarium, dan dari pam udara yang dipasang. 4. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium pula akan menggunakan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh ikan hiasan untuk proses fotosintesis.

Pembersihan akuarium 1. Oksigen dan aksesorinya akan menjadi kotor setelah beberapa lama digunakan. 2. Kekotoran dalam akuarium akan menjejaskan kandungan oksigen dan kualiti air. 3. Akuarium menjadi kotor kerana najis ikan, makanan berlebihan, lumut, bakteria dan kutu air. 4. Akuarium yang kotor perlu dibersihkan. 5. Cara membersihkan akuarium adalah seperti yang berikut:

matikan punca bekalan elektrik. bersihkan dinding akuarium dengan dengan menggunakan span bersih. keluarkan 2/3 bahagian air yang kotor dari akuarium dengan menggunakan hos getah keluarkan semua aksesori yang terdapat di dalam akuarium dan bersihkan. Kemudian masukkan semula ke dalam akuarium setelah dibersihkan.

bersihkan penapis dari kotoran dan jika perlu ganti span penapis dengan yang baru. isi akuarium yang telah dibersihkan dengan air bersih. Campurkan bahan antiklorin mengikut sukatan yang betul jika menggunakan air paip.

Penyakit ikan hiasan 1. Ikan hiasan di dalam akuarium boleh diserang penyakit. 2. Ikan yang diserang penyakit boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang dapat diperhatikan seperti yang berikut:

murung dan pasif. badan yang kurus. warna badan pudar dan pucat. sirip-sirip ikan longlai atau koyak. ada kesan luka, kulat atau bintik-bintik.

3. Punca ikan hiasan mandapat penyakit adalah kerana:

serangan bakteria, kulat dan parasit yang terdapat di dalam akuarium. air yang kotor. suhu air yang terlalu rendah atau tinggi. kekurangan vitamin pencegahan penyakit. terdapat ikan pembawa penyakit.

Penjagaan tumbuhan akuatik 1. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium perlu dijaga supaya hidup sihat untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen di dalam air. 2. Penjagaan tumbuhan akuatik melibatkan penjagaan air yang bersih, membaja, membekalkan cahaya, dan membekalkan karbon dioksida. 3. Cahaya diperlukan oleh tumbuhan akuatik untuk proses fotosintesis. Oleh itu gunakan lampu akuarium yang sesuai untuk membekalkan sumber cahaya di dalam akuarium. 4. Gas karbon dioksida juga diperlukan oleh tumbuhan akuatik untuk proses fotosintesis. Gas ini dapat dibekalkan dengan menggunakan alat khas. 5. Elakkan membekalkan gas karbon dioksida secara berlebihan kerana ia akan menjejaskan kehidupan ikan di dalam akuarium.

Penyediaan Bekas Jenis-jenis Akuarium :

1. Akuarium kaca 2. Akuarium plastik 3. Akuarium kaca bulat 4. Akuarium kaca berbadan kayu 5. Akuarium kaca berbingkai aluminium 6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang

Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Tumbuhan Akuatik Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium Kepentingan: 1. Membekalkan oksigen kepada ikan 2. Menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. 3. Tempat ikan berlindung daripada bahaya 4. Menjadi makanan kepada ikan herbivor

Pengurusan Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : Sistem pengudaraan

Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : Perawatan air

Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria. Hiasan dalam akuarium Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan ikan berasa dihabitatnya

Diantara Hiasan Akuarium: Aksesori Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Makanan Ikan: Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. c. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium. Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan: Makanan hidup Makanan kering Makanan basah Makanan rumusan. a. Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Penyakit Ikan

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut : Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :

a. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

You might also like