You are on page 1of 56

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 1 TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

1.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. 1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting 1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1.3 Kerangka Tujuan Pemeliharaan Ikan Hiasan Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan. Kegiatan ini memerlukan pengawasan dan penjagaan yang rapi pada keseluruhan atau sebahagian dari proses pembiakan, pengasuhan anak-anak ikan dan pembesaran atau pemeliharaan mengikut saiz untuk mendapat keuntungan ekonomi atau pun sosial sekiranya dilakukan secara intensif. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang. Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang.Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Dengan adanya sifat keperihatinan seperti ini dapat mewujudkan suasana kasih sayang terhadap ikan hiasan yang dipelihara. Memelihara ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kerana ia dapat menjana ekonomi seseorang. Aktiviti memelihara dan menjual ikan hiasan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha ikan hiasan. Faedah Pemeliharaan Ikan Hiasan Melalui kaedah penjagaan yang memerlukan ketelitian dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ikan emas dan arowana umpamanya menjadi lambang kemewahan dan tuah kepada pemiliknya melalui sisiknya yang keemasan dan sifatnya yang agresif. Ada juga ikan yang diguna untuk merawat penyakit atau membuang parasit dan kotoran. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan diminati kerana sifat-sifat unik dan menarik pada ikan hiasan itu mampu menarik perhatian seseorang.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Ada beberapa tujuan dan faedah memelihara ikan hiasan. Memelihara ikan hiasan dikaitkan sebagai satu hobi yang unik.Hubungan sosial antara pemelihara dapat mempereratkan hubungan dalam bertukar pendapat dalam pengetahuan mengenai ikan hiasan. Dari segi emosi, ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran seseorang. Kepelbagaian ikan-ikan hiasan dengan tabiat hidup yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan yang rapi dan teliti. Ciri Istimewa Ikan Hiasan Ciri-ciri istimewa ikan hiasan boleh dilihat melalui warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan dan jantina. Pemeliharaan ikan hiasan semakin menjadi satu kegiatan popular dan mampu memberii pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan. Kebanyakkan ikan diselaputi oleh sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ikan hiasan terkenal dengan beberapa ciri istimewa. Antaranya: a. Pergerakan Ikan mempunyai pergerakan unik contohnya ikan mas yang bergerak perlahan dan mengasyikkan apabila kita memerhatikannya. b. Sisik Ikan hiasan mempunyai sisik yang cantik dan pelbagai warna mengikut spesis. Sisik nipis berlendir berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria dan serangan penyakit. c. Saiz Terdapat ikan hiasan yang kecil dan ada yang besar seperti ikan Kelisa mempunyai saiz badan yang besar manakala ikan Guppy mempunyai saiz yang kecil. d. Sirip Ada ikan sirip pendek dan ada yang sirip panjang e. Bentuk badan Ikan hiasan mempunyai pelbagai jenis bentuk badan seperti pipih,gemuk, pendek dan panjang. Ikan Tiger Barb mempunyai bentuk badan pipih. f. Warna badan Badan ikan hiasan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. g. Cara makan Ikan hiasan mempunyai bebeapa jenis spesis dan habitat. Terdapat ikan hiasan yang makan makanan hidup dan makanan kering.Contoh ikan Tiger Barb makan makanan rumusan dan makanan hidup. iaitu

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

h. Jantina Terdapat beberapa perkara yang membezakan jantan atau betina ikan hiasan seperti bentuk badan, warna dan saiz ikan. Ikan Angelfish dibezakan melalui bentuk badan.Ikan jantan lebih besar dan perut pipih. i. Cara pembiakan Ikan membiak dengan dua cara iaitu bertelur dan beranak. Tiger barb dan Guppy merupakan spesis yang beranak. Di anggarkan setiap kali kelahiran sebanyak 40-50 ekor anak ikan terhasil.Ikan Arowana bertelur dan dieram di dalam mulutnya sehingga menetas menjadi anak ikan. Ikan hiasan biasanya bertelur di celah-celah tumbuhan akuatik.

Sirip Dorsal Sisik Garisan Lateral Sirip Pektoral Mata Sirip Kaudal Mulut

Penutup Insang Sirip Anal Rajah Bahagian-bahagian luar ikan Tabiat Dan Keperluan Kehidupan Ikan hiasan tergolong dalam 4 kumpulan tabiat makan iaitu I. II. III. IV. ikan herbivor (pemakan tumbuhan), ikan karnivor (pemakan haiwan, terutama sekali memakan haiwan hidup), ikan detritivor (pemakan detritus atau bahan organik) ikan omnivor (pemakan segala macammakanan). Sirip Pelvik

Kebanyakan ikan hiasan adalah ikan herbivor dan omnivor. Makanan yang diberi mesti bersesuaian dengan tabiat makan ikan. Kualiti air bagi ikan hiasan tropika perlukan suhu air berada pada julat 25 C 35 C . Ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4 C- 25 C. Suhu diukur dengan meter termometer. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang, bergerak ,mencari makanan dan melihat objek lain.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Fikir dan senaraikan kepentingan ikan hiasan. Muatkan himpunan maklumat berkenaan di dalam folio anda. Pada pendapat anda, mengapa ikan hiasan menjadi satu kegemaran/hobi yang sangat popular dewasa ini?

Anda diminta menghubungi seorang pembekal ikan hiasan terdekat/pakar untuk menerangkan perkembangan industri ini di Malaysia.

Jenis-Jenis Ikan Hiasan Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa sepsis ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Bil 1

Famili Cyprinidae

Spesis seluang (Rasbora), ikan mas,kap

Barb

Ciri-ciri Utama Kecil, berbadan mampat, besesunngut. Tiada adipos fin dan gigi Ekor terbuka dan berbentuk fork Badan bersisik dan bergerak Pantas Kepala tanpa sisik Terdapat di Afrika, Amerika Utara, sebahagian besar dari Asia Tenggara

Bil 2

Famili Chichildea

Spesis Angel

Ciri-ciri Utama Hanya sepasang lubang hidung Hanya satu dorsal fin (long base) Sirip ekor bulat

discus

oscar

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Charachidae

Semua jenis ikan Tetra

4.

Belontiidea

Ikan pelaga Siam (Betta splendens),

Seakan ikan barb Tiada sesungut Ada gigi dan adiposfin Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah Berbadan lebar dan mampat

Sirip anal yang panjang Mempunyai aksesori respiratory

organ untuk bernafas di udara. Gourami biru (Trichogaster trichopterus), Terdapat di Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat.

Dwarf Gourami (Colisa lalia)

5.

Pociliidae

Livebearing tooth carps Melahirkan anak Sedikit persamaan dengan Guppy. mamalia.

Sward tail

Platy

Catfish Families

Coridoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva)

Suckermouth bersesunggut

Jadual Spesis-spesis Ikan Hiasan

Hasilkan sebuah buku skrap yang mengandungi kepelbagaian spesis ikan hiasan yang dikumpul mengikut famili dan tabiat kehidupannya. 5

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Soalan Tutorial:

Senaraikan semua masalah yang anda hadapi semasa proses pengurusan tumbuhan hiasan dan pengurusan ikan hiasan yang anda jalankan di sekolah. Bincangkan nanti bersama tutor semasa sesi tutorial. Pilih salah satu tajuk dalam unit 7.0. Sediakan Rancangan Pelajaran Harian RPH lengkap. Pilih pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang sesuai. Kemukakan hujah yang munasabah mengapa anda memilih keempat-empat aspek berkenaan.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 2

DOKUMEN DAN PENYIMPANAN REKOD

1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 1.2.2 Menyenarai jenis-jenis, ciri dan kepentingan dokumentasi dan rekod. Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1.3 Kerangka Konsep Tajuk 2

Jenis Dokumentasi dan penyimpanan rekod Kepentingan

Jenis Rekod Rekod bererti tulis, catat, rakam serta daftar. Sebarang catatan atau sekumpulan dokumen yang mengandungi maklumat yang mempunyai kaitan antara satu sama lain yang diwujudkan dalam sesuatu urusan serta wujud dalam apa jua bentuk. Rekod diurus dengan cara memelihara rekod kekal, memisah dan memindah rekod tidak berguna, menyelia dan latih staf serta membuat semakan dari semasa ke semasa sistem rekod. Bagi industri pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan antara dokumen yang perlu adalah rancangan bajet yang merangkumi semua keperluan kewangan bagi menjalankan aktiviti tersebut. Semua anggaran bajet, kos perbelanjaan dan pendapatan dicatat dalam rancangan tersebut. Selain itu perlu juga direkod program pembiakan yang dijalankan, rekod induk dan anak serta rekod inventori alatan dan stok supaya semua maklumat sentiasa dikemaskini dan dapat digunakan sebagai rujukan bila perlu. Manakala rekod kewangan merupakan rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan. Rekod kewangan berguna bagi mengurus atau mengawal perbelanjaan, menilai prestasi ladang, mengetahui jumlah pemiutang, menilai aset yang ada dan menilai liabiliti yang ditanggung. Ia merangkumi tentang segala urusniaga yang dilakukan oleh pengurusan ladang meliputi catatan seperti kos pembelian baja, biji benih, racun serta makanan untuk haiwan. Selepas hasil pengeluaran dijual, rekod jualan akan dicatatkan. Semua ladang perlu menyimpan rekod aktiviti di ladang. Semua rekod yang disimpan hendaklah dikemaskini dan diselenggarakan dengan mengambil kira semua elemen penting seperti yang terdapat dalam rekod ladang.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Kepentingan Rekod Pihak pengurusan dapat menggunakan rekod yang ada bagi merancang masa depan ladang, mengira pendapatan bersih, mengubahsuai ladang dan dapat mengenal pasti sesuatu masalah dan tindakan yang tepat dapat diambil. Belanjawan ladang merupakan rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. Bagi menyediakan belanjawan ladang kita perlu mengetahui harga pasaran hasil seperti harga di ladang, harga borong dan harga runcit. Selain itu perlu mengetahui sumber pengeluaran yang ada seperti tanah, pekerja, modal dan pengurusan. Kos sumber pengeluaran bagi tanah, modal dan pekerja juga perlu diketahui. Pemilihan bidang usaha berdasarkan kepada keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur.

Dapatkan contoh-contoh borang bagi catatan dalam buku rekod sesebuah ladang penternakan. Semua maklumat perlu disimpan dalam folio.

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 3

TEKNOLOGI HIASAN

PEMELIHARAAN

HAIWAN

KESAYANGAN DAN

IKAN

3.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan. 3.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting 1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 3.3 Kerangka Faktor Pertimbangan Untuk Pemilihan Jenis Haiwan Tujuan Pemeliharaan Sebagai hobi, perniagaan, sumber pendapatan dan lain-lain. Untuk tujuan perniagaan, perlukan tempat, kawasan yang luas, kuantiti yang lebih banyak berbanding pemeliharaan sebagai hobi. Kucing, hamster sesuai untuk kanak-kanak, penyelengaraan mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Gaya Hidup Bakal Pemelihar Gaya hidup yang sibuk, sentiasa out station dan lain-lain. Gaya hidup yang sibuk mungkin menyebabkan kebajikan haiwan peliharaan dan ikan hiasan akan terabai. Waktu pemberian makanan tidak menentu, sangkar tidak dijaga dengan rapi dll. Pemelihara yang tidak penyayang, akan menganiaya haiwan. Tabiat semula jadi haiwan Ada haiwan yang lincah dan menjadi haiwan penggerit seperti hamster. Selain itu ada juga haiwan kesayangan yang mungkin di bela kerana ianya manja, licik, mencakar, pemangsa, garang dan berani.

Kos Kos membeli atau membina sangkar, tempat tinggal bagi haiwan yang memerlukan sangkar. manakala ikan perlukan bekas atau akuarium dan aksesori. Makanan dan makanan sampingan serta perubatan juga memerlukan kos tertentu. Sesetengah haiwan perlukan alat permainan dan lain-lain keperluan. Pemelihara perlu ada kemampuan menyediakan tempat tinggal dan kemudahan yang sesuai untuk ikan hiasan dan haiwan kesayangan. 9

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Masa Penjagaan rutin, memberikan makanan, minuman, membersihkan sangkar dan peralatan lain seperti permainan hamster memerlukan masa dan tenaga. selain itu kita juga perlu membersihkan haiwan itu sendiri dan membersihkan akuarium, air serta aksesori. Ruang Kita perlu ruang yang mencukupi untuk menempatkan sangkar atau akuarium. Jika memelihara untuk perniagaan kita perlukan kawasan yang lebih luas untuk menempatkan akuarium mahupun sangkar.

Haiwan peliharan lain yang sedia ada Jika ingin memelihara ikan hiasan, haiwan peliharaan yang sedia ada seperti kucing perlu diberi perhatian. Begitu juga dengan hamster, anjing peliharaan, burung dan arnab . Ciri-Ciri Haiwan Yang Perlu Diperhatikan Semasa Pemilihan. Baka Terdapat berbagai jenis baka haiwan mahupun ikan. Pemilihan baka bergantung kepada kegemaran pemilik, keperluan tertentu, kesesuain cuaca, sifat dan personaliti haiwan, perlakuan, tabiat, kos dan sebagainya.Ada pemilik yang menyukai anjing besar berbanding kecil, begitu juga dengan kucing, di mana lebih ramai menyukai kucing baka Parsi yang cantik dan berbulu panjang. Namun begitu,tidak semua jenis ikan kecil mudah dijaga terutama dari segi pembiakan. Bagi hamster, setiap baka mempunyai keunikan, kelebihan dan kelemahan. (a) Hamster siria Ia murah dan memerlukan penjagaan rumit berbanding jenis lain. Tubuh besar, perlukan sangkar lebih luar, makanan lebih banyak, penggantian serbuk kayu lebih kerap. Kepelbagaian warna, mudah dijinakkan.

10

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

(b) Hamster campbell rusia

Hamster mini yang mudah ditemui . Tubuh kecil, tidak perlukan sangkar besar. Agak susah dijinakkan dan bersifat agresif dibanding hamster lain. namun begitu, ia boleh dijinakkan dengan kesabaran dan waktu yang lebih lama. (c) Hamster winter white rusia

Mudah dijinakkan, oleh itu, menjadi pilihan mereka yang baru berjinak-jinak dalam memelihara hamster, juga sesuai untuk kanak-kanak. Tidak memerlukan tempat yang besar dan tidak perlukan makanan banyak. Tetapi hanya memiliki 2 warna iaitu kelabu dan putih. Kurang menarik.

(d) Hamster roborovski

Hamster yang terkecil di kalangan keluarga hamster. Sangat lincah, sukar dipegang. Menjadi pilihan kebanyakan penggemar hamster kerana tubuhnya kecil dan mukanya yang unik.

Jantina Jika membeli seekor, jantina tidak menjadi masalah. Jika membeli 2 ekor,jantina perlu diberi perhatian. Jika mahukan anak-anak hamster, jantian berbeza. Hamster jenis haiwan yang mudah membiak. Jika sepasang hamster diletakkan dalam sangkar sama, dalam masa sebulan, akan mendapat 6-8 ekor anak hamster. Cara membezakan jantina adalah hamster dewasa pada jantan, kelihatan testikal, hemster betina mempunyai putting susu. 11

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Peringkat Umur Bagi hamster, pilih hamster berusia antara 4 10 minggu. Pada usia ini, hamster masih muda dan mudah dijinakkan. Hamster muda mudah bercampur dengan hamster lain jika ingin memelihara lebih dari seekor hamster. Jika memilih berumur lebih 10 minggu, pilih jenis yang telah dijinakkan. Jangan memilih hamster di bawah usia 4 minggu kerana ia baru dipisahkan dari ibunya, risiko kematian, kekurangan zat kerana kekurangan air susu ibu. IKAN PELIHARAAN Ciri-ciri istimewa Ikan flowerhorn mempunyai rupa bentuk yang istimewa. Ikan kelisa berharga mahal. Ikan koi mempunyai ekor yang pendek. Bagi hamster ia mempunyai muka yang menarik. Bentuk luar badan haiwan Ikan hiasan mempunyai bentuk unik yang meliputi tubuh pipih, bulat, pendek dan panjang. Ada yang sirip berjuntai, normal, mata besar dan menonjol. Corak warna dan jumlah warna. Ikan flower horn punyai bentuk istimewa. Ikan koi punyai ekor pendek.Bagi hamster bulunya sepatutnya lembut dan mata dan hidungnya perlulah bersih. Nafasnya tidak bising. Kesihatan Haiwan Pilih haiwan yang sihat dan tidak berpenyakit. Hamster yang sihat dapat dilihat dari penampilan, kelincahan, keadaan sangkar dan kandungan makananya. Dua ciri penting dalam menilai kesihatan hamster ialah keadaan mata dan bulunya. Mata yang bersinar dan bersih dengan kelopak mata yang tidak melekat. Bulunya lembut, tebal serta bersih. Bulu yang kotor atau basah di bahagian ekor merupakan salah satu tanda hamster dijangkiti penyakti diarea. Sebahagian besar kematian hamster disebabkan penyakit di area. Ikan hiasan menunjukkan tanda tertentu jika diserang penyakit. Contoh1 : Penyakit Bintik Putih

Tanda : kemunculan bintik putih di sekeliling badan ikan,ikan kelihatan resah, suka bersembunyi, hilang selesa makan, suka berada di dasar akuarium dan suka menggesel badan pada objek.

12

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Contoh 2 - Penyakit Argulosis

Penyakit kerap menyerang ikan koi dan ikan mas. Ia disebabkan oleh parasit yang disebut kutu. Ikan yang dijangkiti menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir badan yang disedut keluar oleh parasit.

Kesempurnaan pergerakan haiwan Bagi hamster ia bergerak aktif pada waktu malam. Ia akan memusingkan diri dalam roda permainan, memanjat dan berlari di dalam terowong. Hamster yang tidak berlari dan tidak aktif berkemungkinan akan menjadi lumpuh. Elakkan dairpada memilih hamster yang tidak aktif. Pilihlah hamster yang berjaga-jaga dan aktif. Ikan hiasan yang berenang dengan bebas serta lincah menunjukkan ia aktif.

Buat satu lawatan ke kedai haiwan peliharaan atau kedai ikan hiasan. Fikir ciri-ciri haiwan yang anda pilih sebelum membeli haiwan peliharaan di kedai tersebut.

13

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 4

REKA BENTUK PERUMAHAN DAN PERALATAN PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN

1.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan 1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting 1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1.3 Kerangka Pemilihan Alat Kelengkapan Dan Bahan-Bahan Dan Ciri-Cirinya. Sangkar (hamster) Ukuran yang sesuai minimum 25 x 30 cm, cukup tinggi menempatkan roda mainan. Semakin besar sangkar, semakin baik. Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi dilengkapi dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang disyorkan adalah alas diperbuat dari plastik. Bentuk sangkar- segiempat kerana hamster mempunyai kecenderungan membuat sarang, menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza. Penutup sangkar diperbuat dari batang-bantang besi agar hamster berlatih memanjat. Penggunaan sangkar kayu tidak sesuai kerana hamster haiwan menggerit dan mempunyai gigi tajam- sangkar rosak dan tidak selamat untuk didiami. Akuarium boleh digunakan sebagai sangkar alternatif. Sangkar akuarium diperlukan untuk hamster bunting hingga proses melahirkan kerana sangkar yang berjeriji besi menyebabkan anak hamster yang baru lahir terkeluar dan jatuh dari sangkar. Bekas makanan dan minuman Bekas makanan dari plastik. Botol minuman yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat hujungnya. Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai kerana mudah tumpah. Hamster sukakan air, oleh itu, bekas seperti ini membahayakan hamster. Untuk mengalas sangkar hamster gunakan sebuk kayu. Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang. Ia perlu diganti secara rutin.Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan pembersih.

14

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor. Makanan Hamster adalah haiwan omnivor. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian, kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. Hamster perlukan 18% protin, oleh itu jangan beri makanan arnab kerana arnab hanya perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antic oksidiosis yang berbahaya kepada haiwan lain. Makanan yang tidak boleh diberikan adalah makanan yang sudah diletakkan perisa, jeruk dan makanan berkarbonat, makanan manis, coklat dan gula-gula. Makanan anjing/kucing tidak sesuai kerana memiliki protin terlalu tinggi. Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad ,tomato, pisang, pear, anggur, tembikai, kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan kepada hamster sebagai makanan sampingan. Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil. Pemberian berlebihan menyebabkan masalah sisitem pencernaan, kekurangan zat dan menyebabkan kematian. Kesalahan yang sering dilakukan dalam pemberian makanan hamster ialah pemberian sayur atau buah sebagai makanan utama dan ditambah dengan biji bunga matahari. Ini mengakibatkan masalah keseimbangan gizi hamster. Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal. Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan, sangkar akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap. Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai. Biji bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi, protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat. Lebihan minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan kematian ibu atau anak. Kekurangan kalsium sebabkan gigi dan tulang rapuh. Kualiti makanan akan menentukan kualiti hamster. Pemberian makanan yang baik membantu hamster membesar dengan sihat, tubuh sempurna, bulu lembut bersinar dan melahirkan anak sihat.Oleh itu, jangan mudah memberi makanan tidak sesuai, walaupun terdapat penambahan vitamin. Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Selain makanan siap, makanan hamster boleh dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap.

Bahan Bedding Untuk mengalas sangkar hamster. Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang.Perlu diganti secara rutin. 15

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan juga bulu hamster kelihatan kotor. Permainan Alat paling digemari adalah roda berputar. Saiznya perlu diberi perhatian, roda berputar berdiameter kecil menyebabkan luka yang serius di belakang hamster. Contoh permainan lain adalah lorong diperbuat dari plastik, memerlukan sangkar luas ataupun sangkar khusus, membersihkan permainan ini perlukan masa lama. Hamster gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit. Sediakan kayu atau kadbod yang dapat digigit hingga habis.

Penyediaan Sangkar Dan Peralatan Pembersihan dan membasmikan kumankan peralatan Buang semua serbuk kayu yang terdapat di dalam sangkar. Jika masih bersisa, menyebabkan penyakit kepada hamster terutama yang disebabkan kulat. Bersihkan dengan menggunakan sabun dan semburkan ubat anti bakteria pada sangkar. Ini untuk membunuh bakteria dan kulat yang tumbuh di serbuk kayu yang lembap atau pada bekas makanan. Keringkan sangkar dengan betul dengan mengelap atau menjemur di bawah matahari supaya cecair pembersih tidak dimakan oleh hamster. Bersihkan semua kelengkapan yang terdapat di dalam sangkar. Kebiasaannya, permainan hamster boleh dibuka dan dipasang dengan mudah. Cuci bekas makanan dan botol minuman sekerap yang mungkin supaya hamster sihat. Penyediaan sangkar Buka bahagian atas sangkar dan letakkan serbuk kayu di dalamnya. Ramas-ramas agak serbuk tidak bergumpal. Ratakan sehingga menutupi permukaan sangkar setinggi 2-3 cm. Atur semua aksesori dan permainan hamster dalam sangkar mengikut kemahuan. Isikan bekas makanan dan botol minimum. Berikan makanan hamster secukupnya. Makanan berlebihan sebabkan pembaziran. Hamster suka makanan segar dan baru. Makanan diberi mengikut keperluan dan diganti sekerap mungkin. Sisa makanan dibuang sebelum diisi kembali. Botol minuman dibersihkan 3 hari sekali. Pasang bahagian atas sangkar dan letakkan hamster di dalamnya. Pintu sangkar ditutup untuk elakkan hamster keluar. Pada peringkat awal, hamster akan memeriksa seluruh isi sangkar. Setelah selesa, hamster mula bermain dan tidur. Kelengkapan dalam sangkar Bekas makanan dan botol minuman adalah kelengkapan yang paling penting. Selain itu hamster boleh di berikan rumah-rumahan, roda berputar, tempat mandi dan tandas merupakan peralatan tambahan. Tempat mandi merupakan sebuah bekas segiempat yang diisi air dengan pasir khas 16

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

untuk hamster.Tempat mandi berfungsi seperti bilik air manusia, iaitu hamster buang air dan mandi pasir. Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Sangkar Keamatan cahaya Jangan dedahkan haiwan pada cahaya panas terik. Jangan pula meletakkan haiwan di tempat gelap. Keadaan di atas menyebabkan haiwan kesayangan merasa tidak selesa. Suhu, pengudaraan dan lembapan Suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18-22C. Haiwan peliharaan yang lain, tempatkan di suhu bilik. Penurunan suhu secara berlebihan ataupun udara yang panas menyebabkan hamster dijangkiti selsema. Pengudaraan yang baik, tingkap, tidak terkurung. Kelembapan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kelembapan yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan jangkitan penyakit (kulat) pada hamster. Terlindung dari hujan (tidak selamat dan menyebabkan kelembapan tinggi). Kebisingan Haiwan seperti hamster tidak boleh terkejut kerana hamser yang terkejut bertindak mempertahankan dri. Pendengaran hamster amat tajam, oleh itu, elakkan meletakkan hamster di tempat yang bising. Bagi haiwan kesayangan lain seperti kucing, jangan letakkan berhampiran dengan anjing kerana salakan anjing menyebabkan kucing akan gelisah. Keselamatan Letakkan haiwan kesayangan di tempat yang selamat dari gangguan manusia atau dari gangguan haiwan yang lain. Kehadiran haiwan kesayangan lain mungkin mengganggu keselamatan hamster atau kucing. Sangkar juga perlu diletakkan jauh dari objek yang merbahaya. Terlindung dari hujan dan angin kuat.

Buatkan senarai keperluan barangan dan alatan jika anda ingin memelihara hamster disekolah anda.

17

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 5

TEKNOLOGI PENGURUSAN DAN PENJAGAAN HARIAN HAIWAN KESAYANGAN

1.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan 1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting 1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1.3 Kerangka Kaedah Dan Peralatan Penyediaan Makanan Dan Minuman Hamster merupakan haiwan omnivor tetapi tidak boleh diberi segala jenis makanan. Makanan yang baik campuran biji bijian, kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. Hamster perlukan 18% protin, oleh itu jangan beri makanan arnab kerana arnab hanya perlukan 14% protin disamping mengandungi ubat antik oksidiosis yang berbahaya kepada haiwan lain. Makanan yang tidak boleh diberikan : Makanan yang sudah diletakkan perisa. Jeruk dan makanan berkarbonat. Makanan manis, coklat, gula-gula. Makanan anjing/kucing kerana memiliki protin terlalu tinggi. Makanan yang sesuai untuk hamster Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad ,tomato, pisang, pear, anggur, tembikai, kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan kepada hamster sebagai makanan sampingan. Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil. Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal. Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan,sangkar akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap. Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai, Biji bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi, protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat.Lebihan minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebakan kematian ibu atau anak.

18

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Selain makanan siap, makanan hamster boleh dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap. Kebersihan Sangkar Dan Peralatan Serbuk kayu perlu diganti secara rutin. Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali, kerana hamster adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Penjagaan Kesihatan Dan Kecantikan Menghasilkan hamster yang cantik a. Mandi kering Memandikan hamster dengan bedak. Setelah ditaburkan, bedak diratakan di seluruh badan. Mandian kering juga boleh dilakukan denga meletakkan pasir bersih ke dalam bekas dan diletakkan ke dalam sangkar hamster. Hamster akan membersihkan dirinya sendiri. b. Mandi basah Mandi basah dilakukan dengan mengelap tubuh hamster dengan kain basah. Air yang digunakan merupakan campuran Dettol dengan sukatan sedikit. Setelah mandi, bulu dikeringkan dengan menggunakan alat pengering. Disebabkan hamster tidak boleh terlalu terdedah kepada air, mandi basah tidak boleh dilakukan dengan kerap c. Menyisir/menyikat Gunakan sikat getah atau sikat dawai yang banyak dijual di kedai haiwan. Sikat sama arah dengan bulu. Penyakit Yang Biasa Menyerang Hamster Selesema Disebabkan udara panas atau penurunan suhu berlebihan. Boleh dijangkit dari selsema manusia. Ia dilihat dari tanda: bersin, keluar cecair dari mata dan hidung, hamster lesu, mata separuh tertutup, dan tidur di salah satu sudut sangkar. Adakala tubuh sejuk bila di sentuh. Perlu segera dirawat kerana serangan teruk sebabkan radang paruparu dan kematian. Jika terdapat tanda, pindahkan ke tempat lebih panas atau dalam sangkar yang ada lampu. Letakkan sebanyak mungkin serbuk kayu dalam sangkar. Beri campuran susu, air dan madu sebagai ubat. Akan sembuh dalam beberapa hari. Diarea (cirit-birit) Biasanya disebabkan pemberian sayuran dan buahan berlebihan, berterusan, perubahan jenis makanan secara mendadak, sangkar kotor yang tidak dibersihkan atau adanya bakteria. Perlu ketahui puncanya. Diarea yang berpunca dari sayuran/ buahan berlebihan. Hentikan pemberian sayur dan buah. Gantikan dengan makanan kering khas untuk hamster. Air minuman perlu 19

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

sentiasa disediakan kerana hamster yang mengalami diarea perlukan banyak air. Kebanyakan kes kematian akibat diarea adalah kerana dehidrasi. Dengan rawatan, akan pulih dalam 1-2 minggu. Diarea berpunca dari bakteria dikenali juga sebagai wet tail. Serang hamster muda.Punca dari tekanan darah yang tinggi sehingga sebabkan ketidakseimbangan jumlah bakteria yang terdapat dalam usus. Mengalami diarea sangat kronik, penampilan kotor, basahdan bau busuk. Hamster mati dalam 24 jam jika tidak dirawat. Sebelum gejala muncul, hamster tidak berselera makan minum. Suap hamster sedikit demi sedikit air guna straw. Rawatan; ubat antidiarea(kaopectate) dan antibiotik. Hamster mengidap wet tail mati disebabkan dehidrasi. Hanya menyerang hamster siria. Penyakit yang serang ibu hamster boleh sebabkan jangkitan kepada anak Kulat dan kutu Hamster gatal dan kulit kering.Kadang-kadang bulu mudah gugur. Kutu yang menyerang juga boleh sebabkan penyakit pada manusia yang diberi nama plague. Sembur hamster dengan ubat anti kutu sebulan sekali dan jaga kerbersihan sangkar dan kawasan sekitar. Keguguran bulu Keguguran bulu dan kadangkala kehilangan bulu berpunca dari usia,alahan, kurang vitamin dan kutu. Ketika memasuki usia tua (2 tahun),hamster kehilangan bulu sehingga botak. Tidak berbahaya. Jaga keperluan vitamin agar seimbang. Alahan terhadap makanan atau serbuk kayu Jangan gunakan serbuk kayu dari kayu pain dan cedar (hamster alah). Alahan terhadap makanan berbeza pada setiap hamster. Kurang vitamin jika gizi tak seimbang. Berikan tambahan cecair vitamin E setitis setiap 2 hari sekali. Bulu akan tumbuh kembali. Jika diserang kutu hingga keadaan lemah, bulu gugur dan membentuk petak (bahagian kulit tidak berbulu) di belakangnya. Hamster menggaru sebabkan luka. Sembur ubat kutu.

Penjinakan Haiwan Hamster baru tertekan dan tidak biasa dengan tangan manusia, akan menggigit. Jika tidak dijinakkan, ia gelisah , takut manusia dan menghadapi masalah hingga mempunyai anak. Hamster akan memakan anaknya apabila tuannya membersihkan sangkar dan memegang anaknya. Sentuhan dan bau manusia diangap ancaman musuh menyebabkan hamster melindungi anaknya dengan cara memakannya. Waktu paling sesuai untuk jinakkan hamster ialah 7 hingga 10 malam iaitu ketika hamster sangat aktif. Panduan menjinak hamster 1. Sediakan ruang cukup besar untuk hamster. Letakkan sangkar hamster dalam kawasan ini dan buka pintu sangkar.

20

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

2. Ramas serbuk kayu dalam sangkar untuk pindahkan baunya ke tangan. Jangan memegang hamster jika baru saja memegang makanan kerana hamster mungkin menggigit kerana menyangka ia adalah makanan. 3. Ketika hamster mula keluar dari sangkar dan berjalan, mulalah berlatih mengambilnya dengan menggunakan kedua-dua tangan. Untuk pertama kali, hamster akan panik, tetapi lama2 akan biasa. Ketika berlatih memegang hamster, sebaiknya, tuannya dalam keadaan duduk. Ini untuk elakkan hamster melompat dan jatuh pada jarak tinggi. Jangan ambil hamster dari atas kerana ia akan menganggap sebagai serangan, ambil hamster dari bawah. 4. Masalah yang mungkin terjadi ialah hamster akan terbalik, menelentang, mencakar dan memperlihatkan giginya. Jika hamster begitu, jangan pegangnya kerana ia akan menggigit, biarkan hamster berasa santai dan selesa, kemudian cuba lagi cara diatas perlahanlahan. Jika masih seperti ini, cuba pujuk dengan memberi kacang atau buah. Usap belakangnya perlahan-lahan hingga dia merasa selesa untuk disentuh. Biasanya hamster tidak berpusing untuk menggigit kerana lebh suka menggigit makanan yang ada didepannya. Elakkan letak jari dihadapan mulutnya. Panduan Menjinak Hamster - Perkara Boleh Dilakukan Bercakap dengan suara lembut perlahan Pergerakan perlahan sebelum dan semasa mengendali hamster Basuh tangan sebelum mengendali hamster supaya bau kekal sama Biarkan hamster mencium tangan supaya ia tahu siapa memasuki kawasannya. Biarkan hamster bertenang jika ia ketakutan pada pertama kali. Bersabar kerana hamster tidak akan menjadi jinak dalam satu hari. Panduan Menjinak Hamster Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Melakukan kejutan kerana akan bertindak mempertahankan diri Membuat bising, pendengaran hamster tajam Menyebabkan hamster jatuh dari tempat tinggi. Mengambil dan memegang hamster yang sedang tidur.

Bincangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam membantu menjinakkan hamster anda.

21

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 6

PEMBIAKAN HAIWAN KESAYANGAN

1.1 Sinopsis Kursus ini adalah mengenai tekonolgi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan 1.2 Hasil Pembelajaran 1.2.1 Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan haiwan kesayangan 1.2.2 Merancang,mengurus dan melaksanakan projek pemeliharaan haiwan kesayangan berlandaskan prinsip, dan amalan penting 1.2.3 Merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan dengan aktiviti pemeliharaan dan pembiakan haiwan kesayangan yang diusahakan 1.3 Kerangka Pemilihan Induk Seekor hamster boleh melahirkan 1-20 ekor anak, jumlah yang paling biasa 6-10 ekor. Elakkan penyilangan baka hamster yang menghasilkan baka kacukan. Bagi induk betina pilih induk betina berusia antara 4 -11 bulan dengan bentuk tubuh dan kesihatan yang baik. Jika bunting kurang dari usia 3 bulan, hamster betina berisiko melahirkan anak lemah kerana pertumbuhan belum maksimum. Setelah berusia lebih daripada 12 bulan, hamster betina tidak boleh bunting lagi. Namun begitu, ada kes hamster betina lebih 12 bulan dibuntingkan, tetapi tidak lama kemudian ia sakit dan mati. Keadaan anak yang lahir lemah dan mudah mati. Berbeza dengan hamster betina yang dibiakkan ketika berusia 4 bulan, hamster jantan boleh dibiakkan ketika berusia 5 minggu. Kadangkala hamster jantan tidak tertarik kepada hamster betina hingga berusia 3-4 bulan. Tempoh subur hamster jantan ialah 18 bulan. Penentuan jantina induk

Induk Jantan

22

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Jantina hamster boleh ditentukan dengan jelas setelah ia matang. Hamster jantan - tonjolan membulat kemerahan yang terletak berhampiran pangkal ekorya (kantung zakar). Alat kelamin berada di atas bantalan zakar tersebut. Antara penis dan zakar terdapat jarak yang semakin menjauh mengikut kadar usianya.

Induk Betina

Hamster betina -alat kelamin berdekatan dengan lubang anus, menyerupai sebuah garis kecil di atas lubang anusnya. Proses pengawanan Tunggu sehingga dewasa. Umumnya bagi Syrian (5 bulan), Winter white (3 bulan) dan Roborovski (8 bulan) Letakkan pasangan hamster yang telah dipilih di dalam satu wadah penjodohan (sangkar).Terdapat kemungkinan hamster tersebut akan bergaduh. Jika berlaku, asingkan selama satu hari kemudian letakkannya bersama semula. Lakukan perkara yang sama jika masih bergaduh sehingga kedua-duanya dapat hidup bersama aman dan damai. Tempoh mengawan hamster betina setiap 4 hari sekali.Hamster betina biasanya boleh mengawan pada waktu malam sekitar 8 hingga waktu pagi. Untuk mengetahui hamster telah bersedia untuk mengawan, ia akan menggaru belakangnya. Jika hamster betina berdiri diam tidak bergerak dengan mengangkat ekornya ke atas dan matanya separuh tertutup, ia beerti telah bersedia untuk mengawan.Semasa mengawan, biasanya betina akan mengeluarkan bau bauan khas yang sangat kuat.Jantan akan mengikut di belakang betina sambil menghidu mulut dan kepala betina. Jika betina tidak menolak, mereka akan berdekatan dan saling menciumi bagian hidung masing-masing. Jantan akan berada di belakang tubuh betina untuk beberapa saat dan dilakukan berulang-ulang, proses perkahwinan akan berjalan Setelah proses mengawan selesai, peringkat seterusnya adalah menunggu kelahiran anakanak hamster. Setelah selesai proses persenyawaan, anak-anak hamster akan lahir dalam tempoh lebih kurang 16 hari.

23

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Tempoh Bunting dan melahirkan anak Induk bunting tidak terima hamster jantan. Ia menjadi garang dan agresif. Dalam masa 10 hari, perut membesar dan puting susu keluar dan jelas merupakan tanda ketara hamster bunting. Banyak terjadi di mana pemilik tidak sedar hamster bunting.Pisahkan dalam sangkar khusus . Syria - 16 hari selepas mengawan Winter white - 18-21 hari selepas mengawan Roborovski - 23-30 hari selepas mengawan Penjagaan induk bunting Perilaku hamster bunting diperhatikan. Kuantiti makanan yang diperlukan meningkat. Peningkatan berat badan, tubuh kelihatan gemuk, perut membulat. Menjadi lebih agresif. Membentuk sarang. Putting susu menonjol. Perlukan penjagaan dengan elakkan sebarang gangguan terhadap hamster. Pisahkan dengan pasangannya. Berikan makanan dan nutrisi yang mencukupi. Membekalkan beddding yang tebal. Letakkan hamster diitempat yang tenang. Pengurusan ibu dan anak selepas kelahiran Sebelum beranak hamster syria akan menekan otot perutnya 2-3 kali dan mendekatkan tubuhnya ke dasar alas kandang. Tidak lama kemudian bayinya akan lahir satu per satu dengan jarak sekitar 10 minit dari induk akan memakan setiap plasenta yang keluar. Bayi hamster lahir dalam keadaan sudah bergigi. Hamster yang baru beranak dan anaknya tidak boleh diganggu. Jika dilakukan, induk hamster tidak mahu lagi menyusui bayinya, bahkan memakan habis anak anak yang baru dilahirkannya. Hal ini disebabkan adanya bau lain yang menempel di tubuh anak hamster yang tersentuh tangan. Bagi Winter White & Roborovski, proses kelahiran berlangsung dengan cepat dan jeda waktu kelahiran bayi hamster yang satu dengan yang lain hanya beberapa saat. Induk winter white secara naluri langsung mengumpulkan anak-anaknya di dalam sebuah cekungan yang telah dibuatnya. Biasanya, cekungan ini terletak di sudut kandang.

Penjagaan anak hamster Jangan memegang bayi hamster yang baru lahir, Jangan memisahkan induk hamster dengan bayi-bayinya Jangan terlalu sering melihat induk hamster tersebut Berilah serbuk kertas atau kain agar bayi hamster tidak kedinginan. Selama 2 minggu sejak kelahiran bayi hamster, jangan membersihkan kandangnya.

Senaraikan ciri-ciri yang sesuai bagi induk jantan dan betina hamster sebelum pembiakan dapat dilakukan.

24

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 7

Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan, Penyediaan Akuarium Dan Peralatan

7.1 Sinopsis 7.2 Hasil Pembelajaran 7.1.1 Menerangkan peralatan/kelengkapan dan bahan yang diperlukan untuk pemeliharaan ikan hiasan. 7.1.2 Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan. 7.1.3 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. 7.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini Alatan Kelengkapan Dan Bahan Akuarium/bekas Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jenis akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan),jenis ikan hiasan, bilangan ikan hiasan dan saiz ikan hiasan. Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: i. ii. iii. iv. saiz akuarium; bentuk akuarium; bahan buatan akuarium;dan jenis ikan berdasarkan saliniti air di habitat asli ikan.

a. Saiz akuarium. Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah i. ii. iii. akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air ((100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).

Akuarium yang terdapat di kemudahan-kemudahan akuarium awam jauh terlalu besar sehingga boleh mengisi 7 juta liter air dan dapat menampung satu ekosistem penuh seperti ekosistem hutan kelp (kelp ialah rumpai laut gergasi, rumpai laut paling besar di dunia). b. Bentuk akuarium. Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Di Amerika Syarikat, lebih dari 15 bentuk akuarium dilaporkan dijual di pasaran. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat 25

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semicylindrical aquarium) dan akuarium silinder (cylindrical aquarium) (Rajah A dan B). Akuarium segi empat sama adalah jenis akuarium paling biasa digunakan di Malaysia. Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.

Rajah A dan B: Beberapa jenis akuarium berdasarkan bentuk akuarium: segi empat sama (A), berbelakang rata (B), heksagon berbelakang rata (C), empat segi sama (D) separa silinder (E) dan silinder (F)

26

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

c. Bahan buatan akuarium. Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium: i. akuarium kaca (glass aquarium); dan ii. akuarium akrilik (acrylic aquarium). Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih kuat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk. Sistem Penapis Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium (Rajah C). Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium: sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis undergravel filter membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara system penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam system penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasi penapisan ini biasanya berjalan terus menerus. Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump).

27

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil kapas penapis (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.

Rajah C: Komponen-komponen sistem penapisan akuarium: pam penapis (A), penapis (B) dan kapas penapis, sejenis media penapisan (C). Sistem Pengudaraan Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori system pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injapinjap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.

28

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Rajah D: Komponen-komponen sistem pengudaraan akuarium: pam udara (A), batu udara (B) dan tiub udara (C).

Aksesori Aksesori akuarium ialah alat-alat sokongan yang mesti ada bagi memastikan akuarium dapat berfungsi dengan baik untuk menjamin ikan dapat hidup sihat dan selesa dalam akuarium tersebut. Antara fungsi yang perlu dimainkan oleh akuarium ialah: i. ii. iii. membekalkan oksigen terlarut secukupnya kepada ikan; mempastikan pH air pada tahap optima; memastikan bahan kumbahan dan kekotoran daripada najis ikan dan lebihan makanan dapat dipam keluar daripada akuarium; iv. mempastikan air yang masuk ke akuarium dapat ditapis supaya air sentiasa jernih dan bersih; dan v. lampu akuarium berfungsi baik untuk mencantikkan lagi akuarium disamping sebagai sumber cahaya untuk tumbuhan akuarium. Untuk menjalankan fungsi-fungsi ini semua, akuarium memerlukan bantuan beberapa alat sokongan atau aksesori penting. Antara aksesori penting yang perlu ada pada sebuah akuarium ialah: i. ii. iii. iv. v. aksesori berkaitan dengan sistem pengudaraan dalam akuarium; aksesori berkaitan dengan sistem penapisan dalam akuarium; aksesori berkaitan dengan sistem lampu akuarium; iv. tudung akuarium jika akuarium tidak mempunyai tudung; dan v. pasir dan batua untuk lantai akurium.

Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.

29

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat luxmeter boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit lux. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spectrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh mensimulasi siang hari. Lampu jenis tungsten dan halogen tidak begitu sesuai. Lampu jenis-jenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.

Rajah E: Cahaya dan lampu untuk akuarium: Lampu tiub floresen (A) dan akuarium-akuarium yang diberi cahaya (B dan C).

Tumbuhan Akuatik Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. 30

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan. Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan. Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan. Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium. a. Keperluan Bagi Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis

sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh 31

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium. Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari. b. Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium Fungsi utama tumbuhan akuatik ialah untuk menghias dan mencantikkan akuarium. Akuarium berpokok (planted aquariums) sudah tentu kelihatan lebuh cantik dan unik daripada akuarium tanpa tumbuhan. Fungsi kedua tumbuhan akuatik ialah ia boleh membekalkan oksigen kepada air akuarium, namun ini bukan fungsi penting kerana sistem pengudaraan akuarium sudah cukup memberikan oksigen. Ketiga ialah peranan tumbuhan dalam menyerap bahan bernitrogen terutamanya nitrat dalam air. c. Jenis-Jenis Tumbuhan Hiasan Akuarium Antara spesies-spesies tumbuhan akuatik yang popular dan mudah dijaga ialah Hydrilla verticilata, beberapa spesies Cabomba, Hygrophila sp dan Anubias sp. Hydrilla sangat mudah dijaga manakala Cabomba sp, Hygrophila sp dan Anubias sp agak tahan lasak dalam akuarium. Lain-lain spesies termasuklah Bacopa sp, Azolla sp, Aponogeton sp dan Callitriche sp. Jadual 1 memberikan senarai beberapa tumbuhan akuatik yang terdapat dalam pasaran. Jadual : Beberapa Spesies Tumbuhan Akuatik untuk Hiasan Akuarium Spesis 1. Anubias sp 2. Aponogeton sp 3. Azolla sp 4. Bacopa sp 5. Cabomba sp 6. Hydrocotyle sp 7. Hygrophila sp 8. Hydrilla verticiliata 9. Elodea sp 10 Althonanthera spp. 11 Lobelia spp. 12 Java fern 13 Sumatra fern

32

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Cryptocoryne sp

Vallisneria sp

Ludwigia sp

Cabomba sp

Cuba anda fikirkan soalan dibawah ini Senaraikan nama tumbuhan akuatik yang biasa terdapat di Malaysia

Cuba anda fikirkan soalan dibawah ini

1. Apakah tujuan memasukkan tumbuhan akuatik di dalam sebuah akuarium yang telah diisi dengan ikan hiasan yang cantik. 2. Pengurusan akuarium perlu dilakukan dengan teliti dan berkala. Nyatakan kepentingan pengurusan akuarium secara berkesan. Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium 1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. 2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium 3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

33

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Rajah Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium Faktor Pemilihan Lokasi Untuk Menempatkan Akuarium a. Keamatan cahaya Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikanikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya. b. Kadar cahaya Kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) .Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada Lampu akuarium yang dipasang. Ikan hiasan akuarium memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan bergerak, mencari dan melihat makanan serta melihat objek-objek lain dalam akuarium termasuk ikan lain. Bagi

akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10 -12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer).

34

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

c. Suhu Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25C - 35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4C hingga 25C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julat-julat suhu tertentu saja. Suhu juga mempengaruhi organisma hidup lain yang ada hubung kait dengan ikan, misalnya bakteria, kulat, virus dan parasit dalam akuarium. Selain itu suhu turut mempengaruhi parameter-parameter air yang lain. Misalnya, semakin suhu air meningkat semakin sukar bagi oksigen larut dalam air, oleh itu suhu yang terlalu tinggi menjadikan air kekurangan oksigen terlarut. Ketahanan ikan terhadap suhu bergantung kepada spesies atau jenis ikan. d. Keselamatan Akuarium perlu diletakkan di tempat yang selamat memandangkan ia boleh menyebabkab bahaya kepada manusia terutama kanak-kanak dan akuarium itu sendiri. Kanak-kanak yang menyebabkan akuarium tersebut pecah akan terdedah kepada kecederaan ( luka akibat serpihan kaca ). Perbelanjaan yang telah dikeluarkan juga terbazir akibat akuarium yang pecah. Bagi mengelakkan perkara yang tersebut berlaku, akuaris boleh meletakkan akuarium ditempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Lokasi yang sesuai juga boleh menjamin keselamatan akuarium dan manusia. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium di pasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.

Fikirkan pertimbangan bagi memilih lokasi menempatkan akuarium anda.

TAJUK 8

Penyediaan, Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan

8.1 Sinopsis 8.2 Hasil Pembelajaran 8.2.1 Menghuraikan langlah-langkah penyediaan akuarium dan peralatan untuk pemeliharaan ikan hiasan. 8.2.2 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan.

8.3 Kerangka Penyediaan, Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan

35

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Makanan Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. a. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivore ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid. b. Kumpulan Pemakanan Ikan Hiasan Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

36

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Blood worm

Ulat roti

Plankton Makanan kering

Plankton

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet

Emping

37

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

c. Jenis makanan mengikut sepsis Jenis makanan Makanan hidup dan makanan basah Makanan kering Pearl Gourami, Harlequin Rasbora,Bala Shark Silver Marble Molly Makanan rumusan Sunrise Platy,Angel,Tiger Barb, Brown Corydoras Jenis ikan Tiger Barb, Discus, Guppy , Black Tetra

Makanan tidak boleh diberi terlalu banyak kerana boleh mengotorkan air akuarium. Tetapkan masa memberi makanan iaitu pagi, tengahari dan petang Kawalan Kualiti Air a. pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. b. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26C menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. c. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

Rajah Ikan Kurang Sihat 38

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

d. Rawatan air Langkah ini dilakukan dengan melihat tanda-tanda dalam akuarium yang menunjukkan kemerosotan kualiti air. Antara tanda-tanda ini ialah perubahan warna air, bau air dan tabiat luar biasa ikan. Tabiat luar biasa ikan menunjukkan ikan berpenyakit. Antara tabiat luar biasa ikan ialah: ikan berenang tidak tentu arah, ikan menggesel badan pada objek keras, ikan muncul tercungap di permukaaan air, warna ikan pudar, ikan tidak mahu makan, ikan tidak aktif berenang (bagi spesies yang biasanya aktif berenang), tanda-tanda penyakit pada badan ikan dan sebagainya. Jika terdapat tanda-tanda kemerosotan mutu air, akuarium serta semua aksesori dan ornamen hiasan hendaklah segera dibersihkan, air akuarium diganti dan langkah rawatan penyakit diambil. Jika kos merawat ikan terlalu mahal, beli saja bekalan ikan baru untuk menggantikan ikan berpenyakit. Elakkan mengisi akuarium dengan terlalu banyak ikan kerana ini akan menambahkan lagi timbunan bahan organik dari najis ikan dan sisa makanan. Kawalan Bahan Buangan Toksik dan Makanan Ikan Ikan perlu diberi makanan berkualiti secukupnya. Ikan yang kekurangan makanan dan sentiasa lapar akan mengalami tekanan dan mudah dijangkiti penyakit. Beri makan sekurangkurangnya dua kali sehari, bergantung pada spesies ikan. Pilih makanan yang sesuai untuk ikan. Elakkan memberi terlalu banyak makanan kerana ikan tidak mampu memakan lebihan makanan yang diberi. Lebihan makanan ini akan menurunkan kualiti air. Elok sekali diperhatikan waktu-waktu ikan makan secara aktif. Pilih waktu-waktu begini untuk memberi ikan makan. Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. a. Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat ecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. b. Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. 39

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

Rajah Edaran Nitrogen Di Akuarium

Pembersihan Akuarium Langkah ini diambil dengan cara membersihkan akuarium dan kolam serta aksesori berkaitan secara berkala tanpa menunggu tercetusnya penyakit. Jadikan langkah ini satu aktiviti rutin yang penting dalam hobi menyimpan ikan hiasan. Pastikan dinding akuarium selalu bersih dan lutsinar tanpa lapisan lumut menyalutinya. Pasir di dasar akuarium (jika pasir digunakan untuk hiasan akuarium) hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan berwarna semula jadi. Jika pasir berubah warna menjadi kelabu atau hitam dan kelihatan sisa makanan dan najis ikan di dasar, maka seluruh akuarium perlu dibersih dan diganti air. Aksesori akuarium dan ornamen-ornamen hiasan perlu sentiasa bersih tanpa disaluti lumut, lendir dan sisa buangan akuarium. Pastikan juga bahawa aksesori akuarium sentiasa berfungsi dengan baik. Kawalan Penyakit dan Membasmi Patogen Langkah ini diambil dengan melihat kewujudan tanda-tanda penyakit seperti yang dibincangkan di atas. Jika terbukti terdapat penyakit dalam akuarium atau kolam ikan hiasan, seluruh system akuarium dan kolam mesti dibersih dan di rawat. Akuarium dan aksesori akuarium perlu dibersihkan, dan jika perlu, aksesori baru perlu dibeli bagi menggantikan aksesori lama, terutama aksesori yang sudah kurang berkesan dalam fungsinya. Ikan berpenyakit boleh dirawat tetapi jika kos rawatan lebih besar daripada kos membeli bekalan ikan baru, maka lebih baik dimusnahkan saja ikan berpenyakit dan digantikan dengan ikan baru. Elakkan membeli ikan dari kedai akuarium yang mempunyai rekod penjualan ikan berpenyakit. 40

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut : i. Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

ii. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. iii. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. a. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang 41 ikan

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Fikirkan jenis makanan yang sesuai bagi ikan guppy dan ikan bandaran yang ada di akuarium anda.

Bincangkan pengurusan yang anda perlu lakukan bagi mempastikan ikan peliharaan dalam akuarium anda sentiasa cergas dan sihat.

42

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

TAJUK 9 Teknologi Pembiakan Ikan Hiasan

9.1 Sinopsis Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti ikan hiasan jenis beranak, membiakkan, mengasuh, memilih dan memasarkan ikan hiasan. 9.2 Hasil Pembelajaran 9.2.1 Menerangkan kaedah pengurusan dan penjagaan ikan hiasan. 9.2.2 Mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak dan bertelur. 9.2.3 Mengenal pasti jantina ikan dan memilih induk. 9.2.4 Menjalankan pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. 9.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Pembiakan Ikan Hiasan Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnya menetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas dan sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranak anak melahirkan anak yang sempurna sifatnya dan dapat hidup dengan sendiri. Pembiakan Secara Beranak Famili Poeciliidae ; Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail membiak secara beranak. Proses pembiakan ikan-ikan ini tidaklah sukar. Ikan ini boleh dibiak dengan mudah di dalam tangki, perlu ditambah dengan sedikit garam dapur untuk menggalakkan pengeluaran anak. Anak-anak yang dilahirkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi.

Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan sperma ikan jantan dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui urogenital. Telur yang telah tersenyawa itu disimpan dan berkembang membentuk anak lembaga di dalam badan ikan betina. Anak ikan yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak. Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran darah induknya ia dikenali sebagai viviparous. Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan yolk sac ia dikenali sebagai ovoviviparous. a. Perbezaan jantina Dalam spesies ikan beranak sirip anal ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yang digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina. Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasaanya ikan jantan dibezakan dengan ikan betina dari perbezaan struktur ini. b. Biologi pembiakan Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan betina melalui gonopodium. Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang dikenali sebagai oviduct 43

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali perindukan (brood) boleh dihasilkan dari satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak boleh dihasilkan setiap kali beranak.

c. Penyediaan Tempat Pembiakan Untuk mendapat kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu: i. Mutu air dengan kadar pH sekitar 7.5

ii. Air baru dan bersih iii. Induk yang matang dan tidak berpenyakit iv. Saiz tangki lebih 30 x 30 x 30cm dengan isipadu air lebih daripada 20 liter. v. Menyediakan sangkar pembiakan. d. Tangki Pembiakan Tangki pembiakan digunakan juga sebagai substrak mengumpul anak yang dihasilkan

44

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

dan tangki pembesaran. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara di dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan. e. Menyediakan Sangkar Pembiakan Semua ikan jenis beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan anak yang baru dilahirkan. Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang baru dilahirkan dari menjadi mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain, sangkar yang diperbuat daripada jaring netlon atau sebarang kotak plastik yang mempunyai lubang yang membolehkan anak-anak ikan bebas keluar perlu disediakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar pembiakan. Ukuran sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki pembiakan yang digunakan.

Gambarajah menunjukkan kedudukan tangki dan sangkar pembiakan untuk membiakkan ikan Molly, Guppy Platy dan Swordtail

Sangkar pembiakan digunakan untuk membiakkan Black Molly Pembiakan secara bertelur

45

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Ikan Barb, Rasbora, Tetra dan Anabantid membiak secara bertelur. Kelazimannya terdapat tiga jenis telur iaitu jenis terapung, separa terapung dan melekat. Ikan bertelur lebih sukar dan rumit untuk dibiakkan kerana memerlukan penjagaan rapi terutamanya di peringkat yolksac sehingga berumur 3-5 hari, kerana rega masih lemah, sensitive terhadap penyakit dan perubahan sekitaran. Tumbesarannya bergantung kepada kuning telur sahaja. Lain-lain ikan bertelur yang dibiak secara meluas di negara ini adalah seperti berikut:Cyprinidae- Ikan Emas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow dan Labeo. Characidae - Ikan Tetra dan Ikan Charachid. Anabantidae- Jenis ikan yang bernafas di udara Cichlidae - Ikan Cichlidae

Cyprinidae Anabantidae

Characidae Cichlidae

Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk ikan jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula berlaku sama ada di dalam badan atau di luar badan induk ikan betina. Pembiakan ikan Anabantidae (jenis-jenis penafas udara) Kebanyakkan species Anabantid membuat sarang buih. Induk jantan membuat sarang dengan membentuk gelembung udara pada akar tunbuhan yang terapung sebelum mengawan. Telur tersenyawa dijaga oleh induk jantan sehingga menetas. Induk betina tidak berperanan menjaga sarangnya. Sesetengah species Anabantid, seperti ikan pelaga siam (Betta Splendens) induk betina perlu diasingkan selepas membiak kerana induk jantan akan mencederakan induk betina. Terdapat juga spesies dimana induk betina mengeram telur di dalam mulutnya (mouth brooder) seperti Sphaerichthys Osphomenoides (Cochlate Gourami) dan Betta pugnax atau membuat sarang dari cebisan-cebisan tumbuhan air seperti ikan kaloi (Osphronemus gourami). Ikan dalam kumpulan ini termasuklah ikan pelaga (Betta splendens), ikan sepat (Trichogaster sp), ikan Lili (Colisa), ikan kaloi (Osphronemus gourami) dan ikan pelaga china atau Paradise Fish (Macropdus opercularis). Cari maklumat bagaimana ikan emas dapat dibiakkan di tangki pembiakan.

Pembiakan Ikan Pelaga (Betta Splendens).

46

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Betta splendens, nama saintifik yang diberikan oleh Bleeker, diambil dari perkataan Jawa iaitu Wader Bettah. Membuat sarang buih ketika membiak. Ikan jantan mengawasi anaknya sehingga dapat hidup sendiri. Ikan pelaga (Betta) sentiasa mendapat tempat dikalangan peminat ikan hiasan. Trend semasa ialah mendapatkan jenis fancy untuk hiasan& dipertandingkan. Seekor baka baru boleh mencapai harga ribuan ringgit Langkah-langkah untuk membiak Betta 1. Pra pembiakan ( Conditioning ) Induk jantan dan betina diasingkan.Induk jantan dalam sebuah bekas dan betina dalam akuarium secara komuniti.

Makanan utama seperti Moina sp, tubifex worm atau blood worm boleh diberikan.

2. Penyediaan tangki pembiakan

47

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Tangki berukuran 12x10x10 adalah memadai.Tangki diisi air separuh penuh dengan air paip&air hujan yang telah diheningkan. Letakkan satu keratan paip PVC 6 untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan sedang aggresif. 3. Mencampurkan induk Induk jantan dimasukkan dalam tangki pembiakan. Bila ia telah membina sarang buih, sudah sedia untuk membiak. Induk betina dimasukkan dalam botol di dalam tangki pembiakan untuk merangsang pembiakan ikan jantan. 4. Membuat sarang buih

Induk jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dgn mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih bercantum membentuk segumpal sarang. Pada permulaan berlaku pergaduhan induk jantan & betina. Bila kedua-dua induk sedia mengawan,ia akan berada dibawah sarang dan mulai mengawan. 5. Pengawanan

48

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Semasa mengawan, ikan jantan dan betina membelitkan badannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskan ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaikki oleh ikan jantan. Proses ini berulang-ulang antara 1-1.5 jam. 6. Penjagaan telur Sebaik sahaja selesai mengawan, induk betina dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dibuat rawatan. Induk jantan mengawasi telor sehingga menetas. 7. Penjagaan Fry Telur menetas selepas 24-30 jam.Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya. Selepas 3 hari fry akan mula berenangdan perlulah diberikan makanan. Makanan terbaik ialah air hijau( green water ) yang boleh didapati dalam ternakan keli/tilapia. Kaedah lain ialah makanan artemia yang baru menetas. Selepas 5 hari boleh diberikan makanan rumusan berbentuk serbuk. Fry berumur 7-10 hari dipindahkan ke tangki pemeliharaan dengan diberikan makanan moina atau blood worm yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu pengudaraan. RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan 67 8. Pengasingan/pembotolan Setelah 3 bulan, jantan mulai agresif dan perlulah diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina dipelihara dalam akaurium secara komuniti. Untuk penghasilan komersial pastikan ruang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan. a. Pengurusan Dan Pemilihan Induk Induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum anak ikan matang untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal (early pregnancy). Ini bagi

49

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

memastikan pembesaran yang baik untuk induk dan anak yang dihasilkan. Induk perlu dipilih mengikut sifat-sifat tertentu yang dikehendaki. Ikan yang cacat dan warna badan yang kurang menarik tidak dijadikan induk. b. Pengurusan Dan Mengumpul Anak Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakaan dijalankan dalam tangki simen atau fiberglas yang besar (saiz tangki lebih kurang 10m x 10m). Ikan yang dihasilkan dikutip dari masa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan dan menggalakkan induk untuk terus menghasilkan zuriat lain. Untuk mengelakkan pemangsaan ke atas anak ikan yang baru dilahirkan tangki tersebut perlu dibubuh tumbuhan akuatik seperti keladi bunting (Eichhornia crassipes) atau Hydrilla sp yang berfungsi sebagai tempat persembunyian. c. Mengasuh anak Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan pindahkan induk untuk pembiakan ke tangki lain. Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan yang dihasilkan perlu ditangguk dan dipindahkan ke dalam tangki lain atau kolam tanah. Untuk menggalakkan pembesaran, anak ikan diberi makan Moina atau pelet dua kali sehari. Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh dipasarkan.

Moina yang baru dikumpulkan

Moina di bawah mikroskop

Sista Artemia

Artemia yang baru menetas

50

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Artemia di bawah mikroskop

Sista Artemia di dalam di dalam tin

d. Memilih, mengred dan membungkus ikan Di dalam industri ikan hiasan proses memilih, mengred dan membungkus ikan merupakan aspek yang sangat penting terutama bagi industri yang melibatkan urusniaga eksport. e. Pemilihan ikan berkualiti Proses memilih ikan yang berkualiti memerlukan kemahiran dan pengalaman dimana hanya ikan berkualiti dan memenuhi mutu peminat ikan hiasan semasa yang akan dipilih untuk dipasarkan sama ada di eksport atau dipasaran tempatan. Ikan-ikan yang kurang berkualiti biasanya akan dipasarkan untuk kegunaan tempatan atau dieksport sebagai makanan ikan karnivor. Pemilihan ini dijalankan kepada dua peringkat iaitu semasa peringkat fry dan peringkat juvenil. f. Pemilihan diperingkat Fry Anak ikan yang telah berumur sekitar 2 hingga 3 minggu akan dipilih berdasarkan morfologi yang menarik dan memenuhi mutu semasa. Ikan yang cacat atau yang tidak diperlukan akan dihapuskan atau dijual dengan harga yang murah sebagai makanan ikan karnivor. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pembenihan ikan Emas dan ikan Koi. g. Pemilihan diperingkat juvenil Ikan yang telah mencapai saiz maksimum akan dipilih sekali lagi berdasarkan morfologi yang dikehendakki. Sekali lagi ikan yang kurang bermutu akan diasingkan dari ikan yang bermutu. Ikan hiasan ini akan dipasarkan berdasarkan gred yang telah ditentukan. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Emas dan Koi. h. Pemilihan berdasarkan jantina Ikan jantan biasanya mempunyai warna yang lebih menarik dan berharga lebih mahal dari ikan betina. Ikan betina pula biasanya kurang menarik. Ianya sama ada boleh dipasarkan dengan harga yang murah untuk makanan ikan karnivor, dijadikan bakal induk atau dimusnahkan. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Sepat, ikan Pelaga dan dwarf gourami. Ikan Guppy jantan mempunyai warna ekor yang lebih panjang dan berwarna-warna 51

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

sementara ikan betina tidak mempunayi warna yang menarik. Ikan jantan akan dipilih semasa ikan masih diperingkat anak dan diasingkan dari induk betina. Ianya dibesarkan hingga boleh dipasarkan. Di kalangan jantan ini juga akan terhasil baka atau strain yang pelbagai dan perlu pemilihan seterusnya. Ikan betina akan dijual dengan harga yang murah untuk makanan ikan. i. Pemilihan berdasarkan variety Dalam sesetengah jenis ikan pembiakan akan menghasilkan lebih dari satu jenis strain atau variety ikan. Ini adalah disebabkan ikan yang dibiakkan itu bukan merupakan baka tulin. Gen resesif yang dibawa dalam induk akan dimanifestasikan dalam generasi anaknya. Fenomena ini biasa ditemuai dalam pembiakan ikan Diskus, Pelaga, Tiger Barb, Ruby Barb, Flower Horn dan lain-lain. Pemilihan yang teliti adalah sangat diperlukan. Kerja ini adalah rumit, memerlukan kecekapan, pegalaman dan memerlukan masa yang panjang. Jenis-jenis ikan ini akan dipasarkan dengan harga yang berbezabeza berdasarkan mutu dan permintaan pasaran semasa. j. Pemilihan berdasarkan kelainan Keuntungan yang lumayan mungkin akan diperolehi oleh pembiak ikan yang dapat ciri unik seperti albino, kecacatan tulang belakang atau bentuk kepada mungkin dapat menarik perhatian peminat ikan hiasan ganjil yang menawarkan harga ribuan ringgit bagi seekor ikan Contohnya ialah ikan Arowana Albino, Arowana berkepala dua, Flower Horn atau Oskar yang yang mempunyai corak warna tertentu pada padanya dan lainlain. k. Pemilihan berdasarkan warna Warna memainkan peranan penting dalam menentukan mutu ikan hiasan yang akan dipasarkan. Warna yang paling menarik mendapat harga pasaran tinggi. Dalam industry penghasilan benih ikan Arowana secara besar-besaran faktor ini sangat diambil berat untuk memastikan anak ikan yang dihasilkan mempunyai mutu warna yang menarik. Induk yang dipilih untuk pembiakan adalah dikalangan gred terbaik. Pembiak ikan mengharapkan anak yang dihasilkan dari induk bermutu ini akan diwariskan ke generasi seterusnya. Dalam industri pembenihan ikan Koi juga biasanya pembiak ikan akan cuba memperolehi induk yang telah memenangi pertandingan. Pertandingan ini biasanya dijalankan di negara Jepun. Sebagai contoh ikan Arowana Merah dan Arowana Emas yang dihasilkan secara pembiakan semula jadi di dalam kurungan akan menghasilkan pelbagai gred anak walaupun induk yang digunakan dari jenis yang terbaik. l. Asas penggredan ikan hiasan Saiz ikan merupakan kriteria penting dalam penggredan ikan. Untuk tujuan eksport saiz ikan perlu diambil kira memandangkan kos pengangkutan adalah tinggi. Oleh kerana itu saiz ikan yang kecil lebih sesuai sesuai dan ekonomik. Penggredan berdasarkan 3 saiz iatu saiz kecil (S) , sederhana (M) dan besar (L). Gred S dibahagikan lagi kepada double S (SS) dan gred L dibahagikan lagi kepada double L (LL). Sebenarnya penggredan ikan ini adalah sangat subjektif dan lebih dipengaruhi 52

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

kepada kecenderungan penternak itu sendiri tanpa adanya panduan piawai yang boleh digunakan sebagai rujukan. Saiz S biasanya digunakan untuk anak-anak ikan yang masih kecil atau saiz ikan itu sendiri adalah kecil. Saiz M merujuk kepada saiz ikan yang masih di peringkat remaja (juvenile). Saiz L pula digunakan kepada ikan yang telah dewasa atau matang. Penggredan ini akan menjadi sangat penting sekiranya pembeli dari luar negara atau tempatan menetapkan spesifikasi tertentu untu membeli. Biasanya ikan yang mempunyai gred L dan mempunyai kualiti terbaik (A) berharga mahal berbanding ikan bersaiz S dan tidak mempunyai kualiti.

m. Penggredan Ikan Hiasan

Tangki fiberglas yang dipasang kotak dan jaring untuk mengasingkan ikan pelbagai saiz

Tangki simen dan tangguk juga digunakan untuk mengred ikan hiasan

Mengred ikan hiasan perlu dilakukan dengan teliti

Pekerja sedang melakukan penggredan

53

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Mangkuk kecil digunakan untuk memilih ikan

Ikan yang telah digredkan, dibungkus untuk dipasarkan

TAJUK 10

Penerapan Unsur Pedagogi

10.1 Sinopsis Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tujuan, prinsip, kekuatan dan kelmahan serta cara perlaksanaan pengajaran secara kumpulan. 10.2 Hasil Pembelajaran ` 10.2.1 Menerangkan tujuan dan prinsip pengajaran secara kumpulan. 10.2.2 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran secara kumpulan. 10..2.3 Mengenal pasti cara melaksanakan pengajaran secara kumpulan. 10.3 Kerangka Tajuk-Tajuk Pengajaran Pasukan Atau Secara Kumpulan Pengajaran berpasukan adalah satu pendekatan untuk menjayakan program di mana dua atau lebih pendidik berkongsi tanggungjawab pengajaran dalam persekitaran bilik darjah. Kedua-dua guru berinteraksi dengan semua kanak-kanak pada masa yang berlainan. Pengajaran berpasukan memanfaatkan anak murid dengan mewujudkan semangat kekitaan untuk kumpulan yang lebih besar sementara masih mengekalkan keperibadian, membolehkan pembangunan persahabatan yang lebih besar, menyediakan lebih banyak model rakan sebaya, membolehkan guru-guru untuk bekerja dengan lebih bebas dengan anak murid. Ini menyediakan anak murid dengan dua orang guru yang mempunyai gaya dan kepakaran untuk mendapat manfaat daripadanya dan membolehkan guru-guru untuk merancang program kurikulum yang lebih ketat. Cabaran guru berhadapan dengan pengajaran berpasukan mungkin termasuk membina kepercayaan dan komitmen antara satu sama lain dan keperluan yang lebih besar untuk bersama merancang operasi dan usaha sama. Ia juga boleh menjadi sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya jika sokongan pentadbiran dan penjadualan tidak

dipertimbangkan dengan teliti. Pentadbir perlu membantu kakitangan merancang jadual dan 54

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

perancangan masa, memberikan sokongan guru tambahan di dalam kelas, menetapkan jangkaan pelajar dan menilai model tersebut dengan guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Pelarasan dibuat untuk memenuhi keperluan anak murid di dalam kelas yang terbaik. Keperluan Pengajaran Pasukan Keperluan individu pelajar boleh dipenuhi dengan lebih mudah dan berkesan dengan dua orang dewasa dalam bilik bekerja dengan pelbagai keperluan anak murid. Guru memerhati, berbincang dan merangka program terbaik sesuai untuk anak murid. Ia juga merendahkan nisbah pelajar / guru dan memperluaskan kepakaran profesional guru-guru. Pengajaran berpasukan juga merendahkan perbezaan antara jangkaan kurikulum. Ini akhirnya memberi manfaat kepada kemajuan pembangunan anak murid. Mempunyai lebih kanak-kanak untuk dipilih untuk bekerja dengan juga membolehkan mereka berasa lebih dijalinkan kepada rakanrakan mereka, membangunkan rangkaian persahabatan yang lebih mendalam dengan orang lain yang berkeupayaan sama. Tidak ada satu saiz untuk semua model pengajaran pasukan. Apa kerja-kerja pada satu-satu sekolah mungkin tidak relevan untuk keperluan anak murid. Walaupun kita boleh melawat sekolah-sekolah lain, membaca dan mematuhi amalan terbaik pengajaran berpasukan, guru benar-benar perlu bekerja dengan diri sendiri dan anak murid untuk membangunkan amalan terbaik yang memberi manfaat kepada kita semua. Model ini akan memberikan hasil yang lebih baik untuk kanak-kanak melalui keterlibatan secara aktif dalam pembelajaran mereka dan berasa djalinkan antara satu sama lain. Bagaimana Pasukan Kerja Mengajar Terdapat beberapa model pengajaran yang berbeza pasukan dan lebih daripada satu model boleh dijalankan: Seorang guru memberi arahan pada seluruh kelas manakala yang lain bekerja den gan seorang kanak-kanak, atau bekerja dengan kumpulan fokus kecil. Kumpulan fokus kecil boleh dibuat pengayaan, pengajaran sebelum, pengajaran semula, kumpulan berkepentingan, projekprojek khas, sokongan tambahan atau taksiran. Seorang guru bekerja dengan kumpulan fokus kecil, yang lain keliling dan menyediakan persidangan dengan kanak-kanak. Kelas dibahagikan pada separuh dengan kedua-dua guru yang mengajar pelajaran yang sama pada masa yang sama. Kedua-dua guru menyampaikan arahan yang sama pada masa yang sama untuk kedua-dua kumpulan. Guru membahagikan kandungan pengajaran kepada beberapa segmen dan membentangkan kandungan dalam dua atau lebih stesen berasingan di seluruh kelas. Guru-guru bekerja dengan satu kumpulan kanak-kanak dan kemudian beralih kumpulan.

Keadaan Kelas 55

RBT3109 Teknologi Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

Guru tidak akan berfungsi dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk pembelajaran. Anak murid perlu sentiasa terlibat secara aktif dalam kognitif, pembelajaran emosi dan sosial mereka. Guru sentiasa mengarahkan pelajar untuk belajar dalam tahap yang boleh diterima. Perubahan ini bergantung kepada aktiviti dan objektif tugas. Sebagai contoh semasa aktiviti celik huruf, di mana kita menggalakkan anak murid untuk mengamalkan perkembangan bahasa lisan mereka ini akan mempunyai unsur 'bising' daripada aktiviti penulisan bebas. Guru juga menggunakan pelbagai alat dan strategi untuk melatih anak murid untuk bekerjasama dalam tahap bunyi bising yang boleh diterima. Adakah Terdapat Anak Murd 'Hilang' Di Dalam Kelas Seperti mana-mana kelas yang baru, kanak-kanak individu mungkin mengambil masa lebih peralihan daripada yang lain. Jika terdapat anak murid berasa terharu, kita perlu berkomunikasi dengan guru anak anak kita dengan segera, supaya kita dapat mengenal pasti cara-cara untuk membantu murid-murid tersebut. Secara amnya, kita mendapati bahawa kanak-kanak pada mulanya amat teruja dengan reka bentuk bilik darjah, tetapi tidak lama kemudian dapat menyesuaikan diri dengan cepat kepada organisasi bilik dan sumber yang diperuntukkan. Bagi pelajar mereka dapat bekerjasama dan keadaan saiz bilik memudahkan untuk bergerak dan meletakkan banyak barang kerja. Jika kita memerlukan bantuan terdapat banyak orang atau guru yang berbeza untuk meminta pertolongan. Dua kawasan kelas berasingan adalah baik untuk menunjukkan dan memberitahu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dua guru yang mempunyai gaya dan perspektif yang berbeza membantu lebih ramai pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-rakan. Adalah hebat untuk guru belajar antara satu sama lain dan sentiasa mencerminkan amalan kita. Guru lebih mampu untuk menangani isu-isu di tempat kejadian seperti; waktu makan tengahari / persahabatan, tanpa mengganggu seluruh kelas. Pelajar yang terlibat dalam pembelajaran membantu antara satu sama lain untuk belajar.

Fikirkan faedah pengajaran berpasangan yang sering dijalankan oleh pelatih semasa menjalankan sesi praktikum disekolah.

56

You might also like