You are on page 1of 37

1.

0 PENDAHULUAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Bagi kerjaya guru, mereka perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran pembelajaran. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan.Seringkali istilah ini bertukar ganti yang berlangsung untuk mencapai objektif pengajaran dan

penggunaannya. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang

dijalankan melibatkan penentuan objektif, mengumpul maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian. Semua proses tersebut dapat membantu guru dalam menentukan dan menilai segala hal dengan lebih hikmah dan berkualiti.

Penilaian

hendaklah

dianggap

sebagai

sebahagian

daripadaproses

pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan bukannya semata-matadijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu prosespengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakanuntuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Selaku guru bahasa, kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untukmemperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.Pentaksiran adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan

mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Oleh hal yang demikian, para bakal guru haruslah mengetahui dan memahami dengan jelas mengenai istilah pentaksiran, pengujian dan penilaian dan penggunaannya agar segala aktiviti yang dilakukan dapat mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP 2.1 Pentaksiran

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai sesuatu produk di dalam proses pendidikan. Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pada tahun 2000, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyatakan di dalam konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat dan dianggap sebagai sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Segala yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan bagi melihat tahap pencapaian dan perkembangan murid-murid itu. Menurut Bhasah Abu Bakar (2009), pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran iaitu mengintegrasi strategi pentaksiran yang baru ke dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan konsep yang begitu praktikal sedang berlaku.Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta

pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah: i. ii. iii. iv. v. instrumen kumpulan yang ditaksir respon kumpulan yang menaksir skor

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara

berterusan.

Pentaksiran dikatakan sah apabila merujuk kepada ciri skor berhubung dengan keserasian dan kecukupan skor yang menggambarkan prestasi murid yang ditaksir. Selain itu ia juga boleh dipercayai dengan merujuk kepada ciri skor iaitu dari segi ketepatan seorang pentaksir itu memberikan skor murid. Ciri-ciri lain ialah keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Kemudian dilihatpula dari segi kebolehtadbiran iaitu kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Seterusnya ialah kemudahtafsiran maklumat tentang calon berdasarkan skor,

mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Akhir sekali, kekomprehensifan iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

Tujuan Pentaksiran: Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
4

2.2 Pengujian

Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test.Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku, ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P&P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.

Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah dibina sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.

Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah

semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) yang dipetik dari Raminah (1991) yang menegaskan bahawa, ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai

pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi penggredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar. Tujuan pengujian yang lain ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku murid, menentukan pencapaian murid dalam pembelajaran tertentu, menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian, memotivasikan murid untuk mengulangkaji pelajaran dan melatih murid membuat penyediaan yang

bersesuaian untuk ujian berpusat. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang

dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Penilaian

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai perihal atau perbuatan menilai. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Terry D. TenBrink (1974) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat

pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Justeru sebelum suatu keputusan dibuat perlulah menilai kesemua faktor sebab dan kemungkinan agar keputusan yang telah dibuat memberikan kepuasan dan tidak dapat disangkal oleh mana-mana sebab yang lain.Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum. Bhasah Abu Bakar (2009) menyatakan bahawa penilaian merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda.Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian. Guru mengukur tahap pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan seterusnya guru itu akan menilai ukuran pencapaianitu berdasarkan keputusan ujian dan bersamasama dengan maklumat lain yang berkaitan. Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.

Ciri-ciri penilaian pula ialah dengan mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. Selain itu, ciri lain bagi penilaian adalah dengan menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran dan ciri yang terakhir ialah membuat sesuatu pentaksiran mengenai hasil pengukuran. Penilaian merupakan proses pembelajaran yang penting dan dapat menggalakkan pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka dan membantu guru dalam membuat pentaksiran tentang pengajaran mereka. Tujuan penilaian:
1. Mengumpul

maklumat mengenai pencapaian murid selepas aktiviti

pengajaran dan pembelajaran


2. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran

pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan danpemulihan


3. Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi

membolehkan perancangan strategi pengajaran yanglebih berkesan


4. Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil

murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankanjika diperlukan


5. Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM 6. Mengetahui

keupayaan,

kemahiran

atau

pengetahuan

asas

yang

sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.


7. Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka

telah

dapat

menguasai

atau

mempelajari

perkara

yang telah

disampaikan.
8. Membandingkan pencapaian seseorang

pelajar dengan

teman- teman di sekolah.

sekelasnya
9. Menentukan

atau dengan peringkat kelas yang sama

pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat

lemah dalam pencapaian mereka.


10. Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah

pengajaran mereka.

Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa

dapat meningkatkan pengajaran mereka


11. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam

sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

2.4 Perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

PENILAIAN

PENTAKSIRAN

PENGUJIAN

Rajah 1: Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian.

PENILAIAN PENTAKSIRAN

PENGUJIAN

Rajah 2: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran dan penilaian.

Berdasarkan rajah-rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

Jadual 1: Perbezaan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaannya. CIRI JENIS DEFINISI PENGUJIAN PENGUKURAN/ PENTAKSIRAN 1. Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar. 1. Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. 1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred. 1. Proses pngujian. 2. Merekod markah/gred. PENILAIAN

1. Alat pengukuran perubahan sesuatu aspek tingkah laku.

TUJUAN/ KEGUNAAN

1. Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.

1. Proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai. 1. Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. 1. Jadual. 2. Gred berdasarkan teknik perangkaan. 1. Proses pengukuran. 2. Proses penganalisisa. 3. Proses interprestasi. 4. Melapor. 5. Tindakan.. 1. Sebelum, semasa, selepas pembelajaran. 1. Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke seluruh kurikulum. 1. Menunjukkan pencapaian keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seorang individu.

BENTUK

1. Pemerhatian. 2. Ujian lisan. 3. Bertulis.

CARA/ PROSES

1. Persediaan Ujian. 2. Pntadbiran 3. Pemeriksaan..

MASA

1. Selepas pembelajaran. 1. Terhad pada sesuatu kemahiran atau pembelajaran. 1. Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.

1. Selepas pembelajaran. 1. Sesuatu peringkat pembelajaran.

LIPUTAN

KEPUTUSAN

1. Menunjukkan pencapaian secara relatif.

10

3.0 TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL 3.1 Taksonomi Bloom

Untuk membuat penilaian dan pengukuran, guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran.Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran.Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu atau prinsip yang mendasari klasifikasi.Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.Terdapat enam peringkat dalam Taksonomi Bloom iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian. Peringkat tertinggi ialah penilaian yang bermula dengan peringkat pengetahuan.Tujuan utama dalam Taksonomi Bloom adalah untuk mengetahui tahap kognitif murid.

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI ANALISIS

SINTESIS PENILAIAN Rajah 3: Peringkat Taksonomi Bloom.

11

Aras Pengetahuan Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini: 1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. 2. Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan. Ciri-ciri soalan aras pengetahuan: Pelajar perlu menggunakan proses mental. Pengetahuan yang diminta hendaklahsama dengan pebgajaran guru. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman Aras ini memerlukan keupayaan pelajar memberi huraian atau makna sesuatu perkara.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu penterjemahan, mentafsir dan ekstrapolasi.

12

Ciri-ciri soalan aras kefahaman Proses mental Maklumat asas telah diajar Perlu bahan atau alat komunikasi Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras Aplikasi Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur.Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan. Ciri-ciri soalan aras aplikasi Menggunakan proses mental aplikasi Masalah situasi yang baru tidak sama dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsurunsur.Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan. Jenis-jenis aras analisis 1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur.Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. 2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis. 3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
13

Ciri-ciri soalan aras analisis Soalan menggunakan proses mental analisis Situasi masalah berbeza daripada pengalam an dalam bilik darjah. Situasi, dokumen perlu dianalisis Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas. Jenis-jenis soalan aras sintesis. 1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat. 2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan. 3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui.Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan. Aras ini adalah aras yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom.

14

3.2 Domain Krathwohl

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl.Domain ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif. Terdapat lima peringkat bagi domain ini iaitu penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi dan perwatakan.

Rajah 4: Peringkat Domain Krathwohl. Penerimaan Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.
15

Penilaian Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat.Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu. Jenis penilaian: 1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan. 2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya. 3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

16

4.0 KAEDAH PENILAIAN BAHASA 4.1 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. Cara Pelaksanaan: 1- Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 2- Guru menentukan sistem penggredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 3- Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. 4- Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran: Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

17

Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat.Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu:

KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ......................................................... Nama : ........................................................................ Tahun/Tingkatan :........................................................ Tugasan : ..................................................................... Objektif :1. .. 2 3.

18

Perkembang an Peringkat

Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini

Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini

Tempoh masa pelaksanaa n peringkat ini

Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat

Catatan

Tandatangan murid Nama:

Tandatangan rakan sebaya .. Nama:

Tandatangan guru . Nama:

19

4.2 Penilaian Melalui Pemerhatian

Penilaianmelalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Jenis Pemerhatian: 1- Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. 2- Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. 3- Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang. Strategi Pemerhatian: 1- Berterusan mengikut keperluam yang dirancang. 2- Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. 3- Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. 4- Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah: 1. Kualiti Pemerhatian - Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. - Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya
20

2. Bentuk perancangan - Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. - Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. - Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian - Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi: - Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas - Menjalankan Tugasan - Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . - Cara merekodkan dapatan dan rumusan - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. - Tindakan Susulan - Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. - Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik. Perlu diingatkan bahawa pemerhatian adalah mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan dan sikap bias serta prasangka penilai.

21

Contoh Borang Rekod Anekdot Nama pelajar : Sekolah : Tarikh : Masa : Kelas : Mata Pelajaran : Sesi : Catatan: ........................................................................................................................ ................. Disediakan oleh guru: Nama: Disahkan oleh Guru Panitia: Nama:

22

Kandungan Tatabahasa Kata nama Kata adjektif Kata hubung Kata ganda Kata seerti Kata lawan Kata tanya Kosa kata

Pengetahuan

Aras Taksonomi Bloom Kefahaman Aplikasi Analisis 2 2 4 2

Sintesis

Penilaian

Jumlah 2 4 2 2 2 2 1 1 5 1 8 30

Petikan Tanda baca Kesalahan Ayat Jumlah

2 2 1 1 1

1 1 4

1 2 2 2 3

7 3 8 Jadual 2: Jadual spesifikasi ujian.

5.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM

23

5.1 Pembinaan 30 Soalan Objektif

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup, Budak bermain senangnya hati; Ilmu itu pelita hidup, Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya, Tetamu datang tiada henti; Kaya ada bermacam kaya, Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah, Sambil tersenyum melayan tetamu; Mencari ilmu bukannya payah, Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu, Setelah lama asyik berjauhan; Membaca itu jambatan ilmu, Rajin bertanya luas pengetahuan.

24

1- Apakah maksud baris Ilmu itu pelita hidup? A) Ilmu akan dibawa ke mati. B) Ilmu itu dapat menghidupkan pelita. C) Pelita diperlukan semasa mencari ilmu. D) Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.

2- Perkataan payah dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan A) rahsia B) seksa C) sukar D) mudah 3- Menurut puisi, sikap suka bertanya boleh A) menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu. B) menambah pengetahuan orang yang bertanya itu. C) menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca. D) Membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu. 4- Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali A) kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu. B) Kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu. C) Membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu. D) Ilmu yang baik dan ilmu yang jahat boleh diamalkan dan dijauhi. 5- Tajuk yang paling sesuai bagi puisi ini ialah A) Mari Berpuisi B) Faedah Ilmu C) Pantun Ilmu D) Ilmu Dalam Pantun

25

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata yang paling sesuai. 6- __________diminta memakai tali pinggang keledar,kata pramugari itu kepada para penumpang. A) Engkau B) Anda C) Tuan D) Kami 7- Ampunlah_____________Tuanku,kata pemuda itu kepada Raja. A) beta B) hamba C) tuanku D) patik 8- Hadiah yang dibawa ____________Lisa itu adalah __________ Cikgu Ram. A) daripada B) daripadakepada C) ke..di D) olehuntuk 9- Salina telah menunjukkan bakatnya dalam penulisan_________di peringkat sekolah rendah lagi. A) hingga B) sejak C) pada D) dengan 10- Badang ialah seorang pahlawan yang _________ dan berani. A) gagah B) pantas C) garang D) berkuasa

26

11- Ahmad mendermakan wang kepada orang miskin itu dengan hati yang_________. A) gembira B) ikhlas C) sabar D) jelas 12- _________ kamu pergi ke kadai, tolong belikan saya pensel. A) Apabila B) Sekiranya C) Apatah D) Walaupun 13- Abang tidak mahu diganggu ___________ dia membuat kerja. A) sambil B) tatkala C) walaupun D) malahan 14- Walau apa pun yang terjadi kita mesti cari _________ yang telah merosakkan tanaman kita ini, kata Peter kepada kawan-kawannya. A) siapa B) bagaimana C) mana D) bila 15-Murid-murid mestilah menggunakan ___________ yang betul ketika membina ayat, kata Cikgu Ramlan. A) tatasusila B) tatabahasa C) tatatertib D) tatanegara

27

16- Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. A) Barangkali Gunalan bangun lewat sebab itu dia belum tiba lagi. B) Barangkali, Gunalan bangun lewat, sebab Itu dia belum tiba lagi. C) Barangkali, Gunalan bangun lewat, sebab itu dia belum tiba lagi. D) Barangkali Gunalan bangun lewat, sebab itu dia belum tiba lagi. Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 17- Air sungai Miri kelihatan keruh akibat pencemaran yang berlaku. A) kotor B) jernih C) cemar D) berlumpur 18- Hanya orang yang bersemangat jitu sahaja akan dipilih menyertai pasukan tentera. A) kuat B) waja C) lemah D) lembut Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 19- Ketibaan Perdana Menteri disambut dengan paluan rebana ubi. A) sorakan B) jemputan C) lamunan D) pukulan 20- Pengawas telah melaporkan kejadian kecurian itu kepada guru besar. A) mengajukan B) menyatakan C) memberitahu D) mengadukan
28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 21- Novel remaja itu telah ditulis oleh seorang penulis yang terkenal. A) Remaja novel itu menulis seorang penulis terkenal. B) Seorang penulis novel remaja telah terlau terkenal. C) Remaja novel itu bila dibaca oleh seorang penulis terkenal. D) Seorang penulis yang terkenal telah menulis novel remaja itu. 22- Hamidun melukis gambar Muzium Negara. A) Gambar Muzium Negara Hamidun lukis. B) Gambar Muzium Negara dilukis oleh Hamidun. C) Melukis gambar Muzium Negara oleh Hamidun. D) Gambar Muzium Negara Hamidun melukis. Pilih jawapan bagi ayat tanya yang bergaris. 23- Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan? A) Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan semalam. B) Perpindahan mangsa banjir itu telah diuruskan oleh ketua kampung. C) Bekalan makanan telah diberikan kepada mangsa banjir. D) Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke balai raya. Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang bergaris. 24- Akibat kemalasannya, Yee Hung gagal dalam peperiksaaan. A) Kenapakah Yee Hung malas? B) Bilakah Yee Hung gagal? C) Bagaimanakah Yee Hung gagal? D) Apakah yang menyebabkan Yee Hung gagal dalam peperiksaan?

29

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat di bawah yang membawa maksud jamak. 25IOrang berduyun-duyun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. II Sudahberkali-kali ibu mengejutkan adik tetapi adik masih lagi belum bangun daripada tidur. III Ibu menyuruh adik menghalau ayam-ayam yang memakan padi yang dijemur itu. IV Tukang kayu itu sedang memasang kuda-kuda pada rumah yang sedang dibina itu. A) I dan II sahaja B) I, II dan III sahaja C) II dan IV sahaja D) I, III dan IV sahaja 26I Nenek mengambil masa berhari-hariuntuk menyiapkan sebidang

tikarmengkuang yang dianyamnya. II Adik menangkap beberapa ekor kunang-kunang lalu memasukkannya ke dalam botol. III Mesyuarat itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah ini. IV Ramai pemandu yang tidak berhati-hati telah terlibat dalam kemalangan di jalan raya yang bengkang-bengkok itu. A) I dan II sahaja B) I dan III sahaja C) I, III dan IV sahaja D) II, III dan IV sahaja

30

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27- I) Penjual nasi lemak itu baru saja lalu. II) Perkara lalu jangan diungkit lagi. III) Salmah berdiri lalu menyanyi. IV) Dia tidak lalu makan kerana demam. A) I dan II sahaja B) II dan III sahaja C) I,II dan III sahaja D) I, II, III dan IV Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul. 28- I) Dia menyiang ikan di dapur. II) Ikan digaul dengan garam dan kunyit. III) Selepas itu, ikan digoreng di dalam kuali. IV) Emak pergi ke pasar membeli ikan. A) I, II, III dan IV B) II, IV,III dan I C) III, IV, I dan II D) IV, I, II dan III Pilih ayat yang betul. 29A) Kain songket itu untuk bagi makcik saya. B) Hulu keris itu bersadurkan perak. C) Dia mempunyai sebuah cita-cita yang bersih. D) Pengarah menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

31

30A) Dia tidak anak saya. B) Beg itu diperbuat dari kain. C) Sawah padi itu bagi anak-anaknya. D) Rumah banglo dua tingkat itu untuk ibu.

6.0 PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA (KEMAHIRAN MEMBACA)

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti

mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan keduadua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Hal ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.

32

Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-jenis Kemahiran Membaca Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988)dalam Sri Pendidikan Longman

PedagogiBahasa, terdapat dua jenis bacaan di dalam kemahiran membaca iaitu bacaanbersuara( bacaan mekanis) dan bacaan senyap (bacaan akaliah). Bacaan bersuarabermaksud bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul denganmenggerakkan alat-alat pertuturan. Selain itu, bacaan mekanis juga disebut sebagai membacaoral,membaca ulat dan membaca nyaring.Tujuan bacaan mekanis ini diperkenalkanuntuk membolehkan murid-murid membaca dengan lancar,cekap dan pantas

dengandiiringi sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Cara melaksanakannya guruharuslah memberi satu petikan dalam satu masa tertentu untuk

bacaan,sesuai dengankebolehan dan umur murid-murid Bacaan akaliah atau bacaan senyap iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati ataumenukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengelurkan

suara.Bacaan ini juga disebutsebagai membaca di dalam hati.Membaca senyap ialah kegiatan membaca yangmelibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuanbacaan senyap untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca sendiri danmemahami apa yang dibacanya.Ini juga untuk melatih mereka supaya dapat membacasecara senyap dan pantas. Cara melaksanakannya pula bahan-bahan yang disediakanharuslah berperingkatperingkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senangkepada bahan-bahan yang banyak dan susah.

33

Terdapat

enam

peringkat

kemahiran

membaca

iaitu

kesediaan

membaca,prabacaan, bacaan secara mekanis, membaca dan memahami, bacaan intensif dan bacaan ekstensif.Dalam kemahiran membaca terdapat dua tujuan iaitu serta merta dan lanjutan: i. Serta merta Membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan. Membaca cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk habiskan sesuatu bahan bacaan. ii. Lanjutan Membetulkan fahamannya yang salah, membanding fikiran dan

pengalaman orang lain untk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Proses membaca melibatkan proses mental yang kompleks iaitu merangkumi proses seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada, menyusun idea dan membuat generalisasi dan penilaian. Guru boleh melakukan penilaian kemahiran membaca untuk menilai tahap bacaan murid dengan menggunakan beberapa teknik penilaian yang sesuai. Salah satu cara penilaian kemahiran membaca yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah ialah menggunakan teknik kloz.

Teknik Kloz Teknik kloz mula digunakan pada tahun 1950-an di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Prosedur Kloz dan diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada tahun 1953. Teknik ini memerlukan seseorang pelajar memahami secara

terperinci.Pelajar diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai mengikut maksud.Pelajar juga perlu menggunakan isyarat linguistik dari segi sintaksis dan semantik menurut makna perkataan dalam konteks dan struktur sesuatu ayat.
34

Prinsip Pembinaan Item Kloz: Arahan hendaklah jelas sama ada perlu isi jawapan dalam kertas soalan atau kertas jawapan. Pernyataan jelas, padat, tidak berbunga-bunga. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara. Perkataan yang dikosongkan terdiri daripadaperkataan penting sahaja. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruangkosong dalam sesuatu pernyataan. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan.

Teknik pemarkahan menggunakan ujian kloz boleh digunakan sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan pelajar-pelajar.Teknik kloz tidak sukar dilakukan dan boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu.Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru dalam sesuatu keratan bacaan. Cara Pelaksanaan: Langkah 1: Pelajar diminta melihat dan keseluruhannya. Langkah 2: Berdasarkan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks. Contoh Soalan Untuk Pemarkahan Membaca Setiap manusia memerlukan makanan untuk _________.Pengambilan membaca keratan itu secara

__________ seimbang penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik.Pemakanan seimbang bermaksud makanan yang

mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh __________.Protein, vitamin, _________, garam mineral dan sebagainya yang terdapat dalam makanan diperlukan oleh tubuh untuk membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan baik, selain berupaya _________ penyakit.Walau bagaimanapun, makanan juga dapat memudaratkan __________ seseorang sekiranya peraturan pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan.
35

Cara memberi markah menggunakan teknik ini ialah: 3 markah untuk jawapan tepat (seperti petikan asal) 2 markah jika perkataan sendiri 1 markah jika makna logik 0 markah jika makna tidak logik atau tidak dijawab Perincian Peringkat bacaan pelajar 75 % ke atas Peringkat bersendirian Murid telah mencapai tahap bacaan & pemahaman yang baik. Menunjukkan kebolehan membaca Memahami bacaan dengan bersendirian tanpa bahan Penerangan

Skala % Markat Pelajar

memerlukan bantuan 25% - 50% Peringkat bimbingan Pelajar menghadapi masalah dalam bacaan & pemahaman Memerlukan pertolongan & bimbingan 0% - 25% Peringkat kecewa Pelajar menghadapi banyak masalah dalam bacaan & pemahaman Pelajar merasa kecewa dengan situasi yang dihadapi

Jadual 3: Skala dan perincian tahap bacaan pelajar.

36

7.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, guru perlulah untuk mengetahui dan memahami konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian.Setelah guru memahaminya dengan betul dan tepat, bolehlah guru menggunakan konsep-konsep ini dalam P&P untuk menilai kebolehan murid-murid. Sebagaimana yang telah kita ketahui, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Manakala pengujian pula ialah satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Pengujian dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.Dan konsep akhir sekali ialah penilaian. Penilaian merupakan satu proses menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai. Tujuan penilaian ialah untuk memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum. Selain itu, kepentingan untuk mengetahui aras Taksonomi Bloom juga diberi penekanan kerana dapat membantu guru untuk membina soalan-soalan untuk penilaian murid. Setiap soalan yang dibina untuk sesuatu ujian haruslah berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang berpandukan juga dengan aras pengetahuan kognitif murid seperti yang telah disenaraikan dalam Taksonomi Bloom. Terdapat enam aras kognitif yang disenaraikan iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian. Manakala dalam Domain Krathwohl pula terdapat lima aras iaitu penerimaan, gerakbalas, penilaian, organisasi dan perwatakan. Dan akhir sekali, guru juga haruslah mengetahui kaedah-kaedah penilaian bahasa seperti kaedah penilaian melalui portfolio, penilaian melalui pemerhatian, penilaian melalui kontrak pembelajaran dan penilaian melalui soal jawab.Guru juga mestilah melaksanakan penilaian kemahiran bahasa untuk menilai kemahiran lisan, membaca dan menulis dalam kalangan murid.Penilaian bahasa dapat membantu guru untuk mengetahui tahap pembelajaran murid dan juga untuk mengetahui dan menilai tahap pengajaran guru.
37

You might also like