You are on page 1of 5

6.

ANALISIS FAKTOR FAKTOR STRATEGIK (SWOT/MATRIKS SWOT/TOWS) ANALISIS SITUASI Menganalisa situasi dalam atau luar syarikat adalah penting bagi semua syarikat yang beroperasi. Hal ini untuk memastikan agar syarikat sentiasa berada dalam landasan yang betul, sejajar dengan objektif dan matlamat syarikat yang telah ditetapkan dan sesuai mengikut situasi yang dihadapi. Terdapat beberapa teknik dalam menganalisa situasi dan faktor-faktor strategic iaitu antaranya ialah SWOT, MATRIKS SWOT DAN TOWS MATRIKS. Akan tetapi untuk analisa kali ni kami telah memilih untuk menggunakan teknik TOWS MATRIKS. TOWS MATRIKS dilakukan dengan menganalisis peluang dan faktor-faktor luaran yang mana lebih agresif dan bersifat daya saing berbanding faktor-faktor dalaman. Antara contoh dalam faktor luaran ialah budaya pembeli, kuasa pembeli, isu politik dan undang-undang, cara promosi pesaing, gaya hidup dan sebagainya. Seterusnya, huraian mengenai TOWS MATRIKS adalah seperti berikut : a) SO (Kekuatan dan peluang) Kekuatan AEON sebagai sebuah pasar raya besar tidak dapat disangkal lagi. Hal ini disokong dengan statistik yang dikeluarkan oleh General Merchandise Stores (GMS) yang mana keputusannya menunjukkan bahawa pasar raya AEON mendahului rantaian kedai barangan umum di Malaysia. Ini disebabkan oleh AEON yang menyediakan pelbagai barang dari jenamanya sendiri, yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna setiap hari disamping deretan kedai jenama lain yang berada didalam pasar raya AEON. Faktor ini sudah cukup untuk menarik pelanggan mengunjungi AEON saban hari. Oleh sebab ini, AEON mengambil peluang yang terhidang dengan membuka laluan kepada adik syarikat AEON seperti AEON BIG dan AEON DELIGHT didalam kompleks pasar raya bagi menjana lebih banyak pendapatan serta mengembangkan perniagaan AEON di Malaysia.

b) WO (Kelemahan dan peluang) Antara kelemahan ketara dalam pengurusan AEON ialah keadaan dan ruang inventori yang besar, yang menyebabkan kos untuk penyimpanan inventori ni menjadi tinggi.

AEON banyak menghabiskan dana mereka disitu tanpa disedari. Oleh kerana AEON merupakan pasar raya besar mereka terpaksa menyimpan stok barang yang begitu banyak. Ruang untuk inventori diperlukan dengan lebih lagi jika pihak pengurusan tidak mengambil serius tentang perkara ini. Mungkin ini boleh menjadi peluang kepada mereka untuk melakukan penurunan harga ataupun promosi diskaun bagi mengurangkan stok inventori secara tak langsung dapat menjana lebih pendapatan setiap hari.

c) ST (Kekuatan dan ancaman) Kedudukan kukuh AEON didalam industri peruncitan ini tidak dapat disangkal lagi. Hal ini dibuktikan dengan senarai kedudukan 5 teratas dalam industri peruncitan didunia. AEON mempunyai market share yang tinngi didalam pasaran runcit Asia yang menyebabkan AEON dikenali ramai dan menyebabkan ia terus kukuh sampai ke hari ini. AEON terus mencatatkan prestasi kewangan yang memberasangkan dari tahun sebelumnya berdasarkan laporan tahunan kewangan syarikat itu. Namun terdapat juga ancaman yang mampu menggugat prestasi AEON seperti harga bahan mentah yang meningkat yang mampu menjatuhkan prestasi jualan semasa AEON. Persaingan domestik dan antarabangsa juga menjadi faktor utama ancaman terhadap AEON kerana kewujudan dan kelambakan pesaing dalam bidang peruncitan ini bakal memberikan kesan kepada AEON.

d) WT (Kelemahan dan ancaman) Satu lagi kelemahan AEON ialah dari segi pengambilan dan pengurusan pekerja yang menyaksikan AEON terpaksa menanggung kerugian akibat daripada pekerja yang hanya berkhidmat selama sebulan atau dua bulan lebih. AEON terpaksa membayar gaji dan yuran latihan serta kursus untuk setiap pekerja baru. Hal ini sekali gus telah meningkatkan kos pentadbiran yang ditanggung syarikat. Polisi kerajaan juga seringkali menjadi ancaman besar kepada mana-mana syarikat. Setiap polisi baru, ataupun polisi yang diubahsuai, pasti akan memberi kesan kepada syarikat tidak kira dari sudut positif mahupun negatif.

SEMAKAN TERHADAP HALATUJU SYARIKAT Prinsip Customer First yang dipegang oleh AEON adalah penting dalam misi memacu syarikat kearah hadapan sejajar dengan matlamatnya. AEON meletakkan tiga keywords yang mesti diikut oleh semua pihak didalam syarikat iaitu peace, people, dan community. Kesemua faktor ini menjadi watak utama dalam AEON terus kehadapan dan mengembangkan perniagaannya. Halatuju syarikat lebih terarah kepada menyediakan kompleks pasar raya yang lengkap untuk dikunjungi komuniti disekelilingnya. Hal ini berdasarkan dua komponen yang telah ditetapkan didalam strategi syarikat untuk masa akan datang. AEON, seperti yang semua pihak tahu, amat menitikberatkan hal yang melibatkan pelangggan mereka. Pelanggan adalah nombor satu bagi AEON, dan oleh sebab itu telah banyak program-program Corporate Social Responsibility (CSR) diadakan bagi mewujudkan hubungan jangkamasa panjang dengan pelanggan dan komuniti disekelilingnya.

7. ALTERNATIF-ALTERNATIF STRATEGIK & STRATEGI YANG DISYORKAN. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, kami dapat bahawa AEON banyak menggunakan strategi-strategi lama mereka dalam proses mempertahankan kedudukan mereka dalam pasaran. Antaranya ialah penggunaan dan pengeluaran produk berjenama sendiri iaitu Jusco Selection yang fokus kepada penghasilan produk ataupun barangbarang keperluan seharian pengguna misalnya. Seperti contoh gula, sabun, susu, makanan ringan dan produk tenusu. Penggunaan kad ahli jusco pula seharusnya diperluaskan bagi menggalakkan lagi orang ramai untuk menggunakannya. Sememangnya kehadiran kad ahli ni amat membantu dalam menarik pelanggan untuk setia bersama AEON, tetapi adakah ia masih relevan dan bagaimana untuk mengekalkan prestasi ia pada masa akan datang? Pemberian harga diskaun dan lain-lain bentuk promosi amat penting dalam bidang peruncitan ini. AEON telah berjaya mengetahuinya dan melaksanakannya sekerap yang mungkin untuk menangkap perhatian pelanggan. Potongan harga yang ada mungkin tidak cukup memuaskan hati pelanggan.

Sesebuah syarikat itu takkan berjaya dalam perniagaannya jika tiada pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap kerjanya. Oleh itu, pengurusan dan tenaga kerja turut memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan sesebuah syarikat seperti AEON. Cara pengambilan pekerja, penyusunan jadual, pemantauan, semuanya harus dilakukan dengan rapid dan teliti agar pergerakan perniagaan hari itu menjadi lancar. Disebabkan faktor-faktor diatas, beberapa jenis strategi boleh dipilih oleh pihak pengurusan dalam menentukan halatuju syarikat akan datang. Antaranya ialah : Forward integration Backward integration Horizontal integration Market penetration Market development Product development Related diversification Unrelated diversification Retrenchment Divestiture Liquidation

AEON boleh memilih lebih daripada satu jenis strategi diatas, dan AEON juga boleh menggabungkan mana-mana strategi diatas untuk digunakan dalam strategi mereka. Cadangan kami ialah AEON menggunakan Cost Leadership Strategies bagi mengukuh dan meluaskan lagi pasaran mereka berbanding pesaing-pesaing yang ada. AEON amat terkenal dalam menyediakan barangan yang berkualiti kepada pengguna mereka, jadi adalah tidak menjadi masalah jika AEON turut merendahkan sedikit harga barangan mereka berbanding pesaing yang ada. AEON mungkin boleh merancang dan membentuk satu slogan yang mana menggambarkan harga barangan mereka lebih murah dan berkualiti daripada pesaing yang lain. Oleh sebab itu, AEON perlu menggunakan beberapa strategi lain untuk memastikan Cost leadership strategies ni berjaya dilaksanakan. Antara strategi yang boleh digunapakai ialah Forward integration, Backward integration, dan Horizontal integration. Walaubagaimanapun AEON perlulah menekankan perbezaan yang ketara terhadap servis dan

produk mereka daripada syarikat yang lain. Dibawah strategi Cost leadership ini, terdapat dua jenis strategi yang boleh digunapakai oleh syarikat iaitu : Type 1 : Low-cost Type 2 : Best-value

Untuk menjadi sebuah syarikat yang menerajui industri dengan berjaya, syarikat tidak semestinya melakukan potongan harga sepanjang masa. AEON sebagai contoh boleh memilih waktu yang sesuai untuk melakukan promosi harga rendah atau diskaun harga. AEON perlulah berhati-hati dalam melaksanakan strategi ini, agar tidak melampau sehingga boleh menyebabkan syarikat tidak mengaut sebarang keuntungan. Menyentuh kata kunci best-value, jika AEON berjaya meletakkan kata kunci ini didalam fikiran pelanggan, AEON sudah boleh dikira sebagai juara dalam industri peruncitan ini. Best-value tak semestinya mahal ataupun murah, ia mengenai kepuasan pelanggan terhadap apa yang mereka bayar dengan apa yang mereka perolehi. Maka AEON perlulah menyasarkan matlamat sehingga syarikat berjaya berada ditahap tersebut.

You might also like