You are on page 1of 3

Resepi: Maggi Kari Letup Goreng ala-ala Mamak. Sumber: Rekaan sendiri.

Bahan-bahan: (untuk 3-4 orang) 3 bungkus Maggie kari letup yang sudah direbus (toskan) *4 ulas bawang putih *2 biji bwang merah *1 sk belacan yang digoreng tanpa minyak (boleh juga dibakar) *ditumbuk halus 2 sb cili kering yang sudah dikisar (ikut tahap kepedasan anda) 2 paket perencah manggi 1 biji bawang besar (dipotong dadu) **2 sb sos cili **3 sb sos tomato **2 sb kicap manis **1 sk lada sulah yang ditumbuk halus (ikut tahap kepedasan anda) ** sk perencah ajinomoto 3 sb minyak masak Sedikit air Bahan untuk hiasan: (optional) Timun dan telur dadar

Cara-caranya: 1- Panaskan minyak dalam kuali. 2- Tumis bahan yang bertanda *. 3- Masukkan cili kering. Tumis hingga keluar minyak. 4- Masukkan serbuk perencah manggi. Kacau. 5- Masukkan bawang besar. Gaul sebati. 6- Masukkan bahan-bahan yang bertanda **. Kacau hingga sebati. 7- Tambahkan sedikit air. Kacau lagi. 8- Pastikan bahan tumisan itu cukup rasanya sebelum dimasukkan manggi. 9- Selepas 5 minit, masukkan manggi yang sudah direbus. Gaul hingga kering atau sedikit basah. Siap dihidang bersama hirisan timun dan telur dadar.

Resepi: Kuih Qasidah Sumber: Bondaku tercinta Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir 7 cawan air 10 ulas bawang merah(dihiris) Sedikit minyak untuk menggoreng bawang Cara-caranya: Goreng bawang merah hingga garing. Ketepikan. Bancuh tepung gandum dan gula pasir dengan 2 cawan air sedikit demi sedikit sampai cair.(Jangan samapi berketul, kalau berketul kena tapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk). Letakkan adunan tepung tadi atas api dengan api yang sederhana. Kacau hingga bancuhan tadi pekat dan likat(semasa kacau tadi hendaklah masukkan 5 cawan air tadi sedikit demi sedikit) Pastikan adunan tadi sentiasa dikacau kerana ia akan bergentel-gentel jika tidak dikacau. Kacau hingga masak (dah tahu adunan kuih itu dah masak ke belum, letakkan sedikit di atas piring yang berisi sedikit minyak, kalau ia dah lekang/tanggal atau tak melekat pada piring bila disentuh bermakna dah masak) Griskan loyang anda dengan sedikit minyak. Masukkan adunan tadi, dan taburkan bawang goreng ke atasnya.(optional)

You might also like