You are on page 1of 5

OBJEKTIF BOLA BALING

OBJEKTIF AM

1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan,
kelenturan, kuasa, dan kelajuan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan
fizikal;

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik
pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik;

6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan; dan

7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

Sejarah Bola Baling


Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di
Yunani, Harpaston di Rom dan Fangballspiel di Jerman pada zaman dahulu. Pada abad ke-19, munculnya permainan
yang agak sama dengan permainan bola baling seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark,
Hazena di Bohenia, Gandbol di Ukraine dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan bola baling moden pertama
kali dimainkan di Denmark, Jerman, Norway, Scandinavia dan Sweden pada akhir abad ke-19. R.N. Ernst membentuk
undang-undang permainan bola baling pada tahun 1897 manakala Holger Nielsen membentuk undang-undang
permainan ini pada tahun 1898. Undang-undang lain untuk permainan ini pula dibentuk oleh Max Heiser, Karl
Schelenz dan Erich Konigh pada tahun 1917. Undang-undang ini ditingkatkan lagi oleh Karl Schelenz pada tahun
1919. Pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan lelaki diadakan antara Jerman dan Belgium
pada tahun 1925. Sebaliknya, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan perempuan
diadakan antara Jerman dan Australia pada tahun 1930. Kedua-dua pertandingan ini dijalankan bawah undang-undang
tersebut.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa
khas untuk menyelaraskan permainan ini. Hasilnya satu undang-undang antarabangsa permainan bola baling
ditubuhkan. Pada tahun 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery
Brudge dan dianggotai 11 buah negara sempena Sukan Olimpik di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola
baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin untuk pasukan lelaki.
Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Namun demikian, permainan
tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik. Permainan dipertandingkan semula dalam Sukan
Olimpik di Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976, permainan bola baling untuk pasukan perempuan dalam Sukan
Olimpik dimulakan. Pada mulanya, bola baling dimainkan 11 orang pemain di padang sepak tetapi akhirnya ia
berkembang menjadi permainan dalaman yang dimainkan 7 orang pemain disebabkan cuaca yang buruk di utara
Eropah. Akibatnya permainan ini berkembang dengan pesat dan meluas di seluruh Eropah. Permainan bola baling
secara dalaman dan luaran sama-sama-sama mendapat sambutan baik dan terkenal sehingga tahun 1960. Pada tahun
1965, jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan permainan bola baling sebagai permainan dalaman yang
disertai oleh 7 orang pemain.
Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10
buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditukar
kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini telah mengadakan kejohanan Bola Baling Sedunia
Pasukan Lelaki setiap 4 tahun atau 3 tahun sekali dari Perang Dunia Kedua hingga tahun 1995. Selepas Kejohanan
Bola Baling Sedunia di Ireland, pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali. Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan
Perempuan diperkenalkan oleh kesatuan ini pada tahun 1957. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan
tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini
Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai
sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2007, tedapat 159 buah kesatuan bola baling di pelbagai negara menganggotai IHF
yang terdiri daripada 1130000 pasukan di mana terdapat sebanyak 31 juta orang pemain, jurulatih, pengadil dan
pegawai . Pada hari ini, terdapat 68 buah negara menyertai IHF. Di Eropah, negara yang menguasai permainan ini
ialah Jerman, Yugoslavia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland.
Perkembangan bola baling yang pesat di Asia berlaku selepas penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia
hasil daripada cadangan Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad selaku pengerusi perwakilan Kuwait dalam Sukan Asia di
Tehran pada tahun 1974. Beliau meminta supaya permainan bola baling diiktirafkan sebagai permainan rasmi di Asia.
Ini adalah disebabkan permainan ini mendapat sambutan yang meluas di Asia . Berikutannya Kesatuan Permainan
Asia telah mengiktirafkan permainan bola baling sebagai permainan rasmi yang ke-19 dalam senarai permainan Asia.
Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad juga mengambil inisiatif mengadakan satu mesyuarat untuk perbincangan penubuhan
Kesatuan Bola Baling Asia. Hasilnya Kesatuan Bola Baling Asia telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan
Asia di Tehran sedang berlangsung. Pada tahun 1976, semua kesatuan bola baling dari seluruh Asia telah dijemput
menghadiri satu mesyuarat. Penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia (AHF) diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Ahli
jawatankusa kesatuan ini telah dipilih dan jawatankuasa eksekutif ditubuhkan untuk menguruskan kesatuan tersebut.
Ibu pejabat kesatuan ini terletak di Kuwait. Penubuhan kesatuan ini telahmembawa kepada pembangunan dan
perkembangan permainan bola baling di Asia. Di Asia, Rusia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang
terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988
manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.Permainan bola baling di Malaysia merupakan satu permainan
yang baru. Perkembangan bola baling agak perlahan di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan oleh
Lim Hock Han pada tahun 1976.
Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11
September 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun
1986, persatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor
dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula
telah diadakan pada 7 Disember 1985 dan sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tesebut.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat
kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah
menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains
Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab
perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu
permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.
Persatuan bola baling diperkenalkan kepada pelajar sebagai salah satu kegiatan kokurikulum.
Sebenarnya permainan ini biasanya dimainkan sampai peringkat sekolah menengah. Terdapat banyak
rakyat Malaysia masih tidak mengenali permainan ini. Selain itu, negara kita kekurangan jurulatih yang berkaliber
disebabkan masalah kewangan. Kesatuan Bola Baling Amatur Malaysia bertanggungawab untuk membangunkan dan
mengembangkan permainan di negara kita.

KEMAHIRANN PERMAINAN BOLA BALING

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM BOLA BALING

1. Permainan
(a) Bola Baling

(i) Kemahiran:

Hantaran
Menangkap
Menggelecek
Melantun
Mengacan
Menghadang
Menjaring
Menjaga gol
Undang-undang dan peraturan

(ii) Aspek-Aspek Keselamatan:


Latihan yang sistematik
Mengenal pasti kemampuan
tahap dan kecergasan murid
semasa melakukan aktiviti
Kesesuaian pakaian
Persekitaran atau tempat
beraktiviti
Penyeliaan, arahan dan
bimbingan
Perlakuan aktiviti
Disiplin murid

You might also like