You are on page 1of 14

PENGURUSAN PENTADBIRAN

KEWANGAN CAWANGAN

Disampaikan
Oleh:
Sdr. V. Tharmaraju
Setiausaha Kewangan
Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB
PERATURAN 32
KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

• Pengerusi dan Setiausaha Cawangan akan


menyelenggarakan urusan kira-kira cawangan
bersama-sama dengan Bendahari Cawangan
menurut Peraturan 36.

• Bendahari Cawangan hendaklah bertanggungjawab


dalam urusan penerimaan dan pembayaran wang
bagi pihak Kesatuan dan urusan penyimpanan dan
mencatat di buku kewangan sebagaimana yang di
kehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kesatuan
Sekerja 1959.
• Ia hendaklah bertanggungjawab tentang keselamatan
simpanan buku-buku kewangan dan surat-surat
keterangan yang berkaitan di Pejabat Cawangannya dan
ia tidak boleh mengeluarkan, buku-buku dan surat-surat
keterangan dari pejabat rasmi cawangannya tanpa
kebenaran bertulis daripada Presiden Kesatuan atau
Pengerusi Cawangan pada tiap-tiap kali ia hendak
mengeluarkannya. Ia hendaklah menguruskan kira-kira
cawangannya bersama-sama dengan Pengerusi dan
Setiausaha Cawangan. Ia hendaklah menyediakan
penyata kewangan bagi setiap Mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan dan Mesyuarat Agung Cawangan.
PERATURAN 33

MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN CAWANGAN

• Urusan Mesyuarat Agung Cawangan antara lain ialah :


Menerima dan meluluskan penyata-penyata dan
lapuran-lapuran daripada Setiausaha dan Bendahari
Cawangan.
PERATURAN 36
WANG DAN KIRA-KIRA CAWANGAN

• Semua wang yang terkumpul di Ibu Pejabat dan di


Cawangan-Cawangan Kesatuan adalah menjadi
kepunyaan Kesatuan seluruhnya.

• Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah menetapkan dari


semasa ke semasa perbelanjaan yang boleh di buat oleh
Cawangan.
• Bendahari Cawangan hendaklah menyampaikan kepada
Setiausaha Agung sebelum hari yang ke 14 pada tiap-
tiap bulan suatu penyata perbelanjaan cawangannya
(dengan sokongan baucer dan resit) yang dibelanjakan
dari wang runcit dalam bulan yang lalu.

• Wang runcit yang disimpan oleh Cawangan hendaklah


diuruskan bersama-sama oleh Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari Cawangan. Bendahari Cawangan tidak
dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM
50.00 pada sesuatu masa. Ia tidak boleh
membelanjakan lebih dari RM 25.00 pada sesuatu masa
tanpa kebenaran Jawatankuasa Cawangan.
KOMEN JURUAUDIT
PENGURUSAN WANG RUNCIT CAWANGAN

• Pastikan kesemua cawangan menghantar baucer


bulanan pada Ibu Pejabat sebelum hari yang ke 14
(empat belas) pada tiap-tiap bulan, satu penyata
perbelanjaan cawangannya (dengan sokongan baucer
dan resit) yang dibelanjakan dari wang runcit dalam
bulan yang lalu bagi memudahkan pihak ibu pejabat
mengemaskini dalam buku tunai setiap bulan.
• Setiap pembayaran/pembelian dan tuntutan yang
dibuat hendak disertakan dengan resit asal
pembayaran/pembelian, notis mesyuarat, senarai
kehadiran AJK dan minit mesyuarat. Tiada
tuntutan boleh dibuat untuk mesyuarat yang ditaja
oleh pihak pengurusan seperti mesyuarat JCC/JK
kesihatan Keselamatan/JK kuarters dan lain-lain.

• Tiada perbelanjaan dibenarkan untuk tujuan


sumbangan/membeli cenderahati dan sebagainya
tanpa kelulusan dari ibu pejabat.
• Setiap tuntutan perjalanan yang dibuat untuk satu
destinasi yang sama tetapi dihadiri lebih daripada
seorang ahli, tuntutan perjalanan yang boleh dituntut
adalah berdasarkan nilai tuntutan bagi perkongsian
satu kereta (4 orang) di mana seorang sahaja boleh
membuat tuntutan atau mengikut tambang teksi/bas
atau yang mana lebih rendah.

• Kesemua Cawangan dinasihatkan supaya


mengadakan aktiviti/mesyuarat untuk menunjukkan
komitment masing-masing terhadap Kesatuan.
Sekian, terima kasih

You might also like