Professional Documents
Culture Documents
Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Ta’ala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi
Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia
lagi jujur hingga keakhir zaman.
Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah
Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm
Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang
sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah
kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah
keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak
cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek
sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal
kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan
menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya
pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya.
Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada
semua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri saya
sendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhingga
buat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemu-
jemu dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa
juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea juga
sumber maklumat dari awal hingga akhir .
Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang Maha
Mengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal.
Susunan al-Quran sebagaimana yang dapat dilihat dan dibaca hari ini adalah mengikut susunan
sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum al-Quran dibukukan dalam bentuk mashaf,para
sahabat Rasulullah s.a.w telah menghafalnya dengan berbagai wajah bacaan yang disandar
secara langsung kepada Baginda s.a.w samada menghafal sebahagian atau pun keseluruhan 30
juzuk.Mereka adalah para huffaz yang berusaha memastikan setiap ayat al-Quran terpelihara dan
disebar luas.
Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini akhirnya menyumbang kepada perselisihan dan
perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terutama selepas sebilangan huffaz syahid di medan
Yamamah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr. Zaman Khalifah Uthman
bin Affan menyaksikan kemuncak perselisihan itu yang hampir membawa kepada pertumpahan
darah dan kafir mengkafir sesama saudara Islam. Demi menyelamatkan ummah dari terus di
robek oleh arus perpecahan yang dahsyat, Khalifah Uthman telah membuat keputusan yang bijak
dengan memerintahkan Zaid bin Thabit dan beberapa orang cendikiawan ketika itu,membuat
penyusunan semula al-Quran berdasarkan mashaf yang telah dibuat semasa zaman Khalifah Abu
Bakr r.a. Mashaf ini kemudiannya disebar luas keseluruh empayar Islam .Kaedah penulisan dan
bacaan dalam mashaf ini kemudiannya dikenali sebagai Kaedah Rasm Uthmani yang
dinisbahkan kepada jasa Khalifah Uthman b. Affan r.a. Mashaf ini menjadi sumber rujukan
untuk membaca dan menulis al-Qur’an yang diiktiraf oleh para ulama’ sebagai yang paling
sempurna dan muktabar.
Pengertian
Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi
memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.
Menurut Abdul Qadir Leung(2008;126) kalimah rasm bermaksud penulisan , penulisan
berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi
penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.
Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-
kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses
penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) berkata Rasm Uthmani juga
diistilahkan sebagai “Rasm Mushaf” oleh “Majma’ Buhuth al-Islamiyyat” yang memberi
maksud “ ketentun atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman ibn Affan bersama sahabat-
sahabat lainnya ketika penulisan (penyelarasan) al-Quran, berkaitan dengan susunan huruf-
hurufnya , yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai daerah dan Bandar,
serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Khalifah Uthman sendiri”.
Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’ rasm
(tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota
Basrah,Khufah,Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan
Khalifah di Kota Madinah.
1-Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi oleh
penulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini.
Menurut Haji Uthman (1983;I) Rasm Uthmani ditulis dan di bariskan mengikut riwayat Hafs b.
Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Khufi bagi bacaan ‘Asim bin Abi al-Najudi al-Khufi al-
Berikut adalah sebahagian daripada contoh-contoh hazaf huruf tertentu berserta keterangan
berkaitan;
Huruf Kalimah
Tempat dan keadaan contoh
hazaf asal
Alif pada Kalimah “ basmalah” ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺑﺎﺳﻢ ﺍﷲ
Alif Alif “Al-Takrf” didahului huruf lam ﺍﻥ ﺃﻭﻝ ﺑﻴﺖ ﻭﺿﻊ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻟﻠﺬﻯ ﺑﺒﻜﺔ ﻝ ﺍﻟﺬﻯ
( )ا ta’kid atau jar.
Kalimah di awalnya hamzah Qata’ ﻗﻞ ﺀﺍﷲ ﺃﺫﻥ ﻟﻜﻢ ﺃﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﷲ ﺗﻔﺘﺮﻭﻥ ﺃ ﺍﷲ
disusuli hamzah wasal atau Qata’
Wau Bila ia berturut-turut dalam satu ﺍﺫ ﺗﺼﻌﺪﻭﻥ ﻭﻻ ﺗﻠﻮﻭﻥ ﻋﻠﻰ ﺃﺣﺪ ﺗﻠﻮﻭﻥ
()و kalimah
Dibuang wau yang menumpang huruf ﻭﻓﺼﻴﻠﺘﻪ ﺍﻟﱴ ﺗﺌﻮﻳﻪ ﺗﺆﻭﻳﻪ
hamzah
10
11
12
13
إن ﻟﻢTerdapat pada satu tempat sahaja iaitu; Semua kalimah ini ditulis terpisah
()إﻟّﻢ (Hud:14) ﻓﺈﻟﻢ ﯾﺴﺘﺠﯿﺒﻮا ﻟﻜﻢ- (kecuali pada surah Hud:14). Contoh;
(Al-Kahfi:6). إن ﻟﻢ ﯾﺆﻣﻨﻮا ﺑﮭﺬا اﻟﺤﺪﯾﺚ أﺳﻔﺎ-
أن ﻟﻦTerdapat pada dua tempat sahaja iaitu al- Semua kalimah ini ditulis terpisah
( )أﻟﻦKahfi: 48 dan al-Qiyamah:3). Contoh; (kecuali pada al-Kahfi: 48 dan al-
(al-Kahfi:48) أﻟﻦ ﻧﺠﻌﻞ ﻟﻜﻢ- Qiyamah:3). Contoh;
(Al-Balad:5) أﯾﺤﺴﺐ أن ﻟﻦ ﯾﻘﺪر ﻋﻠﯿﮫ اﺣﺪ-
15
16
Al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Sayuti (1987), Al-Itqan fi Ulum al-Quran, juz 2.
Beirut: Dar Ibn Kathir.
http://nayie.blogspot.com/2009/03/rasm-uthmani.html
http://kerabujantung.blogspot.com/2009/05/awas-quran-bukan -rasm-uthmani.html.
http://syathibie.blogspot.com/2008/10/al-rasm-uthmani-17.html
17