You are on page 1of 23

pengistilahan bahasa melayu

PENGENALAN

Pembakuan dalam bidang peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan
kemajuan masyarakat. Ini disebabkan istilah perlu dihasilkan apabila sesuatu bidang ilmu itu
diwujudkan. Dalam konteks pembentukkan budaya ilmu, penggubalan istilah dalam pelbagai
bidang ilmu juga menjadi penanda berlakunya proses intelektualisasi dalam Bahasa Melayu.

SEJARAH RINGKAS ISTILAH BAHASA MELAYU

Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957.
Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta nama jabatan dan jawatan
kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu. Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi
kerja kali pertamanya pada 15 Januari 1957. Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah
diterbitkan pada tahun 1960 dan terciptalah 2514 istilah baru. Kerja peristilahan secara
terancang atau sistematik bermula pada tahun 1975.

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah

Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia menerusi Majlis

Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus dipertanggungjawabkan untuk

mengumpul, membentuk, menggubal, memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa

Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik

ratusan profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran

dalam bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar bidang mewakili Institusi

Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor pendidikan negara.

Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah dengan

sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang. Penubuhan MABBIM di

peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan sejumlah 123885 istilah ilmu
pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna bahasa di ketiga-tiga negara anggota

MABBIM.

PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah

satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk

memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan

Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal.

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak mungkin untuk

memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan. Penggubalan istilah ini

dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP

daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat Pendidikan.

Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi,

tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada perkembangan ilmu dan teknologi

itu sendiri. Keadaan ini berlaku disebabkan penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih

merupakan penggubalan istilah sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu

dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai

dan pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam dengan

beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh.

KONSEP DASAR DALAM PEMBENTUKAN ISTILAH


Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah :

Takrif Istilah

Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri

yang khusus dalam bidang tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet,

metamofosis, dan lain-lain lagi

Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah

yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang

ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan)

Istilah dan Kata Umum

Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang

tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian,

kata umum boleh menjadi istilah.

Morfem dan Proses Peristilahan

Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu.

Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah.

Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan

penggabungan.
1. Kata Akar : Kata yang belum dapat imbuhan misalnya rumah, asid, pekat, mentah

2. Imbuhan dan Pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta

istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya, ber- (berkomunikasi), -an (siaran), peN-.-

an (pendebungaan)

3. Penggandaan : Ulangan kata dasar sama ada sebahagian ( rambut rerambut )

atau seluruh ( kacang kacang-kacang ) untuk membentuk istilah.

4. Gabungan : Cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses

penggabungan. Contohnya setiausaha, warganegara, bumiputera dan lain-lain.

DEFINISI ISTILAH
1. Istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang

jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian)

Kamus Dewan Edisi Ketiga

2. Istilah ialah kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses,

keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

Buku Bahasa Melayu Tinggi

LANGKAH PEMBENTUKAN ISTILAH


Konsep (makna,

proses, keadaan,

ciri)

Kata dalam

Bahasa Melayu

(umum + dialek)

Kata dalam

bahasa-bahasa

serumpun dengan

Bahasa Melayu

Kata dalam

Bahasa Inggeris

Kata dalam

bahasa-bahasa

lain

Kata yang tepat

Kata yang tidak berkonotasi buruk atau sebutannya sumbang

Kata yang paling singkat


Penyesuaian ejaan

Penyerapan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan

Penyerapan tanpa perubahan

Penterjemahan:

Terjemahan hendaklah tepat, singkat, memudahkan penyelarasan.

Makna umum yang bersistem secara bersistem

Istilah
LANGKAH 1

LANGLAH 2
LANGKAH 3

LANGKAH 4

KONSEP PERISTILAHAN, CIRI-CIRI DAN MASALAH

Perbezaan Antara Kata dan Istilah


Konsep merupakan asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah pula

merupakan simbol yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep. Kata dan

istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat biarpun mempunyai perbezaan.

Kekeliruan tentang kata dan istilah berlaku sejak kegiatan peristilahan di negara ini.

Kumpulan yang terlibat dalam peristilahan adalah Pakar Bidang, Ahli Bahasa, Pegawai

Peristilahan. Pengguna tidak dapat melihat perbezaan ini dengan jelas sehingga kata dan

istilah seringkali digunakan secara selari dan ditukarganti.

Bagaimana Istilah Diperolehi

Istilah dapat dibentuk daripada kata atau gabungan kata.

Penggunaan kata yang sedia ada untuk menggambarkan sesuatu konsep baru, tidak

menjadikan kata itu sebagai istilah menjadi suatu kata.

Konsep Peristilahan
Pertumbuhan konsep yang pesat dalam semua bidang kegiatan mausia telah

menimbulkan masalah komunikasi yang begitu serius.

Konsep yang tidak terhitung jumlahnya telah mewujudkan komunikasi yang taksa dan

sekaligus memberikan kesan yang tidak sedikit terhadap komunikasi antara orang mesin,

mesin mesin atau individu individu.

Walaupun istilah seringkali dapat dikaitkan dengan kata, tetapi kata pula tidak sentiasa

dapat dikaitkan dengan istilah kerana tidak semua kata adalah istilah.

Perbezaan antara kata dan istilah ini diperlihatkan dalam huraian tentang kata dan

istilah daripada beberapa sumber.

Istilah dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. Kata mempunyai

pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya.


Istilah mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan

dalam konteks yang berlainan.

Setiap konsep baru harus dilambangi dengan kata-kata yang dapat diperoleh dengan

menggunakan kaedah yang tertentu, seperti :

a. Membentuk kata baru dengan mengubah bunyi kata yang sedia ada. Contoh nya

Lejas daripada jelas

Legap daripada gelap

Jerap daripada serap

b. Membentuk kata baru dengan menggabungkan bahagian kata. Contohnya:

Asbut daripada asap dank abut

Puyam daripada puyuh dan ayam

Selembu daripada seladang dan lembu

c. Dengan meminjam kata asing. Contohnya :

Proses

Material
Hos

Hasil daripada penelitian di atas maka dapat disimpulkan bahawa konsep merupakan

asas dalam pembentukan kata dan istilah. Kata dan istilah merupakan simbol yang

digunakan untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Kata dan istilah mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Istilah terdiri daripada kata,

singkatan, huruf, lambing grafik dan sebagainya.

Kata mempunyai pelbagai makna yang bergantung pada penggunaannya, sedangkan

istilah mempunyai makna khusus dan tidak terikat pada konteks penggunaan.

Ciri-ciri Pembentukan Istilah

Ciri konsep membantu kita menjelaskan konsep dan membina sistem konsep.
Bagi penyelarasan, perkara ini amat berguna untuk melihat hubungan benda dengan

benda menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, kedudukan dan kegunaannya.

Jumlah kata akar dalam bahasa kecil berbanding dengan jumlah konsep yang ingin

dibentuk istilahnya. Justeru, kebanyakan istilah hanya boleh berupa gabungan unsur

perkataan atau istilah terpindah. Gabungan kata dan kata terbitan merupaka kombinasi

unsur perkataan.

Ketika membentuk istilah, hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut :

a. Sebarang kesamaran istilah hendaklah dielakkan. Kekeliruan boleh wujud

sekiranya satu istilah diperuntukaan kepada dua atau lebih konsep sedangkan ia

berbeza antara satu sama lain.

b. Sebarang sinonim hendaklah dielakkan. Sinonim boleh membebankan ingatan

dan mewujudkan tanggapan yang salah, iaitu lebih daripada satu konsep.

Bagaimanapun, istilah kebangsaan dan antarabangsa sebagai sinonim hendaklah

dibenarkan. Ini kerana, istilah itu memudahkan komunikasi yang luas.

c. Penggunaan istilah yang mantap hendaklah diteruskan; tidak boleh ditukar

istilahnya tanpa alasan yang cukup kuat.


d. Juzuk-juzuk istilah hendaklah menggambarkan ciri konsep yang paling

diperlukan.

e. Istilah-istilah hendaklah berbentuk luaran supaya boleh mewujudkan kata

turunan.

Kerapkali perkataan atau unsure kata daripada bahasa asing dipinjam untuk

pembentukan istilah. Dalam pendekatan yang digunakan ialah melalui :

a. Pemindahan secara langsung seperti atom dalam Bahasa Inggeris dipindahkan

kepada atom juga bagi Bahasa Melayu.

b. Penterjemahan secara literal. Contohnya, guide line dalam Bahasa Inggeris

diterjemah ke dalam Bahasa Melayu secara literal iaitu garis panduan.

Untuk melancarkan komunikasi, kadang-kadang perlulah disingkatkan istilah itu.

Penyingkatan yang perlu dibuat seharusnya tidak melanggar peraturan linguistik.

Syarat-syarat umum istilah baku seharusnya tidak samar, sebaliknya harus tepat,

ringkas, mudah dieja sesuai untuk pembentukan istilah terbitan dan ahli suatu sistem

istilah.
SUMBER ISTILAH

• Istilah dicipta dari kata / gabungan kata.

Kaedahnya :

Bentuk kata baru

Gabungkan bahagian kata

Peminjaman

CARA PEMBENTUKAN ISTILAH

Tujuh cara pembentukan istilah dalam bahasa Melayu adalah :

1. Kata bahasa Melayu yang lazim dan difokuskan maknanya. Contohnya :

Gaya

Garis pusat

Tapak
Hasil keluaran

Daya

2. Kata bahasa Melayu yang kurang lazim. Contohnya :

Peka

Cerakin

Mendap

Hablur

Jisim

3. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang lazim. Contohnya :

Dermaga ( klasik )

Labur ( Negeri Sembilan )

Gambut ( Banjar )

Mangli ( Kedah )
4. Kata bahasa Melayu sekeluarga / dialek Melayu yang tidak lazim. Contohnya :

Dening ( Kelantan )

Riam ( Johor )

Engkabang ( Iban )

Nyeri ( Sunda )

5. Kata / istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya :

Atom

Koine

Artikel

Frasa

Klausa

Sintaksis

6. Kata / istilah daripada bahasa lain. Contohnya :


Welstanchauung

Esprit de corp

Ad hoc

In toto

De facto

7. Pemilihan yang terbaik antara langkah 1-6 berdasarkan beberapa kemungkinan

Dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada

empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :

a. Ungkapan yang paling singkat

b. Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang

c. Ungkapan yang tidak berkonatasi buruk

d. Ungkapan yang sedap didengar


PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH

Istilah dalam bahasa Melayu dibentuk melalui dua proses iaitu pinjam terjemah dan peminjaman

terus. Secara gambarajah, hal ini dapat diperjrlaskan seperti berikut :

Proses Pembentukan Istilah

Pinjam Terjemah Peminjaman Terus

terjemah langsung dengan penyesuaiaan

dose sukatan geography geografi

humidity kelembapan structure struktur

gabungan dua kata umum tanpa perubahan

honeymoon bulan madu linear linear


right angle sudut tepat export eksport

protein protein

ciptaan kata baru

up date kemas kini

subsidence antaman

peluasan makna

biji bijirin

gelap legap

ciptaan baru dengan gandaan separa

radius jejari

capillary - rerambut
KESIMPULAN

Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang

mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian).

Istilah ini seharusnya dilakukan secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah.

Tanpa istilah bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati.

Mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu (satu konsep satu bidang). Istilah dan

kata tersebut sesuai dengan konteks penggunaannya. Ianya mestilah dilakukan dengan teliti

dan produktif ke arah memartabatkan Bahasa Melayu.

Pembentukan peristilahan berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan penting

dalam pembinaan budaya ilmu. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu

takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk

istilah.

http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.ListAll&friendId=14735874

You might also like