You are on page 1of 25

BAB 3 : JENTERA BOMBA

3.1 Pengenalan

Kenderaan bomba adalah sejenis kenderaan yang diisi dengan buih ‘Bachert’
dan mempunyai rekabentuk khas yang sesuai untuk operasi memadam api di
lapangan terbang. Pengubahsuaian kenderaan ini sejajar dengan peraturan ICAO dan
sesuai untuk operasi yang lasak. Secara umumnya, jentera bomba mengandungi
7000 liter air, 1000 liter sebatian buih, Pam Pemadam Api, pemasangan
Pencampuran Buih seperti operasi untuk menguji air dan buih. Pemasangan ini
membolehkan beberapa operasi dapat dilakukan seperti:

a) Menyedut keluar sumber air terbuka.

b) Menyedut keluar air dari tangki air.

29
c) Menyedut keluar dari tangki air dimana sebatian buih boleh mengalir
daripada tangki sebatian buih melalui pemasangan pencampuran buih.
Dengan cabang paip buih yang normal dan menggunakan sebatian buih yang
berat, nisbah buih 10-12 boleh diperolehi.

Semua pemasangan pemadam api boleh dikawal dari monitor di bawah


cermin depan kabin jentera yang mengandungi pelbagai alat kawalan. Monitor ini
dilengkapi dengan bantuan hidraulik. Semua injap yang tidak berfungsi telah
dilengkapi dengan kawalan secara menual seandainya kawalan automatik sistem
tidak dapat berfungsi atau gagal beroperasi.

3.2 Kelengkapan Dalam Jentera Bomba

3.2.1 Pancutan Pam Pemadam Api

Jenis : FP 38/10, 2-stage, batang pam dengan dua kedudukan radial yang boleh
ditukar.

Bahan :Badan pam dan bahagian dalam diperbuat daripada aluminium yang kalis
air, batang dan saluran air keluar diperbuat daripada keluli.

Kawalan : Dikawal daripada peti kawalan yang terletak di bahagian pemandu yang
diatur secara automatik.

Perlaksanaan pam : Pada 3.0m tinggi sedutan dari muka bumi pada 1013 merkuri
dengan sedutan masuk sebanyak 100NW.

30
a) Daripada anggaran 3.0m, 2500ℓ pada 10bar jumlah tekanan manometer.

b) Daripada anggaran 7.5m, 1000ℓ pada 10bar jumlah tekanan manometer.

c) Daripada anggaran tangki air, 4200ℓ/min pada 8bar dan 3800ℓ/min dari
jumlah tekanan manometer.

2
5

3 4

Rajah 3.1 : Rajah menunjukan pancutan pam pemadam api.

1 ‘Operation Rod’ 4 ‘Manual/hydraulic Operation’


2 ‘Oil Pressure Gage’ 5 ‘Barrel Control’
3 ‘Monitor Open/Close’ 6 ‘Sistem Pengrisan Automatik’

31
3.2.2 Kawalan Pada Bahagian Pemandu

Alat kawalan untuk operasi pemadaman adalah sesuai diletakkan diantara


tempat duduk pemandu dan pembantu pemandu dibahagian kanan.

6
5
3 4 7
2

1 8
1 9

Rajah 3.2 : Rajah menunjukan kawalan pada bahagian pemandu.

1 ‘Coolant’ 7 ‘Pump Pressure’


2 ‘Engine Oil’ 8 ‘Emergency Button’
3 ‘Tran’s Oil’ 9 ‘Nozzle Button’
4 ‘Water Level’ 10 ‘Hand Line Button’
5 ‘Foam Level’ 11 ‘Joystick’
6 ‘Pressure Control’

3.2.3 Tempat Kawalan Disebelah Kiri Hadapan Pemandu

32
2 3 4
5
1

1 9 8 7
6

Rajah 3.3 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kiri hadapan pemandu.

1 ‘Panel Illumination’ 6 ‘Delivery Hose’


2 ‘Suction Pressure’ 7 ‘Long Line’
3 ‘Pump Pressure’ 8 ‘Suction Outlet’
4 ‘Hand Throttle’ 9 ‘Foam Making Branch Pipe
(FMB)’
5 ‘Jumper’ 10 ‘Side Line’

3.2.4 Tempat Kawalan Disebelah Kiri Belakang Pemandu

33
1

2
3 4 5

Rajah 3.4 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kiri belakang pemandu.

1 ‘Foam Filling Pump’ 4 ‘To Foam Tank’


2 ‘Foam Drain Bar’ 5 ‘Hose Reel’
3 ‘Foam Suction’

3.2.5 Tempat Kawalan Disebelah Kanan Hadapan Pemandu

34
1 4
2 3

8 6
7 5

Rajah 3.5 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kanan hadapan pemandu.

1 ‘Double Outlet Standby’ 5 ‘Foam Making Branch Pipe (FMB 10/10)’


2 ‘Suction Hose’ 6 ‘Water Level’
3 ‘Hydrant Outlet’ 7 ‘Nozzle’
4 ‘First Aid Outlet’ 8 ‘Delivery Hose’

3.2.6 Tempat Kawalan Disebelah Kanan Belakang Pemandu

35
1 2 3

Rajah 3.6 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kanan belakang pemandu.

1 ‘Search Light Cable’


2 ‘Grander’
3 ‘Power Saw’

3.3 Penyenggaraan

Walaupun setiap mesin atau benda mempunyai jangka hayatnya tersendiri,


tetapi tidak semestinya apabila jangka hayatnya telah lanjut sesuatu benda tersebut
tidak dapat digunakan lagi. Maka setiap komponen terutamanya komponen
mekanikal haruslah diselenggara untuk menjamin jangka hayat yang lama. Oleh itu,
untuk jentera bomba telah diservis dan diselenggara mengikut masa yang telah
ditetapkan iaitu pemeriksaan minguan, bulanan dan tahunan.

Seperti yang telah di ketahui, jentera bomba amat memainkan peranan yang
penting dalam industri penerbangan ini kerana ia melibatkan keselamatan

36
penerbangan dan keselamatan penumpang. Maka jentera perlulah sentiasa berada
dalam keadaan yang baik dan sentiasa bersedia beroperasi. Oleh itu, juruteknik
tertentu telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan keatas setiap komponen
jentera bomba ini. Diantara kerja yang terdapat dalam pemeriksaan ialah pengrissan,
minyak enjin, PTO, ‘Gearbox’ dan lain-lain.

3.3.1 Penyenggaraan Enjin Diesel

i. Mengatur tegangan Tali Sawat dan geserannya

Rajah 3.7 : Tali Sawat.

ii. Memeriksa Pam Minyak dan Enjin Jentera.

37
iii. Memeriksa kandungan Minyak Enjin.

Rajah 3.8 : Minyak Enjin.

iv. Memeriksa kelengkapan Sistem Operasi Enjin

Rajah 3.9 : Sistem Operasi Enjin.

38
v. Membuat pelinciran pada aci pendorong

Rajah 3.10 : Rajah menunjukan kerja pelinciran sedang dilakukan.

3.3.2 Penyenggaraan Transmisi

i. Memeriksa Minyak Transmisi.

ii. Memeriksa kandungan minyak sementara ‘Gearbox’.

39
Rajah 3.11 : Mengisi Minyak ‘Gearbox’.

iii. Memeriksa kandungan Minyak PTO.

Rajah 3.12 : Tangki Minyak PTO.

40
iv. Memeriksa kandungan minyak di Aci Transmisi dan Hon.

3.3.3 Penyenggaraan Sistem Penyejukan

i. Memeriksa kandungan Cecair Penyejuk (Coolent)

Rajah 3.13 : Tangki Minyak Penyejuk.

ii. Memeriksa takungan dan keadaan hos.

iii. Memeriksa kandungan Minyak Hidraulik Pemacu Kipas.

iv. Memeriksa Tudung Radiator.

41
3.3.4 Penyenggaraan Luaran

i. Memeriksa Pengikat Gandar (Axle) dan Gasket.

ii. Memeriksa elemen Penapis Gander.

iii. Memeriksa Nat Pengikat Tayar.

42
Rajah 3.14 : Memeriksa Bunga Tayar dan Nat.

iv. Memeriksa keadaan tayar.

3.3.5 Penyenggaraan Sistem Pneumatik

i. Memeriksa operasi tekanan (8 bar).

ii. Memeriksa sistem komponen udara.

3.3.6 Penyenggaraan Sistem Stereng

43
i. Memeriksa kandungan Minyak Stereng.

3.3.7 Penyenggaraan Sistem Brek

i. Memeriksa kandungan Minyak Brek.

3.3.8 Penyenggaraan Elektrik

i. Memeriksa keadaan bateri.

ii. Memeriksa sistem cas bateri.

iii. Memeriksa lampu utama, lampu isyarat, pengilap cermin.

iv. Memeriksa lampu brek.

v. Memeriksa siren kecemasan.

44
3.4 Proses Kerja Yang Dilakukan (Pemasangan Pam Yang Telah Dibaiki)

Kerja–kerja pembaikian dan pemasangan pam air bomba haruslah dilakukan


dengan segera supaya ia tidak akan menganggu operasi jentera bomba yang
melibatkan keselamatan syarikat penerbangan. Masalah pam ini dibaiki dahulu
adalah kerana terdapat kebocoran pada pam air dan ia perlu dibuka dan dipasang
gasket baru untuk mencegah kebocoran pada pam air.

3.4.1 Peralatan Yang Digunakan Ketika Kerja Penyenggaraan

Antara peralatan dan bahan yang digunakan ketika kerja pemasangan pam :

Rajah 3.15 : ‘Common Ring’

45
Rajah 3.16 : Soket nombor 8mm, 10mm dan 14mm

Rajah 3.17 : Ricet

Rajah 3.18 : Pemutar Skru

Rajah 3.19 : Pelayar Muncung Tirus

46
Rajah 3.20 : Gam Gasket dan Gasket

3.4.2 Langkah-langkah Kerja

i. Kawasan kerja dipastikan dalam keadaan terang dan selamat untuk


bekerja.

ii. Peralatan kerja disediakan.

iii. Punca masalah pada pam dikenalpasti. (Pam didapati bocor)

iv. Pelindung kipas radiator dibuka bagi memudahkan kerja mengeluarkan


pam.

47
Hos kecil

Pam Hos

Belting

Rajah 3.21 : Rajah menunjukan Hos Kecil, Pam, Hos Besar dan ‘Belting’.

v. ‘Belting’ dan Hos yang menghubungkan pam dengan enjin dibuka.

48
Pam

Nat

Rajah 3.22 : Rajah menunjukan Pam dan Nat.

vi. 4 nat yang mengikat pam dengan enjin dibuka dengan Ricet bersaiz
14mm.

vii. Pam dikeluarkan dan kipas pada pam dipisahkan.

viii. Pam dibungkus untuk dihantar kepada pihak mekanik di Kuching bagi
kerja pembaikannya.

ix. Kerja akan disambung selepas pam siap dibaiki.

x. Setelah pam siap dibaiki dan sampai, semua komponen yang telah dibuka
dikumpulkan seperti dalam rajah.

49
Penahan
Kipas
Kipas

Belting

Nat

Rajah 3.23 : Rajah menunjukan Penahan Kipas, ‘Belting’, Kipas dan Nat.

xi. Permukaan yang hendak dipasang gasket dibersihkan menggunakan


kertas pasir.

Rajah 3.24 : Rajah menunjukan permukaan yang hendak dipasang gasket dibersihkan
menggunakan kertas pasir.

50
xii. Permukaan yang telah bersih disapu dengan Gam Gasket dan pemasangan
Gasket dilakukan.

Rajah 3.25 : Rajah menunjukan permukaan yang telah bersih disapu dengan gam
Gasket dan pemasangan Gasket dilakukan.

xiii. Pam dipasangkan semula pada kedudukannya dengan berhati-hati.

xiv. Kipas dipasang semula dengan ketat pada pam.

xv. ‘Belting’ dan Hos yang menghubungkan pam dengan enjin dipasang.

xvi. Pelindung Kipas pula dipasang bagi langkah yang terakhir.

xvii. Setelah semua kerja pemasangan selesai, isi air pada radiator. Semasa
pengisian air radiator tersebut, enjin hendaklah dihidupkan sehingga air
penuh.
xviii. Pastikan air dalam tangki simpanan juga tidak melebihi paras penuh.

xix. Jentera dijalankan bagi menguji pam yang baru dipasang.

51
xx. Peralatan dan kawasan kerja dibersihkan sebelum besurai.

3.5 Komen Dan Cadangan

Pada pandangan saya, semua kerja-kerja membaik pulih jentera bomba


haruslah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas juruteknik syarikat supaya
apabila berlaku sebarang kerosakan terhadap komponen jentera, pihak juruteknik
dapat bertindak segera dan tidak membazir masa untuk menghantar komponen yang
rosak kepada orang yang telah dipertanggungjawabkan oleh syarikat. Hal ini adalah
kerana seperti yang diketahui, semua juruteknik mempunyai pengetahuan yang baik
dalam bidang kerjanya malahan mempunyai pengalaman yang cukup untuk
membaiki komponen tersebut. Maka disini cadangan saya adalah, jika terdapat
kerosakan berlaku pada komponen jentera dan juruteknik mengetahui cara
membaikpulih kerosakan tersebut, mereka haruslah diberi kepercayaan untuk
melakukan proses pembaikian.

3.6 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, peyenggaraan dan penyemakan setiap jentera bomba


amatlah penting kerana jentera ini adalah salah satu aset yang penting dalam
sesebuah lapangan terbang. Hal ini adalah kerana jentera bomba adalah kenderaan
yang berfungsi untuk memadam kebakaran yang berlaku di lapangan terbang. Setiap

52
kerosakan yang berlaku perlulah diberi perhatian dan tindakan yang secepat yang
mungkin supaya tidak menganggu operasi jentera bomba.

Setelah mempelajari dan mengikut peyelia melakukan peyenggaraan dan


membantu penyelia melakukan penyemakan keatas jentera bomba ini, banyak benda
yang dapat saya pelajari tentang jentera malahan mempunyai pengalaman sendiri
dalam kerja-kerja yang melibatkan jentera. Ilmu yang telah saya timba dan
pengalaman baru yang saya perolehi tidak akan saya sia-siakan malahan akan saya
praktikkan dimasa akan datang mahupun semasa di politeknik.

53

You might also like