You are on page 1of 13

Memberi idea mengenai pembolehubah Maklumat mengenai penyelidikan yang telah dibuat Status kajian sama ada banyak

diterokai atau belum Makna hubungan antara pembolehubah

KAJIAN-KAJIAN LITERATUR
PENGENALAN KAJIAN LITERATUR PEMBOLEHUBAH A KAJIAN LITERATUR PEMBOLEHUBAH B KAJIAN LITERATUR HUBUNGAN PEMBOLEHUBAH A DAN B RUMUSAN BAB

Jurnal Laporan tesis Buku Perkara utama yang dicari menggunakan sumber ini ialah maklumat tentang teori, reka bentuk kajian, subjek kajian, alat ukuran dan alat statistik yang digunakan dalam penyelidikan.

1. Kajian kiteratur tajuk sama di dalam negeri 2. Kajian literatur tajuk sama di luar negara 3.Kajian literatur bidang sama di dalam negara 4.Kajian literatur bidang sama di luar negara

Aida Mauziah Benjamin, Norazura Ahmad, Ang Chooi Leng. 2004. Career decision making : A study of sub-urban secondary school student. Kertas kerja Seminar Pembangunan kerjaya Abad 21 Anjuran Universiti Malaya, 29-30 November. Aktekin, M., Karaman, T., Senol, Y.Y., Erdem, S., Erengin, H. & Akaydin, M. 2001. Anxiety, depression and stressful life events among medical students: A prospective study in Antalya, Turkey. Medical Education 35: 12-17

Allport, G.W. 1961. Pattern and growth in personality. New York: Holt, Rinehart & Winston. Amoon. 2008. The association between self-efficacy and self-related abilities and college students adjustment and academic performance. Tesis Ph.D. Fordham University, New York.

Anon. 2005. 200 siswazah kolej perubatan Utusan Malaysia, 5 Mei: 15

gagal PKP.

Anon. 2006. Pengimpal tuduh doktor mata cuai ketika pembedahan. Berita Harian, 12 Disember: 6

Anon. 2007. Jawatankuasa bebas siasat kes pesakit. Utusan Malaysia, 14 Januari: 12

kematian

Azman Mahmood. 2005. Ujian bertulis untuk kursus perubatan. Berita Harian. 23 Mac: 5

Beck, A.T., Brown, G., Steer, R.A., Eidelson, J.I. & Riskind, J.H. 1987. Differentiating anxiety and depression: A test of the cognitive content-specificity hypothesis. Journal of Abnormal Psychology 96: 179-183. Costa, P.T. Jr. & McCrea, R.R. 1992. NEO PI-R. Profresional Manual. N. Florida Ave: Psychological Assessment Reources,Inc. Hashim Fauzy Yaacob & Ishak Md Shah. 2007. Efikasi diri dan pencapaian akademik: kajian ke atas pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kertas kerja simposium pengajaran dan pembelajaran anjuran Universiti Teknologi Malaysia, 28-29 November.

Marsella, A.J. 1987. The measurement of depressive experience and disorder across cultures. Dlm. Marsella, A.J., Hirschfeld, R.M.A. & Katz, A.M.M. (pnyt). The measurement of depression. Hlm, 376-397. New York: The Guilford Press.

OConnell, V.A & Gupta, J. 2006. The premedical student: Training and practice expectations. Med Educ Online 11(12): 1-12. http://www.med-ed-online.org [4 November 2008]. Ortiz, Y. 2004. The influence of perceived social support, academic selfconcept, academic motivation and perceived university environment on academic

Viren, Premuzic, Dhachayani, Thambu, Kumaraswami, Stanistreet & Furnham (2007) mengkaji hubungan antara kepuasan hidup, kesepian, kesihatan umum dan kemurungan dalam kalangan 172 orang pelajar iaitu 100 orang pelajar wanita dan 72 orang lelaki yang mengikuti kursus perubatan di Malaysia. Responden berumur antara 18 hingga 24 tahun, dan mewakili dua kumpulan etnik utama di Malaysia, iaitu kaum Melayu (54.7%) dan Cina (45.3%). Soal selidik yang digunakan untuk mengukur sikap terhadap perbuatan membunuh diri ialah Attitude Suicide Scale (Sinniah & Thambu 2004), Kesihatan Umum diukur oleh General Health Questionnaire (Pevalin 2004), Selfconsciencioness diukur dengan Self-conscienciosness (Fenigstein, Scheier & Buss 1975) kemurungan diukur dengan Beck Depression Inventory (BDI), kesepian (loneliness) diukur dengan Loneliness Scale (Russell, Peplau & Cutrona 1980) dan Kepuasan Hidup diukur oleh Satisfaction With Life Scale yang dibentuk oleh Swami et al. (2006). Min Kemurungan pelajar perubatan ialah 8.6. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar mengalami kemurungan yang minimum. Dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi negatif yang signifikan antara umur dengan kemurungan. Terdapat korelasi negatif yang signifikan antara kepuasan hidup dengan sikap membunuh diri, kesepian dan kemurungan. Terdapat korelasi positif yang signifikan antara kemurungan dengan kesepian.

Molna, Nyari & Molna (2006) telah membentuk soal selidik untuk mengkaji pelajar perubatan di Hungry sama ada mereka ingin kekal atau meninggalkan profesion perubatan. Seramai 247 orang responden terlibat dalam kajian ini di mana 34.2% merupakan pelajar lelaki dan 65.5% pelajar perempuan. Dapatan kajian menunjukkan 57.5 pelajar merasa yakin mereka akan kekal dalam profesion perubatan manakala 42.5% menyatakan mereka tidak yakin akan bekerja sebagai doktor di masa depan. Kebanyakan responden (56.8%) sebelum berumur 14 tahun telah berfikir kemungkinan mereka menjadi doktor manakala 18.7% lagi membuat keputusan mereka tidak mungkin menjadi doktor dan 59.8% memikirkan profesion lain juga.

Motivasi altruisme yang memberi kesan utama yang membuat mereka memilih kursus perubatan mengikut urutan ialah melihat profesion perubatan untuk menolong orang lain, bekerja dengan orang lain, merasakan mereka boleh menjadi doktor, prestij sosial yang tinggi, pencapaian akademik, pencapaian di sekolah dan tangga gaji yang baik dan contoh personal atau contoh perubatan. Lain-lain yang memberi kesan yang agak kecil mengapa mereka memilih perubatan ialah hanya profesion perubatan yang mereka tahu, buku, filem dan penyakit yang mereka alami. 21.1% responden merasa tidak pasti sama ada telah memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka, 22.9% ada terfikir untuk keluar dari kursus perubatan. Walau bagaimanapun 77.9% akan memohon mengikuti kursus perubatan jika mereka diberi pilihan untuk memilih kerjaya. Aspek-aspek yang diambil kira oleh mereka dalam memilih pekerjaan mengikut keutamaan ialah kesesuaian pekerjaan dengan keluarga, ciri-ciri pekerjaan, ciri-ciri bandar di mana mereka bekerja, gaji yang baik dan nasihat yang professional.

Contoh: Kesimpulannya, kajian-kajian yang telah dibincangkan menunjukkan pengaruh ibu bapa merupakan antara faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di samping faktorfaktor lain seperti minat, prestij, keupayaan, latar belakang pendidikan, guru, role-model dan pasaran kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ramai pelajar mengetahui dengan tepat maklumat mengenai kerjaya sebagai pegawai perubatan sebelum mengikuti kursus tersebut seperti bentuk pekerjaan dan skim gaji. Majoriti pelajar berpendapat mereka membuat pilihan kerjaya yang betul, namun begitu ada sebilangan kecil ingin bertukar kursus jika diberi peluang dan tidak puas hati dengan kerjaya yang dipilih. Majoriti pelajar yang tidak berpuas hati dengan kursus perubatan kerana mereka memilih kursus tersebut disebabkan oleh pengaruh keluarga.

You might also like