You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

1.1 Konsep asas infrastruktur sosial

Infrastruktur sosial merupakan satu bentuk sistem kemudahan

yang memenuhi keperluan orang awam untuk melakukan aktiviti sosial

harian mereka dalam kehidupan. Kemudahan infarastruktur sosial

disediakan dalam bentuk fizikal dan juga perkhidmatan dan dibiayai oleh

pihak berkuasa tempatan. Selain itu juga badan swasta memainkan

peranan penting dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada

masyarakat.

Aspek infrastruktur sosial yang sempurna merupakan satu

keperluan asas kepada masyarakat dari pelbagai golongan untuk

menjalankan aktiviti harian mereka dengan selesa. Selain itu infstruktur

sosial yang baik akan dapat mewujudkan persekitaran yang aman dan

harmoni seterusnya membentuk satu bandar yang selamat untuk dihuni.

Selain itu juga infrastruktur sosial memainkan peranan penting

dalam meningkatkan taraf ekonomi sesuatu Bandar. Infrastruktur sosial

menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk hidup di dalam

kawasan bandar dengan selesa, selamat dan menjamin

kemudahsampaian untuk bergerak. Penyediaan infrastruktur yang baik

memberi satu suasana yang harmoni dalam kepadatan penduduk yang

tinggi di kawasan bandar.


1.2 Ciri-ciri fizikal infrastruktur sosial

Dalam menentukan infrastruktur sosial yang baik dalam persekitaran

bandar adalah terdiri daripada beberapa kriteria-kriteria utama iaitu :

a) Mempunyai pondok polis.


b) Terdapat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).
c) Pengasingan laluan pejalan kaki dari jalanraya.
d) Mempunyai sistem pencahayaan di kawasan persekitaran terutama di
kawasan sunyi.
e) Papan tanda peringatan jenayah.
f) Tiada kawasan bersemak dan landskap yang tidak menarik.
g) Mempunyai kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

Dengan adanya kriteria-kriteria diatas, sesuatu kawasan bandar

akan mempunyai tahap keselesaan dan keselamatan yang tinggi dan

dapat menjamin sebuah kehidupan masyarakat yang sejahtera.

1.3 Contoh-contoh asas infrastruktur sosial


Asas kepada infrasruktur sosial adalah terdidiri daripada beberapa
elemen utama iaitu :

a) Infrastruktur pengangkutan.
b) Infrastruktur bangunan.
c) Infrastruktur komunikasi.
d) Infrastruktur kemudahan rekreasi.
e) Infrastruktur sistem saliran.
2.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Matlamat Kajian


Tujuan menjalankan kajian di kawasan Briekfield adalah untuk menilai

tahap keselesaan dan keselamatan kawasan tersebut berdasarkan kepada

konsep infrastruktur sosial. Kajian ini akan menilai tahap keselamatan

kawasan berdasarkan kepada penyediaan kemudahan infrastruktur samaada

kawasan tersebut baik kepada penduduk atau tidak. Selain itu kajian ini

dijalankan kerana mempunyai potensi untuk dibangun berorientasikan

kepada transit.

3.2 Objektif Kajian


Laporan penyelidikan kajian infrastruktur sosial di kawasan Briekfield
dibuat berdasarkan objektif-objektif berikut :

i. Mengkaji jenis-jenis infrastruktur sosial yang sediaada di kawasan

Briekfield.

ii. Mengenalpasti masalah infrastruktur sosial di kawasan Briekfield.

iii. Mencadangkan langkah penambahbaikan infrastruktur sosial

kepada pihak berkuasa tempatan.

iv. Mencadangkan pembangunan infrastruktur sosial yang

berorientasikan transit yang selesa dan selamat di Briekfield.


3.3 Skop kajian

Beberapa kompenan infrastruktur sosial akan dikaji dalam konteks

konsep pembangunan berorientasikan transit agar impak sosial dapat dikaji

dengan teliti untuk memanfaatkan kebaikan konsep pembangunan ini iaitu :

i. keselamatan

ii. keselesaan

iii. kemudahsampaian

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam menyediakan laporan penyelidikan infrastruktur sosial bagi

kawasan Briekfield yang terletak di Kuala Lumpur, beberapa kaedah kajian

telah digunakan seperti kaedah pemerhatian, kaedah pengumpulan data dan

teknik S.W.O.T. Proses pengumpulan maklumat dan data adalah penting

dalam sesuatu kajian, hal ini penting bagi mencapai matlamat dan objektif

kajian.

4.2 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan teknik asas bagi proses

pengumpulan data tentang tahap keselamatan infrastruktur sosial di kawasan

Briekfield dengan melihat sendiri keadaan persekitaran Briekfield dan dapat


menilai tahap keselamatan sesuatu kawasan dengan melihat penyediaan

kemudahan infrastruktur persekitaran yang sedia ada dan yang digunakan

oleh masyarakat setempat. Kaedah pemerhatian ini dijalankan dengan

melakukan lawatan sendiri ke tapak kajian bagi melihat dengan lebih jelas

keadaan persekitaran untuk dijadikan satu laporan penyelidikan.

4.3 Kaedah Pengumpulan data

Pengumpulan data merupakan proses penting dalam penyelidikan

bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai, disamping itu juga untuk

memastikan hasil penganalisisan dapat diterima oleh umum. Dalam kaedah

kajian ini data yang diperolehi terdiri daripada data primer dan juga data

sekunder. Gabungan kedua-dua data ini adalah penting bagi menyokong

antara satu sama lain.

4.3.1 Data Primer

Dalam mendapatkan sumber primer untuk kajian

penyelidikan yang dijalankan kaedah temubual tidak berstruktur

dan kaedah soal selidik. Temubual tidak berstruktur dijalankan

terhadap pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Manakala kaedah soal selidik dijalankan terhadap penduduk

setempat di Briekfield yang dipilih secara rawak untuk mengetahui

tahap keselesaan dan keselamatan di kawasan itu.


4.3.2 Data Sekunder

Bagi mendapatkan sumber sekunder pula, maklumat dari

internet, perpustakaan dan data-data terkini mengenai kawasan

kajian diperolehi daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

(DBKL). Dengan maklumat-maklumat sekunder yang diperolehi ini

dapat digunakan untuk menambahkan lagi maklumat dalam

laporan penyelidikan yang dijalankan.

4.4 Kaedah Analisis Teknik S.W.O.T

Kaedah analisis teknik S.W.O.T merupakan salah satu kaedah yang

digunakan dalam menganalisis keadaan persekitaran kawasan kajian bagi

melihat situasi sebenar keadaan Briekfield. Definisi teknik S.W.O.T ialah

penilaian dan pemerhatian dari segi kelebihan atau kekuatan aspek kajian

(Strenght), kelemahan dan masalah yang terdapat dalam kawasan kajian

(Weakness), pontensi kawasan kajian menjadi kawasan selamat atau tidak

(Oppurtunity), dan ancaman atau risiko yang dihadapi oleh kawasan tersebut

akibat masalah yang ada (Trick). Dengan menggunakan teknik ini pengkaji

dapat melihat secara khusus apa yang dihadapi oleh kawasan kajian.
5.0 HASIL KAJIAN

Daripada analisis kajian yang dijalankan setiap masalah-masalah yang

terdapat dalam kawasan Briekfield telah dapat dikenalpasti dan dianalisis secara

mendalam bagi menunjukkan tahap keselamatan sebenar kawasan tersebut.

Beberapa elemen utama telah dikenalpasti dari aspek infrastruktur sosial iaitu :

5.1 Hotel.

5.2 Kemudahan OKU.

5.3 Kawalan keselamatan.

5.4 Terminal bas.

5.5 Padang permainan.

5.6 Bangku dan landskap.

You might also like