You are on page 1of 29

LAPORAN

PENYIASATAN TENAGA BURUH


LABOUR FORCE SURVEY REPORT

MALAYSIA

SUKU TAHUNAN PERTAMA 2009


FIRST QUARTER 2009
SIRI 18 BIL. 2/2009 JUN 2009
SERIES NO.18 NO.2/2009 JUNE 2009

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


DEPARTMENT OF STATISTICS, MALAYSIA

PUTRAJAYA
Pengenalan

Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, Suku Tahun Pertama


2009, membentangkan data suku tahunan berkaitan ciri-ciri tenaga buruh,
pengangguran dan struktur guna tenaga berdasarkan penyiasatan yang
dijalankan secara bulanan.

Maklumat yang diperoleh daripada penyiasatan ini digunakan sebagai


input untuk menganalisis situasi pasaran buruh, menggubal dasar dan
merancang, melaksana serta memantau program berkaitan dengan
pembangunan sumber manusia.

Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


di atas kerjasama yang diberikan oleh responden dan juga anggota Jabatan
dalam menjayakan penyiasatan ini.

Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial


Jabatan Perangkaan Malaysia
Jun 2009
i
Introduction

The Labour Force Survey Report, Malaysia, First Quarter 2009, presents
quarterly data on the characteristics of labour force, unemployment and the
structure of employment based on the monthly surveys.

Information obtained from the survey provides input for analysing the
labour market situation, policy formulation as well as planning, implementing and
monitoring programmes related to human resource development.

The Department of Statistics, Malaysia gratefully acknowledges and


appreciates the co-operation of respondents as well as the staff of the
Department in making the survey a success.

Manpower and Social Statistics Division


Department of Statistics, Malaysia
June 2009
ii
Kandungan

Muka surat
1. Pengenalan ………………………………………………………………………. i
2. Perangkaan utama tenaga buruh, Malaysia ............................. 1
3. Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan 2
kumpulan umur, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 …………….
4. Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut pencapaian 3
pendidikan, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 .......................
5. Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut kumpulan etnik, 4
Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 ……………………………………..
6. Taburan peratus penduduk bekerja mengikut kumpulan 5
etnik, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 ..................................
7. Taburan peratus penduduk bekerja mengikut pencapaian 6
pendidikan, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 …………………..
8. Taburan peratus penduduk bekerja mengikut jantina dan 7
kumpulan umur, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 …………….
9. Taburan peratus penduduk bekerja mengikut pekerjaan, 8
Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 ……………………………………..
10. Bilangan dan taburan peratus penduduk bekerja mengikut 9
industri, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 .............................
11. Taburan peratus penduduk bekerja mengikut taraf 11
pekerjaan, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009 …………………….

iii
Contents

Page
1. Introduction ……………………………………………………………………… ii
2. Principal statistics of labour force, Malaysia ............................ 12
3. Labour force participation rates by sex and age group, 13
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 ……………………………………..
4. Labour force participation rates by educational attainment, 14
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 ……………………....................
5. Labour force participation rates by ethnic group, Malaysia, 15
Q4/2008 and Q1/2009 ………….…………………….................…….
6. Percentage distribution of employed persons by ethnic 16
group, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 ................................
7. Percentage distribution of employed persons by educational 17
attainment, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 ……..……………
8. Percentage distribution of employed persons by sex and age 18
group, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 …………….…………….
9. Percentage distribution of employed persons by occupation, 19
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 …………….....................……..
10. Percentage distribution of employed persons by industry, 20
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 ............................................
11. Percentage distribution of employed persons by status in 22
employment , Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009 ……….……….

iv
PERANGKAAN
TENAGA BURUH

MALAYSIA
Q1/2009
Jadual 1: Perangkaan utama tenaga buruh, Malaysia

Perangkaan Utama Q1/2008 Q4/2008 Q1/2009

Tenaga buruh (‘000) 10,923.3 11,170.8 11,208.5


Penduduk bekerja (‘000) 10,525.3 10,819.8 10,757.8
Penganggur (‘000) 398.0 351.0 450.7
Luar tenaga buruh (‘000) 6,608.1 6,625.6 6,703.2
Kadar penyertaan tenaga buruh, KPTB (%) 62.3 62.8 62.6
Kadar pengangguran (%) 3.6 3.1 4.0

• Pada Q1/2009, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak 0.9 mata


peratus kepada 4.0 peratus berbanding 3.1 peratus pada Q4/2008. Ini
disebabkan oleh peningkatan ketara bilangan penganggur sebanyak
99,700 orang dan penurunan bilangan penduduk bekerja sebanyak
62,000 orang.

• Kadar penyertaan tenaga buruh telah menurun pada Q1/2009 kepada


62.6 peratus berbanding 62.8 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Penurunan 0.2 mata peratus ini disumbangkan oleh peningkatan
bilangan penduduk di luar tenaga buruh sebanyak 77,600 orang (1.2%)
daripada 6.63 juta kepada 6.70 juta orang.

• Berbanding Q1/2008, kadar pengangguran menunjukkan peningkatan


daripada 3.6 peratus kepada 4.0 peratus atau peningkatan penganggur
sebanyak 52,700 orang.

1
Carta 1: Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan
kumpulan umur, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

• Pada Q4/2008 dan Q1/2009, KPTB lelaki adalah lebih tinggi berbanding
perempuan pada setiap kumpulan umur.

• Bagi kedua-dua suku tahun tersebut, KPTB lelaki tertinggi melebihi 97


peratus dicatatkan pada kumpulan umur 35–44 tahun manakala KPTB
perempuan tertinggi dalam kumpulan umur 25–34 tahun.

• KPTB perempuan mengalami penurunan yang signifikan mulai kumpulan


umur 35–44 tahun berbanding KPTB lelaki yang terus mencatatkan
peningkatan yang marginal. Bagaimanapun, KPTB lelaki mulai menyusut
pada kumpulan umur 45–54 tahun.

2
Carta 2: Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut pencapaian
pendidikan, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

• Hanya KPTB bagi golongan berpendidikan tertiari yang mencatatkan


peningkatan iaitu sebanyak 0.6 mata peratus pada Q1/2009 berbanding
Q4/2008, manakala KPTB bagi kategori lain telah mencatatkan
penurunan.

• KPTB bagi mereka yang tiada pendidikan rasmi telah mengalami


penurunan yang signifikan sebanyak 1.3 mata peratus pada Q1/2009.

• Oleh itu, KPTB golongan berpendidikan tertiari masih yang tertinggi jika
dibandingkan dengan kategori pendidikan lain. Ini menunjukkan lebih
ramai golongan berpendidikan tertiari menyertai pasaran buruh.

3
Jadual 2: Kadar penyertaan tenaga buruh mengikut kumpulan etnik,
Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

Kumpulan etnik Q4/2008 Q1/2009

Jumlah 62.8 62.6


Warganegara Malaysia 61.3 61.2
Bumiputera 60.3 60.8
Melayu 59.4 60.3
Bumiputera lain 64.1 63.1
Cina 64.0 62.5
India 60.9 59.9
Lain-lain 65.6 61.1
Bukan warganegara Malaysia 79.7 79.1

• Pada Q4/2008 dan Q1/2009, KPTB bagi bukan warganegara Malaysia


adalah lebih tinggi daripada warganegara Malaysia. Bagaimanapun, kadar
tersebut didapati menurun sebanyak 0.6 mata peratus daripada 79.7
peratus kepada 79.1 peratus.

• KPTB warganegara Malaysia juga telah menurun sebanyak 0.1 mata


peratus kepada 61.2 peratus pada Q1/2009.

• Berdasarkan kepada kumpulan etnik utama di Malaysia, didapati KPTB


bagi semua etnik telah mencatatkan penurunan kecuali Melayu yang
mengalami peningkatan sebanyak 0.9 mata peratus kepada 60.3 peratus.
Etnik Cina dan India mengalami penurunan KPTB yang signifikan masing-
masing sebanyak 1.5 dan 1.0 mata peratus berbanding suku tahun
sebelumnya.

4
Jadual 3: Taburan peratus penduduk bekerja mengikut kumpulan etnik,
Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

Kumpulan etnik Q4/2008 Q1/2009

Jumlah 100.0 100.0


Warganegara Malaysia 89.9 90.0
Bumiputera 57.1 57.9
Melayu 46.3 47.1
Bumiputera lain 10.8 10.7
Cina 24.9 24.3
India 7.1 7.0
Lain-lain 0.8 0.8
Bukan warganegara Malaysia 10.1 10.0

• Taburan penduduk bekerja adalah selari dengan komposisi penduduk.


Pada Q1/2009, sebanyak 57.9 peratus penduduk bekerja adalah
Bumiputera, diikuti oleh Cina (24.3%) dan India (7.0%).

• Peratusan penduduk warganegara Malaysia yang bekerja telah meningkat


sebanyak 0.1 mata peratus kepada 90.0 peratus pada Q1/2009.

• Sebaliknya, peratusan penduduk bukan warganegara Malaysia yang


bekerja menurun kepada 10.0 peratus pada Q1/2009 berbanding 10.1
peratus pada suku tahun sebelumnya. Penurunan tersebut telah
menyumbang kepada penurunan KPTB bukan warganegara seperti yang
dibincangkan pada Jadual 2.

5
Carta 3: Taburan peratus penduduk bekerja mengikut pencapaian
pendidikan, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

• Pada Q1/2009, majoriti penduduk bekerja disumbangkan oleh mereka


yang berpendidikan menengah iaitu sebanyak 54.6 peratus. Peratusan
tersebut didapati menurun sebanyak 0.7 mata peratus berbanding 55.3
peratus pada suku tahun sebelumnya.

• Sebaliknya, golongan berpendidikan tertiari mencatatkan peningkatan


yang signifikan (1.7 mata peratus) dalam peratusan penduduk bekerja
daripada 21.5 peratus kepada 23.2 peratus pada Q1/2009. Keadaan ini
telah menyebabkan peningkatan KPTB golongan berpendidikan tertiari
seperti yang dibincangkan di Carta 2.

6
Carta 4: Taburan peratus penduduk bekerja mengikut jantina dan
kumpulan umur, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

• Sebanyak 57.3 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja pada


Q1/2009 terdiri daripada mereka yang berumur di antara 25 hingga 44
tahun.

• Taburan mengikut jantina menunjukkan majoriti penduduk lelaki dan


perempuan yang bekerja berada dalam kumpulan umur 25 hingga 44
tahun dengan peratusan yang dicatatkan pada Q1/2009 masing-masing
sebanyak 55.9 dan 59.9 peratus.

7
Carta 5: Taburan peratus penduduk bekerja mengikut pekerjaan,
Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

• Majoriti penduduk bekerja adalah pekerja perkhidmatan dan pekerja


kedai dan jurujual dan peratusannya didapati meningkat 0.6 mata peratus
kepada 17.2 peratus pada Q1/2009.

• Sebaliknya, penurunan peratusan guna tenaga yang tertinggi pada


Q1/2009 dicatatkan oleh pekerja perkeranian dan operator loji dan mesin
serta pemasang iaitu sebanyak 0.6 mata peratus.

8
Jadual 4: Bilangan dan taburan peratus penduduk bekerja mengikut
industri, Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

Q4/2008 Q1/2009
Industri
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
(‘000) (%) (‘000) (%)
Jumlah 10,819.8 100.0 10,757.8 100.0
Pertanian, pemburuan dan 1,362.5 12.6 1,337.9 12.4
perhutanan
Perikanan 125.9 1.2 134.7 1.3
Perlombongan dan kuari 57.1 0.5 62.0 0.6
Pembuatan 2,014.9 18.6 1,847.3 17.2
Bekalan elektrik, gas dan air 58.4 0.5 55.6 0.5
Pembinaan 1,028.9 9.5 1,001.4 9.3
Perkhidmatan
Perdagangan jual borong 1,772.6 16.4 1,824.3 17.0
dan jual runcit; pembaikan
kenderaan bermotor, moto-
sikal dan barangan per-
sendirian dan isi rumah
Hotel dan restoran 758.6 7.0 779.9 7.2
Pengangkutan, penyim- 566.7 5.2 550.6 5.1
panan dan komunikasi
Pengantaraan kewangan 282.3 2.6 269.2 2.5
Aktiviti hartanah, penye- 545.8 5.0 582.6 5.4
waan dan perniagaan
Pentadbiran awam dan per- 795.1 7.3 785.5 7.3
tahanan; keselamatan
sosial wajib
Pendidikan 654.3 6.0 706.5 6.6
Kesihatan dan kerja sosial 256.2 2.4 281.0 2.6
Aktiviti perkhidmatan komu- 286.0 2.6 282.7 2.6
niti, sosial dan persendirian
lain
Isi rumah persendirian dengan 254.1 2.3 254.5 2.4
pekerja bergaji
Organisasi dan badan-badan di 0.4 0.0 2.0 0.0
luar wilayah

9
• Industri perdagangan jual borong dan jual runcit; pembaikan kenderaan
bermotor, motosikal dan barangan persendirian dan isi rumah dan
pendidikan mencatatkan peningkatan guna tenaga tertinggi masing-
masing sebanyak 51,700 dan 52,200 orang.

• Sebaliknya, industri pembuatan telah mencatatkan penurunan guna


tenaga yang signifikan pada Q1/2009 sebanyak 167,600 orang (8.3%)
daripada 2.01 juta orang kepada 1.85 juta orang. Penurunan ini
disebabkan keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan banyak
kilang telah ditutup dan ramai pekerja kehilangan pekerjaan.

• Guna tenaga dalam industri pertanian, pemburuan dan perhutanan juga


turut mengalami penurunan sebanyak 24,600 orang kepada 1.34 juta
orang.

10
Carta 6: Taburan peratus penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan,
Malaysia, Q4/2008 dan Q1/2009

• Sebahagian besar penduduk yang bekerja terdiri daripada mereka yang


taraf pekerjaannya adalah pekerja. Pada Q1/2009, peratusannya telah
menurun daripada 75.6 peratus kepada 73.1 peratus.

• Peratusan penduduk yang bekerja sendiri didapati meningkat sebanyak


1.7 mata peratus daripada 16.6 peratus pada Q4/2008 kepada 18.3
peratus pada suku tahun berikutnya. Begitu juga dengan kategori majikan
yang turut mencatatkan peningkatan peratusan sebanyak 0.2 mata
peratus kepada 3.7 peratus. Ini bererti semakin ramai penduduk yang
menceburi bidang keusahawanan.

11
LABOUR FORCE
STATISTICS

MALAYSIA
Q1/2009
Table 1: Principal statistics of labour force, Malaysia

Main Indicators Q1/2008 Q4/2008 Q1/2009

Labour force (‘000) 10,923.3 11,170.8 11,208.5


Employed (‘000) 10,525.3 10,819.8 10,757.8
Unemployed (‘000) 398.0 351.0 450.7
Outside labour force (‘000) 6,608.1 6,625.6 6,703.2
Labour force participation rates, LFPR (%) 62.3 62.8 62.6
Unemployment rate (%) 3.6 3.1 4.0

• In Q1/2009, the unemployment rate increased by 0.9 percentage point


to 4.0 per cent as compared to 3.1 per cent in Q4/2008. This was due to
the significant increase in the number of unemployed persons (99,700
persons) as well as a decrease in the number of employed persons
(62,000 persons).

• The labour force participation rate dropped to 62.6 per cent in Q1/2009
as compared to 62.8 per cent in the previous quarter. The drop of 0.2
percentage point was due to the rise in the number of persons outside
labour force by 77,600 (1.2%) from 6.63 million to 6.70 million persons.

• As compared to the first quarter of 2008, the unemployment rate


increased from 3.6 per cent to 4.0 per cent or an increase of about
52,700 unemployed persons.

12
Chart 1: Labour force participation rates by sex and age group,
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

• In the fourth quarter of 2008 and the first quarter of 2009, LFPR for
males was higher than females for every age group.

• For both quarters, LFPR for males was the highest with more than 97.0
per cent in the 35–44 age group, while for females it was highest in the
25–34 age group.

• LFPR for females experienced a significant decrease beginning from the


age group of 35–44 as contrast to the LFPR for males which continued to
record marginal increase. However, LFPR for males showed a downward
trend starting from the age group of 45–54 years.

13
Chart 2: Labour force participation rates by educational attainment,
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

• In Q1/2009, only LFPR for tertiary educated category recorded an


increase (0.6 percentage point) as compared to Q4/2008, while LFPR for
other categories showed a decrease.

• LFPR for those with no formal education decreased significantly by 1.3


percentage points in Q1/2009.

• Hence, LFPR for persons with tertiary education remained the highest as
compared to other educational categories. This showed that more people
with tertiary education entered the labour market.

14
Table 2: Labour force participation rates by ethnic group, Malaysia,
Q4/2008 and Q1/2009

Ethnic group Q4/2008 Q1/2009

Total 62.8 62.6


Malaysian citizens 61.3 61.2
Bumiputera 60.3 60.8
Malay 59.4 60.3
Other Bumiputera 64.1 63.1
Chinese 64.0 62.5
Indians 60.9 59.9
Others 65.6 61.1
Non-
Non-Malaysian citizens 79.7 79.1

• In the fourth quarter of 2008 and the first quarter of 2009, LFPR for non-
Malaysian citizens was higher than Malaysian citizens. However, the rate
showed a decrease of 0.6 percentage point from 79.7 to 79.1 per cent.

• LFPR for Malaysian citizens has also declined by 0.1 percentage point to
61.2 per cent in Q1/2009.

• Based on the main ethnic groups in Malaysia, LFPR for all groups showed
a decrease except for Malay which showed an increase of 0.9 percentage
point to 60.3 per cent. The participation rate for Chinese and Indians
decreased significantly by 1.5 and 1.0 percentage points respectively as
compared to the previous quarter.

15
Table 3: Percentage distribution of employed persons by ethnic group,
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

Ethnic group Q4/2008 Q1/2009

Total 100.0 100.0


Malaysian citizens 89.9 90.0
Bumiputera 57.1 57.9
Malay 46.3 47.1
Other Bumiputera 10.8 10.7
Chinese 24.9 24.3
Indians 7.1 7.0
Others 0.8 0.8
Non-
Non-Malaysian citizens 10.1 10.0

• The distribution of employed persons is consistent with the population


composition. In Q1/2009, about 57.9 per cent of the total employed
persons were Bumiputera followed by Chinese (24.3%) and Indians
(7.0%).

• The percentage of employed Malaysian citizens increased by 0.1


percentage point to 90.0 per cent in Q1/2009.

• On the other hand, the percentage of employed non-Malaysian citizens


decreased to 10.0 per cent in Q1/2009 compared to 10.1 per cent in the
previous quarter. The decline was reflected by the decrease in the LFPR
for non-Malaysian citizens as discussed in Table 2.

16
Chart 3: Percentage distribution of employed persons by educational
attainment, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

• In Q1/2009, majority of the employed persons consisted of those with


secondary education totaling 54.6 per cent. This percentage decreased
by 0.7 percentage point as compared to 55.3 per cent reported in the
previous quarter.

• In contrast, those with tertiary education recorded a significant increase


(1.7 percentage point) from 21.5 per cent in Q4/2008 to 23.2 per cent in
Q1/2009. This contributed to the rise in the LFPR for those with tertiary
education as indicated in Chart 2.

17
Chart 4: Percentage distribution of employed persons by sex and age
group, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

• About 57.3 per cent of the total employed persons in Q1/2009 consisted
of persons in the age group of 25 to 44 years.

• The distribution by sex also showed that majority of the employed males
and females were in the 25 to 44 age group accounting for 55.9 and 59.9
per cent respectively in Q1/2009.

18
Chart 5: Percentage distribution of employed persons by occupation,
Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

• Majority of the employed persons were in the service workers and shop
and market sales workers category. This category registered an increase
of 0.6 percentage point to 17.2 per cent in Q1/2009 from 16.6 per cent in
the preceding quarter.

• In contrast, the highest decline in the percentage of employed persons


was recorded for clerical workers and plant and machine-
machine-operators and
assemblers with 0.6 percentage point.

19
Table 4: Number and percentage distribution of employed persons by
industry, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

Q4/2008 Q1/2009
Industry
Number Per cent Number Per cent
(‘000) (%) (‘000) (%)
Total 10,819.8 100.0 10,757.8 100.0
Agriculture, hunting and forestry 1,362.5 12.6 1,337.9 12.4
Fishing 125.9 1.2 134.7 1.3
Mining and quarrying 57.1 0.5 62.0 0.6
Manufacturing 2,014.9 18.6 1,847.3 17.2
Electricity, gas and water supply 58.4 0.5 55.6 0.5
Construction 1,028.9 9.5 1,001.4 9.3
Services
Wholesale and retail trade; 1,772.6 16.4 1,824.3 17.0
repair of motor vehicles, mo-
torcycles and personal and
household goods
Hotels and restaurants 758.6 7.0 779.9 7.2
Transport, storage and com- 566.7 5.2 550.6 5.1
munications
Financial intermediation 282.3 2.6 269.2 2.5
Real estate, renting and busi- 545.8 5.0 582.6 5.4
ness activities
Public administration and 795.1 7.3 785.5 7.3
defence; compulsory social
security
Education 654.3 6.0 706.5 6.6
Health and social work 256.2 2.4 281.0 2.6
Other community, social and 286.0 2.6 282.7 2.6
personal service activities
Private households with em- 254.1 2.3 254.5 2.4
ployed persons
Extra-territorial organisations 0.4 0.0 2.0 0.0
and bodies

20
• Two industries i.e. wholesale and retail trade, repair of motor vehicle,
motorcycles and personal and household goods and education recorded
significant increase in the number of employed persons, each by 51,700
and 52,200 persons respectively.

• On the other hand, the number of employed persons in the manufacturing


industry decreased significantly by 167,600 persons (8.3%) to 1.85
million persons in Q1/2009 from 2.01 million persons in Q4/2008. This
was due to the unstable economy that has led to retrenchments and the
closure of many factories.

• Meanwhile, total employment in the agriculture, hunting and forestry


industry declined by 24,600 persons to 1.34 million persons in Q1/2009.

21
Chart 6: Percentage distribution of employed persons by status in
employment, Malaysia, Q4/2008 and Q1/2009

• A large proportion of the employed persons consisted of employees. The


first three month of 2009 showed that the percentage of employees
decreased to 73.1 per cent from 75.6 per cent in Q4/2008.

• The percentage of own account workers increased by 1.7 percentage


points from 16.6 per cent in Q4/2008 to 18.3 per cent in the following
quarter. Likewise, the employer category also recorded an increase of 0.2
percentage point to 3.7 per cent. This shows that more people are likely to
enter into entrepreneurship.

22

You might also like