You are on page 1of 17

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

PENGENALAN

Perkataan 'transformasi' ini biasa kita dengar dan baca. Lebih-lebih lagi pada waktu ini, dimana, semua membincangkan tentang transformasi politik, kewangan, sosial dan pelbagai lagi transformasi yang ingin dibuat semata-mata untuk membuat perubahan dan mengimpikan hasil yang baik dan terbaik. Dalam matematik Transformasi merupakan salah satu topik yang akan dipelajari oleh pelajar di sekolah. Transformasi dalam matematik ialah satu proses yang melibatkan pergerakan atau perubahan sesuatu objek daripada kedudukan asalnya kepada satu kedudukan yang baru. Objek yang ada pada kedudukan baru ini disebut sebagai imej. Setiap titik pada objek akan dipetakan kepada titik yang lain pada imej objek tersebut. Transformasi merupakan satu istilah umum untuk empat cara khusus untuk memanipulasi bentuk titik, garis atau bentuk. Bentuk asal dari sesuatu objek dipanggil sebagai pre-imej dan bentuk akhir serta kedudukan akhir objek adalah imej yang telah melalui proses transformasi. Translasi, pantulan dan putaran merupakan satu transformasi isometrik kerana setiap imej yang telah dipetakan daropada objek adalah sama dari segi saiz dan juga bentuknya. Kita juga boleh menyatakan disini bahawa objek asal dan juga imej yang telah dipetakan adalah bersifat kongruen. Transformasi peluasan tidak termasuk dalam kumpulan transformasi isometrik. Ini adalah kerana saiz imej sesuatu objek yang terhasil apabila melalui proses transformsi ini adalah tidak sama dengan saiz objek asal. Objek asal dan jiga imej yang terhasil adalah sama daripada segi bentuk sahaja tetapi mereka mempunyai ukuran yang berbeza. Pantulan asalah

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

jenis transformasi yang secara asasnya memantulkan semua titik dalam sesuatu garis yang disebut sebagai paksi pantulan. Objek daripada imej mempunyai saiz dan bentuk yang sama, tetapi dengan imej yang terbalik. Seperti gambar rajah dibawah.

Paksi pantulan terletak ditengah di antara objek dan imej.

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

HASIL PENILAIAN
Topik penjelmaan yang terdapat dalam matematik, melibatkan proses penggunaan simbol yang abstrak dan ini menyebabkan murid sering mengalami kekeliruan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik ini memerlukan masa yang banyak untuk murid memahami topik penjelmaan ini. Sebagai seorang guru, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar (bbm) yang memerlukan masa yang banyak untuk menerangkan dan memberi penerangan kepada murid. Untuk murid mendapat gambaran yang betul, guru perlu melukis gambarajah pada papan putih dengan menggunakan bentuk graf dan menggunakan ala-alat geometri untuk menunjukan proses penjelmaan ini.

Penjelaman dalah hasil daripada pantulan yang memantulkan sesuatu titik pada objek pada paksi pantulan dan menghasilkan satu imej. Bentuk dan saiz imej dan objek asal adah sama dan tidak mempunyai sebarang perubahan kecuali rupa bentuk imej adalah terbalik daripada objek asal. Semasa menebual seorang guru dan dua orang murid di sebuah sekolah menengah berdekatan dengan taman saya. Saya mendapati bahawa guru tersebut mengalami kesukaran untuk mengajar dan membimbing murid memahami mengenai topik penjelmaan ini. Guru menyatakan bahawa yang terdapat pada topik ini ialah dibahagian menentukan garis pantulan.

Murid mengalami kesukaran untuk mengambarkan kedudukan paksi pantulan atau garis pantulan. Ini menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran melukis dan kemahiran mencari paksi pantulan. Dan ini juga menyebabkan murid terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah dalam ujian atau latihan. Oleh sebab murid tidak dapat menguasai kemahiran melukis dan kemahiran mencari garis pantulan, maka murid menggunakan teknik hafalan. Akibatnya murid menghadapi masalah kesukaran untuk menentukan garis pantulan. Kebanyakan murid mengafal langkah-langkah daripada memahami konsep dan prinsip matematik yang berkaitan dengan topik pantulan ini. Keadaan ini menyebabkan pencapaian murid menjadi rendah.

Dua orang murid telah dipilih untuk ditemubual, seorang daripada murid berkenaan ialah murid yang mempunyai prestasi sederhana dan seorang murid lagi mempunyai prestasi tinggi.
3

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

Dalam temubual dengan murid yang mempunyai prestasi tinggi, kami mendapati bahawa murid ini tidak mempunyai masalah untuk menentukan garis pantulan untuk sesuatu pantulan objek dan imej. Murid ini boleh menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul dan dalam masa yang yang tetapkan. Manakala, hasil temubual dengan murid yang mempunyai prestasi rendah adalah sebalik daripada murid yang mempunyai prestasi tinggi. Murid ini mengalami masalah untuk mencari garis pantulan dan juga kedudukan imej bagi sesuatu pantulan objek.

Melalui temubual ini, murid yang berprestasu rendah menyatakan bahawa kesukaran ini timbul pada bahagian murid ini tidak memahami dimana kedudukan letaknya garis pantulan dan juga cara untuk mencari kedudukan imej bagi pantulan objek. Murid ini juga menghadapi masalah dengan menentukan sesuatu kedudukan titik dengan membekalkan kordinasi paksi-x dan paksi-y. Setelah menemubual dua orang murid ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa masalah yang timbul pada murid dalam topik pantulan ini ialah cara untuk menentukan kedudukan garis pantulan pada sesuatu objek dan imej. Murid tidak dapat menentukan kedudukan objek dan imej dengan tepat apabila murid tidak dapat menentukan kedudukan garis pantulan dengan tepat.

Bagi topik penjelmaan, pantulan adalah yang paling senang untuk dikuasai berbanding dengan topik putaran dan pembesaran. Oleh itu, menentukan garis pantulan adalah pekara yang mudah berbanding dengan menentukan kedudukan titik untuk putaran dan skala untuk pembesaran. Jika murid dapat menentukan kedudukan garis pantulan dengan tepat, maka imej yang terhasil daripada objek akan menjadi tepat. Ini kerana jarak antara objek dengan garis pantulan adalah sama jaraknya dengan garis pantulan dengan imej. Pantulan adalah merupakan satu topik yang mudah untuk difahami sekiranya menggunakan kaedah mengajar yang sesuai.

Ini kerana pantulan adalah satu pantulan daripada sesuatu objek yang mempunyai kedudukan dan saiz yang sama kecualinya ia terbalik. Perkara ini boleh kita lihat dengan kita meletakan cermin pada sesuatu huruf. Seperti gambarajah dibawah ini.

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

garis pantulan

Gambarajah 1 pantulan
Dalam gambarajah 1 diatas ini segitiga A adalah objek dan segitiga B adalah imej bagi segitiga A hasil daripada garis pantulan M.

garis pantulan C D

Gambarajah 2 pantulan
Dalam gambarajah 2 diatas ini segiempat C adalah objek dan segiempat D adalah imej bagi segiempat C, hasil daripada garis pantulan atau disebut paksi pantulan.

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

Kajian Tentang Kaedah Dan Strategi


Guru-guru matematik dan sains kerap kali menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar kurang memahami konsep tenteng sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Faktor tersebut mengaklibatkan pencapaian dalam mata pelajaran yang dianggap penting ini kurang merangsangkan jika dibandingkan dengan matapelajaran lain di sekolah. Kenyataan ini telah disokong oleh satu kajian yang dijadikan oleh Wan Mohd Rani (1998) berkaitan dengan kepeluan dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru sains dan matematik semasa pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

Guru-guru matematik dan sains yang dikaji itu menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan faktor-faktor seperti kekurangan bahan bantu mengajar, murid-murid kurang berdisiplin, kurang ketrampilan semasa belajar, kurang memahami konsep-konsep asas, tidak membuat latihan, dan guru kurang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar. Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan agar satu kajian dijalankan berhubung dengan penggunan dan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih dan bersesuaian dengan topik-topik tertentu.

Selain itu, Raja Permaisuri Perak, Tunku Bainun pernah bertitah bahawa tugas guru guru masa kini semakin mencabar, dimana pembelajaran secara konvensional telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya pembelajaran yang dilengkapkan dengan kemudahan komputer. Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab daripada guru masih diperlukan sebagai perantara antara murid dengan matapelajaran. (Harian Metro, selasa 3 julai 2001 : A5) cadangan dan pandangan diatas telah merangsang minat pengkaji untuk menjalankan kajian ini yang bertujuan untuk menguji keberkesan perisian the geometer sketchpad (GSP) untuk tajuk penjelmaan dalam matematik. Adalah harapan pengkaji agar hasil daripada kajian ini dapat membantu guru-guru terutamanya guru-guru matematik mengubah teknik pengajaran daripada kaedah konvensional kepada kaedah terkani yang lebih canggih supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik menarik dan tidak membosankan para pelajar. Selain itu,
6

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

juga diharapkan penggunaan parisian komputer ini dapat memudahkan para pelajar untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh guru serta dapat mengekalkannya dalam ingatan untuk satu jangka masa yang lebih panjang. Kajian ini memberi tumpuan kepada tajuk penjelmaan matematik yang melibatkan empat subtajuk iaitu translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. Tajuk ini sesuai dipelajari dengan menggunakan perisian GSP kerana melalui perisian ini pelbagai perubahan daripada suatu titik atau suatu bentuk yang asal kepada suatu titik yang baru mudah dilakukan dan dapat dilihat terus melalui skrinkomputer. Cara ini telah dapat menimbulkan minat para pelajar untuk memcuba sendiri pelbagai bentuk serta warna yang digemari. Secara tidak langsung, ia membantu para pelajar memperolehi sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah cepat dan berkesan.

Perisan GSP merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang mampu membantu guru untuk menyampaikan isi pengajaran. GSP merupakan satu perisian khusus yang dapat digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain. Perisian GSP yang berkapasiti1.33 MB telah dihasilkan oleh Nicholas Jackiw pada Mac 1993 bagi memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri, seperti segitiga, bulatan, garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam tiga dimensi. Perisian tersebut juga dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam bidang algebra, trigonometri dan kalkulus. Ia juga dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran translasi, pantulan, putaran dan pembesaran, di samping dapat membuat pengiraan dan pengukuran dengan lebih cepat dan tepat.

Pada asalnya, perisian GSP dibentuk untuk kegunaan para pelajar sekolah menengah. Disebabkan perisian ini dihasilkan dalam pelbagai bahasa, maka ia sesuai digunakan bersamasama dengan peralatan yang dipilih oleh beribu-ribu pengguna di seluruh dunia. Melalui perisian GSP, para pelajar akan dapat belajar secara kendiri dan ini akan membantu mereka untuk mengingati sesuatu konsep dalam mata pelajaran matematik dengan lebih berkesan. (Mathematical Catalog 1999-2000). Perisian GSP mempunyai beberapa kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk meneroka pelbagai rajah baru tanpa memadam atau melukis semula rajah berkenaan. Dengan berbantukan perisian GSP, pengguna boleh melukis sebuah segitiga dengan hanya memberi arahan secara
7

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

mengklik pada menu bar yang bersesuaian. Pengubahsuaian ke atas bentuk segitiga yang dibina boleh dilakukan dengan menyeret salah satu bucu segitiga tersebut tanpa perlu melukis rajah segitiga yang baru. Perisian GSP juga secara automatik boleh membuat pengiraan kepada sudut, panjang sisi, mencari nisbah dan boleh dikemas kinipada bila-bila masa dengan hanya mengubah angka-angka atau pun rajah-rajah yang telah dilukis. Selain itu, perisian ini dilengkapi dengan fungsi menyimpan skrip yang membolehkan pengguna merekod apa-apa yang telah dihasilkan dan mengulanginya secara automatik apabila diperlukan.

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

CADANGAN PENGAJARAN

Mata pelajaran : Matematik Tingkatan Tajuk Tarikh Masa : 5 Melur : Penjelmaan (Pantulan) : 10 08 2012 ( Selasa) : 11.30am. 12.30pm.(60 minit)

Bilangan Murid : 30 orang Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pengajaran dan pembelaajaran, murid dapat : 1) Mengenal pasti penjelmaan pantulan. 2) Menentukan imej pantulan sesuatu objek. 3) Menentukan sifat-sifat pantulan. Kaedah pembelajaran KBKK : Pembelajaran koperatif, menjawab soalan latihan Media pengajaran : Gambar, kertas surih, slaid powerpoint, kertas graf, lembaran kerja, buku teks, kad soalan Nilai murni : Kerjasama, keyakinan diri sendiri, Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari tajuk koordinat dan pembinaan geometri

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

Langkah/ Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran


1. Guru tunjukkan cermin kepada murid dan menyoal murid. Ini benda apa ? Apa kita sebut mengenai gambar yang terdapat dalam cermin ?

Catatan

Menjana Idea mengenai topik Penjelmaan Set Induksi (3 - 5minit)

Teknik/ KBKK : Soalan dan penyoalan, menjana idea baru.

2. Guru menjelaskan bahawa gambar yang kita nampak dalam cermin ialah Imej. Memahami konsep pantulan. Mengenalpasti ciri-ciri pantula

1. Guru menjelaskan bahawa gambar yang terdapat dalam cermin ialah hasil daripada pantulan. 2. Guru mengedarkan kertas kosong dan warna air kepada semua murid. 3. Guru meminta murid melipatkan kertas terlebih dahulu.

Teknik/ KBKK : soalan dan penyoalan, menjana idea baru, kecerdasan pelbagai logical dan intrapersonal

Langkah 1 (15 minit)

4. Guru meminta murid meletakan warna disebelah bahagian kipat kertas. 5. Kemudian guru meminta murid melipat kertas. 6. Guru meyoal murid beberapa soalan. Adakah kedua-dua bahagian dapat bentuk yang sama ? Adakah jarak daripada kedua-dua gambar dengan garis lipatan adalah sama ?
10

Nilai murni: Bekerjasama, keyakinan, Berani

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

7. Guru menjelaskan bahawa garis lipatan itu disebut sebagai garis pantulan atau paksi pantulan. Langkah 2 (20 minit) Perisian GSP (geometer sketchpad) 1. Guru meminta murid membentuk dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid sekumpulan. 2. Guru mengedarkan 6 buah notebook yang guru pinjam daripada makmal komputer. 3. Guru meminta murid membuka notebook dan buka perisian GSP. 4. Guru tunjukan cara-cara untuk menggunakan perisian GSP. Nilai murni: Bekerjasama, keyakinan, Berani,
bersemangat, kerjasama, tolakansur.

Teknik/ KBKK : menganalisisi, menjana idea, membuat inferen, dan Interpersonal.

Langkah 3 (15 minit)

Latihan menggunakan perisian GSP.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengikut kumpulan. 2. Guru meminta murid Teknik/ KBKK : menggunakan meneliti bahagian soalan, menganalisisi, menjana idea, membuat inferen, dan Interpersonal.

perisian GSP. 3. Guru memberikan masa kepada murid untuk menjawab latihan. 4. Guru meminta murid membentangkan hasil jawapan yang mereka dapat. 5. Guru membincang jawapan bersama-sama dengan murid.

11

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

Penutup (5 minit)

Kesimpulan dan rumusan

1. Guru menyoal murid beberapa soalan. a) Topik apa yang kita belajar hari ini ? b) Dimana garis pantulan atau paksi pantulan ? 2. Guru membimbing murid membuat kesimpulan secara keseluruhan mengenai topik pembelajaran ini. 3. Guru menjelaskan pentingnya mengingati kedudukan paksi pantulan atau garis pantulan. 4. Guru meminta menyiapkan kerja rumah yang terdapat didalam buku teks sebagailatihan kerja rumah. Nilai murni: Keyakinan, berani Strategi / KBKK : Inkuiri penemuan, membuat analisis dan pertandingan,

12

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNA BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Dalam set induksi penggunaan cermin adalah untuk menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran yang akan dipelajari oleh murid. Murid akan merasa hairan dan perasaan ingat mengetahui cermin yang guru bawa ke kelas. Guru menjelaskan kaitan imej dengan isi pelajarn ini. Guru memberitahu murid bahawa isi pelajaran ialah mengenai pantulan yang terdapat dalam topik penjelmaan.

2. Guru menggunakan kertas dan warna air untuk menerangkan konsep pantulan kepada murid secara lebih jelas. Dengan menggunakan kertas dan warna air, murid dapat membentuk imej dengan adanya objek. Mula-mula guru meminta murid melipat kerta kepada dua. Hasil daripadanya murid akan mendapat dua bahagian dan ada satu garis ditengah kertas. Guru memberikan arahan kepada murid untuk mendapat imej mereka sendiri. Aktiviti ini sesuai kerana ianya melibatkan murid sendiri untuk melakukan aktiviti dan mendapat hasil. Murid akan mengingati aktiviti ini untuk jangka masa yang lama. Berbanding dengan guru memberi penjelasan secara lisan.

3. Guru menggunakan perisian geometer sketchpad (GSP) yang terdapat pada notebook yang disediakan oleh guru kepada murid. Penggunaan perisian GSP ini akan menjadi pengukuhan kepada murid untuk lebih mengingati konsep pantulan dengan lebih baik. Penggunaan notebook ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti isi pelajaran dengan lebih baik. Guru tayangkan video mengenai cara-cara penggunaan perisian ini GSP ini kepada murid untuk membimbing murid melakukan aktiviti yang disediakan dengan betul.

13

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

Contoh yang terdapat di laman web : http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2010/10/geometers-sketchpad-sebagai-bahanbantu.html

4.

Untuk sesi penutup, guru memilih secara rawak untuk menjelaskan isi pelajaran yang telah murid pelajaran. Guru membimbing murid membuat kesimpulan dan rumusan mengenai isi pelajaran yang telah dipelajari oleh murid. Latihan kerja rumah diberikan oleh guru yang terdapat dalam buku teks adalah untuk mengukuhkan kefahaman murid mengenai isi pelajaran yang telah murid pelajaran.

14

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

KESIMPULAN

Topik penjelmaaan merupakan suatu proses yang memerlukan penyusuan semula titik pada suatu satah. Dalam penjelmaan ada empat subtopik, salah satu ialah pantulan. Dalam pantulan, kedudukan garis pantulan atau paksi pantulan adalah sangat penting kerana ianya dapat menentukan kedudukan imej dan juga objek jika diberikan objek atau imej. Topik ini menyeronokan sekiranya murid itu dapat mengusai kemahiran untuk melukis dengan betul dan sebaliknya murid itu tidak dapat mengusai konsep pantulan dengan betul maka murid akan merasakan topik ini membosakan dan berat untuk dipelajari. Topik ini membantu murid mendapat gambaran yang lebih jelas dan juga membantu murid untuk mempelajari kemahiran untuk melukis gambarajah dalam kertas graf.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah banyak membantu mempertingkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk. Kebelakangan ini para pengkaji telah menjalankan banyak kajian tentang aplikasi teknologi dalam pendidikan yang mana kebanyakan dapatan menunjukkan kesan positif terhadap kefahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang disampaikan guru. Pengajaran matematik juga tidak dapat lari dari penggunaan teknologi untuk memudahkan pengajarannya. Salah satu teknologi yang diperkenalkan ialah perisian Geometer's Sketchpad (GSP) yang direka cipta untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya geometri.

Perisian matematik Geometer's Sketchpad dipelopori oleh Nicholas Jackiw pada tahun 1993 yang pada ketika itu telah memperkembangkan versi pertama The Geometer's Sketchpad. Perisian ini diberi nama sempena Ivan Sutherland's 1963 SKETCHPAD Program, iaitu satu usaha permulaan dalam interaktif komputer grafik (Sutherland, 1963). Pada tahun 2001, Geometer's Sketchpad telah ditambahbaik fungsinya dalam versi ke empat yang memuatkan Geometri Dinamik untuk pengajaran algebra dan kalkulus.

Topik pantulan adalah satu topik yang mudah untuk dipelajari oleh murid dengan guru menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai. Sekiranya guru menggunakan kaedah
15

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

tradistionan untuk mengajar topik pantulan ini, maka murid akan kurang memahami konsep ini dan lebih kepada mengafal. Penggunaan perisian geometer sketchpad (GSP) dapat menarik minat murid disamping ianya dapat membantu guru dapat proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pantulan secara lebih efektif. Perisian geometer sketchpad (GSP) ini sesuai kerana ianya ada grafik dan audio yang dapat menarik minat murid dan menyebabkan murid boleh mengingati aktiviti yang dipelajari dengan lebih panjang dan lebih baik.

16

TEACHING MATHEMATICS IN FORM FIVE HBMT 4303

831228065327

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Huraian Sukatan Pelajaran matematik tingkatan 2.

Cikgu

Nora.

Penjelmaan

Tingkatan

2.

Diperoleh

pada

28.November.2012

dari

http://jomtuisyenonline.com/?tag=penjelmaan-tingkatan-2

Portal pendidikan Utusan Malaysia. Penjelmaan- translasi, pantulan dan putaran. Diperolehi pada 27.November.2012 dari http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=MAT&b=JUL&m=1&t=&r =g&i=PNP

Nor Hayati bt Hj. Mt Ali. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik berbantukan computer: keberkesanan perisian Geometer Skatchpad untuk tajuk penjelmaan. Diperoleh pada 28.November.2012 dari http://www.scribd.com/doc/68740077/Penggunaan-GeometerSkatchpad-Bg-Tajuk-Penjelmaan

17

You might also like