You are on page 1of 5

Aiskrim mudah

Lama sungguh tak update blog..Bukan setakat malas tapi line internet yang menjadi penghalang utama. Kesibukan di sekolah sebab dah hujung tahun jadi pelbagai aktiviti di sekolah menyebabkan saya tak dapat balik rumah mak selalu.(kat rumah ada Streamyx). Line internet kat sekolah kadang-kadang laju,kadang-kadang semput. Paling banyak line dia 'no connection'. Buat buang duit je kerajaan bayar mahal-mahal tapi cikgu-cikgu tak dapat online. Dah le sekarang semua benda kena isi online.Kesian kawan-kawan yang terpaksa langgan broadband untuk online.Yelah,kalau mengharapkan line kat sekolah,sampai due date pun tak ter 'key in' markah-markah tu.Sorry,membebel pula. Hari ini saya nak kongsi bagaimana buat aiskrim yang paling simple tapi sedap dan jimat. Saya ni malas,jadi semua benda saya nak buat mudah,cepat dan sedap.

Aiskrim Mudah dan Sedap


Bahan-bahan: 1 tin susu pekat (505ml) tin kecik boleh juga tapi sikitlah jadinya 1 botol kecil ovelet.Saya suka guna 110g dibahagi 2.Kalau nak letak sebotol tu pun boleh tak ubah apa-apapun. 1 biji telur. Tak kisah saiz apa,tapi saya selalu guna saiz A atau B. 3 sudu makan serbuk coklat.(kalau nak buat perisa coklat).Kalau nak perisa lain pun boleh. 1 1/2 tin air.(guna tin susu tadi) Cara membuatnya:

1.Adun telur dan ovelet sampai kembang sebati.

2. Masukkan susu,air putar sampai sebati.

3. Masukkan serbuk koko dan putar sampai sebati.Kalau suka boleh letak coklat masakan,cip coklat atau lain-lain tambahan.Kalau rajin juga boleh bahagi 2 atau 3 bahagian dan bagi perisa berlainan.

4. Putar sampai pekat dan kalau angkat sudip tu aiskrim nampak pekat.

5. Masukkan dalam bekas yang boleh memuatkan lebih 1.5kg aiskrim.

6.Simpan dalam peti ais dan bekukan.Dah beku,boleh cedok dan makan.Makan dengan roti pun sedap.

7. Aiskrim perisa jagung.Kalau rajin letak jagung hancur.

8. Saya suka guna bes minuman Tamin.Bau dia harum dan sedap. Kalau ikut resepi tuannya yang asal,dia guna pewarna dan perisa sahaja.

Aiskrim yang terhasil lebih daripada 1.5kg. Jadi bagi yang rajin,boleh asingkan dan letak perisa berlainan. Antara banyakbanyak aiskrim yang saya buat,aiskrim coklat adalah hasil yang terbaik. Teksturnya pun berlainan. Cubalah,gerenti akan nak lagi.Ada kawan saya dia takde mixer,dia guna blender sahaja. Ada juga yang gantikan serbuk coklat dengan milo.

You might also like