You are on page 1of 2

Halwa minda..

Orang yang paling berani bukanlah orang yang berani mati tetapi orang yang berani hidup..

Kalau saya ditanya bilakah kita dikatakan sudah berjaya dalam hidup? Saya akan menjawab "Saya berjaya dalam hidup apabila semua cabaran dan dugaan dalam hidup ini telah berjaya saya harungi."

Suatu perkara yang orang paling takut adalah MATI, tetapi orang selalu lupa untuk bersedia menghadapi MATI.

Jika engkau ingin mengubah darjat duniamu, engkau perlu mengubahnya dengan usaha. Tetapi jika engkau ingin mengubah darjat akhiratmu, engkau perlu mengubahnya dengan IMAN.

Kadang-kadang hatimu tersalah menduga ujianNYA sehingga menganggap DIA tidak mempedulikanmu. Ketahuilah, DIA mendengar jelas setiap bait-bait doamu dan percayalah bahawa DIA tidak menganiayaimu tetapi DIA sedang mengujimu. Posted by azrin at 6:06 AM No comments: Labels: Kata-kata inspirasi , Kata-Kata Mutiara, Kata-Kata Semangat , Kolekasi kata -kata mutiara sendiri, Koleksi terhebat, Nasihat, Ubat duka, Ubat Sedih
Wednesday, December 22, 2010

Kalau Masih Ada Waktu...


Kalau masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana bila sudah tiada waktu rasa kesal itu tidak berguna.

Kalau masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin kerana bila sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu pergi berlalu dengan sia-sia.

Kalau masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana bila sudah tidak ada waktu engkau tidak akan sempat menikmatinya.

Kalau masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta insan-insan tersayang di sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan kekal berhutang dengan mereka.

Kalau masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup ini kerana bila waktu itu sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.

Kalau masih ada waktu, hargailah setiap peluang yang datang kerana biasanya peluang terbaik hanya datang sekali.

Azrin.. Posted by azrin at 7:30 AM No comments: Labels: Kata-kata hikmah waktu , Kata-kata inspirasi , Kata-Kata Mutiara , Kata-Kata Semangat, Nasihat
Tuesday, December 21, 2010

AKU
Bila mengingatkan perjalanan hidup ini sangat singkat, hati ini berasa takut dan insaf untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Ya Allah, banyaknya dosa-dosa yang telah aku lakukan di dalam hidup ini. Banyak kali aku melupakan Engkau kerana pandangan hati ini selalu ditutupi oleh cahaya kilauan kemewahan dunia yang penuh dusta. Aku juga selalu melupakan hakikat hidup ini bahawa semua yang ada ini hanyalah sementara. Padahal perjalanan ini sedang menuju ke kampung abadi di sana. Sesungguhnya aku insan yang jahil, lalai dan leka. Semoga Allah masih memberiku ruang untuk memperbaiki diri ini dan satu perkara yang sangat kuharapkan adalah keampunanNYA yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.. Posted by azrin at 9:51 PM No comments: Labels: Diariku

Memang Benar..
Sebaik-baik kawan adalah kawan yang berkata benar, bukannya kawan yang membenarkan semua kata-kata kita.

Apa gunanya tangan kalau tidak digunakan demi kebaikan dan apalah gunanya tangan jika digunakan untuk kejahatan.

Hati insan itu dipenuhi dengan nilai-nilai Ilahi dan jangan sesekali mengotorinya.

Dunia ini bukan diciptakan untuk disesali tetapi diciptakan untuk dihadapi.

Semangat itu tidak terbatas, oleh itu ia perlu dibatasi dengan niat yang suci. Posted by azrin at 8:39 AM No comments: Labels: Kata-kata inspirasi , Kata-Kata Mutiara, Kata-Kata Semangat

Kata-kata mutiara dari fikiranku sendiri.


Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan peluang merasakan kebahagiaan dan kebahagiaan itu pula membawa diri ke pintu syurga.

Bukan kesedihan yang membuat kita merana, tetapi kebodohan dan kebatilan itulah yang membuat kita menderita.

Belum ada lagi teknologi yang mampu menunaikan hasrat yang berdetik di dalam hati manusia. Paling-paling pun teknologi hujung jari sahaja.

Jangan biarkan hasrat murni terkubur hanya kerana alasan yang tidak munasabah.

Jiwa ini kosong tanpa cahaya iman tetapi jiwa menjadi gelap apabila cahaya iman itu terpadam.

Langkah pertama itu adalah penentu kepada langkah kejayaan dan kegagalan di hadapan.

You might also like