You are on page 1of 42

PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT

GADJET-GADJET PERKHEMAHAN Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. Buatlah gadjet-gadjet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan. Mengenal gadjet perkhemahan: lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. kedudukan gadjet. aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

TUJUAN MEMBUAT GADJET Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan membuat gadjet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gadjet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gadjet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. Feeling of sense of achievement, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi masa semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjetgadjet yang berfaedah.

BAHAN UNTUK MEMBUAT GADJET Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat dari bahan semulajadi. Pergunakan dari semua bahagian pokok.

JENIS / CARA MEMBUAT GADJET Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem. Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.

JENIS-JENIS GADJET Gadjet kawasan pintu. Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan. Gadjet kawasan tempat basuhan. Gadjet kawasan tempat tinggal. Gadjet kawasan pengeringan. Lain-lain gadjet.

GADJET KAWASAN PINTU Gadjet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: Bahagian pintu hadapan Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Variasi-Variasi pintu hadapan Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).

Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis. Bahagian Pagar Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

GADJET-GADJET KAWASAN DAPUR Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gadjet-gadjet dapur buat juga gadjet sampingan di dapur seperti: o Rak pinggan mangkuk o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. o Meja makan o Penyangkut cawan / gelas. o Rak menyimpan kayu api / tong gas. o Gadjet gerobok (camp larder). o Gadjet lubang basah dan kering.

GADJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH Gadjet tempat meletak besen air. Gadjet tempat menyimpan alat pergigian. Gadjet tempat menyimpan sabun. Gadjet mengantung tuala mandi. Gadjet kawasan tempat basuhan.

GADJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gadjet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gadjet-gadjet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

GADJET TEMPAT MENJEMUR KAIN Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

GADJET-GADJET LAIN Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti: o Tiang bendera o Menara memerhati o Gendang / Kantung kem o Gadjet pembawa barang (Indian Travois) o Gadjet pondok lalang (tempat berteduh)

PENEMPATAN GADJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering. Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gadjet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gadjet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas. Berhampiran pintu masuk dirikan gadjet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

PRINSIP MEMBUAT GADJET Gadjet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap. Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh. Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gadjet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. Gadjet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran. Gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan. Gadjet yang baik ringkas tetapi praktikal. Mulakan dengan membuat gadjet yang ringkas dahulu. Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet. Gadjet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai. Buat gadjet ciptaan atau rekaan sendiri

SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GADJET Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gadjet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gadjetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat. Ikatan Seraya (Square lashing) mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat. Ikatan Serong (Diagonal lashing) mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gadjet yang berbentuk serong. Ikatan Silang Gunting mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar. Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi. Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar. Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong. Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya

Ikhtiar Hidup

Survival Skill atau dalam bahasa Melayu, Ikhtiar Hidup merupakan antara perkara paling asas dalam kemahiran yang perlu ada dalam menjalani kehidupan seharian. Seseorang yang mahir dalam kemahiran ikhtiar hidup akan dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan seharian terutama sekiranya berlaku kecemasan atau keadaan memerlukan.

Antara kemahiran ikhtiar hidup yang perlu anda ketahui adalah :

Pertolongan Cemas / Bantu Mula

Kemalangan sering berlaku tanpa anda sedari. Oleh itu, kemahiran pertolongan cemas sangat penting terutama jika berlaku kemalangan atau kecemasan terutama di sekitar anda. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda berupaya menyelamatkan nyawa mangsa.

Pertolongan Cemas / Bantu Mula

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatakan nyawa 2. Mengurangkan kesakitan 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu 3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . 5. Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: 1. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]

2. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] 3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] 4. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] 5. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation]

Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan

1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keracunan Tanda-tanda:

1. 2. 3. 4.

Maklumat dari mangsa Mangsa sakit dengan tiba-tiba Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.

Rawatan:

1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terkejut Tanda-tanda: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Badan berpeluh Pucat Rasa nak pengsan Resah Nafas kerap tapi tipis Kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan 1. 2. 3. Baringkan mangsa Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'

4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan 5. 6. Selimutkan jika suhu badan menurun Segera hantar ke hospital

Terbakar

Klasifikasi terbakar

1.

First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh

2.

Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3.

Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Penting!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

Rawatan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih Baringkan mangsa Jangan gerakkan bahagian yang terbakar Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar Hantar segera ke hospital

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melecur

Rawatan

1. 2. 3.

Sejukkan dengan air sejuk Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian Rawat seperti mangsa terbakar

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejutan Elektrik 1. Putuskan hubungan elektrik

2. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 3. Rawat bagi terbakar jika ada.

Terseliuh [dislocation]

Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE

1. 2. 3. 4. 5.

Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] Balut tempat yang cedera [Compression] Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] Hantar ke hospital

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital

Perkhemahan

Sebagai anggota unit beruniform, anda sekurang-kurangnya sekali, pernah menyertai aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah atau pihak-pihak lain. Tahukah anda berapa jenis khemah dan cara memasang khemah supaya khemah anda kukuh dan selamat untuk anda? Tahukah anda apakah kelengkapan lain yang diperlukan sekiranya anda ingin menjalankan aktiviti perkhemahan? Dengan mempelajari cara pemasangan khemah, anda dapat mengetahui cara terbaik untuk menjadikan perkhemahan anda selamat untuk dijalankan. Perkhemahan Aktiviti perkhemahan merupakah antara aktiviti penting dalam sesuatu unit beruniform. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam aktiviti unit beruniform. Beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila menyertai sesuatu perkhemahan sama ada anjuran sekolah, daerah, negeri, mahupun badan luar yang lain: 1. Tahap kesihatan peserta 2. Surat kebenaran ibu bapa, sekolah. 3. Kelengkapan perkhemahan

1. Tahap Kesihatan Peserta Tahap kesihatan peserta merupakan aspek amat penting sebelum peserta membuat keputusan untuk menyertai sesuatu perkhemahan. Perlu diingatkan bahawa perkhemahan melibatkan aktiviti yang lasak dan sukar berbanding aktiviti biasa. Oleh itu kesihatan peserta perlulah dalam keadaan baik sebelum peserta menyertai aktiviti tersebut.

Dua tahap kesihatan yang perlu diambil kira : 1. Kesihatan Fizikal. - Merangkumi tahap kesihatan tubuh badan peserta. Sekiranya peserta mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti alahan, sakit kronik seperti sakit jantung, asma yang teruk, dan sakit fizikal yang lain yang menyukarkan peserta ketika aktiviti, peserta perlulah mendapatkan kebenaran dari doktor untuk menentukan sama ada peserta layak atau tidak layak menyertai aktivit terbabit.

2. Kesihatan Mental - Kesihatan mental juga amat penting sebelum menyertai aktiviti lasak. Peserta perlulah bersedia dari segi mental untuk menghadapi kesukaran ketika aktiviti perkhemahan. Mental yang lemah akan menyebabkan peserta mudah mengalami gangguan perasaan seperti kemurungan, homesick, dan gangguan emoasi yang lain. Gangguan emosi tersebut akan menyebabkan peserta kurang bermotivasi untuk meneruskan aktiviti dan mungkin akan menyebabkan masalah kesihatan badan.

2.Surat Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga dan sekolah. Surat kebenaran ibu/bapa penting bagi membolehkan ibu/bapa/penjaga mengetahui kedudukan dan maklumat mengenai Kem yang dijalankan. Biasanya pihak sekolah akan menyerahkan surat kebenaran untuk diisi peserta sebelum sesuatu perkhemahan itu dijalankan. Pada surat ini, maklumat mengenai kem akan disertakan dan ibu/ bapa/ penjaga perlu mengisi maklumat mereka terutama nombor telefon untuk dihubungi. Ini bagi memudahkan pihak penganjur menghubungi penjaga sekiranya berlaku kecemasan terhadap anak mereka ketika perkhemahan. Pada surat tersebut turut disertakan nama guru pengiring dan nombor telefon guru untuk tujuan sekiranya berlaku kecemasan di rumah. Oleh itu, surat kebenaran sangat penting untuk diuruskan oleh peserta sebelum menyertai sesuatu perkhemahan.

3. Kelengkapan Perkhemahan Kelengkapan perkhemahan sangat penting sebagai persiapan fizikal sebelum menyertai sesuatu perkhemahan. Ini bagi membolehkan pelajar bersedia dengan

segala kesukaran yang bakal ditempuhi ketika kem. Peserta yang membuat persiapan kelengkapan dengan baik akan lebih mudah menjalankan aktiviti dan lebih bersedia bertindak sekiranya berlaku kecemasan. Kelengkapan yang perlu dibawa atau ada: 1. Hoversack (beg galas) overnight atau daypack - Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang berkualiti dan sedap dipakai. 2. Kasut trekking/selipar/sandle - Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang anda akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan. 3. Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan - Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian trekking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda. 4. Peralatan untuk makan dan minum - Bawalah kelengkapan itu mengikut masa distinasi dan keperluan. Barangbarang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu. 5. Keperluan asas yang penting 1 - Contohnya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat, lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting), pisau atau parang, baju hujan, ubat persendirian, peralatan mandian, stokin pacat, stove/dapur gas (jika ada), mancis, lighter/pemetik apa, tongkat dan apa yang perlu bagi anda. 6. Keperluan asas yang penting 2 - Contohnya makanan ringan (coklat dan lain-lain), air pemberi tenaga (100 plus, redbull dan lain-lain)

Pembacaan kompas dan tunjuk arah

Pembacaan peta dan tunjuk arah merupakan satu lagi kemahiran yang perlu diketahui dan dipelajari. Kemahiran ini sangat penting bagi memudahkan pencarian tempat atau kedudukan sekiranya seseorang itu sesat.

Pembacaan Kompas dan Tunjuk Arah Sejarah awal kompas ialah ia telah dicipta secara sainstifik dizaman dinasti song di negeri China pada abad ke sebelas.Namun begitu terdapat catatan sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu pada abad ke empat berdasarkan sastera kuno Cina dalam buku 'Book of the Devil Valley Master' . Pengunaan kompas oleh pelayar Eropah hanyalah pada 1300 masihi. Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapat arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Setelah anda tahu sejarah kompas, kita lihat pula jenis-jenis kompas idan gambarnya. Ia digunakan sejak zaman berzaman sehingga lahirnya kompas yang moden (jenis prismatik dan biasa), jenis kompas tersebut ialah kompas pelaut, kompas gegasing, kompas falak dan kompas moden berasaskan cecair ,magnet dan teknologi GPS lihat gambar di bawah:

Kebaikan dan kekurangannya:

Kebaikan: 1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering) 2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti 3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.

Keburukan: 1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)

Kegunaan Kompas: 1.Mencari arah Utara 2.Menentukan kedudukan peta 3.Menyukat bering (sudut)

Teknik menggunakan kompas: Perkara pertama ,apabila mahu menggunakan kompas ialah belajar mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting. Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika kompas jarum kompas anda (warna merah) tidak menunjukan arah utara, adnda harus 'adjust' agar keUtara.Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin,lihat gambar dibawah:

UTL-Utara Timur Laut TTL-Timur Timur laut TT- Timur Tenggara ST-Selatan Tenggara UBL-Utara Barat Daya BBL-Barat Barat Laut BBD-Barat Barat Daya SBD-Selatan Barat Daya

Perkara kedua ialah memahami bahagian-bahagian kompas contoh seperti 2 gambar di bawah. Untuk rencana ini saya menggunakan kompas silva jenis 4 kompas. Lensatic (ada juga kompas yang lagi simple dan mudah difahami)

1-Anak panah menunjukkan arah 2-Jarum Kompas 3-Skala 4-Kanta Pembesar 5-Penjangka (roamer) 6.Penunjuk arah perjalanan 7.Tapak kompas (Base plate) 8-Bacaan Bearing (sudut) Housing) 9-Garisan penimur grid 10-Piring kompas (compass

Marching Lensatic Compas

Perkara ketiga harus mengetahui memgenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".

Perkara keempat harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas. Contoh lihat gambar dibawah:

Cara satu: -Jika mengunakan kompas seperti di atas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar di atas.

-Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti di atas.

-Jika kompas jenis Silza, cara memegangnya seperti yang ditunjukan cara memegang seperti di atas.

Teknik lain ialah: 1. Meletakan kompas di tapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan 2. Meletakan kompas di tempat yang rata

Peta (map) Sebelum kita teruskan cerita cara menggunakan kompas pada peta, mari kita itu mari kita lihat apa itu peta ?. Ia ialah lukisan diatas kertas atau 'soft copy' gambaran tanah yang diambil dari udara. Ia melalui proses gambar udara yang disatukan dengan maklumat-maklumat yang tepat dan sukatan yang tertentu. Peta mengandugi maklumat keadaan permukaan muka bumi

Tujuan membaca peta 1. Supaya dapat mencari jalan di merata-rata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah dan peta 2. Agar dapat memahami keterangan yang terdapat dalam peta 3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam memnyampai maklumat memgenai pergerakan dan kedudukan. Jenis-jenis peta -Peta jalan -Peta bandar -Peta pemerintah -Peta fizikal -Peta Topografi Teknik asas menggunakan kompas dan peta Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendah anda pergi.(arah yang hendahk ditujui).Ikuti segala prosudure yang telah ditetapkan contoh: (a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara (b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui, (c) Merangcang untuk memudahkan untuk sampai ke distinasi. Sebelum itu kita lihat kembali kompas dan fungsinya, lihat gambar 1 dibawah:

Gambar 1

Langkah Pertama: 1.Letakan kompas anda dipeta, tandakan tempat yang hendak ditujui, berdasar bering yang diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika perlu). Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'. peta) rujuk gambar 2 dibawah.

Gambar 2 2.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada garisan untuk menuju ke 'point B'. 3.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala pada kompas anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada).

Langkah Kedua: 1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas tidak lari kedudukan 2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara di peta. Rujuk gambar 3 dibawah.

Gambar 3 3.pastikan kedudukan anak panah dibahagian bawah "capsule point" sama arahnya dengan arah utara didalam peta. Anda bualah sedikit pembetulan untuk ketepatan jika perlu.

Langkah Ketiga: 1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam keadaan rata ditangan anda dan arah anak panah lurus dan menunjukan tempat yang ditujui.rujuk gambar 4 dibawah.

Gambar 4 2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan jarum magnatik dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah dengan anak panah. 3.kini arah anak panah pada "base plate" akan terarah ketempat yang anda hendak pergi

Perhatian untuk semua: Perhatian satu: Sekarang anda telah fokuskan tempat yang anda hendak pergi. Anda kena pastikan bering yang betul agar tidak tersasar. Dihadapan anda mungkin

terdapat halangan contoh paya, kawasan merbahaya dan sebagainya. Jadi untuk mengatasi perkara ini, anda kena "marking" sesuatu objek dihadapan anda contoh pokok atau apa saja, diseberang tempat bahaya yang anda elakan. kemudian pergilah ketempat yang anda "marking" tadi. contoh 1 lihat gambar 5 dibawah:

Contoh 1 (gambar 5)

Contoh 2, pula menggunakan teknik bering 90 darjah, katakan anda diberi susut 50 darjah untuk ke tempat yang hendak ditujui. tetapi dihadapan anda ada halagan.ok, untuk mengatasi masalah ialah dari point anda berada, buat satu bering baru iaitu 90 darjah bermakna arah belok itu ialah 50 d + 90 d =140 darjah, dan berjalanlah disamping mengira jumlah langkah anda untuk melepasi sesuatu halangan itu. setelah yakin telah lepas kawasan bahaya itu, kembali semula pada bering 50 darjah disepanjang sempadan halangan.setelah pasti halangan lepas, kembali pula pada menggunakan bering 90 darjah. Untuk kembali kepada perjalanan asal gunakan 'back bering' iaitu 140 d + 180 d = 320 darjah. Perhatitian ingat semula jumlah langkah anda contoh 100 langkath atau 200 langkah kaki , dan pastianda akan tiba tempat yang ditujui. Rujuk gambar 6 dibawah:

Contoh 2 (gambar 6)

Contoh 3, ialah menggunakan tanda di peta. Apabila terdapat halangan perhatikan peta untuk mencari arah memesong. Tentukan ada dua tanda panduan dipeta dan ditanah yang didapati di sepanjang perjalanan. Satu srbelum halangan dan satu lagi selepas halangan. Semasa tiba awal dihalangan ambil bering tanda pertama dan berjalan kearah tanda panduan tersebut. apabila tibi di tempat ditujui bering pula ketabda panduan kedua selepas halangan dan terus berjalan kesitu. Rujuk gambar 7.

Contoh 3 (gambar 6)

Perhatian dua, semasa anda berjlan atau berlari kekasan yang ditujui, kemungkina kompas "capsul", secara tidak sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu dari masa kesemasa agar anda tidak tersasar

Perhatian tiga: Ingat semua perbezaan diantara jarum magnetik yang pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan menujukan arah yang hendak ditujui

PENGEMBARAAN DAN ASAS PANDU ARAH

PENGENALAN Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan mataha ri dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

JENIS-JENIS ORIENTEERING Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteering)

Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

TERMINOLOGI DAN ALATAN Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut: i. Titik kawalan (Control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga dititik ini. ii. Penanda kawalan (Control marker) Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan. iii. Kad kawalan (Control card) Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. iv. Peta utama (Master map) Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. v. Keterangan kawalan (Control description)

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi dalam bentuk kod/gambarajah. vi. Landasan (Course) Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. - Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan vii. Kompas (Compass) Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

PENGETAHUAN ASAS Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu: i. Teknik membaca peta ii. Teknik membaca kompas iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

4.1 Teknik Membaca PetaTopo Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.

Jenis-jenis peta Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan melaras utara-selatan, Kredit kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.

Warna-warna dalam peta Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah : Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu Perang - kontor & jalanraya Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah Biru - kawasan berair

Bentuk muka bumi Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah : Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit

Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

Maklumat Peta Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu: i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti gambarajah 1 dibawah ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

Maklumat gambar peta Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya menuju ke atas bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

Skala Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

4.5.3 Garisan Grid Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 4849 garis lintang (utara).

Utara peta Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.

Mengukur Jarak Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris ,manakala jarak berliku menggunakan benang . Jarak yang diperolehi ditukarkan dengan skala yang terdapat pada peta untuk mendapat jarak sebenar. Kompas Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

Jenis kompas Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden Mengukur, bearing di atas peta Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L. a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K. b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta. c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut: a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya. b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan dengan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju. c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

Panduan Lazim bagi Pengembara Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju. b) Bulan Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam c) Bintang Bintang bergerak arah ke barat , bintang-bintang tertentu yg menunjuk kea rah utara. d) Sungai Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.

BERGERAK KE TEMPAT DITUJU 6.1.1 Perancangan Perjalanan Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat. b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan kita. c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan. d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan. e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir. Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.

Kaedah Pergerakan Bergerak dalam kumpulan. a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur. b) Adakan perbincangan sebelum perjalanan dibuat. c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar panggilannya. d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat. e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup. f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.

g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.

Bergerak waktu malam Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

Bergerak di kawasan bukit dan gunung Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak. Bergerak di dalam hutan Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran. Menyeberangi sungai Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit. b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.

c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-batu. d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke darat. e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air. f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air. g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang. Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

tanah lapang 4 - 5 kmj mendaki 2 -2.5 kmj meredah hutan rata 2.5 - 3.5 kmj meredah hutang lereng 1 - 1.5 kmj meredah lalang tebal 0.5 - 0.8 kmj meredah resam tebal 0.1 - 0.3 kmj meredah hutan pava dalam 0.1 - 0.2 kmj

TINDAKAN APABILA SESAT JALAN

Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan ini Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil: a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik. b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat. c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di tempat sebenar kita berada. d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya. e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.

Langkah pencegahan daripada sesat jalan Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan. a) Jangan terburu-buru semasa bergerak. b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi. c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan

You might also like