You are on page 1of 11

Taksonomi Bloom

1. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956. 2. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. 3. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan

pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.


4. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta,

teori, dan hukum.


5. Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting

daripada petikan yang dibaca)


6. Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini

dalam soalan cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid) 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian

Pengetahuan

Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.

Contoh : 1. Bilakah Malaysia merdeka ? 2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia? 3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

Objektif 1. Umum : mengetahui 2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)

Kefahaman

Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci. Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan. Tiga aras penting :

1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.) 2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. ) 3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)

Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.

Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya. Aplikasi

Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.

Objektif :

1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan 2. Khusus


spesifik

menggunakan,

menyelesaikan,

mengira,

menghubungkan,

mengendalikan. Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan. Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.

Analisis

Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat) Cth :

1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku. 2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

Objektif

1. Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data. 2. Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.

Cth :Yang manakah antara berikut

tidak

menerangkan ciri kriteria yang

betul ?

- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja? Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan. Sintesis

Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)

Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu. Objektif :

1. Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya 2. Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis

Cth : Berdasarkan tajuk saya sebatang pen bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.

Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan. Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu. Penilaian

Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.

Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu. Objektif : 1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data. 2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.

Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu. Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut. : Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.

Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.

Cth : 1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam? 2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

Domain Afektif Kalthwohl


1. Diasaskan oleh, David R. Krathwohl 2. Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. 3. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu

suasana pembelajaran yang baik.


4. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat

membentuk sikap positif.


5. Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :

Peringkat 1: Penerimaan
1. Keinginan dan kesanggupan menerima

(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)
2. Kesedaran

(faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)
3. Perhatian terkawal

(kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan cth : mendengar dan menghayati sajak)
4. Objektif am :

Mendengar dengan berhati-hati. Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran. Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial. Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan. Mengambil bahagian dalam aktiviti.

5. Hasil pelajaran spesifik : Menyoal Memilih Menghuraikan Mengikut Menamakan Menggunakan

Peringkat 2: Bertindak balas


1. Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan. 2. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti. 3. Murid mengambil perhatian dan bertindak balas. 4. Terdapat 3 kategori :

Persetujuaan membalas (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.) Kesediaan membalas (Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.) Kepuasan (Mencapai objektif ) Objektif Am

Melengkapkan kerja Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil Seronok membantu rakan Melakukan tugas secara sukarela.

Spesifik

Dapat menulis isi pelajaran Menjawab soalan Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

Peringkat 3: Menilai
1. Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah

dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.


2. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika

kepercayaan itu boleh dipratikkan.


3. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda

atau tingkah laku.


4. Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian) 5. Kategori

Penerimaan - Menerima dan melakukan arahan aktiviti. Pilihan - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih. Penglibatan - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan. Peringkat 4: Organisasi
1. Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. 2. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai

digunakan.
3. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-

nilainya.
4. Kategori

Penenggapan -Mampu mencipta konsep abstrak. Organisasi - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Peringkat 5: Perwatakan
1. Perubahan tingkah laku positif. 2. Kategori

Set up mengekalkan nilai-nilai Perwatakan disiplin diri

Cari perbeza antara pentaksiran, pengujian dan penilaian.


Ciri Definisi Pentaksiran Satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Tujuan Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam Pengujian Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Penilaian Proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

pembelajaran memperbaiki pengajaran -pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Bentuk

Set ujian bertulis dengan markah dan gred.

Pemerhatian Ujian lisan Ujian bertulis Persediaan ujian Pentadbiran Pemeriksaan

Jadual Gred berdasarkan teknik perangkaan. Proses pengukuran Proses penganalisian Proses intepretasi

Cara / proses

Proses pengujian Merekod markah/gred

Masa Liputan

Selepas pembelajaran Sesuatu peringkat pembelaran.

Selepas pembelajaran Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran. Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.

Melapor Tindakan Sebelum, semasa dan selepas pembelajaran Dari sesuatu pembelajran tertentu ke seluruh kurikulum. Menunjukkan pencapaian secara keseluruhan tetapi tidak semestinya membayangkan kebaikan seseorang individu.

Keputusan

Menunjukkan pencapaian secara relatif.

T TTTTTTAK

You might also like