You are on page 1of 6

Teks Pidato Contoh Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila. Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan

melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita. Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian. Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA DARIPADA KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPA Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan; Lafaz bismllah pembuka kata, Gelanggang pertandingan segera dimulakan. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan engerusi !ajlis, Tuan engetua "ek#lah !enengah $ebangsaa erempuan Temenggung %brahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru&guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian baha'a tajuk perbahasan ini, (!asalah Remaja Lari dari Rumah )ukan *anya )erpunca daripada $urangnya $asih "ayang %bu )apa( memang tepat dan tidak pcrlu dipers#alkan lagi. "ebelum saya membahaskan lebih lanjut. el#k sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui #leh ahli keluarganya. !ereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau did#r#ng keinginan memper#leh sesuatu. !anakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. +e'asa ini, akhbar&akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. ,alaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir. *adirin yang dimuliakan, *ujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan -. hingga .tahun merupakan g#l#ngan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat #rang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. +alam meniti usia ini, g#l#ngan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang h#leh melarang. $ata&kata #rang yang lebih de'asa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. !ereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang b#leh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat

tinggal. )erbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang l#nggar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengece'akan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. !ereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah kece'a atau marah,. /ang penting, kata hati perlu dituruti. *ujah saya yang kedua, fakt#r rakan&rakan b#leh dibahagikan kepada dua; rakan yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata& rata dipengaruhi #leh teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal0 bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan menarik. dan berkereta me'ah. emuda yang kita tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan memerangkap remaja dengan kata&kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja perempuan yang tidak pernah menikmati keme'ahan akan mudah terperangkap dengan pujuk rayu yang b#leh menggetarkan perasaan. !ereka dijanjikan dengan pekerjaan yang menarik dan gaji melebihi R!.,111.11 sebulan, berpeluang melanc#ng, dan mendiami rumah me'ah. Remaja yang akalnya Cuma sejengkal dan b#san pula menghadapi timbunan buku, tanpa berfikir panjang akan terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman hati. $ata #rang, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turuti. *adirin yang dikasihi, *ujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. "ebaik&baiknya, anak yang berusia sele'at&le'atnya tujuh tahun telah dihantar ke sek#lah agama dan diajar membaca al&2uran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sek#lah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sek#lah kebangsaan. "ebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di ji'a b#leh menjadi benteng sese#rang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak&anak. !intalah anak hers#lat dan berpuasa sebagai c#nt#h, tidak akan dituruti #leh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. +isebahkan kurangnya didikan agama, anak&anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah

dianggap perkara biasa bagi remaja yang ji'anya telah k#s#ng dengan r#h keagamaan. *ujah saya yang keempat ialah pengaruh mediamassa. !edia massa kita, baik tele3isyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari )arat yang memaparkan remaja yang r#sak akhlaknya. 4ika pun tidak berita dari )arat, paparan artis tempatan yang berpakaian menj#l#k mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada g#l#ngan remaja memikirkan hal&hal yang negatif. $eadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas&luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. )agi remaja dari )arat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. !alah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya g#l#ngan artis )arat juga sesuatu yang lazim. +isebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai& nilai hudaya tempatan. *adirin yang dikasihi, *ujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari rumah. 4ika dulu. terutamnnya apabila anak&anak dara herkelakuan tidak sen#n#h, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa mereka. $ini, keadaan ini b#leh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar&bandar besar, malahan di kampung&kampung. "ikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing&masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. %ni berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. 4ika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat se#rang pemuda yang tidak dikenaii berbual&bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. "ikap masyarakat yang negatif ini seakan&akan memberi ruang kepada remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan masyarakat madani. %zinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. !enurutnya, ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar. "ebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan

terhadap kerjaya, anak&anak memang kurang diberi perhatian. $alaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab b#leh dikatakan rata&rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai. $alau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. 4adi, mengapakah remaja lari dari rumah5 %nilah pers#alan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. !ereka lari kerana ada fakt#r&fakt#r di luar rumah yang sudah tersedia menanti. *adirin yang dimuliakan, )erdasarkan hujah&hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini sudah terbukti baha'a masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak fakt#r& fakt#r lain yang berpunca daripada fakt#r di luar rumah. 4adi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. /ang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. *ujah saya ini akan disambung #leh rakan saya yang lain. "ebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi, +ari runtuhnya k#ta !elaka, )ersama kita dirikan utrajaya; *ujah palsu b#h#ng belaka, Akan ditangkis seberapa daya. "ekian, terima kasih.

You might also like