You are on page 1of 8

5.

0 CADANGAN-CADANGAN BAHARU UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN ETNIK DI MALAYSIA

Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang wujud sejak azali lagi merupakan tunjang kepada kedaulatan negara Malaysia. Perkara ini merupakan suatu kebanggaan kepada setiap individu di Malaysia yang terdiri daripada suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza kerana untuk mencapai sesuatu perpaduan merupakan perkara yang paling sukar untuk direalisasikan. Maka dengan itu, wujudkan prinsip rukun negara merupakan suatu kemestian agar negara tidak akan menghadapi masalah yang boleh menggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi sebuah negara yang aman dan maju ini. Berbekalkan semangat cinta akan kedaulatan negara, beberapa cadangan ingin dikemukan sebagai tindakan lanjut yang mungkin dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sebagai usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan di dalam negara. Kerajaan Malaysia boleh melaksanakan pelbagai langkah yang baharu untuk mewujudkan perpaduan etnik di Malaysia berasaskan Rukun Negara yang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dengan itu, cadangan-cadangan ini boleh diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi menjadikan perpaduan di negara semakin erat dan kukuh sesuai dengan prinsip-prinsip rukun negara. Dari segi politik iaitu merujuk kepada Prinsip Rukun Negara yang kedua, Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut perlembagaan dan sebagai pemimpin sesebuah Negara, Baginda boleh memainkan peranan dengan sebaik yang mungkin bagi mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik. Raja boleh menggunakan kuasa veto mereka khususnya dalam bidang politik kepada rakyat bagi memupuk semangat perpaduan sekaligus mencapai kemajuan Negara pada masa hadapan. Contohnya, raja boleh menguar-

uarkan bahawa kemajuan negara adalah bergantung kepada sikap masyarakat Malaysia itu sendiri di mana ianya menuntut kerjasama dan perpaduan dalam suatu komuniti iaitu dengan menyediakan peluang pekerjaan, pendidikan dan perniagaan yang sama rata kepada semua etnik di Malaysia. Raja juga boleh menggalakkan penglibatan rakyat secara demokratik dalam sistem politik tanpa mengira etnik bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sendiri pemimpin sebagai pegawai Kerajaan Persekutuan. Sebagai tanda rakyat yang memegang prinsip yang dinyatakan dengan jelas dalam Rukun Negara mereka akan berusaha untuk menunjukkan perasaan hormat serta taat setia mereka terhadap raja dan negara bagi menghargai setiap sumbangan daripada pihak pemimpin dan negara. Selain itu, raja harus menunjukkan rasa perihatin terhadap kebajikan masyarakat Malaysia tanpa mengira ideologi kaum-kaum yang tertentu dengan mengadakan aktiviti permuafakatan di samping menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Hal ini menunjukkan bahawa Raja menjalankan tanggungjawabnya dalam menjaga kepentingan rakyatnya tanpa mendiskriminasikan sesuatu etnik. Bagi menghargai serta menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin dalam mencapai perpaduan antara kaum, rakyat haruslah menunjukkan taat setia mereka khususnya kepada raja dengan mengikut setiap titah dan perintah daripada raja. Dari aspek Ekonomi pula, proses perkembangan ekonomi ini dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Seperti yang kita ketahui, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif utama iaitu untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat merupakan satu bukti bahawa dasar ekonomi yang mantap dapat mewujudkan perpaduan yang erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat

diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara etnik-etnik dan kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara. Berdasarkan DEB yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan, pihak kerajaan boleh membuat penambahbaikan dalam sektor ekonomi yang melibatkan pelbagai etnik bagi memastikan ekonomi negara dapat dipertingkatkan lagi secara menyeluruh. Kerajaan boleh melaksanakan bantuan kepada individu yang tidak mendapat peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu melibatkan pelbagai etnik agar mengikuti kursus dalam sektor ekonomi seperti bidang perniagaan. Hal ini adalah bagi memastikan mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah pada suatu hari kelak. Kerajaan juga boleh menyediakan bantuan daripada segi permodalan kepada masyarakat majmuk khususnya golongan belia bagi memberi ruang kepada mereka untuk memulakan perniagaan. Melalui usaha kerajaan dalam melaksanakan program tersebut, mereka yang terlibat akan memperoleh kemahiran-kemahiran penting seperti pengurusan perniagaan. Kemahiran ini akan membolehkan mereka dalam memulakan langkah kerjaya mereka dengan lebih yakin dan memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan seharian. Usaha seumpama ini membolehkan setiap etnik di Malaysia untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam setiap etnik demi kemajuan diri. Tindakan ini juga mampu untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana pihak kerajaan tidak mendiskriminasikan etnik tertentu malah menunjukkan keperihatinan mereka terhadap semua etnik. Secara tidak langsungnya, golongan belia akan dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka dan berinteraksi dengan masyarakat majmuk di samping menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor ekonomi negara. Melihat dari aspek Sosial pula iaitu berdasarkan prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah

akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Kerajaan boleh mengadakan kempen-kempen kesedaran mengenai nilai murni yang melibatkan hubungan sosial antara etnik demi menjaga sensitiviti suatu kaum tertentu. Contohnya, kerajaan boleh melaksanakan aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa seperti sukaneka dan aktiviti gotong-royong. Penglibatan sesebuah etnik dalam aktiviti seumpama ini menggalakkan lagi interaksi dalam kalangan mereka di samping dapat membina hubungan baik sesama mereka. Hal ini kerana, mereka boleh memupuk semangat bekerjasama, saling bantu membantu dan hormat-menghormati dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dijalankan dan hal ini sekaligus meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Prinsip Rukun Negara yang kelima pula iaitu Kesopanan dan Kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila selaras dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan seperti Bahasa Jiwa Bangsa. Sifat individu yang bersopan santun dan bertatasusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam memupuk nilai murni serta membina semangat perpaduan kepada pelajar dengan mempelbagaikan aktiviti seperti mengadakan Minggu Bahasa dan ke mpen Memartabatkan Bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa merupakan satu medium yang terbaik untuk menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kesemua etnik di Malaysia diwajibkan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu kerana bahasa Melayu berfungsi sebagai wadah untuk

berkomunikasi antara masyarakat bagi menyatakan sesuatu mesej. Contohnya,etnik Melayu dan etnik yang berbangsa cina boleh berkomunikasi dengan mudah menggunakan bahasa Melayu kerana saling memahami penggunaan bahasa Melayu. Hal ini membolehkan hubungan baik antara pelbagai etnik terbina tanpa kita sedari. Kesantunan dalam berbahasa juga membolehkan semua etnik di Malaysia menerima dan mengguna pakai bahasa Melayu dengan hati yang terbuka. Jadi, tidak hairanlah mengapa unsur bahasa dianggap sebagai satu elemen penting dalam mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada keseluruhan kepada tugasan ini, sesungguhnya rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat iaitu warganegara Malaysia. Ini kerana rukun negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Selain itu, rukun negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah. Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan

mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan,

keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

Dilayari pada 14 Februari di laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara Dilayari pada 23 Februari di laman sesawang http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7957-rukun-negara.html Dilayari pada 4 Mac di laman sesawang http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/malaysia?layout=edit&id=22

You might also like