You are on page 1of 22

TAJUK:

ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI KALANGAN REMAJA


(SAMSENG JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).

1.0 Pengenalan

Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran


sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan
seiring dengan kemajuan di negara-negara maju. Bagi negara
membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah
memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan,
perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi
bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja
di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada
masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang
berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai
andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah
sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan
masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

1
2.0 Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja

Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai


perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan
dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi


mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda
1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur
tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja,
golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah
21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.

Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak dan


moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu
samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi
isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik.
Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan
jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan-
badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka
dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan
remaja.

2
3.0 Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja

3.1 Isu Samseng Jalanan

Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh


penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali
sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru
memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan
raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit
bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan
menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah
berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba
memeras minyak di jalan raya (litar).

'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi


mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan
bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut
meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-
agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan.
Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak
mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah
tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng
Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak
bermoral di kalangan belia negara ini.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang


terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor
kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia
sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba
perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.

3
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak
memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada
juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai
jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah
ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia
sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut
digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa
pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau
memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar
malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala
Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala


Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan
yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan
Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap
sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.

Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) “Aksi-aksi yang


ditunjukkan oleh mereka tidak ubah seperti aksi yang ditayangkan di
dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih jalan ini? Tidakkah
mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia?” Trend menunjukkan
aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya
oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan
perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan
menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di
kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat
perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya
dengan basikalnya.

4
Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan
mat rempit ini lalah:
• Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian
depan.
• Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian
belakang.
• Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di
bahagian atas.
• Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi
superhero, Superman.
• Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika
menunggang di selekoh.

Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan,


kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk
melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan
yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan
keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa
wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan
dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.

Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak


3,182 penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu
lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.

Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi


menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang
motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati
kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng
motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat.

5
Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok
itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001),
3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007,
didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di
sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga
Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap
di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kaum Melayu mendahului jumlah tangkapan, iaitu 1,436


tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum
lain (tujuh tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja
sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang
dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut
ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat
161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang. Golongan mat
rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai
ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550
orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26
orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.

6
3.2 Isu Buli

Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu


fenomena yang kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh
ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.
Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para
sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu
masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu
masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi
masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran yang tidak baik
misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang
bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai
oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus
(1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang
dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau
secara berkumpulan.

Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana


individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku
aggresif yang cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu
yang kurang dominan atau lemah (mangsa buli). Menurut Rigby (1996)
pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada
secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap
seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam mendefinisikan
pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan
mangsa buli.

7
Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang
yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang
lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain
yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada
dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali
ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa,
aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan
membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan
orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak
selesaan kepada orang lain.

Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.
• Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
• Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah
sebaya.
• Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di
sekolah.
• Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat,
berkuasa, dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar
menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah
rendah.
• Bertubuh kecil.
• Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
• Pelajar baru di sekolah.

8
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli.
Antara sebabnya adalah:

• Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk


mengubah tingkah laku pelajar.
• Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan
rasa tidak puas hati mereka.
• Mereka pernah menjadi mangsa buli.
• Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak
pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
• Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik.
Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau
cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah
mengambil peduli perasaan orang lain.
• Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan
mempunyai masalah disiplin.
• Akibat perceraian ibu bapa.
• Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
• Sekadar mahu berseronok.
• Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain
merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
• Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru
atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
• Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
• Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang
penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi,
pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik
dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon
tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

9
3.3 Isu Seks Bebas

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak
boleh terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah
menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan
seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti
Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah
umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The
Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80%
daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali
dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara
Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang
penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita
dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas.

Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada
cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta.
MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan
menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya. Remaja kini
beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak
perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam
sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera
bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah
perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang
menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah
dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang
peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah
dilarang dalam Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang
sepertimana Allah berfirman “Janganlah kamu mendekati kepada zina,

10
sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan
yang buruk” (Al-Israk:32)

Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah
tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan
petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa
nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan
nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai
pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah.
Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara
dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan
oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis
tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan
memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi:
2/549 no 1095)

Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam


perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam
perhubungan badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai
RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan
shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila
hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa? Maka, jika
dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan


moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai
STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap
menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis
penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah
syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial
vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling
berbahaya ialah AIDS.

11
Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan
majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains
moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya
menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-
penyakit ini ialah:

• mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic


pregnancy
• barah kemandulan
• sakit jantung
• infeksi dan sakit puan

Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:

• penyakit radang paru-paru


• terencat akal
• ganguan sistem saraf dan sakit mata

Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan


(NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin
meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan
hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di
dalam masyarakat.

12
4.0 Statistik Gejala Sosial Remaja

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan


penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang
berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.

Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari


hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan
perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai ditangkap
iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan).

Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah


harta benda iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh
sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003).

Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem


Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan
sehingga September 2003, seramai 113 pesalah kanak-kanak menjalani
cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001.

Pesalah kanak-kanak yang diperintahkan mahkamah supaya


ditempatkan di sekolah akhlak adalah 198 sehingga September 2003,
berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001.

Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah


Henry Gurney pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding
154 pada 2002 dan 147 pada 2001.

13
Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan
penyalahgunaan dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447
penagih dadah dikesan di seluruh negara antara 2001 hingga Oktober
2003 dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu.

Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih


dikesan pada 2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari
hingga Oktober 2003.

Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila


generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan
negara malah menjadi golongan perosak.

Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara


dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42)
serta musnah akibat penyalahgunaan dadah.

Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang


memberi peluang kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur
sosial negara itu.

Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya


dengan menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan
generasi muda kita.

Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa


remaja dan belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas
tanggungjawab memimpin negara.

14
5.0 Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan


ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan
ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal
pasti adalah seperti berikut;

5.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat


usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-
apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.

Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk


mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya.
Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti
aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah
diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik
untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada
‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa,
keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan
mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik
atau buruknya perkara perkara tersebut.

5.2 Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang


baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap
memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara

15
yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala
sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain.
Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan
lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang
dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala
boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke
dalam gejala sosial.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak


remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana
tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang
profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada
masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

5.3 Pengaruh Media Massa

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial


dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang
dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun,
ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan
pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti
televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-
mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.
Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran,
cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara
barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat
dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau
lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

16
5.4 Sikap Keluarga

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari


terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah
tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan
sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam
hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model
kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu
bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa
tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-
anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi
rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu
bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan
masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa
hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang
tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan
mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang
aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga
perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for
granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian
menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu,
ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke
rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu
bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari

17
perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa
ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan


akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan,
bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu,
tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan
untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah
ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan


hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur,
perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak
harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang


bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan
merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,
pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia
anak sepanjang masa.

18
6.0 Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar


isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya
ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

6.1 Peranan ibu bapa

Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan


perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-
anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan
sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul
dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.

Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian


daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan
penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

6.2 Pendekatan akademik

Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-


aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan

19
ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan
teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

6.3 Penguatkuasaan Undang-Undang

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-


undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di
kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti


polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara
berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah


diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di
peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut.

6.4 Peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan


yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga
dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru
dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama
“KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

20
7.0 Kesimpulan

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan
kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja
merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada
hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak
mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang
individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara
automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang
mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,
keluarga,masyarakat, dan negara.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang


lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan
kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak,
tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

21
Rujukan

1. Collins, K. Gerry, M., Gary, A. (2004). Bullying in School: A Nothern


Ireland Study. Educational Research, Vol 48 (1), 55- 69.
2. Erwanz. (2009). Filem dan Drama Gagal Mendidik, “Hantu-hantu” Tetap
Berkeliaran Dan Bermaharajalela, Majalah Al-Islam. Julai: M/S 45-47.
3. Lokman Mohd Hashim, Penerbit MuitiaraIslam Online di Mac 22, 2009.
www.mutiaraislam.wordpress.com.
4. Mohd Hasbie Muda, Isu Mat Rempit @ Samseng Jalanan Online di Mei
17, 2009. hasbiemuda.wordpress.com/2009/05/17/isu-mat-rempit/
5. Olweus, D. (1993a). Bullying in School. London, Willy and Son: What we
know and what we can do. Oxford, Blackwell.
6. Rigby, K. (1996) Bullying in Schools and What To Do About It. Melbourne,
Australian Council for Educational Research.
7. Wan Roslili Abd Majid, Pegawai Penyelidik IKIM Online di Okt 6, 2004.
www.ikim.gov.my.
8. Pautan: Samseng Jalanan @ Mat Rempit. http://pmr.penerangan.gov.my.
9. Pautan: Buli. ms.wikipedia.org/wiki/Buli
10. Pautan: 45% Mat Rempit tiada lesen dan cukai jalan.
http://belajarmemandu.wordpress.com/2009/05/19/mat-rempit-tiada-lesen/
11. Pautan: Statistik Kemalangan Jalanraya dan Kematian.
http://www.rmp.gov.my

22

You might also like