You are on page 1of 66

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

1.0 PENGENALAN

Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernapas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibagi menjadi ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes). Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

Ikan yang dipelihara di dalam bekas atau kolam

Ikan sebagai perhiasan di rumah atau penyeri rumah

PENGENALAN

Salah satu daripada aktiviti mengisi masa lapang dan terluang bersama keluarga

Ianya bagi mencantikkan kawasan dan menjadi daya penarik bagi sesuatu tempat.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Mengindahkan ruang tempat kediaman

Menghayati alam akuatik

sebnagai satu hobi pada masa lapang

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN


Sebagai sumber pendapatan menambahankan pengetahuan berkaitan dengan hidupan akuatik

memberi ketenangan

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

2.0 MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR I KAN

Sisik

Sirip dorsal

Garisan lateral

Mata

Sirip kaudal / ekor Mulut

Penutup insang Sirip pektoral Sirip pelvik Sirip anal

Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

3.0 LANGKAH AWAL SEBELUM MEMELIHARA IKAN HIASAN

Kebiasaannya sebelum sesuatu hobi dimulakan, kita perlu untuk memikirkan beberapa perkara penting untuk mengelakkan dari pembaziran apatah lagi apabila sesuatu hobi itu memerlukan belanja yang agak banyak. Walaupun hobi memelihara ikan ini tidak melibatkan belanja yang tinggi, kita masih perlu merancang supaya hobi baru yang kita ceburi ini boleh mendatangkan manfaat. Perkara-perkara yang perlu diambilkira sebelum memelihara ikan hiasan ialah mempunyai ilmu yang mencukupi. Kita perlu mengambil berat mengenai apa yang akan kita lakukan. Oleh itu, tujuan pemeliharaan ikan perhiasan kita boleh memulakan dengan membaca buku mengenai pemeliharaan ikan ataupun bergaul dengan mereka yang telah lama memelihara ikan perhiasan. Sangat penting untuk mengetahui cara penjagaan ikan hiasan supaya apa yang dilakukan tidak gagal dan mendatangkan kerugian. Selain itu, ia juga sebagai penambahan ilmu kepada kita. Tempat yang sesuai untuk memelihara ikan juga perkara yang perlu diambil kira sebelum memelihara ikan hiasan. Jika kita menggunakan akuarium kaca, pastinya akuarium itu sangat berat. Kita perlu menyediakan tempat yang sesuai yang berdekatan dengan punca air dan punca elektrik. Ini memudahkan kita untuk menukar air dan menghidupkan lampu dan motor pam penapis air. Malahan ia juga memudahkan kita untuk melakukan penyelenggaraan mingguan dan mengurangkan kekotoran di rumah kita.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

4.0 JENIS JENIS IKAN HIASAN 4. 1 IKAN GUPPY

Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri: a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung. d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan. e) cepat matang dan kurang penyakit. f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.

g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.

Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi. Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk betina. Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan dalam perut induk betina.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa mengambil makanan daripada induk betina. Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal. Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya. Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan daripada perut betina. Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air. Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun. Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus. Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak. Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk membiak dengan subur. Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina. Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk. Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina. Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki diperolehi. Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

4.2 IKAN EMAS Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang. Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu. Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina

Ikan emas jantan

ikan emas betina

Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat (rounded). Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya. Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam: a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m. Makanan yang diberikan: a) pellet yang mengandungi 30-35% protein. b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari. Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing tubifex atau cacing darah (blood worm).

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Pembiakan ikan emas Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama seminggu. Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi. Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan selama 3 hari. Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul telur. Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan. Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan. Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi. Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang. Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan. Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air. Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam. Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi makan.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

4.3 IKAN TIGER BARB Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika. Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Spesies Ikan Barb: Tiger Barb (Barbus tetrazona) Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti) Cherry barb (Barbus conchonius) Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus) Rosy barb (Barbus conchonius) Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan. Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies). Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah: 'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat. 'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan. 'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang ('long-finned Rosy Barb'

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina

Ikan Tiger Barb Jantan

Ikan Tiger Barb Betina

1) Warna ikan jantan lebih cerah 2) Perut langsing kematangan. 3) Ikan jantan lebih agresif. ikan jantan apabila berbentuk mencapai

1) Warna ikan betina agak pucat. 2) Setelah mencapai kematangan

ikan betina mempunyai perut yang lebih buncit 3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari. Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water) yang mengandungi Brachionus. Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp. Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja perlu ditambah ke dalam kolam asuhan. hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer dan

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

4. 4 IKAN ANGEL Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm. Ikan ini disukai kerana tahan lasak. Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan Pelet. Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare): a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman. b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam. d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor. e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina

Ikan jantan:

Ikan betina:

1) Badan lebih besar. 2) Pada pandangan atas, perutnya

1) Badan lebih kecil. 2) Pada pandangan atas, perutnya besar dan kepala lebih kecil. 3) Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. 4) Warna tidak secerah ikan jantan. 5) Liang genital lebih tebal apabila matang. 6) Kurang agresif.

pipih dan kepala lebih besar. 3) Bahagian atas antara mulut dan

sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. 4) Warna lebih terang. 5) Liang genital kecil panjang. 6) Lebih agresif.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Cara penjagaan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri.

Pembiakan Ikan Angel Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium. pH air antara 6.5 hingga 7.0. Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang 7.5cm. Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm yang diberi 2 kali sehari. Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya sendiri. Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau akuarium.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

5.0 MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang

mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan

pemakan

plankton

(organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air

dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang d. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan ikan akuatik. ialah Contoh ikan

herbivor

Lampam dan Tiger Barb.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

Makanan hidup

Makanan rumusan

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan

Makanan kering

Makanan basah

RBT 3109 a.

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm

Ulat roti

Plankton

Plankton

b. Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

d. Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet

Emping

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

6.0 MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut: Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

a. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh

menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

7.0 CARA MEMBERSIHKAN AKUARIUM DAN AKSESORI 1. Basuh akuarium dan aksesori dengan menggunakan air sabun.

2. Tanggalkan setiap kotoron.

3. Kemudian, cuci akuarium dan aksesori dengan larutan garam.

4. Bilaskan dengan air bersih.

5. Keringkan.

tunggul kayu Latar belakang akuarium tong (hiasan)

Aksesori Akuarium

tumbuhan aqua

pagar

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

8.0 CARA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM

1.

Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2.

Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di

dalam akuarium.

3.

Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air

daripada beg plastik.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

9.0 CARA MENJAGA AKUARIUM Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

10.0 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a.

Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

RBT 3109 b.

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

c.

Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

11.0 MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM a. pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26 o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

c. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.

RBT 3109 12.

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM LANGKAH 1


Sediakan tapak filter pada akuarium. Letakkan jaring atau kain kasa atas tapak filter. Letakkan pasir halus untuk lapisan pertama
Letakkan baja untuk tumbuhan akua bagi lapisan kedua.
Pada lapisan akhir, letakkan pasir yang hendak digunakan iaitu setebal 1.5 cm

LANGKAH 2
Masukkan air ke dalam akuarium sehingga 50% penuh. Tanamkan tumbuhan akua yang dikehendaki. pastikan akar tumbuhan tersebut kena pada baja yang telah diletakkan.

LANGKAH 3
Susunkan aksesori dan batuan mengikut pelan. Masukkan air selebihnya sehingga paras air 2 cm dari bibir akuarium.

LANGKAH 4
Pasangkan dan hidupkan pam angin Sediakan lampu Masukkan ikan hiasan

LANGKAH 5
sukatkan Ph dan suhu air Memberi makanan kepada ikan Masukkan tablet Co2 kedalam reactor Nyalakan lampu dan pasangkan penutup akuarium

LANGKAH 6
Mengemas, membersihkan dan mengembalikan alatan yang telah digunakan

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

12.1

BAHAN PENYEDIAAN AKUARIUM

pasir
moonstones Bahan penyediaan akuarium tiub udara Undergravel tanah baja batu-batuan

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

12.2

PERALATAN PENYEDIAAN AKUARIUM IKAN HIASAN akuarium kaca bersaiz 10 hingga 30 gelen air

span, baldi, getah, sifon

penutup akuarium

makanan ikan

penyauk ikan

anti-klorin

Peralatan penyediaan akuarium ikan hiasan

plug elektrik

cecair penaik dan penurun pH air kertas litmus

lampu

tangki pam udara

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

13.0 CARTA ALIR TUGASAN

Menyenaraikan keperluan bahan wajib.

Membuat tinjauan sumber dan bahan di sekitar Batu Pahat dan Johor Bahru.

Memilih sumber, bahan, alatan dan lain-lain.

Mengemas, membersihkan dan mengeringkan akuarium dan beberapa alatan lain.

Membeli barang-barang tambahan yang berkaitan.

Menyusun atur barang-barang dan peralatan ke dalam akuarium.

Memerhati, memberi makanan, dan menjaga ikan

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

13.1 CARTA GANTT

PERKARA

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9

M10

Penerangan berkenaan tugasan dan projek Mencari bahan-bahan berkenaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan Meninjau dan membuat perbandingan harga Memilih ikan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan Membersihkan, mengemas dan mengeringkan akuarium Membeli ikan dan barangbarang yang diperlukan Menyusun atur barangbarang dan peralatan akuarium mengikut prosedur Menjaga dan merekodkan keadaan haiwan dan ikan Persediaan untuk amali Ujian amali

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

13.3 JADUAL TUGASAN JADUAL TUGAS MINGGU 3


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 4


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 5


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 6


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 7


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 8


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 9


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 10


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 11


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

JADUAL TUGAS MINGGU 12


TUGASAN : Memerhati dan merekodkan keadaan ikan dan hamster Memastikan pH air pada paras yang dikehendaki Memberi makanan dan membersihkan akuarium dan sangkar HARI NAMA PELAJAR Wan ISNIN Miza CATATAN IKAN Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, akuarium bersih, memberi ikan makan. Dalam keadaan baik, memberi ikan makan,membuang daun yang kekuningan. HAMSTER TANDA TANGAN

SELASA

Fauzan Fairus Amier

RABU

Wan Miza

KHAMIS

Amier Fauzan

JUMAAT

Amier Wan

SABTU

Miza

AHAD

Amier Fairus

RBT 3109 13.4

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

REKOD PEMERHATIAN

NAMA :............................................................................................... HARI:................................................................................................. TARIKH:............................................................................................

AKTIVITI Pemakanan Kesihatan Fizikal Ikan

Kualiti Air Pembiakan Kebersihan Persekitaran Jenis Ikan

PEMERHATIAN Makan Tidak makan Sakit Tidak Sakit Sihat Tiada tanda-tanda penyakit Kurus Tidak Bermaya Bersih Keruh Ada Tiada Bersih Kotor Laga Laga Guppy Jantan Betina

Ikan Bandaraya

Bilangan Ikan Jumlah Ikan Tandatangan,

............................................................. ( )

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

13.3

LANDSKAP

PANDANGAN HADAPAN

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PANDANGAN SISI

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PANDANGAN TAMBAHAN

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PANDANGAN LUAR AKUARIUM

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

14.0

PENGIRAAN KOS

SENARAI PERBELANJAAN BAHAN DAN ALATAN IKAN HIASAN


BAHAN DAN ALATAN Ikan Guppy jantan Ikan Guppy betina Ikan Laga jantan Ikan Laga betina Aqua Plant Moonstones Background akuarium Tiub 3 kaki Pam (800watt) Lampu Pasir hitam (5kg) Pasir putih (1kg) Figura Tunggul kayu Polisterin Akuarium (1x3 kaki) Makanan ikan Klorin Jumlah KOS SEUNIT (RM) 1.00 1.00 8.00 1.00 2.00 1.50 3.80 6.00 1.00 18.00 10.50 20.00 3.00 10.00 4.00 3.00 25.00 2.50 1.00 KUANTITI 10 5 1 1 2 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 JUMLAH (RM) 10.00 5.00 8.00 1.00 4.00 3.00 3.80 6.00 1.00 18.00 10.50 20.00 3.00 10.00 4.00 3.00 25.00 2.50 1.00 RM 138.80

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

15.0

BIBLIOGRAFI

http://www.ikanhiasan.com http://blogsyarih.com/ikan/akuarium-dan-jenis-jenis-ikan-hiasan http://content.yudu.com/Library/A1n7w7/PengenalanIkanHiasan/resources/index.htm ?referrerUrl=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2Furl%3Fsa%3Dt%26source% 3Dweb%26cd%3D5%26ved%3D0CEAQFjAE%26 http://dindanman.blogspot.com/2008/10/pengenalan-ikan-hiasan.html http://ikan-hiasan.blogspot.com/2009/02/ikan-hiasan-ornamental-fishpengenalan.html http://pelihara-ikan.blogspot.com/2010/05/tindakan-awal-sebelum-memeliharaikan.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=618 0:arowana-ikan-hiasan-berharga&catid=312:pertanian-komersial

RBT 3109 16.0

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

LAMPIRAN (PENGUMPULAN MAKLUMAT)

Ikan Hiasan: Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara


Filed Under (Makanan Ikan, Penjagaan Ikan, Saiz Akuarium, Umum) by Puyu Sungai on 20-04-2011

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk memelihara ikan hiasan, ini adalah sedikit tips untuk memilih ikan yang ingin anda pelihara. Saiz Ikan dan Bekas/Akuarium Ikan yang hendak dipelihara perlulah sesuai dengan bekas/akuarium yang ada/akan digunakan. Maksudnya di sini ialah saiz ikan itu. Habitat ikan Ikan yang hendak dipelihara hendaklah dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari habitat semulajadi seperti sungai, kolam atau sebagainya. Ikan yang dibeli dari kedai ikan hiasan biasanya lebih jinak daripada ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi dan sudah terbiasa dengan air bukan semulajadi. Ikan dari sungai atau kolam pula biasanya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan air dan suasana yang baru dan jika anda tidak pandai membiasakan ikan tersebut dengan suasana yang baru, kemungkinan besar ia akan mati. Sifat Ikan Sama ada jinak atau liar dan pemangsa atau bukan pemangsa. Perkara ini penting kerana jika anda tidak tahu akan perkara ini adalah agak sukar untuk anda memelihara ikan tersebut. Walaupun ikan yang dibeli di kedai mempunyai diet moden (makan pelet/dedak ikan) tetapi jika sekalisekala diberi makan makanan segar seperti cengkerik, lama kelamaan ia tidak akan mahu makan makan moden lagi dan ini mungkin akan menyusahkan anda. Menarik dan Mudah Dipelihara Ikan yang dipelihara haruslah sesuai dengan tujuan anda untuk memeliharanya. Tidak semestinya ikan itu cantik asalkan menarik mudah dipelihara dan boleh menenangkan fikiran anda dikira sudah memadai. Tahap KetahananTerhadap Perubahan Kualiti Air dalam Akuarium Ikan jenis ini mudah dipelihara dan tidak banyak karenah akibat perubahan mutu air (tahap kebersihan air). Ada sesetengah ikan tidak tahan dengan air yang kurang bersih yang boleh menyebabkan ikan tersebut sakit atau mati. Tahap Ketahanan Terhadap Tenyakit Perkara ini juga amat penting. Perlu diketahui bahawa ikan yang dipelihara di dalam akuarium bukan sahaja makan tetapi juga mengeluarkan najis di dalam akuarium anda. Kadang-kadang najis ikan ini boleh mendatangkan penyakit kepada ikan. walau bagaimanapun ada ikan yang tidak terkesan akibat daripada pembuangan najisnya. Oleh itu anda perlulah tahu jenis ikan apa yang paling sesuai untuk anda.
Republished by Old Post Promoter

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Ikan Hiasan: Langkah-langkah Penyediaan Akuarium Ikan Hiasan


Filed Under (Akuarium, Hiasan Akuarium, Peralatan Akuarium) by Puyu Sungai on 20-04-2011

Setelah anda memilih jenis ikan yang sesuai dan membeli peralatan seperti akuarium dan aksesorinya, beberapa langkah penyediaan akuarium perlu dilakukan sebelum anda boleh memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium. Langkah-langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin agar anda berjaya untuk memelihara ikan hiasan buat pertama kalinya. Langkah-langkah Untuk Menyediakan Akuarium Ikan Hiasan 1. Bersihkan Dahulu Bekas/Akuarium Ikan Hiasan Anda perlulah membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan air untuk memastikan habuk atau kotoran yang melekat di dalam akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan anda nanti. Paling elok bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan hos paip. Setelah siap dibersihkan, letakkan akuarium di tempat yang anda inginkan. 2. Pasangkan Penapis Air Selepas itu anda pasangkan penapis air termasuklah mesinnya sekali mengikut jenis yang anda pilih. Pastikan anda meletakkan kotak penapis air (berspan) di tempat yang sesuai. Jika tidak air akan meleleh keluar daripada akuarium. 3. Masukkan Batu Hiasan (jika perlu) Masukkan batu hiasan jika perlu untuk tempat ikan bermain atau berteduh. Batu hiasan ini kadangkadang membuatkan ikan berasa seolah-olah ia berada di dalam sungai atau habitat semulajadi. 4. Masukkan Hiasan Dalam Lain (jika perlu) Anda boleh masukkan hiasan dalaman lain seperti kincir air, rumah tiruan, tumbuhan hiasan dan sebagainya jika perlu. Pastikan hiasan dalam lain ini tidak menyebabkan akuarium ikan hiasan menjadi serabut/penuh dengan hiasan hinggakan ikan tidak kelihatan. Tujuan utama anda ialah memelihara ikan hiasan dan bukannya menghias akuarium. 5. Masukkan Aksesori Yang Diperlukan Aksesori yang dimaksudkan di sini ialah seperti penapis udara, penyukat suhu (termometer), penyukat ph air dan lampu. Anda hanya perlu pasangkan aksesori ini jika ikan hiasan anda perlukannya dan akan mati jika aksesori ini tidak disediakan. Pastikan anda bertanya kepada penjual ikan hiasan akan keperluan ikan yang ingin anda pelihara. 6. Masukkan Air Secukupnya Selepas itu anda masukkan air secukupnya. Maksud secukupnya di sini ialah jarak antara paras air dengan bahagian atas akuarium (bahagian kaca) ialah lebih kurang 3-4 inci. Jika terlalu penuh ia akan melimpah jika ikan melompat untuk berebut makanan (jika lebih daripada seekor ikan). Jika terlalu cetek atau air terlalu kurang suhu air kadang-kadang menjadi panas jika suhu di luar terlalu panas. 7. Masukkan Ceccair Anti Klorin dan Garam Mengikut Sukatan Yang Sesuai

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Pastikan anda masukkan cecair anti klorin dan garam yang cukup mengikut sukatan yang telah ditentukan berdasarkan saiz akuarium anda. Anti klorin yang dijual di pasaran mempunyai sukatan yang berbeza berdasarkan saiz akuarium. Pastikan anda membaca label pada botol anti klorin sebelum memasukkannya ke dalam akuarium. Garam pula hanya perlu dimasukkan sedikit untuk membunuh bakteria yang boleh membahayakan ikan. Garam juga boleh dibeli di kedai ikan hiasan. 8. Hidupkan Pam Air Setelah semuanya siap, pasangkan suis pam air ke soket yang berdekatan. Hidupkan pam air dan biarkan antara 1 2 jam. JANGAN masukkan ikan lagi. Selepas itu barulah anda masukkan ikan seekor demi seekor.

Ikan Hiasan: Faktor Penyebab Penyakit Ikan Hiasan


Filed Under (Penjagaan Ikan, Penyakit Ikan) by Puyu Sungai on 22-04-2011

Biasanya ikan hiasan yang dipelihara di dalam akuarium mudah dijangkiti oleh penyakit sekiranya kurang pemantauan pemilik ikan ke atas ikan hiasan. Antara faktor biasa dan sering menyebabkan ikan dijangkiti penyakit ialah:

Contoh Ikan Yang Sihat 1. Suhu Air Dalam Akuarium Suhu air yang di dalam akuarium yang terlalu sejuk membolehkan parasit ikan hidup dan membiak di dalam akuarium. Parasit ini akan melekat pada sisik (badan) ikan hiasan dan menyebabkan ikan hiasan sakit. 2. Air Di Dalam Akuarium Yang Kotor

Contoh akuarium yang kotor

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Air akuarium yang tidak diganti atau dirawat akan menjadikannya kotor akibat daripada najis dan lebihan makanan ikan. Air yang kotor boleh menjadi racun kepada ikan hiasan. Selain itu air yang kotor dan berkeladak juga akan mengurangkan kadar oksigen di dalam akuarium sekaligus akan menyebabkan ikan lemas atau mati. 3. Luka atau Kecederaan Ikan Yang Tidak Dirawat

Contoh ikan yang luka Ikan yang luka atau mengalami kecedaraan akibat proses pemindahan dari akuarium lain juga boleh mengundang penyakit kepada ikan hiasan. Sebaik-baiknya ketika memindahkan ikan terutama ikan yang agak agresif atau besar pemiliknya perlu memasukkan cecair pelali yang boleh didapati di kedai ikan hiasan. Anda juga perlu mendapatkan cara untuk menggunakan ubat pelali ini daripada pemilik kedai ikan hiasan untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membunuh ikan hiasan anda.

Ikan Hiasan: Pengurusan Akuarium Ikan Hiasan

Filed Under (Hiasan Akuarium, Penjagaan Akuarium, Peralatan Akuarium) by Puyu Sungai on 19-04-2011

Memelihara ikan hiasan bukan hanya memerlukan kita menjaga makanan dan kesihatan ikan tetapi juga perlu mengurus akuarium ikan itu sendiri. Ini adalah kerana pengurusan akuarium yang baik akan menjadikan ia cantik, menarik dan selamat (tidak beracun) dan sesuai untuk ikan hidup dengan selesa. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam mengurus bekas/akuarium. Perkaraperkara tersebut adalah seperti berikut : 1. Sistem Pengudaraan Akuarium Untuk memastikan peredaran udara yang baik, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air. Oksigen yang mencukupi adalah amat perlu terutama kepada ikan-ikan jenis yang kurang tahan seperti ikan emas, arowana (kelisa), guppy dan lain-lain. Manakala untuk ikan-ikan yang tahan seperti ikan kalui, puyu dan tilapia, mereka tidak memerlukan sangat pengudaraan yang baik jadi memadai jika anda hanya memasang penapis air yang boleh berfungsi sebagai pam udara. 2. Sistem Penapis Air

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Contoh Penapis Air (Top/Atas) Terdapat banyak sistem penapis air yang digunakan. Biasanya pemelihara ikan hiasan yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati di kedai ikan hiasan. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Walau bagaimanapun ia agak mahal sedikit. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan. 3. Perawatan Air Air yang digunakan terutama air dari air paip di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam (NaCl) bagi membunuh bakteria. Garam dan cecair anti klorin ini boleh dibeli di kedai hiasan. Garam biasa juga boleh digunakan. 4. Aksesori Akuarium Kebiasaannya pemelihara iakan akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak bertoksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan. Selain itu pastikan juga agar aksesori tadi boleh menjadikan akuarium anda nampak menarik dan bukannya berserabut atau berselerak. 5. Meletakkan Batu-batan Di Dasar Akuarium Pemilihan batu juga perlu diambil kira kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di jual di pasaran yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Pastikan warna atau cat batu tersebut tidak luntur dan membahayakan ikan anda. Jika boleh cari sahaja batu-batu dari sungai kerana ia dah tentu sekali tidak bertoksik dan percuma. 6. Hiasan Lain Dalam Akuarium

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Contoh Hiasan Dalam Akuarium Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa seseorang. Walau apapun pastikan reka bentuk hiasan yang hendak disediakan memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menjadi satu gangguan kepadanya.
Republished by Old Post Promoter Post a Comment (0) Comments Read More

Apr

18
Tujuan Memelihara Ikan Hiasan: Hobi atau Sumber Pendapatan
Filed Under (Umum) by Puyu Sungai on 18-04-2011

Memelihara ikan hiasan adalah merupakan satu kegiatan yang sihat. Selain daripada dapat menenangkan fikiran bila melihat liuk lengkoknya dalam aquarium, ia juga boleh memberikan inspirasi kepada sesetengah orang. Umumnya ada dua sebab kenapa orang memelihara ikan hiasan. Sebagai Hobi Pertama ialah orang yang menjadikannya sebagai hobi atau suka-suka. Golongan ini hanya memelihara ikan hiasan tanpa motif atau tujuan komersial. Mereka seronok melihat telatah ikan-ikan peliharaan mereka di dalam aquarium. Selain itu, hobi memelihara ikan hiasan juga adalah merupakan hobi yang tidak menyusahkan. Hobi ini senang diurus dan tidak memerlukan masa yang banyak. Adalah memadai sekiranya kita sentiasa memastikan keadaan aquarium sentiasa bersih, airnya mencukupi dan sesuai untuk ikan hidup dan ikan sentiasa diberi makan dan dipantau kesihatannya. Berbanding dengan binatang peliharaan lain yang memerlukan kita untuk memandikannya, mendapatkan lesen dan sebagainya. Sebagai Sumber Pendapatan

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Ada juga orang yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sama ada sumber pendapatan utama atau sampingan. Permintaan terhadap ikan hiasan terutamanya jenis ikan premium (mahal) sentiasa tinggi dan tidak pernah mencukupi. Kesannya harga ikan hiasan melambung tinggi. Golongan yang menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan utama ini bukan sahaja membiakkan induk ikan dan menjual anak-anak ikan malahan mereka juga menjual aksesori seperti aquarium, penapis air, makanan ikan dan sebagainya sebagai pakej lengkap untuk memulakan hobi memelihara ikan. Bagi mereka yang hanya menjadikan ikan hiasan sebagai sumber pendapatan sampingan pula, mereka sama ada membeli anak-anak ikan dan membesarkannya sebelum menjualnya semula atau membiakkan induk ikan. Golongan ini biasanya tidak akan menjual aksesori untuk memelihara ikan hiasan. Ini adalah serba sedikit yang boleh dikongsi bersama berkaitan dengan tujuan memelihara ikan hiasan.
Republished by Old Post Promoter Post a Comment (0) Comments Read More

Apr

17
Ikan Hiasan: Maklumat Ringkas Ikan Emas
Filed Under (Ikan Emas) by Puyu Sungai on 17-04-2011

Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ),Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada famili ikan kap (yang merangkumi ikan kap koiserta kap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur(dibela jinak buat pertama kali diChina)[1] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesiesspesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench. Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun(4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Penjagaan Akuarium: Kebersihan Akuarium


Filed Under (Akuarium, Penjagaan Akuarium) by Puyu Sungai on 17-04-2011

Kebersihan akuarium adalah merupakan satu perkara perlu diberi perhatian oleh pemilik ikan hiasan untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan selain untuk mengelakkan air daripada menjadi racun atau tercemar dengan bakteria. Antara aspek utama agar akuarium sentiasa bersih ialah jangan memberi makanan yang berlebihan. Adalah memadai untuk memberi makan antara satu atau dua kali sahaja sehari pada kadar yang mencukupi supaya air tidak kotor akibat baki makanan yang gagal dihabiskan ikan selain najis akibat makan berlebihan tadi. Sekiranya ada menggunakan penapis air (water pump) adalah memadai untuk anda membersihkan keseluruhan akuarium sekali dalam 2 minggu. Walau bagaimanapun ia adalah bergantung kepada jenis ikan dan tahap kotoran dalam akuarium. Ini adalah kerana anda hanya perlu membersihkan/menggantikan penapis air sekiranya air dalam akuarium dah mula kotor/keruh. Perlu juga diambil perhatian bahawa sekiranya anda ingin membersihkan dan menggantikan air dalam akuarium, tinggalkan sedikit air (untuk pembersihan biasa) kerana jika tidak ikan akan terkejut dengan perubahan air (air baru) secara mendadak. Ikan mungkin juga akan mati. Jadi sekiranya anda ingin membersih dan menukar air dalam akuarium tanya dulu pengalaman daripada mereka yang dah lama memelihara ikan hiasan. Anda perlu ambil perhatian bahawa cara penjagaan ikan adalah berbeza mengikut spesies masing-masing. Sekiranya anda dapati ada ikan yang tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, ada kecederaan, berubah warna, sisiknya tertanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dengan ikan lain dan diberi rawatan. Anda boleh mendapatkan ubat untuk merawat ikan di kedai-kedai ikan hiasan berhampiran anda. Apa yang penting ialah anda beritahu maklumat yang tepat berkenaan dengan keadaan ikan anda. Kegagalan mengasingkan ikan yang sakit akan menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit pada ikan lain. Ini kerana penyakit berkenaan mampu merebak cepat dan boleh menyebabkan keseluruhan air di dalam akuarium akan tercemar dengan bakteria. Jika ada ikan yang mati di dalam akuarium, ia perlu dibuang secepat mungkin untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan.

Ikan Hiasan: Kepentingan Tumbuhan Akuatik Untuk Ikan Hiasan


Filed Under (Hiasan Akuarium) by Puyu Sungai on 11-04-2011

Selain daripada makanan dan peralatan asas akuarium, tumbuhan akuatik penting juga adalah penting untuk diletakkan di dalam akuarium. Ini adalah kerana tumbuhan tersebut;

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

1. Akan menyerap semua bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan hiasan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan hiasan. Bahan kumuh dan sisa makanan ikan hiasan tadi biasanya akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Oleh itu tiada masalah untuk pemelihara ikan hiasan untuk memelihara tumbuhan akuatik ini 2. Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis. Untuk tujuan ini, anda mesti pastikan agar akuarium ikan hiasan mendapat cahaya matahari (bukan secara terus/direct). 3. Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh ikan-ikan lain sekiranya anda memelihara ikan hiasan yang pelbagai jenis atau saiz. 4. Mencantikkan lagi akuarium anda dengan syarat jangan letakkan terlalu banyak tumbuhan akuatik. Jika anda memasukkan terlalu banyak tumbuhan akuatik di dalam akuarium ia akan menjadikan akuarium itu nampak sesak dan berserabut.

Ikan Hiasan: Aksesori Tambahan Akuarium dan Fungsinya


Filed Under (Hiasan Akuarium) by Puyu Sungai on 05-04-2011

Aksesori tambahan untuk akuarium juga adalah dianggap penting bagi sesetengah pemelihara ikan hiasan. Walau bagaimanapun kadang-kadang aksesori tambahan ini memang perlu bergantung kepada tujuan anda memelihara ikan hiasan dan jenis ikan hiasan yang dipelihara. Antara tujuan aksesori tambahan untuk akuarium ikan hiasan ialah: 1. Mencantikkan suasana dalam akuarium. 2. Mewujudkan suasana yang harmoni antara ikan hiasan dan keadaan sekelilingnya. 3. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan berenang dan bermain. 4. Mewujudkan suasana yang sesuai untuk ikan bertelur dan membiak. Jenis-jenis Aksesori Tambahan Akuarium 1. Lampu

Contoh lampu ikan hiasan pada akuarium Lampu digunakan untuk mewujudkan suasana yang lebih terang dan ceria. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah apabila terjadi blackout (elektrik terputus) ada beberapa jenis ikan hiasan yang akan berasa resah dan gelisah umpamanya ikan kelisa (arowana). Oleh itu pastikan anda mempunyai backup power untuk memastikan lampu sentiasa menyala terutamanya pada waktu malam.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

2. Pasir

Contoh pasir untuk akuarium Pasir biasanya digunakan sebagai tapak akuarium. Selain itu ia juga membantu menyaring kotoran dalam akuarium. Sebelum memasukkan pasir pastikan ialah bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Seelok-eloknya bersihkan dan keringkan pasir sebelum dimasukkan ke dalam akuarium. 3. Batu

Contoh batu sungai Batu biasanya digunakan untuk mencantikkan akuarium. Selain itu ia juga boleh dijadikan tempat lumut membiak yang menjadi sumber makanan kepada beberapa jenis ikan. Anda disyorkan untuk menggunakan batu jenis asli seperti batu sungai atau batu bukit. Batu tiruan yang berwarna-warni adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan warna (cat) yang ada pada batu tersebut boleh luntur dan menjadi racun kepada ikan hiasan.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

4. Ikan Pembersih/Ikan Bandaran

Contoh ikan pembersih bersaiz sederhana Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu. 5. Tumbuhan Akuatik

Contoh tumbuhan akuatik Tumbuhan akuatik mempunyai banyak kegunaan lain selain daripada untuk mencantikkan akuarium. Antaranya ialah sebagai sumber makanan kepada sesetengah ikan hiasan, sumber utama oksigen, tempat ikan bermain dan berlindung serta boleh menyerap karbon dioksida yang dibebaskan oleh ikan hiasan dalam akuarium.

Ikan Hiasan: Mengenali dan Memilih Makan Ikan Hiasan


Filed Under (Makanan Ikan) by Puyu Sungai on 03-04-2011

Makanan ikan adalah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemelihara ikan hiasan. Kesilapan memberi makanan yang kurang sesuai kepada ikan hiasan akan menimbulkan masalah. Setakat ini ada dua jenis makanan ikan hiasan iaitu jenis terapung dan jenis tenggelam.

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Contoh Pellet Ikan (dedak) 1. Makanan Ikan Jenis Terapung Makanan ikan jenis ini adalah sesuai untuk ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan pertengahan kepala. Oleh itu anda perlulah memastikan anda membeli makanan ikan yang betul. Perkara ini boleh ditanyakan kepada pemilik kedai ikan hiasan.

Ikan Kelisa (arowana) adalah contoh ikan muncung ke atas 2. Makanan Ikan Jenis Tenggelam Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai mulut yang menghala ke bawah.

Ikan Patin adalah contoh ikan yang muncungnya ke bawah

Ikan Hiasan: Bagaimana Mengenalpasti Mutu Air Dalam Akuarium Ikan Hiasan Anda
Filed Under (Akuarium, Penjagaan Akuarium) by Puyu Sungai on 29-03-2011

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

Untuk memastikan ikan hiasan sentiasa sihat pemelihara ikan hiasan perlulah memastikan mutu air dalam akuarium sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk ikan hidup. Terdapat 3 cara mudah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sama ada mutu air dalam akuarium ikan hiasan sesuai untuk ikan anda. 1. Mengukur pH Air Akuarium PH (pH) air ialah merujuk kepada kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 14. Nilai 1 bermakna paling masam atau berasid (asidik). Nilai 14 pula bermaksud paling alkali. pH air yang paling sesuai untuk akuarium ikan hiasan ialah di antara 6.5 hingga 7.5. Pada kebiasaannya kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Untuk memastikan akuarium ikan hiasan tidak terlalu masam atau berasid (asiditik), nilai pH air perlu dipastikan atau diukur dari semasa ke semasa.

2. Menyukat Suhu Air Akuarium Pada kebiasaannya ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Begitu juga dengan ikan hiasan di dalam akuarium. Suhu yang terlalu tinggi ataupun rendah boleh menyebabkan ikan mati. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ikan hiasan seboleh-bolehnya diletakkan pada suhu bilik. Maksudnya di sini ialah jangan dedahkan akuarium ikan hiasan pada cahaya matahari secara terus (direct sunlight). 3. Memantau Bahan Beracun Dalam Akuarium Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air akuarium ikan hiasan Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Walau bagaimanapun air akuarium yang nampak kotor atau berkeladak dengan najis (perkumuhan) ikan perlulah dirawat atau dibersihkan untuk mengelakkan bahan perkumuhan tadi daripada menjadi racun kepada ikan hiasan.

Ikan Hiasan: Contoh Penyakit Ikan Hiasan


Filed Under (Penjagaan Ikan, Penyakit Ikan) by Puyu Sungai on 25-03-2011

Terdapat pelbagai jenis penyakit ikan hiasan. Walau bagaimanapun dalam artikel ini saya hanya akan menyentuh beberapa contoh penyakit ikan hiasan yang biasa sahaja. Antara penyakit ikan hiasan yang biasa adalah seperti berikut:

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

1. Penyakit Rintik Putih Penyakit ini dipanggil rintik putih kerana ia berwarna keputih-putihan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik ikan hiasan akibat suhu air yang terlalu sejuk. Penyakit jenis ini boleh dirawat dengan menggunakan larutanmethylene blue dan campuran sedikit garam biasa.

Contoh Penyakit Rintik Putih 2. Penyakit Kulat Kulat yang kelihatan seperti kapas biasanya tumbuh di bahagian sirip, mulut dan pada bahagian badan yang mengandungi luka.Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan hiasan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

Contoh penyakit kulat 3. Jangkitan Bakteria Pemilik ikan hiasan boleh mengetahui penyakit ini dengan melihat warna ikan hiasan. Jika warna ikan hiasan menjadi pudar, sisik mengembang atau perut buncit maka ikan hiasan tersebut terkena jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria boleh berlaku disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan tidak sesuai atau ikan hiasan mengalami tekanan. Ia boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik yang boleh didapati di kedai ikan hiasan.

Contoh Jangkitan Bakteria

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENYEDIAAN AKUARIUM

Mencuci akuarium

Tempat untuk mengeringkan peralatan

Menapis/membuang sisa di dalam akuarium

Memasukkan ikan ke dalam akuarium

Menanam tumbuhan akuatik

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENYEDIAAN HAMSTER

Memandikan hamster

Mengeringkan hamster

Membersihkan bekas minuman hamster

Membersihkan sangkar

You might also like