You are on page 1of 7

PENSYARAH

USTAZ MOHD MUHSINUL NIZAM KUMPULAN 3

AZLINA BT. AZLI AZLINA BT. MOKTAR AZLIZAWATI BT. ABD. RAHMAN

( ) berasal dari kata - - kata ( naafiqaa).


Nifaq

yang diambil dari

Nifaq secara bahasa (etimologi) bererti salah satu lubang tempat keluarnya yarbu (haiwan sejenis tikus) dari sarangnya, di mana jika ia dicari dari lubang yang satu, maka ia akan keluar dari lubang yang lain. Dikatakan pula, ia berasal dari kata

( nafaq) iaitu lubang tempat bersembunyi.

Nifaq menurut syara (terminologi) bererti menampakkan keislaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Mohd. Sulaiman Yasin menjelaskan maksud nifaq iaitu melahirkan sesuatu dalam perkara agama atau urusan agama dengan lidahnya yang berlawanan dengan apa yang ada dalam hatinya atau batinnya.

NIFAQ ITIQADI Iaitu nifaq besar, dimana pelakunya menampakkan keislaman, tetapi menyembunyikan kekufuran. 1. Mendustakan Rasulullah s.a.w. atau mendustakan sebahagian dari apa yang beliau bawa. 2. Membenci Rasulullah s.a.w. atau membenci sebagian apa yang beliau bawa. 3. Merasa gembira dengan kernunduran agama Rasulullah s.a.w.. 4. Tidak senang dengan kemenangan agama Rasulullah s.a.w.. NIFAQ AMALI Iaitu melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih tetap ada iman di dalam hatinya. Ada empat perkara, yang jika berada pada diri seseorang maka ia menjadikan seorang itu munafiq besar, dan jika seseorang memiliki kebiasaan salah satu dari padanya, maka bererti ia memiliki satu kebiasaan (ciri) nifaq sampai ia meninggalkannya; 1 - bila dipercaya ia berhianat, 2 - bila berbicara ia berdusta, 3 - bila berjanji ia memungkiri dan 4 - bila bertikai ia berbuat curang. (Muttafaq Alaih).

NIFAQ BESAR
Melibatkan soal keyakinan dan iktikad. Contohnya seorang yang menzahirkan keislaman namun hatinya tidak percaya kepada Allah dan hari akhirat. Boleh menyebabkan pelakunya terkeluar daripada islam kerana pelakunya tidak mempercayai Allah atau apa-apa yang diturunkan oleh Allah. Tidak terjadi daripada seorang mukmin. Apabila seseorang tidak percaya kepada Allah dan mana-mana bahagian rukun iman, dia sebenarnya telah terkeluar daripada Islam.

NIFAQ KECIL
Melibatkan perbuatan. Contohnya seorang muslim yang tidak sama perbuatan dan percakapannya seperti berdusta Tidak menyebabkan pelakunya terkeluar daripada agama kerana pelakunya masih percaya dan beriman kepada Allah dan hari akhirat Biasa terjadi daripada kalangan mukmin

Sesungguhnya orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka An-Nisa: 145

RUJUKAN

http://belajartauhid.wordpress.com/2007/11/14/pasal-4-nifaq-definisidan-jenisnya/ http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/01/033-nifaq-definisidan-jenisnya.html

You might also like