You are on page 1of 5

Tajuk: PERBINCANGAN MENGENAI PROSES AMALAN PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN DI IPT MALAYSIA e-

1|

PENGENALAN Latar Belakang

Di Malaysia, revolusi teknologi pendidikan dengan penggunaan komputer peribadi telah bermula sejak awal tahun 1980an, Pembaharuan yang dicetuskan oleh revolusi teknologi ini telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan, terutamanya di Institusi pengajian tinggi (IPT). Sesuai dengan kempen Wawasan 2020 oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohammed pada awal tahun 1991. Antara lain, menjelang tahun tersebut Malaysia harus kaya dengan kemahiran teknologi maklumat dan bersedia bersaing dengan negara maju. Tahun 1995 telah dianggap sebagai permulaan era Internet di Malaysia. Sebagai usaha kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020, antara prasarana yang jelas mencerminkan hasrat tersebut dalam alunan gelombang penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat atau ICT ialah penubuhan Multimedia Super Corridor (MSC). Pertumbuhan dalam bilangan isi rumah yang memiliki ekses Internet di Malaysia bermula sekitar tahun 1996. Menurut kaji selidik mengenai Internet pertama di Malaysia yang dijalankan dari Oktober hingga November 1995 oleh MIMOS dengan kerjasama daripada Perkhidmatan Interaktif Beta, satu daripada setiap 1000 rakyat Malaysia mempunyai akses kepada Internet yakni 20,000 pengguna Internet daripada jumlah penduduk 20 juta (Beta Interactive Services, 1996). Pada tahun 1998, bilangan ini telah meningkat kepada 2.6% daripada penduduk. Jumlah keseluruhan computer yang telah dijual pada tahun 1998 saja adalah sebanyak 467,000 unit dan sebanyak 701,000 pada tahun 2000. Ianya telah menunjukkan peningkatan yang amat positif dari rakyat Malaysia (Journal of Library & Information Science. 2001).

Selari dengan kemajuan ICT, internet serta teknologi komputer yang kian berkembang, pada tahun 1998, Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) telah

memperkenalkan konsep e-Pembelajaran ini dengan menawarkan perkhidmatan kurikulum dan pembelajaran secara dalam talian, termasuklah sesi tutorial face-toface, yang wajib dihadiri para pelajarnya. Ia menawarkan persekitaran pembelajaran hybrid (hybrid learning environment). Perjalanan akademik dibahagikan kepada kursus secara dalam talian, pengurusan kursus dan perjumpaan-perjumpaan akademik. Pelajar boleh menghantar laporan atau masalah di pusat-pusat panggilan (call centre). Kursus dalam talian mencakupi pembentangan multimedia seperti pembentangan video dan audio. Pengurusan kursus ialah di mana pelajar menghantar tugasan, membaca buletin atau terlibat dalam perbincangan. Dengan pengenalan corak kurikulum secara dalam talian ini, UNITAR telah menjadi Institusi Pengajian Tinggi Swasta pertama di Malaysia yang bergelar sebagai universiti maya (virtual university).

Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu konsortium yang bernama Multimedia Technology Enhancement and Operation Sdn Bhd (METEOR) untuk menguruskan pendidikan jarak jauh dan bagi memperkenalkan konsep e-Pembelajaran, yang melibatkan 11 institusi pengajian tinggi di Malaysia. Antara usaha yang telah dilaksanakannya, METEOR telah mengendalikan dan menjalankan program Sarjana Muda Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia melalui pendidikan jarak jauh yang berasaskan kepada penggunaan kaedah e-Pembelajaran melalui teknologi komunikasi iaitu Video Conferencing atau Sidang Video. Pihak METEOR juga bertanggungjawab untuk mengendalikan kursus daripada Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia melalui pendidikan jarak jauh.

Pada bulan Ogos 1999, pengambilan pelajar METEOR adalah 250 pelajar daripada 500 orang yang memohon. METEOR juga menawarkan kursus sarjana muda yang mengenakan kos dan yuran yang lebih rendah daripada institusi pengajian tinggi konvensional. Penggunaan teknologi komunikasi dalam pembelajaran di METEOR telah memberi peluang kepada orang dewasa yang bekerja mengikuti pengajian dalam kursus atau program pendidikan jarak jauh yang ditawarkan oleh 11 buah IPTA. yang kemudiannya program ini dinamakan sebagai Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) atau lebih dikenali sebagai Open University Malaysia (OUM).

Meteor sebenarnya terdiri daripada 3 organisasi subsidiari iaitu Meteor Distance Learning Sdn. Bhd. (MDLSB) yang menawarkan program pendidikan berterusan, Meteor Research Abd Consultancy Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk mengendalikan penyelidikan dan perkhidmatan perundingan dan Meteor Technology Sdn. Bhd yang menguruskan pembangunan bahan pengajaran dan juga teknologi maklumat. Peranan MDLSB adalah untuk menyediakan pusat-pusat pembelajaran yang dilengkapi dengan peralatan sidang video yang menyokong pembelajaran maya bagi pelajar-pelajar dewasa. Pusat pembelajaran MDLSB ini disediakan dengan kerjasama di antara MDLSB dengan Telekom Malaysia, iaitu dalam menyediakan kemudahan sidang video supaya pelajar dapat mengikuti kelas secara dalam talian. Pusat-pusat pembelajaran yang disediakan boleh dikatakan terletak diseluruh negara. Antaranya terletak di Kuala Lumpur, , Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kangar, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Tawau. Namun begitu, kegunaan dan operasi pusat pembelajaran adalah bergantung kepada bilangan pelajar yang mendaftar di lokasi pusat pembelajaran tersebut. Hasil perkembangan yang pesat kepada program pembelajaran menerusi MDLSB inilah kemudiannya telah berkembang membentuk Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM / OUM) yang pertama di Malaysia, yang mana menawarkan program akademik diperingkat Diploma, Ijazah dan Master.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi telah menyenaraikan e-Pembelajaran di Malaysia sabagai salah satu Projek Agenda Kritikal dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada pertengahan 2010, kajian komprehensif tentang amalan, keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia telah dijalankan dengan biaya daripada KPT bagi menjayakan Projek Agenda Kritikal:e-Pembelajaran.

Definasi e-Pembelajaran.

Secara umumnya konsep pendidikan dan pembelajaran seringkali dikaitkan dengan kewujudan fizikal sekolah, dewan peperiksaan, guru-guru, buku teks dan peperiksaan. Semua ini kini telah berubah dengan pantas baik di sekolah, kolej ataupun universiti. Semakin banyak konsep pembelajaran moden diperkenalkan dan

antaranya konsep e-Pembelajaran atau e-Learning . Menurut kamus dewan, ePembelajaran membawa maksud: Mod pembelajaran menggunakan Internet atau rangkaian komputer untuk mengikuti latihan, kursus atau mendapatkan ijazah.

Pada asasnya bolehlah kita fahami konsep e-Pembelajaran atau E-Learning ini sebagai satu proses pembelajaran jarak jauh (distance Learning) yang memanfaatkan teknologi ICT(Information and Communications Technology) atau media elektronik seperti komputer, jaringan komputer, smart phone, iPad dan Internet dalam talian secara sepenuhnya sebagai medium komunikasi tanpa memerlukan para pelajar dan pensyarah bertemu secara fizikal di bilik kuliah. Proses pembelajaran berlaku secara on-line dan real-time ataupun secara off-line atau archieved.

Konsep e-Pembelajaran juga difahami sebagai suatu bentuk pembelajaran berteraskan laman sesawang (web) yang membolehkan proses pembelajaran antara pengajar dan pelajar (P & P) berlaku secara dalam talian di mana pelajar belajar melalui komputer di tempat mereka masing-masing menerusi internet di ruang maya. Namun begitu, bahan pengajaran (e-Kandungan) yang digunakan di dalam proses ePembelajaran tidak semestinya hanya boleh di dapati menerusi internet secara dalam talian sahaja malah ianya juga boleh berbentuk seperti CD dan DVD. Dalam hal ini perlaksanaan dan bahan pelajaran dikembangkan sesuai dengan keperluan pelajar.

Prinsip e-Pembelajaran.

Fokus utama dalam e-pembelajaran adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana epembelajaran akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan persediaan dengan rapi untuk mencari bahan atau maklumat berkaitan dengan pembelajaran atas daya usaha serta inisiatif sendiri dan e-Pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengatur hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang

selamat tanpa berasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dilakukan menerusi dalam talian Sebahagian pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan e-Pembelajaran yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat groups atau forum.

You might also like